Anda di halaman 1dari 30

021222-01-0080

AMALAN PELAKSANAAN KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL


DALAM KALANGAN GURU – GURU DI SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN TAMAN MEGAH RIA , PASIR GUDANG , JOHOR

ABSTRAK

Kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengkaji pelaksanaan komuniti


pembelajaran profesional (PLC) dalam kalangan guru untuk meningkatkan mutu
pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPC) . Objektif kajian ini adalah mengenal pasti
faktor – faktor pelaksanaan komuniti pembelajaran profesional (PLC) dalam
pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPC) dalam kalangan guru – guru di SMK
Taman Megah Ria , Pasir Gudang dan mengkaji keberkesanan komuniti pembelajaran
profesional (PLC) dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPC) dalam kalangan
guru-guru di SMK Taman Megah Ria , Pasir Gudang . Kajian ini telah dijalankan di
Jalan Jelatang 15, Taman Megah Ria , 81750 Masai , Johor . Metodologi kajian yang
digunakan ialah soal selidik , kajian lapangan , kajian lepas dan kajian di Internet .
Seramai 30 orang responden yang terlibat dalam kajian ini untuk menghasilkan satu
kajian . Hasil kajian ini menunjukkan faktor – faktor pelaksanaan komuniti
pembelajaran profesional (PLC) dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPC)
dalam kalangan guru – guru di SMK Taman Megah Ria , Pasir Gudang dan
keberkesanan komuniti pembelajaran profesional (PLC) dalam pembelajaran dan
pemudahcaraan (PDPC) dalam kalangan guru-guru di SMK Taman Megah Ria,
Pasir Gudang . Kesimpulannya , pelaksanaan amalan komuniti pembelajaran
profesional (PLC) dapat memberi kesan kepada guru – guru di SMK Taman Megah
Ria , Pasir Gudang .

1
021222-01-0080

ISI KANDUNGAN

BUTIRAN MUKA SURAT


Abstrak i
Isi Kandungan ii
Penghargaan iii
1.0 Pengenalan 1-5
2.0 Objektif Kajian 6
3.0 Lokasi Kajian 7–9
3.1 Peta Negeri 7
3.2 Peta Daerah 8
3.3 Peta Lokasi 9
4.0 Metodologi 10 – 11
4.1 Instrumen Kajian 10
4.1.1 Soal Selidik 10
4.1.2 Kajian Lapangan 11
4.1.3 Kajian Lepas 11
4.1.4 Kajian Internet 11
5.0 Dapatan Kajian 12
5.1 Latar Belakang Responden 13 – 17
5.2 Mengenal pasti faktor – faktor pelaksanaan komuniti 18 – 20
pembelajaran profesional (PLC) dalam pembelajaran dan
pemudahcaraan (PdPC) dalam kalangan guru – guru di
SMK Taman Megah Ria , Pasir Gudang
5.3 Mengkaji keberkesanan komuniti pembelajaran 21 – 23
profesional (PLC) dalam pembelajaran dan
pemudahcaraan (PdPC) dalam kalangan guru-guru di
SMK Taman Megah Ria , Pasir Gudang
6.0 Rumusan dan Kesimpulan 24
7.0 Rujukan 25 – 26
8.0 Lampiran 27

PENGHARGAAN

2
021222-01-0080

Pada kesempatan ini , saya mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi –
tinggi penghargaan kepada pengetua SMK Dato Penggawa Timur dan penolong
Tingkatan Enam kerana memberi kelulusan kepada saya untuk menjalankan kajian ini
. Dalam proses perancangan kajian kerja kursus ini , saya ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada guru Pengajian Am saya, iaitu Puan Zaleha binti Othman
.Kerana beliau telah memberi tunjuk ajar dan menegur kesilapan yang saya telah buat
dalam kerja kursus bagi menyiapkan kerja kursus Pengajian Am 900/4 .

Seterusnya , saya juga ingin berterima kasih kepada keluarga saya . Hal ini
kerana mereka sering memberi motivasi dan nasihat kepada saya agar tidak berputus

asa menyelesaikan kerja kursus ini .

Selain itu , saya amat berterima kasih kepada rakan saya yang bersama – sama
melakukan kerja kursus kerana sanggup berkorban masa mengajar dan membetulkan
kesalahan yang saya lakukan dalam kerja kursus .

Akhirnya , segala semua bantuan daripada semua yang saya menerima , saya
amat menghargai termasuklah responden yang sudi meluangkan masa untuk menerusi
kerjasama dan memberi komitmen yang paling tinggi dalam kerja kursus ini .

Sekian , terima kasih .

1.0 PENGENALAN

3
021222-01-0080

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua , modal insan didefinisikan sebagai


insan modal yang ada pada seseorang insan , seperti ilmu pengetahuan , dan kekuatan
mental , fizikal dan rohani . Menurut portal rasmi Unit Perancang Ekonomi , Jabatan
Perdana Menteri menyatakan pembangunan modal insan adalah merupakan faktor
kritikal bagi menjana dan mengekalkan pertumbuhan ekonomi negara . Hal ini
demikian kerana setiap individu sebelum memasuki ke dalam pasaran buruh , perlu
diberikan sepenuh latihan berulangan dan mempertingkatkan kemahiran , pengalaman
dan memilih pengkhususan yang tepat agar dapat menglengkapkan kecekapan diri
sendiri .

Tambahan pula , dalam portal rasmi Unit Perancang Ekonomi , Jabatan


Perdana Menteri secara umum menyatakan Dasar – dasar pembangunan diwujudkan
bagi membangunkan modal insan adalah menyediakan tenaga kerja berkemahiran
tinggi untuk menyokong peralihan semua sektor ekonomi ke arah aktiviti
berintensifkan pengetahuan , teknologi dan inovasi .

Dasar – dasar pembangunan tersebut berfokus kepada empat bidang iaitu


menambah baik kecekapan pasaran buruh , mentransformasi TVET untuk memenuhi
permintaan industri , menambah baik kualiti pendidikan untuk meningkatkan outcome
pelajar dan kecemerlangan institusi serta memperkukuh pembelajaran sepanjang hayat
untuk meningkatkan kemahiran . Dasar – dasar ini semua dirancangkan adalah ke
arah merealisasikan aspirasi negara Malaysia .

Pada era globalisasi , pendidikan merupakan salah satu peranan penting dalam
pembangunan modal insan . Menurut artikel yang ditulis oleh Datuk Dr . Zulkefli bin
A . Hassan menjelaskan berkaitan pembangunan modal insan iaitu

“ Pembangunan modal insan adalah merupakan salah satu aspek penting bagi
membangunkan ekonomi negara yang berasaskan pengetahuan, berdaya saing dan
berdaya tahan. Kepentingan pembangunan modal insan untuk pembangunan

4
021222-01-0080

ekonomi negara jelas dapat dilihat, di mana teras kedua yang digariskan dalam Misi
Nasional yang menjadi asas kepada pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan
ke arah merealisasikan matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju
menjelang tahun 2020, adalah berkait secara langsung dengan pembangunan modal
insan. Bagi sektor pengajian tinggi, pembangunan modal insan, terutamanya
golongan akademik dan pelajar, adalah sangat penting kerana golongan ini menjadi
antara penyumbang utama ke arah matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara
maju . ”

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat , pendidikan ditakrif sebagai perihal


mendidik ; ia mahu mendalami lagi pelajarannya dalam hal . Sebagai contoh , kanak –
kanak telah mempelajari perkataan am daripada ajaran guru bahasa melayu di
sekolahnya . Selain daripada itu , menurut Kamus Pelajar pula , pendidikan ditakrif
sebagai perihal atau perbuatan mendidik seperti anak – anak cacat memerlukan
kesabaran dan kesungguhan .

Pendidikan merupakan salah satu bidang yang memainkan peranan penting


dalam pembangunan modal insan . Hal ini kerana negara Malaysia memerlukan
generasi baharu yang lebih berkreatif , bermotivasi , inovasi untuk menerusi
pembinaan negara dan mampu bersaing dengan antarabangsa bagi mempertingkatkan
lagi taraf kehidupan negara . Menurut kajian lepas yang ditulis oleh Pro Madya Dr
Mohd Rahimi bin Nik Yusoff , Dr Mohd Isa bin Hamzah dan Asnuurien Najma binti
Ahmad yang bertajuk Pembentukan Modal Insan melalui Kursus Pengajian Umum Di
Institut Pengajian Tinngi Awam Dan Politeknik telah menerangkan

“ Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) memainkan peranan penting dengan


berusaha melahirkan bakal – bakal pemimpin yang mampu memberikan pimpinan
baharu yang berkualiti bagi memastikan keharmonian , keamanan dan pembangunan
negara terus dapat dinikmati oleh generasi akan datang . ”

Berdasarkan penyataan tersebut , ini telah membuktikan pelaksanaan pembangunan


modal insan memang memberi kesan terhadap masyarakat negara Malaysia .

5
021222-01-0080

Menurut kajian lepas yang bertajuk Pembentukan Komuniti Pembelajaran


Profesional : Kajian Terhadap Sekolah Menengah Di Malaysia yang diterbit oleh
Zuraicfah Abdullah pada tarikh 10 Oktober 2009 menerang secara mendalam bahawa
berlaku satu revolusi perubahan dalam pembentukan sebuah komuniti sekolah bagi
memantapkan sistem pendidikan perkembangan teknologi maklumat dan
komunikasi . Sebagai buktinya , dalam kajian lepas ini telah memberi pembuktian
yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Malaysianya seperti penyataan berikut .

“ Kerajaan Malaysia telah menjadikan salah satu teras misi nasional


yang menekankan peningkatan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta
memupuk 'minda kelas pertama' melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
2006-2010 yang menggarisi lima strategi penting iaitu I) menambahbaik sekolah
secara berterusan, ii) menjalankan kajian (tindakan) secara berterusan, iii) mengurus
sekolah dengan cekap dan produktif, iv) membangun kapasiti manusia dalam
kalangan komuniti sekolah, dan v) membangunkan sekolah sebagai organisasi
pembelajaran. Pelan Induk ini merupakan perancangan jangka masa panjang
bagi Kementerian Pelajaran Malaysia memperkemaskan pelaksanaan
program-program pendidikan dan juga menjadi garis panduan kepada
sekolah-sekolah melaksanakan program-program pendidikan yang telah dirancang
oleh warga sekolah.Kelima-lima strategi yang telah dikenal pasti oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia ini mampu membentuk sebuah sekolah yang mempunyai
komuniti pembelajaran professional ……. ”

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Megah Ria merupakan sebuah sekolah


menengah kebangsaan di Jalan Jelatang 15 , Taman Megah Ria , 81750 Masai , Johor
Bahru , Johor . Nama sekolah ditubuhkan kerana terletak di sebuah taman perumahan
iaitu Taman Megah Ria . Sekolah ini ialah dibina oleh Matang Selatan Engineering
SDN BHD . Pembinaan sekolah ini telah menggunakan tapak Lot PTD 124383
dengan keluasan tapak 8.369 ekar (lebih kurang 3.5 hektar) . Rekabentuk sekolah ini
dibuat keputusan oleh perunding iaitu Dasarunding SDN . BHD dan konsep sekolah
dibina ialah “ Design and Build ” .

6
021222-01-0080

Menurut Blog Rasmi SMK Taman Megah Ria telah memberitahu berkaitan
sejarah pembinaan sekolah seperti berikut ,

“ Kerja-kerja asas pembinaan telah dimulakan pada 29 Mei 2000 iaitu sebaik
sahaja Syarikat Pemaju Utama mendapat “ Letter of Award”. Kerja pembinaan
dijangka siap pada 28 Ogos 2002. Namun, disebabkan beberapa kekangan sekolah ini
hanya dapat disiapkan sepenuhnya pada 29 Oktober 2002. Penyerahan sekolah oleh
Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPN) telah disempurnakan oleh Encik Kassim bin
Mahadi, Ketua Unit Pembangunan JPNJ, pada 30 Oktober 2002 . ”

Pada 6 Januari 2003 , Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Megah Ria telah
berjaya dibuka dan pada peringkat awal mempunyai seramai 301 orang pelajar dan 9
orang guru . Tetapi , di atas sebab – sebab tertentu pelajar hanya dapat memasuki
sekolah pada 13 Januari 2003 . Sebelum pelajar berdaftar di sekolah ini , pelajar –
pelajar ini menumpang di SMK Seri Kota Puteri . Pada hari yang sama , upacara
pengoperasian sekolah juga dilaksanakan . Majlis upacara ini disempunakan oleh
Penolong Pengarah Pengurusan Sekolah iaitu Mohammad bin Mohd Nasir yang
mewakili Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru .

Sekolah ini mempunyai 6 blok bangunan . 6 blok bangunan ini dibahagikan


kepada satu blok pentadbiran , tiga blok bilik darjah yang mempunyai 36 bilik kelas ,
bilik Khas seperti bilik sejarah , bilik geografi , bilik agama , makmal bahasa , bilik
pendidikan seni , bengkel KMT / ERT , dua buah bilik komputer , bilik muzik , bilik
lukisan kejuruteraan , bengkel teknologi kejuruteraan , bilik autocad . Tambahan
pula , blok makmal sains termasuklah makmal kimia , makmal fizik , makmal
biologi / sains tambahan . Di samping itu , sekolah juga menyediakan kemudahan
infrastruktur sebagai contoh sebuah surau , kantin , bilik stor sukan , sebuah pondok
pengawal keselamatan , tempat menunggu bas , tempat meletak kereta guru , sebuah
padang dan sebuah gelanggang permainan untuk memberi kemudahan bagi pelajar .

7
021222-01-0080

Di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Megah Ria , guru – guru SMK


Taman Megah Ria menjalankan pelaksanaan (PLC) iaitu Komuniti Pembelajaran
Profesional dalam kalangan guru untuk menghasilkan pembelajaran yang berkualiti
kepada pelajar . Penekanan kepada keputusan peperiksaan dan pencapaian pelajar di
sekolah telah menyebabkan sesetengah guru lebih mementingkan menyelesaikan
sukatan pelajaran daripada mementingkan pembelajaran pelajar . Oleh itu, wujudnya
satu peluang untuk berubah guru dalam kepercayaan dan strategi mengajar serta
pembelajaran sendiri iaitu melalui program pembangunan professional , Komuniti
Pembelajaran Profesional atau Professional Learning Community (PLC) . Akan tetapi
, pelaksanaan komuniti pembelajaran profesional (PLC) masih terdapat pelbagai isu
dan masalah semasa menjalankan pelaksanaan tersebut .

Oleh itu , kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti faktor – faktor
pelaksanaan komuniti pembelajaran profesional (PLC) dalam pembelajaran dan
pemudahcaraan (PdPC) dalam kalangan guru – guru di SMK Taman Megah Ria ,
Pasir Gudang . Selain itu , pengkaji juga mengkaji keberkesanan komuniti
pembelajaran professional (PLC) dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPC)
dalam kalangan guru-guru di SMK Taman Megah Ria , Pasir Gudang .

Rasional kajian ini dilancarkan bertujuan untuk mengetahui adakah


pelaksanaan komuniti pembelajaran profesional (PLC) dapat memberi kesan ketika
menjalankan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPC) dalam kalangan guru di SMK
Taman Megah Ria .

Kesimpulannya , pengkaji berniat untuk memahami pelaksanaan komuniti


pembelajaran profesional (PLC) dapat membantu peningkatan mutu pembelajaran dan
pemudahcaraan (PdPC) dalam kalangan guru . Diharapkan kajian ini dapat
menambahkan pengetahuan lebih luas oleh guru – guru agar dapat memupuk semula
rohani sebagai pemimpin kepada pelajar – pelajar .

8
021222-01-0080

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ialah matlamat dan hala tuju yang ingin dicapai oleh pengkaji dalam
melaksanakan kajian ini . Bagi pengkaji , kajian yang mempunyai objektif adalah satu
kajian yang bermakna dan pengetahuan ilmu tambahan selain daripada pengetahuan
pembelajaran . Pengaji menjalankan kajian ini berlandaskan kepada dua objektif
iaitu :

2.1 Mengenal pasti faktor – faktor pelaksanaan komuniti pembelajaran


profesional (PLC) dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPC) dalam
kalangan guru – guru di SMK Taman Megah Ria , Pasir Gudang .

2.2 Mengkaji keberkesanan komuniti pembelajaran profesional (PLC) dalam


pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPC) dalam kalangan guru – guru di
SMK Taman Megah Ria , Pasir Gudang .

9
021222-01-0080

3.0 LOKASI KAJIAN

Kajian ini dilaksanakan di Jalan Jelatang 15, Taman Megah Ria , 81750 Masai di
daerah Pasir Gudang yang terletak di Negeri Johor Darul Takzim .

3.1 Peta Negeri

JOHOR

SUMBER : GOOGLE MAP

Negeri Johor Darul Takzim dikenali sebagai Johor yang terletak di Selatan
Semenanjung Malaysia . Johor merupakan salah satu negeri dalam Semenanjung
Malaysia yang terdiri daripada 11 negeri dan 2 wilayah persekutuan . Johor
mempunyai sempadan sendiri di Malaysia , di antara Pahang , Melaka dan Negeri
Sembilan . Negara Singapura dan Indonesia adalah negara jiran oleh negeri Johor
kerana sempadan Johornya ialah sempadan maritim . Keluasan sempadan Johor
diukuri sebanyak 19,984 kilometer persegi . Johor mempunyai ibu negeri bernama

10
021222-01-0080

Johor Bahru . Ibu negeri Johor , Johor Bahru dijadikan pusat perniagaan serta ialah
kawasan perindustrian terbesar bagi Negeri Johor .

Peta 3. 2 : Masai , Pasir Gudang

SUMBER : GOOGLE MAP

Pasir Gudang adalah sebuah bandar perindustrian di negeri Johor , Malaysia .


Bandar ini di bawah bidang kuasa Dewan Bandaraya Pasir Gudang . Keluasan bandar
perindustrian ini ialah 359.57 kilometer persegi dan penduduknya pada tahun 2010
adalah 46.571 orang . Bandar ini bersempadan dengan Kota Tinggi di utara dan
timur , di sebelah selatan Selat Johor dan menghadap Seletar di seberang Singapura ,
dan di sebelah barat adalah Johor Bahru , ibu kota Johor Bahru . Pasir Gudang terletak
32 kilometer tenggara pusat bandar raya Johor Bahru .

11
021222-01-0080

Peta 3.3 : Peta Lokasi

Sumber : Kajian Lapangan

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Megah Ria ditubuhkan di kawasan


taman perumahan iaitu Taman Megah Ria . Alamat sekolah ialah Jalan Jelatang 15 ,
Taman Megah Ria , 81750 Masai , Johor Bahru , Johor . Keluasan sekolah sebanyak
8.369 ekar . Kawasan Taman Megah Ria berdekatan dengan Kota Masai , Bandar Seri
Alam , dan Taman Rinting .

12
021222-01-0080

4.0 METODOLOGI KAJIAN

Pendahuluan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat , metodologi ditakrifkan sebagai satu


sistem yang mempunyai kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan .
Menurut Kamus Inggeris Melayu Dewan , metodologi juga didefinisi sebagai
perkaedahan atau penyelidikan . Metodologi kajian adalah satu pengkajian untuk
mengkaji sesuatu perkara dengan menggunakan cara , kaedah yang tertentu untuk
menjalankan kajian tersebut .

4.1 INSTRUMEN KAJIAN

Instrument kajian merujuk kepada cara atau kaedah dengan menggunakan alat
bagi mengumpulkan maklumat dan data melalui konsep yang berkaitan contohnya
latar belakang , pendapat , sebab dan sikap . Kajian ini menggunakan instrumen
borang soal selidik , kajian lapangan , kajian lepas dan kajian internet .

4.1.1 SOAL SELIDIK

Soal selidik adalah satu cara dengan mengagihkan borang kepada responden di
tempat lokasi kajian . Pengkaji telah mengumpul maklumat , pendapat dan data
daripada guru – guru melalui soal selidik . Pengkaji dapat menganalisis dan
mengeluarkan hasil kajian dengan lebih tepat dan jelas ketika soal selidik dibuat lebih
ramai oleh responden . Borang soal selidik telah dibuat seramai 30 orang responden di

13
021222-01-0080

SMK Taman Megah Ria . Dalam borang soal selidik , terdapat tiga bahagian iaitu
bahagian A , bahagian B dan bahagian C . Bahagian A ialah latar belakang responden
iaitu jantina , umur , agama , status dan tempoh perkhidmatan guru . Bahagian B
ialah mengenai objektif pertama manakala bahagian C mengenai objektif kedua .
Bahagian B menggunakan skala likert 3 mata . Skala likert 1 ialah sangat setuju ,
skala likert 2 ialah setuju dan skala likert 3 ialah tidak setuju . Di samping itu ,
bahagian C juga menggunakan skala likert 3 mata .

4.1.2 KAJIAN LAPANGAN

Kajian lapangan dikenali sebagai kaedah pemerhatian . Pengkaji telah


menjalankan pemerhatian di SMK Taman Megah Ria . Pengkaji telah melaksanakan
pemerhatian untuk mengetahui pelaksanaan PLC di SMK Taman Megah Ria . Oleh
itu , pengkaji akan lebih memahami faktor- faktor pelaksanaan PLC dalam PdPC
dalam kalangan guru – guru di SMK Taman Megah Ria , Pasir Gudang dan
keberkesanan PLC dalam PdPC dalam kalangan guru – guru di SMK Taman Megah
Ria , Pasir Gudang .

4.1.3 KAJIAN LEPAS

Kajian lepas yang didapati telah membantu pengkaji menjadi sebagai rujukan
dan contoh untuk membuat penyelidikan . Sumber rujukan yang digunakan oleh
pengkaji seperti kamus dewan edisi keempat , kamus pelajar edisi kedua , portal rasmi
, bahan dari Internet serta jurnal . Kajian ini dapat membantu pengkaji lebih
mengetahui kajian dengan lebih mendalam dan mudah membuat kajian tersebut .

4.1.4 KAJIAN INTERNET

Kajian ini meyenangkan pengkaji untuk mencari sumber bahan bagi


pengkaji . Hal ini kerana , pelbagai maklumat senang didapati dan tidak
mengehadkan pengkaji untuk mendapat maklumat tambahan dalam internet .

14
021222-01-0080

5.0 DAPATAN KAJIAN

Pengkaji akan membuat pembentangan segala keputusan analisis data yang telah
dapat di bahagian ini . Pengkaji dapat mengumpul semua data daripada maklum balas
responden melalui borang soal selidik , kajian lapangan , kajian lepas dan kajian
Internet .

Seterusnya , jadual 1 memperolehi semua data melalui soal selidik yang telah dibuat
oleh responden .

BIL FAKTOR KATEGORI KEKERAPAN PERATUS


( orang ) (%)
1. Jantina Lelaki 6 20
Perempuan 24 80

2. Umur 20 – 30 15 50
40 – 50 13 43.3
50 – 60 2 6.7
3. Agama Islam 14 46.7
Buddha 7 23.3
Hindu 6 20

Kristian 3 10
4. Status Bujang 20 66.7
Berkahwin 10 33.3
5. Tempoh Perkhidmatan Kurang dari 1 4 13.3
Guru SMK Taman tahun
Megah Ria 1 – 2 tahun 10 33.3
3 – 5 tahun 9 30

15
021222-01-0080

5 tahun ke atas 7 23.3

Jadual 1 : Latar belakang responden

Sumber : Soal selidik

5.1 LATAR BELAKANG RESPONDEN

JANTINA
30

25

20

15

10

lelaki perempuan

Graf 1 : Latar Belakang Responden Mengikut Jantina

Sumber : Soal selidik

Mengikut analisis data , bilangan responden yang melakukan edaran soal


selidik ialah 30 orang . Bilangan responden lelaki yang menjadi guru adalah 6 orang
manakala bilangan responden perempuan ialah 24 orang . Kelihatan bilangan
responden perempuan lebih tinggi berbanding bilangan lelaki . Peratus bilangan
responden perempuan ialah 80 % dan selaginya 20 % adalah bilangan responden
lelaki . Dalam graf tersebut , telah menunjukkan responden lelaki kurang berminat
menjadi guru berbanding responden perempuan .

16
021222-01-0080

UMUR

44 . 3%
43.3 %

20 -30 40 -50 50 - 60

Carta 1 : Latar Belakang Responden Mengikut Umur

Sumber : Soal selidik

Dalam carta pai mempunyai tiga aspek berdasarkan umur iaitu responden yang
berumur 20 - 30 tahun , berumur 40 - 50 tahun dan termasuklah responden berumur
50 - 60 tahun . Pada peringkat umur pertama iaitu 20 - 30 tahun mempunyai 15 orang
responden sebanyak 50 % . Pada peringkat umur kedua ialah 40 – 50 tahun ,
peratusan yang kedua tinggi , 43.3 % , terdapat 13 orang responden . Akhir sekali
adalah peringkat umur ketiga , 50 – 60 tahun . Peringkat ini hanya mewaikili 2 orang
responden sahaja , 6.7 % dalam kesuluruhan peratusan .

17
021222-01-0080

AGAMA
16

14

12

10

0
Islam Buddha Hindu Kristian

AGAMA

Graf 2 : Latar Belakang Responden Mengikut Agama

Sumber : Soal selidik

Berdasarkan graf di atas , jumlah responden yang beragama Islam adalah


paling tinggi berbanding agama lain . Kekerapan responden yang beragama Islam
ialah 14 orang responden dan peratusnya ialah 46.7 % . Menerusi agama Islam
selepas ini adalah agama Buddha . Responden beragama Buddha diwakili sebanyak 7
orang responden , seramai 23.3 % per 100 % . Bilangan agama Buddha diikuti oleh
bilangan agama Hindu iaitu 6 orang responden . Perbezaan jumlah antara kedua – dua
agama ini ialah 1 orang responden sahaja . Peratus agama Hindu ialah 20 % . Dalam
keempat – empat agama ini , agama kristian adalah paling rendah sebanyak 10 % ,
hanya mewakili 3 orang responden .

18
021222-01-0080

STATUS
25

20

15

10

Bujang Berkahwin

Graf 3 : Latar Belakang Responden Mengikut status

Sumber : Soal selidik

Melihat petunjuk graf tersebut , jumlah responden yang berstatus bujang


adalah dua ganda kali jumlah responden yang berstatus berkahwin iaitu 20 orang
responden berbanding 10 orang responden yang telah berkahwin . Peratusnya majoriti
ialah responden yang berstatus bujang lebih besar seramai 66.7 % manakala peratus
responden yang berstatus kahwin ialah 33.3 % .

19
021222-01-0080

TEMPOH PERKHIDMATAN GURU

Kurang daripada 1 tahun 1 - 2 tahun


3 - 5 tahun 5 tahun ke atas

Carta 2 : Latar Belakang Responden Mengikut Tempoh Perkhidmatan Guru

Sumber : Soal selidik

Tempoh perkhidmatan guru adalah antara satu faktor yang sangat


mempengaruhi terhadap pembelajaran sekolah kerana memerlukan pengalaman dan
pengetahuan dalam skop yang luas untuk menyampaikan keilmuan kepada pelajar .
Oleh itu , tempoh perkhidmatan guru pada peringkat permulaan iaitu kurang daripada
1 tahun terdapat 13.3 % hanya mewakili 4 orang responden . Tempoh perkhidmatan
guru seterusnya ialah 23.3 % seramai 7 orang responden yang berkhidmat di sekolah
selama 5 tahun ke atas . Selain itu , peratus yang tinggal 30 % dan 33 % adalah
mewakili 9 orang responden yang berkhidmat selama 3 tahun hingga 5 tahun dan 10
orang responden yang bekhidmat dalam 1 tahun hingga 2 tahun sahaja .

20
021222-01-0080

5.2 FAKTOR – FAKTOR PELAKSANAAN PLC DALAM PDPC DALAM


KALANGAN GURU – GURU DI SMK TAMAN MEGAH RIA , PASIR
GUDANG

FAKTOR – FAKTOR SANGAT SETUJU TIDAK


PELAKSANAAN PLC DALAM SETUJU SETUJU
PDPC KALANGAN GURU – GURU
BIL % BIL % BIL %
DI SMK TAMAN MEGAH RIA
1. Budaya kolaboratif 17 56.7 13 43.3 0 0

2. Fokus pada pembelajaran pelajar 11 36.7 19 63.3 0 0

3. Orientasi tindakan 14 46.7 16 53.3 0 0

4. Cabaran dalam kekangan masa 7 23.33 22 73.33 1 3.33

5. Kekurangan pengetahuan dalam 11 36.7 17 56.7 2 6.7


kurikulum baru

Jadual 2 menunjukkan maklumat faktor – faktor pelaksanaan PLC dalam PdPC dalam
kalangan guru – guru di SMK Taman Megah Ria , bilangan responden dan peratusan
yang telah disi oleh responden melalui soal selidik .

Jadual 2 : Faktor – faktor pelaksanaan PLC dalam PDPC dalam kalangan guru – guru
di SMK Taman Megah Ria

Sumber : Soal selidik

21
021222-01-0080

FAKTOR - FAKTOR PELAKSANAAN PLC DALAM PDPC DALAM


KALANGAN GURU - GURU DI SMK TAMAN MEGAH RIA
25

20

15

10

0
Budaya kolaboratif Fokus pada Orientasi tindakan Cabaran dalam Kekurangan
pembelajaran kekangan masa pengetahuan
pelajar dalam kurikulum
baru

Sangat setuju Setuju Tidak setuju

Graf 4 : Faktor – faktor pelaksanaan PLC dalam PDPC dalam kalangan guru – guru di
SMK Taman Megah Ria , Pasir Gudang

Sumber : Soal selidik

Dalam graf faktor – faktor pelaksanaan PLC terhadap peningkatan kemahiran


guru dalam PdPC terdapat 5 faktor tersebut . Setiap faktor mempunyai berpendapat
yang berlainan daripada maklum balas responden . Bermula daripada faktor pertama
iaitu budaya kolaboratif terdapat 17 orang responden memilih sangat setuju manakala
13 orang responden memilih setuju . Peratusan sangat setuju ialah 56.7 % dan setuju
ialah 43.3 % . Untuk tidak setuju ialah 0 orang responden bersamaan 0 % . Budaya
kolaboratif adalah penting dalam pelaksanaan PLC kerana melalui kerjasama dapat

22
021222-01-0080

mencapai matlamat , visi dan misi sekolah untuk melahirkan sekumpulan pemimpin
yang berkualiti .

Seterusnya faktor kedua adalah fokus pada pembelajaran pelajar . Bilangan


responden yang menjawab sangat setuju ialah 11 orang responden bersamaan
peratusan adalah 36.7 % . Selain daripada itu , tinggal seramai 19 orang responden
adalah menyokong setuju dengan 63.3 % dalam data tersebut . Faktor ini juga tiada
responden yang mengudi tidak setuju oleh itu , bilangan responden adalah 0
bersamaan 0 % . Menurut pemerhatian kajian , proses pembelajaran adalah satu
cabaran kepada guru kerana mereka mesti kreatif dan berinovasi untuk menghasilkan
sesuatu pembelajaran yang menarik kepada pelajar .

Di samping itu , mendapati 14 orang responden bersamaan 46.7 % sangat


bersetuju orientasi tindakan dan 16 orang responden bersamaan 53.3 % setuju dengan
faktornya dan pilihan tidak setuju adalah 0 orang responden bersamaan 0 % .
Menurut pemerhatian pengkaji , tidak sahaja pelajar diberi semangat untuk
mempelajari , namun guru – guru juga perlu motivasi dan sokongan yang penuh untuk
melakukan tugas mereka . Sementara itu , faktor cabaran dalam kekangan masa
mempunyai 7 orang responden bersamaan 23.33 % sangat setuju , 22 orang responden
bersamaan 73.33 % setuju serta 1 orang responden bersamaan 3.33 % tidak setuju .
Faktor ini memang merupakan salah satu cabaran kepada guru – guru kerana , mereka
tidak hanya memberi pembelajaran kepada pelajar , tetapi mereka masing – masing
juga perlu belajar untuk mengikut perubahan sistem pendidikan yang semakin
reformasi dari semasa ke semasa .

Akhir sekali , 11 orang responden bersamaan 36.7 % sangat setuju kepada


faktor kekurangan pengetahuan dalam kurikulum baru , 17 orang responden
bersamaan 56.7 % setuju faktor kelima dan 2 orang responden bersamaan 6.7 % tidak
setuju sahaja . Guru – guru yang baru memasuki sekolah atau guru yang bertukar
subjek pendidikan agar susah kepada mereka . Hal ini kerana mereka perlu belajar

23
021222-01-0080

dari permulaan dan mesti menerap semua pembelajaran dahulu sebelum memberi
ilmu kepada pelajarnya .

5.3 KEBERKESANAN PLC DALAM PDPC DALAM KALANGAN GURU –


GURU DI SMK TAMAN MEGAH RIA , PASIR GUDANG

KEBERKESANAN PLC SANGAT SETUJU SETUJU TIDAK SETUJU


DALAM KALANGAN
GURU – GURU DI SMK BIL PERATUS BIL PERATU BIL PERATUS

TAMAN MEGAH RIA , (%) S (%)

PASIR GUDANG (%)


S1 Peningkatan kualiti 13 43.3 17 56.7 0 0
kepimpinan dan
kemahiran guru
S2 Prestasi pelajar 13 43.3 15 50 2 6.7
meningkat

S3 Peningkatan skor ujian 8 26.7 16 53.3 6 20

S4 Peningkatan amalan 18 60 12 40 0 0
pengajaran dan
pembelajaran guru

Jadual 3 : Keberkesanan PLC dalam PdPC dalam kalangan guru – guru di SMK
Taman Megah Ria , Pasir Gudang

Sumber : Soal selidik

24
021222-01-0080

Jadual 3 menunjukkan keberkesanan PLC dalam PdPC dalam kalangan guru – guru di
SMK Taman Megah Ria , Pasir Gudang serta jumlah dan peratusan .

KEBERKESANAN PLC DALAM PDPC DALAM KALANGAN GURU - GURU DI


SMK TAMAN MEGAH RIA , PASIR GUDANG
20
18
16
14
12
10
8
6
4
2
0
S1 S2 S3 S4

Sangat setuju Setuju Tidak setuju

Graf 5 : Keberkesanan PLC dalam PdPC dalam kalangan guru – guru SMK Taman
Megah Ria , Pasir Gudang

Sumber : Soal selidik

Berdasarkan kajian yang dilaksanakan , didapati seramai 13 orang responden


atau 43. 3 % sangat setuju kepada peningkatan kualiti kemimpinan dan kemahiran
guru iaitu S1 . Kemudiannya ialah responden yang setuju dengan S1 ialah 17 orang
responden . Kira – kira ialah 56.7 % daripada jumlah keseluruhan . Ini membuktikan
penggunaan plc telah berjaya diamalkan oleh guru – guru dan mereka mengikut hala

25
021222-01-0080

tuju sekolah melalui keyakinan diri dan kecekapan kemahiran . Tambahan pula , tiada
responden iaitu 0 orang responden tidak memilih tidak setuju .

Seterusnya , responden yang sangat setuju kepada S2 ialah 13 orang respoden


atau 43.3 % . Manakala responden yang setuju ialah 15 orang responden atau 50 %
serta tidak setuju mewakili 2 orang respoden seramai 6.7 % sahaja . Prestasi pelajar
meningkat ( S2 ) berkesan kerana jenis plc yang telah digunakan seperti lesson
study , guru – guru mencari isu atau masalah dan langkah penyelesaian bagi
membetulkan kelemahan tersebut .

Selain itu , prestasi pelajar meningkat (S3) , seramai 8 orang responden atau
26.7 % sangat setuju , 16 orang responden seramai 53.3 % setuju dan 6 orang
responden , kira – kira 20 % tidak setuju . Dalam perbezaan ketiga – tiga ini ,
responden yang setuju adalah paling tinggi berbanding kedua – dua lain . Di ( S2 ) ,
mempunyai berpendapat yang berlainan kerana pelaksanaan plc hanya dilakukan di
sekolah bersama guru sahaja . Untuk mendapat keputusan yang lebih cemerlang , ini
memerlukan disiplin pelajar yang tinngi dan rajin .

Akhir sekali , responden sangat bersetuju ( S4 ) adalah paling tinggi iaitu 18


orang responden sebanyak 60 % manakala 12 orang responden atau 40 % setuju
kepada peningkatan amalan pengajaran dan pembelajaran guru . Hal ini demikian
kerana , guru – guru sentiasa mengikut program yang diadakan oleh pihak sekolah ,
pihak kerajaan dan sentiasa belajar dengan guru – guru kepakaran untuk mendapat
pembelajaran yang lebih lanjut .

26
021222-01-0080

6.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN

Kesimpulannya , walaupun komuniti pembelajaran profesional mempunyai


banyak manfaat kepada guru – guru namun , menlihat dari sudut guru juga
mempunyai punca atau faktor sendiri untuk mencapai pencapaian individu . Faktor –
faktor seperti budaya kolaboratif , fokus pada pembelajaran pelajar , orientasi
tindakan , cabaran dalam kekangan dan kekurangan pengetahuan dalam kurikulum
baru . Rasional kajian ialah mengetahui adakah pelaksanaan PLC dapat memberi
kesan ketika menjalankan PdPC dalam kalangan guru di SMK Taman Megah Ria .
Pengkaji membuat kajian ini dengan menerajui dua objektif iaitu mengenal pasti
faktor – faktor pelaksanaan PLC dalam PdPC dalam kalangan guru – guru di SMK
Taman Megah Ria dan keberkesanan PLC dalam PdPC dalam kalangan guru – guru
SMK Taman Megah Ria .

Untuk mencapai objektif kajian tersebut , pengkaji telah membuat borang soal
selidik kepada seramai 30 orang guru di SMK Taman Megah Ria untuk menjalankan
kajian ini . Antara kerjasama dan komitmen yang tinggi responden , pengkaji dapat
menerima kesemuaan maklumat dan pandangan daripada respoden . Oleh itu ,
pengkaji dapat menganalisis data bagi menghasilkan kajian yang lengkap .

Dalam hasil kajian ini , objektif pertama , antara faktor – faktor yang paling
menepati kajian ialah budaya kolaboratif manakala objektif kedua keberkesanan plc
ialah peningkatan amalan pengajaran dan pembelajaran guru .

27
021222-01-0080

Hasil kajiannya ialah pelaksanaan plc dalam kalangan guru – guru mampu
membantu mereka meningkatkan mutu dalam pdpc dan mengatasi masalah prestasi
kejayaan pelajar . Oleh itu , kerajaan telah melancarkan pembangunan komuniti
pembelajaran kepada pemimpin – pemimpin ini untuk memastikan mereka dapat
melaksanakan suatu rancangan secara berterusan dan sistematik .

7.0 RUJUKAN

Yee Bee Choo , pensyarah Bahasa Inggeris di Institut Pendidikan Guru Kampus Tun
Hussein Onn ( IPGKTHO ) , Penggunaan Komuniti Pembelajaran Profesional Dalam
Perubahan Guru Melalui Program Transformasi Sekolah 2025 ( TS25 ) Di Sekolah
Rendah Malaysia , diterbit pada Ogos 2019 , dalam persidangan Seminar
Penyelidikan Kebangsaan ( SPPK ) 2019 .

Zuraidah Abdullah , Institut Pengajian Kepengetuaan Universiti Malaya ,


Pembentukan Komuniti Pembelajaran Profesional: Kajian Terhadap Sekolah
Menengah Di Malaysia (Creating a Professional Learning Community: a Study of
Malaysian Secondary Schools) diterbitkan pada 10 Oktober 2009 . Dalam Jurnal
Manajemen Pendidikan UNY .

Datuk Dr . Zukefli bin A . Hassan , Isu dan Strategi Ke Arah Pembangunan Modal
Insan Sektor Pengajian Tinggi Bertaraf Dunia .

Prof Madya Dr Nik Mohd Rahimi bin Nik Yusoff , Dr Mohd Isa bin Hamzah ,
Asnuurien Najma binti Ahmad , Fakulti Pendidikan , Universiti Kebangsaan
Malaysia , 43600 Bangi Selangor .

28
021222-01-0080

Mohd Faiz Mohd Yaakob , Universiti Utara Malaysia , Jamal Nordin Yunus ,
Universiti Pendidikan Sultan Idris ( UPSI ) , Konsep Komuniti Pembelajaran
Profesional , Kepimpinanan dan Transformasi Sekolah Kepada Komuniti
Pembelajaran Profesional , diterbit pada Ogos 2015 , di Institut Aminuddin Baki .

Siti Nafsiah Ismail , Zuraidah Abudullah , Abdul Jalil Othman , Salwati Shefie ,
Amalan Komunititi Pembelajaran Profesional Dalam Kalangan Guru Bahasa Melayu
Di Selangor , Fakulti Pendidikan Universiti Malaya . Dalam Jurnal Kepimpinan
Pendidikan , Oktober 2018 . Bil 5 . Isu 4

Dima Mazlina , Siti Aishah Bt Abu Bakar , Universiti Putra Malaysia , Kesan
Pelaksanaan Komuniti Pembelajaran Profesional ( KPP ) Terhadap Peningkatan
Kemahiran Guru Mengajar Penulisan Karangan Bahasa Melayu

Blog rasmi SMK Taman Megah Ria , http://jea1073.blogspot.com/2009/07/selamat-


datang-ke-blog-rasmi-smk-taman.html

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka , https://prpm.dbp.gov.my/CarianBestari?


mode=ext&keyword=modal+insan

SMK Taman Megah Ria ,

https://www.google.com/maps/place/SMK+Taman+Megah+Ria/@1.4890076,103.84
85145,17z/data=!3m1!4b1!4m5!3m4!1s0x31da6b39624e5745:0xddb90bfbc06188f8!
8m2!3d1.4890076!4d103.8507032?hl=zh-TW

Masai , Pasir Gudang

https://www.google.com/maps/search/masai+,
+pasir+gudang+2021/@1.4860277,103.8476542,14z/data=!3m1!4b1

29
021222-01-0080

Negeri Johor Darul Takzim

https://www.google.com/maps/place/%E6%9F%94%E4%BD
%9B/@2.0488817,102.388586,8z/data=!3m1!4b1!4m5!3m4!
1s0x31c4cc3289eddb9f:0x7b6b329bbf0cadb4!8m2!3d1.4853682!4d103.7618154

8.0 LAMPIRAN

Gambar 1 : Pelaksanaan PLC dalam kalangan guru bahasa Melayu

Gambar 2 : Cara mengajar pelajar – pelajar dengan menjalankan aktiviti komuniti


PLC

30

Anda mungkin juga menyukai