Anda di halaman 1dari 14

BPMN 1013 Pengantar Pengurusan

PERANCANGAN AKADEMIK
SEMESTER JULAI 2021


BPMN 1013
PENGANTAR PENGURUSAN




PROGRAM PENGAJIAN JARAK JAUH
PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN
(PACE)

1
BPMN 1013 Pengantar Pengurusan

KURSUS: PENGANTAR PENGURUSAN


KOD KURSUS: BPMN 1013
JAM KREDIT : 3

1. PENSYARAH

PENSYARAH & PENYELARAS Email & Telefon


DR. SARAH SHAHARRUDDIN sarahdin@uum.edu.my
SBM, UUM COB
Room: 287, BANGUNAN 011-10151283
UTAMA COB, COB
UUM

2. JADUAL PERTEMUAN, KUIZ DAN PEPERIKSAAN AKHIR

PERTEMUAN MODUL TEMPOH


PERTEMUAN I
Perbincangan Bab 1-4 4 jam

PERTEMUAN II Perbincangan Bab 5-9 4 jam

PERTEMUAN III Kuiz 1: (20 soalan objektif, Bab 1-4) 1 jam


Kuiz 2: (20 soalan objektif, Bab 5-7) 1 jam

• Perbincangan Bab 10-12 3 jam

**Kuiz akan dijalankan secara online


di UUM Online Learning /remote
learning.

PERTEMUAN IV Perbincangan Bab 13- 17 4 jam


Penyerahan Tugasan & Video
Pembentangan Tugasan

PERTEMUAN V Kuiz 3 (25 soalan objektif, Bab 8-12) 1 Jam15 Minit


Kuiz 4 (25 soalan objektif, Bab 13- 17) 1 Jam 15 Minit

3. SINOPSIS KURSUS

Kursus in ditawarkan untuk pelajar Pengajian Jarak Jauh sebagai kursus teras
program.Pengajaran adalah berdasarkan Modul pembelajaran kendiri. Modul ini bertemakan
pengurusan yang biasa diamalkan oleh organisasi sama ada sektor awam ataupun swasta.
Perbincangan modul ini meliputi empat bidang utama, iaitu perancangan, pengorganisasian,
pengaruh (kepimpinan), dan pengawalan. Walaupun contoh-contoh dan keadaan di negara-

2
BPMN 1013 Pengantar Pengurusan

negara lain terutamanya Amerika Syarikat banyak digunakan namun konteks Malaysia turut
diberikan juga dalam teori-teori yang dibincangkan. Selain mengkaji tugas-tugas dan peranan
yang dimainkan oleh pihak pengurusan, ia juga mengkaji teknik-teknik tertentu ke arah
pengurusan yang cekap serta menilai kebaikan dan keburukan yang ditimbulkan oleh tugas
dan peranan pengurusan tersebut. Perbincangan mengenai pengurusan tidak lari daripada
memperkatakan mengenai isu-isu seperti perancangan organisasi, pengurusan sumber
manusia, motivasi dan komitmen pekerja, dan kecekapan serta keberkesanan organisasi
dalam mencapai objektifnya. Modul ini cuba mengupas dan menjelaskan asas-asas kepada
dunia pengurusan dalam lima unit modul.

Modul 1 mengandungi empat unit Bab yang menerangkan tentang sejarah pengurusan,
organisasi dan persekitarannya secara umum. Kemudian Modul 2 yang mengandungi lima
unit Bab akan menyentuh bagaimana organisasi terlibat dalam membuat keputusan,
bagaimana pembentukan dan pelaksanaan misi dan objektif, serta membuat perancangan.
Reka bentuk dan struktur organisasi dibincangkan pula dalam Modul 3. Modul yang
mengandungi tiga unit Bab ini, membincangkan tentang asas-asas pengorganisasian,
tanggungjawab, autoriti dan penugasan, dan pengurusan sumber manusia.

Kepimpinan dalam organisasi turut ditekankan. Perbincangan mengenai kepimpinan


dimuatkan dalam Modul 4 yang mengandungi empat unit.Bab. Namun istilah pengaruh
digunakan bagi menggantikan kepimpinan kerana penulis merasakan istilah pengaruh ini lebih
luas maknanya. Pengaruh bukan sahaja melibatkan perbincangan tentang kepimpinan
sahaja, tetapi juga tentang motivasi,komunikasi dan kumpulan yang terdapat di dalam
sesebuah organisasi. Seterusnya modul ini memberi takrif pengawalan di dalam Modul 5.
Langkah- langkah yang terlibat dalam proses kawalan serta jenis-jenis kawalan diterangkan
untuk pengetahuan dan pemahaman pelajar.

4. OBJEKTIF KURSUS

Di akhir pembelajaran modul ini, anda seharusnya dapat:

1. Memahami tentang konsep-konsep, fungsi-fungsi dan kemahiran-kemahiran asas dalam


pengurusan.
2. Mempertingkatkan kefahaman berhubung dengan pengurusan sumber manusia, sumber
fizikal dan persekitaran.
3. Mengenal pasti dan membincangkan aspek-aspek pembaharuan dalam pengajaran dan
amalan pengurusan masakini.

5. HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir kursus ini, pelajar akan dapat


1. Mendefinisikan fungsi pengurusan
2. Membincangkan sumbangan fungsi pengurusan kepada prestasi organisasi
3. Mengenal pasti setiap fungsi pengurusan
4. Menjelaskan kepentingan setiap fungsi pengurusan bagi organisasi

3
BPMN 1013 Pengantar Pengurusan

5. Menghuraikan kaitan Antara pengurusan dan pengurusan strategik sesebuah organisasi


untuk mengekalkan persaingan kompetitif dalam pasaran global
6. Membincangkan kesan perubahan dan perkembangan isu semasa dan perundangan
terhadap pengurusan di organisasi.

6. KANDUNGAN KURSUS

BAB TAJUK JAM


1 PENGURUSAN DAN CABARAN PENGURUSAN
1.1 Pengenalan
1.2 Pengurusan dan Organisasi
1.2.1 Definisi Organisasi
1.2.2 Objektif Organisasi
1.2.3 Ahli Organisasi
1.3 Kepentingan Pengurusan
1.4 Tanggungjawab Pengurusan
1.4.1 Definisi Pengurusan
1.4.2 Definisi Pengurus
1.4.3 Kualiti Pengurus yang Berjaya
1.4.4 Jenis Pekerjaan Pengurus
1.4.5 Kemahiran Pengurusan
1.4.6 Peranan Pengurusan
1.5 Proses Pengurusan
1.6 Proses Pengurusan dan Pencapaian Matlamat
1.7 Pengurusan dan Sumber Organisasi

4
BPMN 1013 Pengantar Pengurusan

2 PERKEMBANGAN SEJARAH PENGURUSAN


2.1 Pengenalan
2.2 Pengurusan: Satu Bidang Kajian
2.3 Pendekatan Klasikal
2.3.1 Pendekatan Pengurusan Saintifik
2.3.2 Teori Organisasi Klasikal
2.3.3 Sumbangan dan Had Pendekatan Klasikal
2.4 Pendekatan Tingkah Laku
2.4.1 Pendekatan Sains Tingkah Laku
2.4.2 Pendekatan Pergerakan Hubungan Manusia
2.5 Pendekatan Sains Pengurusan
2.5.1 Ciri-Ciri Aplikasi Sains Pengurusan
2.6 Pendekatan Pengurusan Kontingensi
2.7 Pendekatan Sistem Pengurusan
2.7.1 Sistem Tertutup
2.7.2 Sistem Terbuka
2.7.3 Sistem Pengurusan
2.8 Pengaruh Kontemporari ke Atas Perkembangan Pengurusan
2.8.1 Tom Peters: Syarikat yang Cemerlang
2.8.2 William Ouchi: Teori Z
2.8.3 Michael Porter: Kelebihan Persaingan
3 TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT DAN
ETIKA PERNIAGAAN
3.1 Pengenalan
3.2 Asas Tanggungjawab Sosial
3.2.1 Model Tanggungjawab Sosial Korporat Davis
3.2.2 Bidang Tanggungjawab Sosial Korporat
3.2.3 Prestasi Aktiviti Tanggungjawab Sosial oleh Perniagaan
3.3 Tindak Balas Sosial
3.3.1 Menentukan Kewujudan Tindak Balas Sosial
3.3.2 Tindak Balas Sosial dan Membuat Keputusan
3.3.3 Pendekatan untuk Memenuhi Tindak Balas Sosial
3.4 Aktiviti Tanggungjawab Sosial dan Fungsi Pengurusan
3.4.1 Perancangan Aktiviti Tanggungjawab Sosial
3.4.2 Pengorganisasian Aktiviti Tanggungjawab Sosial
3.4.3 Pengaruh Aktiviti Tanggungjawab Sosial
3.4.4 Pengawalan Aktiviti Tanggungjawab Sosial
3.5 Etika Perniagaan
3.5.1 Kod Etika

5
BPMN 1013 Pengantar Pengurusan

4 PENGURUSAN DALAM ARENA GLOBAL


4.1 Pengenalan
4.2 Asas Pengurusan Antarabangsa
4.3 Pengkategorian Organisasi Perniagaan Antarabangsa
4.3.1 Etika Pengurusan Perniagaan Antarabangsa
4.3.2 Kompleksiti Pengurusan Perniagaan Antarabangsa
4.3.3 Risiko Syarikat Multinasional
4.3.4 Tenaga Kerja Syarikat Multinasional
4.4 Fungsi Pengurusan dan Syarikat Multinasional
4.4.1 Perancangan dalam Syarikat Multinasional
4.4.2 Pengorganisasian dalam Syarikat Multinasional
4.4.3 Pengaruh dalam Syarikat Multinasional
4.4.4 Pengawalan dalam Syarikat Multinasional
4.5 Pengurusan Perbandingan: Satu Penekanan ke Atas

Pengurusan Jepun
4.5.1 Strategi Motivasi Pengurusan Jepun 4.6
Rumusan

5 OBJEKTIF ORGANISASI
5.1 Pengenalan
5.2 Definisi Objektif Organisasi
5.3 Kepentingan Objektif Organisasi
5.4 Jenis-Jenis Objektif
5.4.1 Objektif Organisasi
5.4.2 Objektif Individu
5.5 Bidang-Bidang Objektif Organisasi
5.6 Melaksanakan Objektif
5.6.1 Mewujudkan Objektif Organisasi
5.6.2 Panduan Mewujudkan Objektif yang Berkualiti
5.6.3 Panduan Mengoperasikan Objektif
5.6.4 Pencapaian Objektif
5.7 Pengurusan Melalui Objektif (MBO)
5.8 Rumusan
6 ASAS-ASAS PERANCANGAN
6.1 Pengenalan
6.2 Definisi Perancangan
6.3 Tujuan Perancangan
6.4 Kebaikan dan Keburukan Perancangan
6.5 Langkah-Langkah dalam Proses Perancangan
6.6 Sub-Sistem Perancangan
6.7 Perancangan dan Ketua Pegawai Eksekutif
6.8 Memaksimumkan Keberkesanan Proses Perancangan 6.9
Rumusan

6
BPMN 1013 Pengantar Pengurusan

7 MEMBUAT KEPUTUSAN
7.1 Pengenalan
7.2 Definisi Keputusan
7.3 Jenis-Jenis Keputusan
7.4 Tanggungjawab Membuat Keputusan dalam Organisasi
7.5 Elemen-Elemen Situasi Keputusan
7.6 Proses Membuat Keputusan
7.7 Situasi Semasa Membuat Keputusan
7.7.1 Situasi Ketentuan yang Sempurna
7.7.2 Situasi Ketidaktentuan yang Sempurna
7.7.3 Situasi Berisiko
7.8 Alat-Alat Membuat Keputusan
7.9 Membuat Keputusan Secara Berkumpulan
7.9.1 Kebaikan dan Keburukan Membuat Keputusan
Secara Berkumpulan
7.9.2 Proses Membuat Keputusan Secara Berkumpulan 7.10
Rumusan

8 PERANCANGAN STRATEGIK
8.1 Pengenalan
8.2 Perancangan Strategik Secara Umum
8.3 Pengurusan Strategi
8.3.1 Analisis Persekitaran
8.3.2 Pembentukan Arah Tuju Organisasi
8.3.3 Pembentukan Strategi
8.3.4 Perlaksanaan Strategi
8.3.5 Kawalan Strategi
8.4 Perancangan Taktikal
8.5 Membanding dan Mengkoordinasi Perancangan Strategik dan
Perancangan Taktikal
8.6 Perancangan dan Peringkat Pengurusan 8.7
Rumusan
9 RANCANGAN DAN ALAT-ALAT PERANCANGAN
9.1 Pengenalan
9.2 Definisi Rancangan
9.3 Jenis-Jenis Rancangan
9.3.1 Rancangan Tetap
9.3.2 Rancangan Sekali-Guna
9.4 Tumpuan Perancangan
9.4.1 Perancangan Kemudahan Fizikal
9.4.2 Perancangan Sumber Manusia
9.5 Alat-Alat Perancangan
9.5.1 Ramalan
9.5.2 Penilaian Kaedah Ramalan Jualan
9.6 Penjadualan
9.6.1 Carta Gantt
9.6.2 PERT
9.7 Rumusan

7
BPMN 1013 Pengantar Pengurusan

10 ASAS-ASAS PENGORGANISASIAN
10.1 Pengenalan
10.2 Definisi Pengorganisasian
10.3 Langkah-Langkah Penyempurnaan Pengorganisasian
10.4 Kepentingan Pengorganisasian
10.5 Aspek-Aspek dalam Usaha Pengorganisasian
10.5.1 Struktur Organisasi
10.5.2 Penjabatanan
10.6 Pengkhususan Kerja
10.7 Jangkauan Pengurusan
10.7.1 Jangkauan Pengurusan dan Carta Organisasi
10.8 Rantaian Arahan
10.9 Rumusan

11 TANGGUNGJAWAB, AUTORITI DAN


PENUGASAN
11.1 Pengenalan
11.2 Tanggungjawab
11.2.1 Aktiviti-Aktiviti Tugas
11.2.2 Persamaan Fungsional
11.3 Autoriti
11.3.1 Jenis-Jenis Autoriti
11.4 Penugasan
11.4.1 Kebaikan dan Keburukan Penugasan
11.4.2 Pemencaran
11.4.3 Faedah-Faedah Pemencaran kepada Organisasi
11.5 Rumusan
12 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
12.1 Pengenalan
12.2 Konsep Asas dan Definisi Sumber Manusia
12.3 Aspek-Aspek dalam Sumber Manusia
12.3.1 Perekrutan
12.3.2 Pemilihan
12.3.3 Latihan
12.3.4 Penilaian Prestasi
12.4 Rumusan
13 ASAS KEPADA PENGARUH DAN KOMUNIKASI
13.1 Pengenalan
13.2 Definisi Pengaruh
13.2.1 Subsistem Pengaruh
13.3 Komunikasi
13.3.1 Komunikasi Interpersonal
13.3.2 Komunikasi Interpersonal Secara Lisan dan
Tidak Lisan
13.4 Komunikasi Interpersonal dalam Organisasi
13.4.1 Komunikasi Formal
13.4.2 Komunikasi Tidak Formal
13.4.3 Menggalakkan Komunikasi Formal 13.5
Rumusan

8
BPMN 1013 Pengantar Pengurusan

14 KEPIMPINAN
14.1 Pengenalan
14.2 Definisi Kepimpinan
14.3 Perbezaan antara Pemimpin dan Pengurus
14.4 Pendekatan Ciri-Ciri Keperibadian Kepimpinan
14.5 Pendekatan Situasi kepada Kepimpinan
14.5.1 Situasi Kepimpinan dan Membuat Keputusan
14.5.2 Tingkah Laku Kepimpinan
14.6 Kepimpinan Hari Ini
14.6.1 Kepimpinan Transformasional
14.6.2 Kepimpinan Kejurulatihan
14.6.3 Kepimpinan Raya
14.6.4 Kepimpinan Keusahawanan
14.7 Rumusan

15 MOTIVASI
15.1 Pengenalan
15.2 Definisi Motivasi
15.3 Teori-Teori Proses Tentang Motivasi
15.3.1 Teori Keperluan Matlamat
15.3.2 Teori Jangkaan Vroom
15.3.3 Teori Keadilan
15.3.4 Teori Porter-Lowler
15.4 Teori-Teori Kandungan Tentang Motivasi
15.4.1 Hierarki Keperluan oleh Maslow
15.4.2 Teori ERG oleh Alderfer
15.4.3 Kontinum Kematangan oleh Argyis
15.4.4 Teori Perolehan Keperluan oleh McClelland
15.5 Mendorong Ahli Organisasi
15.5.1 Pentingnya Mendorong Ahli Organisasi
15.6 Strategi-Strategi Motivasi
15.6.1 Komunikasi Pengurusan
15.6.2 Teori X – Teori Y
15.6.3 Reka Bentuk Kerja
15.6.4 Pengubahsuaian Tingkah Laku
15.6.5 Sistem Pengurusan oleh Linkert
15.6.6 Insentif-Insentif Berbentuk Kewangan
15.6.7 Insentif-Insentif Tidak Berbentuk Kewangan 15.7
Rumusan

9
BPMN 1013 Pengantar Pengurusan

16 KUMPULAN DAN PASUKAN


16.1 Pengenalan
16.2 Kumpulan
16.3 Jenis-Jenis Kumpulan dalam Organisasi
16.3.1 Kumpulan Formal
16.3.2 Kumpulan Tidak Formal
16.4 Pengurusan Kumpulan Kerja
16.4.1 Menentukan Kewujudan Kumpulan
16.4.2 Memahami Evolusi Kumpulan Tidak Formal
16.5 Pasukan
16.5.1 Perbezaan antara Kumpulan dan Pasukan
16.5.2 Jenis-Jenis Pasukan dalam Organisasi
16.5.3 Peringkat-Peringkat Pembentukan Pasukan
16.5.4 Keberkesanan Pasukan
16.5.5 Kepercayaan dan Pasukan Berkesan 16.6
Rumusan
17 PENGAWALAN
17.1 Pengenalan
17.2 Definisi Kawalan
17.3 Proses Kawalan
17.4 Jenis-Jenis Kawalan

7. PENGENDALIAN KURSUS

Kursus dikendalikan secara pembelajaran kendiri. Selain syarahan, pelajar dibekalkan


dengan modul sebagai rujukan utama yang lengkap dengan soalan latihan dan penilaian
kendiri. Pelajar juga dinasihatkan untuk merujuk kepada bahan bacaan lain. Pelajar juga
digalakkan membuat nota ringkas setiap pelajaran disamping juga membuat latihan. Terdapat
empat sesi pertemuan antara pelajar dan pensyarah. Pertemuan ini akan diisi dengan sesi
perbincangan dan soal jawab. Sehubungan dengan itu sebelum hadir setiap pertemuan
pelajar digalakkan supaya:

1. Membaca topik yang telah ditetapkan untuk setiap sesi pertemuan.


2. Membuat rujukan tambahan tentang isu semasa yang berkaitan dengan pembelajaran
yang boleh diperbincangkan.
3. Memberi kerja sama yang sepenuhnya dalam sesi perbincangan yang dikendalikan

8. PENILAIAN KURSUS

Tugasan, peperiksaan, kuiz dan peperiksaan akhir merupakan penilaian utama pemarkahan.
Butiran lanjut ketiga komponen ini akan diterangkan dalam bahagian seterusnya.
Pemarkahan markah adalah seperti berikut:

Tugasan Berkumpulan 30%


Pembentangan Berkumpulan 10%
Kuiz 1 & Kuiz 2 20%
Kuiz 3 & Kuiz 4 40%
Jumlah pemarkahan 100%

10
BPMN 1013 Pengantar Pengurusan

9. TUGASAN

Satu tugasan kumpulan akan diberikan kepada pelajar. Memandangkan kaedah online /
remote learning akan dikendalikan pada semester ini, tugasan tersebut harus dihantar
dalam bentuk soft copy dan pembentangan berkumpulan harus dibentangkan dalam
bentuk video serta diserahkan pada pertemuan keempat.

PERINGATAN: KELEWATAN PENYERAHAN TUGASAN AKAN MENYEBABKAN MARKAH


TUGASAN DIPOTONG.

10. KUIZ

Kuiz 1 dan Kuiz 2 akan diadakan pada pertemuan Ketiga dan akan membawa markah 20%
daripada markah keseluruhan. Setiap kuiz terdiri daripada 20 soalan objektif serta akan
dijalankan secara online / remote learning. Masa untuk menjawab adalah 1 Jam bagi setiap
kuiz. Skop soalan merangkumi Bab 1 sehingga Bab 7. Manakala bagi pentaksiran akhir, Kuiz
3 dan Kuiz 4 akan dilaksanakan secara online / remote learning dan akan membawa markah
sebanyak 40%. Skop soalan adalah terdiri daripada Bab 8 sehingga Bab 17

11. PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER

Tiada peperiksaan akhir bagi semester Julai 2021.

12. RUJUKAN UTAMA

Modul BPMN 1013, PENGANTAR PENGURUSAN Unit Pengajian Jarak Jauh, Universiti Utara
Malaysia, Sintok

Jones, G. R., & George, J. M. (2018). Contemporary management (10th ed.) Boston: Irwin-
McGraw Hill.

Ab Aziz Yusof, Norashidah Hashim, Ooi Yeng Keat dan Shahrol Aman Ahmad
(2013).Pengantar Pengurusan: Konsep dan Aplikasi. Pearson: Kuala Lumpur.

Griffin, R.W. (2013). Management: Principles and Practices, 11th ed. South-Western,
Cengage Learning.

Norlida Kamaluddin, Za’faran Hassan, Rabiah Abdul Wahab dan Rohaya Mohd
Hussein. (2011). Principles of Management. Oxford University Press:Kuala Lumpur

11
BPMN 1013 Pengantar Pengurusan

13. RUJUKAN TAMBAHAN

Ab Wahab Mat, Shahrol Aman Ahmad, Azhari Ramli & Abu Mansor Ahmad. (2007).
Pengurusan. McGraw Hill: Kuala Lumpur.

Certo, S.C. (1997). Modern management (2nd ed.). New Jersey: Prentice Hall.

Daft, R. L. (2010). New era of management (9thed.). South-Western, Cengage Learning.

Griffin, R.W., (2013). Management Principles and Practices, (11thed.) South Western,
Cengage Learning.

Ivancevich, J.M. et al. (1997). Management – Quality and competitiveness (2nded.). USA:
Irwin.

Kinicki, A., & Willliam, B.K. (2013). Management : A Practical Introduction. (6th ed). New York:
McGraw Hill.

Robbins, S.P., DeCenzo, D.A., & Coulter, M. (2011) Fundamentals of management, (7thed.).
Pearson Education, Inc.

Stoner, James A.F. et al. (1986).Management (3rd ed.). London: PrenticeHall.

Schermerhorn, J.R. (2011). Introduction to management, (11thed.). John Wiley & Sons (Asia)
Pte Ltd.
Stoner, James A.F. et al., (1986).Management (3rd ed.). London: Prentice
Hall.Diterjemahkan oleh Yaacob Ibrahim. Petaling Jaya: Amiza Sdn. Bhd. (Teks asal dalam
Bahasa Inggeris).

14. PANDUAN BELAJAR

Pelajar boleh menggunakan objektif pembelajaran pada awal setiap pelajaran sebagai
panduan untuk mengikuti kandungan perbincangan sesuatu pelajaran. Objektif ini juga boleh
dijadikan sebagai kayu pengukur terhadap tahap pemahaman pelajar di akhir sesuatu
pelajaran. Khususnya, pelajar harus bertanya kepada diri sendiri sama ada sudah mengetahui
dan memahami setiap objektif yang tertulis. Sekiranya pelajar mendapati kurang faham atau
gagal mencapai objektif-objektif tersebut, maka, pelajar perlu membaca semula pelajaran
tersebut dan tandakan para ataupun ayat yang tidak difahami. Selain pensyarah, pelajar juga
digalakkan untuk berbincang dengan rakan-rakan sekursus untuk mendapatkan pemahaman
yang lebih di samping berkongsi pendapat.

Pelajar juga disarankan untuk berusaha menjawab setiap Soalan Dalam Teks (SDT) dan
Soalan Penilaian Kendiri (SPK) yang disediakan dalam modul. Adalah penting untuk pelajar
menjawab soalan-soalan tersebut SEBELUM membaca jawapannya di belakang setiap
pelajaran. Ini adalah kerana dengan berbuat demikian, pelajar boleh mengetahui dengan lebih
lanjut mengenai tahap kefahaman dan pengetahuannya terhadap sesuatu pelajaran.
Khususnya, sekiranya jawapannya adalah sama (dari segi fakta) dengan jawapan yang
tersedia, maka pelajar dikatakan telah memahami sesuatu pelajaran. Jika sebaliknya, maka
pelajar harus mengulang baca pelajaran tersebut sehingga menguasai dengan sepenuhnya.

12
BPMN 1013 Pengantar Pengurusan

Justeru itu anda harus banyak menghafal dan untuk memudahkan anda mengingatinya nota
ringkas seharusnya dibuat terlebih dahulu.

Di samping itu tugasan yang diberikan harus mendapat perhatian yang serius dari pelajar.
Pelajar harus mempunyai iltizam untuk menghasilkan kerja tugasan yang baik dan berkualiti.
Oleh yang sedemikian tugasan yang dibuat hendaklah merujuk kepada buku-buku teks
tambahan yang telah dinyatakan dan juga mana-mana artikel dalam jurnal undang-undang
yang berkaitan. Tugasan yang hanya merujuk kepada modul sahaja tidak akan mendapat
keputusan yang cemerlang. Ini adalah kerana tugasan bukan sahaja boleh membantu
memudahkan proses pembelajaran dan persediaan untuk menghadapi peperiksaan, tetapi
juga akan menyumbangkan kepada gred akhir pelajar untuk kursus ini.

Akhir kata, pelajar adalah diingatkan bahawa persediaan awal sebelum menghadiri
perjumpaan/kuliah dan komitmen pelajar terhadap kursus ini amat penting. Hanya dengan
persediaan awal dan komitmen yang tinggi daripada pelajar sahaja keputusan yang cemerlang
akan dapat dikecapi pelajar.

“Selamat Belajar dan Selamat Maju Jaya”

13
BPMN 1013 Pengantar Pengurusan

PANDUAN DAN ARAHAN PENYEDIAAN TUGASAN


BPMN 1013 PENGANTAR PENGURUSAN

TUGASAN KUMPULAN (30% Laporan) (10% Pembentangan)

Jumlah ahli kumpulan : 5 – 7 orang

Kaedah:

1. Kumpulan anda perlu memilih salah satu syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia dan
perbincangan perlu dibuat berdasarkan seperti yang dinyatakan di bawah:

(1) Pengenalan syarikat


(2) Misi dan visi syarikat
(3) Produk dan servis syarikat
(4) Pesaing-pesaing utama syarikat tersebut
(5) Trend-trend dan isu-isu utama terkini mengenai syarikat tersebut.
(6) Penilaian dari segi kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman syarikat.
(7) Halatuju serta masa depan syarikat.
(8) Beri cadangan mengenai strategi-strategi yang sesuai untuk syarikat
tersebut

2. Tugasan hendaklah bertaip dengan (1.5 spacing , font Times New Roman, size 12)

3. Tugasan anda hendaklah TIDAK Kurang daripada 20 mukasurat (tidak termasuk


lampiran)

4. Pastikan bahawa hujah-hujah anda disokong oleh maklumat-maklumat dan contoh-


contoh terkini yang boleh didapati dari jurnal, suratkhabar, majalah dan sebagainya.

5. Gunakan system APA untuk mencatatkan rujukan anda.

14

Anda mungkin juga menyukai