Anda di halaman 1dari 3

Pak Pandir dan Bunga

( madiah)
            Pada suatu hari, Pak Pandir dan Mak Andeh telah berpindah ke rumah baru
mereka. Mereka telah memperoleh rumah yang lebih besar dan cantik berbanding
rumah lama mereka yang kian roboh dimakan dek anai-anai. Mereka sangat gembira
dengan rumah baru mereka. Mak andeh tidak sabar-sabar untuk menceriakan rumah
barunya itu di samping mengalihkan barang-barang mereka ke rumah itu.
            Setelah selasai mengalihkan barang-barang ke dalam rumah, Mak Andeh
beralih pula melihat kawasan sekitar luar rumahnya. Disebabkan mereka mempunyai
kawasan halaman yang cukup luas, Mak Andeh menyimpan hasrat untuk menanam
pelbagai jenis pokok bunga di sekitarnya.
            “ Tentu rumah ini lebih berseri jika aku menanam pelbagai jenis pokok bunga
yang berwarna-warni di sini,” fikir Mak Andeh.
            Tanpa melengahkan masa lagi, Mak Andeh terus memanggil suaminya, Pak
Pandir.
            “ Pak Pandir, saya ada cadangan. Saya nak tanam pokok bunga di halaman
rumah kita ini. Awak setuju tak ?,” tanya Mak Andeh.
            Boleh juga. Nanti, bertambah cantiklah rumah kita. Hurmmm…Jadi, awak nak
suruh saya buat apa ni?,” tanya Pak pandir.
            “ Saya nak suruh awak ke pekan. Awak carilah apa-apa bunga yang cantik,
banyak warna dan boleh hidup lama. Ni duitnya,” kata Mak Andeh lalu menghulurkan
wang sebanyak RM10.
            Kemudian, Pak Pandir mengayuh basikal buruknya ke pekan. Kebetulan pula
pada hari itu ada pasar Tani di tempat yang sama. Pak Pandir pun menghampiri gerai
yang menjual pokok-pokok bunga itu. Dia tertarik melihat banyak jenis bunga yang
berwarna-warni yang dijual di dalam pasu dan juga plastik tanah yang berwarna hitam
dan berlubang-lubang itu. Lalu Pak Pandir pun bertanya kepada penjual bunga itu.
            “ Adik, pokok-pokok bunga ini dijual berapa ringgit satu?” tanya Pak Pandir.
            “ Ooo.. Yanh ini harganya RM10 satu pasu. Cuba tengok bunganya memang
cantik. Belilah bang,” tawar penjual itu kepada Pak Pandir.
            Mendengarkan harganya RM10, Pak Pandir mula terfikir. “ Sudahlah mak
Andeh bagi RM10 tetapi dia ininkan bunga yang cantik dan banyak warna, kemudian
boleh hidup lama. Tapi, bunga yang ini hanya ada satu warna sahaja. Tentu Mak Andeh
marah nanti. Tapi, manalah tahu pokok ini boleh hidup lama”, fikir Pak Pandir.
            “ Adik, pokok ni boleh hidup lama tak?” tanya Pak Pandir kepada penjual bunga
itu lagi.
            “ Ooo…Semua pokok boleh hidup lama kalau kita pandai menjaganya, letak di
tempat yang betul dan rajin menyiramnya,”jawab penjual itu.
            “ Ishh..Macam nak menjaga orang pula lagaknya. Sudahlah harganya mahal,
Cuma ada satu warna sahaja pula tu,” kata Pak Pandir di dalam hati.
            Kemudian pak Pandir berlalu dari situ menuju ke kedai-kedai lain di pekan itu.
Tiba-tiba dia ternampak banyak bunga-bunga yang cantik dan berwarna-warni. Bunga
itu boleh hidup tanpa matahari dan tanah. Pemilik kedai itu boleh menggantung bunga
itu di dinding. Mak Andeh pasti suka yang ini,” fikir Pak Pandir.
            Sedang Pak Pandir melihat bunga-bunga itu, pemilik kedai itu mendekatinya.
            “ Ya, encik. Encik nak beli bunga-bunga hiasankah? Bunga-bunga yang cantik
ini murah sahaja. Dengan RM10, encik boleh dapat 5 tangkai. Encik pilihlah,” tawar
gadis itu.
            “Wow, yang ini harganya lebih murah berbanding kedai tadi. Yang ini lbh cantik,
berwarna-warni dan mudah dijaga. Tengok sajalah pemilik gerai ini meletakkan bunga-
bunga ini di dalam pasu tanpa air dan tanah. Boleh juga diletakkan di atas meja dan di
dinding sekalipun,” fikir  Pak Pandir.
            Pak Pandir bertanya kepada penjual itu, “ Cik, bunga-bunga ini boleh hidup
lamakah?”
            Gadis itu kebingungan dengan prtanyaan Pak Pandir itu. “ Tidak tahukah dia
yang kedai ini menjual bunga-bunga hiasan dalam rumah saja, bukannya bunga hidup.
Mungkin dia salah sebut ni kot,” kata gadis itu di dalam hati.
            “ Hurmm.. Iya, encik. Bunga-bunga ini boleh tahan lama. Bertahun-tahun pun
boleh tahan lagi,” jawab gadis itu.
            “ Ha, kalau macam tu baguslah. Saya nak beli RM10 yang bunganya berwarna-
warni,” kata Pak Pandir.
            “ Baik, encik,” kata gadis itu lalu memasukkan bunga-bunga itu ke dalam plastik
lalu dihulurkan kepada Pak Pandir.
            Pak Pandir balik dengan riangnya kerana dapat membeli bunga yang diinginkan
oleh Mak Andeh. Sesampainya di rumah,
            “ Mak Andeh, oh Mak andeh. Saya dah balik ni. Saya dah belikan bunga yangn
awak nak tu,” jerit Pak Pandir di luar pintu rumah.
            Mendengarkan suara Pak Pandir, mak Andeh dengan segera berlari keluar di
pintu rumah. Dia tak sabar lagi untuk menghias halaman rumahnya dengan bunga yang
cantik-cantik.
            “ Mana bunga yang awak belikan tu?” tanya Mak Andeh kepada pak pandir
kerana dia tidak nampak akan bunga itu.
            Pak pandir menunjukkan bungkusan yang mengandungi bunga itu yang
disorokkan di belakang badannya tadi. Tiba-tiba, air muka Mak andeh berubah menjadi
merah se[erti orang yang menahan marah. Pak Pandir kebingungan kerana sepatutnya
Mak Andeh gembira dengan bunga yang telah dia belikan itu.
            “ Pak Pandir!!! Ini bunga plastik. Bukan bunga hidup. Mana ada orang tanam
bunga plastik kat halaman rumah. Awak ni memang nak kena ni!!!” jerit Mak Andeh lalu
memegang kayu mengejar Pak pandir keliling rumah.
TAMAT

Anda mungkin juga menyukai