Anda di halaman 1dari 2

Rasuah merupakan gejala yang sinonim dengan masyarakat kita pada hari ini.

Definisi rasuah secara


literalnya bermaksud sogokan . Antara kata lain adalah wang yang diberikan oleh orang tertentu
kepada pihak lain untuk menyembunyikan sesuatu perkara atau untuk mendapatkan sesuatu
dengan cara yang mudah dan cepat tetapi salah mengikut undang-undang negara.

Antara faktor berlakunya gejala rasuah ialah kepimpinan seseorang individu yang lemah yang hanya
mementingkan diri sendiri . Individu yang mempunyai kepimpinan yang lemah, tidak yakin pada diri
sendiri dan mudah dipengaruhi oleh orang lain untuk melakukan rasuah. Mereka mudah disogok
dengan pelbagai kemewahan seperti harta benda, wang ringgit, kedudukan dan pangkat.Akibatnya,
amalan rasuah menyebabkan masyarakat hilang kepercayaan terhadap individu dan kepimpinan
organisasi berkenaan. Demikian itu ,masyarakat kini semakin bersikap individualistik dan
materialistik. Maka, mereka boleh menggunakan apa cara sahaja untuk mencari wang termasuklah
rasuah.

Selain daripada itu ,punca rasuah yang seterusnya adalah dari segi gaji pekerja yang rendah sama
ada di sektor awam atau swasta juga turut mendorong kepada perlakuan rasuah. Bagi pegawai yang
bergaji rendah dan bekerja di bandar, mereka kerap menghadapi masalah kewangan. Sebagai
contohnya, gaji pekerja sokongan kerajaan adalah sekitar lapan ratus hingga seribu ringgit sebulan,
sedangkan kos hidup di bandar terus meningkat. Oleh itu, apabila ada peluang untuk melakukan
rasuah, mereka tidak berfikir panjang lagi untuk melakukan perbuatan tersebut. Adalah sesuatu
yang baik jika pihak kerajaan atau majikan melakukan kajian tentang jumlah gaji yang patut dibayar
kepada pekerja dalam zaman yang serba moden.

Pada masa yang sama, kurangnya didikan agama dan didikan moral mendorong berlakunya
perbuatan rasuah dalam masyarakat kita. Individu yang tidak mempunyai iman yang kukuh dan
mantap akan mudah terpesong. Golongan seperti ini akan menggunakan kedudukan dan peluang
yang ada pada dirinya untuk menerima habuan tanpa berasa bersalah. Dengan tidak memikirkan
akibatnya, rasuah menjadi rutin dalam tugas mereka. Malah individu yang terlibat dengan rasuah
tidak berasa malu atau takut kepada Allah serta balasannya. Selain itu ,  Seseorang itu tahu bahawa
rasuah dilarang oleh agama dan undang-undang, tetapi dilakukan juga dengan seribu satu alasan
peribadi. Sikap mahu hidup mewah, riak, menunjuk-nunjuk, tamak, ingin cepat kaya dan sebagainya
adalah pendorong berlakunya rasuah bagi mereka yang lemah keperibadiannya.Faktor yang
mendorong perbuatan rasuah ini juga kerana tidak mendapat didikan dari ibu bapa sejak kecil.

Di samping itu ,kegiatan rasuah semakin serius dan kronik sehingga sukar dibendung, banyak
implikasi negatif telah timbul. Punca ini berlaku kerana kerajaan kita tidak melaksanakan undang-
undang yang ketat hingga menyebabkan ramai orang semakin berani mengambil rasuah.Selain itu,
tindakan undang-undang yang longgar juga boleh mendorong kepada perlakuan rasuah. Sebenarnya,
Malaysia mempunyai undang-undang dalam membanteras gejala rasuah. Namun demikian, tidak
banyak kes rasuah dapat diambil tindakan yang sewajarnya kerana mahkamah tidak dapat berfungsi
dengan lancar. Banyak kes rasuah di mahkamah ditunda beberapa kali dan sebahagian kes yang
dibawa ke mahkamah pula tidak cukup bukti untuk dibuat pendakwaan. Sikap beberapa pihak yang
tidak serius dalam mengatasi masalah rasuah ini telah menyebabkan tindakan tidak dapat diambil
kepada pihak yang melakukan rasuah.

Kesimpulannya , semua pihak tidak kira pangkat atau harta, mestilah bersatu dan bersatu padu
untuk memastikan rasuah gejala yang kian berjangkit ini dapat diatasi. Mencegah itu lebih baik dari
mengubati. Rasuah  juga terjadi disebabkan faktor dalaman dan luaran. Rasuah juga berlaku di
mana-mana sahaja tanpa batas waktu dan tempat. Pihak berkuasa terutamanya perlu mengelakkan
diri daripada terlibat dengan gejala ini kerana umum diketahui, ramai pihak berkuasa menerima
rasuah dan tidak amanah melaksanaknan tugas dan tanggungjawab. Harapan saya agar amalan
rasuah ini dapat dibanteras hingga ke akar umbi,

Anda mungkin juga menyukai