Anda di halaman 1dari 2

PENGENALAN AUTOMASI PERINDUSTRIAN & ROBOTIK

http://jkmpsp.blogspot.com/2008/03/j4125-robotik-dan-automasi.html

Robot perindustrian adalah robot yang digunakan secara meluas dalam sesuatu sistem
pengautomatan yang menghasilkan pelbagai jenis produk.

Automasi merupakan teknologi yang berasaskan kepada penggunaan sistem mekanikal,


elektronik dan komputer di dalam pengendalian dan kawalan proses pengeluaran.

Penggunaan teknologi automasi ini mula ketara apabila mesin mengambil alih kerja-kerja
yang dilakukan oleh pekerja buruh manusia.

Proses pembangunan teknologi terus berkembang sehinggalah manusia mula


memperkenalkan penggunaan robotik, CAD/CAM, flexible manufacturing system dan
sebagainya bagi meningkatkan kualiti kehidupan seharian dan perindustrian.

Automasi merupakan teknologi yang berasaskan penggunaan sistem mekanikal,


elektronik dan komputer di dalam pengendalian dan kawalan proses pengeluaran.

Robotik merupakan komponen utama automasi perkilangan yang memberi kesan kepada
aspek buruh manusia pada setiap peringkat dari buruh terendah sehinggalah ke jurutera
profesional dan pengurus pengeluaran.

Robot adalah satu generasi pekerja kolar besi yang bekerja secara shift tanpa perlu rehat
dan ia dapat memangkinkan perkembangan teknologi masa kini dan hadapan.
Robot perindustrian adalah sebuah peranti @ alat pelbagai fungsi yang boleh
diprogramkan berulangkali bagi melakukan kerja-kerja dalam proses pembuatan.

Robot industri merupakan suatu pengolah yang boleh diaturcara secara berulang serta
mempunyai bermacam fungsi, direkabentuk untuk memindahkan bahan, barang,
peralatan atau peranti khusus menerusi pelbagai gerakan yang diaturcara bagi
melaksanakan pelbagai tugas yang diarahkan.