Contoh Info Tok Baja
Contoh Info Tok Baja
i. Pembajaan
a. Gred baja – kuantiti nutrien utama yang terdapat dalam baja. Diberi dalam bentuk peratus (%N, %P2O5,
%K)
Contoh :
Baja Ammonium sulfat ( 20 % N ) - baja ini mengandungi 20 % nitrogen atau bagi setiap
100 kg baja Ammonium sulfat terkandung di dalamnya 20 kg nitrogen
Baja NPK 16:16:17 – baja ini mengandungi 16 % nitrogen, 16 % P2O5 dan 17 % kalium
oksida atau dalam setiap 100 kg baja NPK terkandung 16 kg N, 16 kg P2O5 dan 17 kg K2O
b. Baja Campuran – baja yang dicampur secara fizik tetapi tidak disebatikan. Kandungan nutrien rendah.
c. Baja Sebatian – nutrien disebatikan secara kimia dengan nisbah tertentu.
d. Baja Lengkap – kombinasi semua nutrien utama NPK, mikronutrien , enzim,pengawalatur pertumbuhan.
e. Baja Lurus – baja yang membekal satu nutrien utama. Contoh baja lurus :
Nitrogen Fosforus Kalium
Urea CIRP Muriat potasy
Amonium Sulfat Superfosfat tunggal Kalium sulfat
Kalsium Nitrat Superfosfat ganda dua Kalium nitrat
Kalium Nitrat Superfosfat ganda tiga
Amonium Nitrat
Natrium Nitrat
Tinja haiwan
Sisa ladang
Baja lurus
Baja sebatian
Baja campuran
Baja lengkap
Baja
Baja organik
Baja kimia
Menghitung baja
Hitung baja berdasarkan gred baja
a. Hitung berat N dalam 250 kg baja kalium nitrat (15 %)
Jawapan : 100 kg baja kalium nitrat mengandungi 15 kg N
250 kg kalium nitrat = 15/100 x 250
= 37.5 kg N
b. Hitung berat N, P2O5 dan K2O dalam 200 kg baja NPK green 15:15:16
Jawapan : Berat N
100 kg baja NPK mengandungi 15 kg N
200 kg baja NPK = 15/100 x 200
= 30 kg N
Berat P2O5
100 kg baja NPK mengandungi 15 kg P2O5 (fosforus)
200 kg baja NPK = 15/100 x 200
= 30 kg P2O5
Berat K2O
100 kg baja NPK mengandungi 16 kg K2O
200 kg baja NPK = 16/100 x 200
= 32 kg K2O
Hitung keperluan baja untuk bekal kuantiti tertentu sesuatu nutrien dan kos pembajaan
Setiap hektar tanaman mangga memerlukan 60 kg N. Tentukan kuantiti baja ammonium nitrat (35 %N) yang
perlu digunakan. Jika harga 50 kg baja ammonium nitrat ialah RM 70.00, tentukan kos pembajaan mangga
tersebut.
Jawapan : Kuantiti baja ammonium sulfat yang diperlukan
100 kg baja ammonium sulfat mengandungi 35 kg N
60 kg N = 100/35 x 60
= 171.43 kg baja ammonium sulfat
Kos baja
50 kg = RM 70.00
171.43 kg = RM 70.00 / 50 x 171.43
= RM 240.00
3 Jadual 1 menunjukkan maklumat tentang baja yang digunakan untuk membuat baja
campuran.
(a) gred campuran baja yang mengandungi 80 kg ammonium sulfat, 50 kg fosfat asli dan
40 kg muriat potasy untuk sejenis tanaman seluas sehektar. [7
markah]
(a) kos untuk membuat baja campuran tersebut jika kuantiti baja yang digunakan ialah 400
kg ammonium sulfat 300 kg fosfat asli dan 250 kg muriat potasy.
[5 markah]
(b) kuantiti baja fosfat super ganda tiga (48 % P2O5) bagi menggantikan fosfat asli
(30 %P2O5) dalam (b) yang tidak terdapat di pasaran.
[3 markah]