Anda di halaman 1dari 1

Tugasan Tutorial

Nama Pelajar : Nurul Sallyza Binti Mohd Faisal


Nama Pensyarah : Encik Halim Bin Wan Ibrahim
Tarikh : 28/06/2021
Masa : 12.15 p.m

1. Falsafah Pendidikan Barat lebih membincangkan tentang ilmu logic berbanding


Falsafah Pendidikan Islam. Bincangkan

Bukti falsafah Pendidikan Barat lebih membincangkan tentang ilmu logik berbanding
Falsafah Pendidikan Islam dapat dilihat kepada barat yang berpegang kepada fahaman
Perennialisme iaitu yang dipengaruhi oleh fahaman idealisme Plato dan Aristotle. Menurut
Plato program pendidikan yang ideal harus didasarkan atas paham adanya nafsu,
kemahuan, dan akal. Prinsip fahaman ini berpegang kepada pendidikan hendaklah
ditumpukan ke arah pembentukan rasionaliti dan tugas pendidikan ialah untuk
menyelaraskan manusia terhadap kebenaran. Bagi memastikan pencapaian prinsip ini, ilmu
logik sangat diberikan penekanan bagi memastikan sesuatu bidang ilmu dalam Pendidikan
adalah berasaskan akal dan kebenaran. Sebagai contohnya falsafah ini menumpukan kepada
kajian yang kekal serta menguasai fakta dan ilmu tanpa batasan. Manakala falsafah
pendidikan Islam, pegangan ilmu pengetahuan adalah lebih berasaskan wahyu yang mana
pengetahuan yang diturunkan oleh Tuhan melalui orang perantaraan tertentu yang
dipilihNya untuk disampaikan kepada masyarakat. Sebagai contoh falsafah Islam seringkali
berpegang teguh kepada kitab suci Al-quran dan as-Sunnah.

2. Anda sebagai seorang guru, bagaimanakah anda boleh berperanan untuk


menangani murid bermasalah berasaskan saranan falsafah pendidikan Islam

Sebagai seorang guru, cara yang boleh saya lakukan dalam memainkan peranan untuk
menangani murid bermasalah berasaskan saranan falsafah pendidikan Islam ialah dengan
sering menerapkan pendidikan Islam yang teguh semasa mendidik mereka yang mana
berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Hal ini kerana ilmu yang terkandung dalam Islam
seringkali menerapkan pelbagai nilai yang baik dab mampu memberikan pelbagai jawapan
tentang sesuatu hal yang berkaitan dengan kehidupan manusia. Saya akan sering
mengingatkan kepaada kanak-kanak yang bermasalah ini berkaitan dengan pelaksanaan
tanggungjawab mereka sebagai seorang murid untuk terus menuntut ilmu. Kanak-kanak
yang bermasalah seringkali mempunyai tekanan yang tersendiri sama ada di rumah ataupun
di persekitaran mereka sehingga mendorong murid-murid ini untuk sering bertindak
menyalahi perturan yang ditetapkan. Maka dengan itu, saya akan sentiasa bersedia untuk
mendengar permasalahan mereka dan berusaha untuk membantu mengurangkan bebanan
mereka dengan pelbagai bantuan yang mampu disalurkan kepada mereka secara rasional.
Seorang guru perlulah sentiasa fleksibel dan berfikiran rasional dalam menyelesaikan
pelbagai masalah yang timbul dalam kalangan para pelajar sama ada di dalam atau diluar
sekolah.

Anda mungkin juga menyukai