Anda di halaman 1dari 6

Makna kepimpinan

Pengaruh atau proses mempengaruhi orang lain supaya berusaha secara sukarela kearah pencapaian matlamat bersama dan mengekalkan perpaduan
kepimpinan bagi mencapai sesuatu matlamat.

Kekuatan anda.
1. Berfikiran jauh
2. Jujur
3. Mahir berkomunikasi
4. Senang didekati
5. Bertanggungjawab
6. Bersemangat
7. Yakin diri
8. Fleksibel
9. Kreatif
10. Empati.
Visi
Menrealisasikan keseimbnagan pelajar dan guru ( JERIS)

Bila ?

1.Semasa mesyuarat ( awal ,pertengahan dan akhir )

2.Poster ( lihat dan Ingat )

3.Audio visual

4.Kumpulan whassap, telegram

5.perhimpunan ( mingguan , bulanan)


Tugasan 1.

Apakah perkara yang anda laksanakan di sekolah yang menunjukkan wujudnya kerjasama dalam kalangan kakitangan anda?

Di sekolah saya, kerjasama dapat dilihat melalui kejohanan olahraga, permainan , gotong-royong membersihkan kawasan sekolah, meraikan hari –
hari tertentu seperti majlis mesyuarat AGONG pibg , sambutan hari lahir, sambutan hari raya, hari kebangsaan dan lain-lain.

Selain dari itu juga ianya juga boleh dilihat melalui sesuatu projek yang dirancang seperti kem akademik, kem motovasi pelajar, lawatan sambil
belajar, pemgajaran berpasukan, pencerapan rakan sejawat dan maklumbalas yang diterima.

Ini mewujudkan kesalingbergantungan , komitmen dan tanggungjawab bersama bagi kita semua.
Tugasan 2.

a.fkirkan sesuatu perkara yang anda boleh laksanakan untuk membina hubungan kesepakatan Jenis1, 2 dan 3.

a. Berkolobrasi dan bekerjasama sebagai satu pasukan


b. Guru-guru berkerjasama dengan guru-guru di sekolah lain untuk meningkatkan kauliti Pdpc.
c. Para pentadbir dan pemimpin pertengahan berkolobrasi dengan pengetua dalam menguruskan sekolah.
d. Setiap potensi murid harus dikenalpasti dan dikembangkan.
e. Para ibubapa juga turut membantu dalam membangunkan sekolah.

b. Pada saya yang menjadi keutamaan adalah berkolobrasi dan bekerja sebagai satu pasukan. Kolobrasi dan berkerja sebagai satu

pasukan akan melancarkan sesuatu perancangan dan projek yang dilaksanakan.


Aktiviti Refleksi
1. Matlamat sekolah saya ialah ingin melahirkan suasana berkerja yang selesa dan melahirkan pelajar-pelajar yang seimbang dari segi jasmani , emosi
, rohani , intelek dan sahsiah.

Ya. Semua kakitangan tahu apa matlamat sekolah. Semua kakitangan mejalankan tugas yang diamanahkan dengan baik dan kemas.Masing-

masing berusaha untuk mencapai sasaran yang ditetapkan.

2. Mereka memenuhi masa dengan melaksanakan tugas-tugas yang masih belum selesai. Dan sentiasa berbincang mengenai masalah yang dihadapi
dan sama-sama menyiapkan tugasan yang diamanahkan.

3. Di sekolah saya individu yang memainkan peranan utama ialah guru-guru ketua bidang. Mereka sentiasa berbincang dan melaksanakan aktiviti
sekolah dengan cemerlang.

4. Operasi harian di sekolah saya adalah berjalan lancar.

-Guru dan pelajar hadir awal ke sekolah


-Suasana tenang dan tiada bunyi bising.
-pelajar berpakaian kemas dan menghormati guru-guru dan tetamu.
-Budaya penyayang dan salam diamalkan di sekolah ini.

5. Adakan kursus jangka pendek mengenai pengurusan diri dan beri peluang kepada guru-guru untuk berbincang dan memeriksa semua nilai mereka
melalui senarai semak dan juga penilaian rakan sejawat.
Peranan saya sebagai Pemimpin kanan dalam menerajui transformasi sekolah adalah dengan sentiasa mendampingi guru-guru dan kakitangan untuk
mengetahui masalah yang dihadapi dan sama-sama memikirkan bagi mengatasi masalah tersebut.

Kita juga perlu mewujudkan suasan ceria di sekolah dengan memastikan segala kemudahan yang sedia ada berfungsi dengan baik dan menyelenggara
sebarang kerosakan yang telah dikenal pasti.

Sebagai pemimpin kanan kita juga mesti mengawal emosi agar sentiasa stabil dalam menghadapi karenah guru-guru dan kakitangan serta mempamirkan
wajah yang sentiasa ceria. Disamping itu kita juga mesti berfikiran positif dalam pelbagai suasana.

Peranan kita juga adalah untuk merapatkan hubungan dengan guru-guru dan kakitangan di samping tidak membezakan antara satu sama lain. Kita juga
perlu membuat anjakan pradigma rakan-rakan guru agar menerima perubahan atau idea-idea baru bagi memajukan diri, kakitangan ,murid dan sekoilah

Anda mungkin juga menyukai