Anda di halaman 1dari 3

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

Mata Pelajaran: Kemahiran Hidup

Tajuk: Elektrik dan Elektronik

Sub-Tajuk: Pengenalan Kepada Elektrik

Kelas: 4 Jujur

Tarikh: 29 Mac 2011 (Selasa)

Masa: 12.10 tengahari – 1.10 petang (1 jam)

Bilangan Pelajar: 40 orang

Kemahiran Berfikir: Mengkategori, Membanding beza, Kontekstual, Meneliti

Pengetahuan Sedia Ada: 1) Murid pernah menggunakan beberapa komponen elektrik yang akan
diajarkan.

2) Murid pernah melihat komponen elektrik tersebut.

Hasil Pembelajaran: Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat:

1) Mengkategorikan 5 daripada 6 nama, fungsi, simbol komponen dan bahan


dengan betul tanpa merujuk buku teks.

2) memadankan fungsi dengan alatan tangan yang sesuai dengan betul tanpa
merujuk buku teks .
3) Menterjemahkan lukisan bergambar kepada lukisan skematik dengan betul
tanpa merujuk buku teks.

Penerapan Nilai: Ingin tahu, Ingin mencuba, Yakin diri, Kerajinan, Kerjasama, Tanggungjawab

Bahan Bantu Mengajar: Buku teks, Lembaran kerja, Mencari Perkataan Tersembunyi, Kad gambar dan
Bahan Maujud
Langkah/Fasa Masa
Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Catatan
(Minit)

Tayangan video berkaitan 1) Guru menayangkan video Nilai: Yakin diri, Ingin tahu
elektrik berkaitan elektrik. KB: Mengkelas, Meneliti
2) Murid melihat video tersebut BBM: Kad Gambar
dengan teliti.
3) Guru bertanyakan soalan kepada
murid.
Set Induksi (5 minit)
4) Murid menjawab soalan yang
dikemukakan oleh guru.
5) Guru memberikan maklum balas
terhadap jawapan murid.
6) Guru mengaitkan video dengan
tajuk pelajaran hari ini.

Pengenalan Kepada 1) Guru menerangkan jenis-jenis Nilai: Ingin tahu,


Komponen Elektrik dan tenaga yang ditukarkan oleh KB: Menerangkan sebab,
Bahan Penyokong Komponen tenaga elektrik. BBM: Buku teks dan Kad
2) Guru memberikan satu sampul Gambar
surat yang mengandungi sama
ada komponen, simbol komponen,
fungsi komponen, bahan dan
fungsi bahan kepada setiap Murid.
3) Murid dikehendaki mengkelaskan
komponen dan bahan tersebut
kepada simbol dan fungsi masing-
masing.
4) Murid dikehendaki mencari
sesama mereka kumpulan yang
betul.
5) Setelah berjaya, murid
dikehendaki duduk mengikut
Langkah 1 (15 minit)
kumpulan komponen dan bahan
masing-masing.
6) Setiap kumpulan diarahkan
melekatkan kad gambar
komponen, bahan, simbol
komponen dan fungsi di atas
‘board’ yang disediakan oleh guru
mengikut giliran.
7) Guru dan murid akan bersama-
sama menyemak jawapan
tersebut.
8) Di samping itu, guru akan
memberikan penerangan
berkaitan dengan komponen dan
bahan tersebut sambil
menunjukkan komponen dan
bahan yang sebenar.

Langkah 2 (10 minit) Mengenal Alatan Tangan dan 1) Murid diberikan satu lembaran Nilai: Bekerjasama, Yakin diri
Fungsi. kerja untuk mencari perkataan KB: Membanding beza,
tersembunyi berkaitan nama Meneliti
alatan tangan. BBM: Kad gambar dan
2) Guru akan memberikan klu yang Lembaran Kerja
merupakan fungsi alatan tersebut.
3) Setelah siap, guru meminta murid
menukar lembaran kerja yang
telah diselesaikan oleh pelajar
kepada rakan di sebelah.
4) Guru akan menayangkan slaid
jawapan bagi lembaran kerja
berikut.
5) Disamping itu, guru menayangkan
gambar alatan tangan dan fungsi
alatan tangan sambil memberikan
sedikit penerangan berkaitan
alatan tangan.
6) Guru menunjukkan alatan tangan
sebenar kepada murid.
7) Murid mendengar dengan teliti
dan tekun.

Litar satu mentol 1) Guru menunjukkan litar satu


-Lukisan Bergambar mentol yang telah siap dipasang.
Langkah 3 -Lukisan Skematik 2) Guru menunjukkan contoh
lukisan bergambar dan lukisan
skematik litar satu mentol.
3) Guru menerangkan
bagaimana cara untuk
menterjemahkan lukisan
bergambar kepada lukisan
skematik.
4) Murid mendengar penerangan
guru dengan teliti.

Lembaran kerja bahan dan 1) Murid diberikan lembaran kerja Nilai: Kerajinan,
komponen Elektrik (Rujukan 4J_1). Tanggungjawab
KB: Mengkategori
2) Murid dikehendaki mengisi tempat
BBM: Lembaran Kerja
kosong dengan nama, fungsi dan
simbol komponen elektronik serta
bahan penyokong komponen dan
alatan tangan yang telah
Penilaian (10 minit)
dipelajari.
3) Guru membincangkan jawapan
bagi lembaran kerja bersama
murid-murid

4) Guru meminta murid untuk


menampal lembaran kerja di
dalam buku nota.

Rumusan pembelajaran 1) Guru memilih 3 hingga 4 orang Nilai: Yakin diri,

murid dipilih secara rawak untuk Tanggungjawab

menerangkan hasil pembelajaran KB: Kontekstual

pada hari ini. BBM: Buku teks


Penutup (5 minit)
2) Pelajar diterangkan kaitan elektrik
dengan kehidupan seharian, tanpa
elektrik alatan tersebut tidak akan
berfungsi.