Anda di halaman 1dari 3

Kesusasteraan Melayu Komunikatif:

Istilah Kesusasteraan
Disediakan oleh: Cikgu Nor Ain

Bil. Istilah Penerangan


1 Adegan  Bahagian daripada babak dalam drama atau lakonan.
2 Aliterasi  Pengulangan bunyi konsonan dalam baris yang sama
3 Anafora  Pengulangan kata/ frasa pada awal baris secara
berturut-turut
4 Asonansi  Pengulangan bunyi vokal dalam baris yang sama
5 Babak  Bahagian-bahagian dalam drama
6 Citra  Merujuk gambaran atau cerminan masyarakat
sebenar. Sebagai contoh, citra masyarakat Putrajaya
ialah masyarakat yang terdiri daripada penjawat
awam
7 Epifora  Pengulangan kata/ frasa pada akhir baris secara
berturut-turut
8 Genre  Jenis, cabang atau bidang sastera atau seni
9 Hiperbola  Perbandingan melampau
10 Inversi  Pembalikan ayat
11 Keperibadian unggul  Sifat yang sempurna (cemerlang, berjaya, istimewa)
yang dapat dicontohi
12 Latar masyarakat  Keterangan tentang keadaan, suasana, aksi, cara
hidup, amalan, agama, pekerjaan, dan pemikiran
masyarakat yang berada di sesuatu tempat dalam
cerita.
13 Metafora  Perbandingan yang menggabungkan konkrit dan 1
abstrak.
14 Nada  Tinggi rendah tekanan suara ketika mendeklamasi
puisi. Jenis-jenis nada adalah melankolik, protes,
sinis, romantis dan patriotik.
(i) Melankolik: kesedihan, kekecewaan atau
kemurungan
(ii) Protes: Menggambarkan suasana hati yang penuh
dengan pemberontakan atau penentangan.
mengemukakan persoalan ketidakadilan dan
kekejaman yang menimbulkan kemarahan dan
kebencian
(iii) Sinis: Nada puisi yang menggambarkan suasana
hati yang kurang senang
(iv) Romantik: Berkaitan dengan perasaan kasih
sayang, harapan atau kebahagiaan
(v) Patriotik: Berkaitan dengan semangat perjuangan
menentang penjajah, menentang pengkhianat
negara atau kecintaan terhadap negara
15 Paradoks  Pertentangan dua situasi
16 Personifikasi  Pemberian sifat manusia kepada bukan manusia.
17 Perwatakan  Gambaran keseluruhan sifat-sifat watak yang
ditonjolkan dalam cerita seperti kelakuan, perasaan,
latar belakang, cara berfikir dan lain-lain
18 Plot  Jalan cerita atau rentetan peristiwa.
 Plot terdiri daripada permulaan, perkembangan,
klimaks, peleraian
1
19 Repitisi  Pengulangan umum kata, frasa dan kalimat
20 Responsi  Pengulangan kata/ frasa di tengah baris secara
berturut-turut
21 Sastera Epik  Karya yang mengisahkan tentang kepahlawanan,
keberanian, dan kesetiaan watak wira yang luar
biasa.
 Ciri sastera epik:
(i) Cerita tertumpu kepada seorang watak wira yang
menjadi tokoh bangsa. Contoh: Hang Tuah/
Laksamana.
(ii) Watak wira ini memiliki sifat kepahlawanan/
keberanian/ kegagahan. Contohnya, Hang Tuah/
Laksamana dapat mengalahkan pendekar Jepun
yang bernama Cin Cu.
(iii) Latar tempatnya yang luas. Contohnya, di
Melaka, Petani, Bukit Seguntang dan benua
Siam.
(iv) Terdapat unsur kesaktian. Contohnya,
Laksamana Hang Tuah membaca pustakanya
menyebabkan meriam orang-orang Jepun yang
rombongan dari Melaka tidak berfungsi.
22 Sastera Hikayat  Cerita-cerita dalam bentuk bertulis yang
menggunakan bahasa Melayu lama dengan langgam
bahasa dan struktur yang tertentu, membawa cerita
ajaib yang berunsur hiburan, hasil daripada
imaginasi dan fantasi pengarangnya.
 Ciri sastera hikayat:
2
(i) Watak-wataknya terdiri daripada manusia biasa,
raja, dewa dan juga haiwan.
(ii) Terdapat unsur pengembaraan
(iii) Mempunyai unsur kesaktian
(iv) Latar penceritaan sangat luas meliputi alam
nyata dan alam khayalan seperti kayangan,
istana jin, alam dewa-dewi dan alam hantu
syaitan.
23 Sastera Panji  Karya sastera dari Jawa yang isinya berkisar sekitar
kisah pengembaraan, percintaan dan peperangan.
 Ciri sastera panji:
(i) Watak-wataknya daripada kalangan putera dan
puteri Raja Jawa yang menggunakan gelaran
raden
(ii) Berlatarkan sejarah negeri Jawa.
(iii) Mempunyai watak dewa
(iv) Mempunyai unsur kesaktian
(v) Mempunyai unsur pengembaraan
(vi) Amalan percaya kepada mimpi
24 Simile  Perbandingan yang menggunakan kata bak, seperti,
bagai, umpama, ibarat, macam dan laksana
25 Sinkope  Pemendekan sesuatu perkataan
26 Sinopsis  Suatu ringkasan keseluruhan cerita untuk
mendapatkan gambaran umum tentang sesuatu
cerita.
27 Sudut pandangan  Cara pengarang mempersembahkan cerita kepada

2
pembaca.
(i) Sudut pandangan orang pertama: pengarang
meletakkan dirinya sebagai watak dalam cerita
(penggunaan kata ganti nama diri pertama - aku,
saya, kami).
(ii) Sudut pandangan orang ketiga: pengarang tidak
terlibat dalam cerita. Pengarang bertindak
sebagai tukang cerita (penulis cerita). Pengarang
menggunakan kata ganti nama diri ‘dia’, ‘mereka’
atau nama watak.
28 Teknik plot / Teknik  Cara atau kaedah pengarang mengembangkan plot
penceritaan cerita supaya menjadi lebih menarik.
 Antara teknik plot ialah:
(i) Imbas kembali: Pengarang menggambarkan
semula kisah yang telah berlaku melalui
penceritaan atau melalui ingatan watak.
(ii) Imbas muka: Gambaran atau bayangan mengenai
sesuatu yang akan berlaku atau belum berlaku
lagi.
(iii) Saspens: Peristiwa yang menggambarkan
perasaan tertanya-tanya dan ingin tahu para
pembaca untuk mengikuti cerita. Pembaca ingin
tahu perkara yang akan berlaku seterusnya.
(iv) Kejutan: sesuatu kejadian itu berlaku dengan
tidak disangka-sangka atau secara tiba-tiba.
(v) Konflik: Pertentangan antara watak atau pihak
dalam plot cerita.
3
(vi) Pemerian: pengarang menceritakan secara terus
sama ada tentang watak, latar atau peristiwa.
(vii) Dialog: Percakapan/perbualan watak-watak
dalam sesebuah karya.
(viii) Monolog: pengucapan atau tutur kata oleh
sesuatu watak secara bersendirian.
(ix) Monolog dalaman: Percakapan, lintasan, atau
rintihan dalam hati atau fikiran sesuatu watak
dan tidak diketahui oleh watak-watak yang lain
29 Tema  Idea dasar atau persoalan utama yang ingin
disampaikan oleh pengkarya melalui karya yang
dihasilkan.
30 Unsur sejarah  Terdapat beberapa perkara yang merangkumi unsur
sejarah:
(i) Tokoh sejarah - Contoh: Hang Tuah
(ii) Tempat bersejarah - Contoh: Melaka, Siam
(iii) Haiwan sejarah - Contoh: gajah
(iv) Peristiwa bersejarah - Contoh: Peristiwa
perjanjian Sultan Abdullah dengan Inggeris
(v) Alatan sejarah - Contoh: meriam, keris