Anda di halaman 1dari 2

Bil.

Perkara Catatan
FALSAFAH DUNIA
1. Tajuk Buku:
NINIAN SMART
2. Pengarang:

3. Tahun
2015
diterbitkan:
ITBM, KUALA LUMPUR
4. Diterbitkan oleh:
Falsafah Dunia adalah suatu pengenalan tentang tradisi keagamaan
5. Sinopsis Buku
dan falsafah dunia. Ninian Smart, salah seorang pemikir agama yang
Yang Dibaca:
ulung, mengemukakan suatu gambaran keagamaan dan falsafah global
yang komprehensif. Buku ini ialah ensiklopedia, sebuah gedung
khazanah yang lengkap dengan esjarah tentang falsafah dan agama
dari seluruh dunia.

Kita hidup dalam era yang paling banyak berubah dalam sejarah. Pada
zaman silam, adalah mustahil untuk kita berjalan dari satu pusat
tamadun ke pusat tamadun lain, malah sebahagian besar dunia tidak
dikenali oleh sebahagian yang lain. Seluruh wilayah terpisah antara satu
sama lain, lalu sejarah difikirkan secara berasingan oleh kelompok
masyarakat yang berlainan. Tapi kini, semuanya bergerak seiring lalu
membentuk aliran tunggal sejarah dunia. Kesannya, kita semua kini
termasuk dalam proses ekonomi global dan perlu berfikir secara global.

Buku ini memaparkan falsafah dari seluruh dunia yang cuba


menyedarkan peri pentingnya memberi penekanan kepada budaya dan
tamadun silam pelbagai bangsa, agama dan iklim intelektual – asas
yang banyak menyumbang kepada pemikiran manusia.

Buku ini mengandungi 16 bab seperti berikut:


1. Sejarah Dunia dan Warisan Falsafah Kita
2. Falsafah Asia Selatan
3. Falsafah Cina
4. Falsafah Korea
5. Falsafah Jepun
6. Falsafah Yunani, Rom dan Timur Tengah
7. Falsafah Islam
8. Falsafah Yahudi
9. Falsafah Eropah
10. Falsafah Amerika Utara
11. Falsafah Amerika Latin
12. Falsafah Islam Moden
13. Falsafah Asia Selatan dan Tenggara Moden
14. Falsafah Cina, Korea dan Jepun pada Zaman Moden
15. Falsafah Afrika
16. Renungan Kesimpulan

6. Manfaat/ Sejarah dunia tidak seharusnya setakat memberitahu kita kisah manusia
pengajaran yang secara keseluruhan dan secara komprehensif. Sejarah juga harus
diperoleh
menerangkan tentang nenk moyang kita dalam cara yang mengizikan
daripada buku
yang dibaca: masyarakat dari budaya berlainan berkongsi secara bermakna masa
lampau antara satu sama lain.

Kita perlu mengelak sebuah dunia yang homogen. Perbezaan harus


dikekalkan atas dua sebab iaitu dari segi budaya dan intelek.

Kita perlu mempunyai suatu teori intelektual yang akan memberi


bahagian yang berlainan dalam suatu tamadun global.

Secara keseluruhannya, pengajaran yang diperoleh melalui buku ini


ialah mengetahui lebih mendalami pelbagai budaya dan silang budaya
yang wujud dalam dunia global. Pemahaman ini boleh mewujudkan
kedamaian sejagat dan saling hormat menghormati antara satu sama
lain.

7. Tandatangan:

Anda mungkin juga menyukai