Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum anak-anak tingkatan 2 semua.

Semoga anak-anak berada dalam kesihatan yang baik dan bebas daripada wabak covid19.

Tugasan minggu lepas dah siap ke belum?

Untuk tugasan RBT pada minggu ini, cikgu nak kamu membuat lakaran 3D model reka bentuk
mekanikal berfungsi. (saiz lakaran sekurang2nya melebihi separuh saiz kertas).

Produk reka bentuk mekanikal itu mestilah mengandungi satu atau lebih komponen mekanikal.
Dimana lakaran itu mestilah bermaklumat (label lengkap) dan berwarna / rendering. Lakaran ini
dibuat secara individu dimana gajet perlu dihasilkan nanti untuk tugasan seterusnya nanti. Lakaran
dibuat pada kertas A4 / sketch book.

Setiap lakaran yang telah siap mesti ditunjukkan dalam group telegram rbt ting2 untuk diambil
kehadiran. ( ambil gambar) dan Sila nyatakan

 nama penuh pelajar


 kelas
 nama produk
 Nama guru

Contoh lakaran model mekanikal yang boleh dihasilkan ialah :


1. Mini Ampaian
2. Pengait Buah-Buahan
3. Monopod/Tripod
4. Fideget Spinner
5. Pemukul telur
6. takal tiang bendera
7. dan sebagainya.

Idea yang kreatif dalam penghasilan reka bentuk lakaran produk diambil kira untuk penghasilan
gajet pada tugasan seterusnya nanti.

Seterusnya, jawab soalan pada google docs merujuk pada link dibawah.pastikan ulangkaji dulu bab
reka bentuk mekanikal.

https://forms.gle/hg8ruA4DaRgjRXAA7

Sila jawab soalan dibawah untuk diambil kehadiran dan markah pencapaian penguasaan bab ini.

Selamat belajar. Sebarang masalah boleh diajukan dalam group telegram. Sesiapa yang belum join
group telegram rbt ting.2 boleh klik link dibawah.

https://t.me/joinchat/Ar57RhjCVvaEGOnOgtQcyg

Anda mungkin juga menyukai