Anda di halaman 1dari 7

PENGHARGAAN

Alhamdulillah hirrabbil¶alamin, saya merafakkan sepenuh kesyukuran kehadratilahi dengan


limpah dan kurnianya, dapat juga saya menyelesaikan tugasan kerjakhusus berasaskan ilmu
ini dengan penuh jayanya. Saya menjulang sepenuhpenghargaan kepada pensyarah
pembimbing Ustaz Mohd. Nor bin Ibrahim di atas kesudian beliau memberi tugasan ini
kepada kami dan berterima kasih atas bimbinganbeliau. Saya juga mengucapkan ribuan
teima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu saya secara langsung atau tidak
langsung sepanjang proses merealisasikantugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat
saya rungkai sepanjang sayamenyiapkan tugasan ini. Semasa membuat kerja kursus
ini,saya dapat mengetahuidengan lebih lanjut tentang Strategi-strategi pengajaran dan
pembelajaran pemulihanmatapelajaran JAWI mengikut panduan j-Qaf dan dapat
menyediakan rancanganmengajar harian juga bahan bantu mengajar yang menarik untuk
keperluan para pelajar yang mengikut kelas pemulihan. Terima kasih sekali lagi kepada
semua kerana tanpa bantuan dan sokongan anda semua, tugasan ini tidak dapat
dilaksanakan dengan sempurna

PENGENALAN PEMULIHAN JAWI MENGIKUT PANDUAN j-QAF

Kelas Pemulihan Jawi ialah pengajaran yang dilaksanakan oleh guru Kelaspemulihan Jawi j-
QAF untuk memulihkan murid yang keciciran dalam jawi. kelas inidijalankan serentak dengan
jadual waktu persekolahan sedia ada. Murid yang keciciran dalam jawi akan dipulihkan
dengan sekurang- kurangnya dapat mengenal,menyebut,dan menulis huruf-huruf tunggal,
suku kata terbuka, suku kata tertutup dan perkataanmudah yang dibina daripada suku kata
terbuka dan suku kata tertutup. Kumpulan sasaran ialah murid-murid tahun satu yang tidak
dapat melepasi ujiankhas seperti tidak mengenal huruf tunggal atau suku kata terbuka. Mata
pelajaran inihendaklah menggunakan pendekatan yang dapat menarik minat murid-murid,
mudahdan tidak membebankan.
Antara masalah-masalahnya ialah mereka seringkali sukar mengingat kembali apa yang
telah diajar, terutama mereka keliru dengan bunyi dan bentuk-bentuk huruf jawi tunggal.
Jadi,persediaan secara teori dan amali membolehkan sesuatu tugas itu dijalankan secara
professional. Sebagai langkah awal, pembinaan strategi pengajaran dan pembelajaran
pemulihan jawi amat penting bagi mencapa imatlamat yang sebenar.

Pendekatan tersebut hendaklah lebih berkesan dan sesuaidengan tahap kemampuan murid-
murid bagi memastikan keberkesanan pengajarandan pembelajaran jawi serta menarik minat
mereka untuk terus belajar sehingga mampu membaca dan menulis jawi.

KAEDAH PENGAJARAN JAWI


Teknik-teknik pembelajaran yang baik merupakan satu kaedah dalam usaha kitamenghadapi
pelajaran yang terbaik sebagai langkah untuk memperolehi kejayaan yangcemerlang di
dalam bidang pembelajaran. Pelajar perlu memahami bahawa tidak adasatu 'formula' yang
mesti dan tepat bagi merumuskan satu kaedah yang paling baikuntuk menghadapi pelajaran
melainkan ia banyak bergantung kepada diri pelajar itusendiri.

KAEDAH PENGAJARAN JAWI KEKUATAN DAN KELEMAHAN

1. PERMAINAN
Permainan adalah satu kaedah pengajaran yang akan dapat mengembangkandaya
kreativiti dan memupuk minat terhadap Jawi. Penggunaan aktiviti permainansebagai kaedah
pengajaran dan pembelajaran dalam dan luar bilik darjah adalahberlandaskan prinsip '
bermain sambil belajar '.Tidak dinafikan, pengajaran pemulihan jawi akan menjadi lebih
berkesansekiranya dilaksanakan dengan inovasi pembelajaran yang menggunakan
kaedahpermainan. Inovasi ini memberi suntikan semangat untuk pelajar-pelajar mempelajari
jawi dengan lebih intensif dan menarik.
i) kekuatan
a. Murid tidak merasa bosan atau jemu
b. Penglibatan daripada semua murid
.c. Melatih murid berinteraksi dengan bebas sesama mereka
.d. Guru dapat mengenal dengan mudah kemampuan/kelemahan mereka
.e. Guru tidak membelakangkan murid semasa proses P & P berjalan.
ii) kelemahan
a. Murid yang cergas sahaja dapat menerima pengajaran guru
b. Sedikit membebankan guru menyediakan BBM.
c. Tidak semua tajuk mata pelajaran dapat digunakan dalam kaedah ini
.d. Memerlukan peruntukan kewangan

2.. KAEDAH PANDANG SEBUT

i)kekuatan.
a. Semua murid terlibat
i) b. Murid berani mencuba
ii) .c. Keyakinan diri pelajar semakin bertambah
iii) .d. Mengasah potensi di kalangan murid-murid
iv) .e. Menambah minat membaca Al-Quran.
v) f. Melahirkan kepimpinan murid.
vi) g. Mendapat bimbingan secara langsung daripada guru.
vii) ii) kelemahan
viii) a. Memerlukan guru yang mahir dalam kaedah ini
ix) .b. Perancangan dan persediaan yang teliti.
c. Murid yang lemah rasa rendah diri

3.. LATIH TUBI


Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yangdipelajari. Teknik
ini dikenali juga dengan teknik menghafaz.
i) kekuatan
a. Mencapai taraf penguasaan kemahiran di samping menjamin kekekalannya
b. b. Mendapat bimbingan secara langsung daripada guru.
c. c. Keyakinan diri murid bertambah
d. .d. Mengasah potensi murid-murid.
e. e. Melahirkan sifat kepimpinan di kalangan murid-murid.
f. f. Penglibatan semua murid.

g. g. Melahirkan sikap berani mencuba di kalangan murid-murid.


h. h. Menambah minat

ii) Kelemahan
a. Menghadkan kebebasan berfikir murid
b. Murid tidak dapat menghasilkan kretiviti sendiri
c. Memerlukan guru yang mahir dalam menjalankan kaedah ini semasa mengajar,
Sebelum pengajaran dijalankan guru seharusnya membuat perancangan dan persediaan
yang teliti.
4.KAEDAH IMLAK
Imlak bermaksud pembacaan dengan suara yang lantang sesuatu sumber (perkataan, frasa,
ayat) untuk ditulis oleh orang lain. Pengimlakan melibatkan dua kemahiran berbahasa iaitu
kemahiran mendengar dan kemahiran menulis secara mekanis.Menulis secara mekanis
dalam imlak ialah menyalin unit bahasa sama adahuruf, suku kata, perkataan, ayat atau
wacana
. i) kekuatan
a. Murid dapat menggunakan kemahiran mendengar dengan jelas
b. .b.Penglibatan daripada semua murid
c. .c. Mengukuhkan ejaan.
d. d. Melatih pendengaran pada sebutan intonasi perkataan dan ayat
e. .e. Membantu murid dalam bentuk membuat nota-nota ringkas
f. .f. Guru tidak membelakangkan murid semasa proses P & P berjalan.
ii ) Kelemahan
a. Memerlukan guru yang mahir dalam kaedah ini
b. .b. Perancangan dan persediaan yang teliti
c. .c. Murid yang mempunyai masalah pendengaran tidak dapat mengikuti dengan baik

5. KAEDAH MENGEJA
Guru menggunakan BBM seperti kad-kad huruf dan kad kalimah. Guru mengeja dan
seterusnya diikuti oleh murid. Kaedah ini juga mengasah kepekaan pendengaranmurid.
i) Kekuatan
a. Murid dapat menggunakan kemahiran mendengar dengan jelas
b. .b. Penglibatan daripada semua murid.
c. ii) Kelemahan
d. a. Murid yang cerdas sahaja dapat menerima pengajaran guru
e. .b. Murid yang mempunyai masalah pendengaran akan ketinggalan
f. c. Murid yang lemah cepat bosan dan mula buat aktiviti sendiri.

6. KAEDAH PEMAHAMAN
i) kekuatan
a. Mendapat bimbingan secara langsung daripada guru
.b. Keyakinan diri murid bertambah.
c. Mengasah potensi murid-murid.
d. Melahirkan sifat kepimpinan di kalangan murid-murid
.e. Penglibatan semua murid
.f. Melahirkan sikap berani mencuba di kalangan murid-murid.

i) Kelemahan
a. Memerlukan guru yang mahir dalam menjalankan kaedah ini
.b. Sebelum pengajaran dijalankan guru seharusnya membuat perancangan dan persediaan
yang teliti
.c. Murid yang lemah rasa rendah diri.
7. KAEDAH HURUF
i) kekuatan
a. Mendapat bimbingan secara langsung daripada guru
.b. Semua murid terlibat
.c. Murid berani mencuba.
d. Keyakinan diri pelajar semakin bertambah.
e. Mengasah potensi di kalangan murid-murid.
ii) kelemahan
a. Memerlukan guru yang mahir dalam kaedah ini.
b. Perancangan dan persediaan yang teliti.
c. Murid yang lemah rasa rendah diri.

8.KAEDAH PENGAYAAN
Pengayaan adalah sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk memberi
peluang kepada murid-murid meningkatkan pencapaian mereka.Biasanya aktiviti ini diberikan
kepada murid yang telah berjaya menguasai satu ataubeberapa kemahiran asas tertentu.
i) kekuatan
a. Dapat mengembangkan sifat ingin tahu dalam diri murid.
b. Mengembangkan semangat berdikari, daya cipta serta bakat kepimpinan mereka
c. Murid dapat menggunakan masa lapang untuk memperkembang minat dan bakat
mereka.
ii) kelemahan
a. Murid yang cerdas sahaja dapat menerima pengajaran guru
b. .b. Murid cepat bosan kerana banyak aktiviti yang terpaksa mereka buat