Anda di halaman 1dari 13

TAJUK 2 Teknik Permainan Skel, Arpegio dan Kord Nada Minor

2.0 SINOPSIS
Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang teknik permainan
kibod dalam permainan skel, arpegio dan kord nada minor. Kemahiran
membaca skor kibod secara semerta dalam permainan skel nada minor.

2.1 HASIL PEMBELAJARAN

1. Mempraktik kemahiran teknik bermain kibod dengan berkesan.


2. Menguasai kemahiran memainka repertoire lagu dalam nada majaor dan
minor sehingga 3# dan 3b dengan mengaplikasikan pergerakan kord dan
pelbagai rentak iringan.
3. Mengapalikasikan teknik dan kemahiran bermain kibod dalam repertoire
lagu
4. Mengintegrasikan kemahiran yang telah dipelajari dalam permainan
semerta.
5. Mengimproviasasi melodi untuk mengiringi pergerakan kord yang telah
dipelajari dalam nada major dan minor sehingga 3# dan 3b.
6. Memainkan skor ensembel kibod (melodi dan kaunter melodi)

29
2.2 KERANGKA TAJUK-TAJUK

Teknik Permainan
Skel

Teknik Permainan
Teknik Permainan
Skel Nada Minor Arpegio Nada Minor Teknik Permainan
Kord Nada Minor

30
KANDUNGAN ISI

Teknik Penjarian Asas

Sebelum seseorang itu mula bermain kibod ianya perlu tahu dan memahami
peranan serta fungsi tiap jari yang digunakan. Pergerakan jari bermain kibod
tidak sama seperti mana cara dan teknik bermain piano. Walau bagaimana pun
tatacara serta teknik asas dalam permainan piano boleh diguna pakai dalam
permainan kibod khususnya cara mengaplikasikan jari-jari pada papan nada atau
papan jari kibod.Teknik bermain kibod diperingkat awal ialah dengan membuat
latihan pergerakan bahagian lengan, pergelangan tangan serta semua jari
tangan. Otot-otot pada lengan berperanan untuk mengimbangi pergerakan
lengan, pergelangan tangan serta jari dalam permainan kibod. Kelembutan dan
ketepatan meletakkan jari-jari pada papan nada adalah penting dalam tatacara
permainan alat muzik kibod ini.

Latihan Penjarian Pada Papan Nada

Di bawah ini ada beberapa tunjuk ajar dan garis panduan untuk penjarian 5 jari,
permainan skel dan arpeggio. Sebelum itu juga seseorang perlu mengenal serta
memahami nama-nama pic pada papan nada. Rajah 1 di bawah menunjukkan
nama nama tepat papan nada selari dengan kedudukan notasinya pada baluk
klef trebel klef bes.

Rajah 1

31
Latihan penjarian tangan kiri boleh dimulakan di mana-mana nada papan putih.
Kedudukan dan paras pergelangan tangan dapat dilihat pada gambarajah di
bawah.

Latihan yang serupa boleh dibuat untuk tangan kanan berulang-ulang kali
dengan teknik yang sama.

Panduan untuk Penjarian 5 Jari, Permainan Skel dan Arpeggio

1. Tiap jari mempunyai fungsinya yang tertentu di atas papan nada.


2. Tiap jari juga saling menyokong antara satu sama lain dalam mengimbangi
kedudukannya yang juga mungkin berubah-ubah.
3. Pergerakan dan keselarasan bahagian lengan amat perlu bagi mana-mana jari
itu berubah tempat.
4. Pergelangan tangan perlu direndahkan jika ibu jari menekan mana-mana
papan nada dan ditinggikan pula jika jari kelima digunakan juga.
5. Panduan ke 4 boleh diubahsuai jika beberapa himpunan not dimainkan.
Pergelangan tangan bermula pada aras rendah jika memainkan permulaan
rangkaian melodi. Untuk mengakhiri sesuatu rangkaian melodi pergelangan
tangan ditinggikan semula kedudukannya.
6. Untuk permain skel, elakkan ibujari dalam kedudukan terlipat ke dalam. Ibu jari
hendaklah sentiasa berada bersebelahan jari telunjuk. Kombinasi pergerakan
lengan, pergelangan tangan dan jari dapat mengelak rasa kekejangan, lenguh
dan tidak keserasian menggunakan kedudukan ibu jari.
7. Bilamana tangan berada pada kedudukan bermain, gerakkan sedikit bahagian
lengan. Cara begini dapat mengurangkan rasa lenguh dan kejang otot

32
8. Teknik bermain skel dan arpeggio lebih kurang sama. Hanya dalam
permainan Arpeggio jarak sesuatu nada itu memerlukan pergerakan lengan
yang lebih sedikit.
9. Aras kedudukan lengan boleh dilaraskan untuk permainan papan nada hitam
atau putih. Boleh ditinggikan aras lengan untuk papan nada hitam dan di
rendahkan pula bagi papan nada putih. Dengan cara ini kita dapat kekalkan
pergerakan tangan,pergelangan tangan dan jari pada kedua-dua kedudukan
permainan papan nada tersebut.
10. Bila ada perubahan tempo kepada cepat, pergerakan-pergerakan besar
dikurangkan. Pada tempo lambat pula jari-jari berada betul-betu ditempatnya.
11. Tiap pergerakan ibu jari perlu sentiasa kekal di luar tapak tangan dan tidak
terbengkok hala ke dalam tapak tangan.

Di bawah ini disediakan rajah latihan untuk Penjarian 5 jari. Anda boleh
mulakan dari papan nada yang bertanda bulat. (Tangan kanan dan kiri)

33
2.3 Teknik Permainan Skel Nada Minor

Untuk memainkan skel, yang paling penting ialah kita memahami tangga nada
bagi setiap skel dan seterusnya membuat latih tubi hingga kita mahir dan
memahami penjariannya. Apabila latih tubi dibuat kita juga akan menambahkan
kelajuan dalam memainkan skel-skel tertentu hingga 3 syap atau 3 flet.

Seterusnya cuba kita latih memainkan skel-skel berikut, iaitu skel minor.

B minor natural menaik dan menurun

F# minor natural menaik dan menurun

34
G minor natural menaik dan menurun

C minor natural menaik dan menurun

2.4 Memainkan Arpeggio Minor

Memainkan arpeggio ialah memainkan pecahan atau pilihan not-not dari skel.
Permainan ini membantu kita bagi mengiringi nyanyian atau permainan melodi
pada tangan kanan. Pecahan not-not yang dimaksudkan tadi ialah dengan
memainkan not-not tertentu sama ada dari triad not 1, 3, dan 5 (do, mi, so )
secara berulang naik dan menurun atau not 1, 3, 5 dan 8 (do, mi, so, do’)
secara menaik dan menurun. Penjarian ini juga kadangkala disebut “broken
chord”.

2.4.1 Penjarian Memainkan Arpeggio

Teknik penjarian bagi memainkan arpeggio memerlukan jarak pergerakan jari


yang lebih teliti dan kemas. Permainan arpeggio menggunakan not 1 3 dan 5
serta oktaf (not ke 8).Bunyi skel seolah-olah melompat jarak 3.

35
Mari kita cuba latihan memainkan arpeggio berikut:

B minor arpegios
3

1 2 5
F# minor arpegios
1 3 5

G minor arpegios
2

1 3 5

C minor arpegios
2

1 3 5

36
2.5 Teknik Permainan Kord Nada Minor

Setelah kita memiliki kemahiran memainkan skel-skel sehingga 3 syap dan 3


flat, kita boleh pula mencuba memainkan triad iaitu not-not 1, 3 dan 5 dalam
skel bagi skel-skel tadi. Kemahiran ini dapat membantu kita memainkan kord-
kord yang akan mengiringi melodi lagu.

2.5.1 Kord Nada Minor

B minor

F# minor

37
G minor

C minor

2.5.2 Triad Major dan relatif minor

Seterusnya cuba kita latih memainkan triad berikut, iaitu triad major dan

diikuti oleh relatif minornya.

D major B minor

38
A major F#minor

Bb major G minor

Eb major C minor

Seorang ahli muzikologi dari Jerman bernama Johann


David Heinichen dalam tahun 1728 membina rajah
memahami 24 nada (keys) major dan minor, hubungan
nada (key relationships) dan juga hubungan kord-kord
(chord relationships). Apakah nama rajah tersebut?

39
2.6 Latihan memainkan skor lagu dalam pelbagai jenis kord.

40
PUTERA PUTERI

Selamat mencuba

41

Anda mungkin juga menyukai