Anda di halaman 1dari 49

1.

0 PENDAHULUAN

Dunia kini telah mengecapi perubahan seiring dengan perkembangan teknologi. Anjakan
paradigma ini telah merubah corak, konsep dan gaya kehidupan manusia. Namun begitu,
perubahan seperti ini tidak mampu untuk mengubah keperluan manusia terutama keperluan
mempelajari al-Quran. Ini adalah kerana al-Quran merupakan asas dalam kehidupan
seorang muslim khususnya dalam bidang pendidikan. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:

“Orang yang paling baik di antara kamu ialah orang yang belajar
Al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain”.

(HR. Bukhari)

Terdapat beberapa kelebihan mempelajari Ilmu Tajwid (Zarina et al., 1999)


termasuk, Ilmu Tajwid adalah semulia-mulia ilmu kerana Ilmu Tajwid berkait secara
langsung dengan kitab Allah s.w.t iaitu al-Quran, mencapai kejayaan dan kebahagiaan serta
mendapat rahmat dan keredhaan Allah s.w.t di dunia dan akhirat. Ini bersesuaian dengan
sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:

“Bacalah olehmu al-Quran, maka sesungguhnya ia akan datang pada


hari kiamat memberii syafaat dan pertolongan kepada ahli-ahli al-
Quran (yang membaca dan mengamalkannya)”.
(HR. Muslim)
Terdapat banyak lagi kelebihan-kelebihan yang Allah s.w.t akan kurniakan kepada
hambanya yang mukmin, dan kajian tentang al-Quran tidak pernah kering, sebaliknya
semakin dikaji, kita akan terus menemukan hikmah, makna dan falsafah tentang al-Quran
yang ditulis berdasarkan nas dan hadis oleh mufasir1 mahupun ulama-ulama muktabar dan
akhirnya menunjukkan bahawa kita sebagai manusia yang lemah dan kerdil berbanding
dengan kehebatan ilmu Allah s.w.t terutama yang terkandung dalam al-Quran.

Sebagai petunjuk kepada orang yang bertaqwa, al-Quran tidak mengandungi sedikit
pun keraguan di dalamnya. Lahirnya keyakinan bahawa al-Quran tidak mengandungi

1
Mufasir ialah orang-orang yang telah cukup syarat (ilmu) untuk mentafsir al-Quran.
2
keraguan ini memerlukan proses tersendiri, yakni pemahaman dan pengetahuan tentang al-
Quran itu sendiri. Dengan jalan ini, orang yang menjadikan al-Quran sebagai petunjuk tidak
sekadar kerana doktrin Islam yang mengharuskan demikian, akan tetapi kerana kesedaran
aktif yang tumbuh daripada pengetahuan dan pemahaman bahawa al-Quran memang patut
diyakini.

1.1 PERMASALAHAN KAJIAN

Masalah yang ditimbulkan dalam kajian ini adalah, membaca al-Quran dengan lancar dan
bertajwid. Dalam keadaan sekarang ini, kita kadang-kadang terdengar siswa/i membaca al-
Quran dengan tidak bertajwid walaupun lancar membacanya. Penekanan kajian ini dibuat
ke atas siswa/i yang mengambil jurusan pengajian Islam dalam sekolah pengajian mereka.

Beberapa faktor yang mungkin menjadi punca masalah ini berlaku kerana, siswa/i
ini langsung tidak mengambil berat tentang pembacaan al-Quran dengan bertajwid.
Kurangnya membaca al-Quran juga menjadi punca utama kepada ketidaklancaran
membaca dan menyebabkan lidah menjadi kelu. Siswa/i juga di antaranya yang langung
tidak berminat untuk mendalami ilmu tajwid dan menganggapnya cuma sebagai sampingan
bila membaca al-Quran.

Kemunculan faktor seperti di atas akan menyebabkan masalah yang lebih teruk
akan berlaku. Jika siswa/i telah menghabiskan pengajian mereka, ini akan menimbulkan
masalah jika tidak tahu tentang ilmu tajwid, sedangkan siswa/i ini adalah lepasan diploma
yang mempunyai kelulusan pengajian Islam. Dan masalah seperti ini juga akan melarat dan
berpanjangan. Justeru, kajian ini dibuat bagi membantu menyelesaikan masalah seperti ini
dan mengelakkan ianya daripada terus berlaku.

1.2 OBJEKTIF KAJIAN

3
Dalam pengkajian ini, objektif perlulah disenaraikan bagi mengenalpasti masalah ataupun
perkara yang berkaitan tentang pengkajian ini. Penulis, melalui objektif ini dibina bagi
menghasilkan kajian yang berkualiti dan dapat mengenalpasti dan menganalisa tahap kajian
sama ada tercapai atau tidak.

Antara objektif kajian ini adalah untuk:


I. Mengkaji dan meneliti semula sejarah pembukuan al-Quran.
II. Memberii pendedahan kepada siswa/i tentang betapa pentingnya membaca
dan mengamalkan al-Quran dalam kehidupan.
III. Mengenali dengan lebih dekat lagi salah seorang tokoh Qira’at iaitu Imam
‘Asim.
IV. Mencari punca ketidakfasihan siswa/i membaca al-Quran dan seterusnya
memberiikan langkah yang sesuai bagi mengatasi setiap masalah berkenaan
ilmu tajwid.

1.3 MATLAMAT KAJIAN

Matlamat kajian ini adalah bertujuan mendapatkan satu analisa tentang cara pembacaan al-
Quran di kalangan siswa/i dan mengenalpasti jalan yang terbaik sebagai penambahbaikan
terhadap penggunaan ilmu tajwid dan kelancaran ketika membaca al-Quran.

1.4 SKOP KAJIAN

Dalam pengkajian ini, penulis telah memilih skop kajian yang paling dekat iaitu siswa/i
Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah yang terdiri daripada beberapa sekolah pengajian.
Antaranya Sekolah pengajian Islam, Sekolah Pengajian Pengurusan dan Sekolah Pengajian
Teknologi Maklumat Dan Komunikasi.

4
Skop ini dipilih berdasarkan pemerhatian penulis terhadap persekitaran
pembelajaran penulis sendiri dan ketidakpekaan siswa/i terhadap ilmu tajwid dan al-Quran
yang perlu diambil berat.

1.5 METODOLOGI KAJIAN

Bagi memperolehi kajian yang berkualiti, penulis telah memilih beberapa cara yang sesuai
menurut beliau sebagai langkah untuk menyiapkan kajian ini dengan lebih berkualiti,
tersusun serta berstruktur.

a) Metodologi Kepustakaan.
b) Metodologi Soal Selidik

1.5.1 METODOLOGI KEPUSTAKAAN

Metodologi Kepustakaan adalah satu kaedah yang paling utama dalam menjalankan
satu-satu kajian. Menerusi kaedah ini, penulis dapat mengetahui sedikit sebanyak
tentang skop kajian. Penulis juga boleh mendapatkan gambaran awal tentang tajuk
kajian dan segala yang berkaitan tentangnya.

1.5.2 METODOLOGI SOALSELIDIK

Metodologi Soalselidik juga merupakan kaedah dalam membuat kajian. Ia adalah


soalan-soalan yang berkaitan tentang kajian dan diedarkan kepada sasaran yang
sesuai bagi tujuan penilaian penulis kelak. Penulis juga menyediakan sebanyak 20
soalan pada setiap set borang kaji selidik dan diedarkan kepada sampel dalam
populasi kajian ini.

1.6 DEFINISI OPERASI KAJIAN

5
Tajuk : Membaca Al-Quran Dengan Lancar Dan Bertajwid Di kalangan Siswa/i.
“Suatu Kajian Di Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah”

Al- Quran : Kitab suci agama Islam2.

Bertajwid : Ilmu (hukum) yang berkaitan tentang al-Quran atau sebutan yang betul dan
tepat dalam bacaan al-Quran3.

Siswa/i : Penuntut, Pelajar (maktab dll)4.

2
Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, Edisi Ketiga. Hlmn 31.
3
Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, Edisi Ketiga. Hlmn 1347.
4
Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, Edisi Ketiga. Hlmn 1292.
6
7
2.0 PENDAHULUAN

Nabi Muhammad s.a.w. telah diutuskan kepada satu umat yang kebanyakannya buta huruf
(tidak boleh membaca dan menulis), tidak boleh mengira bahkan hampir tidak boleh
mengenal sesuatu bentuk tulisan. Antara yang boleh menulis sebelum kebangkitan Nabi
Muhammad s.a.w. sebagai Rasul ialah Abu Bakar al-Siddiq, Umar bin al-Khattab, Uthman
bin Affan, Ali bin Abi Talib, Talhah bin Ubaidillah, Abu Sufyan bin Harb, Mu'awiyah bin
Abi Sufian, Abban bin Said dan al-'Ala' bin al-Hadrami. Semuanya dari kalangan penduduk
Mekah al-Mukarramah manakala dari kalangan penduduk Madinah pula ialah Amru bin
Said, Ubai bin Ka' ab, Zaid bin Thabit dan al-Munzir bin Amru.

Setelah Rasululah s.a.w. berhijrah ke Madinah, Baginda telah menggalakkan


penulisan dan mendorong agar umat Islam belajar menulis sehingga mensyaratkan setiap
orang tawanan Perang Badar dari kalangan orang Quraisy Mekah yang ingin dibebaskan
hendaklah terlebih dahulu mengajar sepuluh orang kanak-kanak Islam di Madinah. Melalui
usaha ini, Baginda mengharapkan berlakunya pertambahan jumlah penulis di kalangan
masyarakat Islam. Akhimya Rasulullah s.a.w. mempunyai lebih daripada 40 orang penulis
(kebanyakannya penulis wahyu) sebelum al-Quran sempurna diturunkan kepada Baginda.

2.1 SEJARAH RINGKAS PEMBUKUAN AL-QURAN

Menurut Ahli Sejarah, penulisan al-Quran bermula dari zaman Nabi Muhammad s.a.w. di
mana sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. menerima wahyu, Baginda mengarahkan penulis-
penulis wahyu mencatatkan ayat-ayat al-Quran yang diterimanya.

Antara penulis wahyu Baginda Rasulullah s.a.w. ialah Khulafa' al-Rasyidin yang
empat iaitu Saidina Abu Bakar al-Siddiq, Saidina Umar bin al-Khattab, Saidina Uthman bin
Affan dan Saidina Ali bin Abi Talib k.w serta sahabat Baginda yang lain seperti Saidina
Zaid bin Thabit, Ubai bin Ka'ab, Thabit bin Qais r.a. dan lain-lain.

Oleh kerana pada masa itu ketiadaan kertas, maka para penulis wahyu telah
mencatatkan ayat-ayat al-Quran tersebut pada pelepah-pelepah tamar, kepingan batu, tulang

8
dan lain-lain bahan tulisan. Catatan tersebut disalin semula oleh sebahagian sahabat
walaupun kebanyakan mereka lebih mengutamakan hafazan.

2.1.1 PENULISAN AL-QURAN PADA ZAMAN SAIDINA ABU BAKAR AL-


SIDDIQ R.A.

Selepas Rasulullah s.a.w. wafat, para sahabat telah melantik Saidina Abu Bakar al-Siddiq
r.a. menjadi khalifah yang pertama. Pada zamannya telah berlaku beberapa peperangan
antaranya ialah peperangan al-Yamamah yang berlaku pada tahun 11 Hijrah. Dalam
peperangan tersebut ramai tentera Islam yang menghafaz al-Quran telah gugur syahid.
Sejarah mencatatkan sehingga 700 orang yang menghafaz al-Quran telah gugur syahid
dalam peperangan tersebut.

Peristiwa berkenaan telah mendorong Saidina Umar bin al-Khattab r.a. beberapa
kali mencadangkan kepada Khalifah Abu Bakar al-Siddiq r.a. supaya diadakan usaha
pengumpulan al-Quran kerana dibimbangi al-Quran akan terhapus dengan sebab ramai
Qurra' yang gugur syahid.

Akhirnya Khalifah Abu Bakar al-Siddiq r.a. bersetuju dengan cadangan tersebut dan
mengarahkan Saidina Zaid bin Thabit r.a. menyalin al-Quran yang telah ditulis dan dihafaz
pada zaman Rasulullah s.a.w. dengan dibantu oleh beberapa orang sahabat yang lain.
Melalui usaha tersebut maka terkumpullah al-Quran yang pertama dalam bentuk lembaran
suhuf5.

Setelah Saidina Abu Bakar al-Siddiq r.a. wafat, suhuf tersebut telah disimpan di
rumah Saidina Umar bin al-Khattab r.a. dan apabila Saidina Umar bin al-Khattab r.a. wafat,
lembaran suhuf itu telah disimpan pula oleh Ummul Mukminin Saidatina Hafsah binti
Umar al-Khattab r.a.

5
Suhuf ialah lembaran al-Quran yang ditulis pada sejarah awalnya.
9
2.1.2 PENULISAN AL-QURAN PADA ZAMAN SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN
R.A.

Pada masa pemerintahan Khalifah Saidina Uthman bin Affan r.a. Islam telah berkembang
dengan luas meliputi Semenanjung Tanah Arab dan lain-lain wilayah termasuk Armenia,
Arzabeijan dan Khurasan. Umat Islam di wilayah-wilayah tersebut telah mempelajari dan
membaca al-Quran menurut kaedah-kaedah bacaan Rasulullah s.a.w. melalui riwayat
bacaan para sahabat yang masyhur antaranya:

I. Penduduk Mekah dan Madinah mengambil kaedah bacaan dari Ubai bin
Ka'ab, Zaid bin Thabit dan Saidina Umar bin al- Khattab r.a.

II. Penduduk Syam mengambil kaedah bacaan daripada Saidina Uthman bin
Affan dan Abu Darda' r.a.

III. Penduduk Basrah mengambil kaedah bacaan dari Saidina Umar bin al-
Khattab, Ubai bin Ka'ab, Zaid bin Thabit, Saidina Uthman bin Affan,
Saidina Ali bin Abi Talib dan Abu Musa al-Asha' ari r.a.

IV. Penduduk Kufah mengambil kaedah bacaan daripada Abdullah bin Mas'ud,
Saidina Ali bin Abi Talib, Saidina Uthman bin Affan, Ubai bin Ka'ab dan
Zaid bin Thabit r.a.

Pada tahun 25 Hijrah, satu perbalahan yang hebat telah berlaku di kalangan muslimin
mengenai perbezaan kaedah bacaan dan seterusnya perselisihan dari segi riwayat
pembacaan al-Quran. Keadaan yang tidak begitu sihat ini telah disampaikan oleh seorang
sahabat yang bernama Huzaifah bin al-Yaman kepada Khalifah Saidina Uthman bin Affan.
Huzaifah telah mencadangkan supaya Khalifah Saidina Uthman r.a. mencari jalan untuk
menyatukan kaum muslimin dengan cara menyelaraskan mushaf agar tidak berlaku lagi
perbalahan dan perselisihan tersebut. Khalifah Uthman bin Affan r.a. telah membentuk satu
Jawatankuasa Penulisan Al-Quran yang diketuai oleh Zaid bin Thabit r.a. dan dibantu oleh
beberapa orang anggota yang lain yang terdiri dari Abdullah bin Zubair, Said bin al-'As dan
Abdul Rahman bin Harith bin Hisyam r.a.
10
Lembaran-lembaran suhuf al-Quran yang diambil dari simpanan Saidatina Hafsah
binti Umar r.a. untuk dijadikan mushaf. Ketika ahli-ahli Jawatankuasa ini menjalankan
tugas, Saidina Uthman bin Affan memberii nasihat dan meletakkan panduan bahawa asas
rujukan di dalam penulisan al-Quran ini hendaklah berdasarkan bacaan para Qurra'. Jika
terdapat perbezaan pada bacaan mereka, maka hendaklah ditulis mengikut bahasa orang-
orang Quraisy kerana al-Quran itu diturunkan menurut bahasa Quraisy.

Menurut pendapat yang muktamad, Jawatankuasa tersebut telah menyusun dan


menyalin sebanyak enam mushaf al-Quran. Sebuah mushaf untuk kegunaan Saidina
Uthman bin Affan r.a. sendiri yang dinamakan "Mushaf al-Imam" dan mushaf yang lain
dikirimkan ke Mekah, Syam, Basrah, Kufah dan Madinah.

Mushaf tersebut bukan sahaja dijadikan rujukan tunggal bagi penduduk di wilayah-
wilayah berkenaan, bahkan dihantar bersama-samanya seorang imam (qari) yang adil dan
mutqin di dalam bacaan al-Quran untuk mengajar penduduk berkenaan. Mereka terdiri
daripada:
I. Abdullah bin al-Saaib r.a. ke Mekah.
II. AI-Mughirah bin Abi Syahab r.a. ke Syam.

III. Abdul Rahman Abdullah bin Habib al-Sulami r.a. ke Kufah.

IV. Amru bin Qais r.a. ke Basrah.

V. Zaid bin Thabit r.a. di Madinah.

Selepas itu, Saidina Uthman bin Affan r.a. memerintahkan supaya semua lembaran al-
Quran yang ditulis sebelum ini dikumpulkan untuk dibakar atau dilupuskan. Walau
bagaimanapun, perbezaan bacaan ( ‫ ) وججه القراءات‬yang ada hingga sekarang ini tidaklah
berlawanan dengan apa yang terdapat di dalam mushaf yang ditulis pada zaman Khalifah
Uthman bin Affan r.a. kerana bacaan itu telah diterima dari Baginda Rasulullah s.a.w.
secara mutawatir.

11
Usaha-usaha pengumpulan al-Quran yang dilakukan pada zaman Khalifah Uthman
bin Affan telah mendatangkan faedah yang besar kepada umat Islam terutamanya dari segi:

I. Dapat menyelamatkan umat Islam dari perpecahan.

II. Dapat menyelesaikan perselisihan kaum muslimin tentang penulisan al-


Quran.

III. Dapat menyatukan bentuk mushaf yang seragam melalui ejaan dan tulisan.

IV. Dapat menyatukan wajah-wajah Qiraat melalui satu mushaf.

V. Dapat menyelaraskan susunan surah-surah menurut tertib seperti yang ada


sekarang ini.

2.1.3 KELEBIHAN RASM UTHMANI

Al-Quran Rasm Uthmani mempunyai banyak kelebihan, antaranya:

I. Mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.

II. Mengikut tulisan al-Quran yang asal.

III. Boleh memahami makna yang berlainan dan tidak pula terkeluar daripada
maksud yang sebenar.

IV. Memudahkan bacaan dengan wajah Qiraat (jenis-jenis bacaan).

V. Sebagai hujah kepada bahasa al-Quran yang fasih.

VI. Dipersetujui oleh lebih 12,000 orang sahabat.

VII. Salah satu dari mukjizat al-Quran.

VIII. Bertepatan dengan riwayat bacaan mutawatir.

IX. Salah satu dari rukun bacaan al-Quran al-Karim.

X. Berdasarkan kepada dalil-dalil yang kuat dan hujah-hujah yang jelas.

12
XI. Ditulis mengikut bacaan Rawi (riwayat).

XII. Mengandungi rahsia dari segi mengekal dan menggugurkan huruf.

2.1.4 TAHAP PENULISAN AL-QURAN

Penulisan al-Quran Rasm Uthmani seperti yang terdapat sekarang ini melalui tahap-tahap
berikut:

I. Tahap Pertama: Belum diletakkan sebarang tanda.


II. Tahap Kedua: Ditandakan titik ( ‫ ) نقطة العراب‬yang dipelopori oleh Abu al-
Aswad al-Duali (meninggal dunia pada tahun 69 Hijrah pada zaman
Khalifah Marwan bin al-Hakam).

III. Tahap Ketiga: Mula ditandakan dengan titik ( ‫ ) نقطة العجام‬yang dipelopori
oleh Yahya bin Ya'mar dan Nasyr bin 'Asim al-Laisy dengan perintah
Gabenor Iraq iaitu al-Hajjaj bin Yusof al-Thaqafi,

IV. Tahap Keempat: Mula diletakkan dengan tanda-tanda baris (harakah) yang
dipelopori oleh al-Khalil bin Ahmad al-Farahidi pada zaman pemerintahan
Abbasiyah iaitu Khalifah Abdul Malik bin Marwan.

V. Tahap Kelima: Ditambah dengan tanda-tanda waqaf dan lain-lain tanda


lagi.

Tulisan al-Quran dengan menggunakan Khat Nasakh mula dicetak buat pertama
kalinya di Hamburg, Jerman pada tahun 1694 Masihi (1113 Hijrah) dan seterusnya dicetak
di negara-negara Islam yang lain sehingga ke hari ini.

2.1.5 CARA BACAAN AL-QURAN YANG DIAMALKAN MASA KINI

Terdapat beberapa cara bacaan yang diamalkan pada masa kini iaitu:
13
I. Bacaan mengikut riwayat Hafs dari Imam 'Asim adalah paling banyak
diamalkan di negara-negara Islam.

II. Bacaan mengikut riwayat Warsy dari Imam Nafi' adalah banyak diamalkan
di negara Afrika.

III. Bacaan mengikut riwayat Qalun dari Imam Nafi' adalah banyak diamalkan
di negara Asia Tengah.

IV. Bacaan mengikut riwayat al-Duri dari Imam Abu Amru al-Basri adalah
banyak diamalkan di Sudan.

2.2 SEJARAH RINGKAS ILMU TAJWID DAN QIRAAT

Jika dibincangkan sejak bila bermulanya ilmu Tajwid, maka kenyataan menunjukkan
bahawa ilmu ini telah bermula sejak dari al-Quran itu diturunkan kepada Rasulullah s.a.w.
Ini kerana Rasulullah s.a.w sendiri diperintahkan untuk membaca al-Quran dengan
bertajwid dan tartil. Firman Allah s.w.t dalam al-Quran yang berbunyi:

‫َو َرتِّ ِل ا ْلقُ ْرآَ َن ت َْرتِياًل‬


Maknanya: "Bacalah al-Quran itu dengan tartil6(perlahan-lahan)."
(Surah Al-Muzammil, Ayat: 4)

Kemudian Baginda s.a.w mengajarkan ayat-ayat tersebut kepada para sahabat


dengan bacaan yang tartil. Saidina Ali r.a apabila ditanya tentang apakah yang
dimaksudkan dengan bacaan al-Quran secara tartil itu, maka beliau menjawab" ia adalah
memperelokkan sebutan atau sifat pada setiap huruf dan berhenti pada tempat yang betul”.
Ini menunjukkan bahawa pembacaan al-Quran bukanlah suatu ilmu hasil dari Ijtihad
(fatwa) para ulama' yang diolah berdasarkan dalil-dalil dari al-Quran dan Sunnah, tetapi
pembacaan al-Quran adalah suatu yang Taufiqi (diambil terus) melalui riwayat dari
sumbernya yang asal iaitu sebutan dan bacaan Rasulullah s.a.w.

6
Bacaan Tartil ialah bacaan yang perlahan-lahan, tenang dan melafazkan setiap huruf daripada makhrajnya
yang tepat serta menurut hukum-hukum bacaan tajwid dengan sempurna, dan merenung makna, hukum dan
pengajaran ayat. Dipetik dari Tajwid Al-Quran; hlmn 9.
14
Para sahabat r.a adalah orang-orang yang amanah dalam mewariskan bacaan ini
kepada generasi umat Islam seterusnya. Mereka tidak akan menambah atau mengurangkan
sedikit pun apa yang telah mereka pelajari itu, kerana rasa takut mereka yang tinggi kepada
Allah s.w.t dan begitulah juga generasi setelah mereka.

Walau bagaimanapun, apa yang dikira sebagai penulisan ilmu Tajwid yang paling
awal ialah apabila bermulanya kesedaran perlunya Mushaf Usmaniah yang ditulis oleh
Saidina Usman itu diletakkan titik-titik kemudiannya baris-baris bagi setiap huruf dan
perkataannya. Gerakan ini telah diketuai oleh Abu Aswad Ad-Duali dan Al-Khalil bin
Ahmad Al-Farahidi, apabila pada masa itu Khalifah umat Islam memikul tugas untuk
berbuat demikian ketika umat Islam mula melakukan-kesalaha dalam bacaan.

Ini kerana semasa Saidina Usman menyiapkan Mushaf al-Quran dalam enam atau
tujuh buah itu, beliau telah membiarkannya tanpa titik-titik huruf dan baris-barisnya kerana
memberii kelonggaran kepada para sahabat dan tabi’in pada masa itu untuk membacanya
sebagaimana yang mereka telah ambil dari Rasulullah s.a.w sesuai dengan Lahjah (loghat)
bangsa Arab yang berbagai. Tetapi setelah berkembang-luasnya agama Islam ke seluruh
tanah Arab serta jatuhnya pemerintahan Rom dan Parsi ke tangan umat Islam pada tahun
pertama dan kedua Hijrah, bahasa Arab mula bercampur dengan bahasa penduduk-
penduduk yang ditaklukkan umat Islam. Ini telah menyebabkan berlakunya kesalahan yang
banyak dalam pertuturan bahasa Arab dan begitu juga pembacaan al-Quran. Maka al-Quran
Mushaf Usmaniah cuba untuk dilindungi daripada kesalahan-kesalahan ketika
membacanya dengan menambah baris dan titik pada huruf-hurufnya bagi penulisan ilmu
Qiraat yang paling awal sepakat apa yang diketahui oleh para penyelidik ialah apa yang
telah dihimpun oleh Abu 'Ubaid Al-Qasim Ibnu Salam dalam kitabnya "Al-Qiraat" pada
kurun ke-3 Hijrah. Tetapi ada yang mengatakan apa yang telah disusun oleh Abu 'Umar
Hafs Ad-Duri dalam ilmu Qiraat adalah lebih awal. Pada kurun ke-4 Hijrah pula, lahir Ibnu
Mujahid Al-Baghdadi dengan karangannya "Kitabus Sab'ah", dimana beliau adalah orang
yang mula-mula mengasingkan Qiraat kepada tujuh imam bersesuaian dengan tujuh
perbezaan dan Mushaf Usmaniah yang berjumlah tujuh naskah kesemuanya pada masa itu
karangan ilmu Tajwid yang paling awal, mungkin tulisan Abu Mazahim Al-Haqani dalam
bentuk Qasidah (puisi) ilmu Tajwid pada akhir kurun ke-3 Hijrah adalah yang terulung.
15
Selepas itu lahirlah para ulama yang tampil memelihara kedua-dua ilmu ini dengan
karangan-karangan mereka dari masa ke masa seperti Abu 'Amr Ad-Dani dengan kitabnya
At-Taysir, Imam Asy-Syatibi Tahani dengan kitabnya "Hirzul Amani wa Wajhut Tahani"
yang menjadi tonggak kepada karangan-karangan tokoh-tokoh lain yang sezaman dan yang
selepas mereka. Tetapi yang jelas dari karangan-karangan mereka ialah ilmu Tajwid dan
ilmu Qiraat sentiasa bergandingan, ditulis dalam satu kitab tanpa dipisahkan
pembahasannya. Penulisan ini juga diajarkan kepada murid-murid mereka.

Kemudian lahir pula seorang tokoh yang amat penting dalam sejarah ilmu Tajwid
dan Qiraat yaitu Imam yang lebih terkenal dengan nama Ibnul Jazari dengan karangan
beliau yang masyhur iaitu "An-Nasyr", "Toyyibatun Nasyr" dan "Ad-Durratul Mudhiyyah"
yang mengatakan ilmu Qiraat adalah sepuluh sebagai pelengkap bagi apa yang telah
dinyatakan Imam Asy-Syatibi dalam kitabnya "Hirzul Amani" sebagai Qiraat tujuh. Imam
Al-Jazari juga telah mengarang karangan yang berasingan bagi ilmu Tajwid dalam kitabnya
"At-Tamhid" dan puisi beliau yang lebih terkenal dengan nama "Matan Al-Jazariah". Imam
Al-Jazari telah mewariskan karangan-karangannya yang begitu banyak berserta bacaannya
yang kemudiannya telah menjadi ikutan dan panduan bagi karangan-karangan ilmu Tajwid
dan Qiraat serta bacaan al-Quran hingga ke hari ini.7

7
http://seindah-mawar-berduri57.blogspot.com, diakses 17 Desember 2009.
16
2.2.1 SUMBER ILMU TAJWID

Ilmu Tajwid adalah bersumberkan daripada para ulama al-Quran ataupun “ahlul Qurra”.
Para ulama tersebut telah mempelajarinya daripada imam-imam Qiraat seperti Imam Hafs,
Imam Asim, Imam Asy-Syatibi, Imam Al-Jazari dan ramai lagi. Imam-imam tersebut telah
mempelajarinya daripada para tabi’in seperti Abu Abdul Rahman as-Salma, Abdullah bin
Habib dan lain-lain.. Para tabi’n pula mempelajarinya daripada para sahabat Rasulullah
s.a.w. seperti Abdullah ibn Mas’ud, Muaz bin Jabbal, Ubai bin Kaab, Zaid bin Thabit dan
ramai lagi. Manakala para sahabat pula mengambil bacaan terus daripada Rasulullah s.a.w.
sendiri secara Talaqqi Musyafahah8.

Demikianlah kaedah al-Quran itu dipelajari dan diperolehi iaitu menurut kaedah
Talaqqi dan Musyafahah daripada guru-guru yang diyakini dan mempunyai sanad yang
mutawatir9 sehingga Rasulullah s.a.w. Menurut pendapat ulama, al-Quran yang dipelajari
tanpa menggunakan kaedah tersebut adalah dianggap tidak betul kerana ia terdedah kepada
kesalahan dan kesilapan, lebih-lebih lagi terdapat banyak kalimah al-Quran yang mesti
dipelajari dengan cara melihat dan mendengar daripada mulut seorang guru. Contohnya
seperti bacaan Raum, Isymam, Tashil, Ikhfa’, Idgham dan sebagainya.

2.2.2 PENGERTIAN TAJWID

Untuk menghindari kesalahfahaman antara tajwid dan Qiraat, maka perlu diketahui terlebih
dahulu apa yang dimaksud dengan tajwid. Pendapat sebahagian ulama memberiikan
pengertian tajwid sedikit berbeza namun pada dasarnya adalah sama. Sebagaimana yang
dikutip Hasanuddin. AF:

” Secara bahasa, tajwid bererti al-tahsin atau memperelokkan.


Sedangkan menurut istilah iaitu, melafazkan setiap huruf sesuai

8
Talaqqi Musyafahah ialah Pengambilan bacaan dari mulut ke mulut. Tajwid Al-Quran; hlmn 109.

9
Mutawatir ialah bilangan yang tidak mungkin pada fikiran mereka bahawa mereka tidak akan bermuafakat
berbuat dusta tentang perkhabaran (hadis) tersebut. “Hadis 40”. Hlmn 17.
17
dengan makhrajnya menurut sifat-sifat huruf yang mesti diucapkan,
baik berdasarkan sifat asalnya mahupun berdasarkan sifat-sifatnya
yang mendatang.”

Sebahagian ulama yang lain mendefinisikan tajwid sebagai berikut:

“Tajwid ialah melafazkan huruf (al-Quran) dengan tertib menurut


ketetapannya, sesuai dengan makhraj  serta bunyi asalnya, serta
melembutkan bacaannya sesempurna yang mungkin tanpa berlebihan
ataupun dibuat-buat”.10

2.2.3 PENGERTIAN QIRAAT

Dari segi bahasa, qiraat bermaksud cara bacaan. Qiraat secara istilahnya adalah suatu
disiplin ilmu yang mempelajari cara melafazkan ayat-ayat al-Quran dan wujudnya
perbezaan cara membacanya yang disandarkan daripada perawi yang bersumber daripada
Rasulullah s.a.w. mengikut ulama al-Quran pada zaman awal terlahirnya qiraat seperti Al-
Shabuni, qiraat adalah salah satu mazhab (aliran) daripada beberapa mazhab qiraat dalam
cara membaca al-Quran. Mazhab ini dipilih oleh salah seorang Imam qiraat yang berbeza
dengan mazhab qiraat yang lain, serta disandarkan kepada sanad yang bersambung kepada
Rasulullah s.a.w.
 
Sementara bagi ulama yang lain seperti Manna’ Al-Qattan berpandangan bahawa
ilmu qiraat bukanlah sekadar sebagai suatu disiplin ilmu, namun ia juga menjadi satu
tariqah (aliran)  mazhab tertentu. Secara sederhana, al-Zarkashi mentakrif qiraat sebagai
ilmu yang mempelajari perbezaan beberapa lafaz ayat al-Quran daripada segi penulisan
huruf mahupun cara bacanya baik secara takhfif (membaca tanpa tasydid atau syiddah),
tasqil (membaca dengan syiddah) dan lain sebagainya.

10
Hasanuddin. AF.Perbezaan Qiraat dan Pengaruhnya Terhadap Istinbath Hukum Dalam Al-Quran , (Jakarta: PT Raja
Grafindo Persada. 1995), hlm. 117-118.
18
2.2.4 Hubungan Qiraat Dengan Tajwid

Dari pengertian Tajwid dan Qiraat di atas terdapat hubungan antara keduanya, bahawa
Tajwid dan Qiraat adalah cara atau metode pengucapan sebutan-sebutan atau huruf di
dalam al-Quran, tajwid lebih bersifat teknik untuk memperindah bacaan al-Quran, dengan
cara membunyikan huruf-huruf al-Quran sesuai dengan makhraj serta sifat-sifatnya.
Adapun Qiraat lebih tertumpu kepada pengucapan lafaz-lafaz al-Quran, kalimah ataupun
loghat bahasa. Dari huraian ringkas di atas, maka dapat disimpulkan bahawa, tajwid telah
dikenali sejak zaman Rasulullah s.a.w lagi, kerana pada saat itu masyarakat sudah tahu cara
membaca al-Quran dengan baik. Dan Rasulullah s.a.w pada ketika itu tidak menekankan
bacaan pada Qiraat (cara bacaan) tetapi lebih tertumpu kepada Tajwid.

2.3 QIRAAT ‘ASIM RIWAYAT HAFS DAN SEJARAH PENYEBARANNYA.


 
Qiraat ‘Asim merupakan salah satu daripada tujuh mazhab qiraat sab’ah. Aliran qiraat ini
merupakan qiraat yang biasa dibaca oleh penduduk di kepulauan Nusantara 11 dan juga
dibaca majoriti umat Islam di dunia. Nama lengkap Imam ‘Asim adalah Abu Bakar ‘Asim
bin Bahzalah al-Asadi al-Kufi12. Imam ‘Asim merupakan imam yang dihormati di kalangan
ulama qiraat yang lain kerana kepakarannya dalam bidang qiraat al-Quran. Beliau
merupakan orang yang tekun dalam melaksanakan ibadah, memiliki etika yang terpuji dan
mempunyai suara yang indah. Antara guru-gurunya ialah: Abi Abd Rahman Abdullah Bin
Habib Bin Rabi’ah, Abi Maryam Zur Bin Habish Bin Habsyah dan Abi A’mru Saad Bin
Ilyas.13
 
Beliau mempunyai dua perawi (orang atau murid yang meriwayatkan qiraat) iaitu
Abu Bakar Syu’bah bin Salim al-Hannath al-Asadi al-Nahsyali al-Kufi, lebih terkenal
dengan sebutan Syu’bah dan Abu ‘Umar Hafs bin Sulaiman bin al-Mughirah al-Asadi al-
11
Kepulauan Nusantara termasuk Indonesia, Malaysia, Kepulauan Jawa, Sumatera dan sebagainya.

12
Juga disebut sebagai ‘Asim Bin Abi Najud (Abdullah)

13
Haji Mohd Nazri bin Abdullah. Manhaj Qiraat (matan Imam as- Syatibi), Pustaka Salam Sdn Bhd. 2009. Hlmn 103
19
Kufi. Bagaimanapun, daripada kedua-dua perawi itu, hanya riwayat atau bacaan Hafs
sahaja yang digunakan umat Islam ketika ini. Beliau wafat pada tahun 127 H di Kufah.
 
Dalam konteks penduduk di kepulauan Nusantara menggunakan aliran Qiraat
riwayat Hafs, ini berkait rapat dengan sejarah penyebaran Islam di kawasan ini oleh para
pendakwah-pendakwah yang dikatakan berasal dari pelbagai kawasan seperti India, Persia
dan Tanah Arab. Menurut catatan sejarah, kemasukan Islam ke kawasan ini, para
pendakwah yang juga melakukan perniagaan berasal dari kawasan Persia. Memandangkan
bahawa faktor geografi Kufah yang berhampiran dengan kawasan Persia, maka ia menjadi
satu hipotesis masuknya qiraat ‘Asim riwayat Hafs ke Nusantara bersama-sama dengan
masuknya pendakwah tersebut. Imam ‘Asim sendiri berasal dari Kufah Iraq yang
merupakan bandar ilmu dan peradaban ketika itu.
 
Maka sangat logik kalau kemudian para pendakwah itu di dalam menyebarkan
agama Islam turut mengajarkan al-Quran mengikut qiraat ‘Asim yang sememangnya
menjadi aliran yang dominan di masyarakat Kufah ketika itu. Ini diperkukuh lagi dengan
fakta bahawa mazhab qiraat yang berkembang di Iran (Persia) sekarang mengikut riwayat
Hafs. Oleh kerana penyebaran Islam di kawasan Nusantara disebarkan oleh para
pendakwah-pendakwah yang berasal dari kawasan Parsi, maka dengan sendirinya sistem
bacaan al-Quran yang digunakan adalah mengikut qiraat ‘Asim riwayat Hafs. Oleh kerana
itu, hari ini kita mengenali satu cara pengajaran dan pelajaran membaca al-Quran dengan
menggunakan qaidah baghdadiyah iaitu satu kaedah yang berpandukan kepada cara orang
Baghdad (Kufah) dalam mempelajari al-Quran.
Daripada faktor itu kemudian Qiraat ‘Asim riwayat Hafs berkembang dan dibaca di
kepulauan Nusantara sehingga ke hari ini. Sudah tentu dengan memahami latar belakang
dan asal mula munculnya ilmu qiraat ini, pengetahuan kita terbuka kepada satu keadaan di
mana ketika kita membaca al-Quran, Imam ‘Asim riwayat Hafs yang selama ini kita
amalkan bukanlah  satu-satunya qiraat yang diamalkan umat Islam.

2.4 HUKUM MEMPELAJARI ILMU TAJWID

20
Hukum mempelajari Ilmu Tajwid secara teori adalah fardhu kifayah, sedangkan hukum
membaca al-Quran sesuai dengan kaedah ilmu tajwid adalah fardhu 'ain. Jadi,
berkemungkinan juga akan berlaku seorang Qari' bacaannya baik dan betul, namun sama
sekali ia tidak mengetahui istilah-istilah ilmu tajwid contohnya izhar, mad dan lain
sebagainya. Baginya hal itu sudah cukup bila kaum muslimin yang lain telah banyak yang
mempelajari teori ilmu tajwid, kerana sekali lagi mempelajari teorinya hanya fardhu
kifayah. Akan lain halnya dengan orang yang tidak mampu membaca al-Quran14.

Sesuai dengan kaedah-kaedah ilmu Tajwid. Menjadi kewajipan baginya untuk


berusaha memperbaiki bacaannya sehingga mencapai kadar yang memenuhi segala perkara
yang berkaitan makhraj huruf.

Dalil kewajipan membaca al-Quran secara bertajwid ialah menerusi firman Allah s.w.t
yang berbunyi:

‫َو َرتِّ ِل ا ْلقُ ْرآَ َن ت َْرتِياًل‬


Maksudnya: "Dan bacalah Al-Quran dengan tartil”.
(Surah Al-Muzammil, Ayat:4)

Imam Ali bin Abi Thalib menjelaskan maksud tartil dalam ayat ini, yaitu
mentajwidkan huruf-hurufnya dan mengetahui tempat-tempat waqaf, wasal, makhraj huruf
dan sebagainya.

Daripada Zaid bi Thabit r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai hamba-Nya membaca al-Quran


secara tepat sebagaimana ia diturunkan”.
Hadis Riwayat Ibnu Khuzaimah

14
Abdul Aziz Abdur Rauf, Al-Hafizh, Lc.

21
Adapun alasan mengapa hukum membaca Al-Quran dengan tajwid adalah fardhu
'ain, Imam Ibnu Al-Jazari15 mengatakan:

"Membaca (Al-Quran) dengan tajwid hukumnya wajib, barangsiapa


yang tidak membacanya dengan tajwid ia berdosa, kerana dengan
tajwidlah Allah s.w.t menurunkan al-Quran, dan dengan demikian
pula al-Quran sampai kepada kita dari-Nya."

15
Wafat pada 5 Rabi`ul Awwal 833 Hijriah, diakses http://qiraatitatih.blogspot.com/2008/07/al-imam-
ibnu-al-jazari-751h-833h.html, Pada 13 March 2011 : 11.15pm.
22
23
3.0 PENDAHULUAN

Terdapat banyak Institusi Pengajian Tinggi yang terdapat di Kuantan, samada Institusi
Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mahupun Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).
Sebanyak lima buah IPTA yang dikendalikan dibawah kerajaan Negeri Pahang. Antaranya
ialah Universiti Islam Antarabangsa (IIUM), Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah
(KIPSAS), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah dan
Kolej Komuniti Kuantan.

Manakala selebihnya pula adalah IPTS yang diusahakan oleh organisasi-organisasi


swasta. Antaranya ialah Kolej ShahPutra Kuantan, Kolej Poly-Tech MARA, Institut
Kemajuan Ikhtisas Pahang (IKIP) dan banyak lagi. Penulis memilih Kolej Islam Pahang
Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) sebagai pusat kajian kerana, KIPSAS adalah satu-satunya
kolej disekitar Kuantan yang menawarkan Program Diploma Pengajian Islam secara
sepenuh masa. Dan ini juga menunjukkan KIPSAS adalah tempat yang sesuai bagi
menjalankan kajian seperti ini.

3.1 LATAR BELAKANG KOLEJ ISLAM PAHANG SULTAN AHMAD SHAH


(KIPSAS)

Kewujudan Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) adalah merupakan titik tolak
pertama ke arah pembangunan dan kemajuan pendidikan tinggi Islam di negeri ini.
Sejarahnya bermula pada 27 Ogos 1996 apabila Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
meluluskan idea penubuhannya. Buat permulaannya, KIPSAS menampung keperluan
saluran pengajian tinggi bagi pelajar-pelajar lepasan sekolah menengah agama negeri untuk
melanjutkan pelajaran mereka di institusi pengajian tinggi. Pengambilan kumpulan pelajar
pertama seramai 67 orang telah dimulakan sebaik sahaja menerima keputusan daripada
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kolej yang cukup sinonim dengan KDYMM Tuanku Sultan Pahang, Sultan Ahmad
Shah Al-Musta’in Billah Ibni Sultan Abu Bakar ini telah dirasmikan oleh Baginda pada 16

24
November 2000 bersamaan 19 Syaaban 1421H.  Sultan Pahang menjadi simbol dan
lambang kegemilangan kolej ini di negeri Pahang.

Mulai April 1998 KIPSAS berdaftar sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi
swasta tetapi bernaung sepenuhnya di bawah anak syarikat kerajaan negeri, Sistem
Pendidikan Islam Pendidikan Sendirian Berhad (SPIPSB). Kolej yang menawarkan peluang
pengajian peringkat diploma ini telah mendapat kelulusan Kementerian Pendidikan
Malaysia pada tahun 1996. Ini bermakna kerajaan negeri memberiikan komitmen yang
padu terhadap KIPSAS terutama menerusi geran peruntukan tahunan. Kolej ini dibina di
atas tanah seluas kira-kira 41 ekar melibatkan perbelanjaan sebanyak RM41 juta meliputi 
bangunan pentadbiran, bangunan akademik, perpustakaan, blok-blok asrama pelajar,
kafetaria, dewan besar, kompleks sukan, kediaman Presiden dan pensyarah/staf dan telah
siap dibina pada Februari 2000. Seluas 600 ekar tanah juga telah diperuntukkan oleh
kerajaan negeri Pahang bagi menampung perkembangan pembangunan dan sebagai aset
kepada KIPSAS.  Manakala terdapat sebuah masjid bernilai hampir RM10 juta sebagai
mercu tanda kebanggaan kolej ini. Tahun 2006 merupakan tahun kesepuluh penubuhan
KIPSAS dan ini menandakan sudah hampir sedekad kolej ini telah memacu kecemerlangan
pendidikan tinggi Islam di negeri Pahang dan mengeluarkan sumber modal insan yang
berkualiti dan bertepatan dengan aspirasi pasaran kerjaya.

3.1.1 VISI, MISI DAN OBJEKTIF KOLEJ ISLAM PAHANG SULTAN AHMAD
SHAH.

I. Visi
Menjadi pusat kecemerlangan ilmu dan keterampilan insan.

II. Misi
Beriltizam meningkatkan kualiti akademik yang mengintegrasikan ilmu aqli dan
naqli bagi melahirkan individu yang seimbang, berdaya saing dan bersahsiah
melalui budaya pengurusan profesional dan persekitaran yang kondusif.

25
III. Objektif

1. Menyediakan program pengajian berkualiti berlandaskan Islam dan bersesuaian


dengan keperluan semasa.
2. Meningkatkan profesionalisme tenaga akademik dan pengurusan melalui program
pembangunan staf.
3. Membentuk individu yang berilmu, beriman, beramal, berakhlak mulia dan berdaya
saing.
4. Membangun dan melengkapkan prasarana pendidikan terkini bagi menyumbang
kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan efisyen.
5. Menjadikan KIPSAS sebagai pusat penyelidikan dan rujukan kearah pembangunan
pendidikan sejagat.

3.2 STATISTIK PENUNTUT MENGIKUT SEKOLAH PENGAJIAN.

Berikut merupakan statistik penuntut yang mendaftar di Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad
Shah pada sesi Jan 2011 mengikut pengajian yang di tawarkan.

A) Sekolah Pengajian Islam.


26
Pada Sesi ini, siswa/i yang telah mendaftar bagi Sekolah Pengajian Islam adalah
seramai 694 orang penuntut pada sesi Jan 2011.

Bilangan Penuntut
400
350 Syariah Dan undang-Undang

300
Dakwah Dan Pengurusan
250
200 Bahasa Arab Dan Tamadun
150 Islam
100 Bahasa Arab Dan Komunikasi
50
Pengajian Media Islam
0
Sekolah Pengajian Islam

27
B) Sekolah Pengajian Pengurusan.

Pada sesi ini, siswa/i yang mendaftar bagi Sekolah Pengajian Pengurusan adalah seramai
233 orang penuntut pada sesi Jan 2011.

Bilangan Penuntut
70

60

50
Perakaunan
40 Kewangan Dan Perbankan
30 Pengajian Perniagaan

20 Pengurusan Kewangan Islam


Pengurusan Pemasaran
10

0
Sekolah Pengajian Pengurusan

28
C) Sekolah Teknologi Maklumat Dan Komunikasi.

Pada sesi ini, siswa/i yang mendaftar bagi Sekolah Pengajian Teknologi Maklumat Dan
Komunikasi adalah seramai 70 orang siswa/i bagi sesi Jan 2011.

70 Bilangan Penuntut
60

50
Pembangunan Perisian
40 (Internet Dan Multimedia)
30 Teknologi Maklumat Dan
Rangkaian
20

10

0
Sekolah Teknologi Maklumat Dan Komunikasi

29
3.3 STATISTIK PENUNTUT KIPSAS MENGIKUT TAHUN PENGAJIAN.

Mengikut maklumat yang terbaru16, bilangan penuntut yang mendaftar bagi mendapat
kelulusan bertaraf diploma di Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah pada sesi Jan 2011
adalah seramai 997 orang penuntut. Berikut adalah statistik penuntut mengikut tahun
pengajian sehingga sesi Jan 2011.

Bilangan Penuntut
450
400
350
300 Tahun 1
250
Tahun 2
200
Tahun 3
150
100
50
0
Siswa/i Yang Mendaftar Mengikut Tahun Pengajian

Carta di atas menunjukkan bilanngan siswa/i yang mengikuti program pengajian


yang ditawarkan di KIPSAS mengikut tahun pengajian sesi Jan 2011. Siswa/i tahun satu
seramai 406 orang dan tahun dua seramai 313 orang penuntut dan tahun tiga pula seramai
327 orang penuntut.

16
Sumber Maklumat Unit Akademik KIPSAS, 25 Feb 2011: 03.49pm.
30
3.4 MATA PELAJARAN TAHFIZ YANG DITAWARKAN DI KIPSAS.

Tahfiz adalah salah satu mata pelajaran major bagi tahun satu di KIPSAS. Subjek ini
ditawarkan kepada semua sekolah pengajian. Antara objektif subjek ini ditawarkan ialah:

I. Untuk menguasai penghafalan ayat al-Quran dan surah-surah pilihan.

II. Untuk memberi kesedaran kepada pelajar tentang sifat kecintaan kepada
Allah s.w.t melalui penghayatan yang berterusan.

III. Untuk mendidik pelajar mengenali dan mendalami hukum tajwid serta
mengamalkannya di dalam pembacaan ayat-ayat suci al-Quran.

IV. Untuk memberi kefahaman dan pendedahan kepada pelajar melalui


pentafsiran ayat-ayat al-Quran yang dihafaz dengan baik dan berkesan.

3.4.1 HASIL PEMBELAJARAN.

Setelah tamat pembelajaran bagi subjek ini, siswa/i dapat:

I. Mengetahui hukum-hukum tajwid dam mengamalkannya setiap kali


membaca al-Quran.

II. Melancarkan pembacaan al-Quran serta dapat menghafal dengan baik.

III. Memahami dan mengkaji isi kandungan dan pengajaran ayat-ayat dari surah
yang dipilih.

IV. Mengamalkan nilai-nilai murni yang diterapkan melalui ayat-ayat yang


dihafaz dalam kehidupan seharian.

31
3.4.2 SKEMA PENGAJARAN SATU SEMESTER BAGI SUBJEK TAHFIZ.

Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah menawarkan subjek Tahfiz Dan Hafazan (I,II)
sebagai salah satu subjek major. Berikut ialah skema pembelajaran bagi subjek Tahfiz Dan
Hafazan untuk siswa/i tahun satu semester 217.

MINGGU TAJUK DAN AKIVITI


Mendengar bacaan dan hafalan siswa/i. Huraian ayat.
1 I. Hukum nun dan mim Musyaddadah.
II. Pengenalan hukum bacaan Mad dan Qasr.
Mendengar bacaan dan hafalan siswa/i. Huraian ayat.
2
I. Hukum Mad Jaiz Munfasil dan pengertiannya.
Mendengar bacaan dan hafalan siswa/i. Huraian ayat.
3
I. Hukum Mad Wajid Muttasil dan pengertiannya.
Mendengar bacaan dan hafalan siswa/i. Huraian ayat.
4
I. Hukum Mad Lazim dan pengertiannya.
Mendengar bacaan dan hafalan siswa/i. Huraian ayat.
5 I. Hukum Mad Badal dan pengertiannya.
II. Hukum Mad Arid Li Sukun dan pengertiannya.
Mendengar bacaan dan hafalan siswa/i. Huraian ayat.
I. Ikhfa’ Syafawi
6
II. Idgham Mithlain Saghir.
III. Izhar Syafawi.
Mengulang hafalan. Huraian ayat.
7
I. UJIAN PERTENGAHAN SEMESTER.
CUTI PERTENGAHAN SEMESTER
Mendengar bacaan dan hafalan siswa/i. Huraian ayat.
8 I. Bahagian Ra’ dibaca Tafkim.
II. Bahagian Ra’ dibaca Tarqiq.
Mendengar bacaan dan hafalan siswa/i. Huraian ayat.
9
I. Idgham Mutamathilain.
Mendengar bacaan dan hafalan siswa/i. Huraian ayat.
10
I. Idgham Mutajanithain.
Mendengar bacaan dan hafalan siswa/i. Huraian ayat.
11
I. Idgham Mutaqoribain.
12 Mendengar bacaan dan Hafalan siswa/i. Huraian ayat.
17
Kod subjek Tahfiz Dan Hafazan II ialah KIP2021
32
I. Hukum Lam Ta’rif.
Mendengar bacaan dan hafalan siswa/i. Huraian ayat.
13
I. Hukum Lam pada lafaz al-Jalalah.
Mengulang bacaan dan hafalan siswa/i. Huraian ayat.
14
I. UJIAN AKHIR SEMESTER.
PEPERIKSAAN

33
34
4.0 PENDAHULUAN

Bagi memperolehi kajian yang berkualiti, penulis telah memilih beberapa cara yang sesuai
menurut penulis sebagai langkah untuk menyiapkan kajian ini dengan lebih berkualiti,
tersusun serta berstruktur. Oleh itu, penulis telah mengedarkan sebanyak 150 set borang
kaji selidik kepada siswa/i KIPSAS yang terdiri daripada tiga buah sekolah pengajian.

4.1 SOALAN YANG DIKEMUKAKAN KEPADA SISWA/I

Soalan yang di kemukakan kepada siswa/i terdiri daripada 2 bahagian utama iaitu:

I. Soalan yang berkaitan tentang pengetahuan al-Quran dan tajwid

1) Adakah anda pernah memperlajari al-Quran dan Tajwid sebelum ini?


2) Berapakalikah anda membaca al-Quran dalam seminggu?
3) Apakah tahap kelancaran anda ketika membaca al-Quran?
4) Apakah hukum bacaan Mim Sukun (‫ ) ْم‬bertemu Mim(‫?)م‬

5) Apakah hukum bacaan bagi bacaan (‫ )الطآلّين‬dalam ayat terakhir Surah Al-
Fatihah?
6) Apakah Huruf Mad?
7) Apakah nama dan hukum bacaan bagi tanda Waqf Lam Alif (‫?) ال‬
8) Apakah hukum mempelajari ilmu Tajwid?

II. Soalan yang berkaitan tentang adab ketika bersama al-Quran.

1) Apakah hukum berwudhu ketika hendak menyentuh al-Quran?


2) Di manakah anda meletakkan al-Quran ketika membacanya?
3) Berapa kalikah anda menghatamkan al-Quran dalam tempoh setahun?

35
4.2 LAPORAN SOAL SELIDIK SISWA/I DARI SEGI LATARBELAKANG
SEKOLAH SEBELUM INI.

Melalui soal selidik yang telah diedarkan kepada responden (siswa/i) Kolej Islam Pahang
Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) didapati bahawa secara puratanya siswa/i KIPSAS
mempunyai latarbelakang yang berbeza dari segi pembelajaran secara formal sebelum ini.

Carta di atas menunjukkan bahawa peratusan siswa/i KIPSAS dari segi


latarbelakang sekolah pengajian sebelum mendaftar di KIPSAS. Jumlah terbesar iaitu 55%
daripada keseluruhan responden adalah yang berasal dari Sekolah Menengah Harian
(Sekolah Menengah Kebangsaan). Manakala, siswa/i yang bersekolah di Sekolah
Menengah Agama sebanyak 30% termasuk Sekolah Menengah Agama berasrama penuh.
9% pula berasal dari pendidikan Vokasional dan 6% berasal dari Pusat-pusat Latihan yang
terdapat di sekitar Negeri masing-masing. Contohnya Pusat Latihan Dakwah, Keningau dan
Pusat Latihan Dakwah, Sikuati Kudat.

36
4.3 LAPORAN SOAL SELIDIK SISWA/I DARI SEGI KELANCARAN MEMBACA
AL-QURAN.

Penulis telah meletakkan beberapa tahap bagi mengenalpasti kelancaran bacaan al-Quran di
kalangan siswa/i untuk membuat penilaian. Penilaian ini, dibuat melalui skala; Sangat
Lancar, Lancar, Tidak Lancar dan Sangat Tidak Lancar.

Carta di atas menunjukkan peratusan kelancaran siswa ketika membaca al-Quran.


Carta ini menunjukkan bahawa, tahap bacaan siswa majoritinya berada pada tahap yang
lancar iaitu sebanyak 44% dan diikuti dengan bacaan yang kurang lancar sebanyak 31%.
Masih juga terdapat siswa yang sangat tidak lancar (tergagap-gagap) semasa membaca al-
Quran sebanyak 19% dan hanya 6% sahaja berada pada tahap sangat lancar ketika
membaca al-Quran.

37
Bagi siswi pula, majoritinya juga adalah berada pada tahap yang lancar iaitu
sebanyak 60% dan tidak lancar sebanyak 26%. Siswi-siswi yang tidak lancar membaca al-
Quran pula sebanyak 5% dan 9% bagi yang sangat lancar membaca al-Quran.

4.4 LAPORAN SOAL SELIDIK SISWA/I DARI SEGI PENGETAHUAN TENTANG


ILMU TAJWID

Dari sudut ini, penulis menilai sejauh mana pengetahuan siswa/i tentang ilmu tajwid
sekaligus dapat menganalisis sedikit sebanyak tentang kefahaman mereka dalam subjek
Tajwid yang ditawarkan di KIPSAS.

38
Berdasarkan carta di atas, pengetahuan siswa tentang ilmu tajwid adalah berada
pada tahap sedehana. Dan ini telah menyumbang sebanyak 39% diikuti dengan lemah
pengetahuan tajwid sebanyak 27%. Siswa yang berada pada tahap kurang baik pula
sebanyak 16% dan yang berada pada tahap lemah ilmu Tajwid pula sebanyak 10%. Dan
hanya sedikit sahaja siswa yang mempunyai pengetahuan Ilmu Tajwid berada pada tahap
baik dan sangat baik iaitu masing-masing menyumbang 4% dalam carta di atas.

39
Carta di atas pula menunjukkan peratusan siswi yang mempunyai ilmu Tajwid.
Siswi sebagai responden di atas yang mempunyai tahap sederhana dan kurang baik
pengetahuan ilmu Tajwid masing-masing menyumbang 29% diikuti dengan yang lemah
sebanyak 22%. Dan 9% berada pada tahap baik. Siswi yang berada pada tahap sangat baik
pula menyumbang sebanyak 6% dan hanya 5% sahaja siswa berasa pada tahap yang sangat
lemah pengetahuan ilmu Tajwidnya.

4.5 LAPORAN SOAL SELIDIK SISWA/I DARI SEGI PENJAGAAN ADAB


KETIKA MEMBACA AL-QURAN.

Penjagaan adab ketika membaca al-Quran juga adalah salah satu perkara yang sangat
penting dan perlu diambil perhatian yang sewajarnya. Sama ada, pembaca al-Quran,
penuntut ilmu al-Quran dan juga tenaga pengajar ataupun pensyarah. Penulis juga telah
memasukkan unsur ini sebagai satu titik yang perlu diperhatikan dengan teliti.

Carta di atas menunjukkan peratusan siswa/i yang menjaga adab ketika membaca
al-Quran. Peratusan yang paling tinggi ialah beradab ketika membaca al-Quran iaitu
sebanyak 37% dan diikuti dengan kelompok yang sangat beradab dan kurang beradab yang

40
masing-masing menyumbang 28% dan 7% kelompok yang tidak menjaga adab ketika
bersama al-Quran samada ketika membaca ataupun menghafal al-Quran.

4.6 LAPORAN TEMUBUAL BERSAMA PENSYARAH TAHFIZ KOLEJ ISLAM


PAHANG SULTAN AHMAD SHAH

Penulis telah membuat temubual terhadap pensyarah-pensyarah yang mengajar subjek


Tahfiz di KIPSAS. Penulis mengemukakan beberapa soalan yang berkaitan tentang subjek
Tahfiz dan penerimaan siswa/i terhadapnya. Antara soalan yang diajukan ialah:

1. Apakah pandangan Ustaz terhadap subjek Tahfiz yang ditawarkan di


KIPSAS.

Ustaz Mohd Haizuran Al-Hafiz (2011)18 menyatakan bahawa; “subjek ini


sangat baik subjek ini ditawarkan di KIPSAS sebagai subjek major. Ini
menunjukkan pentingnya al-Quran serta mengamalkannya”.

2. Apakah pandangan Ustaz tentang siswa/i yang mendaftar untuk subjek Tahfiz
ini.

Ustaz Mohd Fadzly Ismail Al-Hafiz (2011) pula menyatakan bahawa;


“secara keseluruhanya siswa/i mempunyai pengetahuan yang boleh dikategorikan
dalam keadaan baik. Cuma, dari sudut kefahaman siswa/i terhadap tajwid masih
belum berada pada tahap yang membanggakan pihak kolej. Ini mungkin
disebabkan oleh siswa/i yang kurang berminat terhadap subjek ini dan hanya
menganggap sebagai syarat lulus diploma sahaja. Kemahiran juga penting untuk
mempelajari ilmu Tajwid, dan saya melihat ini sangat berkait rapat dengan
latarbelakang pengajian mereka sebelum ini. Mungkin ada di antara siswa/i ini

18
Ustaz Mohd Haizuran Al-Hafiz adalah salah seorang pensyarah di Sekolah Pengajian Islam yang mengajar
subjek Tahfiz.
41
tidak pernah membaca al-Quran di rumah, tetapi tidak ditekankan tentang Tajwid.
Dan ini telah menjadi satu kejutan budaya bagi siswa/i”.

Ustaz Mohd Haizuran Al-Hafiz (2011) menyatakan bahawa; “Bagi saya,


secara keseluruhannya siswa/i KIPSAS ini terbahagi kepada dua golongan iaitu
golongan yang cepat menerima dan satu golongan pula yang lambat menerima.
Siswa/i yang lambat dari segi penerimaan itu bukanlah sebab kebodohan, tetapi
berpunca daripada latarbelakang dan keadaan pendidikan mereka sebelum ini”.

3. Apakah saranan Ustaz untuk penambahbaikan subjek ini di masa akan


datang.

Ustaz Mohd Haizuran Al-Hafiz (2011) menyarankan bahawa; “Beliau juga


menyeru kepada siswa/i yang hendak memahirkan diri dalam ilmu tajwid,
hendaklah menunjukkan minat yang mendalam dan memperbanyakkan bertanya
kepada pensyarah dan raka-rakan tentang ilmu tajwid. Kepada tenaga pengajar
dan pensyarah pula haruslah memberiikan masa yang seimbang terhadap siswa/i
bukan sahaja ketika waktu kuliah, tapi juga di luar waktu kuliah”.

Ustaz Mohd Fadzly Ismail Al-Hafiz (2011), menyatakan bahawa: “Sebagai


salah seorang pensyarah di kolej ini, kami tidak dapat memaksa siswa/i supaya
menumpukan sepenuh perhatian kepada subjek ini kerana ini juga berbalik kepada
sikap siswa/i itu sendiri. Cadangan saya di masa akan datang, kita perlu
menggunakan sistem pembelajaran secara interaktif, audio dan mungkin juga
menggunakan visual kerana ini akan dapat menarik minat siswa/i untuk lebih
cenderung kepada al-Quran”.

42
Melalui temubual yang dibuat bersama pensyarah-pensyarah Tahfiz ini
menunjukkan bahawa terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki. Dan tahap
pengetahuan siswa/i tentang ilmu Tajwid masih lagi berada dalam keadaan yang sederhana.

43
44
5.0 PENDAHULUAN

Setelah penulis membuat kajian terhadap siswa/i KIPSAS berkaitan tentang pengetahuan
ilmu tajwid dan tahap kelancaran mereka ketika membaca al-Quran. Kajian ini dibuat tidak
lain hanyalah bertujuan untuk menilai dan meneliti sejauh mana keberkesanan
pembelajaran ilmu tajwid di KIPSAS mampu membawa kepada pengamalan yang
berpanjangan. Semoga kajian ini akan menjadi titik tolak kepada perubahan daripada yang
baik kepada yang lebih baik.

5.1 KELEMAHAN DAN KEKURANGAN DARI SUDUT PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN.

Di sini, penulis telah membuat pemerhatian terhadap sistem PNP bagi subjek Tahfiz dan
mendapati terdapat beberapa kekurangan. Dan kekurangan ini, akan di bahagikan kepada
dua iaitu:

1) Kelemahan Dari Sudut Pengajar.

I. Sesi Talaqqi (dari mulut ke mulut) tidak berlaku pada sesi PNP, ini
menyukarkan siswa/i yang baru mengenal ilmu tajwid itu sendiri tidak dapat
menyebut fasohah dengan betul.
II. Sesi motivasi (targhib) juga tidak dibuat di waktu kuliah. Ia hanya dibuat oleh
siswa/i yang tugaskan mengikut minggu kuliah.
III. Kurangnya pendedahan terhadap pentingnya menjaga adab terhadap al-Quran.
Kerana, penjagaan adab terhadap al-Quran itu akan mempengaruhi penerimaan
serta kefahaman terhadap ilmu al-Quran.

2) Kelemahan Dari Sudut Pelajar (siswa/i)

I. Terdapat juga siswa/i tidak menunjukkan minat dan tidak mengambil berat
terhadap ilmu tajwid dan kepentingannya.
II. Siswa/i tidak menghormati majlis ilmu iaitu ketika Pengajaran Dan
Pembelajaran (PNP) sedang berjalan.

45
III. Siswa/i majoritinya tidak mengetahui adab-adab yang perlu dipatuhi ketika
bersama al-Quran.

5.2 SARANAN DAN PENAMBAHBAIKAN.

Secara keseluruhanya, dari segi kelancaran dan pengamalan ilmu tajwid di kalangan siswa/i
adalah dalam keadaan sederhana. Tidak pula berada dalam keadaan yang sangat baik dan
tidak pula berada dalam keadaan yang tidak baik. Namun begitu, terdapat juga beberapa
kelemahan dan kekurangan dari sudut pengajaran dan pembelajaran (PNP) dan dari sudut
sifat dan minat siswa/i itu sendiri terhadap ilmu tajwid dan al-Quran. Ini boleh diatasi
dengan beberapa langkah dan semua pihak haruslah mengambil peranan yang sewajarnya
bagi menaik tarafkan pengetahuan ilmu Tajwid terhadap siswa/i.

Setelah membuat pemerhatian dan kajian, penulis ingin membuat saranan dan
penambahbaikan agar segala kelemahan dan kekurangan itu dapat dikurangkan sekaligus
dapat meningkatkan prestasi dalam ilmu tajwid dan pembacaannya. Antara saranan penulis
ialah:

1) Saranan Kepada Pensyarah.

I. Pensyarah harus menekankan Tajwid berbanding hafalan al-Quran dan


mengadakan kelas intensif bagi mempelajari ilmu tajwid dengan
menggunakan sepenuhnya Alat Bantu Mengajar (ABM)19 dan belajar secara
interaktif.

II. Setiap siswa/i perlu mempunyai mentor yang dapat memberiikan mereka
tunjuk ajar berkaitan tajwid dan al-Quran.

III. Setiap waktu kuliah, pensyarah haruslah membentangkan tentang


pentingnya Ilmu Tajwid dan Tahfiz. Pensyarah juga mestilah memberiitahu
kepada setiap siswa/i tentang pentingnya menjaga adab bersama al-Quran.

19
Menggunakan alat-alat seperti, projector, CD player dan sebagainya.
46
IV. Pensyarah haruslah mengenalpasti siswa/i yang lemah dari sudut ilmu
Tajwid agar tidak berlakunya siswa/i yang terpinggir dalam mempelajari
Tajwid dan al-Quran.

V. Memberii dorongan kepada siswa/i untuk lebih cenderung kepada ilmu


Tajwid dan al-Quran.

2) Saranan Kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)

I. Barisan Exco MPP perlulah bertindak sebagai perantara pensyarah dan


siswa/i serta bertanyakan tentang perkembangan pengetahuan Ilmu Tajwid
dan Tahfiz. Jika perlu kepada perubahan, segeralah berbincang bersama
barisan Exco dan mengadakan program yang bersesuaian.

II. Membuat program berkaitan Tajwid dan al-Quran. Contohnya seperti Tahsin
Qiraat yang biasanya dilakukan di jabatan-jabatan Agama Islam Negeri.

III. Program seperti “Minggu Mengenal Al-Quran” juga haruslah dibuat bagi
menggalak dan memupuk minat siswa/i terhadap ilmu dan al-Quran.

3) Saranan Kepada Siswa/i

I. Siswa/i haruslah menunjukkan minat yang mendalam terhadap ilmu yang


hendak dipelajari, terutamanya ilmu yang berkaitan tentang al-Quran.

II. Siswa/i haruslah tahu adab sebagai penuntut ilmu. Siswa/i wajib
memuliakan pensyarah ataupun guru yang mengajar.

III. Siswa/i mestilah menanamkan semangat sebagai penuntut ilmu dan tidak
pernah merasa jemu terhadap apa yang dipelajari.

IV. Siswa/i juga mestilah bijak membahagikan masa mengikut kepentingannya.

V. Siswa/i juga perlu banyakkan bertanya. Kerana, ilmu al-Quran dan Tajwid
ini perlu dipertingkatkan hari demi hari.

47
4) Saranan kepada Hal Ehwal Pelajar (HEP)

I. Subjek tahfiz atau tajwid ini perlu ditawarkan kepada semua program
pengajian dan dari awal hingga akhir semester.

II. Mengadakan tadarus al-Quran di Masjid setiap hari di antara waktu Maghrib
dan Isyak.

III. Mengadakan tadarus al-Quran mengikut aras blok kediaman siswa/i bagi
mengelakkan mereka membuang masa.

IV. Unit yang berkaitan haruslah memperbaiki setiap peralatan yang sedia ada
bagi tujuan PNP dengan menggunakan sepenuhnya Alat Bantu Mengajar
(ABM) dan belajar secara interaktif.

Segala saranan ini juga bolehlah dibuat secara berperingkat agar ia tidak
membebankan siswa/i yang baru hendak mempelajari dengan ilmu tajwid dan al-Quran.

5.3 KESIMPULAN

Dalam kajian ini, penulis dapat mengetahui beberapa punca yang menyebabkan siswa/i
kurangnya ilmu Tajwid dan kurang lancar ketika membaca al-Quran. Secara keseluruhan
kajian ini juga meletakkan tahap pengetahuan siswa/i terhadap ilmu Tajwid adalah berada
pada tahap yang sederhana.

Namun begitu, melalui kelas intensif dan dorongan daripada pensyarah-pensyarah


pengajian Islam dapat membantu kearah mempertingkatkan lagi corak pembelajaran bagi
subjek Tahfiz di KIPSAS. dari sudut menjaga adab ketika membaca al-Quran pula masih
berasa pada tahap kurang menjaga adab dan ada sebahagiannya yang langsung tidak tahu
adab tentang al-Quran.

Masalah ini perlu diatasi oleh pensyarah itu sendiri dengan berperingkat. Contohnya
mengedarkan risalah kepada setiap siswa/i tentang pentingnya menjaga adab ketika

48
membaca al-Quran dan memupuk semangat cintakan al-Quran kepada siswa/i. siswa/i pula
harus memberiikan sumbangan dari segi menunjukkan minat terhadap al-Quran dengan
bersungguh-sungguh dan menjadikan al-Quran sebagai pedoman yang perlu dipelihara,
bukan sekadar satu subjek yang wajib lulus untuk mendapat sijil atau diploma seperti
subjek-subjek yang lain.

Adalah satu keaiban apabila seorang siswa/i yang mendapat kelulusan daripada
mana-mana kolej Islam jika tidak tahu tentang al-Quran. Ini bukan sahaja akan merosakkan
pandangan orang luar terhadap siswa/i itu sendiri, tetapi akan merosakkan juga pandangan
orang luar terhadap kolej Islam tersebut. Oleh yang demikian, marilah kita bersama-sama
memcari kelemahan dan jalan penyelesaian bagi tujuan penambahbaikan agar dapat
meningkatkan prestasi siswa/i dalam ilmu al-Quran. Kelemahan dan kekurangan ini
perlulah ditangani dengan langkah yang tepat agar ia tidak mendatangkan kesan yang
kurang baik dimasa akan datang.

49

Anda mungkin juga menyukai