Anda di halaman 1dari 1

Soalan Kuiz BM

1. Sikap Encik Dahlan yang _______ itu tidak disenangi oleh penduduk kampung.
A. ulat buku
B. kaki bangku
C. tangkai jering
D. ringan tulang

2. Pilih kata seerti yang paling sesuai bagi kata yang bergaris.
Orang kaya itu mengusir pengemis yang meminta sedekah di rumahnya.
A. menolak
B. menghalau
C. mengugut
D. memanggil

3. Cuaca malam ini __________ kerana petang tadi hujan turun dengan lebatnya.
A. sejuk
B. damai
C. panas
D. nyaman

4. Pak Kasim ________ tugasnya sebagai pengawal keselamatan pada pukul enam petang setiap hari.
A. permulaan
B. memulakan
C. dimulai
D. dimulakan

5. Guru-guru dan murid-murid bergotong-royong ________ kawasan sekolah itu.


A. kebersihan
B. dibersihkan
C. pembersihan
D. membersihkan

6. Kami terkejut apabila terdengar bunyi ________yang kuat itu.


A. meletup
B. letupan
C. peletupan
D. terletup

7. Mak Cik Yuen sering __________ ke hospital untuk mendapatkan rawatan bagi penyakit yang dihidapinya.
A. ulang-alik
B. gerak-geri
C. lalu-lalang
D. mundar-mandir

8. Badannya menjadi __________ setelah seminggu terlantar di hospital kerana demam panas.
A. herot-berot
B. kurus kering
C. kering-kontang
D. gemuk-gedempol

Anda mungkin juga menyukai