Anda di halaman 1dari 2

DALAM MENCAPAI TARAF NEGARA MAJU, ASPEK AGAMA DAN

KEPERCAYAAN TIDAK BOLEH DIKETEPIKAN.BINCANGKAN.

Melalui konsep agama dan kepercayaan, negara berupaya mewujudkan bangsa dan
negara yang berdaulat sebagaimana digariskan dalam prinsip pertama Rukun Negara,
iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan. Konsep ini menjadi asas merealisasikan matlamat
Wawasan 2020, iaitu bagi melahirkan masyarakat yang bermoral dan beretika
sepenuhnya serta mencapai taraf negara maju.

Aspek agama dan kepercayaan adalah penting untuk mencapai taraf negara maju
kerana berfungsi sebagai alat kawalan sosial. Ajaran agama memastikan semua
anggota masyarak dapat hidup dalam keadaan harmoni dan mengelakkan kacau-bilau.
Hal ini demikian kerana, mereka mampu membezakan baik buruk sesuatu perkara.
Oleh itu, mereka akan menjauhi perbuatan yang pasti dimurkai dan diazab oleh Tuhan
lalu memberi tumpuan dalam usaha memajukan negara.

Selain itu, aspek agama dan kepercayaan adalah penting dalam mengeratkan
perpaduan kaum. Agama membangkitkan semangat hidup bermasyarakat dalam diri
setiap manusia untuk hidup sepakat antara satu sama lain demi kepentingan bersama.
Sebagai contoh, masyarakat akan saling menghormati dan menyayangi sesama lain
tanpa mengira bangsa dan agama. Maka, negara akan aman dan berdaya maju apabila
rakyat bersatu padu.

Pemimpin yang berwibawa dapat dilahirkan apabila aspek agama dan kepercayaan
diberi kepentingan. Seorang pemimpin yang mempunyai pegangan agama yang
kukuh, akan menjalankan kewajipan berdasarkan kepada agama dan kepercayaan. Hal
ini demikian mampu melahirkan modal insan yang cemerlang. Pemimpin juga dapat
membawa negara ke arah kecemerlangan. Sebagai contoh, pemimpin akan
memastikan amalan buruk seperti rasuah tidak berlaku di negara. Kesannya, sebuah
negara yang maju dapat diwujudkan.

Seterusnya, agama dan percayaan penting kerana berfungsi sebagai alat pendidikan.
Pembentukan insan berkeperibadian mulia bermula melalui didikan agama yang
diterima daripada ibu bapa sejak kecil lagi. Didikan agama penting untuk melahirkan
modal insan yang cemerlang, beretika dan berdisiplin. Bukan itu sahaja, didikan
agama juga mampu menerapkan sifat kasih sayang dalam diri seseorang. Impaknya,
rakyat yang mempunyai didikan agama yang kukuh dapat menjurus ke arah kemajuan
negara.

Akhir sekali, kepentingan kepercayaan dan agama ialah menjelaskan ketidakpastian


dalam kehidupan manusia. Malapetaka, bencana alam dan kemalangan merupakan
kejadian yang sukar diramal dan di luar keupayaan pemikiran manusia.
Kebijaksanaan manusia dengan bantuan teknologi canggih tidak semestinya memberi
jaminan bahawa manusia dapat mengharungi cabaran kehidupan yang penuh dengan
ketidakpastian. Hakikatnya, manusia hanya mampu merancang tetapi Tuhan yang
menentukannya.

Kesimpulannya, kepercayaan dan agama mampu menerapkan nilai-nilai baik yang


diperlukan oleh rakyat untuk menjurus ke arah kecemerlangan sekali gus memajukan
negara.

Anda mungkin juga menyukai