Anda di halaman 1dari 2

Setelah mendengar kedua-dua ceramah yang disediakan, saya dapati kesemua aspek yang

dinyatakan adalah menggambarkan situasi diri saya sebagai seorang guru pada masa kini.

Beberapa aspek yang dinyatakan telah saya laksanakan dan bakal dilaksanakan yang mana ianya

boleh membawa kepada keberhasilan murid. Aspek-aspek yang telah saya lakukan demi

meningkatkan mutu kerjaya seorang guru adalah seperti berikut:

1. KEPAKARAN DAN BERPENGETAHUAN   DALAM BIDANG

Saya telah mula mengamalkan budaya membaca ini semenjak saya mula bertugas sebagai

seorang guru. Saya lakukan ini dengan tekat untuk sentiasa menambahkan ilmu khususnya dalam

bidang pengajaran saya. Saya sentiasa berusaha untuk meningkatkan prestasi budaya membaca

dengan membuat perancangan yang berjadual dan bersistematik. Buku yang saya baca adalah

yang berkaitan dengan sukatan pelajaran yang saya ajar pada murid. 

2. MENGHASILKAN KAJIAN TINDAKAN

Guru perlulah menghasilkan kajian tindakan untuk mengenalpasti masalah dan

menyelesaikannya dengan cara yang tersendiri. Oleh itu saya telah menghasilkan kajian tindakan

yang mana dengan harapan dapat mengenalpasti masalah murid dan cuba mencari penyelesaian

yang membawa kebaikan bersama.

3. PERSONALITI DAN KESIHATAN UNGGUL GURU

Kesihatan boleh didefinasikan sebagai kesihatan tubuh kasar dan juga diri batin atau

rohani. Untuk menjadi seorang guru yang berkualiti pastinya  mempunyai tahap kesihatan dan

personaliti yang tinggi. Seseorang itu tidak akan dapat berfikir dengan baik jika dirinya berada
dalam keadaan tidak sihat. Kata orang; ”Otak yang cergas bermula daripada badan yang sihat”.

Orang yang berpenyakit darah tinggi biasanya bersifat panas barang manakala orang mengidap

kencing manis biasanya fikiran tidak menentu. Sifat atau gejala penyakit seperti ini tentunya

akan merendahkan kualiti diri guru. Diatas kesedaran inilah saya sentiasa berusaha menjaga

kesihatan diri sama ada kesihatan fizikal dan juga rohani.

Sebagai rumusannya dapatlah ditegaskan bahawa usaha yang telah saya dan

sebagaimana yang di jelaskan di atas, telah berjaya menjadikan saya sebagai seorang  guru yang

berkualiti dengan memiliki ciri-ciri kepatuhan kepada tuhan, mempunyai kepakaran serta

berpengetahuan dalam bidang, melaksanakan penyelidikan, mempunyai personaliti serta

kesihatan yang unggul, menyumbangkan kepakaran yang dimiliki dan melahirkan inovasi serta

penemuan baru.

Dengan memiliki kualiti ini telah membantu saya untuk melaksanakan pengajaran dengan

berkesan dan dapat mengembangkan potensi pelajar-pelajar saya dalam aspek ketuhanan,

kerohanian, budaya ilmu, pemikiran yang positif, mengamalkan gaya hidup sihat, kreatif dan

inovatif. Semua elemen-elemen ini adalah penting dalam membangunkan modal insan dan diri

seseorang pelajar.

Daripada usaha-usaha ini juga saya dapati saya telah berjaya mengembangkan potensi

pelajar saya ke arah sebagaimana yang dikehendaki untuk menyumbang kepada pembangunan

negara.

Anda mungkin juga menyukai