Anda di halaman 1dari 108

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sepang

Bandar Baru Salak Tinggi

MODUL KOMSAS TINGKATAN 4


2011
Antologi Harga Remaja
&
Novel Papa…. Ahirnya Kau Tewas Jua

Nama:

Tingkatan:

Nama Guru:
INDEKS ANTOLOGI HARGA REMAJA TINGKATAN 4

Judul Karya Tarikh Tanda tangan


Genre
Guru
Pantun Empat Kerat (Budi)
Pantun Empat Kerat (Jenaka & Sindiran)
Puisi Syair Definisi Orang Berakal
Tradisional Syair Siti Sianah
Gurindam 12 Fasal yang Keenam
Seloka Emak Si Randang
Harga Remaja
Di Perpustakaan
Mengintai Ruang Insaf
Sajak
Mahsuri
Adat Sezaman
Tiba Waktunya
Pelayaran Yang Penuh Peristiwa
Prosa Merah Silu
Tradisional Hikayat Indera Nata
Hikayat Khoja Maimun
Ibu dan Ceper
Memori Seorang Tua
Israk
Cerpen
Pemain Catur
Mellisa
Biarkan Samudera
Gelanggang Tuk Wali
Drama Forum Remaja 2020
Cempaka Berdarah
1.Pantun Empat Kerat (Budi)

MAKSUD  Rangkap 1:
- Jika tidak mengenang kepada kita, nama baik yang tidak akan disebut.
 Rangkap 2:
- Adat di dunia, manusia mati meninggalkan nama.
 Rangkap 3:
-Berbudi sedikit tidak akan hilang, malah tetap akan menjadi kenang- kenangan.
 Rangkap 4:
-Budi org yang kita terima, ibarat hutang seribu tahun.

TEMA - Budi baik diingati orang.


PERSOALAN - Jika kita tidak mengenang seseorang,nama kita tidak akan diingati.
- Sudah menjadi adat di dunia, orang yang mati akan meninggalkan nama.
- Kasih yang diberikan akanmenjadi ingatan selama-lamanya.
- Budi tetap dikenang sampai bila-bila walaupun sedikit.

GAYA BAHASA  Sinkope- Contoh: “Jika tak kenang kepada saya”


 Imejan - Contoh: “paya” “rumput” dan “ikan”
 Anafora - Contoh: perulangan perkataan “anak”
 Hiperbola - Contoh: “hutang seribu tahun”

NILAI MURNI  Mengenang Budi


- Contoh: Orang yang berbudi ketika hidup, akan dikenang walau pun
sudah meninggal dunia.
 Berterima Kasih
- Contoh: penyair berterima kasih terhadap orang yang berbudi kepadanya
PENGAJARAN  Kita hendaklah mengenang budi baik seseorang, walaupun kecil.
 Kita perlu berterima kasih pada orang yang telah berbudi kepada kita.
Latihan: Pantun Empat Kerat (Budi)

Baca Pantun Empat Kerat (Budi) dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut menggunakan ayat
anda sendiri.

1. Apakah yang dimaksudkan debgan ungkapan Orang yang mati meninggalkan nama seperti
yang terdapat dalam pantun tersebut? (2
markah )

2 Pada pendapat anda, mengapakah budi dipandang mulia oleh manusia? ( 3 markah )

3 Huraikan dua unsur gaya bahasa yang terdapat dalam rangkap ketiga pantun tersebut dengan membuat
contoh yang sesuai. ( 4 markah )
2.Pantun Empat Kerat
(Jenaka & Sindiran)
MAKAKSUD Rangkap 1:
Tiada gunanya memiliki seorang isteri yang cantik sahaja jika tidak pandai melakukan
tugas-tugas menguruskan rumah tangga.
Rangkap 2:
Ilmu pengetahuan penting kepada semua manusia
Rangkap 3:
Jenaka menggambarkan kehairanan apabila melihatkan kebodohan seseorang atau melihat
sesuatu yang menghairankan.
Rangkap 4:
Jenaka yang menggambarkan rasa bimbang apabila melihat seseorang yang melakukan
sesuatu yang tidak mungkin mampu dilakukannya.
Rangkap 5:
Jenaka yang menggambarkan rasa kehairanan seseorang apabila melihat seseorang mampu
melakukan sesuatu di luar dugaan
TEMA Pantun ini bertemakan jenaka dan sindiran kepada isteri yang tidak pandai menguruskan
rumah tangga, kepentingan ilmu dan kemampuan seseorang melakukan sesuatu pekerjaan.

PERSOALAN i. Perlunya seseorang isteri bijak menguruskan rumah tangga dengan sempurna.
ii. Kepentingan ilmu pengetahuan kepada manusia.
iii. Kebodohan seseorang sehingga dia mungkin menjadi mangsa kepada orang lain.
iv. Keupayaan seseorang tidak harus dilihat daripada sifat semula jadinya.

GAYA BAHASA i. Rima akhir “abab”.


ii. Asonansi : Duduk termenung harimau tua (pengulangan vocal “u” sebanyak 5 kali)
iii. Aliterasi : Hinggap menghisap bunga layu (pengulangan konsonan “g” sebanyak 4 kali)
iv. Singkop : Penggunaan perkataan “tak”.

NILAI MURNI i. Bijaksana : Seseorang isteri harus bijak menguruskan rumah tangga.
ii. Mengutamakan ilmu : Ilmu penting kepada semua manusia.
iii. Rasional : Melakukan sesuatu mengikut kemampuan diri sendiri.

PENGAJARAN i. Seseorang isteri mestilah bijak menguruskan rumah tangganya.


ii. Kita mestilah sentiasa mengutamakan ilmu pengetahuan dalam kehidupan
kita.

iii. Kita mestilah berfikir sebelum melakukan sesuatu pekerjaan supaya tidak
memudaratkan diri kita.
iv. Kita tidak boleh menilai seseorang hanya dengan melihat sifat luarannya
sahaja.
Latihan: Pantun Empat Kerat (Jenaka dan Sindiran )

Baca Pantun Empat Kerat (Jenaka dan Sindiran) dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut
menggunakan ayat sendiri.

1. Apakah maksud rangkap pertama pantun tersebut? (2


markah)

2. Pada pendapat anda, apakah kesan sekiranya seseorang itu memilih isteri bedasarkan kecantikan
sahaja
( 3 markah )

3. Nyatakan empat ciri-ciri Pantun Empat Kerat ( Jenaka dan Sindiran ). (4


markah )
3.Syair Definisi Orang Berakal
MAKSUD • Rangkap pertama
Orang yang berakal atau cerdik pandai dianggap mulia oleh masyarakat dan
menyemai orang lain. Sesiapa yang menjadi pengikut orang yang berkal akan dapat
hidup bahagia
• Rangkap kedua
Orang yang berakal memiliki fikiran yang tajam. Dia juga memlihara diri daripada
melakukan perkara yang tidak baik kerana jikalau melihat perbuatan kejam sekali
pun, dia beranggapan bahawa akal fikiran orang tersebut seperti telah jatuh
terjunam.
• Rangkap ketiga
Orabg yang berakal sentiasa melihat sesuatu dengan lebih mendalam. Mereka juga
mengasihi majika dan rakan sekerja. Mereka tidak bersubahat dengan orang yang
jahat kerana bimbang akan mendapat nama buruk.
• Rangkap keempat
Orang yang berakal juga sentiasa menuraut perintah Tuhan. Dia menjauhi sifat
tamak dan sentiasa bertakwa kerana menyedari bahawa hidup di dunia hanya
sementara.
• Rangkap kelima
Orang yang berakal sekiranya dikasi raja sekali pun, dia tidak akan sengaja
bertandang ke istana. Dia juga tidak menyombong diri dan tetap serupa melayan
saudarnya seperti dahulu.
• Rangkap keenam
Bagi orang yang berakal, apabila raja atau pihak atasan semakn menyayanginya, dia
pula semakin beringat-ingat. Dia juga berusah menahan diri daripada berkelakuan
sombong atau meninggi dengan saudara-maranya, malah terus merendah diri dan
sedia memberikan bantuan.
• Rangkap ketujuh
Orang yang berakal juga suka membuat kajian atau melakukan penyelidikan tanpa
berasa jemu memilahara dirinya daripada terpedaya.
TEMA • Keistimewaan orang yang bijaksana
PERSOALAN • Orang yang menurut sifat orang yang bijaksana akan hidup bahagia.
• Suka membiarkan kekejaman belaku menyebabkan keruntuhan akhlak.
• Perlu berhemah dengan orang jahat supaya tidak mendapt malu.
• Perlu berterusan menjauhi sifat tamak.
• Jangna meninggi diridalam hal pekejaan.

NILAI MURNI • Kerajinan


Kerajinan menuntut ilmu dan membuat kajian tanpa rasa jemu.
• Keyakinan
Yakin terhadap usaha murni yang dilakukan seperti menjauhi sifat tamak.
• Baik hati
Bersopan santun dan berbudi bahasa dalam pergaulan dengan sesiapa sahaja.
• Bijaksana
Bijaksana menagani masalh seperti berhemah ketika menghadapi orang yang jahat.

GAYA BAHASA • Singkope


Ibanya tahu dunia tak kekal.
• Aliterasi
Menjauhkan tamak hendak tawakal (pengulangan konsonan k)
• Asonansi
Jika ia dikasihi raja ( pengulangan vocal a)
PENGAJARAN • Kita perlu rajin membaca dan mengulangkaji sesuatu tanpa jemu agar menjadi
orang yang berilmu.
• Kita patut yakin untuk berusaha ke arah yang positif.
• Kita patut taat akan perintah Tuhan.
• Kita patut bijak bertindak apabila menghadapi sesuatu masalah.

Latihan :

Baca Syair Definisi Orang Berakal dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya menggunakan
ayat anda sendiri.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan ungkapan Mencari kupasan jangan tersemu seperti yang
terdapat dalam syair tersebut? (2
markah )

2. Pada pendapat anda, wajarkah kita Tiadalah menyombong pada bekerja sebagaimana yang
tertera dalam rangkap kelima puisi ini? (4
markah )
Berikan alas an anda.

3. Nyatakan tiga nilai murni yang terdapat dalam syair ini. (3


markah )
4.Syair Siti Sianah

MAKSUD 1.Rangkap pertama


Kelihatan pelik apabila perempuan mencukur bulu roma di mukanya. Keningnya pula
dicukur membentuk taji ayam, kemudian, barulah mereka berpakaian selengkapnya, iaitu
menghias diri.
2. Rangkap kedua
Golongan wanita ini terlalu suka menarik perhatian lelaki dengan ketawa mengilai supaya
dirinya dianggap terlalu cantik.
3. Rangkap ketiga
Setengah perempuan pula suka bersolek, berdandan dan berpakaian cantik. Dia akan
melihat wajahnya di dalam cermin dan membelek-belek kiri dan kanan.
4. Rangkap keempat
Golongan perempuan tersebut ada yang tidak begitu cantik. Sesetengahnya yang kembang
hidungnya dan kemik pula batangnya dan mulutnya besar seperti mulut buaya.
5. Rangkap kelima
Setengah perempuan pula perangainya tidak baik. Kepalanya dipenuhi dengan rambut
palsu. Rambut yang sedikat lalu boleh disiput. Selain itu, rambut palsunya pula panjang
berjela-jela.
6. Rangkap keenam
Kadang-kadang pula, golongan perempuan begini suka membedak mukanya sehingga kaki
tangan termasuklah lengan dan jarinya. Mereka kelihatan putih dan perbuatan yang
dianggap sebagai menipu pandangan orang lain ini amat mereka sukai.
7. Rangkap ketujuh
Setengah perempuan pula suka dipuji. Gelang yang dipakainya begitunya banyak berlapis-
lapis, mereka juga suka mendekati lelaki yang kurang baik akhlaknya.
8. Rangkap kelapan
Selain itu, mereka pula suka menyinsingkan baju atau kain. Mereka berpura-pura bahawa
hal itu disebabkan mereka membubuh ubat pada kaki dan tangan, sedangkan semua ini
diketahui oleh Allah s.w.t bahawa mereka hanya mahu mendapat perhatian daripada kaum
lelaki.
9. Rangkap kesembilan
Sebagai manusia kita perlu berlindung kepada Allah s.w.t. daripada melakukan perbuatan
yang salah semoga kita tidak akan menjadi seperti perempuan yang dianggap menjadi
seperti perempuan yang dianggap sebangai sampah masyarakat.
10. Rangkap kesepuluh
Setengah perempuan kebanyakannya suka bermain judi. Hal ini menyebabkan semua harta
bendanya habis tergadai kerana sudah ketagih bermain judi.
11. Rangkap kesebelas
Lelaki dan perempuan yang bergaul tanpa batasan mengakibatkan berlaku perkara yang
tidak sewajarnya. Hal ini berlaku disebabkan syaitan telah menguasai diri mereka.
TEMA golongan wanita yang berkelakuan negatif serta melanggar ajaran, norma masyarakat dan
budaya.
PERSOALAN i. Golongan wanita memang suka berhias diri untuk memikat kaum lelaki.
ii. Golongan wanita suke bersolek walaupun dirinya tidak secantik mana.
iii. Ada golongan wanita yang suka berjudi sehingga habis harta bendanya tergadai.
iv. Pergaulan yang tidak terbatas antara lelaki dan perempuan mengakibatkan
perlanggaran hokum agama dan norma masyarakat.
GAYA BAHASA i. Sinkope
: rambut yang sikit disiputnya pula
ii. Bahasa Melayu Klasik
: sempolah ( tidak berguna, sampah masyarakat)
iii. Asonansi
: roma di muka pula dicukurnya (pengulangan vocal a)
NILAI MURNI 12. Kesederhanaan
Siti Sianah ( yang mewakili golongan wanita ) sepatutnya tidak keterlaluan dalam menghias
diri.
13. Hemah tinggi
Siti sianah seharusnya bersopan santun.
14. Kebersihan Fizikal dan Mental
Siti Sianah sepatutnya mempunyai pemikiran yang sihat dan membina.
PENGAJARAN i. Golongan wanita wajar menjaga maruah diri.
ii. Golongan wanita perlu memelihara etika dan nama baik keluarga.
iii. Golongan wanita jangan melanggar norma masyarakat dan budaya.
iv. Golongan wanita perlu berdoa dan memohon petunjuk daripada Allah s.w.t
supaya tidak menjadi insan yang tidak berguna dalam masyarakat.

Latihan : Syair Siti Sianah

Baca Syair Siti Sianah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutya menggunakan ayat anda
sendiri.

1.Apakah perkara penting yang terdapat dalam syair di atas? (2


markah )

2. Apakah perbezaan antara wanita berhemah dengan wanita yang suka bersosial? (3
markah)

3. Huraikan empat gaya bahasa yang terdpat dalam syair di atas.


( 4 markah )
5.Gurindam 12 Fasal yang Keenam

MAKSUD 15. Rangkap pertama


Sasaran agar mencari sahabat yang baik dan berfaedah kepada kita.
16. Rangkap kedua
Sasaran agar mencari guru yang arif tentang muslihat musuh.
17. Rangkap ketiga
Sasaran agar memilih isteri yang taat setia kepada suami.
18. Rangkap keempat
Sasaran agar memilih kawan yang faham akan erti setiakawan.

TEMA Nasuhat untuk memilih sahabat, guru, dan isteri yang sewajarnya.
PERSOALAN 1. Sasaran memilih sahabat yang sesuaidan berguna.
2. Sasaran memilih guru yang bijaksana.
3. Sasaran memilih isteri yang taat setia kepada suami.
4. Sasaran memilih kawan yang setia.

GAYA BAHASA I. Hiperbola : yang boleh tahukan tiap seteru.


II. Aliterasi : yang boleh tahukan tiap seteru. ( pengulangan konsonan t )
III. Perlembagaan : ubat ( lambing kesejahteraan hidup ).
IV. Asonansi : cahari olehmu akan kawan ( pengulangan vocal a )
NILAI MURNI 19. Kerajinan
Berusaha untuk memilih sahabat yang secocok dan berfaedah kepada kita.
20. Berdaya Usaha
Gigih mencari guru yang terbaik.
21. Cekal
Berusaha mencari isteri yang taat.
PENGAJARAN 1. Kita hendak lah memilih guru yang bijaksana untuk membimbing kita ke arah
jalan kebenaran.
2. Kita perlulah memilih isteri yang taat kepada suami untuk kebahagian rumah
tangga.
3. Kita wajar mncari kawan yang setia kepada kawannya ketika susah atau senang.
Latihan : Gurindam 12 Fasal yang Keenam

Baca Gurindam 12 fasal Keenam dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikut menggunakan
ayat anda sendiri.

1.Apakah kepentingan mencari isteri yang boleh menyerahkan diri? ( 3 markah


)

2. Apakah kesannya jika seseorang kawan yang kita pilih itu tidak setia dan berlaku curang kepada
kita
( 3 markah )

3. Huraikan tiga pengajaran dalam syair di atas. (3


markah )
6.Seloka Emak Si Randang

MAKSUD • Umum
Sindiran kepada Emak Si Randang yang membantu orang lain di luar kemampuan dirinya.

• Khusus
Emak Si Randang yang baik budi menanakkan nasi untuk orang dagang yang lalu di
hadapan rumahnya. Walaupun tiada kayu api, Emak Si Randang telah merobohkan
rumahnya untuk dijadikan kayu api. Oleh sebab nasi telah dimakan oleh orang lain, maka
anaknya yang pulang dalam keadaan yang kelaparan. Hal ini diibaratkan seperti dia
meletakkan anak yang sedang dipangku tetapi kera dihutan yang disusui. Apabila orang
dagang itu telah pergi, Emak Si Randang kerugian sendiri. Apatah lagi apabila beras yang
ada telah habis dan padi pula tidak menjadi.
TEMA Sindiran kepada orang yang bertindak tanpa berfikir panjang.
PERSOALAN I. Emak Si Randang yang terlalu mementingkan orang dagang daripada anak sendiri
II. Emak Si Randang yang sedia membantu orang luar sehingga membebankan diri
sendiri.
III. Kepentingan kewarasan dalam tindakan.

GAYA BAHASA • Hiperbola


Tiada kayu rumah diruntuhkan.
• Sinkope
Bebas habis padi tak jadi.
• Asonansi
Beras habis padi tak jadi ( bunyi vocal ‘a’ dan ‘i’ )
NILAI MURNI • Rasional
Emak Si Randang sepatutnya berfikiran rasional sebelum membantu orang dagang.
• Berfikir Logik
Emak Si Randang sewajarnya membuat pertimbangan dengan alasan munasabah sebelum
membantu orang luar tanpa menyusahkan diri atau anak sendiri.
• Berfikiran Kritis
Emak Si Randang sepatutnya berfikiran kritis, memikirkan buruk baik tindakan yang akan
dilakukan untuk membantu orang asing.
PENGAJARAN I. Manusia perlu mengukur kemampuan diri sebelum membantu orang lain.
II. Kita wajar berfikir semasak-masaknya sebelum memberikan bantuan
kepada orang luar agar tidak membebankan diri sendiri kemudian hari.
III. Manusia perlu berbuat baik sekadar berpada-pada sahaja.
Latihan : Seloka Emak Si Randang

Baca seloka dibawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan berikut menggunakan ayat
anda sendiri.

1. Nyatakan tiga sikap negatif Emak Si Randang dalam seloka ini. ( 3 markah )

2. Sekiranya anda sahabat Emak Si Randang, apakah tiga nasihat berguna yang akan anda berikan
kepadanya? ( 3 markah )

3. Huraikan empat gambaran masyarakat yang terdapat dalam seloka tersebut.


( 4 markah )
1. Harga Remaja

MAKSUD • Rangkap pertama


Perihal kehidupan remaja yang disifatkan sebagai masih muda dalam meniti alam
kehidupan.
• Rangkap kedua
Perihal seorang remaja mematuhi kehidupan mereka sama ada memilih untuk leka
bermain dengan cinta atau bersusah payah menuntut ilmu.
• Rangkap ketiga
Usia remaja sesungguhnya amat berharga kerana usia remaja tidak boleh dibeli dengan
perjanjian.harga usia remaja ialah keteguhan pendirian, keberanian menempuh cabaran
dan kegigihan menuntut ilmu.
• Rangkap keempat
Seorang remaja perlu memenuhi usia remajanya dengan hala tuju hidup yang jelas untuk
menjadi insan yang berguna.
TEMA Harapan dan nilai kehidupan remaja.
PERSOALAN I. Usia remaja merupakan usia yang sangat berharga.
II. Remaja perlu memanfaatkan usia remaja mereka untuk menuntut ilmu.
III. Remaja juga perlu mempunyai pendirian, keberanian dan kegigihan dalam
menuntut ilmu.
IV. Remaja perlu mempunyai hala tuju yang jelas dalam kehidupan mereka.

GAYA BAHASA • Metafora.


cuka kesangsian piala remajamu.
• Simile
Bagai kehijauan daun
Bagai kesegaran pohon.
• Unsure perulangan
Anafora ( pengulangan awal )
Bagai kehijauan daun
Bagai kesegaran pohon
NILAI MURNI • Keberanian
Remaja perlu berani untuk berhadapan dengan pelbagai dugaan ketika usia remaja.
• Nilai kegigihan
Remaja perlu gigh menuntut ilmu pengetahuan.
• Bermatlamat
Remaja perlu mempunyai matlamat dan hala tuju yang jelas dalam hidup.
PENGAJARAN I. Kita hendaklah menghargai usia remaja kita yang hadir hanya sekali dalam hidup.
II. Kita hendaklah gigih menuntut ilmu pengetahuan.
III. Kita hendaklah mempunyai pendirian yang teguh untuk berhadapan dengan
pelbagai cabaran dan dugaan.
IV. Kita mestilah mempunyai matlamat dan hala tuju yang jelas dalam hidup.
Latihan : Harga Remaja

Nada sajak ini adalah nasihat dan dorongan. Sajak ini menasihati pembaca agar sentiasa menghargai usia remaja.

1.Apakah tema bagi sajak ini? (2 markah )

2. Jelaskan satu contoh gaya bahasa yang terdapat dalam sajak ini. (2
markah )

3. Berikan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak ini. (4


markah )
2. Di Perpustakaan

MAKSUD • Rangkap pertama


Penyair berasakan bahawa keadaan diperpustakaan ternyata berbeza dengan tempat yang
lain. Hal ini dapat dilihat apabila para bijak pandai bertandang ke perpustakaan dan
penghuniya begitu tekun menelaah buku-buku.
• Rangkap kedua
Penyair berasakan bahawa dirinya terlalu kerdil apabila berada di rak buku yang
mengangdungi pelbagai jenis buku. Penyair berasakan ilmu yang dimilikinya tidak
sebanyak jumlah buku di rak tersebut dan dirinya tidak mungkin dapat menguasai kesemua
tersebut.
• Rangkap ketiga
Perpustakaan itu mempunyai banyak ilmu yang tidak mungkin dapat dikuasai oleh penyair
melainkan sedikit sahaja daripadanya. Penyair mengibaratkan perpustakaan sebagai
gedung ilmu yang akan membina peradaban manusia. Penyair mengatakan bahawa dirinya
sangat dahagakan ilmu pengatahuan, walaupun dia sedar bahawa dia tiak mungkin dapat
menguasai ilmu itu sepenuhnya.
TEMA Martabat ilmu pengatahuan kepada manusia.
PERSOALAN I. Perpustakaan merupakan sebuah gedung ilmu untuk para cendiakawan.
II. Semakin kita mencuba untuk menguasai ilmu pengetahuan, hakikatnya semakin
banyak ilmu pengetahuan yang masih belum kita kuasai.
III. Ilmu pengatahuan itu perlu dituntut sepanjang masa kerana ilmu penetahuan itu
terlalu luas bidangnya.

GAYA BAHASA • Metafora


: terapung di laut ilmu.
: bahtera ilmu disini.
• Hiperbola
: gua pendeta
:bersemadi
• Rima akhir berkait
: terlalu hening di sini
: gua pendeta bersemadi
: di puncak sepi
: di sana sini
: kepala-kepala runduk meneliti
: mata dan fikir bersebati
NILAI MURNI • Kegigihan
Kegigihan untuk menuntut ilmu pengetahuan dengan tekun dan tanpa berputus asa.
• Merendah Diri
Ketika menuntut ilmu, sifat merendah diri hendaklah dipamerkan demi mendapatkan
keberkatan ilmunya.
• Menghargai Ilmu
Ilmu pengatahuan perlu dihargai dengan cara mengamal dan memartabatkannya dalam
kehidupan.
PENGAJARAN i. Kita hendaklah menuntut ilmu dengan tekun dan gigih.
ii. Kita mestilah sentiasa merendah diri ketika menuntut ilmu mendapatkan
keberkatannya.
iii. Kita perlulah mengamalkan dan memartabatkan ilmu pengatahuan dalam
kehidupan seharian.

Latihan : Di Perpustakaan

Baca sajak Di Perpustakaan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan berikutnya dengan ayat anda
sendiri.

1. Apakah perasaan yang dialami oleh penyair sebaik-baik sahaja melangkah masuk ke
perpustakaan?
( 2 markah )

2. Apakah jenis gaya bahasa yang terdapat pada frasa bahtera ilmu di sini pada rangkap kedua
dalam sajak ini? (2
markah )

3. Nyatakan dua nilai yang terdapat dalam sajak ini? (4


markah )
3. Mengintai Ruang Insaf

MAKSUD • Rangkap pertama


Penyair berasa bahawa semakin banyak dosa yang dilakukannya terhadap Allah s.w.t.,
semakin jauh dirinya daripada mendapat rahmat Allah s.w.t.
• Rangkap kedua
Penyair berasakan bahawa dirinya selalu menderita dalam hidup dan tidak mendapat
kemuliaan sisi Allah s.w.t.
• Rangkap ketiga
Tanpa mempersoalkan ketentuan takdir, penyair melontarkan beberapa pertanyaan kepada
dirinya bahawa “ Masih adakah lagikah ruang untuk dirinya memperbetulkan kesilapan
dan diberikan peluang untuk bertaubat?”
• Rangkap keempat
Penyair berdoa dan berharap semoga pintu taubat untuknya dibuka oleh Allah s.w.t
sebelum imanya menjadi goyah.
TEMA Rasa keinsafan dan kehambaan kepada Pencipta. Orang yang berasa dirinya banyak
melakukan kesalahan biasanya amat bimbang dan pengampunannya tidak diterima Allah.
PERSOALAN I. Manusia yang banyak berbuat dosa akan semakin jauh daripada rahmat Allah s.w.t.
II. Manusia akan menderita sekiranya tidak mendapat darjat di sisi Allah s.w.t.
III. Peluang untuk bertaubat masih terbuka untuk semua manusia sekiranya mereka
benar benar ingin bertaubat.
IV. Dengan berdoa, manusia akan mendapat rahmat dan kemampuan daripada Allah
s.w.t.
GAYA BAHASA • Metafora
: sewaktu berlari di padang hidup
: tanpa kembali ke tanjung makna
• Hiperbola
Tubuhku tercalar duri pidana
• Penggunaan Bahasa Asing
Ancala = gunung
Rabb = gelaran untuk Allah s.w.t.
NILAI MURNI • Keinsafan
Penyair mempunyai nilai keinsafan diri yang mendalam untuk memohon taubat dan
keampunan Allah s.w.t.
• Tawaduk
Ketika memohon keampunan Allah s.w.t., sifat tawaduk itu sangat penting bagi
melambatkan kesungguhan kita untuk bertaubat.
• Kesedaran
Penyair sedar bahawa dirinya telah melakukan banyak kekhilafan di dalam kehidupan.
PENGAJARAN I. Kita hendaklah sentiasa bertaubat kepada Allah s.w.t.
II. Kita hendaklah mempunyai perasaan tawaduk dan merendah diri apabila
memohon keampunan Allah s.w.t.
III. Kita hendakla mengelakkan diri daripada melakukan pelbagai kekhilafan di atas
muka bumi ini.

Latihan : Mengintai Ruang Insaf

Baca sajak Mengintai Runag Insaf dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan berikutnya menggunakan
ayat anda sendiri

1. Apakah perkataan yang sinonim dengan perkataan aksara pada rangkap ketiga, baris kesebelas
dalam sajak ini ?

2. Pada pendapat anda, mengapa penyair bimbang sekiranya tidak ada lagi ruang keinsafan
untuknya ?

3. Nyatakan dua pengajaran yang dapat dicontahi pembaca daripada sajak ini ?
4.Mahsuri

MAKSUD • Rangkap pertama


Penyairkan memerikan Mahsuri sebagai gadis yang sempurna jiwa dan zahirnya.
Sumpahan serta darah suci Mahsuri yang dikatakan menjadi putih ketika dibunuh, telah
menjadikan Langkawi hidup dan maju setelah sumpahan selama tujuh keturunan itu
tamat.
• Rangkap kedua
Penyair melontarkan beberapa pedagangan mengatakan kisah Mahsuri bermula daripada
khayalan seorang seniman. Namun, disebabkan bahasa yang digunakan oleh seniman
tersebut, kisah Mahsuri tetap hidup dan mewarnai dunia kesusasteraan tanah air. Penyair
juga menyanjung jasa Mahsuri yang telah menjadikan nama Langkawi terkenal, dan kerana
kisah Mahsuri yang merupakan satu karya kesusasteraan, maka kerana kisahnya juga
menyebabkan tanah air kita dikenali diseluruh dunia.

TEMA Sumbangan seseorang dan karya satera terhadap kemajuan tanah air.
PERSOALAN • Mahsuri telah dihukum bunuh setalah difitnah, dan oleh sebab itu
darahnyabertukar menjadi putih.
• Mahsuri telah mengenakan sumpahan terhadap Pulau Langkawi sebulum dibunuh.
• Tanpa sumpahan itu, barangkali Pulau Langkawi tidak akan maju seperti sekarang.
• Walaupun ada pendapat yang mengatakan bahawa kisah Mahsuri merupakan
khayaln seorang seniman, namun kisah itu tetap dipandangsebagai karya sastera
yang berguna untuk memperkanalkan negara kita kepada dunia luar.
GAYA BAHASA • Personafikasi
nyanyian ombak pagi
• Paradoks
air matamu dingin embun
• Hiperbola
- melengkung tujuh tanjung
- putihlah pulau ini
 Metafora
terapung dilaut malam
NILAI MURNI  Menghargai
Penyair menghargai sumbangan Mahsuri yang dikatakan membawa kemajuan
kepada Pulau Langkawi kerana kisah lagendanya telah menggamit kehadiran
pelancong ke Pulau Langkawi.
 Benar
Mahsuri tetap percaya bahawa pada suatu hari nanti kebenaran akan muncul.
Akibatnya, sumpahan Mahsuri elah menjadikan Pulau Langkawi mundur, dan
setelah tujuh keturunan barulah Pulau Langkawi membangun semula.
 Kesedaran
Penyair membawa kesedaran bahawa kisah Mahsuri merupakan salah satu karya
sastera yan Berjaya menyumbang kepada kebanjiran pelancong untuk dating ke
Pulau Langkawi.
PENGAJARAN  Kita hendaklah sentiasa memelihara dan menghargai karya sastera tanah
air .
 Kita mestilah menabur bakti dan sumbangan kepada negara.
 Janganlah kita suka menabur fitnah tanpa usul periksa.
 Kita hendaklah berusaha gigih untuk memajukan negara walaupun kita
berhadapan dengan pelbagai halangan.

Latihan: Mahsuri

Baca sajak Mahsuri engan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan berikutnya dengan ayat anda sendiri.

1. Apakah tema bagi sajak ini ?

2. Jelaskan dua nilai murni yang terdapat dalam sajak.

3. Nyatakan dua cara yang berkesan untuk mengangkat martabat karya kesusasteraan tanah air ke
peringkat antarabangsa.
5.Adat Sezaman

MAKSUD  Rangkap pertama


Adat tradisi nenek moyang mempunyai kesan moral yang mendalam sama ada
daripada aspek keindahan lakunya dan kemolekan budayanya.
 Rangkap kedua
Sikap gadis ynag mempunyai sifat sopan santun serta sang teruna yang mempunayi
sifat warak merupakan padanan yang sesuai disatukan
• Rangkap ketiga
Namun, kini masa telah berubah. Sukar sekali untuk mencari gadis yang bersopan
santun dan pemuda yang warak kerana sifat-sifat itu sudah mulai lenyap dan
menghilang dalam arus kemodenan kini.
• Rangkap keempat
Orang-orang tua kini berasa malu dengan sikap pemuda dan gadis pada zaman
sekarang yang tanpa segan silu bermesra di khalayak ramai tanpa rasa hormat dan
melampaui batas agama.
• Rangkap kelima
Pada masa sekarang, adat budaya dan tradisi dahulu kala semakin dilupakan,
pegangan agama pula semakin dilupakan, manakala budaya luar yang tidak elok pula
dijadikan ikutan.
TEMA Adat sezaman yang kian dilupakan.
PERSOALAN • Adat sezaman kita mempunyai banyak kelebihan, keindahan dan kemolekan.
• Adat sezaman akan memelihara hati dan pergaulan antara lelaki dan perempuan.
• Namun, pada masa kini adat sezaman itu kian terhakis oleh arus kemodenan.
• Anak-anak remaja pada hari ini tanpa rasa hormat dan tanpa segan silu bermesra
di khalayak ramai tanpa batasan.
• Anak-anak remaja zaman sekarang sudah semakin melupakan adat tradisi
sezaman, lantaran pegangan agama yang rapuh dan terpengaruh dengan budaya
barat.
GAYA BAHASA • Anafora
- Terlalu indah apabila dipandang
- Terlalu mulia apabila diselidik
- Tanpa hormat
- Tanpa batasan
• Perlembangan
- Adat kuning jadi ikutan
(Adat kuning melambangkan budaya luar. Contoh: budaya barat)
NILAI MURNI • Menghargai
Penyair menghargai adat sezaman yang mempunyai banyak keindahan dan
kemolekan.
• Beriman
Iman akan menjadi dinding kepada berlakunya gejala sosial dan pergaulan yang
bebas antara lelaki dengan perempuan.
• Kesedaran
Penyair mempunyai kesedaran yang tinggi tentang betapa pentingnyamemelihara
adat sezaman agar pergaulan antara gadis dengan teruna akan terjaga dengan baik.
PENGAJARAN • Kita perlulah menghormati perasaan orang yang lebih tua
• Kita hendaklah berpegang teguh kepada ajaran agama agar kita tidak terpesong
dalam hidup.
• Kita mestilah menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan dengan
sebaik-baiknya.
• Kita hendaklah memelihara dan menghargai adat sezaman kita kerana ia akan
menjamin keutuhan jati diri insani.

Latihan: Adat sezaman

Baca sajak adat sezaman dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan berikutnya dengan ayat anda
sendiri.

1. Apakah mesej yang cuba disampaikan oleh penyair dalam rangkap pertama ?

2. Nyatakan dua persoalan yang terkandung da dalam sajak ini.

3. Buktikan bahawa gaya bahasa anaphora wujud dalam sajak ini.


6.Tiba Waktunya

MAKSUD •Rangkap pertama


Zaman moden kini berlalu dengan pantas dan wanita perlu merebut segala peluang
dan ruang yang ada untuk memajukan diri.
•Rangkap kedua
Wanita tidak perlu lagi terlalu banyak berikan persoalan dunia kerana apa yang
lebih penting kini ialah mereka tidak perlu membuang masa untuk memajuka diri.
•Rangkap ketiga
Wanita zaman moden perlu berani melontarkan pandangan mereka kerana suara
mereka mampu menjadi pemangkin aspirasi dan membentuk kejayaan dengan
penuh berwawasan.
•Rangkap keempat
Wanita perlu melupakan permasalahan remeh mereka kerana mereka perlu berani
untuk berhadapan dengan ujian tanpa meminggirkan ketinggian budi pekerti dan
mempunyai perwatakan yang unggul daripada pelbagai aspek.
•Rangkap kelima
Wanita perlu memaksimumkan segala keupayaan mereka untuk mengangkat
martabat wanita itu sendiri dengan keimanan, semangat da kemampuan mereka.
•Rangkap keenam
Kini, sudah tiba waktunya bagi wanita untuk menggemparkan dunia dengan
keupayaan yang mereka ada.
TEMA Kekentalan wanita sebagai pemangkin kejayaan dan individu berwawasan.
PERSOALAN •Wanita perlu merebut segala peluang yang ada untuk memajukan diri di zaman
globalisasi ini.
• Wanita tidak perlu menanti waktu yang lama untuk memajukan diri
•Wanita moden menjadi aspirasi untuk mencipta lebih banyak kejayaan di era
globalisasi.
•Wanita perlu berani melontarkan idea dan pandangan mereka untuk membela
kaum sejenisnya.
GAYA BAHASA •Metafora
Merebut tunas-tunas harapan yang hijau
•Personafikasi
Meniup tamadun ke era yang pantas
•Rima kaitan aa
Haruskah kita tunduk mengutip sisa-sisa
atau berada di sana meraih sejahtera?
Usah kautanya persoalan delima
kerana ini bukan waktunya
untuk berhujah perlu tidaknya
NILAI MURNI •Keberanian
Wanita perlu berani melontarkan pandangan dan idea demi kemajuan negara.
•Berwawasan
Wanita perlu mempunyai wawasan dan hala tuju yang jelas untuk memajukan diri.
•Cekal
Wanita juga perlu cekal dan gigih untuk mencipta kejayaan di persada antarabangsa
dan dunia.
•Kekentalan semangat
Penyair memerikan bahawa wanita perlu mempunyai semangat yang kental jika
ingin merebut segala peluang yang ada untuk memajukan diri
PENGAJARAN •Kita hendaklah mempunyai kekentalan jiwa jika mahu mencipta kejayaan.
•Kita mestilah mempunyai keberanian untuk melontarkan pandangan dan
pemikiran.
• Kita perlulah mengamalkan sikap berbudi pekerti dalam segala aspek
kehidupan untuk membentuk jiwa insani.
• Kita haruslah mempunyai wawasan yang jelas dalam kehidupan untuk
mencapai cita-cita dan harapan.

Latihan: Tiba Waktunya

Baca sajak Tiba Waktunya dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan berikutnya dengan ayat anda
sendiri.

1. Apakah bentuk bagi sajak ini?

2. Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak ini.


3. Apakah cabaran yang perlu dihadapi oelh golongan wanita untuk bersaing di era globalisasi yang
didominasi oleh kaum lelaki?

1.Pelayaran Yang Penuh Peristiwa

SINOPSIS Dalam antologi Harga Remaja, Prosa klasik Pelayaran Yang Penuh Peristiwa, watak utama
Awang Sulung Merah Muda sebagai anak raja telah menyamar sebagai budak hitam yang
comot sehingga dipandang hina oleh Tuanku Nakhoda Tua. Ketika dilanda ombak yang
bergelora, seisi geliung (kapal) telah mabuk dan jatuh pengsan. Anak Tuanku Nakhoda Tua,
Tuan Puteri Dayang Seri Jawa telah meminta dayangnya Si Kembang Cina pergi memanggil
Awang Sulung Merah untuk mengemudikan geliung itu. Atas bantuan Awang Sulung
Merah, geliung itu dapat diselamatkan

Setelah tiga hari kemudian , ketika laut sudah tenang, jurumudi di geliung itu telah sedar
lalu mencabut kerisnya dan menikam seekor ayam . jurumudi itu menunjukkan keris yang
berdarah kepada Tuanku Nakhoda Tua lalu mengatakan bahawa dialah yang
menyelamatkan geliung itu. Tuanku Nakhoda Tua yang baru sedar daripada mabuk itu
turut mempercayai jurumudi itu dan berjanji jika geliung itu selamat tiba di tanah Jawa,
puterinya akan dikahwinkan kepada orang yang menyelamatkan geliung itu.

Beberapa hari kemudian, anak kapal diminta mengambil air dan kayu api. Anak kapal lain
telah pergi ke pulau untuk mengambil air dan kayu bakau. Sebaliknya Awang Sulung Merah
telah berkayuh ke tengah laut untuk mengambil air laut dan membawa balik batang nipah.
Setelah itu Tuan Puteri minum air laut itu dan mendapati bahawa air yang masin itu telah
bertukar menjadi air yang manis.
Tuanku Nakhoda Tua menghimpun semua anak kapal lalu mengumumkan bahawa sesiapa
yang menyelamatkan baginda, puteri baginda dan geliung itu daripada bajak (lanun) ketika
meredah kawasan Laut Sekona Lingga itu dikahwinkan dengan puteri baginda .

Ketika melintasi perairan Pulau Salah Nama, kumpulan lanun telah menyerang geliung itu.
Semua anak kapal telah melarikan diri untuk menyelamatkan diri sendiri. Tuan Puteri
menyuruh Si Kembang Cina untuk meminta bantuan Awang Sulung Merah. Awang Sulung
Merah merajuk. Tuan Puteri pun menyuruh Si Kembang Cina menyediakan air limau dan
sabun kepada Awang Sulung Merah. Setelah mandi, Awang Sulung Merah kelihatan kacak
dan berseri-seri. Ketika lanun ternampak Awang Sulung Merah mereka mengenali
penghulu mereka lalu meminta ampu. Semua lanun telah menyerahkan semua dinar emas
kepada Awang Sulung Merah untuk melangsaikan hutang kepada Datuk Batin Alam.
Semua lanun pun undur dari situ.

Sekali lagi jurumudi itu mencabut kerisnya dan menikam ayam lalu mengatakan bahawa
dialah yang mengalahkan bajak dan menyelamatkan geliung itu. Tuanku Nakhoda Tua
berasa gembira lalu hendak mengahwinkan Puteri Dayang Seri Jawa dengan jurumudi itu.
Tuan Puteri memarahi ayahandanya lalu menjelaskan keadaan yang sebenarnya. Akhirnya
Tuanku Nakhoda Tua mengadakan kenduri secara besar-besaran dan mengahwinkan Tuan
Puteri Dayang Seri Jawa dengan Awang Sulung Merah.

Setelah beberapa ketika kemudian, geliung itu pun belayar hingga Negeri Pati Talak
Terengganu. Bujang Selamat telah dititahkan oleh baginda untuk bertanya tentang tujuan
kedatangan rombongan Awang Sulung Merah. Atas keizinan isteri, Awang Sulung Merah
dan anak buah pun diundang ke istana Negeri Pati Talak Terengganu. Awang Sulung Merah
dijemput bertaruh dalam sabung ayam. Setelah Awang Sulung Merah berseru-seru, ayam
baginda Kinantan Suci telah berjaya menewaskan ayam Bujang Selamat.

TEMA Penyamaran Awnag Sulung Merah Muda dalam pelayaran yang menempuh pelbagai
peristiwa.
PERSOALAN • Pelbagai keistimewaan yang dimilik oleh Awang Sulung Merah Muda
• Sikap idak jujur jurumudi yang menipu kerana mahu menunjukkan kehebatannya
kepada Tuanku Nakhoda Tua.
• Sikap terburu-buru Tuanku Nakhoda Tua tanpa usul periksa boleh meninggalkan
kesan negetif.
• Jurumudi yang ada hati dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.
• Percintaan dan perkahwinan Awang Sulung Merah Muda dengan Tuan Puteri
Dayang Seri Jawa.
• Keraian dan perjudian dalam masyarakat Melayu tradisional.
WATAK • Awang Sulung Merah Muda
- Anak Tuanku Si Helang Laut.
- Cucu Tuanku Si Helang Mawai
- Berasal dari Bandar mengkalih
- Bertanggungjawab
- berkahwin dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
• Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
- Anakanda Tuanku Nakhoda Tua
- terpikat dengan Awang Merah Muda yang menjadi kacak setelah mandi limau dan
bersabun.
- Berkahwin dengan Awang Sulung Merah Muda
• Tuanku Nakhoda Tua
- Ayahanda Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
- Pemerintah negeri semarang, Tanah Jawa
- Seorang yang terburu-buru
- Seorang yang lurus
- Seorang yang mendengar kata
PLOT
1. Peristiwa-peristiwa dalam cerita ini dijalin secara kronologi.
1.
Pada bahagian pengenalan atau eksposisi, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
sedang mengemudi geliung panjangnya dengan laju. Dia kemudiannya meminta
bantuan Awang Sulung yang ketika itu berkeadaan hitam dan comot kerana anak-anak
kapal yang lain mabuk dan tidak sedarkan diri.
2.
Plot terus berkembang dengan pelbagai peristiwa yang menunjukkan kelebihan dan
kesaktian Awang Sulung semasa dalam pelayaran.
3.
Pada bahagian perumitan, kumpulan lanun menyerang geliung panjang Tuan
Puteri Dayang Seri Jawa itu. Apabila Awang Sulung telah berjaya
menyelamatkan geliung itu, jurumudi pula memperdayakan Tuanku Nakhoda Tua
sehingga Tuanku Nakhoda Tua hampir menikahkan jurumudi itu dengan Tuan
Puteri Dayang Seri Jawa.
4.
Plot mencapai tahap puncak atau klimaks apabila Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
memarahi ayahandanya kerana terlalu mempercayai jurumudi. Tuan Puteri
menyatakan bahawa Awang Sulunglah yang bertanggungjawab menyelamatkan
geliung itu daripada serangan lanun.
5.
Pada bahagian peleraian, Tuanku Nakhoda Tua mengahwinkan Tuan Puteri Dayang
Seri Jawa dengan Awang Sulung. Mereka kemudiannya meneruskan perjalanan hingga
ke Negeri Pati Talak Terengganu dan singgah di sana.

LATAR Latar Tempat


Latar tempat dalam cerita ini adalah di dalam geliung panjang Tuan Puteri Dayang
Seri Jawa, di Pulau Tapai, di Pulau Salah Nama, dan di Negeri Pati Talak
Terengganu.

Latar Masa
Latar masanya pula ialah siang dan malam, iaitu sepanjang pelayaran menuju ke Tanah
Jawa.

Latar Masyarakat
1. Masyarakat golongan bangsawan yang menjadi pemerintah. Contohnya, raja di
Negeri Pati Talak Terengganu yang memerintah di situ.
2. Masyarakat golongan bawahan yang bekerja untuk raja, misalnya anak-anak kapal
geliung panjang Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.
3. Masyarakat yang taat akan pemerintah seperti Si Kembang Cina dan Bujang
Selamat.
4. Masyarakat lanun yang suka melakukan rompakan di laut.
1. Masyarakat yang suka bertaruh seperti Awang Sulung yang mempunyai ayam sabung,
Kinantan Suci, dan pihak di Negeri Pati Talak Terengganu pun siap mempunyai ayam
dan gelanggang sabungan.
2. Masyarakat yang kuat mengamalkan adat resam. Contohnya, raja di Negeri Pati
Talak Terengganu mempunyai adat menyambut tetamu asing dan Awang Sulung pula
berminat untuk mengetahui adat di negeri itu.

NILAI MURNI 0. Nilai berani. Setiap orang mesti berani menentang kejahatan. Contohnya, Awang
Sulung berani menentang lanun semasa dalam pelayarannya.
1. Nilai merendah diri. Sikap merendah diri tidak akan merendahkan darjat atau
kelebihan seseorang. Contohnya, Awang Sulung yang berketurunan baik-baik
sanggup menyamar sebagai budak hitam yang layak menjadi penunggu reban dan
penghalau ayam sahaja.
2. Nilai bijaksana. Setiap pemimpin mestilah bijaksana menyelesaikan masalah.
Contohnya, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa mampu menyelesaikan masalah yang
dihadapi oleh anak-anak kapal semasa dalam pelayaran.
4. Nilai kasih sayang. Setiap orang mesti hidup dalam suasana kasih sayang. Contohnya,
Awang Sulung dan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa saling menyayangi antara satu
dengan yang lain.
5. Nilai baik hati. Setiap orang seharusnya bersikap baik hati, terutamanya kepada
pihak yang ada membantu kita. Contohnya, Awang Sulung sudi membantu menjadi
jurumudi apabila Tuan Puteri Dayang Seri Jawa kepenatan.
4. Nilai rasional. Setiap orang mestilah berfikir dan bertindak secara rasional.
Contohnya, Nakhoda Tua sanggup menerima pandangan anakandanya agar tidak
terpengaruh lagi oleh kata-kata jurumudi.
6. Nilai semangat bermasyarakat. Kita mesti hidup bermasyarakat. Contohnya, Awang
Sulung berminat untuk mengetahui adat resam masyarakat luar dengan bertanya
kepada penghulu gelanggang tentang adat bergelanggang.

PENGAJARAN 1. Kita hendaklah berani menghadapi pelbagai rintangan.


2. Kita janganlah suka meninggi diri dan berbangga akan darjat keturunan.
3. Kita hendaklah bijak menyelesalkan masalah yang timbul.
4. Kita hendaklah menyayangi sesama insan dan tidak berdendam.
5. Kita hendaklah bersedia memberikan bantuan terhadap orang yang memerlukan
pertolongan.
6. Kita hendaklah sanggup menerima kebenaran dan tidak mudah diperdayakan.
7. Kita hendaklah mengutamakan kehidupan bermasyarakat.

Latihan: Pelayaran yang penug peristiwa

Baca petika prosa tradisional pelayaran yang penuh peristiwa dengan teliti. Jawab semua soalan-
soalan dengan ayat anda sendiri.

1. Apakah mesej yang cuba disampaikan oleh penyair dalam rangkap pertama?

2. Apakah maksud baris bukan nasi kau yang dimakannya dan bukan air kau yang diminumnya?

3. Pada pendapat anda, mengapakah Tuan Puteri Dayang Seri Jawamemarahi jurumudi?
2. Merah Silu

SINOPSIS  Setelah berkahwin Merah Gajah dengan Puteri Betong, dikurniakan 2 orang anak
lelaki bernama Merah Silau dan Merah Hasum.
 Selama ini Merah gajah tidak mengetahui isterinya mempunyai sehelai rambut
keemasan di tengah kepala sehinggalah beliau terpandang semasa isterinya sedang
menyikat rambut.
 Merah Gajah hendak mencabut tetapi dihalang oleh isterinya. Semasa isterinya
tidur, Merah gajah mencabut rambut itu lalu keluarlah darah dari liang rambut
tersebut. Sbaik darah berhenti, Puteri Betong pun hilang.
 Berita Puteri Bentong diketahui ayahandanya, Raja Muhammad lalu dibunuh
menantunya. Berita pembunuhan Merah Gajah diketahui oleh ayahandanya, Raja
Ahmad lalu berlakunya peperangan antara kedua kerajaan mereka.
 Kedua-duanya meninggal dunia.
 Merah Silu dan Merah Hasum meninggalkan negeri Semerlang. Mereka sampai di
negeri Beruana dan membuka perkampungan di sana. Suatu hari ketika Merah
Silu bermain di sungai, beliau melihat banyak ikan dan meminta orang membuat
bubu untuknya.
 Setelah bubu ditahan dan diangkat, dipenuhi dengan cacing selama 3 hari berturut-
turut. Lalu Merah Silu mengambil keputusan merebur cacing tersebut dan dengan
takdir Allah cacing itu bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi perak.
 Suatu hari Merah Silu mengupah orang membuat lubang untuk menangkap dan
mengurung kerbau liar, dan berita itu sampai kepada Merah Husam lalu meminta
Merah Silu keluar dari negeri itu jika tidak mengikut katanya.
 Merah Silu meninggalkan negeri itu dengan membawa semua harta dan kerbaunya
hingga sampai ke Karang. Penduduk di situ meminta beliau tidak berada di sana
kerana kerbau beliau memusnahkan tanaman penduduk.
 Merah Silu keluar dari karang dan sampai ke Buluh Tenang dan bertemu Megat
Iskandar lalu mempelawa merah Silu tinggal di sana. Merah Silu bermohon kepada
Megat Iskandar agar menjadi bapa angkatnya.
 Merah Silu gemar menyabung ayam, sesiapa yang kalah dibayar taruhan dan
diberikan kerbau oleh beliau. Pada penonton juga diberikan seekor kerbau.
 Megat Iskandar Bercadang menjadikan Merah Silu raja Rimba Jerun namun Tun
Aria Benong tidak bersetuju.
 Setelah Merah Silu diangkat menjadi raja, datang Sultan Maliku‘ 1-Nasar ke Rimba
Jerun lalu berlakunya peperangan. Sultan Maliku berundur ke Benua dan diserang
selepas itu oleh Merah Silu di sana menyebabkab baginda berundur ke rimba.
 Merah Silu menamakan Benua itu sebagai Pertama Terjun.
 Merah Silu memerangi lagi Sultan Maliku’1-Nasar sehingga beliau berundur ke
Gunung Telawas tetapi Sultan Maliku berjaya melepaskan diri. Merah Silu
menakan tempat itu Kubu.
 Sultan Maliku terus berundur dari Pekersang ke Kumat.
 Berita tentang Sultan maliku duketahui oleh Megat Iskandar lalu menyerang Sultan
maliku sehinnga kalah.
 Seorang Hulubalang Sultan maliku iaitu Tuan Aria Benong lari ke barus dan
ditangkap oleh raja Barus.
 Akhirnya Merah Silu dirajakan oleh Megat Iskandar sebagai raja di Rimba Jerun.

TEMA Cerita ini mengemukakan kehebatan dan kepahlawanan anak raja yang bernama
Merah Silu.
PERSOALAN • Perselisihan faham sesama adik-beradik
• Peperangan dan permusuhan dua negara
• Perkara yang di luar logik akal
• Keberanian anak raja untuk merantau dan mencari kawasan baru untuk
dijadikan negeri jajahan.
• Sikap raja yang gemar berjudi
• Peperangan sebagai cara untuk meluaskan jajahan
WATAK Merah Silu
1. Anak pertama Merah Gajah dengan Puteri Betong.
2. Adindanya bernama Merah Hasum.
3. Merah Silu menjadi yatim piatu sejak kecil.
4. Merah Silu berusaha mencari petempatan baru untuk dijadikan sebagai negeri
selepas kedua-dua orang datuknya Raja Ahmad dan Raja Muhammad meninggal
dunia dalam peperangan.
5. Merah Silu menjadi kaya-raya apabila cacing gelang-gelang yang memenuhi bubunya
bertukar menjadi emas dan perak.
6. Kegemaran Merah Silu ialah menangkap kerbau liar dan menyabung ayam.
7. Merah Silu kerap menang dalam beberapa siri peperangan.
8. Merah Silu bersikap pemurah kerana memberikan seekor kerbau kepada setiap
orang yang datang menyaksikan pertandingan ayam sabung.
9. Merah Silu ditabalkan sebagai raja di Rimba Jerun oleh Megat Iskandar.

Merah Hasum
1. Adinda kepada Merah Silu.
2. Setelah kematian ibu baps, baginda bersama-sama dengan Merah Silu merantau
mencari petempatan baru.
3. Merah Hasum tidak suka akan sikap Merah Silu yang gemar memikat kerbau.
4. Merah Hasum tidak menghormati kakandanya, sanggup mengusir kakandanya hanya
kerana tidak sefahaman.

Merah Gajah
1. Merah Gajah ialah ayahanda kepada Merah Silu dan Merah Hasum.
2. Isteri Merah Gajah bernama Puteri Betong.
3. Merah Gajah tidak mendengar kata, mencabut rambut keemasan yang ada di tengah-
tengah kepala Puteri Betong dan tindakannya itu menyebabkan isterinya mangkat.
4. Baginda mati dibunuh oleh ayahanda mentuanya, Raja Muhammad yang marah
terhadap perbuatan Merah Gajah yang mencabut rambut emas Puteri Betong
hingga menyebabkan kematiannya.

Puteri Betong
1. Puteri Betong ialah anakanda Raja Muhammad.
2. Puteri Betong merupakan bonda Merah Silu dan Merah Hasum.
1. Suami Puteri Betong bernama Merah Gajah.
3. Baginda mempunyai sehelai rambut berwarna keemasan di tengah-tengah kepalanya.
4. Puteri Betong meninggal dunia apabila rambut emasnya itu dicabut oleh Merah
Gajah.

Megat Iskandar
1. Megat Iskandar ialah saudara kandung kepada Megat Kedah dan Sultan Maliku'l-
Nasar.
2. Megat Iskandar seorang yang pengasih dan baik hati.
Megat Iskandar sanggup menerima Merah Silu yang tiada tempat perlindungan
dan tinggal di Buluh Telang

PLOT 1. Peristiwa-peristiwa dalam cerita ini dijalin secara kronologi.


2. Pada bahagian pengenalan atau eksposisi, diceritakan tentang Merah Gajah yang
berkahwin dengan Puteri Betong dan dikurniai dua orang anak, iaitu Merah Silu
dan Merah Hasum. Puteri Betong mangkat selepas sehelai rambut emasnya dicabut
oleh Merah Gajah. Peristiwa itu telah mencetuskan perbalahan keluarga hingga
mencetuskan peperangan antara dua buah negara.
3. Plot terus berkembang apabila Merah Silu dan Merah Hasum keluar dari negeri
asal mereka, Semerlanga kerana keluarga mereka sudah porak-peranda. Mereka
merantau dan membuka negeri Beruana. Di sinilah Merah Silu menjadi kaya-raya
apabila cacing gelang-gelang dalam bubunya bertukar menjadi emas setelah direbus.
4. Pada bahagian perumitan, Merah Silu keluar dari Beruana kerana adindanya tidak
suka akan sikapnya yang dikatakan suka melakukan kerja yang sia-sia. Merah Silu
terus merantau hinggalah bertemu dengan Megat Iskandar di Buluh Telang. Megat
Iskandar sangat mengasihinya hingga mahu mengangkat Merah Silu sebagai raja di
situ. Namun, cadangan itu dibantah oleh Tun Aria Benong.
5. Plot mencapai kemuncak atau klimaks apabila Sultan Maliku'l-Nasar datang ke negeri
Buluh Telang dan menyerang Merah Silu setelah baginda dilantik sebagai raja.
Peperangan tersebut berlanjutan hingga ke beberapa tempat.
6. Pada bahagian peleraian, Sultan Maliku'l-Nasar kalah dalam peperangan tersebut.
Baginda berundur ke Kumat tetapi akhirnya diserang oleh Megat Iskandar. Akhirnya,
Merah Silu ditabalkan secara rasmi sebagai Raja Rimba Jerun.

LATAR Latar Tempat


1. Di Semerlanga. Negeri asal Merah Silu dan Merah Hasum sebelum mereka keluar
merantau.
2. Di Beruana. Perkampungan baru yang dibuka oleh Merah Situ dan Merah Hasum.
3. Di Kerbau Kampung. Tempat Merah Situ memikat kerbau liar.
4. Di hulu Sungai Pasangan dan di hulu Karang. Tempat persinggahan Merah Situ
ketika dalam perjalanan selepas mengambil keputusan keluar dari tempat Merah
Hasum.
5. Di Buluh Telang. Peristiwa Merah Situ bertemu dengan Megat Iskandar.
6. Di Benua, di Pertama Terjun, di Gunung Telawas, dan di Kumat. Sultan Maliku'l-
Nasar melarikan diri selepas berlaku peperangan dengan Merah Silu.
7. Di Rimba Jerun. Merah Silu ditabalkan menjadi raja oleh Megat Iskandar.

Latar Masa
Latar masanya adalah ketika Puteri Betong mengandungkan Merah Silu hingga
Merah Silu dewasa dan dirajakan oleh Megat Iskandar di Rimba Jerun.

Latar Masyarakat
1. Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja. Contohnya, Merah
Silu telah ditabalkan sebagai raja di Rimba Jerun.
2. Masyarakat bangsawan yang gemar berperang. Contohnya, Raja Muhammad dan Raja
Ahmad berperang hingga banyak rakyat terkorban dan cedera.
3. Masyarakat yang gemar berpindah-randah dan membuka negeri baru. Contohnya,
Merah Gajah dan Merah Hasum meninggalkan negeri asal mereka, Semerlanga dan
membuka perkampungan baru bernama Beruana.
4. Masyarakat yang percaya kepada mitos. Contohnya, Merah Silu telah membawa
pulang cacing gelang-gelang yang memenuhi bubunya selama beberapa hari. Apabila
direbus, cacing gelang-gelang itu telah bertukar menjadi emas dan buihnya bertukar
menjadi perak.
5. Masyarakat yang suka melakukan pekerjaan yang sia-sia. Contohnya, Merah Silu
suka memikat kerbau liar dan bersabung ayam.
6. Masyarakat yang menghormati keturunan raja. Contohnya, Megat Iskandar amat
menghormati Merah Silu hingga bermuafakat dengan orang besar-besar, orang
tua-tua, dan segala rakyat di negeri itu untuk mengangkatnya sebagai raja.

NILAI MURNI 1. Nilai taat setia. Setiap rakyat haruslah menumpahkan taat setia kepada rajanya.
Contohnya, rakyat jelata taat akan anak raja yang bernama Merah Silu.
2. Nilai murah hati. Kita haruslah bermurah hati kepada orang lain seandainya
berkemampuan. Contohnya, Merah Silu menghadiahkan seekor kerbau kepada
mereka yang bermain sabung ayam dan orang yang datang menonton.
3. Nilai berdikari. Sikap berdikari dapat mematangkan diri agar tabah dengan cabaran
hidup. Contohnya, Merah Silu mencari negeri baru kerana tidak mahu bersama-
sama dengan adiknya Merah Hasum.
4. Nilai keberanian. Semangat berani harus ada dalam diri pemimpin. Contohnya,
Merah Silu berani menentang musuh-musuhnya dalam peperangan.
5. Nilai baik hati. Kita haruslah baik hati dan bersedia membantu insan yang
memerlukan. Contohnya, Megat Iskandar menerima kedatangan Merah Silu dengan
tangan terbuka dan membenarkan baginda tinggal di Buluh Telang.
PENGAJARAN 1. Kita janganlah melakukan perbuatan yang dapat memudaratkan orang lain.
2. Kita hendaklah menyelesaikan masalah yang timbul di meja rundingan bukannya
melalui peperangan.
3. Janganlah suka menganiayai haiwan kerana haiwan adalah makhluk Tuhan yang
bernyawa.
4. Kita hendaklah berani menentang musuh.
5. Nasihat yang baik perlu dijadikan teladan walaupun daripada orang yang lebih
muda.
6. Kita haruslah menghargai budi baik dan kepercayaan orang lain dengan sebaik
mungkin.

Latihan: Merah Silu

Baca prosa tradisional Merah Silu dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikut dengan
jawapan anda sendiri.

1. Apakah tindakan Merah Silu setelah mendapati bubunya dimasuki cacinh gelang?
2. Apakah maksud rangkai kata setelah putus bicara dua bersaudara itu?

3. Jelaskan kemana dan mengapa Merah Silu berpindah dari satu tempat ke satu tempatsebelum
dirajakan di Rimba Jerun.

4. Nyatakan perkara atau perbuatan yang menjadikan Merah Silu menjadi terkenal.

3.Hikayat Indera Nata

SINOPSIS
Kisah bermula bermula apabila Indera Jenaka tiba ke negeri Rom setelah sekian lama
mengembara dan sampai ke rumah bondanya Si Batu Kembar . Bondanya bertanya tentang
Si Piatu. Indera Jenaka memberitahu bahawa Si Piatu itu sebenarnya adalah Indera Nata
yang berani dengan segala binatang buas dan boleh bercakap dengan segala binatang.
Indera Nata telah menyeberangi lautan dengan bantuan ular sakti ke negeri Pattani. Indera
Nata juga telah menyelamatkan Indera Jenaka daripada dibaham binatang buas. Tuanku
Syah Alam mengkagumi Indera Nata apabila mendengar cerita daripada Indera Jenaka.

Kisah selanjutnya, Indera Nata pergi mengembara dan ternampak sebuah bukit yang
terlalu tinggi dan terdapat sebuah rumah di situ. Di sebelah rumah tersebut terdapat
sebuah mahligai dan dia melihat tujuh orang puteri di dalamnya . Indera Nata
memperkenalkan dirinya sebagai anak Raja Rom dan memberitahu tujuannya datang atas
perintah ayahandanya mencari gajah bergadingkan emas. Puteri-puteri itu gembira dengan
kedatangan Indera Nata dan memperkenalkan diri mereka yang berasal dari negara yang
berlainan. Salah seorang puteri tersebut iaitu Tuan Puteri Cendera Kesuma memberitahu
mereka telah ditawan oleh sepasang suami isteri raksasa untuk dimakan apabila mereka
dewasa. Puteri Cedera Kesuma bercadang meminta pertolongan raksasa untuk mencari
gajah bergading emas bagi membantu Indera Nata mendapatkan gajah itu segera.

Apabila raksasa pulang, Indera Nata disembunyikan di dalam peti emas dan puteri-puteri
itu membuat helah kepada raksasa dengan mengatakan jika hendakkan mereka cepat
dewasa dan boleh dimakan hati mereka , perlulah mencari gajah bergading emas. Raksasa
pergi ke hutan mencari gajah bergading emas dan secara kebetulan terserempak dengan
Raja Rom yang menaiki gajah bergading emas dan pengikut-pengikutnya pergi berburu .
Raksasa berasa gembira dan telah membunuh mereka semua dan membawa balik gajah
bergading emas.
Sekali lagi Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah supaya raksasa mencari kijang
putih bertanduk emas dan memberikan kain hitam untuk dicuci sampai putih sebagai
tanda sayang raksasa kepada mereka. Raksasa lelaki keluar mencari kijang putih bertanduk
emas sementara raksasa perempuan pergi mencuci kain hitam supaya menjadi putih. Pada
masa itulah, Indera Nata membawa ketujuh-tujuh puteri melarikan diri dengan menaiki
gajah bergading emas bersama semua harta dalam mahligai itu.

Kedua-dua raksasa itu gagal mencari kijang putih bertanduk emas dan memutihkan kain
yang hitam, mereka kembali ke mahligai dan mendapati gajah bergading emas dan ketujuh-
tujuh puteri telah hilang. Kedua-dua raksasa terlalu marah dan segera mengikuti kesan
tapak kaki gajah dan akhirnya ternampak ketujuh-tujuh puteri bersama Indera Nata di atas
gajah. Indera Nata dan ketujuh-tujuh puteri menangis ketakutan apabila mendengar suara
raksasa sehingga sampai ke tepi pantai. Indera Nata meminta Betara Gangga dengan
menggunakan gemala hikmat dan Betara Gangga mengarahkan ular sakti dan naga
membawa Indera Nata dan ketujuh-tujuh puteri menyeberangi lautan. Ular sakti dan naga
tersebut membawa mereka semua ke seberang. Raksasa yang tiba di tepi pantai cuba
menarik Indera Nata dan ketujuh-tujuh puteri di seberang tetapi ular sakti dan naga telah
menarik raksasa ke tengah laut menyebabkan kedua-dua raksasa itu mati.

Indera Nata bersama ketujuh-tujuh puteri telah berjalan selama tujuh hari tujuh malam
sehingga sampai ke rumah bondanya Tuan Puteri Cenderawati. Bondanya sangat gembira
melihat kedatangan mereka. Indera Nata menceritakan semua peristiwa yang berlaku dan
ketujuh-tujuh puteri bercerita tentang diri mereka kepada Tuan Puteri Cederawati. Mereka
semua tinggal bersama Tuan Puteri Cenderawati.

TEMA Pengembaraan Anak Raja Menempuh Pelbagai Cabaran


PERSOALAN • Persoalan keberanian dan kehebatan anak raja
• Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya
• Persoalan kebijaksanaan untuk mendapatkan sesuatu dan menyelamatkan diri
• Persoalan tolong-menolong sesama manusia
WATAK Indera Nata
• Anak kepada Raja Rom dan Tuan Puteri Cenderawati
• Digelar Si Piatu
• Sangat disayangi oleh ibunya - Ibu Indera Nata iaitu Tuan Puteri Cenderawati sangat
bimbang dan bersedih ketika menunggu kepulangan anaknya itu daripada mengembara.
• Mempunyai kesaktian – Indera Jenaka hairan melihat kelakuan Indera Nata yang boleh
bercakap dengan binatang.
• Seorang yang berani –Menyelamatkan Indera Jenaka daripada serangan binatang buas
• Seorang yang baik hati - Menyelamatkan tujuh orang puteri daripada tawanan raksasa.

Tuan Puteri Cendera Kesuma


• Anak Raja Mesir
• Memiliki rupa paras yang cantik
• Menjadi tawanan raksasa .
• Petah berkata-kata -Tuan Puteri bukan sahaja cantik malah pandai berkata-kata dan
berpantun.
• Bijaksana – pandai membuat helah untuk membantu Indera Nata dan untuk
menyelamatkan diri daripada raksasa

Raksasa suami isteri


• Tinggal di mahligai di atas sebuah bukit yang tinggi.
• Kejam – menawan tujuh orang puteri untuk dijadikan makanan.
• Besar, kuat dan gagah. – gerakan mereka berbunyi seperti rebut
• Pemarah dan ganas – membunuh semua rombongan Raja Rom yang pergi berburu untuk
mendapatkan gajah bergading emas yang dinaiki oleh Raja Rom
• Mudah diperdaya – percaya helah yang dibuat oleh Tuan Puteri Cendera Kesuma

Indera Jenaka
• Anak Tuanku Syah Alam dan Si Batu Kembar
• Menghargai jasa – Indera Jenaka menghargai Indera Nata dengan menceritakan kebaikan
dan kelebihan Indera Nata kepada kedua-dua ibu bapanya.
• Seorang yang berterus terang

PLOT • Peristiwa-peristiwa dalam cerita ini dijalin secaraKRONOLOGI

• Pada bahagianPENGENALAN atau EKSPOSISI, Indera Jenaka menceritakan


keberanian dan kehebatan Si Piatu, iaitu nama sebenarnya Indera Nata yang boleh
bercakap dengan binatang buas.

• Plot terusBERKEMBANG dengan pengembaraan Indera Nata dalam usaha


mencari gajah bergadingkan emas. Indera Nata sampai di puncak sebuah bukit. Di
situlah Indera Nata bertemu dengan tujuh orang puteri yang menjadi tawanan
raksasa suami isteri.Indera Nata bersetuju menyelamatkan mereka daripada
dimakan raksasa.

• Pada bahagianPERUMITAN, Tuan Puteri Cendera Kesumamencari jalan untuk


memperdayakan raksasa suami isteri.Baginda meminta raksasa mencari gajah
bergandingkanemas supaya hati mereka lekas besar.

• Plot mencapai tahapPUNCAK atauKLIMA KS apabila Indera Nata dan puteri-


puteri itu melarikan diri ketika raksasa keluar mencari kijang bertandukkan emas
dan mencuci kain yang hitam sehingga menjadi putih. Raksasa naik berang lalu
mengejar mereka hingga ke tepi laut. Raksasa itu dibunuh oleh naga dan lembur atas
perintah Betara Gangga.

• Pada bahagianPELERAIAN, Indera Natamembawa ketujuh-tujuh orang puteri ke


benua Rom. Mereka pun tinggal besama-sama dengan bonda Indera Nata, iaitu Tuan
Puteri Cenderawati.

LATAR
Latar Tempat
i. Negeri Rom (rumah Si Batu Kembar)
• Indera Jenaka menceritakan kepada ibu bapanya siapa Si Piatu dan darihal Indera Nata
ii. Negeri Pattani
• Indera Nata menentang haiwan buas dan menyelamatkan Indera Jenaka dan Indera Nata
boleh bercakap dengan haiwan.
iii. Sebuah bukit yang tinggi
• Tempat tinggal sepasang raksasa suami isteri di sebuah mahligai yang indah bersama-
sama tujuh orang puteri yang ditawan.
iv. Sebuah peti emas
• Tempat Indera Nata disembunyikan oleh Tuan Puteri Cendera Kesuma semasa raksasa
balik ke mahligai.
v. Tepi Laut / Pantai
• Tempat isteri raksasa mencuci kain hitam supaya menjadi putih.
Rumah Bonda Indera Nata (Tuan Puteri Cenderawati)
• Kepulangan Indera Nata bersama tujuh puteri.
• Ketujuh-tujuh puteri menetap di situ.

Latar Masa
• Waktu pagi – raksasa keluar mencari kijang putih bertanduk emas.
• Waktu petang – raksasa tidur.
• Waktu siang – raksasa keluar mencari gajah bergading emas.
• Tujuh hari tujuh malam – perjalanan Indera Nata pulang ke rumah bondanya bersama
tujuh puteri.
• Waktu tengah malam – Indera Nata tiba di rumah bondanya bersam tujuh puteri.
Latar Masyarakat
• Golongan bangsawan – Raja Rom, Tuanku Alam Syah, Tuan Puteri Cenderawati, Tuan
Puteri Cendera Kesuma
• Golongan bawahan – rakyat yang mengikut Raja Rom pergi berburu yang semuanya
dimakan oleh raksasa
• Masyarakat taat kepada perintah – Indera Nata mengikut perintah Raja Rom
mengembara mencari gajah bergading emas
• Masyarakat yang memiliki kesaktian dan hikmat- Indera Nata boleh berinteraksi dan
bercakap dengan haiwan, mempunyai gemala hikmat yang boleh menyeru dan meminta
bantuan Betara Gangga.
• Masyarakat raksasa – sepasang suami isteri raksasa yang tinggal di atas sebuah bukit.
• Masyarakat haiwan – gajah bergading emas, ular sakti dan naga

NILAI MURNI • Nilai Bijaksana – Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah untuk melepaskan diri.
• Nilai Keberanian – Indera Nata berani masuk ke mahligai raksasa dan menyelamatkan
tujuh puteri.
• Nilai Kasih Sayang – Tuan Puteri Cenderawati amat menyayangi Indera Nata.
• Nilai Tolong-menolong - Indera Nata menyelamatkan tujuh puteri daripada tawanan
raksasa dan Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah supaya raksasa mencari gajah
bergading emas bagi membantu Indera Nata.
PENGAJARAN • Kita mestilah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu yang dihajati.
• Kita mestilah saling menyayangi antara satu sama lain supaya dapat hidup harmoni.
• Kita hendaklah bijak menyelesaikan masalah yang timbul.
• Kita mestilah menghargai budi yang diterima dan membalas dengan sebaik-baiknya.
• Kita hendaklah tolong-menolong antara satu sama lain.

Latiahan: Hikayat Indera Nata

Baca prosa tradisional Hikayat Indera Nata dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan dengan
jawapan anda sendiri.

1. Nyatakan reaksi raksasa setelah usahanya mencari kijang bertandukkan emas dan mencuci kain
hitam menjadi putih tidak berhasil .

2. Pada pendapat anda, wajarkah raksasa itu dibunuh oleh ular dan naga? Mengapakah anda
berpendapat demikian?

3. Pada pendapat anda, mengapakah raksasa dan isterinya kembali semula ke rumahnya?
4.Hikayat Khoja Maimun

SINOPSIS Khoja Maimun merupakan saudagar yang amat kaya di negeri Ajam. Isterinya
pula bernama Bibi Zainab. Ketika mereka berjalan-jalan di pasar, mereka telah membeli
seekor bayan dengan harga yang sangat mahal. Mereka juga membeli seekor burung tiung.
Kedua-dua burung itu boleh berkata-kata. Pada suatu hari, Khoja Maimun hendak pergi
belayar untuk berniaga. Maka, tinggallah isterinya bersama-sama dengan burung bayan
dan burung tiung di rumah. Beberapa lama kemudian, Bibi Zainab terkenang akan
suaminya lalu duduk di tingkap memerhati sekeliling. Bibi Zainab terpandang anak raja
yang lalu di depan rumahnya. Anak raja itu juga terpandang wajah Bibi Zainab lalu jatuh
hati kepadanya. Anak raja itu meminta seorang perempuan tua menyampaikan hasratnya
kepada Bibi Zainab. Setelah mendengar cerita perempuan itu, Bibi Zainab menyuruh
perempuan tua itu memberitahu anak raja itu bahawa dia akan bertemu anak raja tersebut
pada malam nanti.
Setelah hari malam, Bibi Zainab memakai pakaian yang indah dan bau-bauan yang
harum. Sebelum Bibi Zainab keluar rumah, dia memberitahu burung tiung akan
perasaannya dan meminta keizinan untuk bertemu dengan anak raja itu. Sebaliknya,
burung tiung memarahi Bibi Zainab kerana berlaku curang terhadap Khoja Maimun.
Bibi Zainab naik marah lalu menangkap burung tiung dalam sangkar. Burung tiung itu
dihempaskannya ke lantai. Burung tiung pun mati. Kejadian yang menimpa burung tiung
itu dilihat oleh burung bayan, tetapi burung bayan pura-pura tidur seolah-olah tidak
mengetahui kejadian tersebut.
Bibi Zainab mengejutkan burung bayan bagi meminta izin keluar rumah untuk berjumpa
dengan anak raja. Burung bayan tahu jika dia melarang, dia akan menerima nasib yang
sama dengan burung tiung. Burung bayan membenarkan Bibi Zainab pergi berjumpa
dengan anak raja itu. Bagaimanapun, sebelum Bibi Zainab keluar, burung bayan telah
menyebut kisah bayan dicabut ekor oleh isteri saudagar. Bibi Zainab tertarik mendengar
kata-kata burung bayan lalu memintanya menceritakan kisah tersebut. Burung bayan pun
menceritakan kisah bayan dicabut ekor sehingga hari menjelang pagi, sehingga Bibi Zainab
tidak jadi berjumpa dengan anak raja.
Pada malam kedua, Bibi Zainab telah bersiap-siap dengan pakaian yang indah dan
bauan yang harum untuk bertemu dengan anak raja. Sebelum Bibi Zainab keluar, dia telah
berjumpa dan meminta izin daripada burung bayan. Burung bayan berlakon memberikan
izin tetapi pada masa yang sama burung bayan menyebut pula kisah Hikayat Taif. Lantas
Bibi Zainab menyuruh burung bayan menceritakan kisah itu. Burung bayan pun
menceritakan kisah Hikayat Taif itu sehingga pagi dan Bibi Zainab tidak jadi bertemu
dengan anak raja pada malam kedua itu kerana hari sudah siang.
Seterusnya, pada malam ketiga, burung bayan mengizinkan Bibi Zainab bertemu
dengan anak raja. Dalam masa yang sama, burung bayan menyebutkan kisah suami
cemburu. Lantas Bibi Zainab meminta burung bayan menceritakan kisah tersebut.
Burung bayan pun menceritakan kisah suami cemburu tersebut sehingga berjaya
melalaikan Bibi Zainab. Pada malam keempat, Bibi Zinab berpakaian indah dan
memakai haruman yang harum untuk berjumpa dengan anak raja. Sekali lagi dia
berjumpa burung bayan untuk meminta izin. Sekali lagi burung bayan memberikan izin
tetapi sebelum Bibi Zainab keluar, burung bayan menyebutkan pula kisah Hikayat
Serimala dengan Pandai Emas. Bibi Zainab meminta burung bayan menceritakan
kisah itu supaya dia boleh mengambil pengajaran untuk dia membuat bakti
kepada suaminya

TEMA Tema yang diketengahkan ialah kebijaksanaan burung bayan dalam memelihara
kesetiaan dan ketaatan seorang isteri, Bibi Zainab.
PERSOALAN 1. Kebijaksanaan akal fikiran penting dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.
2. Isteri yang curang dan derhaka terhadap suami yang menyintainya.
3. Tanggungjawab ahli keluarga terhadap keluarganya penting bagi memastikan
keluarga terus harmoni.
4. Kekayaan harta bukanlah segala-galanya dalam menjamin kebahagiaan rumah
tangga.
5. Kehidupan di dunia ini sentiasa ada dugaan yang perlu dihadapi dengan iman dan
akal yang waras.
6. Keinsafan seorang isteri yang berniat untuk berlaku curang terhadap suaminya.

WATAK Burung Bayan


1. Burung bayan dapat bercakap dengan manusia.
2. Burung bayan dapat meramalkan perkara yang akan berlaku kelak. Burung bayan
memiliki kesetiaan yang tinggi terhadap tuannya, iaitu Khoja Maimun.
3. Burung bayan pandai bercerita dan berhikayat.
4. Burung bayan bijak menyelesaikan sesuatu masalah.
5. Burung bayan bersifat baik hati apabila sentiasa menunaikan permintaan Bibi
Zainab agar bercerita.

Bibi Zainab
1. Bibi Zainab ialah isteri Khoja Maimun.
2. Bibi Zainab memiliki rupa paras yang cantik dan molek.
3. Bibi Zainab berniat untuk berlaku curang terhadap suaminya.
4. Bibi Zainab tidak kuat iman apabila mudah terpikat dengan anak raja.
1. Bibi Zainab seorang yang panas baran kerana tergamak menghempaskan burung
tiung yang menasihatinya agar tidak berjumpa dengan lelaki lain semasa ketiadaan
suami.
2. Bibi Zainab suka mendengar cerita dan hikayat.
Khoja Maimun
1. Khoja Maimun ialah suami Bibi Zainab.
2. Khoja Maimun merupakan ahli perniagaan yang ternama.
3. Khoja Maimun pandai mencari keuntungan dalam perniagaan.
4. Khoja Maimun bersifat penyayang kerana dia amat menyayangi isterinya.

Burung Tiung
Burung tiung pandai bercakap.
2. Burung tiung kurang bijak dalam menyelesaikan masalah.
PLOT 1. Pada bahagian pengenalan atau eksposisi, digambarkan Khoja Maimun dan
isterinya Bibi Zainab bersiar-siar di pekan. Khoja Maimun merupakan seorang
saudagar kaya di negeri Ajam, manakala isterinya memiliki rupa paras yang cantik dan
tiada bandingannya. Mereka bersepakat untuk membeli burung bayan dan burung
tiung yang pandai bercakap dan bercerita.
2. Cerita mula berkembang apabila Khoja Maimun menyuarakan hasratnya untuk
pergi belayar. Tujuan pelayarannya kali ini adalah untuk menambah kekayaan.
1. Seterusnya, bermulalah konflik yang berlaku dalam diri Bibi Zainab. Pada suatu
hari, Bibi Zainab yang terlalu rindu akan suaminya duduk di tingkap memerhati
keadaan sekeliling. Bibi Zainab terpandang anak raja yang kebetulan lalu di situ. Anak
raja itu juga terpikat akan kecantikan Bibi Zainab.
1. Konflik bertambah rumit apabila Bibi Zainab juga jatuh hari kepada anak raja.
Anak raja itu meminta pertolongan seorang perempuan tua untuk menyampaikan
hasrat hatinya kepada Bibi Zainab. Bibi Zainab berjanji akan bertemu dengan anak raja
itu pada malam hari.
5. Puncak atau klimaks ceritanya adalah ketika Bibi Zainab bersiap-siap hendak
pergi ke istana anak raja itu, burung tiung telah menegur perbuatan Bibi Zainab. Kata-
kata burung tiung itu telah membuatkan Bibi Zainab naik berang lalu menghempas
burung tiung itu ke lantai. Perbuatan Bibi Zainab itu dilihat oleh burung bayan, tetapi
burung bayan berpura-pura tidur kerana bimbang akan menerima nasib yang sama.
6. Pada peringkat pengakhiran cerita, bayan cuba melalaikan Bibi Zainab daripada
bertemu dengan anak raja itu. Bayan pun menceritakan kisah burung bayan dicabut
bulu oleh isteri saudagar, Hikayat Taif, dan kisah suami yang terlalu cemburu
akan isterinya. Akhirnya, Bibi Zainab terhindar daripada perbuatan menduakan
suaminya.
LATAR Latar Tempat
1. Di negeri Ajam. Khoja Maimun menetap di negeri Ajam.
2. Di pekan. Khoja Maimun dan isterinya, iaitu Bibi Zainab telah pergi bersuka ria di
pekan dan telah membeli burung bayan dan burung tiung.
3. Di rumah Koja Maimun. Bibi Zainab telah mendengar semua cerita yang disampaikan
oleh bayan di rumah dari malam hingga pagi.
4. Di negeri Istanbul. Kisah bayan yang telah dicabut bulunya telah berlaku di negeri
Istanbul.
5. Di istana raja Tabristan. Taif telah pergi ke negeri Tabristan untuk memperhambakan
dirinya kepada Raja Tabristan.
6. Di padang. Gajah berjalan di sebuah padang. Di tengah padang itu, iaitu di bawah
pohon yang rampak, gajah telah berteduh. Semasa gajah berteduh, isterinya telah
bersuka ria dengan seorang hamba di atas belakangnya.
7. Di istana raja Syah Alam. Seorang saudagar telah mengadap Duli Syah Alam di
istana untuk memperhambakan diri dan menghadiahkan berbagai-bagai barang yang
baik-baik kepada Duli Syah Alam.
8. Di kubur Tuan Syeikh. Di kubur Tuan Syeikh, bayan telah menipu isteri saudagar
yang telah mencabut bulunya dengan menyuruh isteri saudagar itu mencukur rambut
dan keningnya.

Latar Masa
1. Pada waktu malam. Sewaktu Bibi Zainab bersiap-siap untuk berjumpa dengan anak
raja.
2. Pada waktu pagi. Sewaktu setiap cerita bayan tamat dan Bibi Zainab tidak jadi bertemu
dengan anak raja.

Latar Masyarakat
1. Masyarakat pedagang. Contohnya, Khoja Maimun pergi belayar untuk menjalankan
perniagaannya.
2. Masyarakat yang dipengaruhi oleh budaya Arab. Contohnya, cerita yang dicerita
oleh burung bayan kesemuanya berlatarbelakangkan negeri di Tanah Arab.
3. Masyarakat isteri yang curang terhadap suami. Contohnya, Bibi Zainab berjanji
untuk bertemu dengan anak raja ketika suaminya, Khoja Maimun tiada di rumah.
4. Masyarakat golongan raja yang menggunakan kuasa dan pangkat untuk memikat
perempuan. Contohnya, anak raja itu cuba memikat Bibi Zainab selepas
terpandang Bibi Zainab di tepi tingkap.
1. Masyarakat burung yang petah bercerita. Contohnya, burung bayan pandai
bercerita tentang kisah burung bayan dicabut bulunya oleh isteri saudagar,
Hikayat Taif, dan kisah suami yang sangat cemburu.

NILAI MURNI 1. Nilai berani. Setiap orang mesti berani menyatakan bahawa sesuatu perbuatan atau
tindakan itu salah. Contohnya, burung Tiung berani menyatakan bahawa perbuatan
Bibi Zainab adalah perbuatan salah.
2. Nilai kasih sayang. Seorang suami mesti menyayangi isterinya sepenuh hati.
Contohnya, Khoja Maimun amat sayang akan isterinya dan berasa berat hati untuk
pergi belayar.
1. Nilai bijaksana. Kebijaksanaan penting dalam melakukan sesuatu tindakan.
Contohnya, burung bayan telah bertindak dengan bijak dalam menyelamatkan Bibi
Zainab daripada melakukan perbuatan salah.
3. Nilai setia. Setia antara satu dengan yang lain merupakan sikap yang terpuji.
Contohnya, isteri saudagar yang amat cemburu sungguh setia kepada suaminya yang
pergi belayar dan berniaga.
4. Nilai jujur. Sikap jujur penting dalam menjamin keharmonian sesebuah rumah
tangga. Contohnya, burung tiung bersikap jujur dengan menyatakan bahawa perbuatan
Bibi Zainab adalah salah.

PENGAJARAN 1. Setiap isteri mesti jujur pada suami supaya tidak berlaku perpecahan dalam
keluarga.
2. Sikap setia antara suami dengan isteri mesti diperkukuh demi kebaikan bersama.
3. Perbuatan menduakan suami mesti dijauhi supaya diri tidak dimurkai Allah dan
dihina oleh masyarakat.
4. Setiap masalah mesti ditangani dengan bijak supaya tidak mendatangkan kesan pada
diri.
5. Kehidupan di dunia ini mempunyai godaan yang mesti dihadapi dengan kekuatan
iman bagi memastikan diri tidak terjerumus ke lembah kehinaan.

Latihan: Hikayat Khoja Maimun

Baca prosa tradisional Hikayat Khoja Maimun dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan di bawah
dengan jawapan anda sendiri.

1. Apakah maksud baris aku mahu memulangkan engkau dengan suamimu?

2. Huraikan dua persoalan dalam hikayat khoja maimun daripada keseluruhan cerita.

3. Pada pendapat anda, mengapakah seseorang isteri harus mentaati suaminya?


1.Ibu dan Ceper

SINOPSIS Ceper ialah sebatang sungai yang menjadi sumber air bagi penduduk kampung dan
pedalaman. Penulis (Shahnon Ahmad cuba membandingkan Sungai Ceper dengan ibu yang
gigih bekerja di sawah, sementara suaminya (bapa penulis) asyik dengan burung ketitir.

Kesulitan hidup yang ditempuhi ibunya digambarkan melalui liku-liku dan keadaan sungai
yang semakin tercemar. Kian hari Sungai Ceper semakin lemah dan tohor akibat pelbagai
sampah yang dibuang ke dalam sungai.

Pada suatu hari ibu telah terpijak tunggul lama menyebabkan dia tidak selincah seperti
dulu. Ibu yang menjadi lumpuh, semakin uzur dan akhirnya meninggal dunia.

Penulis akhirnya membandingkan Sungai Ceper walaupun masih ada namun sudah tidak
berfungsi seperti dulu, iaiti sebagai sumber air kepada penduduk sedangkan ibu sudah
meninggal lama sebelum bapa meninggal dunia.
TEMA Kepentingan air dalam kehidupan.
PERSOALAN •Kesukaran hidup apabila sungai tercemar.
•Setiap yang hidup akan mati.
•Tanggungjawab anak terhadap kedua-dua orang tuanya.

•Menghargai anugerah Allah.


WATAK Ibu
1. Beliau ibu yang bertanggungjawab menyara keluarga.
2. Beliau melakukan pelbagai pekerjaan seperti bersawah padi dan menetak
mengkuang.
3. Beliau wanita yang tabah menempuh apa-apa jua cabaran yang mendatang.
4. Biarpun seorang wanita, namun beliau aktif melakukan aktiviti kemasyarakatan.
Misalnya, ibu sering menyertai kenduri-kendara dan menziarahi keluarga
penduduk yang kematian ahli keluarga.
5. Beliau tidak menyenangi sikap suaminya yang suka menghabiskan masa memikat
burung ketitir.
6. Ada ketikanya beliau menjadi pemarah ekoran bencana alam yang kerap merosakkan
tanaman padinya.
7. Beliau lumpuh setelah terlanggar tunggul kayu. Kecelakaan yang dialaminya kekal
sehingga beliau meninggal dunia.

Ayah
1.Ayah suami yang kurang bertanggungjawab kerana tidak turun ke sawah untuk
menyara kehidupan keluarga.
2. Ayah suka membuang masa dengan hobinya, iaitu memikat burung ketitir.
3. Ayah hanya menjalankan tanggungjawab membantu keluarga setelah didesak oleh
isteri.
4. Beliau berikhtiar mencari sumber makanan lain apabila padi sawah tidak
mendatangkan hasil. Buktinya, ayah membawa balik gadung setiap kali mendenak
ketitir.
5. Ayah seorang yang penyayang. Misalnya, ayah membantu menjaga cucu dan
memicit isterinya yang sakit.
6. Ayah meninggal dunia sebagai akibat jatuh tersungkur di kepala tangga.

Aku
1. Aku anak tunggal dalam keluarga.
2. Aku amat menyayangi kedua-dua ibu bapanya.
3. Aku mewarisi pekerjaan keluarga sebagai pesawah.
4. Aku bertanggungjawab menjaga kedua-dua ibu bapanya yang telah tua.
1. Aku sudah berumah tangga dan beroleh dua orang anak dan sudah bercucu.

PLOT 1. Peristiwa-peristiwa dalam plot cerpen ini disusun secara tidak kronologi.
2. Plot permulaan cerpen ini dimulai dengan pengarang memperkenalkan sebatang
sungai yang dipanggil Sungai Ceper. Sungai Ceper mengalir di sebuah kawasan sawah
padi. Sungai ini masih belum tercemar dan digunakan untuk mengairi sawah padi.
Sungai yang pelbagai gunanya itu diumpamakan seperti kegigihan seorang ibu yang
mengerjakan sawah padi bagi menyara keluarganya.
3. Pada tahap perkembangan, pengarang menjelaskan bahawa ibunya merupakan
seorang wanita yang rajin. Selain bersawah, ibu menetak mengkuang bagi
menampung perbelanjaan keluarga. Ibu aktif juga dalam kerja-kerja
kemasyarakatan.
3. Tahap perumitan adalah apabila suaminya tidak melaksanakan tanggungjawab
sebagai ketua keluarga. Hal ini demikian kerana si suami tidak membantu
mengusahakan sawah padi untuk menanggung kehidupan keluarganya. Suaminya
banyak menghabiskan masa memenuhi hobinya, iaitu memikat burung ketitir.
4. Klimaks cerpen ini adalah apabila ibu tidak dapat bekerja lagi setelah terjatuh
kerana terlanggar tunggul kayu. Sebagai akibatnya, ibu terus lumpuh dan tidak
dapat bergerak lagi. Bapanya pula semakin tua dan tidak dapat berbuat apa-apa
untuk membantu menyara keluarga.
5. Manakala peleraian cerpen ini adalah apabila keadaan Sungai Ceper
digambarkan semakin kotor sebagai akibat pencemaran. Pelbagai bahan buangan
terdapat dalam sungai tersebut sehingga menyebabkan Sungai Ceper gagal
berfungsi lagi. Pengarang membuat tafsiran bahawa kematian ibunya sama
keadaannya seperti yang dialami oleh Sungai Ceper.

LATAR Latar Tempat


1. Latar tempat berlakunya peristiwa dalam cerpen ini adalah di sebuah desa.
2. Di sinilah terdapatnya sebuah kawasan sawah padi dan sebatang sungai yang
mengairinya.
3. Kawasan rimba belantara tempat memikat burung ketitir turut menjadi latar tempat
dalam cerpen ini.
4. Selain itu, telaga tempat mengambil air ketika musim kemarau dinyatakan juga dalam
cerpen tersebut.
Latar Masa
Latar masa dalam cerpen ini adalah pada waktu siang dan malam.

Latar Masyarakat
1. Masyarakat pesawah yang mengusahakan tanaman padi. Contohnya, keluarga
"aku" ialah sebahagian daripada anggota masyarakat yang mengusahakan tanaman
padi.
1. Masyarakat petani yang menjalankan kerja-kerja pertanian secara tradisional.
Contohnya, penduduk di desa "aku" mewakili latar masyarakat ini.
2. Masyarakat petani yang kerap, mengalami kesempitan hidup akibat bencana alam
yang merosakkan tanaman mereka. Contohnya, keluarga "aku" mengalami
kesempitan hidup apabila Sungai Ceper melimpah ruah ketika banjir dan airnya
kering tidak dapat mengairi sawah ketika musim kemarau.
2. Masyarakat yang mempunyai hobi memikat burung. Contohnya, ayah
sanggup menghabiskan masa mendenak burung ketitir di rimba.
3. Masyarakat desa yang hidup saling membantu. Contoh: ibu meluangkan masa
menghadiri kenduri-kendara dan menziarahi jiran yang kematian ahli
keluarga.
1. Masyarakat yang tidak peka terhadap, penjagaan alam sekitar. Contohnya,
tingkah laku tidak bertanggungjawab sesetengah anggota masyarakat telah
menyebabkan Sungai Ceper menjadi kotor.
4. Masyarakat yang prihatin terhadap kebajikan warga tua. Contohnya, "aku"
menjaga ibunya yang sudah tua.
NILAI MURNI 1. Nilai bertanggungjawab. Contohnya, sikap bertanggungjawab sebagai
seorang ibu dan isteri yang ditunjukkan oleh ibu yang mengusahakan sawah padi bagi
menampung kehidupan keluarganya.
2. Nilai kegigihan. Contohnya, walaupun terpaksa menggunakan tulang empat kerat,
ibu tetap gigih bekerja menyara keluarga.
3. Nilai kerajinan. Contohnya, ibu melakukan pelbagai pekerjaan walaupun pekerjaan
tersebut agak sukar bagi seorang wanita.
4. Nilai sabar. Contohnya, ibu terpaksa bersabar melayani kerenah suaminya yang kurang
memberikan perhatian terhadap kebajikan keluarganya.
5. Nilai berdikari. Contohnya, ibu mengusahakan sawah padi sendirian tanpa
mengharapkan bantuan daripada sesiapa.

PENGAJARAN • Kita mestilah menyayangi ibu, menghargai dan menyanjungi jasanya

• Kita mestilah menyayangi dan menghargai alam sekitar

• Sebagai ketua keluarga, kita mestilah bertanggungjawab menjaga isteri dan anak-
anak dan tidak membiarkan isteri sahaja bekerja menyara keluarga

• Janganlah sesekali berputus asa jika sekali gagal atau ditimpa bencana
Rajinlah berusaha kerana kerajinan akan menjadikan kehidupan kita bertambah
baik dan tidak dilanda masalah
Latihan: ibu dan ceper

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan berikut dengan ayat anda
sendri.

Ceper terus menggila dan mengamuk juga sehingga seluruh anak buah kampong kami
menjadi papa kedana tahun itu. Bapa kemudian kembali kepada ketitir juga, tapi setiap kali
bapa pulang dari rimba belantara berdenak burung, bapa pulang membawa gadung seguni dua.
Tahun itu kami makan gadung itulah kerana habis jahanam keran sungai Ceper betul-betul
mengamuk.
Dan ibu waktu itu macam Ceper juga, betul-betul naik angin dan mengamuk. Naik
angin dan mengamuk menentang ceper yang ganas dan tidak berperikemanusiaan itulah. Ibu
akhirnya mengalah, tetapi ibu tidak kalah seterusnya. Apabila Ceper kembali tenang dan air
tidak lagi membedal, ibu kembali ke sawah semula dan tahun berikutnya kami tidak lagi
makan gadung.
Sekali ibu kembali mengamuk lagidan puncanya daripada Ceper itu juga. Kali ini
bukan kerana banjir yang dibawa oleh Ceper yang melanda padi. Musim itu musim kemarau.
Tidak sangka kemarau akan memanjang sampai berbula-bulan. Sawah habis kering. Lembu
kerbau asyik diheret ke Ceper sajauntuk menghilangkan dahaga kerana semua telaga dan
kubang di sawah kering. Baruh-baruh yang dahulunya tidak pernah kering itu pun kering juga.

(Dipetik daripada cerpen”Ibu dan Ceper” oleh


Shahnon Ahmad dalam antologi Harga Remaja,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

1. Apakah kesan kepada penduduk kampung apabila Ceper menimbulkan masalah?


Nyatakan tiga kesan tersebut.
2. Sebagai seorang anak, jelaskan tiga usaha yang dapat anda lakukan untuk menggembirakan hati seorang
ibu yang berhadapan dengan situasi seperti yang digambarkan dalam petikan cerpen di atas.

3. Nyatakan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan dua pengajaran lain yang terdapat
dalam keseluruhan cerpen.

2.Memori Seorang Tua

SINOPSIS Pak Itam (bekas majistret) tinggal di sebuah kampung yang sedang pesat membangun
dengan sektor perindustrian. Itu semua untuk membuka lebih banyak peluang pekerjaan
kepada anak muda yang tidak berminat lagi mengusahakan sawah atau pertanian.Bagi Pak
Itam zaman sekarang bukan lagi berjuang untuk menentang penjajah (orang putih) tetapi
zaman mengisi kemerdekaan.Pada zaman penjajahan dahulu Pak Itam seorang pejuang
bangsa yang kental dan bebarapa kali merengkuk di penjara akibat mengkritik dasar British
yang ”cekik darah” terhadap orang-orang melayu.

Pada hari itu Pak Itam sedang berada di atas kerusi malas tempat dia selalu membaca dan
menelaah akhbar sejak dulu lagi bagi meniup semangat cinta akan tanah air ke jiwa
masyarakat kampungnya.

Pak Itam sedang memikirkan persiapan untuk merayakan hari ulang tahunnya yang ke 85.
Dia rungsing kerana banyak kerja yang belum selesai tetapi nafasnya lega sedikit kerana
dibantu Tuk Mat Sarjan Polis pencen. Tuk Mat amat menghormati Pak Itam seorang tokoh
pejuang Melayu yang hebat. Kali ini Pak Itam akan mengadakan jamuan besar-besaran
kepada semua orang yang mengenalinya. Bukan untuk berbangga tetapi ingin berkongsi
pengalaman perjuangannya menetang ”Orang Putih” dahulu Pada hari itu Pak Itam sedang
berada di atas kerusi malas tempat dia selalu membaca dan menelaah akhbar sejak dulu
lagi bagi meniup semangat cinta akan tanah air ke jiwa masyarakat kampungnya.

Pak Itam sedang memikirkan persiapan untuk merayakan hari ulang tahunnya yang ke 85.
Dia rungsing kerana banyak kerja yang belum selesai tetapi nafasnya lega sedikit kerana
dibantu Tuk Mat Sarjan Polis pencen. Tuk Mat amat menghormati Pak Itam seorang tokoh
pejuang Melayu yang hebat. Kali ini Pak Itam akan mengadakan jamuan besar-besaran
kepada semua orang yang mengenalinya. Bukan untuk berbangga tetapi ingin berkongsi
pengalaman perjuangannya menetang ”Orang Putih” dahulu.

Darah kemelayuan yang dimiliki oleh Pak Itam sangat hebat tetapi kurang dihargai orang
ramai. Dia akan mempamerkan surat dari isterinya Siti Norhidayah yang meninggalkannya
bersama-sama dua orang anak tercintanya sewaktu dia merengkuk dalam penjara.

Tuk Mat telah membereskan semua kerja yang diarahkan untuk menjayakan majlis yang
akan diadakan oleh Pak Itam seperti menjemput tetamu, menyiapkan bahan pameran,
bangsal menjamu selera dan tempat letak kereta. Hanya kepada Tuk Mat diharapkan dapat
menyempurnakan majlis penuh makna itu, jika diharap kepada anak muda maka tak
menjadilah.

Tuk Mat sekeluarga telah banyak mambantu Pak Itam sejak dari dahulu lagi tanpa
mengharapkan balasan. Pada waktu malam bulan purnama Pak Itam terlalu amat gembira
kerana cita-citanya untuk menghimpunkan sahabat-handai, anak kampung Langat dan
lain-lain akan diadakan esok. Persiapan sudah dijalankan dengan sempurna supaya majlis
berjalan lancar.

Pak Itam merasakan dirinya sangat kerdil dan sentiasa bermunajat kepada Allah terutama
pada waktu malam. Malam adalah masa terbaik mendekatkan diri kepada Allah. Tiba-tiba
Pak Itam mengingati kembali Siti Norhidayah, Izwan dan Nuryani Iman. Dia ingin sangat
bertemu dengan anak isterinya yang telah lama terpisah kerana perjuangan.

Pada keesokan harinya Pak Itam telah berpakaian lengkap berbaju melayu yang dijahit oleh
isteri Tuk Mat untuk menyambut tetamu. Pelbagai gerai makanan seperti cendol, roti canai,
rojak, buah-buahan telah siap sedia menyambut kedatangan tetamu. Maka ramailah
penduduk kuala Langat yang datang menjemu, melihat pameran sejarah perjuangan
negarawan Pak Itam sambil berhibur dengan persembahan A.Aziz H.M,kumpulan Teater
Malininya, Zubir bergitar dari Pusat Kebudayaan UM, Cik habsah ”Ulik Mayang” dan
kumpulan Kopratasa yang medendangkan lagu bertemakan perjuangan Pak Itam membela
orang Melayu di bumi tercinta suatu ketika dahulu.

Hati Pak Itam agak hiba kerana tidak ramai orang yang dijemput seperti wartawan, ahli
sejarah, pelajar-pelajar universiti dan anak isterinya tidak hadir. Kehibaan Pak Itam di
pintu pagar turut dirasai oleh Tuk Mat, baginya orang sekarang mudah lupa jasa
pengorbanan manusia seperti Pak Itam yang sanggup kehilangan keluarga semata-mata
mahu melihat Orang Melayu tidak dipencilkan dibumi sendiri oleh penjajah. Tuk Mat
sudah sedia menggantikan Pak Itam menyambut tetamu untuk memberi ruang kepada Pak
Itam berehat dan solat zohor.

Pak Itam menuju ke rumah untuk berehat dan solat, kehadiran tetamu pun beransur reda,
gerai-gerai makanan juga kelihatan berehat begitu juga dengan kumpulan yang membuat
persembahan. Tiba-tiba Rokiah (Kiah) memberitahu Tuk Mat, Pak Itam jatuh pengsang
dan kaku tidak bergerak lagi. Semua hadirin membaca yasin dan suasana menjadi semakin
pilu dengan berita kematian Pak Itam. Seketika selepas itu masuk seorang wanita tua
menghampiri jenazah Pak Itam lalu dia duduk dihujung kakinya sambil meletak jambangan
bunga Ros, selepas itu dia beredar dengan tenang meninggalkan Jenazah. Tuk Mat seorang
sahaja yang tahu siapa wanita itu? Mungkin orang yang ditunggu-tunggu oleh Pak Itam
sejak dari pagi tadi lagi isterinya Siti Nurhidayah.

TEMA Tema cerpen ini ialah semangat patriotik, iaitu tentang keinginan seorang tokoh untuk
berkongsi memori lampaunya dengan masyarakat.
PERSOALAN 1. Sikap kurang prihatin generasi muda yang tidak menghargai jasa tokoh yang
banyak berjasa kepada negara.
2. Pengorbanan demi membuktikan rasa cinta yang mendalam terhadap bangsa
dan negara.
3. Rasa tanggungjawab terhadap nasib yang akan dialami oleh anak bangsa.
4. Kekecewaan pada saat-saat akhir kehidupan seorang nasionalis Melayu.
5. Kecintaan terhadap bangsa dan negara.
6. Cabaran-cabaran yang dilalui pada zaman pramerdeka dalam usaha
mengusir penjajah dan menyemaikan semangat kebangsaan dalam diri orang
Melayu.
WATAK Pak Itam
1. Pak Itam anak Pahang yang berasal dari Kuala Semantan.
2. Beliau berumur 85 tahun.
1. Pak Itam merupakan seorang pejuang tulen kerana keberanian beliau menentang
penjajah Inggeris. Sebagai akibatnya sebahagian besar hidupnya dihabiskan di dalam
penjara, iaitu di Singapura, di Penjara Pudu, di Melaka, dan di Johor.
3. Selain sebagai pejuang nasionalis, beliau merupakan seorang penulis dan wartawan
yang berani.
4. Beliau menganggotai Angkatan Pemuda Insaf, menjadi pemimpin PKMM, dan turut
menentang penubuhan Malayan Union.
5. Beliau seorang intelektual kerana merupakan anak Melayu pertama menyandang
jawatan majistret.
6. Beliau amat membenci orang Melayu yang tergamak menjadi tali barut Inggeris.
2. Hasrat beliau adalah untuk mengumpulkan para wartawan akhbar dan
televisyen, serta penduduk Langat sempena dengan hari jadinya yang ke-85. Di
samping itu, beliau ingin mempamerkan koleksi penulisan beliau.
9. Beliau seorang yang taat akan perintah agama dan kuat beribadah terutamanya
pada waktu malam.
10. Beliau seorang yang baik hati kerana bersedia melayan tetamu yang ingin
bertemu dengannya.
11. Isteri beliau yang bernama Siti Nurhidayah meminta fasakh ketika beliau
berada di penjara.
12. Beliau amat merindui bekas isteri dan dua orang anaknya yang bernama Izwan dan
Nuryani Iman.
13. Beliau tekun mengumpulkan hasil kerja beliau seperti buku, rencana di
majalah, keratan akhbar, dan gambar untuk tatapan umum.
Tuk Mat
1. Tuk Mat bekas anggota polis pencen berpangkat sarjan.
1. Tuk Mat tinggal berjiran dengan Pak Itam.
2. Tuk Mat amat berdisiplin dan menjalankan tanggungjawabnya dengan sempurna.
3. Pipi kanannya berparut kerana terkena peluru Bintang Tiga dalam suatu pertempuran
di Gua Musang semasa zaman darurat.
4. Tuk Mat baik hati kerana beliau dan keluarganya menjaga kebajikan Pak Itam.
5. Tuk Mat seorang yang rajin. Buktinya, beliau banyak membantu Pak Itam dalam
usaha mengadakan sambutan hari lahirnya.

Rokiah
1. Rokiah anak gadis Tuk Mat.
2. Rokiah pelajar Tingkatan Empat. Rambutnya bertocang.
3. Rokiah seorang yang baik hati. Dia banyak membantu Pak Itam, iaitu menghantar
makanan dan mencuci pakaian Pak Itam.

Halimah
1. Halimah anak gadis Tuk Mat juga.
2. Halimah baik hati juga kerana bersilih ganti dengan Rokiah membantu Pak Itam.

Rogayah
1. Rogayah ialah isteri Tuk Mat. Rogayah digambarkan juga seorang yang baik
hati kerana banyak membantu Pak Itam.
1. Rogayah ikhlas membantu Pak Itam. Beliau tidak mahu menerima sebarang bayaran
daripada Pak Itam.

Jali
1.Jali rajin dan banyak membantu Pak Itam menjayakan majlis yang
dianjurkannya.
2. Dia merupakan lulusan daripada ITM dalam jurusan Komunikasi dan
Pengiklanan.
3. Dia membuka sebuah galeri kecil di Arked MARA Kajang.

Siti Nurhidayah

1. Siti Nurhidayah ialah janda Pak Itam yang menuntut fasakh ketika Pak Itam
berada di dalam penjara.
1. Beliau sempat hadir pada hari kematian Pak Itam.
2. Siti Nurhidayah mempunyai dua orang anak, iaitu Izwan dan Nuryani Iman.

PLOT 1. Peristiwa-peristiwa dalam plot cerpen ini disusun secara tidak kronologi.
2. Plot cerpen "Memori Seorang Tua" mempunyai beberapa tahap, iaitu pengenalan,
pengembangan, perumitan, klimaks, dan peleraian. Plot cerpen "Memori Seorang
Tua" ini bermula dengan tahap pengenalan cerita, iaitu mengisahkan
kehidupan zaman muda Pak Itam yang sering keluar masuk penjara kerana
menentang penjajah. Perjuangan untuk memartabatkan orang Melayu amat
menebal dalam jiwanya.
3. Kemudian, plot cerita memasuki tahap pengembangan. Pada tahap ini, Pak
Itam menyatakan hasrat beliau untuk mengadakan sambutan hari jadinya
yang ke-85. Sambutan hari jadi buat pertama kali ini turut diadakannya untuk
berkongsi pengalamannya sebagai pejuang. Dinyatakan juga jasa Pak Itam yang
ingin melihat anak bangsanya hidup dengan sempurna dan bebas daripada
sebarang bentuk penjajahan.
4. Perumitan cerpen ini adalah apabila tetamu yang hadir pada majlis yang
diadakan oleh Pak Itam itu kurang. Pak Itam begitu sayu dan beranggapan bahawa
pengorbanannya selama ini semakin dilupakan.
5. Klimaks cerpen ini adalah apabila Pak Itam menghembuskan nafasnya yang
terakhir di atas sejadah. Orang ramai yang hadir membaca surah Yasin untuknya.
1. Kehadiran seorang wanita yang sudah berumur pada hari kematian Pak Itam
merupakan peleraian cerpen ini. Kehadiran wanita inilah yang dihajati oleh Pak Itam
sejak sekian lama.
LATAR Latar Tempat
1. Latar tempat dalam cerpen ini ialah di Langat, iaitu tempat kediaman Pak
Itam.
2. Selain itu, kediaman Pak Itam dan halaman rumahnya, iaitu tempat majlis dan
pameran diadakan turut menjadi latar dalam cerpen ini.

Latar Masa
1. Latar masa cerpen ini ialah masa sekarang.
2. Peristiwa yang berlaku dalam cerpen ini berlaku pada waktu pagi, tengah hari,
petang, dan malam.

Latar Masyarakat
1. Latar masyarakat yang dipaparkan dalam cerpen ini ialah masyarakat
pejuang yang amat mencintai bangsa dan negara. Contohnya, Pak Itam sanggup
keluar masuk penjara kerana menentang Inggeris demi sayang akan bangsa dan
negara.
1. Masyarakat penulis dan wartawan yang menulis artikel untuk menentang penjajah.
Contohnya, Pak Itam mewakili golongan masyarakat yang menentang penjajah melalui
masa pena.
3. Masyarakat kampung yang masih mengekalkan amalan bekerjasama dan
bergotong-royong. Contohnya, Tuk Mat dan beberapa orang pemuda
membantu Pak Itam mengadakan majlis sambutan hari jadi Pak Itam secara
besar-besaran.
4. Masyarakat yang sanggup berkorban untuk negara. Contohnya, Pak Itam
menolak jawatan majistret yang mampu menjadikan hidupnya mewah demi
perjuangan untuk negara.
5. Masyarakat yang menghargai jasa-jasa pejuang negara. Contohnya, Pak Mat
amat menghargai usaha perjuangan Pak Itam dan anggota kumpulan Kopratasa
menciptakan lagu khas untuk menghargai perjuangan Pak Itam.
Masyarakat yang membantu dengan ikhlas. Contohnya, isteri Tuk Mat yang membantu
Pak Itam tidak mahu menerima sebarang bayaran kerana dia ikhlas membantu Pak Itam.
NILAI MURNI 1. Nilai pengorbanan. Contohnya, Pak Itam sanggup berkorban dengan menolak
kemewahan hidup demi cinta akan bangsa dan negara. Beliau menolak jawatan
sebagai majistret.
2. Nilai semangat patriotik. Contohnya, Pak Itam memiliki semangat patriotik yang
tulen menentang Inggeris melalui mata penanya dan juga penentangan secara
terus.
3. Nilai baik hati. Contohnya, Rokiah dan Halimah membantu membasuh pakaian Pak
Itam.
4. Nilai merendah diri. Contohnya, Pak Itam terasa dirinya kerdil dan senantiasa
mengagungkan kebesaran Tuhan.
5. Nilai murah hati. Contohnya, Pak Itam membiayai segala perbelanjaan menyediakan
makanan dan keperluan lain untuk menjamu tetamu yang hadir pada majlis hari
jadinya.
6. Nilai kasih sayang. Contohnya, Pak Itam amat menyayangi bekas isterinya dan dua
orang anak yang telah meninggalkannya semasa dia berada di dalam penjara.
PENGAJARAN 1. Kita hendaklah cinta akan bangsa dan negara dan tidak membiarkannya dijajah
orang bangsa lain.
2. Kita perlulah sanggup berkorban demi negara yang tercinta serta tidak terlalu
mengutamakan kepentingan diri sendiri.
3. Kita hendaklah senantiasa mentaati suruhan Tuhan dengan meningkatkan amalan
ibadah.
4. Kita hendaklah menjaga kebajikan warga emas yang telah banyak meninggalkan jasa
kepada kita.
5. Warga muda hendaklah tahu mengenang jasa tokoh yang banyak berkorban untuk
bangsa dan negara.
6. Kita hendalah meneladani semangat tokoh terdahulu yang memiliki semangat
juang yang jitu.

Latihan: Memori seorang tua

Baca cerpen Memori seorang tua dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang diberikan dengan ayat
anda sendiri.

1. Apakah hasrat Pak Itam berdasarkan cerpen ini?

2. Pada pendapat anda, wajarkah tindakan bekas isteri Pak Itam meminta cerai?

3. Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya untuk memupuk semangat patriotik dalam kalangan pelajar
sekolah.
3.Israk

SINOPSIS
Maikraj memanggil-manggil Wah (nenek) setiba di kampung tempat dia dilahirkan dahulu
bersama Israk (abang), ayah (Adam) dan ibunya. Wah muncul dari lembah Sungai Perak
terus menyapa anak-cucunya yang sedang menunggu. Mereka naik ke rumah Wah yang
uzur itu, jelas terbayang ketidakselesaan pada Israk.

Wah menjemput mereka makan buah durian yang baru dikutip di kebun pagi tadi. Mikraj,
abah dan ibu begitu gemarkan durian ”kucing tidur” rasanya enak sekali. Israk enggan
menjamah buah durian yang dihulurkan oleh Abah tetapi menolaknya dengan baik kerana
menghormati bapanya. Pada masa itu Wah sedang solat dibiliknya sambil diperhatikan
oleh Mikraj.

Selepas itu Israk cuba memperkecil-kecilkan cenkodok dan air teh yang dihidangkan
kepadanya oleh Wah. Mikraj marah dan tidak suka dengan sikap Israk, dia cuba menasihati
Israk supaya menghormati Wah ”tanpa Wah siapalah kita”. Rumah Wah ini sudah buruk
tetapi masih boleh berlindung daripada panas dan hujan. Rumah pusaka itu dipertahankan
oleh Wah walaupun ingin dibeli oleh Majlis Daerah untuk dijadikan pusat pelancongan.
Lebai Saleh telah membantu Wah mempertahankan rumah itu. Sebenarnya Lebai Saleh
menjadi buah hati Wah tetapi dia berkahwin selepas belajar di Mesir manakala Wah
berkahwin dengan Firdaus Frank.

Cerita hubungan Israk dan Wah yang tidak begitu rapat berpunca daripada tindakan atuk
”Perth” yang melarikan Israk sejak kecil lagi. Wah sebenarnya yang menjaga Israk sejak
berumur satu hari. Oleh itu Mikraj cuba mendekatkan abangnya dengan neneknya.
Malangnya Israk suka mengada-maga, sering kali memaki, menyindir dan menyakiti hati
Wah kerana menganggap orang tua itu tidak setaraf dengannya yang bakal menjadi seorang
ahli korporat tidak lama lagi. Berbanding Mikraj, anak itu sangat menyanyangi Wah, dia
sempat bergelak ketawa dan bersama-sama Wah ke kebun walaupun Israk
menyombongkan dirinya. Mikraj mahu Israk menghargai pengorbanan Wah dan
merapatkan hubungan dengan neneknya itu kerana Israk tidak tahu penderitaan dan
keperitan hidup yang telah dilalui oleh Wah neneknya yang penuh dengan nolstagia itu.
Bagi Mikraj Wah merupakan seorang wanita istimewa, mempunyai ketahanan jiwa yang
hebat, berani dan berjaya menghadapi cabaran hidup dan kini keseorangan di kampung.
Perkara ini sepatutnya disedari oleh Israk.

Sepanjang hari semasa berada di rumah Wah, Israk amat tidak selesa dari segi makanan
kerana dia dihidangkan nasi dan tempoyak dan ikan sungai. Dia juga tidak dapat menonton
televisyen kerana Wah hanya ada sebuah TV yang sudah pun rosak. Israk mahu balik
dengan segera ke Kuala Lumpur kerana tak sanggup berada di kampung yang serba serbi
kekurangan itu. Jelas terbayang kesedihan pada wajah tua Wah, Mikraj tahu Wah benar-
benar terasa akan kata-kata abangnya itu.

Pada suatu pagi Israk terpaksa mandi di sungai kerana air paip di rumah Wah terputus
bekalan. Mikraj telah mencabar abangnya supaya mandi di sungai dengan tanpa
pengetahuan Wah kerana pagi-pagi lagi dia sudah ke tepi sungai seperti hari-hari biasa.
Israk mencapai sehelai tuala lalu terus ke sungai tanpa mengetahui kawasan sungai itu
amat dalam sekali.Mikraj terkejut tiba-tiba bayang-bayang abangnya tidak kelihatan lagi.
Dia memanggil Wah supaya menyelamatkan Israk yang telah lemas di sungai itu .Biasanya
tempat orang mandi di tebing sungai tepi rumah Lebai Saleh kerana di situ lebih selamat
airnya tidak dalam sangat. Dulu Kakak Wah pernah lemas di tempat tersebut dan mayatnya
ditemui penduduk sehari kemudian.

Wah mencari-cari cucunya itu lalu lalu dilihatnya Israk hanya berpaut pada tali sauh yang
sudah reput. Wah menghulurkan sebatang kayu menarik Israk sekuat-kuatnya ke tebing
sungai walaupun tenaganya lemah namun dikuatkan juga demi cucunya yang tersayang.
Akhirnya Israk berjaya diselamatkan, mulai saat itu sikap ego dan sombong Israk terhadap
Wah telah berjaya dilenyapkan. Dia tidak memandang rendah lagi kepada Wah kerana
telah insaf. Sewaktu makan malam Israk telah mengejutkan Mikraj kerana meminta jering
dan tempoyak daripada Wah untuk disantapnya. Adam sangat gembira dengan perubahan
yang berlaku pada anaknya itu.
TEMA Cerpen ini mengutarakan tema tentang jati diri remaja kota yang kian terhakis
PERSOALAN 2. Kasih sayang nenek terhadap cucunya.
3. Generasi muda yang lebih senang dengan kehidupan di bandar.
1. Sikap mementingkan diri dan ego seorang pemuda yang mendapat pendidikan di
luar negara.
4. Ketenangan seorang nenek dalam menyelesaikan perbezaan pendapat cucu-cucunya.
2. Kepentingan melihat asal usul diri dan sejarah keluarga.
3. Penghargaan terhadap adat resam dan budaya masyarakat yang tinggal di luar bandar
WATAK Israk
1. Israk merupakan anak sulung kepada Adam dan Hawa.
2. Israk merupakan cucu sulung Wah.
2. Datuknya ialah Firdaus Frank, iaitu anak buah Frank Swettenham.
3. Sewaktu kecil Israk dipelihara oleh Wah tetapi kemudian dilarikan oleh atuk Perth
dan dibesarkan di Perth, Australia.
4. Israk menyambung pengajiannya dalam bidang korporat.
5. Israk tidak suka tinggal di rumah neneknya yang bernama Wah. Dia tidak dapat
menyesuaikan diri dengan keadaan di rumah neneknya yang serba kekurangan.
6. Israk tidak suka akan makanan kampung seperti jering dan tempoyak.
7. Israk bersikap ego dan berlagak sombong.
8. Israk sering bertikam lidah dengan adiknya, Mikraj. Israk sering bertengkar dengan
adiknya kerana berbeza pendapat.
9. Israk sering menghina, mengeji, serta menyakiti hati Wah. Israk tidak
mempedulikan perasaan Wah dan sering menganggap penduduk kampung kolot.
10. Israk insaf dan sedar akan kesalahannya. Setelah diselamatkan oleh Wah
daripada lemas di Sungai Perak, Israk mula berubah sikap. Akhirnya, dia memakai
baju melayu.

Mikraj
1. Mikraj merupakan anak kedua kepada Adam dan Hawa.
2. Mikraj merupakan cucu kedua Wah.
3. Mikraj merupakan adik kepada Israk.
4. Mikraj suka tinggal di kampung.
5. Mikraj amat menyayangi Wah.
6. Dia tidak suka akan layanan dan tindakan Israk yang keterlaluan terhadap Wah.
7. Mikraj selalu bertikam lidah dengan Israk kerana perbezaan pendapat.
8. Mikraj berbakat dalam bidang sastera.

Wah
1. Wah merupakan ibu kepada Adam.
2. Dia nenek kepada Israk dan Mikraj.
3. Dia masih kuat dan bertenaga.
4. Wah warak dan taat akan agama.
1. Wah telah berkahwin dengan Firdaus Frank, iaitu anak buah Frank Swettenham.
5. Wah tabah menerima kenyataan. Wah tabah menerima kematian suaminya, Firdaus
Frank yang meninggal dunia ketika kandungan Wah berusia sembilan bulan, tiga
hari.
6. Wah memelihara cucunya, Israk sejak berusia satu hari sehinggalah cucunya itu
dilarikan oleh atuk Perth ke Perth, Australia.
7. Wah seorang yang amat taat akan perintah agama kerana dia lahir dalam kalangan
orang alim.
8. Wah amat sayang akan anak, menantu, dan cucu-cucunya. Dia sentiasa mengambil
berat terhadap kebajikan mereka.
9. Wah berpegang teguh pada janji. Dia tidak mahu menjual rumahnya kepada
Majlis Daerah bagi dijadikan pusat pelancongan kerana dia telah berjanji dengan
ibunya untuk tidak menjual rumah tersebut.
10. Wah bersemangat kental dan berani. Wah menghulurkan sebatang kayu kepada
Israk semasa Israk terjatuh ke dalam sungai. Wah telah berusaha sedaya upaya menarik
Israk naik ke tebing juga.
PLOT 1. Pada permulaan cerita, digambarkan bahawa Israk dan keluarganya pulang ke
rumah Wah di Kampung Sayong. Israk kelihatan tidak selesa dengan suasana di
kampung itu kerana dia dibesarkan di luar negara.
2. Konflik bermula antara Israk dengan adiknya, Mikraj. Mikraj dapat menyesuaikan
diri dengan kehidupan di kampung, sebaliknya Israk ego dengan statusnya
sebagai orang bandar. Israk sering juga menyakiti hati Wah. Oleh itu, Israk dan Mikraj
sering bertikam lidah. Mikraj tidak suka akan tindakan Israk yang keterlaluan
terhadap Wah. Bagi Mikraj, Israk tidak sepatutnya menyakiti hati Wah kerana
Wah telah menjaga Israk sejak dia berumur satu hari sehinggalah dia dilarikan oleh
atuk Perth.

3. Pada puncak atau klimaks cerita ini digambarkan bahawa Israk terjatuh ke dalam
sungai ketika dia hendak mandi apabila bekalan air paip di rumah Wah terputus.
Israk yang hampir lemas telah diselamatkan oleh Wah. Wah menghulurkan
sebatang kayu kepada Israk. Wah berusaha sedaya upaya untuk menarik Israk naik
ke tebing. Tindakan Wah itu menyebabkan Israk tertunduk malu, namun egonya
masih menebal.

4. Plot memasuki tahap peleraian apabila ibu bapa Israk dan Mikraj balik ke
kampung. Mereka agak terkejut melihat perubahan yang berlaku pada diri Israk.
LATAR Latar Tempat
Latar tempat dalam cerpen ini adalah terhad. Misalnya, di rumah Wah, di Kampung
Sayong, Perak.

Latar Masa
Latar masa dalam cerpen ini adalah terhad. Misalnya, pada musim durian, dan pada
waktu pagi, iaitu sewaktu Israk mahu mandi di sungai.

Latar Masyarakat
1. Masyarakat Melayu yang sudah lama menetap di luar negara. Misalnya, Israk
dibesarkan di Perth.
2. Masyarakat warga emas yang amat menyayangi anak cucunya. Misalnya, Wah amat
menyayangi anak cucunya.
3. Masyarakat yang sukar menyesuaikan diri dengan kehidupan di kampung.
Misalnya, Israk berasa tidak selesa tinggal di rumah neneknya di kampung yang serba
kekurangan.
4. Masyarakat yang amat menghargai pengorbanan orang tua. Misalnya, Mikraj kagum
akan ketabahan dan kegigihan yang dimiliki oleh Wah.
5. Masyarakat yang insaf atas kesalahan yang dilakukan. Misalnya, Israk insaf dan
mula berubah sikap setelah dia diselamatkan oleh Wah ketika terjatuh ke dalam
sungai.
NILAI MURNI 1. Nilai hormat akan ibu bapa. Contohnya, Israk menolak pelawaan ayahnya
untuk makan durian dengan baik.
2. Nilai jati diri yang tinggi. Contohnya, Mikraj suka tinggal di rumah Wah, di
Kampung Sayong. Mikraj juga suka akan buah-buahan tempatan.
3. Nilai kasih sayang. Contohnya, Wah amat sayang akan anak, menantu, dan
cucu-cucunya. Wah tetap menyayangi Israk walaupun Israk menunjukkan rasa
kurang senangnya tinggal di kampung.
4. Nilai ketabahan. Contohnya, Wah tabah menerima kenyataan apabila suaminya
meninggal dunia ketika kandungannya berusia sembilan bulan tiga hari.
5. Nilai taat akan perintah agama. Contohnya, Wah segera mengerjakan solat
sebaik-baik sahaja azan habis dilaungkan.
PENGAJARAN 1. Janganlah lupa akan asal usul kita. Contohnya, Israk yang dibesarkan di luar
negara lupa akan asal usulnya yang pernah dijaga oleh neneknya di kampung.
2. Kita haruslah bijak menyesuaikan diri dengan keadaan setempat. Contohnya,
Mikraj pandai menyesuaikan dirinya dengan suasana di kampung walaupun dia
tinggal di bandar.
3. Kita hendaklah mentaati perintah Tuhan dengan mengerjakan segala suruhannya.
Contohnya, Wah rajin bersolat.
4. Janganlah bergaduh dengan adik-beradik sendiri. Contohnya, Israk dan Mikraj
sering bergaduh kerana perbezaan pendapat. Sikap mereka ini tidak disukai oleh
Wah.
5. Kita hendaklah memberikan nasihat yang baik bagi mengelakkan berlakunya
perkara yang tidak diingini. Contohnya, Wah menasihati Israk dan Mikraj
supaya tidak bertengkar.

Latihan: israk

Baca cerpen israk dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan berikut dengan jawapan anda sendiri.

1. Sekiranya anda ialah Mikraj, bagaimanakah langkah terbaik untuk menyedarkan Israk daripada sikap
egonya?

2. Mengapakah Israk sering berkelakuan negetif?

3. Pada pendapat anda, apakah kaedah terbaik untuk menginsafkan Israk?


4.Pemain Catur

SINOPSIS Uj mencabar adiknya Um untuk bertarung kehebatan bermain catur. Uj menuduh adiknya
itu telah berlatih dengan bersungguh-sungguh untuk menyaingi kehebatannya bermain
catur. Um sentiasa merendah diri kepada abangnya itu, dia memberitahu tujuan dia
berlatih dengan adik-adiknya yang lain iaitu Ul,Us Uk dan Ur adalah sekadar hendak
meningkatkan lagi kemahiran dalam bermain catur. Um sebenarnya lebih memikirkan
bagaimana cara untuk mengubati penyakit ibunya tetapi Uj menyerah saja perkara itu
kepada doktor yang telah digaji oleh mereka merawat ibu. Um bukan seorang doktor nada
kemarahan Uj tersembur juga akhirnya kepada Um. Um mendapat layanan dan didikan
yang lebih sempurna berbanding yang lain kata Us.

Uj berbangga dengan sejarah keluarganya yang lahir daipada keturunan yang tekenal
sebagai pemain catur yang terhandal di dunia. Uj memberitahu keturunnannya berasal
daripada moyang mereka yang bernama al-Hakam yang sangat hebat bermain catur
berbanding Abu Bakar Yahya as-Suli tetapi namanya tenggelam kerana tidak pandai
menonjolkan diri seperti as-Suli. Uj mengatakan permainan catur banyak menguji minda
dan yang mula diperkenalkan oleh orang Arab ke Benua Eropah pada kurun ke-8 selepas
menakluki semenanjung Liberia.

Uj meneruskan lagi ceritanya tentang al-Hakam yang mengembara ke seluruh dunia untuk
menyebarkan islam termasuk Tanah Melayu. Mereka adalah keturunan al-Hakam pemain
catur yang amat disegani itu. Um mengakui dia tidak pandai bermain catur tetapi dam haji
dan dam apit bolehlah dia mainkan. Bagi Uj itu adalah permulaan kepada permainan catur
dan memilih Um sebagai pemyambung warisan itu setelah dia meninggal dunia. Menurut
Uj, dunia catur zaman silam terbahagi kepada ashtapada, senet dan petteia. Di india
dipanggil chaturaga pada kurun ke-5 Masihi, kemudian berkembang pula ke Parsi dan
tanah Arab yang dikenali shatranj. Um perlu mengetahui sejarah permainan catur agar
menjadi seorang pemain yang handal dan profesional suatu hari nanti.

Um mulai tertarik dan lebih bersemangat dengan permainan catur apabila mendengar
syarahan abangnya untuk mengembalikan maruah nenek moyang mereka yang terkenal
sejak zaman-berzaman itu.Sebelum melatih adiknya Uj menguji kemahiran Um bermain
dam haji mereka menyusun buah-buah catur, selepas itu memulakan permainan. Uj
kemudiannya merangkul bahu Um kuat-kuat sambil megeluarkan kata-kata semangat”
Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama” rangsangan itu diasak ke dada
Um untuk memecahkan minatnya kepada permainan catur.
Uk telah memberitahu Uj bahawa sekarang Um sedang menelaah buku besar dan tebal
tentang permianan catur. Dia ingin mengkaji rahsia untuk berjaya sebagai seorang pemain
catur. Uk mengatakan Um ingin menyaingi kehandalan abang Uj bermain catur. Um
dikatakan ingin merampas gelaran yang dimiliki oleh Uj. Dengan gelaran IGM abang Uj
memperlekehkan Um yang baru mendapat gelaran FM dengan menggunakan pengaruhnya.
Uk menembah bahawa Um tidak sabar lagi menunggu abang Uj meyerahkan gelaran itu
kepadanya menyebabkan dia seolah-olah ingin mencabarnya (abang Uj).

Ekoran termakan kata-kata Uk itu abang Uj terasa dirinya tercabar dan mendesak Um
mengadakan perlawanan secara terbuka di hadapan seluruh ahli keluarga dengannya. Oleh
kerana tidak dapat menolak lagi Um menyahut cabaran tersebut, maka berlangsunglah
perlawanan antara jurulatih dengan pelatih. Harapan untuk menang amat tipis disebelah
Um.

Perlawanan terpaksa dimulakan kerana Uj sudah bertekad untuk meneruskannya


walaupun dinasihati oleh ahli keluarga supaya membatalkan hasratnya itu. Um mencapai
buah-buah catur yang berwarna putih lalu direbut oleh Uj dan diberi buah yang hitam
kepada Um. Permainan dimulakan Um dilihat menguasai permainan dan semua strategi Uj
tidak menjadi. Uj menuduh Um menipu perlawanan dengan mengalihkan buah-buah
caturnya ketika meneguk air sekejap itu. Sebenarnya Uj yang berbuat demikian kerana
bimbang akan kalah dalam perlawanan itu.

Um berehat seketika dan pergi membasuh muka. Apabila dia kembali semula ke meja
perlawanan tempat duduk Uj masih kosong lagi, lalu dia duduk semula di kerusi. Tiba-tiba
kakinya terkena asid yang diletakkan di bawah meja dan Um meraung menahan kesakitan
yang maha hebat sekali. Seluruh ahli keluarga gempar. Ibu mereka amat sedih dengan
peristiwa tersebut kerana dia tidak pernah mengajar anak-anaknya berkelahi atau
bergaduh sesama sendiri. Tuduh menuduh kian hebat antara mereka di saat ibunya
bertambah tenat. Um menuduh Uj meletakkan botol asid itu tetapi abang Uj pula
mengatakan Um yang meletakkannya sendiri untuk memerangkap Uj tetapi senjata makan
tuan. Akhirnya keluarga mereka berpecah kepada dua iaitu penyokong Um dan penyokong
abang Uj. Sebaliknya Us, Uk dan Ul menafikan pengelibatan mereka dalam perbalahan
tersebut.
TEMA Tema cerpen ini ialah perpecahan keluarga yang berpunca daripada sikap adik-beradik
yang tidak mahu mengalah dalam permainan catur
PERSOALAN 1. Ketaksuban dalam sesuatu perkara dapat mengakibatkan persengketaan dan
ketidakharmonian.
2. Keegoan pada kejayaan diri menyebabkan seseorang itu tidak berfikir dan tidak
bertindak secara rasional.
3. Keharmonian dan kebahagian keluarga lebih penting daripada kejayaan
memperoleh pangkat dan nama.
4. Ketua keluarga seharusnya bertindak dengan betul dalam semua perkara kerana
kelemahan dan kegagalan ketua keluarga akan menimbulkan pelbagai masalah
keluarga.
5. Sejarah cemerlang keluarga dan keturunan perlu diteruskan oleh setiap ahli keluarga
dari satu generasi ke satu generasi.
WATAK Uj
1. Uj ialah ketua keluarga. Dia abang sulung kepada lima orang adik.
2. Uj pandai bermain catur dan penyandang anugerah IGM dalam pertandingan catur.
3. Uj sangat sayang akan Um berbanding dengan adik-adiknya yang lain.
4. Uj sungguh bangga dengan kejayaan keturunannya dalam permainan catur. Datuk
nenek moyangnya daripada keturunan al-Hakam, iaitu juara catur terbaik dunia
sebelum kurun ke-17.
5. Uj bersemangat tinggi dalam meningkatkan imej dan nama keluarga serta
keturunannya.
6. Uj taksub akan anugerah catur yang disandang dalam permainan catur. Dia
berjaya memperoleh gelaran IGM setelah banyak memenangi pertandingan catur.
7. Uj tidak dapat menerima kekalahan. Oleh sebab itulah dia mengadakan perlawanan
catur dengan Um dengan tujuan untuk menewaskan Um.
8. Uj seorang yang mementingkan diri kerana sanggup menimbulkan keributan
sedangkan ibunya sakit tenat.
9. Uj sentiasa memakai cermin mata hitam, tidak kira siang ataupun malam.

Um
1. Um adik bongsu kepada Uj. Dia juga adik kesayangan Uj.
2. Um masih muda.
3. Um mempunyai semangat juang yang tinggi, iaitu sanggup bertanding catur
dengan Uj setelah dicabar oleh Uj.
4. Um seorang yang berani kerana sanggup menerima cabaran Uj yang banyak
pengalaman dalam permainan catur.
5. Um bersikap mementingkan diri kerana sanggup bertelingkah dengan Uj
walaupun ketika itu ibunya sakit.

Uk
1. Uk adik kepada Uj dan abang kepada Um.
2. Uk bersikap batu api. Dia mengkhabarkan kepada Uj bahawa Um tekun
menelaah buku tebal mengenai permainan catur dengan tujuan mahu
mengatasi kehandalan Uj.
PLOT 1. Peristiwa-peristiwa dalam cerpen ini disusun secara tidak kronologi.
2. Cerita dimulakan dengan Um yang sedang mengelamun. Tiba-tiba Uj menepuk bahu
Um dan mengajak Um berlawan catur.
3. Pada tahap pengembangan, Uj berusaha menanamkan semangat kepada adiknya agar
mengulangi sejarah cemerlang keturunan mereka dalam permainan catur. Selain itu, Uj
turut mengimbau sejarah keluarga mereka yang berasal daripada al-Hakam yang
terkenal dalam permainan catur. Cerita diteruskan dengan Um dan Uj menyusun
buah catur untuk berlawan. Perlawanan ini merupakan hasrat Uj untuk mengajar Um
bermain catur dengan balk.
4. Konflik bermula apabila Uk membisikkan bahawa Um sedang menelaah buku catur
yang besar dan tebal yang dibelinya dari luar negara bagi mengalahkan Uj demi
memperoleh rasa hormat dan sanjungan keluarga.
5. Klimaks Cerita ini ialah semasa berlangsungnya pertandingan catur antara Uj dengan
Um yang penuh dengan tipu helah dan pengkhianatan sehingga kaki Um terkena
asid yang tertumpah dari botol yang diletakkan di bawah meja pertandingan catur.
1. Pada peringkat peleraian, Uj dan Um saling menuduh tanpa menghiraukan ibu
mereka yang sedang sakit. Sebagai akibat tertekan oleh pertengkaran Uj dengan Um,
ibu mereka telah diserang angin ahmar.
LATAR Latar Tempat
1. Latar tempat dalam cerpen ini ialah di rumah keluarga Uj, iaitu tempat Uj dan Um
berlawan catur untuk menentukan siapa yang paling handal.
2. Di rumah ini juga, kaki Um terkena asid di dalam botol yang diletakkan di bawah meja
tempat mereka berlawan catur sehingga Um menggelupur kesakitan.
3. Latar lain adalah di bilik air, tempat Um mencari ketenangan dan kesegaran dengan
membasuh muka.
Latar Masa
Latar masa dalam cerpen ini adalah pada masa pertandingan catur berlangsung
selama tiga hari tiga malam antara Uj dengan Um.

Latar Masyarakat
1. Masyarakat yang terhimpun dalam satu keluarga yang besar dan ternama, iaitu Uj, Um,
Us, Uk, Ur, dan Ul.
2. Masyarakat yang mahir dalam permainan catur seperti al-Hakam, Boris Spassky,
Anatoly Karpov, dan Uj.
3. Masyarakat yang ego dan tidak dapat menerima kekalahan. Uj tidak dapat menerima
kenyataan sekiranya dia kalah kepada Um yang hanya menyandang gelaran FM,
sedangkan dia adalah pemegang IGM.
4. Masyarakat yang amat mementingkan gelaran dan nama seperti Uj.
1. Masyarakat yang terdiri daripada anak-anak yang sanggup bergaduh dan
bertelingkah sedangkan ibu mereka sedang tenat sakit. Misalnya, Uj dan Um yang
mementingkan diri untuk menunjukkan siapa yang lebih handal.

NILAI MURNI 1. Nilai berani. Sifat berani penting untuk membolehkan seseorang menghadapi
cabaran. Contohnya, Um berani menyahut cabaran abangnya, Uj untuk bertanding
catur.
2. Nilai kasih sayang. Setiap ahli keluarga seharusnya mempunyai sikap sayang-
menyayangi. Contohnya, Uj amat sayang akan adiknya, Um.
3. Nilai kecekalan. Kecekalan diri penting dalam menghadapi cabaran dan
dugaan. Misalnya, Um begitu cekal mengharungi cabaran dalam pertandingan
catur dengan Uj.
1. Nilai gigih berusaha. Usaha gigih penting untuk berjaya dalam sesuatu tugas.
Misalnya, Um telah berusaha dengan gigih dengan menelaah buku tentang permainan
catur untuk berjaya sebagai pemain catur yang terkenal.
2. Nilai menghargai. Sikap menghargai sejarah kegemilangan keluarga penting bagi
menjadi panduan untuk menjana kemajuan pada masa hadapan. Misalnya, Uj amat
menghargai keturunan keluarganya yang merupakan juara catur dunia sebelum
kurun ke-17.
PENGAJARAN 1. Setiap orang hendaklah berusaha dengan gigih untuk memperoleh kejayaan
dalam hidup. Contohnya, Uj berusaha memenangi setiap pertandingan catur yang
disertainya sehingga berjaya mendapat anugerah IGM dalam permainan catur.
2. Perasaan sayang-menyayangi antara ahli keluarga hendaklah disemai kerana
perasaan itu adalah jalan kebahagiaan dan keharmonian keluarga. Contohnya, Uj
sangat menyayangi adik bongsunya, Um.
3. Sikap berani hendaklah ada pada setiap orang bagi membolehkan semua cabaran
dalam kehidupan dihadapi dengan baik. Contohnya, Um berani menyahut
cabaran Uj supaya berlawan catur dengannya untuk menentukan siapa yang lebih
handal.
1. Setiap cabaran dan kesusahan dalam hidup mesti dihadapi dengan cekal
kerana tanpa kecekalan seseorang itu akan gagal dan kecewa. Contohnya, Um
cekal mengharungi cabaran dalam pertandingan catur dengan Uj.
2. Sifat dan sikap keegoan dan ketaksuban hendaklah dihindari kerana sifat
dan sikap ini boleh membawa kesan negatif pada diri dan masyarakat. Contohnya,
Uj amat ego dan taksub akan kejayaannya dalam permainan catur sehingga dia
tidak dapat menerima kenyataan sekiranya dia dikalahkan oleh adiknya, Um.

Latihan: Pemain catur

Baca cerpen Pemain catur dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan berikut dengan jawapan anda
sendiri.

1. Pada pendapat anda, wajarkah Uj dan Um berusaha untuk “melakar kembali nama al-Hakam di papan
catur”? Mengapa?

2. Bedasarkan halaman 143 dalam Antologi Harga Remaja tingkatan 4, mengapakah Uj mengajak Um
berlawan catur?
3. Pada pendapat anda, apakah yang sepatutnya dilakukan oleh keenam-enam beradik itu ketika ibu mereka
sakit?

5.Mellisa

SINOPSIS Apabila balik ke biliknya, Mellisa berasa sangat menyesal kerana mengikut Farid ke pejabat
surat khabar, tempat Syahid bekerja.

Semasa di pejabat akhbar itu tadi hatinya mula diisi perasaan cinta pandang pertama
kepada Syahid kerana perwatakannya hampir sama dengan Hisyam. Siapakah Hisyam
dalam hidup Mellisa? Suara, bentuk rambut, warna kulit, tubuh, dan ketinggian Syahid
amat menyamai Hisyham. Syahid menyapa Mellisa dan seingatnya dia pernah bertemu
dengan Mellisa. Mellisa menidakkannya kerana dia cuma mengenali nama Syahid pada
artikel dan rencana di akhbar sahaja.

Farid kemudiannya meninggalkan Mellisa di bilik Syahid yang berbentuk kotak itu. Syahid
meneruskan perbualan dengan Mellisa. Perbualan tersebut mengembalikan ingatan Mellisa
kepada Hisyam. Apabila dipandang ke wajah Syahid Mellisa seolah-olah sedang berbual-
bual dengan Hisyam. Mellisa bertambah berkenan kepada Syahid.Syahid mengajaknya
keluar makan tengahari pada hari sabtu setelah dia menolak jemputan makan malam
kerana rutin mingguannya mesti pulang ke Seremban untuk bertemu dengan ibu bapanya.
Setelah selesai urusan di pejabat akhbar itu Mellisa dan Farid berjalan peluang ke tempat
tempat penginapan mereka.

Semasa dalam perjalanan itu Farid gundah kerana Mellisa menyepi seribu bahasa dan tidak
banyak bercakap.Farid seorang pensyarah di Jabatan Sejarah telah menjadi rakan karib
Mellisa sewaktu dia sedang mengambil Master dan kerap kali mereka bertengkar tentang
sesuatu isu. Farid kadang-kadang akan mengalah dengan menganggap Melllisa ada fakta
dan hujan yang boleh diterima. Mellisa diusik oleh Farid tentang pertemuannya dengan
Syahid ”Cinta Pandang Pertama” barangkali, dia hanya tersenyum payah untuk dijawab
kerana hatinya secara tiba-tiba suka kepada Syahid.

Setelah berehat di biliknya Mellisa terbaca sepucuk surat dari kawannya, kata-katanya
sungguh hebat ”Langkah, rezeki, pertemuan dan maut adalah milik Tuhan”. Tambahnya
lagi cinta orang islam ”Cinta pada Allah dan cinta Rasul-Nya barulah cinta bangsa dan
tanahair”. Pesanan itu terlekat dalam hati Mellisa. Dia telah beberapa kali gagal dalam
percintaan begitu juga yang bakal dialami oleh Syahid. Cinta sebenarnya hanya kepada
Hisyam seorang sahaja, walaupun cinta itu berputik dan mekar semasa mereka masih
kanak-kanak lagi.

Fikiran Mellisa menerawang mengingati kembali sewaktu dia kecil dahulu, Hisyam pernah
berkata kepadanya ”Nanti apabila aku sudah besar aku akan kahwin dengan kau”.Mereka
berdua pernah main masak-masak, Mellisa akan memasak dan dimakan oleh Hisyam. Apa
sahaja yang dihidangkan Mellisa semuanya sedap bagi Hisyam. Apabila petang menjelma
Hisyam akan pulang ke rumah setinggan yang terletak di belakang rumah Mellisa, dia
menunggu sehingga Hisyam masuk ke rumahnya. Seketika kemudian Hisyam muncul
kembali dengan berpakain baju melayu untuk ke masjid. Selepas itu barulah Mellisa masuk
ke rumahnya. Dia sangat suka kepada Hisham.

Melllisa sedar Hisyam sudah tiada lagi, kerana terbunuh bersama-sama ibunya dalam satu
rusuhan kaum yang terburuk di negara kita iaitu Peristiwa 13 mei 1969. Umur Hisyam
hampir 30 tahun sekiranya dia masih hidup. Peristiwa hitam itu berlaku di Jalan Petaling
sewaktu dia dan ibunya pulang daripada meziarahi keluarga yang tinggal di hadapan
Stadium Negara. Dia bercita-cita untuk menjadi seorang peguam dan tentera.Selepas
peristiwa itu MAGERAN telah mengambil alih pemerintahan negara. Perintah berkurung
dikuatkuasakan supaya tidak berlaku pembunuhan antara orang Cina dengan Orang
Melayu.

Dua minggu sebelum terkorban Hisyam telah menumbuk seorang budak Inggeris berumur
7 tahun iaitu kawan Mellisa sewaktu bapanya menjadi diolomat di London. Kini kawan
ayahnya dulu itu datang ke Malaysia sebagai diplomat dan tinggal berdekatan rumahnya
tetapi Hisyam tidak mengetahuinya. Mallisa sangat banggadengan kelelakian Hisyam itu
dan dia berjanji akan mengahwini Mellisa apabila bekerja nanti. Hisyam pasti ibunya
sangat berkenan kepada Mellisa dan akan mengajarnya tentang agama Islam.

Mellisa tiba-tiba tersenyum seorang diri di biliknya kerana terhibur dengan perwatakan
Hisyam yang dicintainya. Namum kegembiraannya terhenti bila terkenang Hisyam tidak
akan kembali lagi setelah terkorban dalam peristiwa yang tragis itu. Hampir 15 tahun
persoalan itu menghantui Mellisa, dia telah mengkaji punca-punca berlakunya peristiwa 13
Mei itu. Dalam tesisnya setebal 215 Mellisa mengumpulkan pelbagai dokumen dan
menemubual seorang mangsa iaitu wanita cina yang berumur 40 tahun. Dalam peristiwa
tersebut tunangnya telah terbunuh kerana dibunuh oleh orang-orang Melayu. Semasa
menghantar Jamilah rakan sepejabatnya yang tinggal di kampung baru, tiba sahaja dimuka
rumah setinggannya tunang perempuan cina itu diheret oleh sekumpulan pemuda Melayu
dari dalam kereta itu. Lalu tunangnya dibunuh dan dia pun hampir dibunuh sama, jamilah
telah berteriak memohon agar pemuda itu tidak melakukan sesuatu kepada rakannya itu.
Walaupun tidak dibunuh kesan torehan di mukanya masih menjadi tanda kesengsaraan
mereka pada masa itu. Kalau dia dan tunangnya tidak menghantar Jamilah pulang sudah
pasti tidak berlau kejadian itu. Namun wanita cina itu berdendam kepada Jamilah
sebaliknya dia pasrah dengan ketrntusn itu. Begitu jugalah nasib Hisyam dan ibunya tak
mungkin dibunuh oleh orang cina di kampungnya kerana Hisyam sudah dikenali semua
orang, setiap pagi dia bergerak dari rumah ke rumah untuk menjual nasi lemak dan kuih
koci. Setelah perintah berkurung ditarik balik barulah penduduk kampung baru terasa
kehilangan Hisyam yang setiap pagi datang menjaja ke rumah-rumah mereka.

Setelah sekian lama membuat penyelidikan dan kajian maka Mellisa membuat rumusan
kejadian peristiwa 13 Mei 1969 berpunca daripada Dasar Polarisasi Kaum yang diamalkan
oleh Penjajah British. Orang putihlah mengasingkan kumpulan etnik di Malaysia mengikut
ras seperti orang Melayu di kampung, Orang cina di bandar dan orang India di estet-estet.
Mellisa pernah menyatakan hasrat kepada bapanya untuk bersekolah di sekolah Melayu
tetapi bapanya tidak berani melanggar tradisi tersebut yang diamalkan oleh British di
Tanah Melayu sejak dahulu lagi. Mellisa mengelarkan orang British sebagai ”setan putih”.
Mallisa teringat kembali kepada Hisyam yang marah kepadanya apabila dia ke rumahnya
setelah Hisyam menghilangkan diri setelah menumbuk anak Inggeris itu. Mellisa menangis
kerana terlalu sedih dengan tindakan Hisyam yang memarahinya itu.

Hujan turun dengan lebatnya telah mengejutkan Mellisa yang masih terkenang peristiwa
masa kecilnya itu bersama-sama Hisyam. Dia bangun untuk menutup tingkap biliknya itu
yang dimasuki tempias hujan. Dulu setiap kali selepas hujan Mellisa akan berada di tepi
tingkap untuk melihat keindahan alam sekitar selepas hujan yang cantik.

Mellisa kumudiannya menerima panggilan melalui telefon oleh Syahid yang ingin berbual-
bual dengannya. Mereka bertukar-tukar pandangan antara satu sama lain dalam perbualan
tersebut. Syahid benar-benar rindukan Mellisa dan ingin bertemu lebih awal dari hari yang
dijanjikan. Sebaliknya Mellisa tidak mahu melayan permintaan Syahid dan beranggapan
cintanya itu tidak akan kekal lama kerana di dalam hatinya hanya Hisyam. Ganggang
telefon diletakkan oleh Mellisa manakala Syahid terus mengharap.
Apabila masuk ke bilik angan-angan Mellisa kembali semula kepada Hisyam. Dia teringat
suatu ketika dahulu Hisyam pernah membawanya ke bendang untuk pergi ke pondok
nenekya menunggu padi yang sedang masak daripada dimakan oleh burung. Mereka
berdua berlari-lari keriangan ke sana ke mari. Hisyam membantunya melompat gelung
besar untuk mendapatkan Atan yang sedang dikhianati oleh 3 orang budak nakal. Atan
anak yatim piatu yang tinggal bersama-sama datuknya. Menurut Mellisa Atan seorang
dudak yang baik hati dan suka membantu Hisyam. Atan telah lama menghilangkan diri
entah ke mana setelah datuknya meninggal dunia.

Mellisa juga teringat selepas kematian Hisyam hanya sekali sahaja dia turun ke kampung
Hisyam terutama di kawasan bendang nenek Hisyam. Dia pergi ke pondok itu dan
memeluk nenek dengan kuat sekali. Nenek menjemput Mellisa makan sama hidangan itu
semasa Hisyam masih ada. Suasana menjadi sayu air matanya gugur membasahi pipinya
kerana rindukan Hisyam.

Setelah hari yang dijanjikan dengan Syahid itu tiba Mellisa mereka mengotakan janji
tersebut. Nampaknya hubungan mereka amat akrab sekali seperti sepasang merpati
terbang di langit lepas. Kemudian Syahid merasakan seolah-olah dia dipermain-mainkan
oleh Mellisa yang pergi meninggalkannya kerana mendapat panggilan untuk bertugas.
Mellisa bertekad untuk mengabdikan dirinya kepada bangsa dan negara sejak dia
mengetahui punca berlakunya tragedi 13 mei 1969. rakan-rakannya menganggap tindakan
Mellisa memilih kerjaya sebagai tentera sebagai bodoh kerana dia mempunyai paras rupa
yang cantik, sederhana tinggi dan potongan badan yang ingin dimiliki oleh ramai
perempuan lain. Tetapi kalau bukan dia yang berkihdmat kepada negara ini siapa lagi.

Syahid tidak tahu cita-cita Mellisa, dia cinta kepada Syahid tetapi biarlah 5 atau 6 tahun
lagi untuk dia bertemu semula dan kalau ada jodoh mereka akan berkahwin. Bagi Mellisa
lelaki sekacak Syahid cukup mudah didampingin oleh ramai wanita, jadi tak payahlah dia
menunggu Mellisa. Hal ini kerana sebelum meninggal dunia Mellisa ingin melaihat negara
dan rakyat negara ini dapat hidup dalam kedamaian, bersatu padu dan selamat sebagai satu
bangsa merdeka serta berjaya. Mellisa berharap peristiwa 13 Mei tidak berulang lagi sambil
memeluk dengan erat kekasih sejatinya M16.
TEMA Cerpen ini mengutarakan tema tentang cinta suci dan semangat kental seorang gadis
yang terpisah daripada kekasihnya yang berlainan bangsa akibat rusuhan kaum
PERSOALAN 1. Sejarah indah dalam hidup sukar dilupakan dan memberikan kesan yang
mendalam pada diri.
2. Pengorbanan demi cinta suci terhadap negara.
3. Korban persengketaan antara kaum di Malaysia.
4. Tanggungjawab semua pihak dalam usaha mengekalkan keamanan dan
keharmoman negara.
5. Perbezaan kelas sosial yang mewujudkan jurang perbezaan antara kaum.
WATAK Mellisa
1. Mellisa gadis Cina yang lincah, suka bercakap, dan bersikap terbuka.
2. Mellisa seorang yang terpelajar, iaitu lulusan universiti. Dia memiliki Ijazah
Sarjana.
3. Mellisa mempunyai semangat patriotik yang tinggi. Mellisa sanggup menjadi
tentera demi perasaan cintanya akan tanah air. Dia juga sanggup menjadi tentera
kerana tidak mahu peritiwa 13 Mei yang menyebabkan pertumpahan darah antara
kaum berulang lagi.
4. Mellisa penyayang. Dia amat menyayangi Hisyam, kawannya semasa kecil.
5. Mellisa memiliki daya ingatan yang tinggi kerana dapat mengingati peristiwa lama
dengan baik. Mellisa masih ingat akan kenangan semasa dia bermain dengan
Hisyam walaupun ketika itu dia baru berusia lima tahun. Selain itu, Mellisa juga
ingat akan peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 yang telah meragut nyawa
Hisyam dan ibunya.
1. Mellisa berpendirian tegas. Dia sanggup meninggalkan Syahid demi cita-citanya.

Hisyam
1. Hisyam berketurunan Minang.
2. Hisyam amat menyayangi Mellisa. Buktinya, Hisyam pernah memberitahu
Mellisa bahawa dia ingin berkahwin dengan Mellisa apabila dia sudah besar nanti.
3. Hisyam mempunyai cita-cita yang tinggi. Hisyam pernah memberitahu Mellisa
bahawa dia mahu menjadi peguam atau askar.
4. Hisyam warak dan rajin pergi ke masjid.
5. Hisyam anak yang baik dan rajin. Setiap pagi dia menolong ibunya menjaja
nasi lemak dan kuih koci.
6. Hisyam berani. Hisyam telah menumbuk seorang anak Inggeris yang memegang
tangan Mellisa.

Syahid
1. Syahid pengarang syarikat surat khabar.
2. Syahid berani. Dia berani memikat Mellisa.
3. Wajah Syahid seiras wajah Hisyam.
4. Syahid pandai bercerita.

Farid
1. Farid seorang yang terpelajar.
2. Farid pernah menjadi pensyarah Mellisa.
3. Farid seorang yang penyabar.
4. Farid berbadan kurus dan sederhana tinggi serta berkulit cerah.
PLOT 1. Pada awal cerita, pembaca diperkenalkan dengan watak Mellisa, iaitu gadis Cina yang
berusia dalam lingkungan lewat 20-an.
1. Pada tahap perkembangan cerita, Mellisa mengimbau peristiwa semasa di pejabat
Syahid, peristiwa dia dan Hisyam sewaktu dia berumur lima tahun, dan peristiwa
rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969. Mellisa terpikat oleh keterampilan
Syahid yang banyak menyamai Hisyam.
2. Pada puncak atau klimaks cerita ini digambarkan bahawa Mellisa berjaya menyiapkan
tesis latihan ilmiahnya tentang faktor-faktor berlakunya peristiwa hitam 13 Mei 1969 di
negara ini.
2. Plot memasuki tahap peleraian apabila Melisa menyertai angkatan tentera dan memeluk
senjata M 16nya.
LATAR Latar Tempat
Antara latar tempat yang digambarkan dalam cerpen ini termasuklah di pejabat Syahid,
di rumah Mellisa, di Kampung Baru, di kawasan sawah padi, dan di kawasan rumah
setinggan.

Latar Masa
Latar masa dalam cerpen ini adalah terhad. Misalnya, pada hari Sabtu, iaitu semasa
Mellisa dan Syahid makan bersama, dan semasa berlakunya peristiwa 13 Mei 1969.

Latar Masyarakat
1. Masyarakat pelajar yang gigih berusaha. Misalnya, Mellisa gigih mengumpulkan
bahan untuk kajiannya, iaitu tentang rusuhan kaum yang berlaku di negara ini.
2. Masyarakat miskin yang tinggal di rumah setinggan. Misalnya, Hisyam dan ibunya
tinggal di rumah setinggan.
4. Masyarakat berbilang bangsa yang dipisahkan oleh geografi. Misalnya, orang Melayu
tinggal di kampung-kampung, orang Cina tinggal di bandar-bandar, manakala orang
India tinggal di kebun-kebun getah.
5. Masyarakat Cina yang berkawan baik dengan masyarakat Melayu. Misalnya,
Mellisa berkawan baik dengan Hisyam dan wanita Cina berkawan baik dengan
Jamilah.
NILAI MURNI 1. Nilai kasih sayang. Contohnya, Mellisa sayang akan Hisyam, kawannya semasa kecil.
2. Nilai kesetiaan. Contohnya, Mellisa masih setia terhadap Hisyam walaupun Hisyam
telah lama meninggal dunia.
3. Nilai kegigihan. Contohnya, Mellisa gigih berusaha untuk mengumpulkan maklumat
bagi menyiapkan latihan ilmiahnya.
1. Nilai keikhlasan. Contohnya, keikhlasan penting dalam hubungan sesama manusia
tanpa mengira kaum dan keturunan. Misalnya, wanita Cina ikhlas membantu Jamilah
sehingga dia cedera dan tunangnya terkorban dalam peristiwa 13 Mel.
5. Nilai cinta akan negara. Contohnya, Mellisa sanggup berkorban untuk negara
dan bangsa dengan meninggalkan kemewahan hidup dan cintanya.
PENGAJARAN 1. Kita haruslah sedar bahawa perbalahan antara kaum hanya mengundang
musibah. Contohnya, rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969 telah banyak
mengorbankan nyawa.
2. Kita haruslah gigih dalam melakukan sesuatu perkara. Contohnya, Mellisa gigih
dalam mengumpulkan maklumat untuk menyiapkan tesisnya.
3. Kita mestilah mempunyai semangat nasionalisme yang kuat. Contohnya, Mellisa
sanggup meninggalkan Syahid demi cintanya kepada negara.
1. Janganlah berdendam sesama manusia. Contohnya, wanita Cina tidak berdendam
terhadap orang Melayu walaupun tunangnya telah dibunuh oleh orang Melayu dalam
rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mel 1969.

Latihan: Mellisa

Baca cerpen Mellisa dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan berikut dengan jawapan anda sendiri.

1. Berdasarkan halaman 153 dalam Antologi Harga Remaja tingkatan 4, mengapakah mellisa terkenang
akan zaman kanak-kanaknya?

2. Pada pendapat anda, apakah yang menyebabkan Inggeris menjalankan sistem devide et empera ataupun
“pecah dan perintah” terhadap penduduk tanah melayu?

3. Pada pendapat anda, apakah yang sepatutnya dilakukan oleh Syahid apabila Mellisa menjauhkan diri
daripadanya?
6.Biarkan Samudera

SINOPSIS Amirah seorang mahasiswi yang sedang menuntut ini sebuah institusi pengajian tinggi di
negara ini. Dia seorang anak nelayan yang miskin dan susah. Amirah juga tidak pernah
mendapat kasih sayang daripada seorang ibu kerana ibunya meninggal dunia sebaik sahaja
dia dilahirkan ke dunia. Dia hanya ada seorang ayah yang menjaga, memberi perhatian dan
kasih sayang kepadanya. Dia juga mempunyai seorang kenalan bernama Hakimah iaitu
sahabatnya semasa belajar di situ dan telah banyak membantu apabila Amirah menghadapi
masalah.

Hati Amirah telah dilanda dengan pelbagai masalah sehingga menggangu ketenangan jiwa
dan pelajarannya. Penderitaan batinnya itu boleh disamakan dengan samudera yang
sedang bergelombang dan bergelora yang kuat tetapi mulai mengecil apabila tiba di pantai.
Ingatan Amirah kepada kehidupannya di perkampungan nelayan tidak boleh dihilangkan
dengan mudah ”di saat dia ingin melupakan, saat itulah pula dia datang menerawang dan
berlegar-legar dalam benaknya itu.

Amirah mengatakan ”Samudera ialah khazanah kehidupan nelayan, manakala


kesejahteraan dan keharmonian nelayan mengeksploitasi dan memanfaatkan khazanah itu
akan menjamin kelangsungan dinamika keseimbangan ekosistem samudera”. Fikiran
Amirah terus mengingati kehidupan di kampungnya di mana setiap hari dia melihat
gelombang ombak membadai pantai yang cantik itu. Hatinya menjadi sayu dan pilu
sehingga air matanya pula seolah-olah akan gugur ke bumi.

Tiba-tiba Hakimah mengajak Amirah keluar ke bandar kerana pada hari itu (sabtu) mereka
cuti dan tiada kuliah. Mir ialah nama timbangan Amirah. Dia teringat kata-kata ayahnya ”
sudah tidak ada apa-apa lagi yang tinggal buat kita Mir, segala-galanya kosong. Segala-
galanya tidak bererti”. Kata-kata itu benar-benar menghimpit perasaan Amirah, hatinya
berasa pedih dan perih kerana hujung semester nanti dia akan pulang bercuti. Dimanakah
dia akan tinggal, adakah di samudera kerana rumahnya telah dirobohkan oleh pihak
pemaju yang akan menjadikan kampung itu sebagai pusat pelancongan. Ayah Mir
menyatakan sekarang ini rumah-rumah penduduk kampungnya telah dirobohkan oleh
pihak pemaju, kehidupan nelayan hampir musnah suatu ketika nanti. Mereka tidak berhak
menuntut apa-apa daripada pihak pemaju kerana tanah itu tidak bergeran, pemaju hanya
menjanjikan sederet rumah papan panjang sebagai ganti rugi kepada penduduk yang
terlibat. Amirah tidak dapat menggambarkan perasaan ayah kerana dia dengan samudera
sudah sebati dan tidak dapat dipisahkan lagi. Apabila muncul pusat pelancongan sudah
pasti ayah tidak dapat membelah samudera lagi.

Hakimah rungsing melihat keadaan Amirah yang menjadi pemurung, lemah dan tidak
bersemangat berbanding dulu dia seorang
mahasiswi yang berjiwa kental. Hakimah menasihati Amirah bertemu kaunselor kerana
mengalami konflik jiwa yang hebat iaitu skizofrenia.Dia kelihatan tidak bermaya dan
mempunyai sikap bosan terhadap hidup, dan mengabaikan pelajaran. Hakimah perlu
membantu Mir kerana dia tiada siapa lagi untuk meminta bantuan.

Ibu Hakimah telah memberikan hadiah satu bungkusan kain berwarna kepada Mir dan
teringin sangat hendak berjumpa dengan Mir. Ibu Hakimah berpesan supaya Mir selalu
bersolat mendekatkan diri kepada Tuhan. Mungkin dia sepatutnya membuang perasaan
kesalnya jauh-jauh seperti samudera yang tidak pernah berehat daripada bergelora, yang
berubah hanya pantai iaitu kehidupan bapanya.

Tiba-tiba Amirah terdengar suara ayahnya yang menasihatinya supaya berusaha membina
kehidupannya pada masa akan datang. Dia tidak mahu Mir terlalu memikirkan hidupnya
kerana perkara seperti itu telah menjadi satu suratan takdir. Mir perlu menggantikan
rumah yang telah dirobohkan itu, ayahnya tumpang bangga dengan kejayaam Mir nanti.

Ayah Mir berpesan lagi supaya dia akan menjaga samudera jangan sampai dikhianati, boleh
dibangunkan tetapi keasliannya mestilah dipelihara. Bermula dari saat itu semangat Amira
telah pulih kembali. Hakimah amat gembira melihat perubahan yang berlaku kepada Mir.
Dia sudah menjaga solatnya dengan baik dan berkata kepada Hakimah ”Hadiah ibumu ini
akan kupakai lima kali sehari” Amirah kelihatan tenang berada di atas sejadah itu.
TEMA Cerpen ini memaparkan tema penderitaan batin anak nelayan sebagai akibat
gangguan perasaan
PERSOALAN 1. Keadaan hidup nelayan yang serba kekurangan.
2. Pembangunan kawasan pantai akan menyebabkan laut terdedah pada
pencemaran.
1. Sahabat yang baik adalah sahabat yang sentiasa di sisi sama ada dalam keadaan
senang mahupun susah.
2. Usaha mendekatkan diri kepada Tuhan adalah jalan yang terbaik untuk
memperoleh ketenangan jiwa.
3. Pembangunan boleh dilaksanakan di tepi pantai, asalkan tidak mencemari laut yang
banyak mempunyai kepentingan kepada kehidupan manusia.
WATAK Mir/Amirah
1. Mir gadis berjiwa kental pada asalnya tetapi telah bertukar menjadi gadis yang
berjiwa lemah. Sejak rumahnya yang terletak di tepi pantai dirobohkan, Mir
menjadi pemurung.
2. Mir penuntut di pusat pengajian tinggi. Di kampus, dia tinggal sebilik dengan
Hakimah.
3. Mir anak yang baik kerana sentiasa mengenangkan nasib dan kata ayahnya.
4. Mir mengalami konflik jiwa atau skizofrenia. Konflik itu dialaminya setelah
rumahnya dirobohkan. Kawasan tapak rumahnya yang terletak di tepi pantai itu
akan dibangunkan sebagai kawasan peranginan. Tambahan pula, dia tidak
mendapat kasih sayang ibu kerana ibunya meninggal dunia ketika dia dilahirkan.
5. Mir tidak pernah merasai kasih sayang ibu kerana ibunya meninggal dunia
sebaik sahaja dia dilahirkan.

Hakimah
1. Hakimah gadis terpelajar. Dia belajar di pusat pengajian tinggi dengan Mir.
2. Hakimah sahabat baik Mir.
3. Hakimah baik hati kerana sentiasa membantu Mir. Dia membawa Hakimah ke
rumahnya untuk bertemu dengan ibunya yang mahu membantu memulihkan
semangat Mir.
1. Hakimah sangat sayang akan ibunya. Dia beruntung kerana mempunyai ibu
yang sentiasa prihatin, lemah lembut, dan berhati mulia.
Ayah
1. Ayah merupakan bapa Mir.
2. Ayah sudah tua. Badan ayah kurus.
3. Ayah nelayan. Sudah bertahun-tahun lamanya, ayah sentiasa bergelumang dengan laut
dan ombak.
4. Ayah miskin, mencari rezeki di laut. Setelah rumahnya dirobohkan, ayah terpaksa
tinggal di rumah papan panjang berderet yang dikongsi dengan jiran-jiran yang
juga nelayan.
5. Ayah sangat sayang akan laut. Ayah mengumpamakan laut sebagai dirinya dan
dirinya adalah laut.
6. Ayah reda dengan nasib dirinya. Ayah menerima suratan takdir bahawa dia
akhirnya akan menghabiskan sisa-sisa hidupnya di rumah gantian itu.

Ibu
1. Ibu ialah emak kepada Hakimah.
2. Beliau baik hati. Beliau menasihati Hakimah agar membantu Mir supaya tidak terus
hanyut dalam konflik jiwanya itu. Beliau turut menghadiahi Mir telekung putih berenda
yang cantik.
3. Ibu taat pada agama. Beliau meminta supaya Hakimah mengajar Mir membaca al-
Quran dan mengenal Tuhan yang satu.
4. Ibu lemah lembut dan prihatin. Melalui anaknya Hakimah, beliau berusaha membantu
Mir agar tidak terus murung dan mengalami konflik jiwa.
PLOT 1.
Peristiwa-peristiwa dalam cerpen ini dijalin secara tidak kronologi.
1. Cerita dimulakan dengan pengenalan watak Mir atau Amirah yang mengalami konflik
jiwa. Konflik telah menyebabkan Mir yang dulunya periang berubah menjadi pendiam
dan pemurung.
1. Pada peringkat perkembangan cerita, Mir digambarkan mengalami konflik jiwa
yang hebat atau dikenal juga sebagai penyakit skizofrenia. Sahabat baik Mir, iaitu
Hakimah cuba membantunya sedaya yang mungkin. Ibu Hakimah mencadangkan
Hakimah membantu Mir dengan mengajarnya membaca al-Quran dan mengenal
Tuhan yang satu.
1. Klimaks cerita ini ialah apabila Mir dapat disembuhkan. Jiwanya kembali tenang. Mir
juga sudah mampu tersenyum.
2. Peleraiannya, Mir atau Amirah mengucapkan terima kasih kepada Hakimah yang
telah banyak berusaha membantunya.
LATAR Latar Tempat
Latar tempat dalam cerpen ini ialah laut yang merupakan tempat ayah Mir mencari rezeki,
di rumah panjang, di rumah Hakimah, di tepi pantai, dan di kampus tempat Mir
dan Hakimah belajar.

Latar Masa
Latar masa dalam cerpen ini adalah pada masa hujan rintik-rintik, pada hari Sabtu,
pada waktu pagi, dan semasa sesi bimbingan kaunseling.

Latar Masyarakat
1. Masyarakat yang dipaparkan dalam cerpen ini ialah masyarakat penyayang, yang
diwakili oleh Hakimah dan ibunya yang mempunyai sifat kasih sayang sesama
manusia. Mereka telah membantu Mir atau Amirah yang mengalami konflik jiwa
dengan ikhlas.
2. Masyarakat nelayan. Contohnya, ayah Mir nelayan. Rumah ayah Mir dan rumah-
rumah jirannya yang juga merupakan nelayan terletak di tepi pantai. Rumah-
rumah mereka ini akan dirobohkan untuk didirikan rumah peranginan.
3. Masyarakat yang teguh pada ajaran agama. Ibu Hakimah menasihati Hakimah agar
mengajar Mir membaca al-Quran. Ibu Hakimah juga telah memberi Mir atau Amirah
telekung berenda yang cantik.

NILAI MURNI 1. Nilai belas kasihan. Sifat belas kasihan sesama manusia penting dalam mewujudkan
keharmonian hidup. Misalnya, Hakimah terlalu kasihan kepada sahabatnya, iaitu
Mir yang menghadapi konflik jiwa dan tidak pernah merasai kasih sayang ibu.
2. Nilai taat pada agama. Ketaatan pada agama membantu seseorang dalam menghadapi
pelbagai konflik hidup. Misalnya, Mir bersembahyang dan berasa jiwanya lebih
tenang.
3. Nilai kasih sayang. seseorang anak hendaklah menyayangi ayah yang
membesarkannya. Misalnya, Mir amat sayang akan ayahnya dan sentiasa
mengenangkan nasib ayahnya.
4. Nilai sabar. Sikap sabar penting dalam menghadapi konflik dan dugaan. Misalnya,
Hakimah begitu sabar berdepan dengan cabaran untuk memulihkan sahabatnya,
Mir.
5. Nilai berfikiran rasional. Setiap perkara yang menimpa diri kita perlu kita hadapi
dengan fikiran yang rasional. Misalnya, ayah Mir berfikiran rasional dengan menerima
hakikat bahawa rumahnya dirobohkan kerana tanah tapak rumahnya itu bukan hak
dan miliknya.
PENGAJARAN 1. Setiap orang hendaklah bersedia membantu sahabat yang menghadapi sebarang
kesusahan dengan ikhlas. Contohnya, Hakimah berusaha membantu sahabatnya,
Mir agar tidak terus hanyut dalam konflik jiwanya.
2. Kita mestilah sentiasa mengingati Tuhan kerana dengan mengingati Tuhan
akan menjadikan jiwa kita lebih tenang. Contohnya, Ibu Hakimah
mencadangkan Hakimah agar mengajar Mir membaca al-Quran dan mengenal
Tuhan yang satu.
3. Pembangunan boleh dilaksanakan asalkan pembangunan itu tidak
mendatangkan kesan negatif terhadap alam sekitar dan kehidupan
manusia. Contohnya, ayah Mir tidak membantah rumahnya dirobohkan untuk
didirikan kawasan peranginan di tepi pantai, asalkan tidak mencemari laut dan
pantai.
4. Kita hendaklah berfikir secara rasional dalam menghadapi sesuatu perkara supaya
kita tidak bertindak di luar batasan. Contohnya, Mir akhirnya dapat berfikir dengan
rasional dan tidak terus hanyut dalam tekanan perasaannya akibat daripada
kehilangan tempat tinggal dan kehausan kasih sayang seorang ibu.
5. Hubungan antara anak dengan ibu dan bapa hendaklah sentiasa erat
supaya keutuhan institusi keluarga itu kukuh dan mewujudkan kebahagiaan.
Contohnya, hubungan Hakimah dengan ibunya amat rapat, begitu juga
hubungan Mir dengan ayahnya.
6. Setiap masalah yang dihadapi mesti dibincangkan dengan pihak yang
berwibawa supaya masalah dapat diselesaikan dengan baik dan berkesan.
Contohnya, Hakimah membincangkan masalah yang dihadapi oleh Mir dengan
kaunselor di tempatnya belajar.

Latihan: Biarkan samudera

Baca cerpen biarkan samudera dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan berikut dengan jawapan
anda sendiri.

1. Apakah faktor yang menyebabkan Mir menghadapi konflik jiwa?

2. Sekiranya anda ialah Mir, adakah anda akan mengalami keadaan seperti dirinya? Mengapakah anda
berpendapat demikian?

3. Pada pendapat anda, wajarkah rumah ayah Mir dirobohkan tanpa diberikan pampasan?
1.Gelanggang Tuk Wali

SINOPSIS Drama ini mengisahkan Tuk Wali yang merupakan seorang guru silat di Kampung Teluk
Penyabung. Tuk Wali mempunyai dua orang anak murid yang rapat dengan beliau
bernama Ripin dan Mariam. Tuk Wali membuka gelanggang silat di hadapan rumahnya.
Walaupun usianya telah meningkat, Tuk Wali masih gagah. Dia menerima jemputan untuk
bersilat dalam majlis yang dianjurkan. Tuk Wali pandai mengurut, menjadi tuk mudim,
menggali kubur, memandikan jenazah, dan sebagainya. Imam dan siak kurang menyenangi
Tuk Wali. Mereka menganggap bahawa dalam usia begini, Tuk Wali perlulah
menghabiskan masanya di masjid untuk beribadah bukannya berada di gelanggang silat.
Tuk Wali ingin menyerahkan keris warisan kepada murid kesayangannya yang bernama
Ripin. Ripin menolak penyerahan keris berkenaan kerana berasa dia belum layak
menerimanya. Suatu hari, semasa Tuk Wali sedang tidur, Piee telah mengambil biola dan
keris pusaka miliknya. Tuk Wali tersedar dan berlakulah pergelutan yang berakhir dengan
keris itu mengenai perut Tuk Wali. Piee melarikan diri bersama-sama biola. Ripin
datang memberikan bantuan kepada Tuk Wali yang berlumuran darah. Tuk Wali sempat
menyerahkan keris pusaka warisan kepada Ripin sebelum beliau menghembuskan nafas
yang terakhir. Siak dan imam datang. Mereka menuduh Ripin membunuh Tuk Wali
kerana pada tangan Ripin terhunus keris perguruan. Masing-masing menuduh antara
satu dengan yang lain. Manakala Mak Umi pula menuduh siak yang menikam suaminya.
TEMA Drama ini memaparkan tema kekentalan semangat juang dan jati diri seorang guru silat
dalam mempertahankan warisan budaya bangsanya.
PERSOALAN 1. Halangan yang terpaksa ditempuh dalam usaha memelihara warisan bangsa.
Contohnya, Tuk Wali menghadapi pelbagai cemuhan kerana masih memperjuangkan ilmu
persilatannya walaupun sudah berusia.
2. Perasaan dengki dan dendam dalam kalangan masyarakat yang dapat
menimbulkan suasana tidak harmoni. Contohnya, siak masih berdendam dengan Tuk
Wali yang berkahwin dengan Mak Umi, bekas tunangannya.
3. Kegigihan golongan generasi muda dalam mempertahankan seni silat.
Contohnya, Ripin dan Mariam berusaha membantu Tuk Wali mengekalkan warisan ilmu
persilatan.
4. Peranan keris dalam melambangkan kepahlawanan dan warisan masyarakat Melayu.
Contohnya, Tuk Wali menyerahkan keris pusaka warisan kepada Ripin sebagai suatu
amanah supaya Ripin terns mempertahankan pusaka warisan seni nenek moyang.
WATAK Tuk Wali
1. Nama sebenar Tuk Wali ialah Wak Raja Wahudin bin Raja Agus Salam. Murid-
muridnya memanggilnya sebagai Wak Raja atau wak.
2. Tuk Wali merupakan guru silat yang membuka gelanggang silat di depan rumahnya.
3. Umur Tuk Wali dalam lingkungan 70-an.
4. Tuk Wali aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan clan tidak menghampakan jemputan
orang terhadapnya.
5. Beliau pandai mengurut, menjadi tuk mudim, menggali kubur, memandikan jenazah,
dan sebagainya.
6. Bersemangat waja dan memiliki jati diri kerana mempertahankan seni silat warisan
bangsa.
7. Tuk Wali pernah dilantik sebagai ketua pengawal kampung.
8. Kuat beribadat walaupun sibuk mengajarkan ilmu persilatan.
1. Gagah, berani, dan cekap apabila dapat menewaskan empat orang perompak.
2. Pemarah apabila hilang sabar dengan perbuatan Piee yang suka mencuri dan tidak
menerima nasihat.
3. Tegas kerana tidak mahu menerima permintaan empat orang remaja yang ingin
belajar silat daripadanya kerana kebiadapan mereka.
4. Meminati muzik, iaitu mahir bermain biola.
Mak Umi
1. Mak Umi ialah isteri Tuk Wali.
2. Umur Mak Umi dalam lingkungan 50-an.
3. Mak Umi mahir ilmu persilatan sewaktu muda.
4. Mak Umi penyabar kerana banyak memberikan kata-kata nasihat kepada Tuk Wali.
5. Mak Umi penyayang kerana masih menyayangi Piee yang menghisap dadah dan
mencuri.
6. Mak Umi hormat dan pandai melayan tetamu.

Ripin
1. Ripin mahir dalam ilmu persilatan.
2. Ripin anak murid yang paling dipercayai oleh Tuk Wali.
3. Ripin berumur dalam lingkungan 30-an.
4. Ripin sangat bersemangat untuk membantu Tuk Wall mengekalkan warisan ilmu
persilatan.
5. Ripin berfikiran matang kerana menolak pemberian keris dan sekali gus
menggantikan tempat Tuk Wali atas alasan masih belum layak memegang amanah
tersebut.
6. Ripin berjanji untuk menuntut bela atas kematian Tuk Wali.

Mariam
1. Mariam murid wanita terbaik Tuk Wali.
2. Dia berumur dalam lingkungan 20-an.
3. Mariam mahir ilmu persilatan.
4. Mariam bersemangat untuk membantu Tuk Wall bagi mengekalkan warisan ilmu
persilatan.
5. Mariam hormat dan sayang akan Tuk Wah.

Piee
1. Nama sebenar Piee ialah Syafiee.
1. Piee cucu tiri Tuk Wali.
2. Piee penagih dadah yang barn keluar dari pusat pemulihan.
2. Piee suka mencuri.
3. Piee sukar untuk mengubah tingkah lakunya yang buruk walaupun telah
dinasihati dan dimarahi oleh Tuk Wali.
4. Piee bertindak kejam dengan menikam Tuk Wali apabila perbuatan mencurinya
dihalang oleh Tuk Wali.
Siak
1. Siak sebaya dengan Tuk Wali.
2. Siak bekas tunangan Mak Umi.
3. Siak pendendam kerana masih menyimpan rasa marah terhadap Tuk Wali yang
mengahwini bekas tunangnya.
1. Siak cepat hilang pertimbangan dan mudah naik angin kerana sanggup mencabar
Tuk Wali yang menampar cucunya.
2. Siak pandai berpura-pura di sebalik jawatannya untuk menjatuhkan orang lain,
iaitu memburuk-burukkan nama Tuk Wali kepada orang ramai.
3. Siak cepat menyalahkan orang lain apabila bertindak menuduh Ripin membunuh Tuk
Wali.

Imam
1. Umur imam lebih muda daripada Tuk Wali.
2. Imam tidak berani untuk berterus terang.
3. Imam rakan baik Siak.
4. Imam gemar bertindak tanpa usul periksa apabila menuduh Ripin membunuh Tuk
Wali.
PLOT 1. Peristiwa-peristiwa dalam cerita ini dijalin mengikut kronologi.
1. Pada bahagian pengenalan atau eksposisi, penonton diperkenalkan dengan watak
utama, iaitu Tuk Wali, dan diikuti oleh watak sampingan, iaitu Ripin (murid Tuk Wali)
dan isteri Tuk Wali yang bernama Mak Umi.
2. Plot terus berkembang dengan kunjungan siak dan imam ke rumah Tuk Wali dan
berjumpa dengan Mak Umi. Mereka ingin menasihati Tuk Wali supaya
menghentikan kegiatannya mengajar silat dan sebaliknya lebih banyak beribadat.
2. Pada bahagian perumitan, Tuk Wali merasakan dirinya sudah mula tidak dihargai oleh
penduduk setempat terutama siak dan imam.
5. Beliau ingin menyerahkan keris perguruannya kepada Ripin tetapi Ripin menolaknya.
6. Plot mencapai tahap puncak atau klimaks apabila siak mencabar Tuk Wali untuk
beradu kekuatan. Pergaduhan antara mereka dapat dihentikan apabila Ripin masuk
campur.
7. Pada tahap peleraian, Tuk Wali ditikam oleh cucu tirinya, Piee. Sebelum
meninggal, Tuk Wali sempat menyerahkan keris perguruannya kepada Ripin, iaitu
murid harapannya
LATAR Latar Tempat
1. Di rumah Tuk Wali. Contohnya, tempat tetamu datang menemui Tuk Wali.
2. Di gelanggang silat. Contohnya, tempat Tuk Wali mengajar bersilat.
3. Di Teluk Penyabung. Contohnya, kampung tempat tinggal Tuk Wali.
4. Di rumah Haji Kodri. Contohnya, semasa majlis perkahwinan anak perempuannya,
Haji Kodri menjemput Tuk Wali untuk membuat persembahan silat.

Latar Masa
1. Pada waktu pagi. Contohnya, semasa Ripin datang ke rumah Tuk Wali.
2. Pada waktu petang. Contohnya, semasa Tuk Wali bersiap-siap untuk pergi ke rumah
Haji Kodri.
3. Pada waktu malam. Contohnya, semasa Tuk Wali berada di beranda rumah sambil
menggesek biola.
Latar Masyarakat
1. Masyarakat yang ingin mengekalkan warisan budaya bangsa, iaitu ilmu
persilatan. Contohnya, Tuk Wali masih bertahan dengan pendiriannya untuk
mempersembahkan seni silat di khalayak ramai, misalnya di majlis perkahwinan.
Tujuannya adalah untuk mendedahkan orang ramai dengan budaya bangsa.
2. Masyarakat yang mencuba berselindung di sebalik agama untuk kepentingan diri.
Contohnya, sikap siak yang mencuba menasihati Tuk Wali agar tidak bersilat lagi.
Sikapnya yang kurang elok kerana menggunakan agama sebagai alasan adalah
tidak wajar sama sekali.
1. Masyarakat yang runtuh akhlaknya akibat terlibat dalam penagihan dadah.
Contohnya, watak Piee yang terjebak dalam penagihan dadah hingga merosakkan
dirinya dan menyusahkan orang lain.
3. Masyarakat yang kurang mengamalkan budaya bermusyawarah. Contohnya, sikap
imam dan siak yang tidak mencuba untuk berbincang dengan Tuk Wali tentang
ketidakpuasan hati mereka. Sebaliknya, mereka hanya berjumpa dengan Mak Umi
sahaja.
4. Masyarakat yang menghormati golongan yang mempunyai kepandaian dalam
seni pertahanan diri. Contohnya, anak-anak muda di kampung itu menghormati
Tuk Wali kerana beliau mempunyai ilmu persilatan yang tinggi.

NILAI MURNI 1. Nilai kemasyarakatan. Contohnya, sungguhpun kurang sihat namun Tuk Wali masih
mahu menerima undangan bersilat di majlis perkahwinan anak Haji Kodri.
2. Nilai jati diri yang kuat. Contohnya, Tuk Wali, Ripin, dan Mariam gigih
mempertahankan seni silat yang merupakan budaya warisan bangsa.
1. Nilai keberanian. Contohnya, Tuk Wali berani melawan komunis dan menentang
perompak.
PENGAJARAN 1. Kita hendaklah mempertahankan warisan budaya bangsa.
2. Kita hendaklah berani mempertahankan negara daripada ancaman musuh.
3. Kita hendaklah menghormati guru dan orang yang lebih tua.
4. Kita hendaklah bijak menilai kemampuan diri sendiri.

Latihan: Gelanggang Tuk Wali

Baca drama gelanggang tuk wali dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang diberikan dengan
jawapan anda sendiri.

1. Mengapakah Tuk Wali meminta Ripin dan Mariam menggantikan tempatnya sebagai guru silat?

2. Pada pendapat anda, wajarkah “aku” menyerahkan keris tersebut kepada Ripin? Mengapa?

3. Pada pendapat anda, adakah Ripin layak menggantikan Tuk Wali? Mengapa?
2.Forum Remaja 2020

SINOPSIS Drama ini mengisahkan kehadiran dua makhluk yang berasal dari planet Utopia. Makhluk
ini telah memasuki ruang angkasa bumi dan sampai ke Malaysia. Makhluk ini
memperkenalkan dirinya kepada tiga orang pelajar yang bernama Salmah, Chandran, dan
Chong. Kehadiran kedua-dua makhluk itu disebabkan oleh rasa tanggungjawab mereka
untuk mengingatkan makhluk bumi yang kini kritikal dan menuju kemusnahan. Malaysia
terpilih kerana mempunyai potensi sebagai negara model dunia dalam menegakkan
keamanan clan meningkatkan moral sejagat.
Walau bagaimanapun, makhluk Utopia menganggap bahawa Malaysia belum
cukup memuaskan sepenuhnya untuk dijadikan negara model. Salmah, Chandran, clan
Chong tidak bersetuju dengan pendapat makhluk Utopia itu kerana Malaysia mempunyai
kualiti yang mencukupi untuk dijadikan negara model. Contohnya, mempunyai bahasa
kebangsaan, agama rasmi, dan mempunyai satu kebudayaan nasional. Malaysia
merupakan sebuah negara yang aman dan harmoni. Selain itu, Malaysia merupakan
sebuah negara yang pesat membangun dan memiliki pelbagai prasarana yang terbaik.
Makhluk Utopia menyangkal dakwaan tersebut kerana menyatakan bahawa usaha
tersebut merupakan usaha generasi sebelumnya. Kenyataan makhluk Utopia itu
menimbulkan kemarahan Chong. Sebenarnya, makhluk Utopia berkata demikian
semata-mata untuk menguji kecintaan mereka kepada negara. Walaupun ketiga-tiga
remaja itu cinta kepada negara namun perasaan cinta tidak mencukupi. Mereka perlu
menghadapi ujian untuk menjamin ketahanan negara dan bangsa. Makhluk Utopia
menjelaskan bahawa mereka memilih ketiga-tiga remaja ini kerana remaja ini bakal
pemimpin negara pada masa akan datang.
Makhluk Utopia menganggap bahawa generasi muda pada masa kini semakin
materialistik dan longgar kepercayaan agamanya. Hal inilah yang menjadi punca
kemerosotan moral dalam kalangan belia. Makhluk Utopia menasihati remaja agar
jangan suka salah-menyalahi dan belajar daripada kesalahan yang dilakukan. Mereka turut
memuji keberanian ketiga-tiga orang remaja ini berhujah.
Apabila kedua-dua makhluk Utopia itu beredar, ketiga-tiga remaja itu berasa bahawa
mereka bermimpi. Perbincangan berlaku antara ketiga-tiga orang remaja ini tentang
peristiwa ganjil yang telah dilalui oleh mereka. Mereka bersetuju akan kritikan yang
dibuat oleh oleh makhluk Utopia. Sebagai generasi muda, mereka perlu merancang
strategi kepimpinan bagi melahirkan generasi yang berdisiplin dan bersatu padu.
TEMA Drama "Forum Remaja 2020" bertemakan peranan remaja dalam merealisasikan wawasan
2020
PERSOALAN 1. Penerapan integrasi nasional bagi menjamin keharmonian dan keamanan negara.
Contohnya, Malaysia yang mempunyai pelbagai bangsa dan kaum diikat dengan satu
bahasa kebangsaan, satu kebudayaan nasional, serta satu agama rasmi sementara
agama-agama lain dibenarkan dipraktikkan.
2. Remaja perlu memiliki semangat patriotik dan berusaha memupuk perpaduan
antara kaum. Contohnya, ketiga-tiga remaja bersungguh-sungguh mempertahankan
hujah mereka bahawa Malaysia mempunyai kualiti yang dimaksudkan oleh makhluk
Utopia itu.
3. Kesanggupan remaja menerima kritikan demi kebaikan bangsa dan negara.
Contohnya, ketiga-tiga remaja menerima kritikan daripada makhluk Utopia dan
menanam tekad untuk mengatasi masalah moral dalam kalangan remaja.
4. Tanggungjawab remaja ialah menghayati dan mengamalkan nilai-nilai
keagamaan dalam aspek kehidupan mereka. Contohnya, makhluk Utopia
menyatakan betapa longgarnya nilai keagamaan dalam kalangan remaja. Untuk itu,
generasi muda perlu mempunyai penghayatan keagamaan yang ikhlas dan suci.
WATAK Makhluk Utopia I dan II
1. Makhluk asing yang berasal dari planet Utopia.
2. Kedua-dua makhluk ini muncul dalam mimpi.
3. Misi mereka adalah untuk melihat rupa bangsa Malaysia yang dikatakan sebuah negara
yang kaya dengan unsur-unsur kebudayaan.
1. Bijak memberikan buah fikiran dan kritikan. Contohnya, buah fikiran
yang dilontarkannya ialah menyatakan generasi muda di negara ini sedang mengalami
era kritikal dari segi moral, sosial mahupun mental. Manakala contoh kritikan yang
diberikan ialah pembangunan yang telah dilaksanakan bukannya usaha generasi
kini tetapi merupakan usaha generasi terdahulu.

Salmah
1. Seorang gadis yang berusia 22 tahun.
2. Seorang mahasiswa di sebuah universiti di Malaysia.
3. Gadis Melayu yang berkulit sawo matang.
4. Seorang yang petah dan berani melontarkan idea. Contohnya, beliau
menjelaskan bahawa di Malaysia telah terdapat pelbagai pembangunan pesat
yang telah dijalankan.
1. Salmah berpendirian tegas dan berfikiran terbuka. Misalnya, Salmah mahu
berusaha bersama-sama untuk mengatasi masalah kemerosotan moral dalam
kalangan generasi muda.
2. Dia dapat menerima kritikan. Buktinya, Salmah mengakui bahawa generasi muda
pada hari ini sudah tidak menjalam kehidupan beragama sepenuhnya.

Chandran
1. Seorang pemuda yang berusia 22 tahun.
2. Seorang mahasiswa di sebuah universiti di Malaysia.
1. Chandran berketurunan India dan fasih berbahasa Melayu.
3. Dia bijak berhujah dan banyak memberikan buah fikiran. Buktinya, beliau
mempertikaikan kata-kata makhluk Utopia dan menjelaskan bahawa Malaysia
mempunyai potensi untuk menjadi sebuah negara model dunia dalam menegakkan
keamanan dan peningkatan moral sejagat.
4. Chandran tegas dalam mempertahankan hujah. Contohnya, beliau menjelaskan bahawa
pembangunan yang telah dilaksanakan di negara ini bukanlah impian semata-mata.

Chong
Seorang pemuda yang berusia 22 tahun.
2. Seorang mahasiswa di sebuah universiti di Malaysia.
3. Chong berketurunan Cina dan fasih berbahasa Melayu.
4. Dia juga bijak berhujah dan banyak memberikan buah fikiran. Contohnya, beliau
menjelaskan tindakan makhluk Utopia menyalahkan generasi muda sahaja
merupakan sesuatu yang tidak adil.
5. Kadangkala dia bersikap emosional tetapi cepat mengakui kesilapan. Buktinya,
dia bersetulu akan perkara yang diperkatakan oleh makhluk Utopia itu walaupun
pada mulanya dia banyak mempersoalkannya.
PLOT 1. Peristiwa-peristiwa dalam cerita ini dijalin secara kronologi.
1. Dalam bahagian pengenalan atau eksposisi, pengarang memperkenalkan watak
Makhluk Utopia I dan Makhluk Utopia II yang memasuki ruang angkasa bumi dan
tiba di Malaysia. Misi kedua-dua makhluk tersebut ialah mahu melihat rupa bangsa
Malaysia yang dikatakan sebuah negara yang kaya dengan unsur-unsur
kebudayaan. Mereka telah bertemu dengan Salmah, Chong, dan Chandran.

2. Pada bahagian pertengahan, dinyatakan pandangan-pandangan yang dikemukakan


oleh Makhluk Utopia tentang situasi di bumi yang sedang menuju kehancuran.
Mereka menjelaskan bahawa Malaysia masih belum layak dijadikan sebuah negara
model.
3. Pada bahagian perumitan, pengarang memaparkan wujudnya perbezaan pendapat
yang ketara antara Salmah, Chandran, dan Chong dengan Makhluk Utopia. Ketiga-
tiga remaja itu tidak berpuas hati dan mempertahankan bahawa Malaysia sudah
mempunyai kualiti untuk menjadi sebuah negara model dalam menegakkan keamanan
dan peningkatan moral sejagat.
2. Plot mencapai tahap puncak atau klimaks apabila Makhluk Utopia mengutarakan
keruntuhan moral remaja dunia pada masa kini. Timbul perdebatan apabila ketiga-tiga
remaja tadi menyatakan bahawa generasi terdahulu juga patut dipersalahkan atas
masalah yang timbul.
4. Pada bahagian peleraian, Salmah, Chandran, dan Chong berbincang sesama mereka
atas peristiwa ganjil yang ditempuh oleh mereka. Mereka tidak menafikan akan
kebenaran kata-kata Makhluk Utopia itu. Mereka menerima kritikan itu dan
bertekad untuk menyelesaikan masalah moral dalam kalangan generasi muda.
LATAR Latar Tempat
Pada bahagian awal drama, pengarang telah mencatatkan bahawa Tatar tempat drama
ini ialah di sebuah kampus universiti di Malaysia, iaitu tempat Salmah, Chong, dan
Chandran melanjutkan pelajaran mereka.

Latar Masa
Latar masa dalam drama ini ialah pada waktu petang tahun 2020.

Latar Masyarakat
1. Masyarakat makhluk asing dari planet luar. Contohnya, Makhluk Utopia I dan II
berasal dari planet Utopia.
2. Masyarakat mahasiswa di sebuah universiti tempatan. Contohnya, Salmah,
Chandran, dan Chong merupakan mahasiswa di sebuah universiti tempatan.
3. Masyarakat remaja yang mengambil berat akan soal negara. Contohnya, Salmah,
Chandran, dan Chong amat peka apabila diajukan persoalan tentang pembangunan
mental dan fizikal negara.
4. Masyarakat yang bijak berhujah. Contohnya, ketiga-tiga remaja ini bijak
berhujah dan berdepan dengan pelbagai kritikan Makhluk Utopia.
3. Masyarakat yang suka memberikan panduan dan nasihat demi kesejahteraan
negara. Hal ini dapat dilihat apabila Makhluk Utopia berterus terang dalam
memberikan panduan dan nasihat kepada Salmah, Chandran, dan Chong demi
kemajuan negara ini.
NILAI MURNI 1. Nilai semangat bermasyarakat. Contohnya, ketiga-tiga remaja amat mengambil berat
akan soal bangsa dan negara.
2. Nilai rasional. Contohnya, sanggup menerima teguran dan kritikan.
3. Nilai berani. Contohnya, berani berhujah demi mempertahankan pendapat.
4. Nilai bijaksana. Contohnya, dapat menjawab kritikan dan mengemukakan idea-idea
yang bernas.
5. Nilai kesetiaan. Contohnya, ketiga-tiga orang remaja ini telah membuktikan kecintaan
mereka kepada negara.
PENGAJARAN 1. Kita perlulah mengutamakan perpaduan antara kaum. Contohnya, Chandran
mencadangkan supaya mereka mengeratkan perpaduan bagi merealisasikan
impian mereka menjadikan Malaysia sebagai negara model.
2. Kita hendaklah bersedia menerima kritikan demi kebaikan. Contohnya, ketiga-
tiga remaja menerima kritikan Makhluk Utopia dan bertekad untuk
menyelesaikan masalah kemerosotan nilai moral dalam kalangan generasi muda.
3. Kita hendaklah berani memberikan pendapat atau buah fikiran yang bernas.
Contohnya, ketiga-tiga remaja berani menyampaikan hujah-hujah mereka. Hal ini
turut diakui oleh Makhluk Utopia.
4. Kita perlulah membuktikan kesetiaan kepada tanah air. Contohnya, ketiga-tiga remaja
bersungguh-sungguh mempertahankan hujah mereka dan menyangkal dakwaan
Makhluk Utopia tentang keupayaan Malaysia sebagai negara model.

Latihan: Forum Remaja 2020

Baca drama forum remaja 2020 dengan teliti. Kemudian, jawan soalan-soalan yang diberikan dengan
jawapan anda sendiri.

1. Apakah strategi kepemimpinan yang perlu dilaksanakan bakal pemimpin?

2. Berdasarkan halaman 233 dalam Antologi Harga Remaja tingkatan 4, nyatakan dua kualiti yang dimiliki
Malaysia untuk menjadi negara model.

3. Pada pendapat anda, mengapakah Chong, Salmah, dan Chandran menentang pendapat MU I yang
menyatakan bahawa Hakikatnya belum cukup memuaskan sepenuhnya untuk dijadikan sebagai sebuah
negara model?
3.Cempaka Berdarah

SINOPSIS Mak Jah dan Cempaka sedang mengemas rumah sambil menanti kepulangan Zaman
yang sedang belajar di universiti di Kuala Lumpur. Kedua-dua anak beranak ini sungguh
teruja dengan kepulangan Zaman kerana Zaman telah lama tidak pulang ke kampung.
Tiba-tiba terdengar orang memanggil di luar rumah. Kedua-dua beranak itu mengintai dari
lubang pintu dan mendapati seorang lelaki seperti orang putih. Mak Jah menyuruh
Cempaka bersembunyi di dalam bilik sebelum membuka pintu. Orang putih itu, iaitu
Prof. Peter memperkenalkan dirinya sebagai pensyarah kepada Zaman. Prof. Peter
dibenarkan masuk ke dalam rumah. Prof. Peter memberitahu Mak Jah tentang minatnya
pada sejarah. Selepas itu, Prof. Peter telah berbual-bual dengan Mak Jah tentang
Zaman yang dikatakan keras kepala sambil bertanya tentang Cempaka apabila melihat
gambar Cempaka di dinding. Prof. Peter meminta diri sambil memberitahu Mak Jah
yang dia ingin melihat-lihat sekitar kampung.
Zaman dan adiknya, iaitu Cempaka telah masuk ke sebuah belukar di kampungnya.
Zaman dan Cempaka telah berbual-bual tentang bonsai, perlunya usaha gigih untuk
tidak berputih mata, dan berniaga adalah sunah nabi. Kemudian, Zaman menyuruh
Cempaka pulang ke rumah mengambil parang. Cempaka pun berlari pulang untuk
mengambil parang kerana dia mahu Zaman mengambilkannya bunga kenanga.
Sepeninggalan Cempaka, Zaman didatangi Prof. Peter dan Malik, iaitu sahabat Zaman
yang tidak bersekolah tinggi. Zaman berbual-bual dengan Prof. Peter dan Malik dan
perbualan mereka kadang kala menimbulkan pertelingkahan. Kemudian, Prof. Peter dan
Malik pergi manakala Zaman tertanya-tanya sebab Prof. Peter datang ke kampungnya
itu. Sejurus itu, Cempaka datang semula sambil membawa parang. Cempaka menyedari
perubahan Zaman lalu bertanyakan sebabnya. Zaman bertanya tentang Malik. Cempaka
memberitahu Malik kini sudah berubah.
Ketika Zaman mengambilkan adiknya itu bunga kenanga, Prof. Peter dan Malik
muncul lagi. Wujud pertengkaran sekali lagi antara mereka. Prof. Peter ingin mengetahui
perihal rambut perang Cempaka dan memberitahu Zaman bahawa Cempaka bukan
adiknya. Kemudian Mak Jah pun tiba sambil memarahi Prof. Peter kerana Prof.
Peter ingin menyakiti hatinya dan merampas Cempaka. Lantas Prof. Peter mengimbas
peristiwa semasa perang Jepun kepada semua. Prof. Peter mengatakan bahawa ibunya
telah menyorokkan adiknya di tebing sungai Bukit Putih dan mengatakan adiknya itu
telah ditemui oleh Mak Jah. Oleh itu, Prof Peter mengatakan bahawa Cempaka adalah
adiknya dan dia mahu adiknya hidup dalam keluarganya.

Sewaktu pertengkaran itu berlaku, Prof. Peter terlihat seekor ular di atas kepala
Cempaka lalu melepaskan tembakan. Cempaka rebah dan Mak Jah meraung apabila
melihat keadaan Cempaka yang berlumuran darah. Zaman berasa amat marah dan ingin
membalas perbuatan Prof. Peter. Walaupun Prof. Peter menjelaskan niatnya, Zaman
tidak menerimanya. Semasa pergelutan berlaku antara Zaman dengan Prof. Peter,
Zaman mencuba merampas senapang Prof. Peter. Akhirnya, Prof. Peter melarikan diri ke
dalam hutan. Zaman pula mengambil parangnya dan mengejar Prof. Peter. Satu das
letupan senapang kedengaran dan membuatkan semuanya tercengang. Mak Jah meraung
sambil memanggil nama anaknya. Zaman pula terpukau sambil datang kepada ibunya
semula. Mak Jah bersyukur apabila melihat Zaman selamat. Kemudian, Zaman dan Mak
Jah mengangkat Cempaka yang telah tidak sedarkan diri itu.

TEMA Tema novel ini ialah kesungguhan mempertahankan hak dan maruah keluarga.
PERSOALAN 1. Kasih sayang sesama insan tidak mengenal keturunan dan agama. Contohnya, Mak
Jah dan Zaman menyayangi Cempaka walaupun Cempaka adalah anak orang putih,
iaitu bangsa yang menjajah tanah air mereka.
2. Kepentingan pendidikan untuk mengubah dan membela nasib diri dan keluarga.
Contohnya, Mak Jah telah menghantar Zaman belajar ke universiti dengan harapan
Zaman akan membela nasib keluarganya yang miskin.
3. Kesombongan diri telah membuatkan seseorang itu tidak bertindak dengan
bijaksana dan rasional serta membawa kepada kegagalan. Contohnya, Prof. Peter
dengan sombong telah mengatakan bahawa kampung Zaman sebagai busuk, kotor,
dan tidak bertamadun. Sikap itu telah membuatkan dia bertindak secara tidak bijak
dan rasional. Akhirnya, usahanya untuk mendapatkan adiknya gagal.
4. Setiap orang mempunyai hak tetapi hak itu mesti dibela dan dipertahankan
dengan cara yang betul. Contohnya, Prof. Peter mempunyai hak atas Cempaka tetapi hak
itu telah dibela dan dipertahankan dengan cara yang salah.
5. Sejarah yang telah berlaku penting sebagai iktibar oleh setiap orang. Misalnya, Mak
Jah dan Zaman hendaklah mengambil kira sejarah diri Cempaka. Begitu juga Prof. Peter
mesti mengambil iktibar akan sejarah yang telah berlaku pada diri Cempaka yang
dikatakan adiknya.
WATAK Zaman
1. Zaman adalah watak utama drama ini.
2. Zaman adalah anak lelaki Mak Jah.
3. Zaman menuntut di sebuah universiti di Kuala Lumpur.
4. Zaman seorang yang keras kepala seperti bapanya. Hal ini dinyatakan oleh Prof.
Peter dan turut diakui oleh ibunya.
5. Zaman, abang yang penyayang kerana sanggup mengambilkan Cempaka bunga
kenanga.
6. Dia seorang yang berani dalam mempertahankan haknya sehingga dia sanggup
bergelut dengan Prof. Peter.
7. Dia pandai menghidu peluang seperti mencari akar-akar mati untuk diukir serta
dijual di Kuala Lumpur.

Mak Jah
1. Mak Jah adalah ibu kepada Zaman dan ibu angkat Cempaka.
2. Mak Jah adalah ibu yang penyayang. Dia sangat sayang akan Cempaka dan berusaha
untuk mempertahankan Cempaka daripada dirampas oleh abangnya.
3. Mak Jah berasa rendah diri dan takut pada orang putih dan memanggil orang putih
sebagai tuan.
1. Dia seorang yang berhati-hati. Dia segera menyuruh Cempaka bersembunyi di dalam
bilik apabila Prof. Peter yang tidak dikenalinya clatang.
1. Mak Jah bersopan santun. Dia melayan tetamunya, iaitu Prof. Peter dengan baik.
2. Dia mempunyai iman yang kuat kerana dia segera menyebut nama Allah apabila
terdengar letupan senapang.

Cempaka
1. Gadis yang tidak bersekolah tinggi.
Cempaka berambut perang.
3. Cempaka adalah adik angkat Zaman yang manja. Dia meminta Zaman
mengambilkannya bunga kenanga.
2. Cempaka berpendirian tegas apabila mengatakan bahawa dia anak Mak Jah dan adik
Zaman kepada Prof. Peter.
3. Cempaka mudah menangis apabila Prof. Peter ingin merebutnya daripada Mak Jah
dan Zaman.

Prof Peter
1. Profesor dalam bidang antropologi dan sosiologi di sebuah universiti di Kuala
Lumpur.
2. Prof. Peter berbangsa Inggeris.
3. Prof. Peter adalah pensyarah Zaman.
4. Dia tidak bijak menyelesaikan masalahnya apabila sanggup berbalah dengan Zaman dan
Mak Jah untuk mendapatkan Cempaka.
5. Prof. Peter sombong apabila menghina kampung Mak Jah.
6. Prof. Peter tidak cekap menggunakan senapang apabila tembakannya tidak mengenai
sasaran sebaliknya mengenai Cempaka.

Malik
1. Anak muda yang tidak terpelajar.
2. Dia mudah terpengaruh oleh kata-kata Prof. Peter.
3. Selain itu, Malik mudah lupa diri kerana sanggup menghina Zaman, iaitu kawannya
sejak kecil sewaktu dia mengiringi Prof. Peter.
4. Pemuda yang tidak sopan apabila sanggup mengatakan yang dia tertarik pada rambut
perang Cempaka.
PLOT 1. Plot drama Cempaka Berdarah terbahagi kepada dua babak cerita. Berdasarkan
kedua-dua babak itu, plot drama itu terbahagi kepada beberapa tahap, iaitu
pengenalan, perkembangan cerita, klimaks, peleraian, dan penutup. Dalam setiap
tahap plot drama ini mengandungi beberapa peristiwa.
2. Pada tahap pengenalan atau eksposisi, drama ini mengandungi peristiwa Mak Jah
dan Cempaka sedang mengemas rumah sambil menanti kepulangan Zaman dari Kuala
Lumpur. Pada tahap ini juga drama mendedahkan peristiwa Prof. Peter datang ke
rumah Mak Jah.
3. P l o t cerita memasuki tahap pengembangan. Pada tahap
pengembangan cerita, drama mengandungi peristiwa Zaman dan Cempaka masuk ke
pinggir belukar di kampungnya untuk mengambil bunga kenanga, berbual tentang
bonsai dan tentang usaha gigih untuk maju.
4. Plot memasuki tahap perumitan apabila Zaman bertemu dengan Prof. Peter
yang diiringi Malik dan berlaku pertengkaran. Kemudian, Prof. Peter dan Malik pergi.
Sejurus kemudian, kedua-duanya datang semula, iaitu semasa Zaman sudahpun
mengambilkan Cempaka bunga kenanga. Pada waktu ini, berlaku pertengkaran yang
lebih hebat apabila Prof. Peter mempersoalkan rambut Cempaka yang perang
dan ingin merampas Cempaka kerana mendakwa Cempaka adalah adiknya. Pada tahap
ini, Mak Jah datang dan memarahi Prof. Peter.
5. Plot drama ini memasuki tahap klimaks cerita. Pada tahap klimaks ini, peristiwa
Prof. Peter cuba menembak ular di atas kepala Cempaka tetapi mengenai Cempaka.
Lantaran itu, berlaku pergelutan antara Zaman dengan Prof. Peter. Zaman mencuba
merampas senapang Prof. Peter.
6. Plot drama memasuki tahap peleraian pula. Pada tahap ini, Prof. Peter telah
melarikan diri ke dalam belukar. Zaman pun mengambil parangnya dan mengejar Prof.
Peter. Tiba-tiba terdengar satu das letupan senapang yang menyebabkan mereka
tercengang. Seterusnya, Zaman berjalan ke arah ibunya semula dan ibunya
bersyukur kerana dia selamat.
7. Plot drama memasuki tahap peleraian, iaitu Zaman dan Mak Jah mengangkat Cempaka
yang tidak sedarkan diri akibat tertembak.
LATAR Latar Tempat
1. Di rumah Mak Jah. Mak Jah dan Cempaka sedang mengemas sambil berbual-bual
tentang anaknya, iaitu Zaman yang akan pulang bercuti. Tiba-tiba ada seorang yang
tinggi seperti orang putih memanggil dari luar.
2. Di pinggir belukar. Zaman mengambilkan Cempaka bunga kenanga dan bergelut
dengan Prof. Peter.
3. Di tebing sungai Bukit Putih. Di tebing sungai Bukit Putih, ibu Prof. Peter telah
menyembunyikan adiknya daripada tentera Jepun.
4. Di banglo buruk. Prof. Peter pulang ke banglo buruk di Estet Putih pada setiap tahun
dalam usaha untuk mencari adiknya.
5. Di Kuala Lumpur. Letaknya universiti Zaman dan tempat ukiran kayu mati, kayu laut,
tunggul buluh, dan rotan dijual.

Latar Masa
1. Masa cuti pengajian. Zaman pulang ke kampung pada masa cuti penggal pengajian
akhir tahunnya.
2. Petang. Zaman dan Cempaka ke belukar mencari bunga kenanga dan mencari akar-
akar kayu tumbang di tebing sungai.
3. Waktu pagi menjelang tengah hari. Mak Jah mengemas rumah bersama-sama dengan
Cempaka.

Latar Masyarakat
1. Masyarakat yang sombong. Prof. Peter bersikap sombong apabila memandang hina
kampung Mak Jah dan tidak menghargai Mak Jah yang memelihara Cempaka yang
didakwa sebagai adiknya.
2. Masyarakat yang lupa diri. Malik seorang yang telah lupa diri apabila terpengaruh oleh
kata-kata Prof. Peter.
3. Masyarakat yang pandai mengambil peluang. Zaman pandai mengambil peluang untuk
memperoleh rezeki dengan mengambil akar-akar kayu mati untuk diukir serta dijual di
Kuala Lumpur.
4. Masyarakat penyayang. Mak Jah seorang yang penyayang apabila menyayangi Zaman
dan Cempaka.
5. Masyarakat kampung. Mak Jah dan Cempaka adalah masyarakat kampung yang
terlalu menghormati orang putih walaupun bangsa itu pernah menjajah mereka.
NILAI MURNI 1. Nilai kasih Sayang. Sifat sayang-menyayangi antara ahli keluarga menjamin
kebahagiaan. Contohnya, Mak Jah, Cempaka, dan Zaman saling menyayangi antara
satu dengan yang lain dan menjadikan keluarga mereka bahagia walaupun hidup dalam
kemiskinan.
2. Nilai keberanian. Hak yang dicabar hendaklah dipertahankan dengan sifat
keberanian yang tinggi. Contohnya, Zaman telah menunjukkan sifat ber ani
dalam memper tahank an Cempaka, iait u adik nya daripada dirampas oleh
Prof. Peter.
3. Nilai budi bahasa. Kehidupan berbudi bahasa hendaklah tidak terhad pada ahli
keluarga tetapi meliputi semua orang sama ada dikenal atau tidak. Contohnya, Mak
Jah telah melayan Prof. Peter dengan baik walaupun tidak mengenalnya.
4. Nilai berhati-hati dan berwaspada. Sifat berhati-hati dan berwaspada penting
dalam mengelakkan sesuatu perkara buruk berlaku. Contohnya, Mak Jah telah
menyuruh Cempaka bersembunyi di dalam bilik apabila Prof. Peter yang tidak dikenali
datang ke rumah mereka.
5. Nilai kerajinan. Sifat rajin berusaha akan membolehkan seseorang mengubah nasib
diri dan keluarga. Contohnya, Zaman rajin berusaha seperti mengambil akar-akar
kayu tumbang untuk dijadikan ukiran dan dijual di Kuala Lumpur. Di samping itu,
Zaman juga rajin belajar untuk berjaya dalam pengajian di universiti.
PENGAJARAN 1. Setiap orang mesti rajin berusaha supaya dapat membela diri dan keluarga daripada
kesusahan dan kemiskinan. Contohnya, Zaman yang gigih menuntut ilmu dengan
harapan dapat mengubah nasib dirinya sekeluarga.
2. Dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau isu, seseorang itu mesti menyelesaikannya
dengan tindakan dan fikiran yang rasional. Contohnya, Prof. Peter seharusnya
tidak mengambil sikap terburu-buru dalam menuntut haknya terhadap Cempaka.
Sikapnya itu telah menyebabkan pertengkaran antara dia dengan Zaman,
menyebabkan Mak Jah marah, dan menyebabkan Cempaka tertembak.
3. Setiap manusia mesti hidup saling menyayangi tanpa mengira asal keturunan
dan agama untuk menjamin keharmonian hidup. Contohnya, Mak Jah telah
memelihara Cempaka sejak kecil dengan penuh kasih sayang walaupun Cempaka
berbangsa Inggeris.
4. Sikap berhati-hati dan berwaspada mesti ada dalam diri setiap orang bagi
mengelakkan sesuatu perbuatan jenayah berlaku dengan mudah. Contohnya, Mak Jah
begitu berhati-hati sebelum membenarkan Prof. Peter masuk ke dalam rumahnya.
Mak Jah juga meminta Cempaka bersembunyi untuk mengelakkan daripada sebarang
bencana.

5. Seseorang itu hendaklah mempertahankan hak dengan penuh keberanian agar hak
itu tidak dicabuli oleh orang lain dengan sewenang-wenangnya. Contohnya, Mak Jah
dan Zaman dengan berani mempertahankan Cempaka daripada dirampas oleh
Prof. Peter.
6. Setiap orang mesti mempunyai budi bahasa yang tinggi supaya orang atau bangsa
lain menghormati kita. Contohnya, Mak Jah melayan tetamunya, Prof. Peter dengan
baik.

Latihan: Cempaka berdarah

Baca drama Cempaka berdarah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang diberikan dengan jawapan
anda sendiri.

1. Berdasarkan halaman 244 dalam Antologi Harga Remaja tingkatan 4, berikan dua sebab Cempaka risau
tentang abangnya yang tidak pulang sewaktu cuti penggal.

2. Pada pandangan anda, mengapakah Mak Jah teragak-agak hendak bercerita tentang hal
Cempaka dan kemudiannya Mak Jah pula berasa bimbang?

3. Pada pendapat anda, mengapakah seorang murid atau pelajar harus menghormati
gurunya?
Novel: Papa

SINOPSIS Novel ini mengisahkan kehidupan sebuah keluarga bahagia yang terdiri daripada Intan
Juliana (Julia), mama (Intan Maliana), papa (Jefri) dan Mak Cik Noraini. Pada awal cerita,
hubungan mama dan papa digambarkan sangat erat dan mesra. Pada suatu hari, mama
jatuh sakit. Papa memberitahu Julia bahawa mama telah mengandung. Julia sangat
gembira namun Mak Cik Noraini berasa amat bimbang apabila mendengar berita itu. Hal
ini disebabkan mama pernah mengalami komplikasi semasa melahirkan Julia dahulu.
Ketika pulang dari sekolah, Julia terdengar perbualan antara mama dengan Mak Cik
Noraini. Dalam perbualan itu, Mak Cik Noraini mengingatkan Mama tentang peristiwa
semasa melahirkan Julia. Mama telah koma akibat kehilangan banyak darah manakala
Julia menghidap penyakit demam kuning dan alah pada susu tepung. Mama menjelaskan
bahawa dia sanggup berkorban kerana papa menginginkan anak lagi. Mama dan papa telah
berbincang tentang perkara tersebut. Rakan sekerjanya, Cikgu Suzie turut melahirkan
perasaan bimbangnya. Namun begitu, mama tetap berkeras untuk meneruskan
kandungannya demi papa yang sangat dicintainya. Kandungan mama semakin membesar
dan dijangka akan melahirkan anak kembar lelaki. Ketika di dapur, Julia bertanyakan Mak
Cik Noraini keadaan mama semasa melahirkannya dahulu. Mak Cik Noraini menceritakan
segala-galanya dan memberitahu bahawa badan Julia hanya sebesar anak kucing yang
berumur sebulan.

Di kolej tempat papa mengajar, terdapat seorang pelajar yang amat meminati
pengajarannya, iaitu Aisyah. Kadangkala papa menumpangkan Aisyah hingga ke
rumahnya. Julia pernah menguji kesetiaan papa supaya menjadikan Aisyah sebagai isteri
keduanya. Papa meyakinkan Julia bahawa dia tidak akan menduakan mama. Mama
dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia kerana sudah tiba masanya untuk
mama untuk melahirkan anak. Doktor memberitahu papa bahawa bayi kembar lelaki yang
dikandung mama ialah bayi kembar Siam. Walau bagaimanapun bayi kembar tersebut
telah meninggal dunia sewaktu dalam kandungan lagi. Mama kehilangan banyak darah dan
berada dalam keadaan koma. Kini, tugas menghantar dan mengambil Julia diambil alih
oleh papa. Di sekolah, Julia telah berkenalan dengan pelajar baru di kelasnya, Rasylan.
Mereka saling bertukar cerita. Mama masih lagi koma dan berada di hospital. Mak Cik
Noraini meminta papa agar berkahwin lagi kerana dia tidak sampai hati melihat papa
bersendirian dan tidak seceria dahulu. Papa mengatakan bahawa dia sanggup menunggu
mama pulih dan perlu menjaga hati Julia. Julia telah meminta kebenaran papa untuk pergi
ke rumah Rasylan. Papa menyuruh Julia memperkenalkan Rasylan kepadanya terlebih
dahulu agar maruah Julia sebagai seorang perempuan terpelihara.

Apabila Julia pulang selepas kertas terakhir peperiksaan SPM, dia mendapati bahawa
mama telah dibawa pulang oleh papa. Papa telah mendapat kebenaran oleh doktor dan
mama ditempatkan di bilik yang dilengkapi dengan peralatan seperti di hospital. Hampir 8
bulan mama koma dan tidak menunjukkan tanda-tanda akan sedar. Keputusan SPM Julia
akan diumumkan tidak lama lagi. Papa masih lagi tidak putus asa dan sentiasa berdoa
kepada Tuhan agar mama cepat sedar daripada komanya. Papa tetap menunjukkan kasih
sayangnya kepada mama dan sentiasa berbual dengan mama yang sedang koma itu.
Selepas beberapa minggu peperiksaan tamat, Rasylan menziarahi Julia dan papa. Rasylan
dan papa berbual-bual dari tentang mama hingga latar belakang Rasylan. Rasylan
kehairanan kerana papa seolah-olah sudah mengenali bapa angkatnya. Papa menjelaskan
bahawa bapa angkat Rasylan, Datuk Mustakim telah melanggar ibu dan bapa papa. Dalam
kemalangan tersebut, bapa papa telah meninggal dunia manakala ibu papa lumpuh.
Hubungan Julia dan Rasylan bertambah intim dan mesra. Sifat-sifat Rasylan telah memikat
hati Julia. Namun begitu, papa menunjukkan perasaan kurang senang hatinya Julia
berkawan dengan Rasylan.

Julia dan Rasylan telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM. Julia ternampak
papa dan Aisyah sedang makan di sebuah restoran seperti sepasang kekasih semasa dia dan
Rasylan ingin meraikan kejayaan mereka di Starbucks Coffee. Julia dan Rasylan
melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa (UIA).
Keesokannya, Julia dan Rasylan keluar untuk membeli buku dan sekali lagi dia ternampak
papa bersama-sama dengan Aisyah. Fikiran Julia runsing memikirkan hubungan papa
dengan gadis tersebut. Pada suatu hari, Rasylan mengajak Julia makan di A&W. Dalam
perjalanan, Rasylan memberitahu Julia bahawa Encik Muaz al-Khalibi, pensyarah daripada
Jabatan Sains Politik telah memintanya menjalankan ujian DNA. Apabila sampai, Julia
telah melihat papanya sedang berbual dengan Aisyah di suatu sudut restoran tersebut. Julia
mengajak Rasylan meninggalkan restoran itu.

Pada minggu berikutnya, Julia pulang ke rumah. Dia terdengar perbualan antara Mak Cik
Noraini dengan papa. Mak Cik Noraini bersetuju dengan hasrat papa untuk berkahwin
semula kerana sudah bertemu dengan orang yang sesuai. Di ruang tamu, Julia melihat papa
membaca artikel “Poligami’. Julia memberitahu papa bahawa dia telah terserempak dengan
papa dan Aisyah beberapa kali. Julia mengaitkan artikel tersebut dengan niat papa yang
ingin berkahwin lagi. Julia mengingatkan papa bahawa mama masih hidup lagi dan
menganggap papa curang dan mengkhianati mama. Papa telah menampar pipi Julia kerana
kelancangannya itu. Rasylan menasihati Julia agar menerima hasrat papa kerana papa
manusia biasa yang memerlukan seseorang yang boleh berkongsi segala-galanya.
Kemudian, Rayslan memberitahu Julia bahawa DNAnya sama dengan Encik Muaz. Rasylan
tidak dapat menerima kenyataan ini kerana dia dipelihara di rumah Jabatan Kebajikan
Masyarakat sejak kecil.

Sudah dua minggu Julia tidak balik ke rumah selepas peristiwa dia ditampar itu. Papa telah
datang ke kampus UIA untuk berjumpa dengannya. Papa meminta keizinan Julia untuk
mencari pengganti mama dan menjelaskan bahawa dia memerlukan seseorang bagi
mengejutkannya tidur untuk solat Subuh, berkongsi cerita dan mengingatkan tarikh
perjumpaannya dengan doktor. Mama tidak dapat melakukan semua perkara itu lagi.
Akhirnya, Julia akur dengan permintaan papa demi kebahagiaan papa.

Rasylan memberitahu Julia tentang nasib dirinya sebagai anak luar nikah bapanya, Encik
Muaz dengan seorang warga Indonesia. Dia telah ditinggalkan oleh ibunya berhampiran
dengan longkang besar. Ibunya berharap agar dia mati kerana kelahirannya tidak berayah
dan ibunya tidak sanggup menanggung malu besar. Kini, ibunya telah pulang ke negara
asalnya. Bagi Rasylan, Datuk Mustakimlah yang dianggap sebagai ayah bukannya Encik
Muaz.

Papa telah memperkenalkan bakal isterinya kepada Julia. Pada hujung minggu itu, papa
meminta Julia pulang untuk menghadiri majlis pernikahannya pada malam tersebut.
Namun begitu, Julia enggan dan memberikan alasan untuk menjaga mama. Pada pagi
berikutnya, Julia diserang demam panas. Ketika terlantar di hospital, Julia telah bermimpi
berjumpa dengan seorang lelaki yang mirip papa cuma masih muda dan bernama Jeffri.
Dalam mimpi tersebut, Jeffri memujuk dan menasihati Julia agar membenarkan papa
berkahwin lagi. Papa sudah lama menanggung penderitaan sejak mama koma. Menurut
Jeffri lagi, papa memerlukan seseorang yang dapat berkongsi kehidupannya dengannya.
Walaupun mama masih hidup, namun mama tidak dapat berbuat sedemikan dan tidak
tahu masanya mama akan pulih. Julia memberitahu Jeffri bahawa dia takut kehilangan
kasih sayang papa. Pada penghujung mimpi tersebut, Julia merelakan perkahwinan
papanya demi kebahagiaan mereka sekeluarga. Julia terlantar di hospital selama tiga hari.
Apabila cuti semester berakhir, Julia meneruskan pengajiannya.

Selepas peperiksaan semester kedua, Julia pulang ke rumah. Julia terdengar papa menegur
Mak Cik Aisyah yang telah masuk ke bilik mama seorang diri. Perbuatan Julia mendengar
perbualan ibu bapanya secara curi-curi ditegur oleh Mak Cik Noraini. Julia memberitahu
Mak Cik Noraini bahawa papa memarahi Mak Cik Aisyah yang mungkin akan meletakkan
racun kepada mama. Mak Cik Noraini yang terdengar kata-kata Julia telah berkecil hati.
Julia meminta maaf dan menyatakan kerelaannya menerima Mak Cik Aisyah dengan hati
yang ikhlas. Hubungan antara Julia dengan Rasylan semakin intim dan perasaan cemburu
mulai timbul dalam hati masing-masing. Rasylan menegaskan bahawa dia akan menolak
tawaran Encik Muaz apabila ditanya oleh Julia tentang hal itu.

Julia sedang menghadapi masalah hubungan cintanya dengan Rasylan. Mak Cik Aisyah
yang menyedari hal itu telah memberikan nasihat dan pandangannya untuk membantu
Julia. Selepas solat, papa meluru masuk ke bilik mama. Papa menegur mama seperti biasa
dengan harapan ada keajaiban akan berlaku. Tiba-tiba mama membuka mata,
mengerakkan tangan dan jari-jarinya serta mulutnya terkumat-kamit seperti ingin
menyatakan sesuatu. Papa amat gembira dengan perkembangan mama itu. Ketika papa
sedang berbual dengan mama, Mak Cik Aisyah muncul. Mama memandang Mak Cik Aisyah
dengan kehairanan. Papa memperkenalkan Mak Cik Aisyah dan menjelaskan sebab-sebab
dia berkahwin lagi. Namun begitu, mama kelihatan tidak dapat menerima kenyataan itu.
Mama tiba-tiba nazak dan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Sejak kelahiran
Julia, papa tidak pernah menangis, namun kali ini papa akhirnya tewas jua.
TEMA Novel karya Deana Yusof ini bertemakan kasih sayang
PERSOALAN 1. Pengorbanan suami dan isteri demi kebahagian pasangan masing-masing buktinya Intan
maliana sanggup mengandung kali kedua demi memenuhi kehendak suaminya. Malah,
Jeffri pula berkorban dengan cara menjaga isterinya yang koma selama lebih tiga tahun

2. Kesetiaan seorang suami terhadap isterinya. Buktinya ,Jeffri setia menemani isterinya
yang koma selepas kehilangan banyak darah semasa melahirkan kembar Ahmad dan
Muhammad. Malah, Jeffri juga enggan berkahwin lain ketika didesak oleh Mak Cik Noraini
sebagai bukti kesetiaannya itu.Namun, keputusan untuk berkahwin lain dibuat selepas
bertahun-tahun hidup keseorangan.

3. Ketabahan menghadapi dugaan daripada Tuhan. Buktinya, Jeffri tabah menghadapi


dugaan ketika isterinya koma dan berusaha untuk mengubatinya. Malah, dia juga tabah
tatkala kedua-dua anak kembarnya turut meninggalkannya.

4. Keprihatinan terhadap masalah orang lain dapat dibuktikan melalui watak cikgu Suzie
yang cuba menasihati Intar Marliana agar tidak terus mengandung kerana sedar akan
risiko yang bakal dihadapi.
WATAK INTAN JULIA

Intan Julia atau lebih dikenali sebagai Julia ialah watak utama novel ini. Julia ialah seorang
remaja yang menuntut ilmu di sekolah menengah dalam tingkatan lima. Bapanya bernama
Jeffri manakala ibunya bernama Intan Maliana. Pada mulanya, keluarga Julia amat
bahagia. Dia memperoleh kasih sayang yang mendalam daripada ibu dan bapanya.
Kehidupannya bertukar suram selepas ibunya koma dan adik kembarnya meninggal dunia.
Namun Julia tabah menghadapi dugaan tersebut.

PENYAYANG
Julia amat menyayangi ibu bapanya. Semasa ibunya jatuh koma, dia sentiasa mendoakan
agar ibunya segera sembuh. Dia juga berusaha untuk menjaga ibunya setiap kali pulang
daripada kampus pada hujung minggu. Julia turut menyayangi bapanya. Demi
membahagiakan bapanya, Julia merestui bapanya untuk memperisterikan Aisyah.
KEGIGIHAN DAN KETEKUNAN
Julia gigih mengulang kaji pelajarannya. Berkat kegigihan dan ketekunannya, dia Berjaya
lulus SPM dengan cemerlang. Akhirnya, dia ditawarkan peluang untuk menyambung
pengajian di Kolej Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa.

KETABAHAN
Julia banyak menghadapi cabarn hidup. Antaranya ialah keadaan ibunya yang jatuh koma,
kematian adik-beradik ekmbarnya, kenyataan bahawa bapanya ingin berkahwin lagi,
pertengkaran antara dia dengan Rasylan, dan kematian ibunya. Namun Julia sentiasa tabah
dan sabar mengharungi cabaran serta dugaan hidup.

BERTOLAK ANSUR
Walaupun pada awalnya Julia tetap dengan pendiriannya yang tidak mengizinkan papanya
berkahwin lagi, namun, setelah dibawa berbincang, Julia membenarkan atas sebab-sebab
kesihatan .

JEFFRI (PAPA)

Jeffri merupakan bapa kepada Julia. Sebagai ketua keluarga, jeffri memikul
tanggungjawabnya dengan baik. Dia bekerja sebagai pensyarah dalam bidang ekonomi di
Kolej Iktisas. Kasih sayangnya terhadap mama tidak berbelah bahagi dan berlandaskan
keikhlasan hati. Lantaran itu, dia amat sedih apabila mama jatuh koma. Kesunyian yang
dialaminya membawa kepada pperkahwinan antara dia dengan Aisyah.

PENYAYANG
Papa amat menyayangi mama dan Julia. Kasih sayangnya terhadap mama tidak berbelah
bahagi walau apa jua rintangan yang terpaksa diharunginya. Dia membawa mama pulang
ke rumah agar dia sentiasa dapat berdampingan dengan mama yang koma. Dia juga amat
sayang akan Julia. Dia tidak membenarkan Julia berkawan dengan Rasylan kerana
latarbelakang keluarganya tidak baik.

BERPENDIRIAN TEGAS
Papa amat tegas dengan pendiriannya bahawa Rasylan bukan orang yang baik-baik.
Walaupun Julia menyatakan rasylan baik-baik orangnya, papa tetap melarang Julia
daripada terus berkawan dengan Rasylan. Papa juga tetap dengan pendiriannya untuk
berkahwin lagi. Walaupun Julia tidak bersetuju dengan keputusannya, papa cuba memujuk
dengan sedaya upaya supaya Julia menerima kehadiran Aisyah dalam hidupnya.

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN


Papa sentiasa berdoa agar mama cepat sembuh. Papa turut sentiasa mengerjakan
sembahyang tepat pada waktunya. Papa sentiasa reda dan berserah kepada takdir.

PRIHATIN
Papa prihatin terhadap kesihatan mama dan sentiasa menasihati mama agar menurut arah
ndoktor. Dia jugan prihatin dengan perasaan Julia yang tidak mahu papanya berkahwin
lagi lalu memujuknya.

INTAN MALIANA (MAMA)

Intan Maliana ialah isteri kepada Jeffri dan ibu kepada Julia. Dalam novel ini, watak ini
lebih dikenali sebagai mama atau Kak Maliana. Mama amat menyayangi papa dan sanggup
berkorban untuk kebahagiaan papa. Dia pernah menghadapi komplikasi ketika melahirkan
Julia suatu ketika dahulu. Mama bekerja sebagai seorang guru di Sekolah Menengah Seri
Gading.

SANGGUP BERKORBAN
Walaupun menyedari hakikat bahawa dirinya akan menghadapi kesulitan semasa
melahirkan anak, mama tetap dangan keputusannya untuk mengandung lagi. Mama
sanggup berkorban untuk membahagiakan papa yang ingin menambah ahli keluarganya.
TEGAS PENDIRIAN
Mama tegas dengan pendiriannya bahawa dia tidak akan menggugurkan kandungannya.
Walaupun banyak orang telah menasihatinya agar tidak meneruskan kandungan ini, dia
tetap dengan keputusannya demi membahagiakan raja hatinya.

BERTANGGUNGJAWAB
Mama merupakan seorang guru yang bertanggungjawab. Dia begitu berusaha member
tunjuk ajar kepada pelajarnya sehingga dia disukai oleh pelajarnya. Mama dikatakan
sentiasa berdedikasi dalam menyalurkan ilmu pengetahuan kepada anak muridnya.

PENYAYANG
Kasih sayangnya yang mendalam terhadap papa terbukti apabila dia sanggup mengandung
lagi demi memenuhi hasrat papa.
PLOT PERMULAAN
Keadaan keluarga Julia, Papa (Jeffri) , dan Mama (Intan Maliana) digambarkan amat
bahagiia. Kasih sayang antara papa dengan mama menjadi asas keharmonian dan
kesejahteraan hidup mereka. Sebagai anak, Julia berasa kagum terhadap kasih sayang
antara papa dengan mama. Julia turut rasa bangga kerana mempunyai sebuah keluarga
yang dibentuk atas dasar kasih sayang seorang suami yang tidak berbelah bahagi terhadap
isterinya.

PERKEMBANGAN
Papa memaklumkan Julia bahawa mama telah mengandung sekali lagi. Julia akan
mempunyai adik sebagai pelengkap keluarga mereka. Mak Cik Noraini bimbang Mama
akan menghadapi kompilasi seperti dahulu. Mama jtuh koma manakala Julia menghidapi
masalah alah susu tepung. Mak Cik Noraini terpaksa mengeluarkan susu mama dengan
bantuan doktor. Namun, kejadian itu tidak menggentarkan mama. Baginya, dia hanya perlu
tabah dan menyerahkan segalanya kepada Allah. Dalam pada itu, dia sanggup menghadapi
risiko demi membahagiakan papa.

Di sekolah pula, Julia sempat berkenalan dengan Rasylan, seorang pelajar baru di kelasnya.
Ketampanan Rasylan Berjaya menarik perhatian Julia. Rasylan merupakan anak angkat
kepada Datuk Mustakim. Pada masa yang sama, rakan sekerja mama, Cikgu Suzie, turut
menyuarakan kebimbangannya terhadap keadaan mama yang mengandung lagi. Beliau
menasihati mama agar pandai menjaga diri kerana beliau tidak ingin melaihat mama
ditimpa sebarang kecelakaan.

Tidak lama kemudian, mama sakit memandangkan sudah tiba masanya untuk mama
bersalin. Papa, Julia Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bersalin. Namun,
mama menghadapi komplikasi sekali lagi kerana sukar untuk melahirkan anak kembar
yang dikandungnya dan terpaksa dibedah. Tidak lama kemudian, doktor yang
bertanggungjawab membedah mama memberitahu bahawaanak kembar yang dilahirkan
mama merupakan kembar siam. Namun begitu, mereka telah meninggal dunia sewaktu
kandungan lagi. Mama pula jatuh koma. Jenazah Ahmad dan Muhammad dibawa pulang
untuk dikebumikan.

Julia dan Rasylan semakin intim dan kini sepasang kekasih. Namun, papa tidak merestui
hubungan mereka kerana bagi papa, Raslan tidak mempunyai latar belakang keluarga yang
baik. Bapa angkatnya, Datuk Mustakim, merupakan orang yang melanggar ibu bapa papa
sehingga mereka meninggal dunia.Keengganan Datuk Mustakim untuk bersemuka dengan
papa selepas kejadian tersebut telah mencetuskan rasa tidak puas hati dalam diri papa.
Rasylan cuba mengaturkan pertemuan antara mereka namun ditolak papa. Papa melarang
Julia untuk terus berkawan dengan Rasylan membuatkan Julia terpaksa merahsiakan
hubungan mereka.

Tanpa kehadiran mama di sisi, papa berasa sangat sunyi. Kehidupannya menjadi kurang
ceria. Pada saat itulah, papa menjalinkan hubungan intim dengan Aisyah, salah seorang
pelajarnya. Julia pernah terserempak dengan mereka dalam suasana penuh mesra di
Restoran Pizza Hutt, Starbucks Coffee, dan Restoran A&W ketika dia keluar bersama-sama
Rasylan. Ketidakpuasan hati Julia memuncak apabila papa ingin berkahwin dengan Aisyah.
Julia yang tidak merestui perkahwinan tersebut telah bertengkar dengan papa. Dalam
pertengkaran itu, papa telah menampar muka Julia. Tamparan itu telah meregangkan
hubungan Julia dengan papa. Dalam kemarahan, Julia membuat keputusan untuk tidak
pulang ke rumah pada hujung minggu itu. Dia menetap di kampus selam abeberapa
minggu. Panggilan papa juga tidak dijawab.

Melalui Rasylan, Julia dapat mengetahui bahawa bapa kandung Rasylan ialah Encik Muaz
al-Khalibi, salah seorang pensyarah UIA. Rasylan ialah anak luar nikah Encik Muaz dan
pengemas biliknya yang berbangsa Indonesia. Selepas dilahirkan, Rasylan ditinggalkan
oleh ibunya di tepi longkang. Nasib Rasylan baik kerana diselamatkan dan ditempatkan di
rumah anak yatim sehinggalah Datuk Mustakim mengambilnya sebagai anak angkat. Encik
Muaz ingin menjalin semula hubungan dengan Rasylan namun Rasylan enggan. Bagi
Rasylan, sikap tidak bertanggungjawab Encik Muaz membuatkannya tidak layak untuk
menjadi bapa Rasylan.

Tidak kira dalam apa jua keadaan, Julia tidak akan menafikan hubungan anak dengan bapa
antara dia dengan papa. Akhirnya, papa Berjaya memujuk Julia untuk merestui
perkahwinannya dengan Aisyah. Julia menerima Aisyah sebagai ibu tirinya demi
membahagiakan papa yang kesunyian. Tidak lama kemudian, Aisyah mengandung. Berita
tersebut cukup menggembirakan papa dan Julia.

KLIMAKS
Mama tiba-tiba sahaja sedar daripada koma. Selepas sedar, mama ingin memakan pizza.
Papa pula sempat memperkenalkan Aisyah sebagai isteri keduanya.

PELERAIAN
Mama tidak dapat menerima bahawa dia telah dimadukan dengan Aisyah. Dalam
tangisannya, dia telah menghembuskan nafasnya yang terakhir.
LATAR LATAR TEMPAT

Sekolah Menengah Seri Gading


• tempat Intan Maliana mengajar
• tempat Julia belajar

Restoran Starbucks, Mid Valley Megamall


• tempat Julia dan Rasylan sering bekunjung
• tempat Julia terserempak dengan papa dan Aisyah

Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras


• tempat mama dibedah
• tempat kembar siam diumumkan meninggal dunia

Universiti Islam Antarabangsa di Gombak, Selangor


• tempat Julia dan Rasylan menyambung pelajaran selepas berjaya memperoleh keputusan
cemerlang dalam SPM

Kedai Kopi (Coffee House) di Hotel Paya Serai


• tempat Papa memujuk Julia agar merestui perkahwinannya dengan Aisyah.

LATAR MASA

ZAMAN MODEN
• zaman ini sudah wujud peralatan canggih seperti kelengkapan-kelengkapan di hospital
dan sebagainya
• (sekitar 2000-an)

TEMPOH MASA
• bermula dari Julia berada dalam Tingkatan 4 sehingga dia menyambung pengajiannya di
UIA(3 tahun)

14 TAHUN DAHULU
• sewaktu mama mengimbas kembali kisah silamnya sewaktu melahirkan Julia

LATAR MASYARAKAT
Masyarakat Moden
• sudah wujud permainan moden seperti Tenis dan peralatan canggih di hospital

Masyarakat Pendidik
• Papa merupakan pensyarah bidang ekonomi
• Mama merupakan guru Matematik

Masyarakat anak angkat


• Rasylan diambil sebagai anak angkat oleh Datuk Mustakim

Masyarakat Berpoligami
• Papa berkahwin dengan Aisyah semasa mama koma
NILAI MURNI • Tabah
• Kasih Sayang
• Gigih
• Saling Membantu
• Berdikari
PENGAJARAN • Kita perlulah tabah dalam menghadapi dugaan hidup.
• Kita perlulah menunjukkan kasih sayang antara satu sama lain.
• Kita perlulah berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan
• Kita mestilah saling membantu antara satu sama lain
• Kita harus belajar hidup berdikari untuk kebaikan sendiri.

Latihan: Novel Papa

Baca novel Papa dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan berikut dengan ayat anda sendiri.

1. Pada pendapat anda, mengapakah pengarang memberikan perhatiankepada watak utama dalam
sesebuah novel?
Berikan pendapat anda berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari.

2. Huraikan empat perwatakan watak utama dalam sebuahnovel yang anda telah pelajari.

3. Nyatakan tiga perkara yang menarik perhatian anda semasa membaca novel? Berikan pandangan anda
berdasarkan novel yang telah anda pelajari.
4. Huraikan empat latar tempat dalam novel yang anda telah pelajari.

5. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, jelaskan tema novel tersebut.

6. Jelaskan empat persoalan yang terdapat dalam novel yang anda kaji.

7. Berdasarkan sebuah novel, berikan tiga contoh teknik penceritaan yang telah digunakan.
8. Huraikan empat latar masyarakat dalam novel yang anda telah pelajari.

9. Pada pendapat anda, apakah jasa penulis novel kepada masyarakat?


Berikan tiga alasan anda berdasarkan novel yang anda telah pelajari.

10. Huraikan empat pengajaran yang terkandung dalam novel yang telah anda pelajari.

11. Huraikan dua peristiwa yang dapat menggambarkan nilai ketabahan dalam novel tersebut.
PUISI TRADISIONAL:

PANTUN EMPAT KERAT (BUDI)

A. Maksud Pantun
Rangkap 1:
Jika tidak kerana budi seseorang maka nama baik seseorang itu tidak akan disebut-sebut atau diingati.
Rangkap 2:
Sudah menjadi lumrah manusia, nama baik seseorang itu akan terus diingati sehingga seseorang itu meninggal
dunia.
Rangkap 3:
Orang yang berbudi walaupun sedikit akan terus dikenang dan diingati sepanjang zaman.
Rangkap 4:
Budi baik yang diberi kepada seseorang akan terus dihargai dan tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

B. Tema Pantun:
Pantun ini bertemakan budi yang baik akan menjadi sebutan dan dikenang sepanjang masa.

C. Persoalan Pantun:
i. Budi yang baik menyebabkan nama seseorang sentiasa disebut-sebut.
ii. Orang yang telah mati akan terus diingati kerana budinya.
iii. Orang yang berbudi akan terus dikenang sepanjang zaman.
iv. Budi yang ikhlas tidak akan dilupakan.

D. Bentuk Pantun:
i. Puisi bentuk terikat, jenis pantun.
ii. Mengandungi 4 rangkap/ bait.
iii. Setiap rangkap mengandungi 4 baris.
iv. Setiap baris mengandungi di antara tiga hingga lima perkataan.
v. Setiap baris mengandungi di antara 8 hingga 11 suku kata.

E. Bahasa Pantun:
i. Rima akhir “abab”.
ii. Asonansi : Jika tak kenang kepada saya (pengulangan vocal “a” sebanyak 7 kali)
iii. Aliterasi : Akan menjadi kenang-kenangan (pengulangan konsonan “n” sebanyak 6 kali)
iv. Singkop : Penggunaan perkataan “tak” dan “kan”.

F. Nilai Pantun:
i. Berbudi : Orang yang berbudi akan sentiasa dikenang sepanjang masa.
ii. Ikhlas : Budi yang ikhlas tidak akan dilupai.
iii. Mengenang jasa : Orang yang menerima budi akan mengenang budi yang diberi.
iv. Tolong-menolong : Berbudi dapat membantu orang yang memerlukan.

G. Pengajaran:
i. Kita mestilah sentiasa berbudi kepada orang lain – supaya kebaikan kita akan terus dikenang.
ii. Kita mestilah mengenang jasa atau budi orang yang telah membantu kita.
iii. Kita mestilah menabur budi dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan.
iv. Kita mestilah menghargai orang yang telah berbudi kepada kita.

PANTUN EMPAT KERAT (JENAKA DAN SINDIRAN)

A. Maksud Pantun:
Rangkap 1:
Tiada gunanya memiliki seorang isteri yang cantik sahaja jika tidak pandai melakukan tugas-tugas menguruskan
rumah tangga.
Rangkap 2:
Ilmu pengetahuan penting kepada semua manusia
Rangkap 3:
Jenaka menggambarkan kehairanan apabila melihatkan kebodohan seseorang atau melihat sesuatu yang
menghairankan.
Rangkap 4:
Jenaka yang menggambarkan rasa bimbang apabila melihat seseorang yang melakukan sesuatu yang tidak
mungkin mampu dilakukannya.
Rangkap 5:
Jenaka yang menggambarkan rasa kehairanan seseorang apabila melihat seseorang mampu melakukan sesuatu di
luar dugaan.

B. Tema Pantun:
Pantun ini bertemakan jenaka dan sindiran kepada isteri yang tidak pandai menguruskan rumah tangga,
kepentingan ilmu dan kemampuan seseorang melakukan sesuatu pekerjaan.

C. Persoalan Pantun:
i. Perlunya seseorang isteri bijak menguruskan rumah tangga dengan sempurna.
ii. Kepentingan ilmu pengetahuan kepada manusia.
iii. Kebodohan seseorang sehingga dia mungkin menjadi mangsa kepada orang lain.
iv. Keupayaan seseorang tidak harus dilihat daripada sifat semula jadinya.

D. Bentuk Pantun:
i. Puisi bentuk terikat, jenis pantun.
ii. Mengandungi 5 rangkap/ bait.
iii. Setiap rangkap mengandungi 4 baris.
iv. Setiap baris mengandungi di antara 3 hingga 5 perkataan.
v. Setiap baris mengandungi di antara 9 hingga 11 suku kata.

E. Bahasa Pantun:
i. Rima akhir “abab”.
ii. Asonansi : Duduk termenung harimau tua (pengulangan vocal “u” sebanyak 5 kali)
iii. Aliterasi : Hinggap menghisap bunga layu (pengulangan konsonan “g” sebanyak 4 kali)
iv. Singkop : Penggunaan perkataan “tak”.

F. Nilai Pantun:
i. Bijaksana : Seseorang isteri harus bijak menguruskan rumah tangga.
ii. Mengutamakan ilmu : Ilmu penting kepada semua manusia.
iii. Rasional : Melakukan sesuatu mengikut kemampuan diri sendiri.

G. Pengajaran:
i. Seseorang isteri mestilah bijak menguruskan rumah tangganya.
ii. Kita mestilah sentiasa mengutamakan ilmu pengetahuan dalam kehidupan kita.
iii. Kita mestilah berfikir sebelum melakukan sesuatu pekerjaan supaya tidak memudaratkan diri kita.
iv. Kita tidak boleh menilai seseorang hanya dengan melihat sifat luarannya sahaja.

SAJAK:

HARGA REMAJA

Maksud
Rangkap Satu
Pertanyaan tentang harga remaja yang tidak mengalami kekecewaan.
Rangkap 2
Pertanyaan tentang kewajaran remaja menerima kesusahan, iaitu sana ada disebabkan perasan cinta yang belum
masanya atau ilmu yang ditimba selama ini.
Rangkap 3
Remaja amat berharga dan tidak dapat dibandingkan dengan perjanjian dlam percintaan yang belum masanya.
Remaja yang baik ialah remaja yang berani dan memiliki ilmu.
Rangkap4
Remaja hendaklah mengetahui arah tuju kehidupannya.

Tema
Ketinggian nilai remaja yang berilmu

Persoalan
(a) Kekecewaan golongan remaja.
(b) Percintaan remaja semasa usia muda
(c) Berani menempuh pelbagai cabaran dan mencuba sesuatu yang baru.
(d) Keyakinan diri dalam melakukuan sesuatu tindakan dan teguh pendirian demi melangkah arah tuju yang
diingini.
(e) Menimba ilmu tanpa had sebagai bekalan masa depan yang cemerlang.

Bentuk dan Ciri-Ciri sajak


(a) Terdiri daripada empat rangkap
(b) Bilangan barisnya tidak sama; rangkap pertama (enam baris) , rangkap kedua (enam baris), rangkap ketiga
(enam baris), rangkap keempat (dua baris).
(c) Rima akhirnya bebas/tidak sama; abacad,abcdce,aa

Gaya Bahasa
(a) Simile
Contoh
Bagai kehijauan daun
Bagai kesegaran pohon
(b) Metafora
Contoh
Cuka kesangsian, madu ajaran
(c) Asonansi. (pengulangan vocal e- Berapakah sebenarnya harga remaja)
(d) Aliterasi. (pengulangan konsonan t- dengan ketentuan tuju)

Nada
Sajak ini bernada didaktik

Nilai
(a) Rajin
(b) Berani
(c) Gigih berusaha
(d) Bijaksana
(e) Bercita-cita tinggi

Pengajaran
(a) Remaja hendaklah menjaga diri agar tidak mengalami kekecewaan.
(b) Elakkan bercinta sewaktu remaja kerana tidak membawa faedah.
(c) Remaja hendaklah menjadi golongan yang mencitai ilmu.
(d) Remaja perlu bersikap berani kerana benar.

PROSA TRADISIONAL

PELAYARAN YANG PENUH PERISTIWA

Sinopsis

Dalam antologi Harga Remaja, Prosa klasik Pelayaran Yang Penuh Peristiwa, watak utama Awang Sulung Merah
Muda sebagai anak raja telah menyamar sebagai budak hitam yang comot sehingga dipandang hina oleh Tuanku
Nakhoda Tua. Ketika dilanda ombak yang bergelora, seisi geliung (kapal) telah mabuk dan jatuh pengsan. Anak
Tuanku Nakhoda Tua, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa telah meminta dayangnya Si Kembang Cina pergi
memanggil Awang Sulung Merah untuk mengemudikan geliung itu. Atas bantuan Awang Sulung Merah, geliung
itu dapat diselamatkan

Setelah tiga hari kemudian , ketika laut sudah tenang, jurumudi di geliung itu telah sedar lalu mencabut kerisnya
dan menikam seekor ayam . jurumudi itu menunjukkan keris yang berdarah kepada Tuanku Nakhoda Tua lalu
mengatakan bahawa dialah yang menyelamatkan geliung itu. Tuanku Nakhoda Tua yang baru sedar daripada
mabuk itu turut mempercayai jurumudi itu dan berjanji jika geliung itu selamat tiba di tanah Jawa, puterinya
akan dikahwinkan kepada orang yang menyelamatkan geliung itu.
Beberapa hari kemudian, anak kapal diminta mengambil air dan kayu api. Anak kapal lain telah pergi ke pulau
untuk mengambil air dan kayu bakau. Sebaliknya Awang Sulung Merah telah berkayuh ke tengah laut untuk
mengambil air laut dan membawa balik batang nipah. Setelah itu Tuan Puteri minum air laut itu dan mendapati
bahawa air yang masin itu telah bertukar menjadi air yang manis.

Tuanku Nakhoda Tua menghimpun semua anak kapal lalu mengumumkan bahawa sesiapa yang menyelamatkan
baginda, puteri baginda dan geliung itu daripada bajak (lanun) ketika meredah kawasan Laut Sekona Lingga itu
dikahwinkan dengan puteri baginda .

Ketika melintasi perairan Pulau Salah Nama, kumpulan lanun telah menyerang geliung itu. Semua anak kapal
telah melarikan diri untuk menyelamatkan diri sendiri. Tuan Puteri menyuruh Si Kembang Cina untuk meminta
bantuan Awang Sulung Merah. Awang Sulung Merah merajuk. Tuan Puteri pun menyuruh Si Kembang Cina
menyediakan air limau dan sabun kepada Awang Sulung Merah. Setelah mandi, Awang Sulung Merah kelihatan
kacak dan berseri-seri. Ketika lanun ternampak Awang Sulung Merah mereka mengenali penghulu mereka lalu
meminta ampu. Semua lanun telah menyerahkan semua dinar emas kepada Awang Sulung Merah untuk
melangsaikan hutang kepada Datuk Batin Alam. Semua lanun pun undur dari situ.

Sekali lagi jurumudi itu mencabut kerisnya dan menikam ayam lalu mengatakan bahawa dialah yang
mengalahkan bajak dan menyelamatkan geliung itu. Tuanku Nakhoda Tua berasa gembira lalu hendak
mengahwinkan Puteri Dayang Seri Jawa dengan jurumudi itu. Tuan Puteri memarahi ayahandanya lalu
menjelaskan keadaan yang sebenarnya. Akhirnya Tuanku Nakhoda Tua mengadakan kenduri secara besar-
besaran dan mengahwinkan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dengan Awang Sulung Merah.

Setelah beberapa ketika kemudian, geliung itu pun belayar hingga Negeri Pati Talak Terengganu. Bujang Selamat
telah dititahkan oleh baginda untuk bertanya tentang tujuan kedatangan rombongan Awang Sulung Merah. Atas
keizinan isteri, Awang Sulung Merah dan anak buah pun diundang ke istana Negeri Pati Talak Terengganu.
Awang Sulung Merah dijemput bertaruh dalam sabung ayam. Setelah Awang Sulung Merah berseru-seru, ayam
baginda Kinantan Suci telah berjaya menewaskan ayam Bujang Selamat.

CERPEN

IBU DAN CEPER

SINOPSIS:-

Ceper ialah sebatang sungai yang menjadi sumber air bagi penduduk kampung dan pedalaman. Penulis
(Shahnon Ahmad cuba membandingkan Sungai Ceper dengan ibu yang gigih bekerja di sawah,
sementara suaminya (bapa penulis) asyik dengan burung ketitir.

Kesulitan hidup yang ditempuhi ibunya digambarkan melalui liku-liku dan keadaan sungai yang
semakin tercemar. Kian hari Sungai Ceper semakin lemah dan tohor akibat pelbagai sampah yang
dibuang ke dalam sungai.

Pada suatu hari ibu telah terpijak tunggul lama menyebabkan dia tidak selincah seperti dulu. Ibu yang
menjadi lumpuh, semakin uzur dan akhirnya meninggal dunia.

Penulis akhirnya membandingkan Sungai Ceper walaupun masih ada namun sudah tidak berfungsi
seperti dulu, iaiti sebagai sumber air kepada penduduk sedangkan ibu sudah meninggal lama sebelum
bapa meninggal dunia.

TEMA:-

Kepentingan air dalam kehidupan.


PERSOALAN:-

• Kesukaran hidup apabila sungai tercemar.


• Setiap yang hidup akan mati.
• Tanggungjawab anak terhadap kedua-dua orang tuanya.
• Menghargai anugerah Allah.

WATAK & PERWATAKAN:-

a. Ibu

• Seorang yang rajin.


• Pandai membuat tikar.
• Bergaul dengan masyarakat.
• Mengamuk apabila Sungai Ceper tercemar dan berlaku banjir yang akhirnya merosakkan
tanamannya.

b. Bapa

• Suka mendenak burung ketitir.


• Meninggal dunia kerana terjatuh.

c. Aku

• Menggantikan ibu ke sawah setelah ibu lumpuh.


• Bertanggungjawab menjaga ibu.

NILAI
Kasih sayang
Sayang akan alam sekitar
Berdikari
Kecekalan
Kesyukuran
Bermasyarakat

PENGAJARAN
Kita mestilah menyayangi ibu, menghargai dan menyanjungi jasanya
Kita mestilah menyayangi dan menghargai alam sekitar
Sebagai ketua keluarga, kita mestilah bertanggungjawab menjaga isteri dan anak-anak dan tidak membiarkan
isteri sahaja bekerja menyara keluarga
Janganlah sesekali berputus asa jika sekali gagal atau ditimpa bencana
Rajinlah berusaha kerana kerajinan akan menjadikan kehidupan kita bertambah baik dan tidak dilanda masalah

MEMORI SEORANG TUA

Sinopsis

Pak Itam (bekas majistret) tinggal di sebuah kampung yang sedang pesat membangun dengan sektor
perindustrian. Itu semua untuk membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada anak muda yang tidak
berminat lagi mengusahakan sawah atau pertanian.Bagi Pak Itam zaman sekarang bukan lagi berjuang untuk
menentang penjajah (orang putih) tetapi zaman mengisi kemerdekaan.Pada zaman penjajahan dahulu Pak Itam
seorang pejuang bangsa yang kental dan bebarapa kali merengkuk di penjara akibat mengkritik dasar British yang
”cekik darah” terhadap orang-orang melayu.
Pada hari itu Pak Itam sedang berada di atas kerusi malas tempat dia selalu membaca dan menelaah akhbar sejak
dulu lagi bagi meniup semangat cinta akan tanah air ke jiwa masyarakat kampungnya.

Pak Itam sedang memikirkan persiapan untuk merayakan hari ulang tahunnya yang ke 85. Dia rungsing kerana
banyak kerja yang belum selesai tetapi nafasnya lega sedikit kerana dibantu Tuk Mat Sarjan Polis pencen. Tuk
Mat amat menghormati Pak Itam seorang tokoh pejuang Melayu yang hebat. Kali ini Pak Itam akan mengadakan
jamuan besar-besaran kepada semua orang yang mengenalinya. Bukan untuk berbangga tetapi ingin berkongsi
pengalaman perjuangannya menetang ”Orang Putih” dahulu.

Darah kemelayuan yang dimiliki oleh Pak Itam sangat hebat tetapi kurang dihargai orang ramai. Dia akan
mempamerkan surat dari isterinya Siti Norhidayah yang meninggalkannya bersama-sama dua orang anak
tercintanya sewaktu dia merengkuk dalam penjara.

Tuk Mat telah membereskan semua kerja yang diarahkan untuk menjayakan majlis yang akan diadakan oleh Pak
Itam seperti menjemput tetamu, menyiapkan bahan pameran, bangsal menjamu selera dan tempat letak kereta.
Hanya kepada Tuk Mat diharapkan dapat menyempurnakan majlis penuh makna itu, jika diharap kepada anak
muda maka tak menjadilah.

Tuk Mat sekeluarga telah banyak mambantu Pak Itam sejak dari dahulu lagi tanpa mengharapkan balasan. Pada
waktu malam bulan purnama Pak Itam terlalu amat gembira kerana cita-citanya untuk menghimpunkan sahabat-
handai, anak kampung Langat dan lain-lain akan diadakan esok. Persiapan sudah dijalankan dengan sempurna
supaya majlis berjalan lancar.

Pak Itam merasakan dirinya sangat kerdil dan sentiasa bermunajat kepada Allah terutama pada waktu malam.
Malam adalah masa terbaik mendekatkan diri kepada Allah. Tiba-tiba Pak Itam mengingati kembali Siti
Norhidayah, Izwan dan Nuryani Iman. Dia ingin sangat bertemu dengan anak isterinya yang telah lama terpisah
kerana perjuangan.

Pada keesokan harinya Pak Itam telah berpakaian lengkap berbaju melayu yang dijahit oleh isteri Tuk Mat untuk
menyambut tetamu. Pelbagai gerai makanan seperti cendol, roti canai, rojak, buah-buahan telah siap sedia
menyambut kedatangan tetamu. Maka ramailah penduduk kuala Langat yang datang menjemu, melihat pameran
sejarah perjuangan negarawan Pak Itam sambil berhibur dengan persembahan A.Aziz H.M,kumpulan Teater
Malininya, Zubir bergitar dari Pusat Kebudayaan UM, Cik habsah ”Ulik Mayang” dan kumpulan Kopratasa yang
medendangkan lagu bertemakan perjuangan Pak Itam membela orang Melayu di bumi tercinta suatu ketika
dahulu.

Hati Pak Itam agak hiba kerana tidak ramai orang yang dijemput seperti wartawan, ahli sejarah, pelajar-pelajar
universiti dan anak isterinya tidak hadir. Kehibaan Pak Itam di pintu pagar turut dirasai oleh Tuk Mat, baginya
orang sekarang mudah lupa jasa pengorbanan manusia seperti Pak Itam yang sanggup kehilangan keluarga
semata-mata mahu melihat Orang Melayu tidak dipencilkan dibumi sendiri oleh penjajah. Tuk Mat sudah sedia
menggantikan Pak Itam menyambut tetamu untuk memberi ruang kepada Pak Itam berehat dan solat zohor.

Pak Itam menuju ke rumah untuk berehat dan solat, kehadiran tetamu pun beransur reda, gerai-gerai makanan
juga kelihatan berehat begitu juga dengan kumpulan yang membuat persembahan. Tiba-tiba Rokiah (Kiah)
memberitahu Tuk Mat, Pak Itam jatuh pengsang dan kaku tidak bergerak lagi. Semua hadirin membaca yasin dan
suasana menjadi semakin pilu dengan berita kematian Pak Itam. Seketika selepas itu masuk seorang wanita tua
menghampiri jenazah Pak Itam lalu dia duduk dihujung kakinya sambil meletak jambangan bunga Ros, selepas
itu dia beredar dengan tenang meninggalkan Jenazah. Tuk Mat seorang sahaja yang tahu siapa wanita itu?
Mungkin orang yang ditunggu-tunggu oleh Pak Itam sejak dari pagi tadi lagi isterinya Siti Nurhidayah.

ISRAK

Sinopsis

Maikraj memanggil-manggil Wah (nenek) setiba di kampung tempat dia dilahirkan dahulu bersama Israk
(abang), ayah (Adam) dan ibunya. Wah muncul dari lembah Sungai Perak terus menyapa anak-cucunya yang
sedang menunggu. Mereka naik ke rumah Wah yang uzur itu, jelas terbayang ketidakselesaan pada Israk.

Wah menjemput mereka makan buah durian yang baru dikutip di kebun pagi tadi. Mikraj, abah dan ibu begitu
gemarkan durian ”kucing tidur” rasanya enak sekali. Israk enggan menjamah buah durian yang dihulurkan oleh
Abah tetapi menolaknya dengan baik kerana menghormati bapanya. Pada masa itu Wah sedang solat dibiliknya
sambil diperhatikan oleh Mikraj.
Selepas itu Israk cuba memperkecil-kecilkan cenkodok dan air teh yang dihidangkan kepadanya oleh Wah. Mikraj
marah dan tidak suka dengan sikap Israk, dia cuba menasihati Israk supaya menghormati Wah ”tanpa Wah
siapalah kita”. Rumah Wah ini sudah buruk tetapi masih boleh berlindung daripada panas dan hujan. Rumah
pusaka itu dipertahankan oleh Wah walaupun ingin dibeli oleh Majlis Daerah untuk dijadikan pusat pelancongan.
Lebai Saleh telah membantu Wah mempertahankan rumah itu. Sebenarnya Lebai Saleh menjadi buah hati Wah
tetapi dia berkahwin selepas belajar di Mesir manakala Wah berkahwin dengan Firdaus Frank.

Cerita hubungan Israk dan Wah yang tidak begitu rapat berpunca daripada tindakan atuk ”Perth” yang melarikan
Israk sejak kecil lagi. Wah sebenarnya yang menjaga Israk sejak berumur satu hari. Oleh itu Mikraj cuba
mendekatkan abangnya dengan neneknya. Malangnya Israk suka mengada-maga, sering kali memaki, menyindir
dan menyakiti hati Wah kerana menganggap orang tua itu tidak setaraf dengannya yang bakal menjadi seorang
ahli korporat tidak lama lagi. Berbanding Mikraj, anak itu sangat menyanyangi Wah, dia sempat bergelak ketawa
dan bersama-sama Wah ke kebun walaupun Israk menyombongkan dirinya. Mikraj mahu Israk menghargai
pengorbanan Wah dan merapatkan hubungan dengan neneknya itu kerana Israk tidak tahu penderitaan dan
keperitan hidup yang telah dilalui oleh Wah neneknya yang penuh dengan nolstagia itu. Bagi Mikraj Wah
merupakan seorang wanita istimewa, mempunyai ketahanan jiwa yang hebat, berani dan berjaya menghadapi
cabaran hidup dan kini keseorangan di kampung. Perkara ini sepatutnya disedari oleh Israk.

Sepanjang hari semasa berada di rumah Wah, Israk amat tidak selesa dari segi makanan kerana dia dihidangkan
nasi dan tempoyak dan ikan sungai. Dia juga tidak dapat menonton televisyen kerana Wah hanya ada sebuah TV
yang sudah pun rosak. Israk mahu balik dengan segera ke Kuala Lumpur kerana tak sanggup berada di kampung
yang serba serbi kekurangan itu. Jelas terbayang kesedihan pada wajah tua Wah, Mikraj tahu Wah benar-benar
terasa akan kata-kata abangnya itu.

Pada suatu pagi Israk terpaksa mandi di sungai kerana air paip di rumah Wah terputus bekalan. Mikraj telah
mencabar abangnya supaya mandi di sungai dengan tanpa pengetahuan Wah kerana pagi-pagi lagi dia sudah ke
tepi sungai seperti hari-hari biasa. Israk mencapai sehelai tuala lalu terus ke sungai tanpa mengetahui kawasan
sungai itu amat dalam sekali.Mikraj terkejut tiba-tiba bayang-bayang abangnya tidak kelihatan lagi. Dia
memanggil Wah supaya menyelamatkan Israk yang telah lemas di sungai itu .Biasanya tempat orang mandi di
tebing sungai tepi rumah Lebai Saleh kerana di situ lebih selamat airnya tidak dalam sangat. Dulu Kakak Wah
pernah lemas di tempat tersebut dan mayatnya ditemui penduduk sehari kemudian.

Wah mencari-cari cucunya itu lalu lalu dilihatnya Israk hanya berpaut pada tali sauh yang sudah reput. Wah
menghulurkan sebatang kayu menarik Israk sekuat-kuatnya ke tebing sungai walaupun tenaganya lemah namun
dikuatkan juga demi cucunya yang tersayang. Akhirnya Israk berjaya diselamatkan, mulai saat itu sikap ego dan
sombong Israk terhadap Wah telah berjaya dilenyapkan. Dia tidak memandang rendah lagi kepada Wah kerana
telah insaf. Sewaktu makan malam Israk telah mengejutkan Mikraj kerana meminta jering dan tempoyak
daripada Wah untuk disantapnya. Adam sangat gembira dengan perubahan yang berlaku pada anaknya itu.

PEMAIN CATUR

Sinopsis

Uj mencabar adiknya Um untuk bertarung kehebatan bermain catur. Uj menuduh adiknya itu telah berlatih
dengan bersungguh-sungguh untuk menyaingi kehebatannya bermain catur. Um sentiasa merendah diri kepada
abangnya itu, dia memberitahu tujuan dia berlatih dengan adik-adiknya yang lain iaitu Ul,Us Uk dan Ur adalah
sekadar hendak meningkatkan lagi kemahiran dalam bermain catur. Um sebenarnya lebih memikirkan
bagaimana cara untuk mengubati penyakit ibunya tetapi Uj menyerah saja perkara itu kepada doktor yang telah
digaji oleh mereka merawat ibu. Um bukan seorang doktor nada kemarahan Uj tersembur juga akhirnya kepada
Um. Um mendapat layanan dan didikan yang lebih sempurna berbanding yang lain kata Us.

Uj berbangga dengan sejarah keluarganya yang lahir daipada keturunan yang tekenal sebagai pemain catur yang
terhandal di dunia. Uj memberitahu keturunnannya berasal daripada moyang mereka yang bernama al-Hakam
yang sangat hebat bermain catur berbanding Abu Bakar Yahya as-Suli tetapi namanya tenggelam kerana tidak
pandai menonjolkan diri seperti as-Suli. Uj mengatakan permainan catur banyak menguji minda dan yang mula
diperkenalkan oleh orang Arab ke Benua Eropah pada kurun ke-8 selepas menakluki semenanjung Liberia.

Uj meneruskan lagi ceritanya tentang al-Hakam yang mengembara ke seluruh dunia untuk menyebarkan islam
termasuk Tanah Melayu. Mereka adalah keturunan al-Hakam pemain catur yang amat disegani itu. Um mengakui
dia tidak pandai bermain catur tetapi dam haji dan dam apit bolehlah dia mainkan. Bagi Uj itu adalah permulaan
kepada permainan catur dan memilih Um sebagai pemyambung warisan itu setelah dia meninggal dunia.
Menurut Uj, dunia catur zaman silam terbahagi kepada ashtapada, senet dan petteia. Di india dipanggil chaturaga
pada kurun ke-5 Masihi, kemudian berkembang pula ke Parsi dan tanah Arab yang dikenali shatranj. Um perlu
mengetahui sejarah permainan catur agar menjadi seorang pemain yang handal dan profesional suatu hari nanti.

Um mulai tertarik dan lebih bersemangat dengan permainan catur apabila mendengar syarahan abangnya untuk
mengembalikan maruah nenek moyang mereka yang terkenal sejak zaman-berzaman itu.Sebelum melatih
adiknya Uj menguji kemahiran Um bermain dam haji mereka menyusun buah-buah catur, selepas itu memulakan
permainan. Uj kemudiannya merangkul bahu Um kuat-kuat sambil megeluarkan kata-kata semangat” Perjalanan
seribu batu bermula dengan langkah pertama” rangsangan itu diasak ke dada Um untuk memecahkan minatnya
kepada permainan catur.

Uk telah memberitahu Uj bahawa sekarang Um sedang menelaah buku besar dan tebal tentang permianan catur.
Dia ingin mengkaji rahsia untuk berjaya sebagai seorang pemain catur. Uk mengatakan Um ingin menyaingi
kehandalan abang Uj bermain catur. Um dikatakan ingin merampas gelaran yang dimiliki oleh Uj. Dengan
gelaran IGM abang Uj memperlekehkan Um yang baru mendapat gelaran FM dengan menggunakan
pengaruhnya. Uk menembah bahawa Um tidak sabar lagi menunggu abang Uj meyerahkan gelaran itu kepadanya
menyebabkan dia seolah-olah ingin mencabarnya (abang Uj).

Ekoran termakan kata-kata Uk itu abang Uj terasa dirinya tercabar dan mendesak Um mengadakan perlawanan
secara terbuka di hadapan seluruh ahli keluarga dengannya. Oleh kerana tidak dapat menolak lagi Um menyahut
cabaran tersebut, maka berlangsunglah perlawanan antara jurulatih dengan pelatih. Harapan untuk menang amat
tipis disebelah Um.

Perlawanan terpaksa dimulakan kerana Uj sudah bertekad untuk meneruskannya walaupun dinasihati oleh ahli
keluarga supaya membatalkan hasratnya itu. Um mencapai buah-buah catur yang berwarna putih lalu direbut
oleh Uj dan diberi buah yang hitam kepada Um. Permainan dimulakan Um dilihat menguasai permainan dan
semua strategi Uj tidak menjadi. Uj menuduh Um menipu perlawanan dengan mengalihkan buah-buah caturnya
ketika meneguk air sekejap itu. Sebenarnya Uj yang berbuat demikian kerana bimbang akan kalah dalam
perlawanan itu.

Um berehat seketika dan pergi membasuh muka. Apabila dia kembali semula ke meja perlawanan tempat duduk
Uj masih kosong lagi, lalu dia duduk semula di kerusi. Tiba-tiba kakinya terkena asid yang diletakkan di bawah
meja dan Um meraung menahan kesakitan yang maha hebat sekali. Seluruh ahli keluarga gempar. Ibu mereka
amat sedih dengan peristiwa tersebut kerana dia tidak pernah mengajar anak-anaknya berkelahi atau bergaduh
sesama sendiri. Tuduh menuduh kian hebat antara mereka di saat ibunya bertambah tenat. Um menuduh Uj
meletakkan botol asid itu tetapi abang Uj pula mengatakan Um yang meletakkannya sendiri untuk memerangkap
Uj tetapi senjata makan tuan. Akhirnya keluarga mereka berpecah kepada dua iaitu penyokong Um dan
penyokong abang Uj. Sebaliknya Us, Uk dan Ul menafikan pengelibatan mereka dalam perbalahan tersebut.

MELLISA

Sinopsis

Apabila balik ke biliknya, Mellisa berasa sangat menyesal kerana mengikut Farid ke pejabat surat khabar, tempat
Syahid bekerja.

Semasa di pejabat akhbar itu tadi hatinya mula diisi perasaan cinta pandang pertama kepada Syahid kerana
perwatakannya hampir sama dengan Hisyam. Siapakah Hisyam dalam hidup Mellisa? Suara, bentuk rambut,
warna kulit, tubuh, dan ketinggian Syahid amat menyamai Hisyham. Syahid menyapa Mellisa dan seingatnya dia
pernah bertemu dengan Mellisa. Mellisa menidakkannya kerana dia cuma mengenali nama Syahid pada artikel
dan rencana di akhbar sahaja.

Farid kemudiannya meninggalkan Mellisa di bilik Syahid yang berbentuk kotak itu. Syahid meneruskan
perbualan dengan Mellisa. Perbualan tersebut mengembalikan ingatan Mellisa kepada Hisyam. Apabila
dipandang ke wajah Syahid Mellisa seolah-olah sedang berbual-bual dengan Hisyam. Mellisa bertambah
berkenan kepada Syahid.Syahid mengajaknya keluar makan tengahari pada hari sabtu setelah dia menolak
jemputan makan malam kerana rutin mingguannya mesti pulang ke Seremban untuk bertemu dengan ibu
bapanya. Setelah selesai urusan di pejabat akhbar itu Mellisa dan Farid berjalan peluang ke tempat tempat
penginapan mereka.

Semasa dalam perjalanan itu Farid gundah kerana Mellisa menyepi seribu bahasa dan tidak banyak
bercakap.Farid seorang pensyarah di Jabatan Sejarah telah menjadi rakan karib Mellisa sewaktu dia sedang
mengambil Master dan kerap kali mereka bertengkar tentang sesuatu isu. Farid kadang-kadang akan mengalah
dengan menganggap Melllisa ada fakta dan hujan yang boleh diterima. Mellisa diusik oleh Farid tentang
pertemuannya dengan Syahid ”Cinta Pandang Pertama” barangkali, dia hanya tersenyum payah untuk dijawab
kerana hatinya secara tiba-tiba suka kepada Syahid.

Setelah berehat di biliknya Mellisa terbaca sepucuk surat dari kawannya, kata-katanya sungguh hebat ”Langkah,
rezeki, pertemuan dan maut adalah milik Tuhan”. Tambahnya lagi cinta orang islam ”Cinta pada Allah dan cinta
Rasul-Nya barulah cinta bangsa dan tanahair”. Pesanan itu terlekat dalam hati Mellisa. Dia telah beberapa kali
gagal dalam percintaan begitu juga yang bakal dialami oleh Syahid. Cinta sebenarnya hanya kepada Hisyam
seorang sahaja, walaupun cinta itu berputik dan mekar semasa mereka masih kanak-kanak lagi.

Fikiran Mellisa menerawang mengingati kembali sewaktu dia kecil dahulu, Hisyam pernah berkata kepadanya
”Nanti apabila aku sudah besar aku akan kahwin dengan kau”.Mereka berdua pernah main masak-masak, Mellisa
akan memasak dan dimakan oleh Hisyam. Apa sahaja yang dihidangkan Mellisa semuanya sedap bagi Hisyam.
Apabila petang menjelma Hisyam akan pulang ke rumah setinggan yang terletak di belakang rumah Mellisa, dia
menunggu sehingga Hisyam masuk ke rumahnya. Seketika kemudian Hisyam muncul kembali dengan berpakain
baju melayu untuk ke masjid. Selepas itu barulah Mellisa masuk ke rumahnya. Dia sangat suka kepada Hisham.

Melllisa sedar Hisyam sudah tiada lagi, kerana terbunuh bersama-sama ibunya dalam satu rusuhan kaum yang
terburuk di negara kita iaitu Peristiwa 13 mei 1969. Umur Hisyam hampir 30 tahun sekiranya dia masih hidup.
Peristiwa hitam itu berlaku di Jalan Petaling sewaktu dia dan ibunya pulang daripada meziarahi keluarga yang
tinggal di hadapan Stadium Negara. Dia bercita-cita untuk menjadi seorang peguam dan tentera.Selepas peristiwa
itu MAGERAN telah mengambil alih pemerintahan negara. Perintah berkurung dikuatkuasakan supaya tidak
berlaku pembunuhan antara orang Cina dengan Orang Melayu.

Dua minggu sebelum terkorban Hisyam telah menumbuk seorang budak Inggeris berumur 7 tahun iaitu kawan
Mellisa sewaktu bapanya menjadi diolomat di London. Kini kawan ayahnya dulu itu datang ke Malaysia sebagai
diplomat dan tinggal berdekatan rumahnya tetapi Hisyam tidak mengetahuinya. Mallisa sangat banggadengan
kelelakian Hisyam itu dan dia berjanji akan mengahwini Mellisa apabila bekerja nanti. Hisyam pasti ibunya
sangat berkenan kepada Mellisa dan akan mengajarnya tentang agama Islam.

Mellisa tiba-tiba tersenyum seorang diri di biliknya kerana terhibur dengan perwatakan Hisyam yang dicintainya.
Namum kegembiraannya terhenti bila terkenang Hisyam tidak akan kembali lagi setelah terkorban dalam
peristiwa yang tragis itu. Hampir 15 tahun persoalan itu menghantui Mellisa, dia telah mengkaji punca-punca
berlakunya peristiwa 13 Mei itu. Dalam tesisnya setebal 215 Mellisa mengumpulkan pelbagai dokumen dan
menemubual seorang mangsa iaitu wanita cina yang berumur 40 tahun. Dalam peristiwa tersebut tunangnya
telah terbunuh kerana dibunuh oleh orang-orang Melayu. Semasa menghantar Jamilah rakan sepejabatnya yang
tinggal di kampung baru, tiba sahaja dimuka rumah setinggannya tunang perempuan cina itu diheret oleh
sekumpulan pemuda Melayu dari dalam kereta itu. Lalu tunangnya dibunuh dan dia pun hampir dibunuh sama,
jamilah telah berteriak memohon agar pemuda itu tidak melakukan sesuatu kepada rakannya itu. Walaupun tidak
dibunuh kesan torehan di mukanya masih menjadi tanda kesengsaraan mereka pada masa itu. Kalau dia dan
tunangnya tidak menghantar Jamilah pulang sudah pasti tidak berlau kejadian itu. Namun wanita cina itu
berdendam kepada Jamilah sebaliknya dia pasrah dengan ketrntusn itu. Begitu jugalah nasib Hisyam dan ibunya
tak mungkin dibunuh oleh orang cina di kampungnya kerana Hisyam sudah dikenali semua orang, setiap pagi dia
bergerak dari rumah ke rumah untuk menjual nasi lemak dan kuih koci. Setelah perintah berkurung ditarik balik
barulah penduduk kampung baru terasa kehilangan Hisyam yang setiap pagi datang menjaja ke rumah-rumah
mereka.

Setelah sekian lama membuat penyelidikan dan kajian maka Mellisa membuat rumusan kejadian peristiwa 13 Mei
1969 berpunca daripada Dasar Polarisasi Kaum yang diamalkan oleh Penjajah British. Orang putihlah
mengasingkan kumpulan etnik di Malaysia mengikut ras seperti orang Melayu di kampung, Orang cina di bandar
dan orang India di estet-estet. Mellisa pernah menyatakan hasrat kepada bapanya untuk bersekolah di sekolah
Melayu tetapi bapanya tidak berani melanggar tradisi tersebut yang diamalkan oleh British di Tanah Melayu sejak
dahulu lagi. Mellisa mengelarkan orang British sebagai ”setan putih”. Mallisa teringat kembali kepada Hisyam
yang marah kepadanya apabila dia ke rumahnya setelah Hisyam menghilangkan diri setelah menumbuk anak
Inggeris itu. Mellisa menangis kerana terlalu sedih dengan tindakan Hisyam yang memarahinya itu.

Hujan turun dengan lebatnya telah mengejutkan Mellisa yang masih terkenang peristiwa masa kecilnya itu
bersama-sama Hisyam. Dia bangun untuk menutup tingkap biliknya itu yang dimasuki tempias hujan. Dulu
setiap kali selepas hujan Mellisa akan berada di tepi tingkap untuk melihat keindahan alam sekitar selepas hujan
yang cantik.

Mellisa kumudiannya menerima panggilan melalui telefon oleh Syahid yang ingin berbual-bual dengannya.
Mereka bertukar-tukar pandangan antara satu sama lain dalam perbualan tersebut. Syahid benar-benar rindukan
Mellisa dan ingin bertemu lebih awal dari hari yang dijanjikan. Sebaliknya Mellisa tidak mahu melayan
permintaan Syahid dan beranggapan cintanya itu tidak akan kekal lama kerana di dalam hatinya hanya Hisyam.
Ganggang telefon diletakkan oleh Mellisa manakala Syahid terus mengharap.

Apabila masuk ke bilik angan-angan Mellisa kembali semula kepada Hisyam. Dia teringat suatu ketika dahulu
Hisyam pernah membawanya ke bendang untuk pergi ke pondok nenekya menunggu padi yang sedang masak
daripada dimakan oleh burung. Mereka berdua berlari-lari keriangan ke sana ke mari. Hisyam membantunya
melompat gelung besar untuk mendapatkan Atan yang sedang dikhianati oleh 3 orang budak nakal. Atan anak
yatim piatu yang tinggal bersama-sama datuknya. Menurut Mellisa Atan seorang dudak yang baik hati dan suka
membantu Hisyam. Atan telah lama menghilangkan diri entah ke mana setelah datuknya meninggal dunia.

Mellisa juga teringat selepas kematian Hisyam hanya sekali sahaja dia turun ke kampung Hisyam terutama di
kawasan bendang nenek Hisyam. Dia pergi ke pondok itu dan memeluk nenek dengan kuat sekali. Nenek
menjemput Mellisa makan sama hidangan itu semasa Hisyam masih ada. Suasana menjadi sayu air matanya
gugur membasahi pipinya kerana rindukan Hisyam.

Setelah hari yang dijanjikan dengan Syahid itu tiba Mellisa mereka mengotakan janji tersebut. Nampaknya
hubungan mereka amat akrab sekali seperti sepasang merpati terbang di langit lepas. Kemudian Syahid
merasakan seolah-olah dia dipermain-mainkan oleh Mellisa yang pergi meninggalkannya kerana mendapat
panggilan untuk bertugas. Mellisa bertekad untuk mengabdikan dirinya kepada bangsa dan negara sejak dia
mengetahui punca berlakunya tragedi 13 mei 1969. rakan-rakannya menganggap tindakan Mellisa memilih
kerjaya sebagai tentera sebagai bodoh kerana dia mempunyai paras rupa yang cantik, sederhana tinggi dan
potongan badan yang ingin dimiliki oleh ramai perempuan lain. Tetapi kalau bukan dia yang berkihdmat kepada
negara ini siapa lagi.

Syahid tidak tahu cita-cita Mellisa, dia cinta kepada Syahid tetapi biarlah 5 atau 6 tahun lagi untuk dia bertemu
semula dan kalau ada jodoh mereka akan berkahwin. Bagi Mellisa lelaki sekacak Syahid cukup mudah
didampingin oleh ramai wanita, jadi tak payahlah dia menunggu Mellisa. Hal ini kerana sebelum meninggal dunia
Mellisa ingin melaihat negara dan rakyat negara ini dapat hidup dalam kedamaian, bersatu padu dan selamat
sebagai satu bangsa merdeka serta berjaya. Mellisa berharap peristiwa 13 Mei tidak berulang lagi sambil memeluk
dengan erat kekasih sejatinya M16.

BIARKAN SAMUDERA
Sinopsis

Amirah seorang mahasiswi yang sedang menuntut ini sebuah institusi pengajian tinggi di negara ini. Dia seorang
anak nelayan yang miskin dan susah. Amirah juga tidak pernah mendapat kasih sayang daripada seorang ibu
kerana ibunya meninggal dunia sebaik sahaja dia dilahirkan ke dunia. Dia hanya ada seorang ayah yang menjaga,
memberi perhatian dan kasih sayang kepadanya. Dia juga mempunyai seorang kenalan bernama Hakimah iaitu
sahabatnya semasa belajar di situ dan telah banyak membantu apabila Amirah menghadapi masalah.

Hati Amirah telah dilanda dengan pelbagai masalah sehingga menggangu ketenangan jiwa dan pelajarannya.
Penderitaan batinnya itu boleh disamakan dengan samudera yang sedang bergelombang dan bergelora yang kuat
tetapi mulai mengecil apabila tiba di pantai. Ingatan Amirah kepada kehidupannya di perkampungan nelayan
tidak boleh dihilangkan dengan mudah ”di saat dia ingin melupakan, saat itulah pula dia datang menerawang dan
berlegar-legar dalam benaknya itu.

Amirah mengatakan ”Samudera ialah khazanah kehidupan nelayan, manakala kesejahteraan dan keharmonian
nelayan mengeksploitasi dan memanfaatkan khazanah itu akan menjamin kelangsungan dinamika keseimbangan
ekosistem samudera”. Fikiran Amirah terus mengingati kehidupan di kampungnya di mana setiap hari dia
melihat gelombang ombak membadai pantai yang cantik itu. Hatinya menjadi sayu dan pilu sehingga air matanya
pula seolah-olah akan gugur ke bumi.

Tiba-tiba Hakimah mengajak Amirah keluar ke bandar kerana pada hari itu (sabtu) mereka cuti dan tiada kuliah.
Mir ialah nama timbangan Amirah. Dia teringat kata-kata ayahnya ” sudah tidak ada apa-apa lagi yang tinggal
buat kita Mir, segala-galanya kosong. Segala-galanya tidak bererti”. Kata-kata itu benar-benar menghimpit
perasaan Amirah, hatinya berasa pedih dan perih kerana hujung semester nanti dia akan pulang bercuti.
Dimanakah dia akan tinggal, adakah di samudera kerana rumahnya telah dirobohkan oleh pihak pemaju yang
akan menjadikan kampung itu sebagai pusat pelancongan. Ayah Mir menyatakan sekarang ini rumah-rumah
penduduk kampungnya telah dirobohkan oleh pihak pemaju, kehidupan nelayan hampir musnah suatu ketika
nanti. Mereka tidak berhak menuntut apa-apa daripada pihak pemaju kerana tanah itu tidak bergeran, pemaju
hanya menjanjikan sederet rumah papan panjang sebagai ganti rugi kepada penduduk yang terlibat. Amirah tidak
dapat menggambarkan perasaan ayah kerana dia dengan samudera sudah sebati dan tidak dapat dipisahkan lagi.
Apabila muncul pusat pelancongan sudah pasti ayah tidak dapat membelah samudera lagi.

Hakimah rungsing melihat keadaan Amirah yang menjadi pemurung, lemah dan tidak bersemangat berbanding
dulu dia seorang

mahasiswi yang berjiwa kental. Hakimah menasihati Amirah bertemu kaunselor kerana mengalami konflik jiwa
yang hebat iaitu skizofrenia.Dia kelihatan tidak bermaya dan mempunyai sikap bosan terhadap hidup, dan
mengabaikan pelajaran. Hakimah perlu membantu Mir kerana dia tiada siapa lagi untuk meminta bantuan.

Ibu Hakimah telah memberikan hadiah satu bungkusan kain berwarna kepada Mir dan teringin sangat hendak
berjumpa dengan Mir. Ibu Hakimah berpesan supaya Mir selalu bersolat mendekatkan diri kepada Tuhan.
Mungkin dia sepatutnya membuang perasaan kesalnya jauh-jauh seperti samudera yang tidak pernah berehat
daripada bergelora, yang berubah hanya pantai iaitu kehidupan bapanya.

Tiba-tiba Amirah terdengar suara ayahnya yang menasihatinya supaya berusaha membina kehidupannya pada
masa akan datang. Dia tidak mahu Mir terlalu memikirkan hidupnya kerana perkara seperti itu telah menjadi
satu suratan takdir. Mir perlu menggantikan rumah yang telah dirobohkan itu, ayahnya tumpang bangga dengan
kejayaam Mir nanti.

Ayah Mir berpesan lagi supaya dia akan menjaga samudera jangan sampai dikhianati, boleh dibangunkan tetapi
keasliannya mestilah dipelihara. Bermula dari saat itu semangat Amira telah pulih kembali. Hakimah amat
gembira melihat perubahan yang berlaku kepada Mir. Dia sudah menjaga solatnya dengan baik dan berkata
kepada Hakimah ”Hadiah ibumu ini akan kupakai lima kali sehari” Amirah kelihatan tenang berada di atas
sejadah itu.

NOVEL PAPA

Novel Papa(akhirnya kau tewas jua)


Papa…(akhirnya kau tewas jua!)

Sinopsis:

Novel ini mengisahkan kehidupan sebuah keluarga bahagia yang terdiri daripada Intan Juliana (Julia), mama
(Intan Maliana), papa (Jefri) dan Mak Cik Noraini. Pada awal cerita, hubungan mama dan papa digambarkan
sangat erat dan mesra. Pada suatu hari, mama jatuh sakit. Papa memberitahu Julia bahawa mama telah
mengandung. Julia sangat gembira namun Mak Cik Noraini berasa amat bimbang apabila mendengar berita itu.
Hal ini disebabkan mama pernah mengalami komplikasi semasa melahirkan Julia dahulu. Ketika pulang dari
sekolah, Julia terdengar perbualan antara mama dengan Mak Cik Noraini. Dalam perbualan itu, Mak Cik Noraini
mengingatkan Mama tentang peristiwa semasa melahirkan Julia. Mama telah koma akibat kehilangan banyak
darah manakala Julia menghidap penyakit demam kuning dan alah pada susu tepung. Mama menjelaskan
bahawa dia sanggup berkorban kerana papa menginginkan anak lagi. Mama dan papa telah berbincang tentang
perkara tersebut. Rakan sekerjanya, Cikgu Suzie turut melahirkan perasaan bimbangnya. Namun begitu, mama
tetap berkeras untuk meneruskan kandungannya demi papa yang sangat dicintainya. Kandungan mama semakin
membesar dan dijangka akan melahirkan anak kembar lelaki. Ketika di dapur, Julia bertanyakan Mak Cik Noraini
keadaan mama semasa melahirkannya dahulu. Mak Cik Noraini menceritakan segala-galanya dan memberitahu
bahawa badan Julia hanya sebesar anak kucing yang berumur sebulan.

Di kolej tempat papa mengajar, terdapat seorang pelajar yang amat meminati pengajarannya, iaitu Aisyah.
Kadangkala papa menumpangkan Aisyah hingga ke rumahnya. Julia pernah menguji kesetiaan papa supaya
menjadikan Aisyah sebagai isteri keduanya. Papa meyakinkan Julia bahawa dia tidak akan menduakan mama.
Mama dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia kerana sudah tiba masanya untuk mama untuk
melahirkan anak. Doktor memberitahu papa bahawa bayi kembar lelaki yang dikandung mama ialah bayi kembar
Siam. Walau bagaimanapun bayi kembar tersebut telah meninggal dunia sewaktu dalam kandungan lagi. Mama
kehilangan banyak darah dan berada dalam keadaan koma. Kini, tugas menghantar dan mengambil Julia diambil
alih oleh papa. Di sekolah, Julia telah berkenalan dengan pelajar baru di kelasnya, Rasylan. Mereka saling
bertukar cerita. Mama masih lagi koma dan berada di hospital. Mak Cik Noraini meminta papa agar berkahwin
lagi kerana dia tidak sampai hati melihat papa bersendirian dan tidak seceria dahulu. Papa mengatakan bahawa
dia sanggup menunggu mama pulih dan perlu menjaga hati Julia. Julia telah meminta kebenaran papa untuk
pergi ke rumah Rasylan. Papa menyuruh Julia memperkenalkan Rasylan kepadanya terlebih dahulu agar maruah
Julia sebagai seorang perempuan terpelihara.

Apabila Julia pulang selepas kertas terakhir peperiksaan SPM, dia mendapati bahawa mama telah dibawa pulang
oleh papa. Papa telah mendapat kebenaran oleh doktor dan mama ditempatkan di bilik yang dilengkapi dengan
peralatan seperti di hospital. Hampir 8 bulan mama koma dan tidak menunjukkan tanda-tanda akan sedar.
Keputusan SPM Julia akan diumumkan tidak lama lagi. Papa masih lagi tidak putus asa dan sentiasa berdoa
kepada Tuhan agar mama cepat sedar daripada komanya. Papa tetap menunjukkan kasih sayangnya kepada
mama dan sentiasa berbual dengan mama yang sedang koma itu. Selepas beberapa minggu peperiksaan tamat,
Rasylan menziarahi Julia dan papa. Rasylan dan papa berbual-bual dari tentang mama hingga latar belakang
Rasylan. Rasylan kehairanan kerana papa seolah-olah sudah mengenali bapa angkatnya. Papa menjelaskan
bahawa bapa angkat Rasylan, Datuk Mustakim telah melanggar ibu dan bapa papa. Dalam kemalangan tersebut,
bapa papa telah meninggal dunia manakala ibu papa lumpuh. Hubungan Julia dan Rasylan bertambah intim dan
mesra. Sifat-sifat Rasylan telah memikat hati Julia. Namun begitu, papa menunjukkan perasaan kurang senang
hatinya Julia berkawan dengan Rasylan.

Julia dan Rasylan telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM. Julia ternampak papa dan Aisyah
sedang makan di sebuah restoran seperti sepasang kekasih semasa dia dan Rasylan ingin meraikan kejayaan
mereka di Starbucks Coffee. Julia dan Rasylan melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Universiti Islam
Antarabangsa (UIA). Keesokannya, Julia dan Rasylan keluar untuk membeli buku dan sekali lagi dia ternampak
papa bersama-sama dengan Aisyah. Fikiran Julia runsing memikirkan hubungan papa dengan gadis tersebut.
Pada suatu hari, Rasylan mengajak Julia makan di A&W. Dalam perjalanan, Rasylan memberitahu Julia bahawa
Encik Muaz al-Khalibi, pensyarah daripada Jabatan Sains Politik telah memintanya menjalankan ujian DNA.
Apabila sampai, Julia telah melihat papanya sedang berbual dengan Aisyah di suatu sudut restoran tersebut. Julia
mengajak Rasylan meninggalkan restoran itu.

Pada minggu berikutnya, Julia pulang ke rumah. Dia terdengar perbualan antara Mak Cik Noraini dengan papa.
Mak Cik Noraini bersetuju dengan hasrat papa untuk berkahwin semula kerana sudah bertemu dengan orang
yang sesuai. Di ruang tamu, Julia melihat papa membaca artikel “Poligami’. Julia memberitahu papa bahawa dia
telah terserempak dengan papa dan Aisyah beberapa kali. Julia mengaitkan artikel tersebut dengan niat papa
yang ingin berkahwin lagi. Julia mengingatkan papa bahawa mama masih hidup lagi dan menganggap papa
curang dan mengkhianati mama. Papa telah menampar pipi Julia kerana kelancangannya itu. Rasylan menasihati
Julia agar menerima hasrat papa kerana papa manusia biasa yang memerlukan seseorang yang boleh berkongsi
segala-galanya. Kemudian, Rayslan memberitahu Julia bahawa DNAnya sama dengan Encik Muaz. Rasylan tidak
dapat menerima kenyataan ini kerana dia dipelihara di rumah Jabatan Kebajikan Masyarakat sejak kecil.

Sudah dua minggu Julia tidak balik ke rumah selepas peristiwa dia ditampar itu. Papa telah datang ke kampus
UIA untuk berjumpa dengannya. Papa meminta keizinan Julia untuk mencari pengganti mama dan menjelaskan
bahawa dia memerlukan seseorang bagi mengejutkannya tidur untuk solat Subuh, berkongsi cerita dan
mengingatkan tarikh perjumpaannya dengan doktor. Mama tidak dapat melakukan semua perkara itu lagi.
Akhirnya, Julia akur dengan permintaan papa demi kebahagiaan papa.

Rasylan memberitahu Julia tentang nasib dirinya sebagai anak luar nikah bapanya, Encik Muaz dengan seorang
warga Indonesia. Dia telah ditinggalkan oleh ibunya berhampiran dengan longkang besar. Ibunya berharap agar
dia mati kerana kelahirannya tidak berayah dan ibunya tidak sanggup menanggung malu besar. Kini, ibunya telah
pulang ke negara asalnya. Bagi Rasylan, Datuk Mustakimlah yang dianggap sebagai ayah bukannya Encik Muaz.

Papa telah memperkenalkan bakal isterinya kepada Julia. Pada hujung minggu itu, papa meminta Julia pulang
untuk menghadiri majlis pernikahannya pada malam tersebut. Namun begitu, Julia enggan dan memberikan
alasan untuk menjaga mama. Pada pagi berikutnya, Julia diserang demam panas. Ketika terlantar di hospital,
Julia telah bermimpi berjumpa dengan seorang lelaki yang mirip papa cuma masih muda dan bernama Jeffri.
Dalam mimpi tersebut, Jeffri memujuk dan menasihati Julia agar membenarkan papa berkahwin lagi. Papa sudah
lama menanggung penderitaan sejak mama koma. Menurut Jeffri lagi, papa memerlukan seseorang yang dapat
berkongsi kehidupannya dengannya. Walaupun mama masih hidup, namun mama tidak dapat berbuat
sedemikan dan tidak tahu masanya mama akan pulih. Julia memberitahu Jeffri bahawa dia takut kehilangan
kasih sayang papa. Pada penghujung mimpi tersebut, Julia merelakan perkahwinan papanya demi kebahagiaan
mereka sekeluarga. Julia terlantar di hospital selama tiga hari. Apabila cuti semester berakhir, Julia meneruskan
pengajiannya.

Selepas peperiksaan semester kedua, Julia pulang ke rumah. Julia terdengar papa menegur Mak Cik Aisyah yang
telah masuk ke bilik mama seorang diri. Perbuatan Julia mendengar perbualan ibu bapanya secara curi-curi
ditegur oleh Mak Cik Noraini. Julia memberitahu Mak Cik Noraini bahawa papa memarahi Mak Cik Aisyah yang
mungkin akan meletakkan racun kepada mama. Mak Cik Noraini yang terdengar kata-kata Julia telah berkecil
hati. Julia meminta maaf dan menyatakan kerelaannya menerima Mak Cik Aisyah dengan hati yang ikhlas.
Hubungan antara Julia dengan Rasylan semakin intim dan perasaan cemburu mulai timbul dalam hati masing-
masing. Rasylan menegaskan bahawa dia akan menolak tawaran Encik Muaz apabila ditanya oleh Julia tentang
hal itu.

Julia sedang menghadapi masalah hubungan cintanya dengan Rasylan. Mak Cik Aisyah yang menyedari hal itu
telah memberikan nasihat dan pandangannya untuk membantu Julia. Selepas solat, papa meluru masuk ke bilik
mama. Papa menegur mama seperti biasa dengan harapan ada keajaiban akan berlaku. Tiba-tiba mama membuka
mata, mengerakkan tangan dan jari-jarinya serta mulutnya terkumat-kamit seperti ingin menyatakan sesuatu.
Papa amat gembira dengan perkembangan mama itu. Ketika papa sedang berbual dengan mama, Mak Cik Aisyah
muncul. Mama memandang Mak Cik Aisyah dengan kehairanan. Papa memperkenalkan Mak Cik Aisyah dan
menjelaskan sebab-sebab dia berkahwin lagi. Namun begitu, mama kelihatan tidak dapat menerima kenyataan
itu. Mama tiba-tiba nazak dan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Sejak kelahiran Julia, papa tidak
pernah menangis, namun kali ini papa akhirnya tewas jua.

TEMA NOVEL PAPA:

Novel karya Deana Yusof ini bertemakan kasih sayang.Buktinya mama sanggup mempertaruhkan nyawanya
untuk mengandung kali kedua sebagai tanda kasih sayang yang mendalam terhadap papa yang inginkan anak
meskipun tahu risiko yang bakal dihadapi sekiranya mama meneruskan kandungannya itu. Papa juga
membuktikan kasih sayang yang mendalam terhadap mama dengan cara menjaganya, berbual-bual dengan
mama sepanjang masa mama koma dengan harapan mama akan pulih seperti dahulu.Malah, Intan Julia turut
membuktikan kasih sayangnya dengan mengizinkan papa mengahwini Aishah meskipun pada peringkat awalnya
dia menentang hasrat papa.

PERSOALAN NOVEL PAPA:

1. Pengorbanan suami dan isteri demi kebahagian pasangan masing-masing buktinya Intan maliana sanggup
mengandung kali kedua demi memenuhi kehendak suaminya. Malah, Jeffri pula berkorban dengan cara menjaga
isterinya yang koma selama lebih tiga tahun

2. Kesetiaan seorang suami terhadap isterinya. Buktinya ,Jeffri setia menemani isterinya yang koma selepas
kehilangan banyak darah semasa melahirkan kembar Ahmad dan Muhammad. Malah, Jeffri juga enggan
berkahwin lain ketika didesak oleh Mak Cik Noraini sebagai bukti kesetiaannya itu.Namun, keputusan untuk
berkahwin lain dibuat selepas bertahun-tahun hidup keseorangan.

3. Ketabahan menghadapi dugaan daripada Tuhan. Buktinya, Jeffri tabah menghadapi dugaan ketika isterinya
koma dan berusaha untuk mengubatinya. Malah, dia juga tabah tatkala kedua-dua anak kembarnya turut
meninggalkannya.

4. Keprihatinan terhadap masalah orang lain dapat dibuktikan melalui watak cikgu Suzie yang cuba menasihati
Intar Marliana agar tidak terus mengandung kerana sedar akan risiko yang bakal dihadapi.

WATAK DAN PERWATAKAN


INTAN JULIA

Intan Julia atau lebih dikenali sebagai Julia ialah watak utama novel ini. Julia ialah seorang remaja yang
menuntut ilmu di sekolah menengah dalam tingkatan lima. Bapanya bernama Jeffri manakala ibunya bernama
Intan Maliana. Pada mulanya, keluarga Julia amat bahagia. Dia memperoleh kasih sayang yang mendalam
daripada ibu dan bapanya. Kehidupannya bertukar suram selepas ibunya koma dan adik kembarnya meninggal
dunia. Namun Julia tabah menghadapi dugaan tersebut.

PENYAYANG
Julia amat menyayangi ibu bapanya. Semasa ibunya jatuh koma, dia sentiasa mendoakan agar ibunya segera
sembuh. Dia juga berusaha untuk menjaga ibunya setiap kali pulang daripada kampus pada hujung minggu. Julia
turut menyayangi bapanya. Demi membahagiakan bapanya, Julia merestui bapanya untuk memperisterikan
Aisyah.

KEGIGIHAN DAN KETEKUNAN


Julia gigih mengulang kaji pelajarannya. Berkat kegigihan dan ketekunannya, dia Berjaya lulus SPM dengan
cemerlang. Akhirnya, dia ditawarkan peluang untuk menyambung pengajian di Kolej Matrikulasi Universiti Islam
Antarabangsa.
KETABAHAN
Julia banyak menghadapi cabarn hidup. Antaranya ialah keadaan ibunya yang jatuh koma, kematian adik-beradik
ekmbarnya, kenyataan bahawa bapanya ingin berkahwin lagi, pertengkaran antara dia dengan Rasylan, dan
kematian ibunya. Namun Julia sentiasa tabah dan sabar mengharungi cabaran serta dugaan hidup.

BERTOLAK ANSUR
Walaupun pada awalnya Julia tetap dengan pendiriannya yang tidak mengizinkan papanya berkahwin lagi,
namun, setelah dibawa berbincang, Julia membenarkan atas sebab-sebab kesihatan .

JEFFRI (PAPA)

Jeffri merupakan bapa kepada Julia. Sebagai ketua keluarga, jeffri memikul tanggungjawabnya dengan baik. Dia
bekerja sebagai pensyarah dalam bidang ekonomi di Kolej Iktisas. Kasih sayangnya terhadap mama tidak
berbelah bahagi dan berlandaskan keikhlasan hati. Lantaran itu, dia amat sedih apabila mama jatuh koma.
Kesunyian yang dialaminya membawa kepada pperkahwinan antara dia dengan Aisyah.

PENYAYANG
Papa amat menyayangi mama dan Julia. Kasih sayangnya terhadap mama tidak berbelah bahagi walau apa jua
rintangan yang terpaksa diharunginya. Dia membawa mama pulang ke rumah agar dia sentiasa dapat
berdampingan dengan mama yang koma. Dia juga amat sayang akan Julia. Dia tidak membenarkan Julia
berkawan dengan Rasylan kerana latarbelakang keluarganya tidak baik.

BERPENDIRIAN TEGAS
Papa amat tegas dengan pendiriannya bahawa Rasylan bukan orang yang baik-baik. Walaupun Julia menyatakan
rasylan baik-baik orangnya, papa tetap melarang Julia daripada terus berkawan dengan Rasylan. Papa juga tetap
dengan pendiriannya untuk berkahwin lagi. Walaupun Julia tidak bersetuju dengan keputusannya, papa cuba
memujuk dengan sedaya upaya supaya Julia menerima kehadiran Aisyah dalam hidupnya.

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN


Papa sentiasa berdoa agar mama cepat sembuh. Papa turut sentiasa mengerjakan sembahyang tepat pada
waktunya. Papa sentiasa reda dan berserah kepada takdir.

PRIHATIN
Papa prihatin terhadap kesihatan mama dan sentiasa menasihati mama agar menurut arah ndoktor. Dia jugan
prihatin dengan perasaan Julia yang tidak mahu papanya berkahwin lagi lalu memujuknya.

INTAN MALIANA (MAMA)

Intan Maliana ialah isteri kepada Jeffri dan ibu kepada Julia. Dalam novel ini, watak ini lebih dikenali sebagai
mama atau Kak Maliana. Mama amat menyayangi papa dan sanggup berkorban untuk kebahagiaan papa. Dia
pernah menghadapi komplikasi ketika melahirkan Julia suatu ketika dahulu. Mama bekerja sebagai seorang guru
di Sekolah Menengah Seri Gading.

SANGGUP BERKORBAN
Walaupun menyedari hakikat bahawa dirinya akan menghadapi kesulitan semasa melahirkan anak, mama tetap
dangan keputusannya untuk mengandung lagi. Mama sanggup berkorban untuk membahagiakan papa yang ingin
menambah ahli keluarganya.

TEGAS PENDIRIAN
Mama tegas dengan pendiriannya bahawa dia tidak akan menggugurkan kandungannya. Walaupun banyak orang
telah menasihatinya agar tidak meneruskan kandungan ini, dia tetap dengan keputusannya demi membahagiakan
raja hatinya.

BERTANGGUNGJAWAB
Mama merupakan seorang guru yang bertanggungjawab. Dia begitu berusaha member tunjuk ajar kepada
pelajarnya sehingga dia disukai oleh pelajarnya. Mama dikatakan sentiasa berdedikasi dalam menyalurkan ilmu
pengetahuan kepada anak muridnya.

PENYAYANG
Kasih sayangnya yang mendalam terhadap papa terbukti apabila dia sanggup mengandung lagi demi memenuhi
hasrat papa.
PLOT

PERMULAAN

Keadaan keluarga Julia, Papa (Jeffri) , dan Mama (Intan Maliana) digambarkan amat bahagiia. Kasih sayang
antara papa dengan mama menjadi asas keharmonian dan kesejahteraan hidup mereka. Sebagai anak, Julia
berasa kagum terhadap kasih sayang antara papa dengan mama. Julia turut rasa bangga kerana mempunyai
sebuah keluarga yang dibentuk atas dasar kasih sayang seorang suami yang tidak berbelah bahagi terhadap
isterinya.

PERKEMBANGAN

Papa memaklumkan Julia bahawa mama telah mengandung sekali lagi. Julia akan mempunyai adik sebagai
pelengkap keluarga mereka. Mak Cik Noraini bimbang Mama akan menghadapi kompilasi seperti dahulu. Mama
jtuh koma manakala Julia menghidapi masalah alah susu tepung. Mak Cik Noraini terpaksa mengeluarkan susu
mama dengan bantuan doktor. Namun, kejadian itu tidak menggentarkan mama. Baginya, dia hanya perlu tabah
dan menyerahkan segalanya kepada Allah. Dalam pada itu, dia sanggup menghadapi risiko demi membahagiakan
papa.

Di sekolah pula, Julia sempat berkenalan dengan Rasylan, seorang pelajar baru di kelasnya. Ketampanan Rasylan
Berjaya menarik perhatian Julia. Rasylan merupakan anak angkat kepada Datuk Mustakim. Pada masa yang
sama, rakan sekerja mama, Cikgu Suzie, turut menyuarakan kebimbangannya terhadap keadaan mama yang
mengandung lagi. Beliau menasihati mama agar pandai menjaga diri kerana beliau tidak ingin melaihat mama
ditimpa sebarang kecelakaan.

Tidak lama kemudian, mama sakit memandangkan sudah tiba masanya untuk mama bersalin. Papa, Julia
Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bersalin. Namun, mama menghadapi komplikasi sekali lagi
kerana sukar untuk melahirkan anak kembar yang dikandungnya dan terpaksa dibedah. Tidak lama kemudian,
doktor yang bertanggungjawab membedah mama memberitahu bahawaanak kembar yang dilahirkan mama
merupakan kembar siam. Namun begitu, mereka telah meninggal dunia sewaktu kandungan lagi. Mama pula
jatuh koma. Jenazah Ahmad dan Muhammad dibawa pulang untuk dikebumikan.

Julia dan Rasylan semakin intim dan kini sepasang kekasih. Namun, papa tidak merestui hubungan mereka
kerana bagi papa, Raslan tidak mempunyai latar belakang keluarga yang baik. Bapa angkatnya, Datuk Mustakim,
merupakan orang yang melanggar ibu bapa papa sehingga mereka meninggal dunia.Keengganan Datuk Mustakim
untuk bersemuka dengan papa selepas kejadian tersebut telah mencetuskan rasa tidak puas hati dalam diri papa.
Rasylan cuba mengaturkan pertemuan antara mereka namun ditolak papa. Papa melarang Julia untuk terus
berkawan dengan Rasylan membuatkan Julia terpaksa merahsiakan hubungan mereka.

Tanpa kehadiran mama di sisi, papa berasa sangat sunyi. Kehidupannya menjadi kurang ceria. Pada saat itulah,
papa menjalinkan hubungan intim dengan Aisyah, salah seorang pelajarnya. Julia pernah terserempak dengan
mereka dalam suasana penuh mesra di Restoran Pizza Hutt, Starbucks Coffee, dan Restoran A&W ketika dia
keluar bersama-sama Rasylan. Ketidakpuasan hati Julia memuncak apabila papa ingin berkahwin dengan Aisyah.
Julia yang tidak merestui perkahwinan tersebut telah bertengkar dengan papa. Dalam pertengkaran itu, papa
telah menampar muka Julia. Tamparan itu telah meregangkan hubungan Julia dengan papa. Dalam kemarahan,
Julia membuat keputusan untuk tidak pulang ke rumah pada hujung minggu itu. Dia menetap di kampus selam
abeberapa minggu. Panggilan papa juga tidak dijawab.

Melalui Rasylan, Julia dapat mengetahui bahawa bapa kandung Rasylan ialah Encik Muaz al-Khalibi, salah
seorang pensyarah UIA. Rasylan ialah anak luar nikah Encik Muaz dan pengemas biliknya yang berbangsa
Indonesia. Selepas dilahirkan, Rasylan ditinggalkan oleh ibunya di tepi longkang. Nasib Rasylan baik kerana
diselamatkan dan ditempatkan di rumah anak yatim sehinggalah Datuk Mustakim mengambilnya sebagai anak
angkat. Encik Muaz ingin menjalin semula hubungan dengan Rasylan namun Rasylan enggan. Bagi Rasylan,
sikap tidak bertanggungjawab Encik Muaz membuatkannya tidak layak untuk menjadi bapa Rasylan.

Tidak kira dalam apa jua keadaan, Julia tidak akan menafikan hubungan anak dengan bapa antara dia dengan
papa. Akhirnya, papa Berjaya memujuk Julia untuk merestui perkahwinannya dengan Aisyah. Julia menerima
Aisyah sebagai ibu tirinya demi membahagiakan papa yang kesunyian. Tidak lama kemudian, Aisyah
mengandung. Berita tersebut cukup menggembirakan papa dan Julia.

KLIMAKS
Mama tiba-tiba sahaja sedar daripada koma. Selepas sedar, mama ingin memakan pizza. Papa pula sempat
memperkenalkan Aisyah sebagai isteri keduanya.
PELERAIAN
Mama tidak dapat menerima bahawa dia telah dimadukan dengan Aisyah. Dalam tangisannya, dia telah
menghembuskan nafasnya yang terakhir.

TEKNIK PLOT

• DIALOG
• Perbualan antara dua atau lebih watak dalam plot sesebuah novel. Teknik ini mampu menghidupkan cerita
novel di samping menyalurkan mesej-mesej penting kepada para pembaca melalui dialog antara watak.

• CONTOH

• "Apa you buat dalam bilik tu tadi?" Diam. Tiada jawapan yang kudengar.

• "Aisyah, I'm talking to you, please answer me!" Ulang papa sekali lagi dan kali ini lebih keras daripada tadi. Aku
dapat mengenali suara papa. Rasa-rasanya dia sedang marah.

• "Saja, I nak jenguk Kak Maliana, salah ke?"

• PEMERIAN
• Digunakan untuk memerihalkan suatu keadaan, suasana, ciri-ciri fizikal, dan perasaan seseorang. Teknik ini
memberi gambaran yang jelas tentang sesuatu peristiwa mahupun keadaan yang timbul dalam plot novel.

• CONTOH

• Kemesraan dua insan itu nyata amat payah untuk dipisahkan. Mereka sering menemani satu sama lain untuk
kerja-kerja sedemikian. Mereka lebih menampakkan kemesraannya ketika mama ditemani angin petang yang
bertiup lembut.

• MONOLOG DALAMAN
• Percakapan batin sesuatu watak bukan bertujuan untuk berkomunikasi tetapi untuk menyatakan sesuatu
keadaan perasaan atau fikiran ketika berhadapan dengan sesuatu situasi.

• CONTOH

• Papa ada di sini? Kali ini dengan siapa pula? Mungkinkah dengan wanita yang kulihat di Starbucks Coffee di
Mid Valley dahulu? Oh, tidak. Hati kecilku menjerit kerana tidak mahu terserempak dengannya.

• IMBAS KEMBALI
• Imbas kembali sesuatu watak terhadap peristiwa suatu ketika dahulu. Teknik ini memberi maklumat tentang
latar belakang watak serta sebab musabab berlakunya suatu konflik.

• CONTOH

• Soalan yang berbunyi begini pernah aku dengar terkeluar daripada mulut papa ketika dia melarang mama
daripada berbelanja sewenang-wenangnya. "Betullah macam apa yang you kata, tapi duit tu bukannya daun
kering yang bersepah di tepi jalan,"

• UNSUR KEJUTAN
• melahirkan perasaan kejutan dalam diri pembaca. unsur ini menjadikan plot cerita lebih menarik.

• CONTOH

• "Isteri encik telah selamat melahirkan sepasang anak kembar, tetapi kedua-duanya telah meninggal dunia
sewaktu masih dalam kandungan lagi. "

LATAR

LATAR TEMPAT

Sekolah Menengah Seri Gading


• tempat Intan Maliana mengajar
• tempat Julia belajar
Restoran Starbucks, Mid Valley Megamall
• tempat Julia dan Rasylan sering bekunjung
• tempat Julia terserempak dengan papa dan Aisyah

Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras


• tempat mama dibedah
• tempat kembar siam diumumkan meninggal dunia

Universiti Islam Antarabangsa di Gombak, Selangor


• tempat Julia dan Rasylan menyambung pelajaran selepas berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM

Kedai Kopi (Coffee House) di Hotel Paya Serai


• tempat Papa memujuk Julia agar merestui perkahwinannya dengan Aisyah.

LATAR MASA

ZAMAN MODEN
• zaman ini sudah wujud peralatan canggih seperti kelengkapan-kelengkapan di hospital dan sebagainya
• (sekitar 2000-an)

TEMPOH MASA
• bermula dari Julia berada dalam Tingkatan 4 sehingga dia menyambung pengajiannya di UIA(3 tahun)

14 TAHUN DAHULU
• sewaktu mama mengimbas kembali kisah silamnya sewaktu melahirkan Julia

LATAR MASYARAKAT

Masyarakat Moden
• sudah wujud permainan moden seperti Tenis dan peralatan canggih di hospital

Masyarakat Pendidik
• Papa merupakan pensyarah bidang ekonomi
• Mama merupakan guru Matematik

Masyarakat anak angkat


• Rasylan diambil sebagai anak angkat oleh Datuk Mustakim

Masyarakat Berpoligami
• Papa berkahwin dengan Aisyah semasa mama koma

GAYA BAHASA

Penggunaan Bahasa Inggeris

"Have you think it over?" (m/s 38)

"Julia...I want you to remember only one thing, I LOVE YOU!" kata Papa dengan muka yang amat tenang dan
penuh beremosi. (m/s 66)

Ungkapan Bahasa Cina

Macam kata orang Cina, car beh liau, iauitu dimakan tidak habis. (m/s 48)

Sinkof

"Kalau tak sekarang, bila lagi kak? Kerja saya ni bukannya tentu! Sekarang saya ada masa, buat apa nak tangguh-
tangguhkan lagi!" (m/s 51)

Peribahasa
Walaupun pada mulanya mereka nampak garang, tetapi apabila digertak sedikit, akan senyaplah macam cicak
berak kapur! (m/s 34)

NILAI DAN PENGAJARAN

Tabah

Kita perlulah tabah dalam menghadapi dugaan hidup.


Julia dan papa tabah menghadapi realiti bahawa anak kembar yang dilahirkan mama meninggal dunia manakala

mama jatuh koma.

Kasih Sayang
Kita perlulah menunjukkan kasih sayang antara satu sama lain.
Kasih sayang antara papa, mama dan Julia tidak berbelah bahagi. Mereka saling menyayangi dan mengambil
berat.

Gigih
Kita perlulah berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan.
Julia begitu gigih belajar sehingga dia berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM.

Saling Membantu
Kita mestilah saling membantu antara satu sama lain.
Mama membantu Cikgu Suzie dengan menghantarnya ke bengkel kereta di Seksyen 14. Papa pula membantu Mak
Cik Noraini yang kehilangan ahli keluarganya.

Berdikari
Kita harus belajar hidup berdikari untuk kebaikan sendiri.
Julia hidup berdikari semasa menuntut ilmu di UIA.