Anda di halaman 1dari 13

AIL 2006

SEJARAH POLITIK, PERDAGANGAN DAN DIPLOMASI

DI TANAH MELAYU 1700-1800

NAMA : SITI MUSLIANA BT MUHAMMED MUSTAR

NO. MATRIK: 17203972/1 / AIL 190059

NO SOALAN : 3. BERDASARKAN PERBANDINGAN SUMBER,

NILAIKAN PERISTIWA PENGASASAN KESULTANAN

TERENGGANU DAN PENGASASAN KESULTANAN

SELANGOR

KUMPULAN TUTORIAL: KUMP.1 ( ISNIN 11.00-12.00 TGH)

NAMA PENSYARAH : DR. MARDIANA BT NORDIN


PENGENALAN

Kesultanan Terengganu dan Selangor merupakan negeri-negeri baru yang mempunyai

susur galur daripada Kesultanan Melayu Melaka sekitar abad ke-15 sebelum ianya disambung

dibawah pemerintahan Kerajaan Johor sekitar abad ke-16. Catatan awal mengenai Terengganu

kajian yang dibuat pada tahun 1856 oleh R.O.D Noone yang menemui perkakas daripada tanah

liat dan alatan-alatan daripada batu yang dijumpai di Gua Tok Bidan, Gunung Bewah yang

menunjukan bahawa telah wujudnya penempatan ketika itu di Terengganu. 1 Selain itu,

Terengganu juga turut disebut dengan nama “Tanah Merah”. Berdasarkan catatan sejarah,

nama Terengganu disebut dengan “Ting Chia Hsia Lu” oleh pelawat Cina dalam bahasa

Hokkien. Pelawat Cina juga membuktikan kewujudan Terengganu ini melalui peta Wu Pei

Chih yang dibuat sekitar tahun 1511M dan 1601M dimana didalam peta tersebut ada

menunjukan Pulau Tinggol dan beberapa buah pulau di negeri Terengganu. Sejarawan China

yang dikenali sebagai Chao Ju Kua ada menulis pada tahun 1225 M yang menyebutkan

Terengganu dengan Tong Ya Nong dan Kai Lan Tan iaitu Kelantan sebagai dua buah pusat

pelabuhan yang terkenal di Pantai Timur Semenanjung yang berada dibawah pemerintahan

Srivijaya ketika itu. Penemuan batu bersurat di Kampung Buloh, Kuala Berang yang menemui

tulisan Terenkanu yang merujuk kepada Terengganu dan juga tulisan Terkanu di atas duit timah

yang bertarikh 1310 H bersamaan 1891M yang ditemui oleh Saiyed Husin Al-Bukhari.

Penemuan batu bersurat ini menunjukan bahawa ketika itu Terengganu dibawah pemerintahan

Raja Mandalika yang mana ianya telah membuktikan bahawa ketika itu Terengganu telah

menerima Islam sekitar tahun 1303M.2 Menjelang abad ke-16, Kerajaan Johor mula

menjalankan hubungan dengan negeri-negeri Melayu melalui konsep jajahan termasuklah

1
Abdul Ghafar Ismail, Roosfa Hashim, Mendokumentasikan Khazanah Penyelidikan Ilmu Sains Sosial dan
Kemanusiaan, Putrajaya: Kementerian Pelajaran Tinggi, 2012, ms. 558.
2
Dato Haji Muhammad Saleh, Sejarah Darul Iman Hingga 1316H / 1942M, Persatuan Sejarah Malaysia
Cawangan Terenganu, 1991, ms. 29.
negeri Terengganu dan Selangor. Pengasasan Kesultanan Terengganu dikatakan bermula

dengan penabalan seorang raja dikawasan jajahan Kerajaan Johor. Ianya dibuktikan melalui

penulisan Raja Ali Haji iaitu Tuhfat Al-Nafis yang menceritakan selepas berlakunya

peperangan diantara Johor dan Siak, Sultan Sulaiman telah menghantar Raja Tua ke

Terengganu bagi menabalkan Tun Zainal Abidin sebagai Raja Terengganu pada tahun 1726.3

Walau bagaimanapun terdapat beberapa sumber yang mengisahkan tentang pengasasan

Kesultanan Terengganu antaranya sumber daripada Tuhfat al-Nafis, Sejarah Terengganu dan

juga sumber daripada Sejarah Darul Iman. Melalui sumber-sumber ini ianya menceritakan

kisah yang berbeza-beza tentang pengasasan Kesultanan Terengganu. Kesultanan Selangor

pula mempunyai kisah yang berbeza dengan Kesultanan Terengganu. Selangor juga

merupakan negeri yang berada dibawah pemerintahan Johor. Selangor dikatakan telah wujud

sekitar abad ke-16. Ini dikatakan kerana, ketika Kesultanan Melaka, Selangor telah pun wujud

dengan ada pemerintah yang memerintah. Buktinya, Tun Perak yang telah dilantik oleh Sultan

Muzaffar Shah sebagai Penghulu Klang pada tahun 1446. Kerajaan Selangor dikatakan

bermula di tebing Sungai Kuala Selangor yang merupakan pusat pentadbirannya yang pertama.

Episod Kesultanan Selangor dikisahkan ketika Selangor masih berada dibawah takluk Johor,

orang Bugis dari Tanah Bugis mula memasuki dan mendiami Selangor secara beramai-ramai.

Awal abad ke-18 ketika Raja Kechil Siak memerintah Johor-Riau, Selangor tidak lagi berada

dibawah naungan Johor dan ketika itu jugalah Raja Lumu iaitu putera kepada Daeng Chelak

yang dilahirkan di Selangor diangkat menjadi Raja Selangor dengan menggunakan gelaran

Sultan Salehuddin. Raja Lumu juga digelar sebagai Tuanku Raja Selangor atau Raja Selangor.

Melalui episod pengasasan Kesultanan Selangor inilah bermulanya susur galur keturunan anak

cucu Raja Lumu yang menjadi sultan di Selangor sehinggalah sekarang. 4 Walau

3
Mardiana Nordin, Politik Kerajaan Johor 1718-1862, Yayasan Warisan Johor, 2008, ms.90.
4
Haji Buyong Adil, Sejarah Selangor, Kuala Lumpurr: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1971, ms.11-13.
bagaimanapun, terdapat pelbagai versi pengasasan kesultanan Selangor daripada beberapa

sumber seperti Tuhfat al-Nafis, Misa Melayu dan juga Sejarah Selangor yang menjelaskan

tentang pengasasan Kesultanan Selangor. Oleh itu, penulisan ini akan menjelaskan tentang

pengasasan Kesultanan Terengganu dan Selangor berdasarkan beberapa sumber yang

diperolehi.

Terengganu

Kisah pengasasan Kesultanan Terengganu mempunyai sumber pendapat yang berbeza

iaitu dari segi tahun pengasasan dan juga mengenai individu yang menabalkan sultan

Terengganu. Ini dibuktikan melalui beberapa sumber yang ada iaitu Tuhfat al-Nafis

menyatakan bahawa Terengganu diasaskan oleh Daeng Menampok manakala dalam Sejarah

Darul Iman menyatakan bahawa Terengganu diasaskan oleh Phra Nang Chayang iaitu Raja

Patani pada tahun 1707 hingga tahun 1710 iaitu penabalan pada kali pertama dan pada tahun

1723 hingga tahun 1726 ialah penabalan pada kali yang kedua dari kerajaan Johor. Menurut

Sejarah Terengganu pula menceritakan bahawa Terengganu diasaskan oleh Phra Nang

Chayang yang menjadikan Sultan Zainal Abidin sebagai anak angkat ketika beliau melarikan

diri ke Patani selepas Terengganu mengalami pergolakan.

1. Tuhfat Al-Nafis

Pengasasan Kesultanan Terengganu menurut Tuhfat al-Nafis bermula dengan penabalan Tun

Zainal Abidin iaitu putera Tun Habib Abdul Majid. Baginda juga merupakan saudara kepada

Sultan Johor iaitu Sultan Abdul Jalil. Tun Zainal Abidin juga turut digelar dengan gelaran

“Bendahara Padang Saujana”. Penabalan Tun Zainal Abidin sebagai sultan Terengganu telah

ditabalkan oleh Raja Tua atau Daeng Menampok pada tahun sekitar 1726 ataupun pada tahun

sebelumnya. Hal ini kerana, menurut Tuhfat al-Nafis peristiwa penabalan ini dibuat selepas

berlakunya peperangan diantara Opu Bugis lima bersaudara yang diketuai oleh Daeng
Merewah selaku yang Dipertuan Muda Riau yang pertama dengan Raja Kecik iaitu Yamtuan

Siak pada tahun 1726.5 Peperangan yang berlaku di Riau ini yang bertujuan untuk merebut

kuasa kerana Raja Kecik mendakwa bahawa dia berhak memiliki kekuasaan dengan menaiki

takhta Kerajaan Johor ekoran kerana beliau adalah putera kepada Sultan Mahmud Shah II,

Marhum Mangkat Dijulang.6 Namun, peperangan ini telah menyebabkan Raja Kecik tewas di

tangan Opu Bugis. Ini dibuktikan apabila penghulu Linggi berjumpa dengan Opu Bugis iaitu

Daeng Menambun dan Daeng Kemasi bagi mewakili seluruh Linggi untuk taat setia keapada

Opu Bugis ini.7 Justeru menurut Tuhfat al-Nafis, Tun Zainal Abidin ditabalkan menjadi Sultan

Terengganu selepas peperangan ini berlaku dimana Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah Johor

yang merupakan sultan Johor ketika itu telah menitahkan agar Raja Tua iaitu Daeng Menampok

merajakan Tun Zainal Abidin sebagai sultan Terengganu pada tahun 1726 dengan

menggunakan gelaran Sultan Zainal Abidin ataupun Raja Terengganu.8 Oleh itu jelaslah

bahawa sumber daripada Tuhfat al-Nafis yang menceritkan tentang pengasasan Kesultanan

Terengganu dengan menabalkan Sultan Zainal Abidin sebagai sultan Terengganu yang

ditabalkan oleh Daeng Menampok telah jelas memperihalkan bahawa Kesultanan Terengganu

adalah susur galur daripada pemerintahan Bendahara Johor ekoran kerana Sultan Zainal Abidin

adalah bapa saudara kepada Sultan Sulaiman badrul Alam Shah Johor. Tuhfat al- Nafis juga

tidak menyentuh tentang penabalan Tun Zainal Abidin dengan Raja Patani iaitu Phra Nang

Chayang dan menyatakan penabalan Tun Zainal Abidin sebagai Raja Terengganu selepas tahun

1726. Tuhfat juga turut membuktikan bahawa selepas kemangkatan Sultan Zainal Abidin pada

tahun 1732, Sultan Sulaiman telah bertindak menabalkan putera Sultan Zainal Abidin iaitu Tun

Dalam atau Raja Mansur sebagai pengganti ayahandanya bagi mentadbir Terengganu. Justeru

5
Mardiana Nordin, Politik Kerajaan Johor, 1718-1862, ms.90.
6
Wan Ramli Wan Mohamad, Pengakuan tengku Ali, Mengapa Saya Diturunkan Dari Takhta Terengganu?,
Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd, 1993, ms.3.
7
Mohd.Yusof Md.Nor, Salasilah Melayu dan Bugis, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd, 1984, ms.73-
74.
8
Tuhfat Al-Nafis : Naskhah Terengganu, ms.55
jelaslah bahawa pengasasan Kesultanan Terengganu menurut Tuhfat al-Nafis adalah Tun

Zainal Abidin ditabalkan oleh Daeng Menampok selepas peperangan antara Opu Bugis dengan

Raja Kecik berlaku.

2. Sejarah Terengganu

Pengasasan Kesultanan Terengganu berdasarkan sumber Sejarah Terengganu nukilan Haji

Muhammad Salleh bin Haji Awang pula menyatakan bahawa episod pengasasan Kesultanan

Terengganu bermula sekitar abad ke-17 Bendahara Johor ketika itu ialah Tun Habib Abdul

Majid telah menghantar dua orang pembesar iaitu Laksamana dan Paduka Seri Rama bagi

menawan Terengganu sebagai kawasan jajahan Johor. Tun Habib Abdul Majid telah

menganugerahkan Terengganu kepada dua orang pembesar ini kerana berjaya menawan

Terengganu namun berlaku sedikit perselisihan faham diantara Laksamana dengan Paduka

Megat Seri Rama yang akhirnya menyebabkan Megat Seri Rama mati terbunuh ditangan

Laksamana. Setelah peristiwa kematian Megat Seri Rama ini, Tun Habib Abdul Majid telah

mengarahkan Bendahara Hasan untuk ke Terengganu bagi menggantikan tempat Megat Seri

Rama dan mentadbir semula Terengganu.9 Namun pemerintahan Bendahara Hasan di

Terengganu tidak begitu lama kerana Beendahara Hasan meninggal dunia. Setelah itu, empat

orang pembesar telah dihantar ke Terengganu iaitu Tun Zain Indera bersama tiga orang

puteranya iaitu Tun Yuan, Tun Sulaiman dan Tun Ismial. Sebelum pembesar-pembesar ini

mentadbir Terengganu, mereka telah datang berjumpa dengan Tun Habib Abdul Majid bagi

mendapatkan pengiktirafan dan mereka diberi anugerah gelaran dan juga kawasan pentadbiran

masing-masing. Setiap kawasan pentadbiran Terengganu ketika itu ditempatkan para pembesar

dimana Tun Yuan bertanggungjawab menjadi Bendahara di hulu manakala Tun Sulaiman yang

9
Haji Muhammad Salleh, Sejarah Terengganu, Kuala Terengganu : Mansor Printing Press, 1968, ms. 23-24.
juga turut digelar sebagai Tun Raja Kilat kerana kepantasannya yang berulang –alik dari

Terengganu ke Johor pula dilantik menjadi sultan yang memerintah Pantai Layang dan Tun

Ismail pula menjadi Menteri yang berkuasa di Tersat. Perubahan tampuk pemerintahan

kesultanan Terengganu ini acap kali berubah-ubah sehinggalah penabalan Tun Zainal Abidin

sebagai sultan Terengganu dan penemuan duit kupang emas yang tertera nama Sultan Zainal

Abidin dalam tulisan jawi menunjukkan bahawa Terengganu pernah ditadbir oleh Sultan Zainal

Abidin pada tahun 1708 . Menurut Sejarah Terengganu, penabalan Sultan Zainal Abidin ini

telah mendapat restu daripada Raja Patani iaitu Phra Nang Chayang.10 Restu Patani ini

diperoleh kerana Tun Zainal Abidin merupakan anak angkat kepada Raja Patani. Hal ini

berlaku ketika peristiwa Paduka Raja Laksamana Tun Abdul Jamil atau digelar Wan Derahman

yang merupakan ayahanda angkat kepada Tun Zainal Abidin telah membawa Tun Zainal

Abidin ke Terengganu kerana ketika itu berlaku pergolakan sekitar tahun 1688 yang mahu

membunuh Wan Derahman kerana para pembesar Johor yang mencemburui kedudukan Wan

Derahman yang diberi gelaran Paduka Raja dan juga dikatakan bahawa Wan Derahman ini

mahu merebut takhta Sultan Mahmud Shah II yang masih kecil ketika itu. Namun, Wan

Derahman telah dibunuh ketika berada di Terengganu didalam perahu yang dinaiki beliau

sewaktu hendak menyelamatkan dirinya. Walau bagaimanapun, Tun Zainal Abidin sempat

diselamatkan oleh anakanda Wan Derahman iaitu Wan Abdullah yang menaiki perahu lain

menuju ke Patani. Peristiwa inilah yang membawa kepada Tun Zainal Abidin menjadi anak

angkat Raja Patani, Phra Nang Chayang apabila Raja Patani mengetahui keberadaan Tun

Zainal Abidin di Patani. Oleh sebab itulah, Phra Nang Chayang menganugerahkan Terengganu

kepada Tun Zainal Abidin dan Tun Zainal Abidin ditabalkan menjadi sultan Terengganu

sekitar tahun 1708 dengan diiirngi seramai 80 orang Patani. Oleh itu, jelaslah abhawa

10
Ibid, ms.48.
pertabalan Tun Zainal Abidin sebagai sultan Terengganu mengikut Sejarah Terengganu

diperolehi daripada restu Phra Nang Chayang selaku Raja Patani.

3. Sejarah Darul Iman

Pengasasan Kesultanan Terengganu menurut Sejarah Darul Iman yang ditulis oleh Haji

Muhammad Saleh menyatakan bahawa Tun Zainal Abidin ditabalkan sebanyak dua kali

dimana pada kali pertama ditabalkan oleh Phra Nang Chayang atau Raja Kuning sebagai Raja

Patani pada sekitar tahun 1702 hingga 1716 dan sekali lagi ditabalkan sekitar tahun 1723

hingga tahun 1728. Namun, tarikh-tarikh pertabalan ini dibuat selepas Nang Chayang

meninggal dunia. Justeru, menurut Sejarah Darul Iman tarikh Tun Zainal Abidin dijadikan anak

angkat Nang Chayang iaitu sekitar tahun 1688 boleh diterima pakai kerana ketika itu dikatakan

umur Tun Zainal Abidin berusia sembilan atau 11 tahun. Namun, yang mengelirukan adalah

individu yang menabalkan Tun Zainal Abidin sebagai sultan Terengganu kerana Nang

Chayang iaiatu Raja Patani yang pertama meninggal dunia sekitar tahun 1686 dan kemudian

pemerintahan ini diganti dengan anak raja dari Kelantan iaitu Raja Emas (1690-1704) dan

selepas itu diganti dengan anakandanya Raja Emas Jayam sekitar 1704-1707 dan nama inilah

yang mengelirukan diantara Nang Chayang ataupun Emas Jayam. Oleh sebab inilah juga ada
11
yang mengatakan bahawa Tun Zainal Abidin ditabalkan pada tahun 1702. Selain itu, Raja

Patani yang memerintah sekitar tahun 1721-1728 juga bernama Nang Chayang dan

berkemungkinan besar Tun Zainal Abidin ditabalkan menjadi sultan Terengganu ketika

pemerintahan baginda. Ketika pertabalan Tun Zainal Abidin, baginda diiringi diirngi seramai

lebih kurang 80 orang Patani dan ketibaannya di Terengganu disambut baik oleh para pembesar

Terengganu seperti Tun Zain Indera, Tuk Raja Kilat, Tun Lamat dan juga Tun Ismail. Namun,

Sejarah Darul Iman lebih bersetuju dan cenderung kepada sejarah Bugis bahawa perlantikan

11
Dato Haji Muhammad Saleh, Sejarah Darul Iman Hingga 1316H / 1942M, ms.105.
Tun Zainal Abidin ditabalkan oleh Daeng Menampok atau Raja Tua Bugis pada tahun 1726

diatas titah Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah kerana ketika itu difahamkan baginda menjadi

Yang Dipertuan Besar Negeri Johor, Pahang, Riau dan jajahannya dengan bersemayam di Riau

yang menjadi ibu negeri ketika itu.12 Oleh itu, jelaslah bahawa penabalan Tun Zainal Abidin

menurut Sejarah Darul Iman ditabalkan sebanyak dua kali oleh Nang Chayang dan juga Daeng

Menampok.

Selangor

Kesultanan Selangor bermula menjadi sebuah kerajaan yang memiliki sultan pada

kemuncak era politiknya ketika dibawah pemerintahan Raja Lumu dengan membawa gelaran

sebagai Sultan Salehuddin Syah sebagai sultan Selangor yang pertama yang ditabalkan oleh

Sultan Perak pada tahun 1766. Pada asalnya, Selangor adalah dibawah pemerintahan Melkaa

pada sekitar abad ke-15 dan seterusnya berada dibawah pemerintahan Johor setelah Melaka

tumpas ditangan Portugis pada tahun 1511. Pertabalan Raja Lumu sebagai sultan Selangor ini

dipersetujui oleh beberapa pihak mengikut beberapa sumber. Raja Lumu dilantik menjadi

sultan Selangor mendapat perkenan daripada masyarakat Melayu yang berada dibawah ketuaan

Datuk Ungku Naga Mengelor dan diakui oleh Sultan Johor selaku wakilnya dan memberi cop

mohor sekitar tahun 1700 sebagai tanda perkenan baginda.13 Menurut sumber lain, Raja Lumu

dikatakan menjadi sultan Selangor diatas kesepakatan beberapa orang pembesar seperti Dato’

Aru, Dato’ Penggawa Permatang, Dato’ Jeram dan juga Orang Kaya Kecil yang bersepakat

melantik Raja Lumu sebagai sultan Selangor pada tahun 1756. Pengasasan Kesultanan

Selangor mempunyai beberapa pendapat yang berbeza mengikut sumber-sumber seperti

Tuhfat al- Nafis dan juga Misa Melayu.

12
Ibid, ms.108-110.
13
Khoo Kay Kim, Selangor Dahulu dan Sekarang, Kuala Lumpur: United Selangor Press Sdn.Bhd, 1985,
ms.14.
1. Tuhfat al- Nafis

Menurut Tuhfat al-Nafis yang dikarang oleh Raja Ali Haji, pengasasan Kesultanan

Selangor bermula dengan kedatangan Opu Bugis Lima Bersaudara yang berjaya menjadikan

keluarga Bugis sebagai pemerintah baru di Selangor sekaligus mengalahkan Engku Klang

sebagai Yamtuan Selangor. Raja Lumu ialah putera kepada Daeng Chelak iaitu Yam Tuan

Muda Riau yang berkahwin dengan Tengku Mandak iaitu saudara kepada Sultan Sulaiman.14

Daeng Chelak mempunyai pengaruh yang sangat besar di Selangor. Sebelum Raja Lumu

menjadi sultan Selangor, Raja Lumu dikenali sebagai Tengku Raja Selangor atau Raja Selangor

yang memegang jawatan sebagai ketua orang-orang Bugis di Selangor.15 Menurut Tuhfat al-

Nafis, Raja Lumu menjadi sultan Selangor dengan cara Raja Lumu telah pergi ke Perak

sekadar untuk bersiar-siar di Pangkor dan kedatangannya di Pangkor itu didengari oleh sultan

Perak iaitu Sultan Mahmud lalu baginda menyuruh para pembesarnya menjemput Raja Lumu

ke Pangkor dan Sultan Mahmud pun mengiktirafkan Raja Lumu sebagai sultan Selangor

dengan membawa gelaran Sultan Sallehuddin Syah.16 Tuhfat al- Nafis menyatakan bahawa

kehadiran Raja Lumu ke Pangkor bukan sahaja untuk bersiar-siar tetapi juga untuk mendapat

pengiktirafan sebagai sultan Selangor daripada Sultan perak. Hal ini kerana, Raja Lumu mahu

membebaskan Selangor daripada pengaruh Johor. Persoalan mengapa Raja Lumu meminta

pengiktirafan daripada Sultan Perak adalah kerana Sultan Perak mempunyai susur galur terus

dari Kesultanan Melaka. Selain itu, sekiranya Raja Lumu meminta pengiktirafan daripada

sultan Johor adalah sangat sukar kerana Yamtuan Muda Johor ketika itu adalah Daeng

Kemboja yang merupakan saudara sepupu kepada Raja Lumu. Hal ini sudah pastinya Daeng

kemboja menentang Raja Lumu kerana tidak mahu Selangor bebas daripada pengaruh Johor.

14
Raja Ali Haji, Tuhfat al- Nafis, ms.62.
15
Khoo Kay Kim, The Western Malay State 1850-1873, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1972, ms.13.
16
V. Matheson (Editor), Tuhfat al-Nafis, 1971, ms 178.
https://brill.com/downloadpdf/journals/bki/127/3/article-p375_4.pdf
Oleh itu jelaslah bahawa kedatangan Raja Lumu ke Pangkor atas alasan bersiar-siar telah

menyebabkan Sultan Mahmud memberi pengiktirafan kepada Raja Lumu sebagai sultan

Selangor telah menunjukkan bahawa cara tersebut merupakan kisah pengasasan Kesultanan

Selangor menurut Tuhfat al-Nafis.

2. Misa Melayu

Selain itu, pengasasan Kesultanan Selangor turut mempunyai kisah yang berbeza

berdasarkan sumber daripada Misa Melayu. Menurut Misa Melayu, perlantikan Raja Lumu

sebagai sultan Selangor telah diiktiraf oleh Sultan Mahmud melalui mesyuarat yang dibuat dan

Sultan Mahmud pun mengurniakan nobat dan cop mohor kepada Raja Lumu dan diiktiraf

sebagai sultan Selangor yang pertama bergelar Sultan Salehuddin pada tahun 1766.17 Kisah

pengasasan Kesultanan Selangor menurut Misa Melayu amatlah berbeza dengan Tuhfat al-

Nafis. Hal ini kerana, kedatangan Raja Lumu ke Perak menurut sumber Misa Melayu adalah

melalui kesepakatan mesyuarat yang dibuat dan ianya dipersetujui oleh Orang Besar-besar dan

penduduk Selangor berbanding dengan Tuhfat al-Nafis yang menyatakan bahawa Raja Lumu

datang ke Perak adalah kerana hendak bersiar-siar. Malahan jelas menunjukan bahawa sumber

daripada Misa Melayu menjelaskan kedatangan Raja Lumu ke Perak adalah beberapa kali bagi

membincangkan mengenai mendapatkan kebenaran daripada Sultan Mahmud. Setelah

beberapa kali mendapatkan kebenaran tersebut barulah Sultan Mahmud memberi kebenaran

dan mengiktirafkan Raja Lumu sebagai sultan Selangor. Oleh itu, bermulalah pemerintahan

sebuah keluarga baru serta bebas daripada pentadbiran Johor iaitu Kesultanan Selangor.

17
B.W.Andaya, Perak : The Abode of Grace, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1979, ms.268. Raja
Chulan, Misa Melayu, ms 186-188.
Kesimpulan

Secara kesimpulannya, pengasasan Kesultanan Terengganu dan Selangor ini

mempunyai kisah yang berbeza daripada sumber-sumber yang berbeza. Sumber-sumber

daripada Tuhfat al-Nafis, Sejarah Terengganu dan Sejarah Darul Iman juga mengisahkan

penceritaan mengenai pengasasan Kesultanan Terengganu dengan kisah yang berbeza. Hal ini

jelas dibuktikan apabila Tuhfat al-Nafis mengatakan bahawa Terengganu diasaskan melalui

penabalan Tun Zainal Abidin oleh Daeng Menampok manakala Sejarah Terengganu dan

Sejarah Darul Iman pula menyatakan bahawa Tun Zainal Abidin ditabalkan oleh Phra Nang

Chayang iaitu Raja Patani oleh kerana Tun Zainal Abidin merupakan anak angkat kepada Phra

Nang Chayang. Meskipun Sejarah Terengganu dan Sejarah Darul Iman menyatakan bahawa

Phra Nang Chayang merupakan individu yang menabalkan Tun Zainal Abidin, namun jalan

penceritaan kedua-dua sumber ini juga berbeza dari segi individu yang menabalkan dan tarikh

penabalannya. Hal ini kerana, Sejarah Darul Iman menyatakan bahawa Phra Nang Chayang

yang dimaksudkan bukanlah Raja Patani yang juga digelar Raja Kuning kerana Raja Patani

yang sebenar telah pun meninggal sekitar tahun 1686. Oleh itu, berkemungkinan besar Phra

Nang Chayang yang dimaksudkan ialah Nang Chayang yang mempunyai nama yang sama

yang memerintah sekitar 1721-1728. Justeru, berdasarkan sumber-sumber yang diperoleh jelas

menunjukan bahawa Tun Zainal Abidin ditabalkan sultan Terengganu adalah sebanyak dua

kali. Pengasasan Kesultanan Selangor pula dilihat berdasarkan dua sumber iaitu Tuhfdat al-

Nafis dan juga Misa Melayu yang kedua-duanya tidak jauh perbezaan pendapat hanya berbeza

dari segi pemahaman kedatangan Raja Lumu ke Pangkor sama ada bertujuan untuk bersiar-siar

ataupun datang dengan niat untuk berjumpa Sultan Mahmud setelah mengadakan mesyuarat.

Oleh itu jelaslah menunjukkan bahawa Tuhfat al-Nafis dan Misa Melayu menceritakan bahawa

pengasasan Kesultanan Selangor adalah daripada Sultan Mahmud yang menganugerahkan

Raja Lumu cop mohor serta nobat.


Bibiliografi

Abdul Ghafar Ismail, Roosfa Hashim, Mendokumentasikan Khazanah Penyelidikan Ilmu

Sains Sosial dan Kemanusiaan, Putrajaya: Kementerian Pelajaran Tinggi, 2012.

B.W.Andaya, Perak : The Abode of Grace, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1979

Dato Haji Muhammad Saleh, Sejarah Darul Iman Hingga 1316H / 1942M, Persatuan Sejarah

Malaysia Cawangan Terenganu, 1991.

Dato Haji Muhammad Saleh, Sejarah Darul Iman Hingga 1316H / 1942M.

Haji Buyong Adil, Sejarah Selangor, Kuala Lumpurr: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1971.

Haji Muhammad Salleh, Sejarah Terengganu, Kuala Terengganu : Mansor Printing Press,

1968.

https://brill.com/downloadpdf/journals/bki/127/3/article-p375_4.pdf

Khoo Kay Kim, Selangor Dahulu dan Sekarang, Kuala Lumpur: United Selangor Press

Sdn.Bhd, 1985.

Khoo Kay Kim, The Western Malay State 1850-1873, Kuala Lumpur: Oxford University Press,

1972

Mardiana Nordin, Politik Kerajaan Johor 1718-1862, Yayasan Warisan Johor, 2008.

Mohd.Yusof Md.Nor, Salasilah Melayu dan Bugis, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn

Bhd, 1984.

Raja Ali Haji, Tuhfat al- Nafis

Raja Chulan, Misa Melayu

Tuhfat Al-Nafis : Naskhah Terengganu.

V.Matheson(Editor),Tuhfat al-Nafis, 1971,

Wan Ramli Wan Mohamad, Pengakuan tengku Ali, Mengapa Saya Diturunkan Dari Takhta

Terengganu?, Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd, 1993.

Anda mungkin juga menyukai