Anda di halaman 1dari 24

ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA

0
TUNGGAL

KOLEJ KOMUNITI TAWAU


KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

ASAS PENYELENGGARAAN
PEMASANGAN SATU FASA

DISUSUN OLEH
MUHAMMAD ARID BIN ABDULAHIM
Dip.Elect/Bsce.Elect/Med.Tech (UTM)

Jenis-Jenis Kerosakan Litar Pendawaian

“LEARNING MADE SIMPLE, TRAINING MADE EASY”


ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA
1
TUNGGAL

Terdapat beberapa jenis kerosakan yang biasa berlaku pada seseubuah


pepasangan elekrik yang telah lengkap didawai sama ada jenis pemasangan yang
baharu, pendawaian lama atau pendawaian tambahan.

Kerosakan-kerosakan ini bukan sahaja berlaku pada peralatan elektrik ia juga


melibatkan litar-litar pendawaian dan papan suis agiahn. Diantar kerosakan yang
sering berlaku ialah :-

a. Litar pintas.
b. Litar terbuka.
c. Beban lebih
d. Bocor ke bumi
e. Sambungan longgar
f. Selalu terpelantik
g. Rosak ke bumi

Litar Pintas

Litar pintas biasanya terjadi apabila pengalir fasa dan neutral sentuh di antara satu
dengan lain.punca terjadi perkara berikut adalah disebabkan oleh salah satu
daripada perkara-perkara berikut :

Litar Buka

Litar terbuka mungkin disebabkan oleh satu daripada perkara berikut :-


a. Pengalir kabel terputus.
b. Pengalir kabel terkeluar dari punca sambungan.
c. Sesentuh suis atau pemegang lampu atau soket alur keluar idak berapa
baik.

Beban Lebih
ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA
2
TUNGGAL

Beban lebih adalah disebabkan oleh penambahan beban yang lebih daripada
yang dibenarkan atau salah mengira faktor kepelbagaian. Sekiranya arus yang
dibawa lebih daripada had kabel,pengalir akan menjadi panas.
Beban lebih yang disebabkan arus beban naik secara mendadak pada peringkat
permulaan motor elektrik ( starting current ). Starting current berlaku dalam jangka
masa singkat dan arusnya tidak terlalu tinggi.

Bocor Ke Bumi

Bagaimana Pemutus Litar Bocor Kebumi Kendalian Arus berfungsi ?


Arus lalu melalui PLBK. Arus ini dilalukan ke alatubah arus (alat berbentuk
doughnut) dan terus kepada beban. Arus daripada beban pula dilalukan sekali lagi
ke alatubah. Pada keadaan biasa jumlah arus yang dibekalkan ke beban adalah
sama dengan jumlah arus yang keluar dari beban. Oleh kerana terdapat
perseimbangan terhadap arus yang masuk dan keluar, ianya tidak mendatangkan
kesan kepada alatubah arus. Jika sekiranya terdapat arus bocor ke bumi,
disebabkan oleh kerosakkan ke bumi, maka arus masuk dan arus yang keluar
tidak akan seimbang lagi. Ketidak seimbangan ini akan menjana arus dan jika
arusnya melebihi kadar yang ditetapkan, PLBK tersebut akan terpelantik dan
memutus bekalan. 

Sambungan Longgar

Litar longgar mungkin disebabkan oleh satu daripada perkara berikut :-


a. Pemasangan tamatan kabel tidak kemas (skru tidak ketat, kondaktor
tidak kemas)
b.  Pemasangan tamatan yang telah lama (kesan haba).
c.  Pemasangan tamatan pada peralatan mudah alih.

Selalu Terpelantik

Artikel terdahulu penulis telah memperkenalkan RCB dalam sistem pembekalan


elektrik 1 fasa di rumah. RCB akan terpelantik ke bawah (trip) apabila berlaku
renjatan elektrik, voltan tinggi akibat kilat ataupun berlaku kerosakan pada
pendawaian yang menyebabkan arus mengalir ke bumi.
ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA
3
TUNGGAL

Apabila RCD trip, anda perlu menaikkan semula suisnya (reset) supaya bekalan
elektrik pulih seperti biasa. Walaubagaimanapun, kadang-kala RCD tidak dapat
dinaikkan (reset) walaupun ditolak berkali2 ke atas. 

Rosak Ke Bumi

Kerosakan bumi biasanya terjadi apabila pengalir fasa sentuh dengan pengalir
bumi atau badan (logam) alat perkakasan elektrik.

Membaiki Kerosakan Pemasangan Elektrik

Dalam bab ini kita akan mempelajari cara-cara asas menyelenggara kerosakan
yang berlaku dalam sesebuah pemasangan. Sebelum kita pergi lebih jauh dalam
membincangkan dan melakukan secara praktikal adalah lebih baik kita
mengenalpasti kemungkin-kemungkitnan kerosakan yang kita biasa hadapi di
rumah kediaman kita.

Mungkin kita pernah berhadapan dengan situasi-situasi seperti berikut:-

 Terputus bekalan elektrik secara total.


 Terdengar sesuatu bunyi pada papan agihan (DB).
 Soket alir keluar tidak berfungsi.
 Soket alir keluar terbakar.
 Lampu atau kipas yang digunakan tiba-tiba mati.
 Lampu dihidupkan tidak menyala.

Jika perkara-perkara berikut berlaku dirumah anda jangan panik dan bimbang
kerana perkara seperti itu kerap berlaku dirumah-rumah kediaman. Bagi
membolehkan anda memastikan ianya selamat dan boleh dibaiki anda perlu
terlebih dahulu mempelajari bagaimana tatacara menangani keadaan-keadaan
dinyatakan dengan cara dan kaedah yang betul serta selamat.
ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA
4
TUNGGAL

Bekalan ELektrik Terputus Secara Total.

Bekalan elektrik terputus secara total atau keseluruhan rumah anda tidak
mendapat bekalan elektrik mungkin disebabkab oleh perkara berikut :

 Pihak pembekal iaitu SESB/TNB menghadpi masalah seperti ketidak upayaan


janakuasa membekalkan tenaga elektrik secara total.
 Talian penghantaran pembekal tenaga menghadapi masalah gangguan
misalnya kabel penghantaran putus atau rosak di sebabkab pokok dan lain.
 Kerosakkan pencawang yang membekalkan tenaga dikawasan kita.
 Kerosakan pada fius perkhidmatan berhampiran meter jangka yang dipasang di
rumah kita.
 Suis utama pada DB dirumah kita terpelantik (tombol operasinya jatuh/turun)

 Mengganti Fius Perkhidmatan

Sekiranya anda dapati fius perkhidmatan di rumah terbakar (biasanya terdapat


kesan terbakar dan bau hangus) apakah yang anda perlu lakukan.

Fius Perkhidmatan

Fius
ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA
5
TUNGGAL

Langkah Membaiki

I. Dapatkan pertolongan daridapa juruelektrik yang bertauliahi untuk


membaikinya.
II. Sekiranya tidak ada anda boleh membaikinya sendiri dengan langkah-langkah
berikut :-

a. Periksa DB dalam rumah anda pastikan tidak terdapat peralatan


perlindungan yang terpelantik.
b. Periksa litar kecil akhir iaitu aksesori lampu dan soket yang dipasang dan
pastikan tiada kerosakan berlaku.
c. Matikan semua suis perlindungan dalam DB
d. Guna sarung tangan berpenebat/kain tebal.
e. Tanggalkan fius perkhidmatan dari kotaknya.
f. Periksa bahagian masukan kabel hidup guna pena uji
g. Pastikan pena uji bernyala jika tidak bermakna terdapat gangguan pada
talian penghantaran (pihak pembekal, SESB)
h. Gantikan fius yang baharu dalam kotak fius perkhidmatan dan selepas itu
pasangkan semula ke dalam kotak fius perkhidmatan.
i. Periksa bahagian masukan pada suis utama yang terdapat dalam DB
menggunakan pena uji dan pastikan lampu menyala.
j. Hidupkan suis utama, RCCB dan diikuti MCB (pemutus litar kenit) satu
persatu.
k. Sekiranya ketika menghidupkan MCB di dapati RCCB terpelantik ini
bermakna litar kecil akhir yang dikawal oleh MCB bermasalah.
l. Biarkan MCB tersebut mati dan hidupkan RCCB kembali dan hidupkan pula
MCB lain yang belum dihidupkan.
m. Bagi MCB yang mati tadi perlu di selenggara dan kita akan mempelajari
secara mendalam kaedah dan tatacaranya.
ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA
6
TUNGGAL

 Suis Utama Pada DB Terpelantik (Tombol terjatuh)

Suis
Utama

RCCB MCB

Rajah : DB 1 Fasa

Sekiranya anda dapati suis utama pada DB terpelantik/terbakar apakah yang


anda perlu lakukan.

Kesan
Terbakar

Langkah Membaiki.

I. Matikan semua suis perlindungan dalam DB.


II. Matikan semua soket dan suis.
III. Hidupkan suis utama, RCCB dan diikuti MCB (pemutus litar kenit) satu
persatu.
ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA
7
TUNGGAL

a. Sekiranya ketika menghidupkan MCB di dapati RCCB terpelantik ini


bermakna litar kecil akhir yang dikawal oleh MCB itu bermasalah.
b. Biarkan MCB tersebut mati dan hidupkan RCCB kembali dan hidupkan
pula MCB yang belum dihidupkan.
VI. Bagi MCB yang mati tadi perlu di selenggara dan kita akan mempelajari
secara mendalam kaedah dan tatacaranya.

 RCCB Dan MCB DB Terpelantik (Tombol terjatuh)

Jika terdengar sesuatu bunyi pada papan suis (DB) yang menyebabkan
bekalan elektrik mati/terputus mungkin mengakibatkan perkara-perkara berikut
berlaku:-

I. RCCB terpelantik
II. MCB terpelantik

Langkah Membaiki.

I. Jika RCCB terpelantik maka anda perlu lakukan langkah-langkah berikut


untuk membaikinya :

Ros Siling

Pemegang LEN

Lampu

E E N N RCCB
Terpelantik
(Tombol Jatuh
Kebawah)

Papan Agihan
(DB)
E C
NL L
Soket Suis
ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA
8
TUNGGAL

a. Sekiranya ia terpelantik kerana di sebabkan oleh bunyi Guruh dilangit anda


boleh terus hidupkan sahaja tanpa membuat pemeriksaan kerana ini
adalah perkara biasa berlaku dan ini menandakan RCCB dirumah anda
adalah berkeadaan baik.
b. Jika RCCB terpelantik disebabkan kerosakan pemasangan elektrik anda
perlu melakukan langkah-langkah berikut untuk membaikinya :-
 Matikan semua MCB yang dikawal oleh RCCB tersebut.
 Hidupkan RCCB dan hidupkan MCB satu persatu sehingga kita dapati
MCB yang menyebabkan RCCB itu terpelantik.
 Matikan RCCB dan buatlah pemeriksaan pada liatar kecil akkhir yang
dikawal oleh MCB tersebut.
 Setelah selesai selenggarah/baiki maka hidupkan semula RCCB dan
semua MCB yang dikawalnya.

III. Jika MCB terpelantik/terbakar lakukan langkah seperti berikut :-

Kesan
Terbakar

a. Periksa litar yang dikawal oleh MCB ini sama ada litar lampu atau litar
kuasa.
b. Pastikan tidak terdapat kesan kerosakan akibat terbakar atau yang lain.
c. Kerosakan MCB berlaku kerana terdapat pintasan atau beban lebih
pada litar yang dilindungi.
d. Matikan RCCB yang melindungi MCB tersebut jika ianya tidak
terpelantik.
e. Baiki litar yang dilindungi (akan dipelajari kaedahnya kemudian) setelah
selesai.
ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA
9
TUNGGAL

f. Buka MCB tersebut perlahan-lahan dan gantikan dengan yang baharu


(pastikan MCB yang dikandikan mempunyai kadaran arus perlindungan
yang sama).
g. Hidupkan RCCB dan hidupkan MCB tersebut sekirnya RCCB tidak
terpelantik.
h. Hidupkan aksesori yang dilindungi jika MCB dan RCCB tidak terpelantik
ini bermakna ianya berada dalam kedaan selamat digunakan.

 Soket Alir Keluar

Soket Alir Keluar Tidak Berfungsi/Terbakar

Kadang-kadang berlaku kerosakan pada


pemasangan seperti soket tidak berfungsi atau
terbakar ketika ia digunakan atau tidak
digunakan. Kerosakan ini mungkin disebabkan
oleh beberapa faktor seperti berikut :-

 RCCB/MCB mengawal litar soket


terpelantik/rosak
 Sambungan pada soket terlepas/longgar
 Terlebih beban dan terbakar
 Terdapat binatang (cicak, semut bersarang) dalam soket penyebab pintas.
 Soket telah luput (kerosakan mekanikal)
ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA
10
TUNGGAL

Langkah Membaiki.

Ros Siling

Pemegang LEN

Lampu

E
E N N
Matikan
RCCB Litar Kuasa
Periksa Soket, buka
dan gantikan yang
baharu jika rosak

Papan Agihan
(DB)
E C
NL L
Soket Suis
I. Matikan MCB yang mengawal soket atau RCCB yang mengawal litar kuasa
untuk lebih selamat.

a. Buka dan periksa soket yang bermasalah seperti dinyatakan di atas jika
tidak terdapat perkara yang dinyatakan pasang semula soket dan
pastikan semua sambungan kabel dipasang ketat pada puncanya.
b. Hidupkan semula RCCB dan setiap MCB pastikan ianya tidak terpelantik,
jika keadaan ini berlaku bermakna soket selamat digunakan.
c. Sekiranya RCCB dan MCB yang mengawal soket tersebut dihidupkan
tetapi soket masih tidak berfungsi kemungkinan MCB tersebut telah
rosak dan perlu digantikan.
d. Jika soket terbakar sama ada lebih beban atau disebabkan pintasan, apa
yang perlu anda lakukan adalah seperti berikut:-
ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA
11
TUNGGAL

e. Matikan semua MCB yang dikawal oleh


RCCB tersebut dan untuk lebih selamat
matikan RCCB sekali.
f. Periksa kabel pengalir dengan
menggunakan pena uji (memastikan kabel
tiada bekalan)

II. Buka dan periksa soket yang bermasalah seperti dinyatakan di atas :-

a. Jika terdapat pintasan (disebabkan oleh cicak atau kabel bersentuhan)


bersihkan soket dan pasang semula.
b. Jika soket terbakar dan tidak boleh
digunakan semula maka gantikan dengan
yang baharu dan pasang dengan betul
pada punca-punca yang telah disediakan.
c. Hidupkan semula RCCB dan setiap MCB
pastikan ianya tidak terpelantik, jika
keadaan ini berlaku bermakna soket
selamat digunakan.
ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA
12
TUNGGAL

 Litar Lampu Atau Kipas Tidak Berfungsi.

Kadang-kadang berlaku kerosakan pada pemasangan bagi litar lampu atau


kipas dan ianya tidak dapat dihidupkan dan digunakan. Beberapa kerosakan
mungkin berlaku pada pemasagan lampu/kipas tersebut :-

I. MCB mengawal litar lampu/kipas terpelantik


II. Sambungan pada suis terlepas/longgar
III. Berlaku pintasan pada pemegang lampu disebabkan binatang (cicak,
semut
IV. bersarang).
V. Suis luput (kerosakan mekanikal)
ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA
13
TUNGGAL

Langkah Membaiki.

Ros Siling

Pemegang LEN

Lampu

Matikan Periksa pemegang


RCCB Litar Lampu E N lampu, buka dan
gantikan yang
baharu jika rosak

Periksa Suis, buka


dan gantikan yang
baharu jika rosak
Papan Agihan
(DB)
E C
N L L

Soket Suis

a. Jika MCB atau RCCB tidak terpelantik ini kemungkin kerosakan berlaku
mungkin pada suis atau pemegang lampu yang mana berlaku pintasan
seketika.

b. Jika didapati MCB atau RCCB yang mengawal litar lampu/kipas terpelantik,
cuba hidupkan kembali MCB dan RCCB jika ia terpelantik semula ini
bermakna kemungkinan ada kesorakan pada suis atau pada pemegang
lampu.
ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA
14
TUNGGAL

Membaiki Bahagian Suis

d. Matikan MCB dan RCCB yang mengawal litar lampu tersebut.


e. Periksa kabel pengalir dengan menggunakan pena uji (memastikan
kabel tiada bekalan)

f. Buka dan periksa suis lampu/kipas yang bermasalah kemungkinan anda


akan mendapati kabel terlepas atau terdapat kesan bakar akibat
pintasan.
g. Buka suis dan periksa sama ada masih boleh digunakan atau tidak
(pemeriksaan melalui pemerhatian) jika ada meter boleh guna meter uji
kekutubannya.
h. Jika masih utuh pasang semula atau gantikan dengan yang baharu.
i. Selepas itu hidupkan semula MCB dan RCCB, pastikan ianya tidak
terpelantik. Jika terpelantik kemungkinan kerosakn berlaku pada
pemegang lampu atau pada lampu itu sendiri (lampu kalimantang)

Membaiki Bahagian Pemegang Lampu

.
ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA
15
TUNGGAL

j. Matikan MCB dan RCCB yang mengawal litar lampu tersebut.


k. Periksa pengalir lampu dengan menggunakan pena uji (memastikan
kabel tiada bekalan)
l. Buka dan periksa pemegang lampu kemungkinan anda akan mendapati
kabel terlepas atau terdapat kesan bakar akibat pintasan.
m. Buka pemegang lampu dan periksa sama ada masih boleh digunakan
atau tidak.
n. Jika masih utuh pasang semula atau gantikan dengan yang baharu.
o. Jika lampu bermasalah (lampu kalimatang elektronik) kebiasaannya
pemegang lampu terbakar/rosak dan perlu ganti dengan yang baharu.
p. Bagi memastikannya rosak periksan lampu kalimatang di badan lampu
yang lain bagi memastikan lampu tersebut tidak rosak.
q. Gantikan badan lampu kalimatang yang baharu jika ianya telah rosak.
r. Pastikan kabel bagi pemasang litar lampu ini tidak rosak/pintas secara
keseluruhannya.
s. Selepas itu hidupkan semula MCB dan RCCB, pastikan ianya tidak
terpelantik.
ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA
16
TUNGGAL

AMALI
ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA
17
TUNGGAL

Litar Skimatik

AMALI 01
PENYELENGGARAAN SUIS DAN
LAMPU
ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA
18
TUNGGAL

PENYELENGGARAAN SUIS DAN LAMPU

Ros Siling

Pemegang LEN

Lampu

Periksa pemegang
E N
Matikan lampu, buka dan
RCCB Litar Lampu gantikan yang
baharu jika rosak

Periksa Suis, buka


dan gantikan yang
Papan Agihan baharu jika rosak
Matikan (DB)
MCB Mengawal
C
Beban Lampu
L
Periksa punca hidup
Suis
“C” guna pena uji
bagi memastikan
tidak ada bekalan
elektrik

Langkah Penyelenggaraan :
a. Matikan MCB yang mengawal litar kecil akhir bagi lampu tersebut.
b. Matikan RCCB yang mengawal litar lampu tersebut untuk lebih selamat.
c. Buka suis dan periksa punca hidup “C” dengan pena uji bagi memastikan tiada bekalan
elektrik di kesan setelah MCB dan RCCB di matikan.
d. Sekiranya suis rosak (akibat terbakar/kerosakan mekanikal) gantikan dengan yang
baharu.
e. Periksa pemegang lampu dan siling ros pastikan tamatan kabel dalam kedaan ketat dan
tidak terdapat sebarang benda asing (semut bersarang).
f. Pasang semula suis, pegang & siling ros serta lampu dengan sempurna.
g. Hidupkan RCCB, MCB dan suis sepatutnya jika tidak terdapat masalah lampu akan
hidup.
h. Jika tidak hidup periksa punca keluaran pada MCB yang mengawal beban lampu jika
ada bekalan elektrik (mungkin kabel bermasalah dan ini jarang berlaku)
ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA
19
TUNGGAL

AMALI 02
PENYELENGGARAAN SOKET ALIR
KELUAR
ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA
20
TUNGGAL

PENYELENGGARAAN LITAR KUASA

E N Matikan
RCCB Litar Kuasa
Periksa Soket, buka
dan gantikan yang
baharu jika rosak
Matikan
N
MCB Mengawal
Papan Agihan Beban Lampu
(DB)
E

NL

Soket

Langkah Penyelenggaraan :
a. Matikan MCB yang mengawal litar kecil akhir bagi soket tersebut.
b. Matikan RCCB yang mengawal litar kuasa tersebut untuk lebih selamat.
c. Buka soket dan periksa punca hidup “L” dengan pena uji bagi memastikan tiada
bekalan elektrik di kesan setelah MCB dan RCCB di matikan.
d. Sekiranya soket rosak (akibat terbakar/kerosakan mekanikal) gantikan dengan yang
baharu.
e. Pasang semula soket, pastikan tamatan kabel dipasang dengan betul dan ketat.
f. Hidupkan RCCB, MCB dan soket, periksa gunakan pena uji pada lubang sebelah kanan
soket sepatutnya pena uji bernyala.
g. Jika tidak hidup periksa punca keluaran pada MCB yang mengawal beban lampu jika
ada bekalan elektrik (mungkin kabel bermasalah dan ini jarang berlaku)
h. Jika tidak hidup mungkin MCB telah rosak dan perlu diganti yang baharu.
ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA
21
TUNGGAL

AMALI 03
PENYELENGGARAAN
PAPAN AGIHAN
PAPAN
ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA
22
TUNGGAL

PENYELENGGARAAN PAPAN AGIHAN


Periksa Bahagian
Masukan
RCCB Guna Pena Uji
(2)

Matikan E N Matikan
RCCB Litar Lampu RCCB Litar Kuasa
(1) (1)
Matikan
Suis Utama Periksa Bahagian
(2)
Masukan
Papan Agihan MCB Guna Pena Uji
Periksa Bahagian
(DB) (1)
Masukan
MCB Guna(1)Pena Uji

Penyelenggaraan MCB, RCCB dan Suis Utama ini dilakukan jika alat perlindungan ini
mengalami kerosakan, iaitu keroskan disebabkan berpunca dari beban yang dikawal atau
kerosakan disebabkan oleh kerosakan mekanikal peralatan tersebut.

Langkah Penyelenggaraan :
a. Jika MCB yang mengawal litar lampu atau litar kuasa rosak (terbakar/masalah
mekanikal).
b. Matikan RCCB yang mengawal MCB tersebut.
c. Periksa guna pena uji bahagian masukan MCB tersebut pastikan tiada bekalan elektrik.
d. Buka MCB dan gantikan dengan yang baharu.
e. Pasang semula soket, pastikan tamatan kabel dipasang dengan betul dan ketat.
f. Jika RCCB yang mengawal litar lampu atau litar kuasa rosak (terbakar/masalah
mekanikal).
g. Matikan Suis Utama (2) yang mengawal RCCB.
h. Periksa guna pena uji bahagian masukan RCCB (2) tersebut pastikan tiada bekalan
elektrik.
i. Buka RCCB dan gantikan dengan yang baharu.
j. Hidupkan semula Suis Utama dan buat ujian terhadap RCCB (“Trip”) bagi memastikan
RCCB yang digantikan berfungsi dengan baik.
ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA
23
TUNGGAL

Rujukkan :

 Garis Panduan Pendawaian Elektrik Di Bangunan Kediaman,


Suruhanjaya Tenaga Malaysia, Edisi 2008.

 Pepasangan Dan Penyelenggaraan Elektrik, Abd. Samad B. Hj.


Hanif, Dewan Bahasa Dan Pustaka,Cetakan Kedua,2000\

 Teknologi Elektrik, Abd Samad Bin Hj. Hanif, Pustaka Sistem


Pelajaran Sdn. Bhd., 2002

Anda mungkin juga menyukai