Anda di halaman 1dari 1

Pendidikan merupakan satu sistem atau instrument untuk melahirkan masyarakat

yang memiliki ilmu pengetahuan tinggi dan bersahsiah mulia serta mampu memberi
sumbangan terhadap negara dalam pelbagai aspek supaya Negara dapat diletakkan
ke peringkay yang terbaik. Sistem pendidikan yang berkesan mampu menghasilkan
individu yang dan memiliki keupayaan dan kemahiran yang diperlukan dalam
memajukan negara. Oleh yang demikian, sistem pendidikan yang diamalkan
perlulah sentiasa relevan dengan kehendak dan keperluan semasa masyarakat.

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, pada 28 Febuari
1991 telah mencetuskan idea Wawasan 2020 iaitu Menjelang tahun 2020, Malaysia
boleh menjadi sebuah negara yang bersatu padu, dengan masyarakat Malaysia
mempunyai rasa keyakinan diri, ditunjangi oleh nilai-nilai moral dan etika yang
utuh, menikmati kehidupan dalam sebuah masyarakat yang demokratik, liberal
lagi bertolak ansur, berbudi, adil dan saksama ekonominya, progresif dan makmur,
dan sepenuhnya menguasai ekonomi yang mampu bersaing, dinamik, tangkas
serta mempunyai daya ketahanan.

Anda mungkin juga menyukai