Anda di halaman 1dari 9

TAJUK 4 Teknik Permainan Pergerakan Kord Dan Improvisasi

4.0 SINOPSIS

Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar memainkan kord dengan licin
dalam nada D, A, Bb dan Eb major yang menggunakan kord I, ii, IV, V , vi, V7
dan ii7.
Memainkan pergerakan kord dengan licin dalam nada B, F#, G dan C minor
yang menggunakan kord i, iio, iv, V, VI, V7 dan iio7.
Mengimprovisasi melodi untuk mengiringi pergerakan kord yang telah dipelajari
dalam nada major dan minor sehingga 3# dan 3b.

4.1 HASIL PEMBELAJARAN

1. Mempraktik kemahiran teknik bermain kibod dengan berkesan.


2. Menguasai kemahiran memainka repertoire lagu dalam nada majaor dan minor
sehingga 3# dan 3b dengan mengaplikasikan pergerakan kord dan pelbagai
rentak iringan.

3. Mengapalikasikan teknik dan kemahiran bermain kibod dalam repertoire lagu


4. Mengintegrasikan kemahiran yang telah dipelajari dalam permainan semerta.

5. Mengimproviasasi melodi untuk mengiringi pergerakan kord yang telah dipelajari


dalam nada major dan minor sehingga 3# dan 3b.

6. Memainkan skor ensembel kibod (melodi dan kaunter melodi)

59
4.2 KERANGKA TAJUK-TAJUK

Teknik Permainan
Pergerakan Kord Dan
Improvisasi

Memainkan Pergerakan Mengimprovisasi Melodi


Kord Dengan Licin Untuk Mengiringi Melodi

60
4.3 KANDUNGAN ISI
Memainkan Pergerakan Kord Dengan Licin

Dalam permainan kibod, teknik penggunaan tangan dan jari mungkin ada sedikit
perbezaan dengan permainan piano. Kibod menggunakan satu sistem formasi
penjarian yang dipanggil fingered chords. Dalam penjarian fingered chords
pemain hanya perlu memahami konsep pembentukan kord-kord di dalam julat
yang terhad sahaja. Fingered chords kebiasaannya dimainkan pada tangan kiri
bagi membentuk kord-kord iringan melodi yang dimainkan pada tangan kanan.
Kadangkala pemain kibod tidak perlu menekan kord-kord dalam kedudukan
perdu kerana julat (range) yang diberi untuk penjarian kord-kord pada
sesetengan kibod agak terhad. Semua kord perlu berada di antara julat (range)
not F bawah ke F atas satu oktaf dan dimainkan pada posisi tangan kiri.

Not F ke F

Kebiasaannya kord-kord pada mata piano dimainkan dalam kedudukan perdu


(root position). Oleh itu, tangan yang memainkan kord-kord akan bergerak di
mana not perdu menjadi asas kepada pembentukan kord. Sebagai contoh bagi
penjarian kord C major dalam fingered chords, kedudukan penjarian berubah
dalam kedudukan pembalikkan (inversion). Ini berlaku kerana kord-kord perlu
berada dalam julat not F ke F.

Begitulah seterusnya dalam Kord C Major


kord-kord yang lain dimana kadangkala teknik
Pembalikan
memainkan kord-kord pembalikan (inversion) perlu dibuat kerana julat (range)

61
yang diberi untuk memainkan kord agak terhad. Berikut diberikan beberapa
contoh kord-kord yang perlu dilakukan pembalikan dalam permainan kibod.

Kord D Major
Pembalikan

Begitulah seterusnya bagi kord-kord yang lain di mana posisi penjarian berubah
dalam sistem ini. Namun begitu terdapat juga kord-kord yang tidak berubah
sistem penjariannya kerana posisi asal dalam kord tersebut sudah berada
dalam julat F ke F’.

Contohnya, Kord G Major:

Kord G Major
Perdu

Untuk memainkan sehingga tangga nada 4 syap atau 4 flet akan menjadi
mudah jika anda telah mahir dalam penjarian skel-skel tersebut. Latih tubi
adalah satu cara yang paling berkesan bagi kemahiran ini. Contohnya anda
perlu mahir dengan skel D Major (2 syap) dengan penjarian di tangan kanan.
Apabila kemahiran ini dapat dicapai anda perlu pula memahirkan dengan
penjarian kord-kord pada penjarian tangan kiri bagi mengiringi melodi.
Kemahiran asas adalah dengan memainkan kord-kord I, IV dan V bagi tangga
nada D Major, kord primer (primary chords).

62
Latihan 1

Kord I Kord IV Kord V Kord I

Kedua-dua latihan di atas perlu dibuat sama ada secara berasingan iaitu dengan
cara:
(i) Latihan skel sahaja pada penjarian tangan kanan.

(ii) Latihan memainkan melodi secara spontan pada penjarian tangan kanan.

(iii) Latihan pergerakan kord-kord I, IV dan V pada penjarian tangan kiri.

(iv) Latihan menggabungkan tangan kanan dan kiri dengan melodi bebas.

Latihan-latihan di atas perlu dikembangkan lagi dengan memainkan skel-skel


bagi tangga nada berlainan sehingga 4 syap dan 4 flat atau boleh ditambah
sehingga lain-lain tangga nada. Begitu juga dengan menambahkan latihan kord-
kord I, IV dan V bagi tangga nada tersebut. Latihan permainan kord juga perlu
diteruskan kepada kord-kord sekunder (secondary chords) seperti kord ke II, III,
VI dan VII. Kord-kord sekunder juga dapat membantu kita meningkatkan
keindahan lagu serta dapat mengembangkan kemampuan bagi memainkan
banyak lagu-lagu lain. Contoh berikut adalah kord-kord sekunder bagi skel D
Major. Memadai bagi anda membuat latihan bagi kord ke-II dan ke-III sahaja.
Kord ke-VI dan ke-VII boleh dipraktikkan jika anda mampu.

Latihan 2

Kord II E min Kord III F# min Kord VI B min Kord VII C dim

Sebagai latihan awal anda boleh mencuba lagu-lagu dengan tangga nada C
major ataupun A minor dahulu. Apabila anda telah mahir, lagu yang sama boleh
63
anda tukar kepada tangga nada yang lain. Latihan begini bukan sahaja boleh
meningkatkan kemahiran bermain dengan membaca notasi, malah ianya dapat
membantu kita mengenal kord-kord lain apabila membuat transposisi.

Latihan 3

Setelah kita mencuba lagu tadi dengan tiga kord asas (primary chords) sekarang
kita cuba pula memainkan lagu yang sama dengan tambahan kord-kord
sekunder (secondary chords)

Latihan 4

64
4.4 Mengimprovisasi Melodi Lagu dengan Iringan Kord Asas
dan Kord Sekunder

Membuat improvisasi ialah ibarat menokok tambahkan sesuatu yang diberi.


Improvisasi memerlukan kemahiran memainkan melodi mengikut imaginasi serta
idea-idea tersendiri. Idea-idea ini pula bukan sekadar memainkan apa sahaja
melodi yang kita suka, tetapi ianya juga memerlukan kreativiti dalam mengolah
irama bersandarkan pada skel yang telah ditetapkan.
Berikut diberikan lagu Autumn Leaves berserta melodi dan kord-kordnya. Anda
boleh mencuba memainkan lagu ini mengikut apa yang dinotasikan. Selepas
anda mahir anda boleh pula mencuba membuat improvisasi terhadap melodi
lagu ini.

Latihan 5

65
Langkah seterusnya ialah dengan menukarkan tangga nada lagu ini kepada
tangga nada lain dan mencuba memainkan lagu tersebut mengikut pergerakan
kord-kord yang baru berserta melodi dalam tangga nadanya. Latihan membuat
improvisasi juga dapat anda lakukan apabila anda sudah bersedia.

66
Latihan 6

Apabila anda mahir memainkan lagu di atas dalam tangga nada C major, cuba
pula anda mengubah nadanya kepada G major atau F major atau E major dan
lain-lain nada.

67

Anda mungkin juga menyukai