Anda di halaman 1dari 6

Bahasa Melayu

Tahun 5 Uthman
Tema:Jati Diri,Patriotisme dan Kewarganegaraan
Tajuk: Warga Emasku Terpelihara
Tarikh: 30 September 2021
Masa: 10.00 pagi hingga 2.00 petang
Objektif pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran, murid dapat;

Membuat rumusan tentang pidato “Warga Emasku Terpelihara” dan


pantun “Sayangi Warga Emas” dengan betul.

Kriteria Kejayaan
Saya berjaya sekiranya dapat;

1. Mengenal pasti keistimewaan yang dinikmati oleh warga emas yang


terdapat dalam petikan untuk membuat rumusan dengan betul.
2. Mengenal pasti kebaikan menyayangi warga emas yang terdapat
dalam pantun untuk membuat rumusan dengan betul.
3. Menghasilkan rumusan berdasarkan bahan tersebut
menggunakan format yang betul.
Buku Teks muka surat 110
Baca petikan pidato di bawah dengan teliti. Kemudian buat suatu rumusan.

Kata kunci: Keistimewaan, kebaikan, faedah, langkah-langkah, punca-punca, kesan-kesan

Pidato menunjukkan tentang keistimewaan-keistimewaan yang dinikmati oleh


warga emas di Malaysia.

Antara keistimewaan yang dinikmati oleh warga emas ialah kerajaan


telah mengisytiharkan 1 Oktober sebagai Hari Warga Emas. Selain itu,
Dasar Warga Emas Negara diwujudkan untuk menjaga kebajikan dan
menyediakan perkhidmatan untuk warga emas. Di samping itu, mereka
mendapat bantuan kewangan. Seterusnya, alat sokongan dan alat tiruan
anggota badan juga disalurkan. Kemudian, warga emas mendapat layanan
istimewa di klinik dan hospital kerajaan. Akhir sekali, mereka mendapat
potongan separuh harga bagi tambang pengangkutan awam.

Kesimpulannya, kita perlu menyayangi warga emas kerana mereka


memerlukan bantuan dan kasih sayang daripada kita.
Buku Teks muka surat 111
Baca pantun di bawah dengan teliti. Kemudian buat suatu rumusan.

Pantun menunjukkan tentang kebaikan-kebaikan menyayangi warga emas.

Antara kebaikan menyayangi warga emas ialah kita akan hidup


harmoni. Selain itu, negara akan aman sejahtera. Akhir sekali, rakyat
kita akan makmur dan cemerlang.

Kesimpulannya, kita perlu menyayangi warga emas kerana mereka


memerlukan kasih sayang dan perhatian daripada kita.

Anda mungkin juga menyukai