Anda di halaman 1dari 7

Panduan Mengajar Kawad KRS

1. Arahan masuk baris.

"Dengar sini semua sekali, apabila mendapat hukuman tiga barisan di


hadapan saya gerak, skuad hendaklah sedia, berlari, berbaris dalam tiga
barisan, di hadapan, di tengah-tengah, di mana saya mengadap. Faham itu
skuad".

"Tiga Barisan Di hadapan Saya ......... Gerak"

2. Mukadimah

Assalamualaikum/ selamat pagi skuad, hari ini saya akan mengajar anda
berkawad. Dengar dan lihat baik-baik. Hukuman yang salah jangan diikut.
Hukuman saya yang betul hendaklah dibuat dengan baik dan cergas.
Faham tu skuad.

3. Pelajaran Kawad - Bahasa hukuman dan pertunjukkan penuh

Pelajaran kawad anda hari ini ialah bergerak ke kanan. Bahaasa


hukumannya ialah ”bergerak ke kanan .... kanan pusing”. Dengar dan lihat
baik-baik, saya akan tunjukkan pergerakan yang penuh.
(Peserta memberi bahasa hukuman dan menunjukkan pergerkan penuh)

4. Pelajaran Kawad - Bahasa hukuman dan pertunjukkan dengan nombor.

Sekarang saya akan tunjukkan pergerakan dengan nombor. Dengar dan


lihat baik-baik.
Bergerak ke kanan dengan nombor........................kanan pusing..............satu,
”satu” ( perbuatan ) skuad .................... dua, ”dua” ( perbuatan ) .

Penerangan:
Apabila mendapat hukuman ke kanan pusing satu, dengan menetapkan
kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing sebanyak 90 darjah ke kanan, di
atas tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri dengan mengangkat hujung kaki
kanan dan tumit kaki kiri. Apabila sampai ke hala yang baru tapak kaki
kanan terletak atas bumi menyerong ke kanan dan tumit kaki kiri terangkat.
Kedua-dua lutut lurus, badan tegak seperti kedudukan sedia . Keberatan
badan di atas kaki kanan. Apabila mendapat hukuman skuad dua, angkat
kaki kiri 45o dan hentak di sebelah kaki kanan dengan pantas kepada
kedudukan sedia.
5. Pelajaran Kawad – Pergerakan kawad daripada anggota.

Pergerakan dengan nombor.


Sekarang saya akan memberi hukuman dan anda melakukan
pergerakan.

Peserta : ” Bergerak ke kanan dengan nombor.....kanan pusing.....satu”.


Anggota : ” Satu ” ( berteriak dan laksanakan perbuatan ).
Peserta : ”Skuad .... dua”.
Anggota : ” Dua”.

Pergerakan penuh.

Pengajar atau jurulatih memberi bahasa hukuman yang penuh, masa


dan perbuatan
daripada anggota
Jurulatih : ” Bergerak ke kanan, kanan....................pusing.
Anggota : Melaksanakan pergerakan dengan penuh mengikut bahasa
hukuman
daripada pengajar atau jurulatih.

6. Membetulkan kesalahan anggota.

Peserta perlu membetulkan kesalahan yang dilakukan oleh anggota.


Cara membetulkan kesalahan ;

i. Teguran secara lisan.


ii. Membetulkan kedudukan anggota (tangan, kaki, dll) dengan
sentuhan).
iii. Menunjukkan pergerakan atau kedudukan anggota yang betul.
KETAHANAN DIRI – TKRS

PANDUAN KAWAD

MATLAMAT

Mendedahkan kepada anggota Lans Kopral Tunas Kadet Remaja Sekolah tentang
bahasa hukuman dan perbuatan kawat yang betul mengikut Kawat Kaki KRS.

OBJEKTIF

# Anggota yang berpangkat lans kopral dapat melaksanakan perbuatan kawat


yang betul mengikut arahan ketua.

# Dapat memupuk semangat kerjasama dan mematuhi arahan ketua.

# Dapat melahirkan anggota TKRS yang berdisiplin dan yakin pada diri.

PENGISIAN

Bab 1 - Latihan Kawat Statik


Bab 2 - Latihan kawat Dinamik
Bab 3 - Ujian Kawat

BAB 1

( KAWAT STATIK )

1.1 SEDIA

Hukumannya :
"Skuad ..............Sedia"

1.2 SENANG DIRI

Hukuman :
"Senang ..................Diri"

1.3 REHATKAN DIRI

Hukuman :
"Rehatkan ................Diri"
1.4 MASUK BARIS

Arahan masuk baris :


"Dengar sini semua sekali, apabila mendapat hukuman tiga barisan di hadapan
saya gerak, skuad hendaklah sedia, berlari, berbaris dalam tiga barisan, di
hadapan, di tengah-tengah, di mana saya mengadap. Faham itu skuad".

Hukuman :
"Tiga Barisan Di hadapan Saya ............. Gerak"

1.5 MEMBETULKAN BARISAN

Hukuman:
" Ke kanan ............ Lurus"

Hukuman:
''Pandang.............depan''

Hukuman:
”Ke Kiri…… Lurus”

Hukuman :
"Luruskan ............ Barisan"

1.6 NOMBOR

Hukuman :
" Dari kanan ...........Nombor"

1.7 BUKA / TUTUP BARISAN

Hukuman :
"Buka Barisan .................Gerak".

Hukuman :
"Tutup Barisan.......Gerak".

1.8 BERPUSING KE KANAN/ KIRI/ BELAKANG

Hukumannya :
”Bergerak ke kanan, kanan ........ Pusing".

Hukumannya,
”Bergerak ke kiri, Kiri .......Pusing".

Hukumannya :
Menghadap ke belakang , "Belakang ......Pusing".
Menghadap ke hadapan , "Belakang ......Pusing".
1.10 BERSURAI DAN KELUAR BARIS

Hukuman :
"Ber..............surai".

Hukuman :
"Keluar ............... Baris"

1.11 PARAS

Hukuman :
"Yang tinggi ke kanan, rendah ke kiri, dalam satu barisan ..........paras".

"Dari kanan........... Nombor"

"Nombor ganjil satu langkah ke hadapan, genap satu langkah


ke belakang...........gerak".

"Orang yang di sebelah kanan sekali diam, nombor ganjil ke


kanan, genap ke kiri , barisan kanan dan kiri ..........pusing".

"Jadikan tiga barisan, .........cepat jalan".

1.12 JADIKAN DUA BARISAN DARIPADA TIGA BARISAN

Hukuman:
"Jadikan Dua ....... Barisan "

1.13 JADIKAN TIGA BARISAN DARIPADA DUA BARISAN

Hukuman:
" Jadikan tiga.......... barisan"

BAB 2

( KAWAT DINAMIK )

2.1 Cepat jalan

Hukuman :
"Dari kanan/kiri, cepat jalan"

2.2 BERHENTI

Hukuman :
"Skuad.. ..........Henti"
2.3 PERLAHAN JALAN

Hukuman :
"Dari kanan/kiri , perlahan...........Jalan"

BERHENTI SEMASA PERLAHAN JALAN

Hukuman
“ Skuad............Henti “

2.4 LANGKAH KE HADAPAN / KE BELAKANG

Hukuman :
"1/2/3 Langkah ke hadapan / ke belakang .............Gerak"

2.5 LANGKAH MERUSUK

Hukuman :
"1/2/3/4/5/6/7/8 ......................... langkah ke kiri/kanan .............. gerak".

2.6 BELOK

Hukuman :
"Kanan/kiri ......... Belok"

2.7 HENTAK KAKI, MAJU DAN BERHENTI DALAM CEPAT JALAN

SEMASA CEPAT JALAN

Hukumannya
‟‟Hentak........kaki‟‟

Hukuman :
"Maju"

HENTAK KAKI CEPAT SEMASA BERHENTI

Hukuman :
" Hentak kaki ......... cepat"

Hukuman:
”Skuad...........henti”

2.8 TUKAR LANGKAH DALAM MASA CEPAT JALAN

Hukuman :
"Tukar langkah masa berjalan, tukar ............langkah"

2.9 HENTAK KAKI, BERHENTI DALAM MASA BERLARI


Hukuman:
" Dari kiri/ kanan........ cepat lari"

HENTAK KAKI SEMASA BERLARI

Hukuman:-
„‟Hentak… kaki''

2.13 TUKAR LANGKAH PERLAHAN, CEPAT JALAN DAN BERLARI

DARI CEPAT JALAN KE PERLAHAN JALAN

Hukuman:
" Tukar langkah perlahan, perlahan .........jalan"

Dari Perlahan ke Jalan Cepat

Hukuman:-
''Tukar langkah cepat, cepat...jalan"

2.14 HORMAT DALAM MASA BERHENTI

Hukuman:
"Hormat , ke hadapan .... hormat "

2.15 MEMBERI HORMAT KETIKA BERJALAN

HORMAT KE HADAPAN

Hukuman:
"Hormat ke hadapan .......... hormat ."

HORMAT KE KANAN/KIRI:

Hukuman:
"Hormat ke kanan/kiri ...............hormat"

2.16 HORMAT SELAKU MENERIMA SIJIL

Hukuman:
"Selaku terima sijil, Hormat ke hadapan .......... Hormat"

Anda mungkin juga menyukai