Anda di halaman 1dari 3

Tarian Zapin

Gambarajah 1.1

Salah satu bentuk tarian pergaulan masyarakat Melayu yang masih utuh dan popular
dewasa ini
ialah tari zapin. Dari perspektif sejarah perkembangannya tarian zapin telah menular luas di
kalangan
penggemar senitari di Malaysia ini telah mengalami pengubahsuaian dari segi bentuk dan
ragamnya yang
ternyata lebih tradisional sifatnya. Namun demikian banyak antara genre zapin tradisional ini
tersebar
hanya ke daerah-daerah tertentu sahaja dan salah satu daripada genre zapin tradisional yang
dinamik dan
anggun dikatakan masih terdapat di negeri Johor.

Pengenalan

Perkataan Zapin berasal dari kata al-zaffan, iaitu gerak kaki. Zapin berkembang dan
menghasilkan dua pola tarian yang berbeza iaitu Zapin Arab yang pola gerakannya berbentuk
zig-zag dan
Zapin Melayu berbentuk huruf “alif” (lurus) .

SejarahZapin adalah berasal dari Yaman Selatan (Hadramaut) merupakan sejenis irama atau
rentak dalam
seni muzik tradisional. Zapin juga adalah sejenis tarian rakyat orang
Arab.

Pada abad ke 13 tarian ini masuk ke kepulauan Riau yang dibawa oleh pedagang-
pedagang Arab.
Sewaktu orang Arab datang ke kawasan Asia Tenggara,mereka turut membawa kebudayaan
Arab
termasuk seni muzik dan tarian.
Ia menjadi terus tersebar pada abad ke 15 terutamanya oleh pendakwah-pendakwah Islam
dari
negara Arab dan Zapin Melayu telah menjadi lebih nyata sebagai satu permainan anak muda dan
golongan tua di zaman kesultanan Melayu Johor Lama dan Kesultanan Johor-Riau-Lingga
terutamanya
setelah Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511.

Jenis Tarian Zapin

Di Johor zapin yang dikenali dalam dua bentuk iaitu Zapin Melayu dan Zapin Arab
memperlihatkan
perbezaaan dari segi unsur peradaptasiannya. Pada realiti kedua-duanya genre zapin itu berasal
dari satu
keseniaan masyarakat Arab yang di bawa Hadramaut. Keunikan tradisi Zapin Melayu terletak
bukan
sahaja pada kesatuan muzik dan peralatannya yang dipengaruhi oleh keseniaan Arab bahkan juga
pada
sifat segretasi penari dan penonton. Dalam konteks inilah keunikan tarian zapin begitu terserlah
terutamanya pada ciri penghubungannya dengan keseniaan Islam yang dibawa oleh orang-orang
Arab. Di
Johor Tarian Zapin yang sudah diterima sebagai seni yang berunsur Islam yang berfungsi
sebagai hiburan
sama ada pada acara-acara sekular mahupun acara sambutan hari-hari kebesaran. Namun dari
segi
kelembutan dan kehalusan tradisi tarian itu sendiri, Zapin Melayu Johor walaupun ianya lahir
dari adaptasi
yang dilakukan ke atas Zapin Arab secara selektif namun tidak dapat disangkal lagi tarian zapin
ini
memperlihatkan lebih kehalusan dan keayuan geraknya dari Tarian Zapin Arab.

Zapin Melayu

Zapin Melayu umumnya ditarikan oleh orang-orang Melayu yang diadaptasikan dari
unsur-unsur
Zapin Arab. Gerak tari dalam Zapin Melayu lebih halus dan santun dengan hayunan tangan yang
lebih
kecil atau sempit, langkah kaki yang tidak terlalu luas dan tinggi serta hinjutankaki yang lembut
Lagu-lagu
Zapin Melayu berasaskan syair-syair atau pantun-pantun Melayu.

Zapin Arab

Zapin Arab ditarikan oleh masyarakat keturunan Arab. Gerak tari Zapin Arab adalah
gagah dengan langkah dan lenggangan yang lebih luas,hayunan tangan yang tinggi dan hinjutan
kaki yang keras. Zapin Arab menggunakan lagu-lagu Arab.

Anda mungkin juga menyukai