Anda di halaman 1dari 14

JENIS

PENDAHULUAN
KARANGAN
JENIS-JENIS
PENDAHULUAN KARANGAN
• Pendahuluan jenis definisi
• Pendahuluan jenis pendapat tokoh
• Pendahuluan jenis suasana
• Pendahuluan jenis persoalan
• Pendahuluan jenis puisi
01
JENIS DEFINISI
Gejala sosial bermaksud perbuatan buruk atau negatif yang dilakukan
oleh segelintir anggota masyarakat. Hal ini jika tidak dibendung
mendatangkan pelbagai masalah kepada masyarakat. Kini, gejala ini
membabitkan golongan muda yang akan menjadi pewaris pucuk
pimpinan negara ini, malah gejala ini melibatkan pelajar sekolah.
Antara kes yang membabitkan pelajar sekolah ialah ponteng sekolah,
mengugut guru, merosakkan harta benda awam, membuli pelajar
junior sehingga menyebabkan kematian, dan sebagainya. Kes-kes
yang membabitkan golongan muda pula ialah penyalahgunaan dadah,
curi motosikal, pecah rumah, lumba haram, dan sebagainya. Masalah
ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Oleh itu, langkah kerajaan
mengadakan Program Latihan Khidmat Negara merupakan satu
langkah wajar untuk membendung gejala sosial dalam kalangan
remaja. Langkah-langkah lain juga perlu dijalankan untuk
membendung gejala sosial yang membabitkan golongan remaja.
02
JENIS PENDAPAT
TOKOH
Tun Dr. Mahathir, mantan Perdana Menteri Malaysia pernah
menyatakan bahawa kita tidak akan mencapai kemajuan yang
cepat jika kita tidak menumpukan perhatian dalam
penguasaan bahasa Inggeris. Beliau berkata bahawa
kebanyakan ilmu yang terdapat dalam dunia ini terungkap
dalam bahasa Inggeris. Oleh itu, kita mestilah memberikan
penekanan terhadap penggunaan bahasa Inggeris dalam
sistem pendidikan kita. Menurut beliau, bahasa Inggeris
banyak kepentingan atau kebaikannya, sama ada kepada
rakyat mahupun negara.
03
JENIS SUASANA
Apabila saya sampai di tempat kejadian itu, saya terdengar
jeritan manusia dari celah-celah rekahan batu. Selain itu,
tangisan bayi dan kanak-kanak jelas kedengaran dari sebuah
bilik yang berdekatan dengan runtuhan batu tersebut. Pada
ketika itu, pasukan penyelamat masih belum tiba lagi. Saya
menjadi gelabah kerana buntu untuk melakukan sesuatu
tindakan. Namun begitu saya menggagahkan semangat dan
mencuba untuk melakukan sesuatu supaya mangsa yang
berada di bawah runtuhan batu itu dapat diselamatkan.
04
JENIS PERSOALAN
Dewasa ini, kadar kemalangan jalan raya di Malaysia semakin
meningkat dari semasa ke semasa, terutamanya pada musim
perayaan. Adakah kemalangan jalan raya terjadi akibat kelalaian diri
sendiri atau kelalaian orang lain? Mengapakah jumlah kemalangan
jalan raya semakin meningkat dari setahun ke setahun, khususnya
pada cuti perayaan? Apakah punca sebenar kemalangan berlaku?
Mengapakah kemalangan jalan raya banyak membabitkan motosikal
dan bas ekspres berbanding dengan kenderaan lain? Bagaimanakah
kita hendak mengelakkan atau mengurangkan kadar kemalangan jalan
raya? Adakah dengan mengadakan kempen keselamatan kita dapat
mengawal kadar kemalangan jalan raya? Mungkin ada antara kita
yang mengatakan bahawa kemalangan jalan raya hanya disifatkan
sebagai takdir daripada Allah. Persoalannya, apakah faktor-faktor
sebenarnya yang menyebabkan kemalangan jalan raya berlaku?
05
JENIS PUISI
Tikar pucuk tikar mengkuang,
Alas nikah raja Melayu;
Ikan busuk jangan dibuang,
Buat perencah si daun kayu.

Pantun warisan di atas mengingatkan kita supaya tidak membuang


ikan yang sudah busuk. Sebaliknya, suri rumah yang kreatif
seharusnya memanfaatkan ikan busuk itu untuk dijadikan hidangan
yang istimewa. Dengan sentuhan yang bijak, ditambah pula dengan
pelbagai ramuan termasuk ulam-ulaman, ikan busuk itu akan menjadi
makanan yang enak untuk dinikmati. Demikian, maksud secara literal
pantun empat kerat di atas. Secara tersiratnya, pantun tersebut
mengingatkan kita agar sentiasa berjimat-cermat dalam kehidupan
amnya, dan perbelanjaan seharian khususnya. Tambahan pula, agama
Islam sendiri melarang umatnya bersikap boros lantaran pemboros
ialah sahabat syaitan.
LATIHAN
Semangat patriotik merupakan nadi kepada
kebebasan, kemerdekaan, kestabilan, dan
kemajuan negara. Kurangnya semangat
patriotik akan membawa kepada kegoyahan
dan penderitaan kepada seluruh rakyat. Oleh
hal yang demikian, semangat patriotik tidak
harus dipandang sepi oleh rakyat Malaysia
sehina rasa kesetiaan kepada negara sekadar
ungkapan dan tanggungjawab yang terletak
di atas bahu pemimpin barisan pertama
semata-mata. Selain itu, semangat patriotik
yang tinggi perlu ada dalam diri setiap
individu yang menjadi tonggak utama kepada
pembangunan sesebuah negara.
Sumber: Sinar Harian Online, 14 Ogos 2019
LATIHAN
Setiap remaja mempunyai
tanggungjawab untuk menunjukkan
semangat patriotik terhadap tanah
tumpahnya darah mereka dan
bersama-sama memastikan
Malaysia agar terus merdeka 70
tahun mahupun 100 tahun yang
akan datang. Huraikan cara-cara
yang dapat anda lakukan untuk
menunjukkan perasaan cinta akan
negara.