Anda di halaman 1dari 2

Psikologi Wanita

Mari kita berbicara tentang psikologi wanita:

Wanita makhluk ciptaan Tuhan yang istimewa, semulajadi cantik, lemah lembut dan bersifat penyayang. Namun
wanita juga memiliki ragamnya sendiri. Ragam atau kerenah perempuan inilah yang kebanyyakkan tidak difahami
oleh kaum lelaki. Namun, jika anda bijak menangani emosi kaum hawa yang pelbagai, maka anda dapat
mengurangkan masalah dengan golongan perempuan.

1. Wanita cakap terbalik


 Apabila wanita sedang kecewa atau sedih dan anda bertanya keadaannya, wanita mengatakan
dia baik-baik saja. Tapi sebenarnya hatinta memendam rasa.
 Sikap ini untuk memujuk hatinya sendiri, memulihkan kekuatan diri atau minta dipujuk

2. Perempuan cerewet.
 Wanita perlu memikirkan hal titik bengik iaitu perkara yang kecil-kecil untuk keperluan lelaki
juga.
 Misalnya menjahitkan butang baju untuk kemeja suami atau kekasih hati, menyimpan stoking
agar tidak hilang sebelah, membasuh, memasak dan mengemas rumah

3. Wanita emosi.
 Kelebihan yang Tuhan anugerahkan kerana sifat penyayang yang kuat untuk anak-anaknya

4. Suka risau.
 Risau sebagai persediaan jika ada bencana yang bakal menimpa.
 Wanita suka diberi jaminan, persediaan dan perancangan yang rapi dari kaum lelaki.
 Tidak hairanlah mereka kelihatan cemas lebih berbanding lelaki dan peranannya, lelaki perlulah
pandai memujuk dan meredakan perasaan perempuan

Psikologi sering dikaitkan dengan empat warna utama.


Merah, kuning, hijau dan biru merupakan empat warna utama psikologi. Apapun yang kita semua fikirkan, warna-
warna ini masih belum dipastikan dari pandangan sains, tetapi pada umumnya warna akan memiliki pengaruh atau
sifat yang berbeza didalam aspek kehidupan manusia termasuk juga dari personalitinya. Disini saya kongsikan
maksud warna-warna yang tersirat disebaliknya:

Ahli fisiologi dan psikologi menjelaskan ada empat warna utama : merah, hijau, kuning dan biru. Biarpun tidak
dapat dinyatakan daripada sudut saintifik, umum menerima warna mempunyai karektor atau sifat yang berbeza
dan mempunyai pengaruh dalam setiap aspek kehidupan manusia, termasuk personaliti.
Merah: Bagi sesetengan orang berpendapat, merah itu garang. Betul atau tidak terpulang pada individu itu sendiri.
Warna ini juga melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mempercepatkan denyutan nadi,
menaikkan tekanan darah dan mempercepat pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan,
persaingan dan berahi.

Merah terang – Berlainan puladenga merah terang. Ianya mewakili kekuatan, kemahuan atau cita-cita. Ada yang
beranggapan bahawa, jika seseorang sama ada perempuan atau lelaki suka memakai pakaian yang berwarna merah
terang ianya melambangkan agresif, aktif, kemahuan keras, penuh ghairah dan dominasi juga berjaya dalam
pekerjaan yang diceburinya. Adakah ada salah seorang daripadanya?

Merah jambu: Kebanyakan kaum perempuan atau wanita sukakan warna merah jambu kerana ia melambangkan
keperibadian seseorang itu romantis, feminin, pengemas dan penuh jenaka. Selain menyerlahkan kelambutan dan
keayuan, seseorang itu juga pemurahdan peramah. Tapi jika kaum lelaki yang memakai pakaian yang bewarna
merah jambu, apa pendapat anda?

Biru: Berlainan pula dengan warna ini. Seperti kita merenung laut yang terbentang luas. Penuh kedamaian dan
ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyut nadi dan pernafasan
sekali gus membantu meningkatkan kesihatan diri. Mungkin juga anda akan merasakan kekuatan dari sanubari bagi
merungkai masalah yang bersarang dikepala. Apa salahnya mencuba..

Biru tua: Melambangkan perasaan yang mendalam. Adakah anda sukakan warna ini? Bersifat perasa, bersikap
tenang, bijaksana, tidak mudah tersinggung dan mempunyai ramai kenalan. Jika anda sukakan warna ini, mungkin
anda boeh menilai diri anda sendiri. Betul atau tidak, mungkin anda tidak menyedarinya. Kebiasaanya, kaum
perempuan suka warna biru tua kerana ia padan dengan apa jua keadaan dan suasana.

Biru muda: Saya juga sukakan warna ini selain warna merah jambu. Warna ini melambangkan keteguhan dan
bertahan. Maksudnya, walaupun anda berada dalam keadaan tegang dan penuh dengan masalah anda tidak udah
berputus asa. Bagaimanapun, penggemarnya sedikit keras kepala, keras kepala bagi mempertahankan diri yang
benar. Jika ada orangnya, cubalah kawal emosi amarah kerana kadang-kadang ia mebawa padah.

Kuning: Mewakili sifat kegembiraan, cukup santai, mempunyai cita-cita setinggi langit. Sukanya jika kita
mempunyai segala sifatnya ini. Tapi jangan hanya bercita-cita tinggi tpi tidak berusaha. Maksudnya macam angan-
angan Mat Jenin, sudah jatuh ditimpa tangga pula. Tapi jika anda sebaliknya, mudah-mudahan anda adalah salah
seorang yang berjaya dalam hidup. Tapi jangan lupa orang disekeliling ya....

Kuning terang: Oooossshh.... sakitnya mata memandangnya. Tapi jangan pandang remeh dengan warna ini kerana
ia melambangkan sifat spontan, toleransi dan dermawan. Tetapi yang tak sukanya ianya begitu menonjol tetapi
berubah-ubah sikap dan suka berharap. Jangan kecewa kepada penggemar warna ini, anda boleh berubah menjadi
seorang yang betul-betul akan dihormati.

Hijau – Melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan keras hati. Mempunyai peribadi yang keras dan
berkuasa. Warna ini mampu meningkatkan rasa bangga. Penggemar warna ini sering menjadi pilihan untuk
mendapatkan nasihat.

Kelabu – Samar-samar karektornya. Kecenderungan lebih neutral.

Hitam – Melambangkan kehidupan yang terhenti dan memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan
dan kerosakan.

Coklat – Suka merebut, tidak bertolak ansur, pesimis terhadap kesejahteraan dan kebahagiaan masa depan.

Ungu – Warna ini adalah campuran warna merah dan biru. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi selalu penuh
harapan.