Anda di halaman 1dari 1

Sejak dua dan tiga dekad ini, kita dapat melihat kes jenayah rasuah semakin

berleluasa dan boleh dikatakan telah menjadi pandemik yang parah. Sebelum
itu,apakah itu rasuah? Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ,
rasuah ditakrifkan sebagai penerimaan atau pemberian satu suapan kepada seseorang
untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan
tugas rasmi. Contoh suapan rasuah adalah seperti wang, hadiah, bonus, dan banyak
lagi. Pada realitinya, Suruhanjaya Pecegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah
merekodkan bahawa peningkatan kes pada tahun 2019 adalah sebanyak 23 peratus
berbanding tahun 2018. Namun begitu, kita masih boleh membanteras rasuah dengan
menerapkan nilai murni yang penting seperti integriti. Apakah pula maksud integriti?
Integriti bermaksud amalan bersikap jujur,tulus serta menunjukkan kepatuhan yang
tanpa komproni terhadap prinsip dan etika yang kuat. Oleh itu, integriti dan rasuah
boleh dikaitkan bersama kerana integriti adalah kunci kepada penyelesaian masalah
rasuah.

Anda mungkin juga menyukai