Anda di halaman 1dari 12

JABATAN SEJARAH

FAKULTI SASTERA DAN SAINS SOSIAL

SEMESTER 4

SESI 2020/2021

( AIL 2006 : POLITIK, PERDAGANGAN DAN DIPLOMASI DI NEGERI-

NEGERI MELAYU, 1700-1800 )

NAMA :NUR IDLIN NABILA BINTI MOHAMAD KAMA ADZHAR

NOMBOR MATRIK : AIL 190039 / 17202972/1

NOMBOR SOALAN : SOALAN 4 ( ISNIN 11:00 PAGI-12:00 TENGAHARI )

TAJUK SOALAN : HURAIKAN SITUASI POLITIK DI NEGERI KELANTAN SEHINGGA

PENGUKUHAN DINASTI LONG YUNUS DIATAS TAKHTA KERAJAAN PADA ABAD

KE-18.

NAMA PENSYARAH : DR. MARDIANA BINTI NORDIN.


PENGENALAN

Kelantan pada awalnya dikenali dengan pelbagai nama. Pada zaman ribuan tahun yang

lalu, negeri Kelantan dikatakan Bernama “ Medang Kamulan ” dan berubah menjadi “

Medang Gana ” yang membawa maksud Medang permulaan atau Teras Medang. Malah,

nama ini telah berterusan sehinggalah pada abad ke-5 sebelum ia berubah menjadi Kalatana

atau Tanah kala. Catatan China menyebut ia sebagai “ Ho-Lo-Tan ” atau “Ko-Lu-Tan ” dan

nama ini terus digunakan sehingga pada abad ke-6. Setelah itu, setelah akhir abad ke-6 Maeshi,

nama negeri Kelantan telah bertukar kepada “ Raktamritika ” yang bermaksud Negeri Tanah

Merah. Nama ini telah diperkenalkan oleh Raja Kelantan yang Bernama Gautama selepas ia

melancarkan serangan pemberontakan terhadap Funan ( Kemboja ) dan telah mendirikan ibu

kotanya didaerah pedalaman Kelantan yang strategik dan kaya dengan hasil bumi seperti emas.

Para sarjana berpendapat bahawa Raktamritika itu adalah Chi’ih-Tu yang telah disebut oleh

Wei Cheng dalam Shi-Shu. Catatan China mengatakan Chi’ih-Tu itu terletak di Langkasuka (

patani ). 1 Para Sejarah juga turut mengakui bahawa negeri Kelantan adalah antara negeri yang

terkenal terutamanya pada zaman kerajaan Champa dan dikenali sebagai Tan-Tan serta telah

menjalinkan hubungan diplomatik dengan kerajaan China semasa pemerintahan Dinasti Liang

pada awal abad ke-6 M dan ke-7 M. Negeri Kelantan juga turut digelar dengan gelaran negeri

Serambi Mekah .2

1
Abdul Razak Mahmud, Ikhtisar Negeri Kelantan, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,Kota
Bharu, Kelantan, hlm. 7.
2
Mohd Zahirwan Halim Zainal Abidin, Norhayati Haji Hamzah, Perkembangan Islam Di Kelantan: Analisis
Terhadap Manuskrip Sejarah Negeri Kelantan, No. 2, Bil. 13, 2018, hlm. 134.
Sepertimana negeri-negeri lain, Kelantan juga turut mengalami kemunculan keluarga

pemerintah baru. Pada abad ke-15 dan 16 telah terdapat pemerintah di Kelantan iaitu yang

terdiri daripada keluarga Diraja Jembal. Pemerintahan keluarga Diraja Jembal berakhir selepas

kemangkatan Sultan Omar pada tahun 1971. Meskipun Sultan Omar mempunyai dua orang

anak lelaki yang sepatutnya mewarisi takhta baginda dalam kerjaan, namun sebaliknya yang

berlaku apabila takhta kerajaan itu diambil oleh menantunya yang berbangsa Patani iaitu Long

Bahar. Long Bahar telah ditabalkan sebagai pengganti Sultan Omar untuk memerintah di

Kelantan. Kenaikan Long Bahar diatas takhta kerajaan Kelantan telah menunjukkaan

berakhirnya pemerintahan nisab Sultan Omar dan berlaku perkembangan kemunculan

keluarga baru daripada bangsa Patani di Kelantan. Setelah Long Bahar mangkat kedudukanya

telah diganti oleh puteranya iaitu Long Sulaiman. Pelantikan Long Sulaiman di Kelantan

menunjukkan keturunan Jembal kembali berkuasa semula di Kelantan. Long Yunus adalah

merupakan anak kepada Long Sulaiman. Long Sulaiman telah dibunuh oleh Deraman iaitu

menantunya disebabkan oleh berlakunya perselisihfahaman yang melibatkan permasalahan

perluasan kuasa. Long Deraman telah bertindak untuk tidak menyerahkan takhta kerjaan

Kelantan kepada Long Yunus namun beliau telah menyerahkan takhta tesebut kepada anaknya

iaitu Long Muhamad putera Long Sulong dan beliau telah membuat pusat pentadbiran di Kota

Kubang Labu.

Meskipun berlaku perpindahan pusat pentadbiran Kelantan dari Sening iaitu Jembal ke

Kota kubang Labu berlaku juga kemunculan keluarga baru yang mempunyai hubungan

persaudaraan dengan keluarga diraja Jembal. Sewaktu pemerintahan Long Muhammad dan

Long Pandak lalu diteruskan oleh Long Yunus dibawah pemerintahan mereka, mereka ini telah

diberikan layanan yang baik supaya tidak berlaku sebarang permasalahan yang lain sehingga

menimbulkan keinginan untuk menuntut hak keatas takhta kerajaan. Long Yunus bercita-cita
untuk menduduki takhta kerajaan dan pelbagai situasi politik yang berlaku di Kelantan

sehingga pengukuhan Dinasti Long Yunus pada takhta kerajaaan semasa abad ke- 18.3

PERANG SAUDARA

Pada tahun 1750 Raja Long Nuh Patani telah menyerahkan Kelantan Barat kepada

Long Sulaiman. Dengan penyerahan ini kedua-dua bahagian Kelantan ( Timur dan Barat ) telah

disatukan dibawah satu raja dan sekaligus merdeka dari Patani selepas dinaungi selama 131

tahun ( mulai 1619-1750 ). Kemudian, Long Sulaiman menjadi penguasa tunggal bagi negeri

kelantan. Bagi memudahkan urusan kerajaannya, baginda telah memindahkan ibu kota negeri

Kelantan dari kota Pangkalan Datuk ke Kota Kubang Labu di Kelantan Barat. Pada tahun 1756,

long sulaiman telah mati dibunuh oleh Long Deraman. Long Muhammad diangkat menjadi

Raja kelantan. Selepas kemangkatan Raja Sulaiman yang mana beliau telah terbunuh dalam

serangan Legeh keatas Kelantan yang berlaku pada tahun 1756. Beliau telah meninggalkan

seorang putera tunggal iaitu Long Yunus. Selepas beliau meningkat dewasa, beliau dihalau

oleh ibu angkatnya iaitu Raja Mas Chayam dari istana Patani4 lalu beliau membawa diri ke

Kelantan dan dipelihara oleh Raja Kota Kubang Labu. 5Beliau hidup sebagai rakyat biasa dan

Long Yunus juga mempunyai kawan baik iaitu Long Gafar yang merupakan putera seorang

pembesar yang berasal dari kerajaan Reman. Apabila Kota Kubang Labu diserang oleh Raja

Pasir Emas Seberang Legeh, maka Long Yunus dan Long Jaafar membawa diri ke Terengganu

lalu dipelihara oleh Raja Terengganu. Berdasarkan Seri Hikayat Kelantan, kejayaan Long

Yunus menduduki Kelantan adalah tanpa melalui peperangan yang mana Raja Terengganu

dicabar oleh orang Bugis untuk bersabung ayam dan sekiranya menang Raja Terengganu akan

3
Abdullah Zakaria Bin Ghazali, Kemunculan keluarga Pemerintah Baru dalam Kerajaan Tanah Melayu 1600-
1900-Suatu Kajian Awal, 1962, hlm. 64-65.
4
Abdul Razak Mahmud, Ikhtisar Negeri Kelantan, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu
Kelantan,Kota Bharu, Kelantan, hlm. 20.
5
Mardiana Nordin, ‘Perang Melayu Pada Abad Ke-18 dan Ke-19 : Kajian Berdasarkan Naskah Tuhfat Al-Nafis,
Hikayat Pahang, Kenang-Kenangan Selangor dan Hikayat Seri Kelantan, Tesis PhD., Jabatan Sejarah, FakultI
Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2010. hlm. 101.
diberikan 7 buah kapal berserta dengan isinya. Long Yunus dan sahabatnya Long Jaafar telah

menang dalam dalam sabungan ini dan berjaya menyelamatkan maruah Raja Terengganu.

Sebagai ganjaranya, Raja Terengganu bersetuju untuk memenuhi segala permintaan mereka

yang mana Long Yunus diminta untuk menjadi raja di Kelantan.

Selain itu, didalam versi yang lain yang terdapat dalam sumber Terengganu

memperlihatkan terdapat sebuah peperangan yang meletus dalam usaha Long Yunus untuk

merebut takhta kerajaan di Kelantan. Terdapat satu pertelingkahan yang berlaku antara

Kelantan dan Legeh. Raja Long Abdul Rahman telah melantik Long Pandak untuk menjadi

Raja Kelantan yang baharu di Kota Kubang Labu.6 Disamping itu, angkatan terengganu

bersama Long Yunus berjaya menyingkirkan long pandak yang kemudian berundur ke legeh.

Jadi, Sultan Terengganu meletakkkan Long Yunus diatas takhta kerajaan Kelantan.

Sekembalinya, Long Pandak ke Kelantan dengan angkatan perang bantuan yang diterima

daripada Long Derahman bagi menyerang Long Yunus tersebut. Long Yunus juga telah

menyediakan angkatan ketenteraan yang dibantu oleh Sultan Mansur dari Terengganu bagi

menduduki Kelantan yang pada ketika itu Kelantan dipegang oleh Long Pandak. Namun

peperangan kali ini tidak berlangsung kerana berlaku pendamaian antara dua pihak yang mana

Long Derahman dan Sultan Mansur Terengganu bersetuju untuk mengekalkan Long Pandak

sebagai Raja Kelantan dan Long Yunus diangkat sebagai Raja Muda. Namun pendamaian ini

tidak dapat bertahan lama kerana Long Yunus telah difitnah lalu beliau sekali lagi berundur ke

Terengganu. Kali ini berlaku juga peperangan yang kali ketiga meletus dimana Sultan Mansur

juga turut membantu Long Yunus menentang Long Pandak sehinggakan menyebabkan Long

Pandak tewas. Akhirnya Long Yunus ditabalkan sebagai Raja Kelantan dan kedudukannya

6
Abdul Razak Mahmud, Ikhtisar Negeri Kelantan, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu
Kelantan,Kota Bharu, Kelantan, hlm. 20.
diabsahkan oleh Raja Terengganu7. Seterusnya, setelah Long Yunus mangkat takhta kerajaan

Kelantan telah diduduki oleh menantu baginda iaitu Tengku Muhammad Ibni Sultan Mansur

I Terengganu yang digelar Yang Dipertuan Kelantan.Tengku Muhammad dilantik sementara

sahaja untuk membolehkan jenazah Long Yunus dimakamkan. Selepas jamuan 100 hari

kematian Long Yunus, orang Besar Terengganu datang ke Kelantan dan Putera Long Yunus

melantik Tengku Muhammad sebagai Yang Dipertuan Kelantan. Keadaan tidak disenangi oleh

Putera Long Yunus lalu baginda merancang untuk mengulingkan Tengku Muhammad.

Perancangan ini turut melibatkan pakatan daripada Long Muhammad, Long Zainal dan Long

Tan. Putera Long Yunus berjaya mendapatkan takhta kerajaan Kelantan daripada Tengku

Muhammad pada tahun 1801. Tengku Muhammad cuba untuk mendapatkan Kembali

kekuasaanya namun pada tahun 1802 namun baginda gagal kerana Long Muhammad mendapat

bantuan daripada orang Cina Galas lalu Long Muhammad dilantik menjadi Yang Dipertuan

Kelantan dengan gelaran Sultan Muhammad. Dalam Hikayat Seri Kelantan mencatatkan

Tengku Muhammad yang paling layak untuk menjadi Yang Dipertuan Kelantan kerana dialah

yang paling layak. Tengku Muhammad tidak mengendahkan putera Long Yunus. Timbul rasa

tidak puas hati dan malu dalam kalangan putera Long Yunus. Mereka telah bersatu menentang

yang Dipertuan Tengku Muhammad. Yang Dipertuan Muhammad dikalahkan. Seterusnya,

Long Muhammad, Putera Long Yunus dilantik sebagai Yang Dipertuan Kelantan, serta saudara

baginda Long Zainal dilantik sebagai bendahara, manakala Long Tan dilantik sebagai

Temenggung adalah sebagai Temenggung dan Long Bongsu adalah Raja Muda.

7
Mardiana Nordin, ‘Perang Melayu Pada Abad Ke-18 dan Ke-19 : Kajian Berdasarkan Naskah Tuhfat Al-Nafis,
Hikayat Pahang, Kenang-Kenangan Selangor dan Hikayat Seri Kelantan, Tesis PhD., Jabatan Sejarah, Fakulti
Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2010. Hlm. 102-103.
PERANG KELANTAN- TERENGGANU 1801 -1802

Episod perebutan takhta yang berlaku antara Tengku Muhammad dan anak-anak Long

Yunus telah membawa kepada rentetan perang Kelantan dan Terengganu. Setelah kekalahan,

Tengku Muhammad telah berundur ke Terengganu dan keadaan ini mengakibatkan Sultan

Zainal Abidin II campur tangan dalam pertelingkahan ini. Sultan Zainal II telah menghantar

utusan kepada Long Muhammad untuk menyerahkan Kelantan dalam tempoh masa sebulan.

Sekirannya baginda gagal menyerahkan Kelantan maka Terengganu akan menyerang

Kelantan. Long Muhammad tidak menghiraukan ugutan tersebut dan menyebabkan

Terengganu benar-benar melancarkan serangan keatas Kelantan dengan bantuan Patani8.

Serangan mengejut yang dilakukan oleh Terengganu dan Patani telah menyebabkan anak-anak
9
long Yunus terpaksa berundur ke Hulu atau ulu Kelantan. Semasa di Ulu Kelantan Long

Muhammad telah mendapatkan bantuan daripada orang-orang Cina untuk menguatkan dan

mengukuhkan pasukan mereka. Hasil daripada campurtangan iaitu bantuan yang diterima oleh

orang-orang Cina terhadap Long Muhammad di Ulu Kelantan dalam melancarkan serangan

bagi mendapatkan kembali takhta kerajaan Kelantan telah berjaya.

Mengikut seri Hikayat Kelantan, Raja Temenggung telah dihantar ke Galas bagi

mendapatkan bantuan daripada orang-orang Cina kerana pada ketika itu Galas telah didominasi

oleh orang-orang Cina. Setelah mendapat persetujuan daripada orang Cina Galas, maka

meletuslah peperangan antara kedua-dua pihak. Berikutan kekakalahan tersebut, sekali lagi

satu pakatan telah dibuat oleh Sultan Zainal Abidin II bagi menyerang Kelantan. Baginda telah

8
Abdullah Zakaria Ghazali, Zahir Ahmad, Kelantan Dahulu Dan Sekarang, Persatuan Muzium Malaysia, Kuala
Lumpur, 2007, hlm. 153.
9
Mardiana Nordin, ‘Perang Melayu Pada Abad Ke-18 dan Ke-19 : Kajian Berdasarkan Naskah Tuhfat Al-Nafis,
Hikayat Pahang, Kenang-Kenangan Selangor dan Hikayat Seri Kelantan, Tesis PhD., Jabatan Sejarah, Fakulti
Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2010. Hlm. 106.
10
mengukuhkaan ketenteraan sehingga ke Kuala Besut. Namun Hasrat ini tidak tercapai dan

serangan tersebut terpaksa dibatalkan apabila baginda Sultan Zainal Abidin II dimaklumkan

bahawa permaisurinya sedang gering.11 Namun begitu, terdapat sumber atau versi lain yang

mengatakan bahawa Sultan Zainal Abidin II sendiri yang sedang dalam kegeringan sewaktu

menunggu angkatan Patani di Besut. 12 Dalam Ringkasan Citra Kelantan, berikutan berlakunya

peperangan Kelantan Terengganu, Sultan muhammad berpendapat bahawa isu ini belum

berakhir kerana Kelantan masih menjadi ancaman Terengganu dan Baginda bermusyawarah

mengambil keputusan untuk mengirimkan utusan bagi mendapatkan perlindungan daripada

Siam. Oleh itu keadaan inilah yang menyebabkan hubungan Kelantan dan Terengganu kembali

reda.

PERANG SAUDARA 1838-1839

Setelah tamatnya perang Kelantan-Terengganu, (nyatakan tahun ) Sultan Muhammad I

( Long Muhammad) menaiki takhta dan menjadi pemerintah kelantan dari susur galur Long

Yunus. Sultan Muhammad I mangkat pada tahun 1837 tanpa meninggalkan putera atau

pewaris13. Hal ini telah menyebabkan negeri Kelantan secara berterusan berada dalam

pertikaian dan perebutan takhta .14 Jadi, baginda telah mengambil anak saudaranya iaitu Raja

Long Senik Mulut Merah sebagai anak angkatnya. Long Senik Mulut Merah merupakan anak

kepada adiknya iaitu Raja Temenggung Long Tan. Sultan Muhammad I yang begitu sayangkan

Long Senik Mulut Merah telah menghantar surat kepada Raja Ligor bagi memberitahu bahawa

10
Abdullah Zakaria Ghazali, Zahir Ahmad, Kelantan Dahulu Dan Sekarang, Persatuan Muzium Malaysia,
Kuala Lumpur, 2007, hlm. 153.
11
Mardiana Nordin, ‘Perang Melayu Pada Abad Ke-18 dan Ke-19 : Kajian Berdasarkan Naskah Tuhfat Al-
Nafis, Hikayat Pahang, Kenang-Kenangan Selangor dan Hikayat Seri Kelantan, Tesis PhD., Jabatan Sejarah,
FakultI Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2010. Hlm. 107.
12
Abdullah Zakaria Ghazali, Zahir Ahmad, Kelantan Dahulu Dan Sekarang, Persatuan Muzium Malaysia,
Kuala Lumpur, 2007, hlm. 153
13
Abdullah Zakaria Ghazali, Zahir Ahmad, Kelantan Dahulu Dan Sekarang, Persatuan Muzium Malaysia,
Kuala Lumpur, 2007, hlm. 156.
14
Abdul Razak Mahmud, Ikhtisar Negeri Kelantan, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu
Kelantan,Kota Bharu, Kelantan, hlm. 32.
15
Long Senik Mulut Merah bakal menggantikannya dalam takhta kerajaan Kelantan. Namun

sebaliknya yang berlaku yang mana selepas kemangakatan Sultan Muhammad I telah timbul

isu kelayakan bagi menduduki takhta kerajaan iaitu Engku kota dan Long Zainal. Meskipun

Engku Kota lebih berusia dari Long Jenal namun beliau telah menolak jawatan sebagai Raja

Kelantan itu. Atas dasar itu, Majlis Mesyuarat dan Maufakat bersetuju untuk melantik Long

Zainal sebagai Raja Kelantan. Situasi ini telah menyebabkan Raja Senik Mulut Merah tidak

puas hati akan keputusan tersebut. Dalam Majlis Mesyuarat itu Raja Senik Mulut Merah telah
16
membuat tuntutan keatas haknya namun ianya tidak berkesan. Sebenarnya hubungan Long

Zainal dengan keluarga Long Tan dan anak-anaknya tidak begitu baik bahkan sebelum

kemangkatan Sultan Muhammad lagi. Long Zainal sangat cemburu dengan keluarga Long Tan

kerana pengaruhnya yang kuat dalam kerabat diraja dan mempunyai kekayaan yang banyak.

Semasa Long Zainal memerintah, berlaku ketidakpuasaan hati dan mencetuskan kekacauan

dalam pemerintahannya sehingga terjadi peperangan. Berlaku peperangan akibat perebutan

takhta yang melibatkan pertempuran antara anak saudara dengan bapa saudara. Menurut

Hikayat Seri Kelantan, Raja Senik Mulut Merah berpakat dengan adik beradiknya untuk

berperang bagi mendapatkan takhta kerajaan Kelantan. Dalam peperangan siri pertama ini

memihak kepada Long Senik kerana menumpaskan Long Zainal dan ditabalkan sebagai Sultan

oleh Majlis Mesyuarat dan Muafakat pada April 1839 dengan gelaran Sultan Muhammad I

Namun peperangan perebutan takhta tidak berakhir disini bahkan Long Zainal juga tidak

berputus asa untuk menyerang semula. Hal ini kerana beliau telah cuba mendapatkan bantuan

daripada Ligor untuk menentang kembali namun Ligor tidak mahu membantunya. Kemudian,

Long Zainal menetap di Bengnara ( Narathiwat ). Episod kekalahan dalam siri peperangan yang

15
Mardiana Nordin, ‘Perang Melayu Pada Abad Ke-18 dan Ke-19 : Kajian Berdasarkan Naskah Tuhfat Al-
Nafis, Hikayat Pahang, Kenang-Kenangan Selangor dan Hikayat Seri Kelantan, Tesis PhD., Jabatan Sejarah,
FakultI Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2010. Hlm. 111.
16
Abdul Razak Mahmud, Ikhtisar Negeri Kelantan, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu
Kelantan,Kota Bharu, Kelantan, hlm. 32.
lalu, telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dan Long Zainal telah berpakat dengan Long

Besar Kampung Laut ( Tuan Besar ) dengan mengukukuhkan angkatan ketenteraanya dan

menyerang Sultan Muhammad yang berada di Kelantan. Namun, Long Zainal gagal sekali lagi

kerana Long Senik Mulut Merah yang bergelar Sultan Muhammad II telah mendapatkan

bantuan daripada Siam. Sultan Muhammad akhirnya meneruskan pemerintahan sehinggalah

Baginda mangkat dan digantikan oleh puteranya iaitu Long Sulung ataupun Sultan Ahmad. 17

17
Mardiana Nordin, ‘Perang Melayu Pada Abad Ke-18 dan Ke-19 : Kajian Berdasarkan Naskah Tuhfat Al-
Nafis, Hikayat Pahang, Kenang-Kenangan Selangor dan Hikayat Seri Kelantan, Tesis PhD., Jabatan Sejarah,
FakultI Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2010. Hlm. 113-114.
KESIMPULAN

Kesimpulannya, jelaslah bahawa negeri Kelantan ini mempunyai sejarahnya yang

tersendiri daam aspek politik dan pentadbiran. Hal ini dapat dilihat apabila pada peringkat

permulaan dan pengakhiran Dinasti Jembal yang berakhir dengan kemangkatan Sultan Omar

sehinggalah membawa kepada pengukuhan didalam Dinasti Long Yunus dikemudiaanya.

Sepanjang era Long yunus ini, pelbagai situasi politik yang melibatkan perang saudara Raja

Kelantan, Tengku Muhammad dan Keluarga Long Yunus yang telah berlaku. Bahkan, berlaku

juga perang antara pihak Kelantan dan Terengganu dan berakhirnya dengan pengaruh Siam

dan berlaku juga berlaku perang Saudara dalam Dinasti Long Yunus itu sendiri. Meskipun

begitu, Dinasti Long Yunus ini dapat bertahan lama kerana ia masih kekal dalam kerajaan

Kelantan sehinggalah ke harini.


BIBLIOGRAFI

Abdullah Zakaria Ghazali, Zahir Ahmad, Kelantan Dahulu Dan Sekarang, Persatuan Muzium
Malaysia, Kuala Lumpur, 2007.
Abdul Razak Mahmud, Ikhtisar Negeri Kelantan, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat
Melayu Kelantan,Kota Bharu, Kelantan, 2015.
Mardiana Nordin, ‘Perang Melayu Pada Abad Ke-18 dan Ke-19 : Kajian Berdasarkan Naskah
Tuhfat Al-Nafis, Hikayat Pahang, Kenang-Kenangan Selangor dan Hikayat Seri Kelantan,
Tesis PhD., Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Kuala
Abdullah Zakaria Bin Ghazali, Kemunculan keluarga Pemerintah Baru dalam Kerajaan Tanah
Melayu 1600-1900-Suatu Kajian Awal, 1962.
Mohd Zahirwan Halim Zainal Abidin, Norhayati Haji Hamzah, Perkembangan Islam Di
Kelantan: Analisis Terhadap Manuskrip Sejarah Negeri Kelantan, No. 2, Bil. 13, 2018, hlm.
134. Lumpur, 2010.
Abdullah Zakaria Bin Ghazali, Kemunculan keluarga Pemerintah Baru dalam Kerajaan Tanah
Melayu 1600-1900-Suatu Kajian Awal, 1962.

Anda mungkin juga menyukai