Anda di halaman 1dari 7

SEMUT DENGAN BURUNG MERPATI

Saya _________________, dari kelas 1M. Tajuk cerita saya


ialah Semut dengan Burung Merpati.
Pada suatu hari, semut minum air di tepi sungai. Tiba-tiba,
semut menjerit “Tolong...tolong...tolong aku. Aku jatuh ke dalam
sungai.”
Burung merpati ternampak semut yang hampir lemas itu. Dia
menjatuhkan sehelai daun ke arah semut.
Semut terus memanjat ke atas daun itu. “Terima kasih Si
Burung. Aku selamat,” kata semut.
Apabila semut sampai ke tebing sungai, dia ternampak seorang
pemburu. Tanpa membuang masa, semut menggigit kaki pemburu.
“Aduh, sakitnya!” Pemburu itu menjerit dengan kuat.
Burung merpati mendengar jeritan itu terus terbang. “Terima
kasih Si Semut. Aku juga selamat.” kata burung merpati.
Rakan-rakan, kita mestilah baik hati.
Sekian, terima kasih.

Anjing Yang Tamak

Saya _________________, dari kelas 1M. Tajuk cerita saya


ialah Anjing Yang Tamak.
Pada suatu hari, Sang Anjing terjumpa seketul tulang. “Nasib
baiknya. Aku dapat tulang ini.” kata Sang Anjing. Dia ambil tulang
itu lalu melintas jambatan

Tiba-tiba, Sang Anjing kata, “Eh, air ada seketul tulang lagi.
Aku mesti rampas tulang itu.” Dia ingatkan ada anjing yang lain.

Apabila Sang Anjing membuka mulut, tulang yang


digonggongnya jatuh ke dalam air. Sang Anjing berasa sangat
menyesal.

Rakan-rakan, kita tidak boleh bersikap tamak.

Sekian, terima kasih.

BUDAK LELAKI DENGAN SERIGALA

Saya _________________, dari kelas 1M. Tajuk cerita saya


ialah Budak Lelaki dengan Serigala.
Di sebuah kampung, ada seorang budak lelaki suka menipu
orang. Pada suatu hari, dia ingin menipu orang lagi. Dia menjerit,
“Tolong! Tolong! Serigala!”
Penduduk kampung terdengar jeritan lalu membawa senjata.
Apabila mereka sampai di bukit, budak itu ketawa kuat, “Ha! Ha! Ha!
Kamu semua tertipu!” Mereka pulang dengan marah.
Beberapa hari kemudian, budak itu menjerit lagi. “Tolong!
Tolong! Serigala!” Penduduk kampung pun lari ke bukit lagi. Tetapi,
budak itu kata “Ha! Ha! Ha! Tipu lagi!”
Pada suatu hari, seekor serigala datang dan makan kambing. Dia
menjerit tolong dengan kuat. “Tolong! Tolong! Serigala!” Tetapi,
penduduk kampung tidak peduli budak itu.
Akhirnya, semua kambing dimakan oleh serigala. Dia berasa
sangat menyesal.
Rakan-rakan, kita mesti bersikap jujur.
Sekian, terima kasih.

SINGA DENGAN TIKUS

Saya _________________, dari kelas 1M. Tajuk cerita saya


ialah Singa dengan Tikus.
Pada suatu hari, singa sedang berehat di bawah pokok. Tiba-
tiba, seekor tikus masuk ke bawah pokok. Tikus itu terlanggar singa.
Singa sangat marah. “Ngau... Siapa langgar saya!” “Tolong
jangan makan saya! Maafkan saya! Saya akan membalas budi
Tuanku,” kata tikus.
Singa tersenyum sambil kata, “Ha! Ha! Ha! Tubuh sekecil ini
ingin tolong Beta. Baiklah, kamu boleh pergi.”
Pada suatu hari, tikus terdengar ngauman singa. Dia ternampak
singa di dalam jaring.
“Sabar, sabar. Saya akan tolong Tuanku,” kata tikus. Tikus
menggigit jaring itu dengan giginya. Akhirnya, singa berjaya
melepaskan diri.
“Terima kasih, tikus. Kamu memang hebat,” puji singa.
Rakan-rakan, kita mesti menolong orang lain.
Sekian, terima kasih.

ANJING DENGAN BANGAU

Saya _________________, dari kelas 1M. Tajuk cerita saya


ialah Anjing dengan Bangau.
Bangau kawan baik anjing. Setiap hari mereka bermain
bersama-sama. Pada suatu hari, bangau mengajak anjing pergi ke
rumahnya.
“Sila masuk Si Anjing,” kata bangau. “Makanlah makanan yang
sedap ini.”
Tetapi, anjing tidak dapat makan. Bekas itu bermuncung
panjang. Bangau pula makan sedap kerana paruhnya panjang. Anjing
pulang dengan perut lapar.
Pada hari yang lain, anjing mengajak bangau pergi ke
rumahnya. “Selamat datang Si Bangau,” kata anjing. “Makanlah
makanan yang sedap ini.”
Tetapi, bangau tidak dapat makan. Bekas itu leper. Anjing
makan dengan kenyang. Bangau pulang dengan perut lapar.
Rakan-rakan, kita mestilah sentiasa berbuat baik.
Sekian, terima kasih.
     
Sang Kancil yang Bijak
Saya _________________, dari kelas 1M. Tajuk cerita
saya ialah Sang Kancil yang Bijak.

Sang Kancil berjumpa dengan Sang Buaya. Sang Kancil


meminta bantuan Sang Buaya untuk menyeberang sungai.
Sang Buaya mengumpulkan kawan-kawannya. Mereka berbaris
di sepanjang sungai supaya Sang Kancil dapat menyeberang sungai.
Apabila Sang Buaya dan kawan-kawannya berbaris, Sang
Kancil melompat di atas badan Sang Buaya dan kawan-kawannya.
Akhirnya, Sang Kancil dapat menyeberang sungai dengan
selamatnya.
Sang Kancil mengucapkan terima kasih kepada Sang Buaya dan
kawan-kawannya. Dia menghadiahkan buah rambutan kepada Sang
Buaya dan kawan-kawannya kerana mereka sudi membantunya.
Sang Belang yang Bijak
Pada suatu hari, Sang Belang memanggil semua haiwan di
dalam hutan itu berkumpul. Sang Belang yang bijak bak pendeta
memberikan buah fikiran, iaitu mendirikan sekolah untuk semua anak
haiwan di situ.
“Saya sokong. Anak-anak kita yang otak udang pasti akan
pandai,” kata Sang Bedal.
Keesokannya, semua haiwan berganding bahu untuk mendirikan
sekolah. Sang Musang dimarahi oleh Sang Belang kerana curi tulang.
Sang Musang tidur semasa kawan-kawannya membanting tulang
untuk menyiapkan sekolah itu.
Setelah siap, ada makhluk asing yang jahat seperti hantu datang
untuk merobohkan sekolah itu. Oleh itu, Sang Belang minta semua
haiwan di kawasan itu mengorek parit untuk dibuat perangkap.
Mereka bermandi peluh. Akhirnya, makhluk asing itu pun mati di
dalam perangkap itu.

Anda mungkin juga menyukai