Anda di halaman 1dari 21

ADAB-ADAB MENZIARAHI MAQAM/KUBUR DAN KHURAFAT

YANG BERLAKU SEKITARNYA

PENDAHULUAN DAN TUJUAN

Pada zaman permulaan Islam, Rasulullah S.A.W.. melarang umatnya menziarahi kubur. Ini
kerana orang yang menziarahi kubur pada masa itu akan melakukan perkara-perkara yang
dilarang antaranya duduk di atas kubur, menangis, merintih-rintih, mengoyak-ngoyak baju,
memukul pipi dan sebagainya(1). Setelah orang-orang Islam mengetahui perkara-perkara
yang sepatutnya dilakukan apabila menziarahi kubur, maka Rasulullah S.A.W..
menggalakkan umatnya menziarahi kubur untuk melembutkan hati, mengingatkan tentang
azab kubur dan hari pembalasan di Padang Mahsyar (2) agar umatnya sentiasa dalam
keadaan sederhana di dunia tidak bermewah-mewah hanya berbelanja atas dasar keperluan
bukan atas dasar kemampuan. Di samping itu kita sentiasa menambahkan untuk kehidupan
di akhirat.

Imam Tarmizi menambahkan riwayat di atas:

Imam Ibnu Majah menambah daripada riwayat Ibnu Mas'ud r.a.

Khadi Abu Taib mentaklik kata-kata Ibnu Hajar di dalam yang mana seseorang digalakkan
menziarahi teman-teman semasa hidup, demikian juga teman-temannya apabila telah
meninggal dunia.

Adapun bagi mereka yang jauh hubungan kekeluargaan disunatkan juga menziarahinya.
Apabila menziarahi kubur hendaklah mengingati mati atau merasa belas kasihan kepada
teman kita yang meninggalkan kita, lalu kita mendoakannya. Disunatkan juga ke atas kita
apabila menziarahi kubur agar memohon rahmat Allah supaya si mati di dalam
pemeliharaan dan kesejahteraan di samping memohon ampun bagi segala kesalahan
mereka dan membaca Al-Quran sebagai hadiah untuk mereka. Jika si mati dari kaum
keluarga kita adalah lebih-lebih lagi digalakkan kita meminta ampun dan rahmat Allah agar
mereka berada di dalam kerahmatan Allah selamanya.
Ketika kita menziarahi kubur itu, niat kita untuk si mati mestilah merangkumi semua orang
Islam yang telah meninggal dunia. Adapun menziarahi kubur untuk tabarruk (mendapat
keberkatan) maka disunatkan kita menziarahi kubur orang-orang alim dan soleh kerana
mereka ini sentiasa di dalam keberkatan yang tidak terhingga (3).
Mudah-mudahan keberkatan orang alim yang kita ziarahi kuburnya itu akan melimpah
kepada kita yang menziarahinya. Disunatkan juga kita dalam keadaan bersih dan berwuduk
seperti yang difatwakan oleh :

HUKUM
Para ulama berpendapat hanya orang lelaki Islam sahaja yang disunatkan menziarahi kubur.
(5) Ibnu Hajar dalam syarah ( ) dan al-Azra'ei: "Tidak disunatkan kita bermusafir
semata-mata untuk menziarahi kubur orang alim dan soleh seperti yang diceritakan daripada
tanpa kita melawat ke tempat-tempat lain. Tetapi dikecualikan makam nabi kita Nabi
Muhammad S.A.W. Diharuskan kita bermusafir hanya bertujuan bermusafir untuk
menziarahi makan nabi kita di Madinah. Menegaskan bahawa lebih diutamakan kepada ahli
keluaraga kita yang meninggal dunia terutama ibu bapa untuk menziarahi mereka, walaupun
mereka dikebumikan di negara lain. (1) Telah diriwayatkan oleh Al Halim daripada Abu
Hurairah.

Dalam riwayat yang lain :

Dalam riwayat Abu Mu'aim:

Al-Baihaqi juga meriwatakan:

Adapun menziarahi kubur bagi khunsa dan orang-orang perempuan hukumnya makruh. Ini
ditakuti akan berlakunya fitnah yang mana pada kebiasaannya orang perempuan tidak
menahan suaranya apabila meratapi orang yang meninggal dunia sekalipun perempuan itu
sudah tua. Tetapi menziarahi makam Rasulullah S.A.W. adalah sunat bagi semua golongan.
Berkata orang perempuan dibolehkan menziarahi makam Rasulullah S.A.W. setelah
mendapat keizinan daripada suami atau ibu bapa, bahkan (berkata dalam orang perempuan
boleh menziarahi kubur para anbia’, orang soleh dan juga para syuhada’, bagi pula, beliau
tidak pernah melihat perempuan salaf menziarahi kubur orang-orang soleh .(ÅÈä ÍÌÑ)dan
(ÇáÔÑæÇäì) menjelaskan mengapa orang perempuan dibenarkan menziarahi kubur orang
alim, para anbia dan para syuhada, sedangkan makruh bagi mereka menziarahi kubur
saudara mara dan sahabat handai. Ini kerana menziarahi kubur orang alim, para ambia’ dan
syuhada’ mereka dapat mengambil iktibar daripada kesolehan mereka, kemuliaan para
ulama dapat dizahirkan melalui menziarahi kubur mereka. Dengan keadaan demikian dapat
mengingatkan kembali tentang amalan yang mereka lakukan semasa di dunia. Seterusnya
mendorong mereka untuk menghitung kembali amalan-amalan mereka yang telah dilakukan
supaya dapat menjauhkan mereka daripada azab Allah.

Manakala orang perempuan dimakruhkan menziarahi kubur sanak saudara dan sahabat
handai kerana kebiasaannya mereka akan mengenang kembali jasa-jasa dan kasih sayang
serta hubungan antara mereka semasa hidup di dunia. Ini boleh menyebabkan mereka akan
meratapi dengan meraung-raung, memukul badan sendiri serta mengoyak baju di kawasan
perkuburan lebih-lebih lagi sekiranya orang yang meninggal dunia itu dikasihi sehingga
membawa mereka menyalahkan takdir .

Tidak dibenarkan memakai bau-bauan dan perhiasan semasa menziarahi kubur. Bahkan
lebih baik jika perempuan yang hendak menziarahi kubur samada bersamanya penjaga atau
wali. Jika perempuan tersebut pergi bersama ajnabi hendaklah ia menaiki kenderaan yang
dapat melindungi dirinya dari sebarang fitnah di sepanjang perjalanan ke sana .

HUKUM BAGI WANITA MENZIARAHI KUBUR

Setelah ulama’ mengatakan bahawa diharamkan bagi wanita menziarahi kubur berdasarkan
sebuah hadith :
Sekiranya seseorang perempuan pergi menziarahi kubur boleh menimbulkan fitnah
atau menyebut-nyebut sifat orang yang meninggal dunia tentang kelakuannya dan meratapi
pemergian dan meraung-raung, maka hukumnya tetap haram.
Setengah ulama' berpendapat perempuan yang menziarahi kubur hukumnya
harus, ini bagi mereka yang tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Islam.
Berdasarkan satu peristiwa di zaman Rasulullah S.A.W. di mana pernah satu ketika
Rasulullah S.A.W. tidak menegah perempuan itu. Para ulama’ menjawab bahawasanya
Rasulullah S.A.W. tidak menegah tersebut kerana dia melakukan adab-adab menziarahi
kubur(1)

HARI YANG DISUNATKAN MENZIARAHI KUBUR

Orang ramai biasanya menziarahi kubur pada pagi jumaat (2) kerana pada hari
tersebut roh-roh orang yang meninggal dunia pergike kubur masing-masing bermula waktu
asaar hari khamis hinggalah paagi sabtu (3). Oleh itu kebanyakkan orang mengkhususkan
haari untuk menziarahi kubur saudaranya pada pagi jumaat.
Diceritakan oleh Ibnu Qasim di dalam syarah Manhaj bahawa roh orang meninggal
dunia sentiasa membuat perhubungan dengan jasadnya yang berada di dalam kubur (4)
walaupun rohitu tiada hadir ke kubur. Diriwayatkan bahawa roh orang-orang muslim sentiasa
dating setiap malam ke langit dunia dan berada bertentang dengan rumahnya dahulu
semasa hayatnya. Roh itu memanggil beribu-ribu kali setiap ahli keluarganya dengan suara
yang sedih, katannya : “Wahai ahli keluargaku, kaum kerabatku, anak-anakku dan semua
orang yang mendiami rumahku. Wahai orang yang memakai bajuku dan orang-orang yang
membahagikan hartaku adakah kamu sekalian sentiasa ingatkan dan memikirkan akan
keadaan diriku yang sedang dalam perantauan. Aku kini berada dalam tahanan yang amat
lama sekali dan sungguh kukuh keadaannya. Kasihanilah keadaan diriku di sini, Insya Allah
kamu akan dirahmatinya. Jangan kamu semua tidak memperdulikan keadaan dariku,
sesungguhnya kamu juga akan merasai dugaan-dugaan seperti yang aku rasai ini”.
Diriwayatkan juga bahawa orang yang berada di dalam kubur seperti orang
tenggelam kelemasan sedangmeminta pertolongan. Sentiasa menanti doa-doa daripadaa
saudara mara atau teman-temannya. Jika simati tadi menerima pahala doa daripada ahli
keluarga yang hidup maka pahala itu lebih baik bagi simati daripada apa yang terdapat di
dalam dunia ini.(5)
Nabi kita pernah menziarahi para syuhada’ di Uhud pada hari sabtu. Ini kerana
jarak antara perkuburan Uhud dan Madinah adalah terlalu jauh tambahan pula baginda
sibuk dengan tugas-tugas amal kebajikan yang telah dipertanggungjawabkan.

ADAB-ADAB MENZIARAHI KUBUR


Perkara utama yang tidak harus dilupakan apabila kita melawati tanaah perkuburan
atau meziarahi kubur oarng-orang alim, disunatkan kita memberi salam (1) samada dalam
keadaan berdiri atau duduk dalam menghadap muka si mati.
Sabda Rasulullah S.A.W.. :

"Berkata orang yang hendak memberi salam kepada simati hendaklah berada dekaat
dengan kuburnya. Menurut adab kebiasaannya dengan erti kat yang lain, sekiranya orang
yang meninggal itu masih hidup tentu mereka dapat mendengar ucapan salam tersebut.
Disunaat juga membaca Al-Quran(2) dan seboleh-bolehnya dalam keadaan duduk dan
menghadap kearah muka simati. Di dalam kitab( ) menyebut di antara amalan yang
afdhalnya ialah membaca lima ayat dari awal surah al-Baqoroh tiga ayat akhir surah Al-
Baqarah dan suraah yaasin. Kemudian terus berdoa kepada simati sekalipun tidak
mnengangkat tangan. Keadaaan kita berdoa afdhalnya selepas membaca Al-Quran(3) dan
hendaklah mengadap kiblat sebaagaimana yang dinukilkan daripada kitab kitab( )
dan ulama' Khurasaan juga berkata muka orang yang berdoa itu mengadap ke muka simati
ketika berdoa. Ini kerana berdoa untuk simati selepas aahaja membaca Al-Quran adalah
lebih diharapkan agar doa itu diperkenankan. Orang-orang yang mati juga diharapkan
segala rahmat Allah melimpahinya. Segala pahala bacaan al-Quran dan doa akan sampai
kepada simati walaupun bacaan itu dibaca jauh daripada tempat perkuburan dengan syarat
oaring yang membaca itu tidak mendapat upah. Setengah ulama' menyatakan sekiranya
pembaca mendapat upah maka pahalanya tidak sampai kepada simati(4) Ibnu Qosim
menungkilkan kata-kata imam Ramli yang mengatakan walaupun si pembaca itu tidak
mendapat pahala bacaannya kerana mendapat upah si mati tetapi akan mendapat pahala
bacaan Al-Quran yang disedekahkan kepadanya.(5)
Diceritakan daripada sebahagian ahli ilmu bahawasanya terdapat seorang lelaki telah
bermimpi, di dalam mimpinya itu dia telah melihat sebuah tanah perkuburan. Seolah-olah
mereka sedang mengambil sesuatu yang tidak diketahui. Maka orang yang bermimpi itu
merasa hairan keadaan yang demikian itu lalu bertanya kepada seorang yang duduk
menyendiri di hujung sana tidak bersama-sama dengan yang lain mengambil sesuatu :
"apakah yang diambil oleh mereka semua ? Orang mati yangmenyendiri itu menjawab
"mereka mengambil pahala-pahala yang dihadiahkan oleh kaum muslimin yang masih hidup
seperti membaca al-Quran, pahala sedekah dan pahala doa. Orang yang bermimpi itu
menyambung soalannya "adakah daapat sesuatu yang lain menyebabkan kamu tidak
mengambil pahala itu"? Jawab orang mati yang sedang duduk itu 'Ya, aku mendapat pahala
bacaan al-Quran yang dibaca oleh anakku, kemudian pahala itu dihadiahkan kepadaku
setiap hari. Anakku ini sedang berniaga di pasar. Apabila orang yang bermimpi itu terjaga
dari tidurnya. Dia pun terus ke pasar seperti yang diberitahu oleh lelaki semasa dalam
mimpinya. Didapatinya seorang lelaki sedang berniaga dan bibirnya bergerak-gerak seoalh-
olaah membaca sesuatu. Orang yang bermimpi itu bertanya "Mengapa kamu menggerak-
gerakkan kedua bibirmu" ? Pemuda itu menjelaskan, aku sedang membaca Al-Quran dan
pahala bacaan ini aku hadiahkan kepadav bapaku yang telah meninggal dunia.
Selang beberapa lama kemudian, orang yang bermimpi itu telah bermimpi dalam tidurnya
sekali lagi semua orang yang mati diperkuburan itu keluar dikubur masing-masing dan
mengambil pahala yang disedekahkan kepada mereka, tiba-tiba dia terpandang lelaki yang
dahulunya tidak mengambil pahalanya itu tetapi kali ini turut serta mengambil pahala
tersebut. Lelaki yang bermimpi tidak berlengah lagi dan terus pergi kepasar untuk
mengetahui berita tentang pemuda yang menjaga di pasar tersebut. Diberitahu kepadanya
pemuda itu telah meninggal dunia (1)
Upah tidak boleh diambil untuk membuat sesuatu ibadah yang mewajibkan niat dimana sah
atau tidaknya ibadah itu bergantung kepada niat yang diqasadkan. Apabila sesuatu ibadah
itu sah tanpa menggunakan niat, maka dibenarkan melakukan ibadah disertai dengan
mengambil upah. Antaranya azan, iqamah, khutbah, mengajar Al-Quran dan sebagainya.
Oleh itu pembaca Al-Quran boleh mengambil upah dalam beberapa bentuk:
a) Bacaan Al-Quran itu dibaca di tempat perkuburan dan pahala bacaan itu diambil
manfaatnya dengan turunnya rahmat Allah kepada si mati. Si mati sememangnya
mengharapkan pahala orang yang hidup untuk dimanfaatkan. Samada dengan doa atau
pahala bacaan Al-Quran itu akan diperolehi oleh pembacanya dan sampai kepada si mati
dengan niatnya.

b) Bacaan Al-Quran itu tidak di buat di kawasan perkuburan. Selesai saja membaca Al-
Quran maka diikuti dengan doa untuk disedekahkan pahala bacaan kepada si mati kerana
doa tersebut lebih hampir untuk diterima oleh Allah SWT dan lebih banyak barakahnya.

c) Bacaan Al_Quran itu dibaca dihadapan orang yang memberi upah. Ketika membaca
Al-Quran diniatkan bacaan tersebut di atas suruhan orang yang memberi upah. Sekiranya
disebut namaorang yang memberi upah akan turut mendapat pahala atau rahmat ketika
rahmat ketika rahmat itu diturunkan kepada pembaca.

Maka boleh mengambil upah semata-mata membaca Al-Quran dengan disertakan


kepada si mati sepertimana telah disohehkan oleh sebahagian ahli fatwa. Pendapat ini dipilih
oleh Ibnu Subki dan pengarang kitab.
As Syikh Sulaiman al Jamal menukilkan daripada kata-kata bahawa sunat dengan
doa ini selepas memberi salam kepada si mati.
Diriwayatkan oleh ulama' salaf bahwa barangsiapa membaca surah AlIkhlas 11 kali
dan disedekahkan pahalanya kepada orang mati didalam satu perkuburan maka dosa-dosa
si mati akan di ampunkan. Begitu juga dengan membaca tahlil kepada si mati dengan
bacaan:
Imam berkata bahawa masalah ini mempunyai di sisi ulama' tetapi tidak seharusnya
dilupakan. Imam Ahmad bin Hambal menceritakan , "Apabila kamu menziarahi kubur maka
bacalah Al Fatihah, Al Ikhlas, Al falaq dan An Nasr. Sedekahlah pahala itu kepada semua
orang di perkuburan itu. Semua pahala itu akan sampai kepada si mati selepas membaca
surah-surah dan di akhirnya bacalah:

PERKARA- PERKARA MAKRUH DAN KHURAFAT


1) Orang yang yang duduk atas kubur dan bersandar-sandar adalah termasuk dalam
perkara-perkara yang makruh(4) walaupun sudah hilang kesan-kesannya. Di dalam (
) di terangkan, jika sebuah kubur itu tidak ada lagi jasadnya melainkan tulang ( )
maka dibolehkan membuat kubur semula dan dimanfaatkan. Tidak makruh berjalan-jalan di
antara dua kubur mengikut pendapat yang masyhur. Tetapi haram jika terdapat najis yang
basah pada kasutnya (5) dan membawa ke kawasan perkuburan. Diingatkan agar tidak
membuang najis di kawasan perkuburan. (6)

2) Penziarah kubur dilarang memijak kubur kerana menghormati jasad yang berada di
dalam kubur itu kecuali dalam keadaan terpaksa (7). Perkara-perkara tersebut adalah
makruh tetapi sesetengah ulama' mengharamkan. Demikian juga memegang binaan kubur
walaupun kubur Rasulullah S.A.W. dan mencium binaan kubur adalah termasuk dalam
perkara bid'ah.

3) Begitu juga makruh bagi orang yang menziarah kubur orang alim dan mengetuk
binaan kuburnya(8). Sebaliknya orang yang ingin menziarahi kubur hendaklah mengetahui
dan mengamalkan adab-adab menziarahi kubur.

4) Diceritakan daripada kitab( ) dan bahawa perbuatan yang dimakruhkan dan


dianggap perkara bid'ah ialah menyentuh binaan kubur dengan tapak tangan dan mencium
bendul-bendul kayu binaan kubur. Demikian juga mnecampakkan saputangan atau baju dan
kertas yang ditulis ke dalam binaan kubur ketika berada di kawasan perkuburan tersebut(9).

Dinukilan daripada kata-kata( bahawa tawaf tidak diharuskan dan dianggap sebagai
satu dosa (1). Apa yang dinuat oleh kebanyak orang ketika menziarahi kubut melampaui
batas-batas yang telah ditetapkan oleh syarak. Setengah daripada mereka berdiri sebentar
di pintu kubur untuk meminta izin masuk tawaf mengeliling kubur tersebut sambil mencium
penjuru-penjuru binaan kubur dan menyentuh binaannya. Semua perkara ini tidak termasuk
dalam amalan yang di syara'kan . Allah SWT dan RasulNya tidak menyuruh umatnya
berbuat demikian. Bahkan orang-orang alim atau si mati sendiri akan marah sekiranya
fenomena ini berlaku demikian semasa mereka hidup(2). Sepatutnya orang yang menziarahi
kubur itu berdoa untuk dirinya dan si mati agar di ampunkan dosa. Kebanyakan perempuan-
perempuan akan memotong pakaiannya d an diletakkan ke atas binaan kubur orang alim.
Mereka menganggap kononnya khurafat ini boleh memelihara diri mereka daripada
orang-orang zalim. Begitulah juga setengah yang lain meletakkan lilin atau pelita yang
dinyalakan disisi kubur orang alim. Ab Aziz Gharim menegaskanbahawa semua I'tiqad ini
adalah diharamkan oleh Islam(3).
Dinukilkan daripada kitab bahawa setengah daripada anggapan yang salah di
kalangan orang awam ialah mereka percaya bahawa binaan kubur orang alim atau soleh itu
dianggap boleh mengubati pelbagai penyakit. Sesetengahnya pergi ke kubur dengan
membawa anak-anak yang sakit dan meninggalkan anak mereka dalam jangkamasa
tertentu. Mereka sering berulang alik dan percaya dengan cara begini dapat menyembuh
penyakit anak mereka.
Sebahagian amalan orang-orang jahilliyah yang diharamkan oleh Islam ialah
menconteng pipi muka dan badan dengan warna hitam(4). Mereka yang lain pula membuat
tempat yang khas untuk tidur di kubur, makan, minum di perkuburan. Begitulah perangai
Syaitan yang ingin merosakkan aqidah umat Islam yang kurang pemahaman tentang Islam.
Apabila ada kaum keluarga mereka meninggal dunia, mereaka akan membuat satu
perkhemahan dan tinggal di sisi kubur si mati itu selama beberapa hari. Apa yang kurang
menyenangkan mereka akan membuat tempat tinggal di perkuburan. Di sana wujudlah
tempat-tempat untuk membuang air, mandi, mencuci pakaian. Akibatnya lebihan kooran dan
najis akan turun meresap ke dalam kubur si mati. Ini sudah tentu akan mencemari mayat.
Perbuatan-perbuatan seperti ini adalah bercanggah dengan sunnah. Oleh itu jauhkan diri
kita daripada melakukan perkara-perkara khurafat dan bid'ah yang mana telah dilarang oleh
agama.(5).

DISEDIAKAN OLEH
UNIT REHLAH,PERKHEMAHANDAN KESENIAN
HEWI PMRAM 1995

HAK CIPTA TERPELIHARA ®


TIDAK DIBENARKAN MENERBITKAN SEMULA BAHAN INI DALAM APA JUA BENTUK
SEKALIPUN, MELAINKAN SETELAH MENDAPAT KEIZINAN PENERBIT. HARGAILAH
PENGORBANAN ORANG LAIN YANG BERTUNGKUS LUMUS MENYIAPKANNYA. MENCETAK
SEMULA DAN MENERBITKANNYA DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN DIANGGAP SEBAGAI
JENAYAH DAN DIKIRA BERCANGGAH DENGAN SYARIAH ISLAM.
RISALAH RINGKASAN

MENGENAI
MAQAM PARA AULIA, DAN SHUHADA'
DI SEKITAR KOTA KAHERAH
DISEDIAKAN OLEH
UNIT REHLAH, PERKHEMAHAN DAN KESENIAN
HEWI PMRAM 1995

1) MAKAM SAYYIDAH AISYAH BT JAAFAR AS-SADIK

- Merupakan Ahlul Bait Rasulullah S.A.W.


- Wafat pada tahun 145 H
- Sebahagian masyarakat mempercayai bahawa makam beliau sebagai salah satu tempat
yang 'Mustajab Doa sehingga ada yang bersyair:
" BAGI AISYAH ITU CAHAYA DAN KECANTIKKAN DAN KUBAHNYA PADANYA DOA
DIPERKENAN"

1) MAKAM SHEIKH JALALUDDIN AS-SAYUTI

- Nama penuhnya ialah Abdul Rahman bin Abu Bakar bin Muhhammad
bin Sabiqudin bin Al-Fakhr Usman Al-Khudairi As-Sayuti .
- Seorang cendiakiawan dan ulamak agung Al-Azhar.
- Dilahirkan pada tahun 749 H( 6 tahun sebelum kawafatan
Ayahandanya)
- Seorang mujadid untuk abad ke 9H.
- Antara kitabnya: Jamie' Saghir, Ashbah wa Nazair, Ar-Rahman,Al-Itqan,Tafsir Jalalain,
Tadrib Ar-Rawi dan lain-lain.
- Mempunyai karamah yang cukup banyak. Imam Sya'rani pernah berkata; ' seandainya Allah
Taalatidak mengurniakan kepadanya keramat-keramat yang lain, memadailah dengan
karya-karyanya yang begiru banyak yang beliau hasilkan sebagai salah satu keramat yang
membuktikan kekuasaan Allah Taala".
- Wafat pada tahun 933 H

2) MAKAM SAYYIDAH NAFISAH

- Merupakan Ahlul Bait Rasulullah S.A.W..


- Nama penuhnya ialah Nafisah bt Hassan bin Zaid bin Hassan bin Alik bin Abi Talib.
- Dilahirkan di Mekah pada tahun 145 H
- Menetap si Mesir selama 7 tahun sehinggalah beliau menemui Allah Taala pada tahun 208
H.
- Sezaman dengan Imam Syafei dan Imam Syafei sendiri selalu mengunjungi beliau dan
sembahyang terawih di bukan Ramadhan bersamanya di masjid radiallah anha ini.

3) MAKAM IBN ATAILLAH AS-SAKANDARI


- Khalifah Tarikat Syazaliyyah yang ke-3
- Nama penuhnya ialah Ahmad bin Muhammad bin Ataillah Tajuddin As-Sakandari Al-Maliki.
- Anak murid Abu Abbas Al-Mursi.
- Menghasilkan karya yang banyak antaranya yang berharga yang telah beliau tinggalkan
ialah: Al-Hikam,Tajul Arus, Allah Al-Qasdul Mujarrab, Laitul Manan.
- Kitab beliau Al-Hikam adalah kitab yang paling banyak disyarahkan oleh alim ulamak Islam.
Merupakan juga kitab tasauf yang paling banyak disyarahkan sehingga sebahagian ulamak
mengira bahawa Syarah Kitab Al-Hikam mencapai angka 30 buah kitab.
- Merupakan guru kepada Syeikh Taqiyuddin As-Subki.

4) KAMALUDDIN MUHAMMAD BIN AL-HUMAN

- Merupakan ahli Fuqahak Mesir dari mazhab Imam Husaini.


- Menghasilkan banyak karya antaranya At-Tahrir ( mengenai Usul Fiqh), Fathul
Qadir(mengenai Fiqh).
- Wafat pada tahun 681 H/ 1458 M.
- Nesannta sentiasa berbau wangi asli

5) WALI KECIL

- Nama beliau ialah Ashraf Rifai Al-Husaini.


- Ketika berumur 3 tahun telah menghafal Al-Quran dan telah di dengar (tasmie') oleh
sheikh-sheikh Al-Azhar dan mendapati bahawa bacaan beliau tiada salah.
- Wafat ketika berumur 4 tahun.

6) MAKAM ABDULLAH ABI JAMRAH AL-ANDALUSI AL-MURSI

- Merupakan Imam Al-Qudwah Ar-Rabbani.


- Kuat berpegang dengan Sunnah Rasulullah S.A.W..
- Seorang yang terkenal dengan sifat ikhlas, sentiasa membuat persediaan untuk menghadap
maut dan menjauhkan diri dari manusia.
Menurut satu cerita, orang yang mengingkari akan pengakuannya bahawa beliau pernah
berjumpa dan bercakap-cakap dengan Rasulullah dalam keadaan jaga akan ditimpa
malapetaka.
- Diceritakan Dari Sheikh Tajuddin Ibnu Ataillah As-Sakandari bahawa beliau pernah
bermimpi berjumpa Rasulullah S.A.W. .Rasulullah telah berkata kepadanya: " Aku telah
menziarahi sultan yang menguasi timur dan barat ". Lalu beliau bertanya: " Wahai
Rasulallah , siapakah yang menguasai timur dan barat itu ?".Lalu Rasulallah S.A.W.
menjawab:"Dia ialah Abdullah bin Abi jamrah".
- Wafat pada tahun 675 H.

8) MAQAM MUHAMMAD ABU MAWAHIB AT-TUNIS .

- Nama penuh beliau ialah Sheikh Imam Al- Al- Alim Al- Allamah Al- Qutb Al- Ghauth Al-
Arif Billah Safiuddin Abu Mawahib As- Syazali Muhammad bin sheikh Syihabuddin Ahmad
bin Sheikh Shamsuddin Muhammad bin Sheikh Daud Al- Umri At-Tunisi.
- Dilahirkan di Tunisia pada tahun720 H.
- Pernah berguru dengan Abu Qasim Ar- Razi dan Abu Said As-Safdi Qadhil Jammah Abi
Afsin Umar.
- Berpindah ke Mesir dan terus menetap di sana sehingga ke akhir hayat beliau.
- Di Mesir beliau telah mempelajari ilmu Hadis dariQadhil Qudhah dan dari Sheikh Muhaddisin
Syihabuddin Ibn Hajar Al-Asqalani.
- Antara hasil karyanya yang agung ialah kitab Al-Qanun fi Ulum Al-Lataif iaitu sebuah kitab
yang tiada tandingannya yang telah dihasilkan melalui cetusan rasa Zauqnya yang tinggi.

7) MAQAM AS-SYAHID HASSAN AL-BANNA

- Nama penuhnya ialah Hassan bin Ahmad bin Abd Rahman Al-Banna.
- Dilahirkan pada tahun 1906 M, di Bandar Mahmudiah.
- Salah seorang pencetus dan pejuang Islam di abad ini.
- Kemudian berhijrah ke Bandar Ismailliyah dan mendirikan markaz Ikhwan Al-Muslimun yang
pertama.
- Dengan perkembangan yang berlaku, pihak pemenrintah khuatir akan lebih ramai lagi yang
terpengaruh dengan gerakan beliau. Lalu mereka telah mencuba sedaya upaya untuk
mengagalkan kerja-kerja beliau ini.
- As-Syahid sedikit pun tidak merasa gentar akan ugutan demi ugutan dari pihak pemerintah.
Malah semakin lantang menyuarakan bahawa Islam itu adalah aqidah, ibadah, negara,
bangsa, kekuatan, akhlak, politik, undang-undang dan sebagainya.
- Beliau telah menerbitkan akhbar harian Ihkwan Muslimun yang menjadi lidah rasmi Ihkwan
dalam perjuangannya.
- Ketika krisis Mesir-Israel, tentera-tentera Ikhwan Muslimun adalah yang paling berani dan
gagah. Dan jika tidak kerana pngkianatan yang dilakukan oleh pemerintah Mesir ketika itu,
sudah tentu mereka telah berjaya memasuki Tel Aviv(ibu negara Israel sekarang). Selepas
Mesir berjaya menawan Semenanjung Sinai, tentera-tentera Ikhwan ramai yang telah
dibunuh tanpa mengenal erti budi dan kihdmat bakti yang telah dicurahkan.
- Pada tahun 1949 M, As-Syahid telah ditembak oleh orang upahan Raja Faraok dihadapan
Persatuan Pemuda-Pemuda Islam. 2 jam kemudian, pergilah As-Syahid menemui tuhannya
Rabul Izza.
- Antara hasil karyanya yang terkenal ialah : Ad-Dakwah wa Daiyah, Majmuk Rasail, Allah Fi
Aqidah Islamiah dan banyak lagi.

8) MAQAM SYUHADA PAKISTAN

- seramai 15 orang yang telah gugur syahid ketika membantu Mesir mendapatkan
Semenanjung Sinai.
- Sebagai mengenang jasa mereka, maka pihak kerajaan Mesir telah mengurniakan saru
kawasan tanah perkuburan khas untuk mereka yang syahid.

9) MAQAM AD-DANRAWI ABU ABBAS

- Seorang ahli tasauf yang terkenal di Mekah pada awal abad ke-20.
- Memimpin Tarekat Ahmadiah Ad-Dandarawi setelah kewafatan bapanya iaitu Sidi
Muhammad bin Ahmad Ad-Dandarawi pada tahun 1327 H/1909 M.
- Di Mekah, beliau telah mengajar dan melatih murid-muridnya sehinggalah pada suatu mas
ayng memaksanya untuk keluar dari bumi Mekah. Perkara ini adalah disebabkan oleh sikap
kaum Wahabi yang kurang senang melihat kegiatan beliau. Akhirnya beliau memilih Mesir
sebagai tempat tinggal dam markaz gerakan untuk mengembangkan tarekatnya.
- Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1953 M.

10) MAKAM IMAM WAQIE'

- Nama penuhnya ialah Waqie' bin Jarrah bin Malik bin Adi Al-Kufi.
- Gelarannya ialah Abu Sufiyan.
- Guru kepada As-Syafie.
- Wafat pada tahun 196 H ketika pulang dari menunaikan haji di Mekah.

11) MAKAM IMAM AS-SYAFIE

- Nama penuh beliau ialah Abu Abdullah Muhammad bin Idris bin Al- Abbas bin Usman bin
Syafei bin As-Sa'id bin Abid bin Abd. Yazid bin Hasyim bin Abd. Mutalib bin Abd. Manaf bin
Qusai.
- Nasab beliau bertemu dengan Rasulullah S.A.W. pada Abd. Manaf .
- Dilahirkan di Ghazza pada tahun 150 H. Iaitu tahun di mana Imam Abu Hanifah meninggal
dunia.
- Ketika berusia 2 tahun, ibunya membawa beliau ke Mekah.
- Merupakan seorang ahli Fiqh, Hadis, Lughah, Penyair, Sasterawan dan pengasas ilmu Usul
Fiqh.
- Wafat pada malam Jumaat bulan Rejab tahun 204 H.
- Di dalam masjid Imam Syafie juga kelihatan 2 buah maqam yang muktabar iaitu makam
Syeikh Zakaria Al-Ansari dan Muhammad bin Abdullah Al-Hakam.

12) MAKAM ZAKARIA AL-ANSARI.

- Beliau ialah Sheikhul Islam Abu Yahya Zakaria Al-Ansari.


- Dilahirkan di Sunaikah pada tahun 826 H.
- Pada tahun 841 H beliau telah berpindah ke kaherah dan seterusnya menetap di Azhar As-
Syarif.
- Beliau pernah berguru dengan beberapa ulamak mesir antaranya Al-Hafiz Ibn. Al-Asqalani.
- Banyak keramat yang telah Allah Taal anugerahkan kepada beliau antaranya:
Imam As-Sya'rani menceritakan : Pada suatu hari aku sedang membaca kitab Syarah Sahih
Al-Bukhari, beliau berkata kepadaku: "Berhenti dan ingatkan mimpimu malam tadi ".
Memang benar malam tadi aku bermimpi bersamanya di dalam sebuah kapal layar dan
talinya diperbuat dari sutera. Permaidaninya pula dari sutera hijau. Kerusi panjang dan
penyandarnya juga dari sutera. Kelihatan Imam Syafie duduk di situ. Di kirinya pula ialah
Syeikh Zakaria Al-Ansari. Lalu aku mengucup tangan Imam Syafie. Kapal terus membawa
kami belayar di tengah-tengah perut kaut. Buah-buahannya kelihatan berjuntaian hingga ke
laut. Kebunya pila dari Zaa'faran. Setelah mendengar cerita mimpiku, beliau pun berkata : '
Jika benar akan mimpimu itu, aku akan kebumikan berhampiran dengan maqam Imam
Syafie".. Apabila beliau meninggal dunia, nereka telah menyediakan untuknya sebuah kubur
di Bab Nasr( sebuah tempat yang jauh dari maqam Imam Syafie). Sheikh Jamaluddin dan
Sheikh Abu Bakar Az-Zahiri dating Al-Amir Khairi Bey, Pemangku raja Mesir seraya
berkata :" Raja dalam keadaan lemah dan tidak berdaya untuk dating ke sini untuk
disembahyangkan, baginda memerintahkan supaya jenazah Sheikh di bawa ke sana untuk
di sembahyangkan". Setelah di sembahyangkan, tiba-tiba saru perintah supaya jenazah
dikebumikan di tempat berhampiran dengan maqam Imam As-Syafie. Beliau wafat pada
tahun 925 H ketika berusia 100 tahun.
- Banyak menghasilakan karya-karya yang menjadi rujukan para pencari ilmu hari.

13) MAQAM MUHAMMAD BIN ABDULLAH AL-HAKAM

- Dilahirkan pada tahun 183 H.


- Ibn Huzaimah pernah berkata :"Aku tidak pernah melihat Fuqahak Islam yang lebih
menegtahui perkataan-perkataan sahabat dan dan tabi'en selain dari Muhammad bin
Abdullah Al-Hakam dan beliaulah orang yang paling alim dalam mazhab Maliki yang pernah
aku lihat"
- Selepas kewafatan Imam Syafie beliau telah kembali ke Mazhab lamanya iaitu mazhab
Maliki. Walaupun beliau telah kembali ke mazhab lamanya tetspi sejarah hidupnya telah
disebut di dalam kitab-kitab sejarah tokoh-tokoh ulamak Syafie. Antaranya ialah Imam Ar-
Rafie pernah meriwayatkan satu masa dari beliau mengenai orang yang berpuasa wajib
membayar kifarah apabila berisimtak secara mubasyarah selain dari faraj dan kemudian
keluar mani.
- Beliau wafat pada bulan Zulkaedah tahun 268 H. Disemadikan bersebelahan dengan
maqam Imam As-Syafie.

14) MAQAM IMAM AL-LAITH

- Nama penuh beliau ialah Al-Laith bin Saad bin Abd. Rahman Al-Fahmi Abu Harith Al-Masri.
- Dilahirkan di Qalqasyandah pada tahun94 H.
- Beliau pernah meriwayatkan hadis dari Zuhri, Ataa', Nafie, dan Khalaq.
- Antara orang pernah yang meriwayatkan hadis beliau Syuaib(puteranya) dan Ibn Mubarak.
- Beliau seorang ulamak yang telah sampai ke darjat " Mujtahid Mutlak" sepertimana Imam
Syafie, Imam Malik, Imam Hanafi, Imam Ahmad bin Hambal.
- Beliau juga telah mengembangkan mazhabnya sendiri serta telah mempunyai pengikut dan
pengaruh tersendiri. Akan tetapi, mazhabnya tidak dapat bertahan lama sebagaimana
mazhab-mazhab yang lain.
- Beliau pernah menulis sebuah risalah menolak pendapat Imam Malik yang berhujah dengan
amalan ahli Medina. Didalam risalah tersebut jelas menunjukkan betapa kuat hujah, luas
ilmu, sastera dan kelebihannya.
- Beliau wafat pada hari Jumaat, 14 Syaaban 175 H.
15) MAQAM RABIATUL ADAWIAH.

- Seorang ahli sufi perempuan yang merupakan imam bagi selueuh kaum sufi yang dating
kemudiannya.
- Beliaulah yang bertangunggjawab menaikkan taraf kehidupan ZUHUD yang telah diajar oleh
Hassan Al-Basri iaitu dari takut dan pengharapan kepada zuhud kerana cinta. Baginya,
'CINTA ' yang suci murni itu lebih tinggi kedudukannya dari takut dan pengharapan kerana
cinta yang suci tidak mengharap sesuatu.
- Imam Sya'rani pernah mengatakan bahawa sejadah tempat beliau sujud sentiasa dibasahi
oleh air matanya.
- Beliau hidup sezaman dengan Sufian At-Thauri ( Anak Murid Hassan Al-Basri) yang amat
masyhur dan sering bertukar-tukar fikiran dengannya.
- Antara keramatnya ialah : Suatu hari beliau pergi menemui Syaiban Ar-Ra'ei, beliau berkata
kepadanya " Aku ingin menunaikan haji", lalu Syaiban Ar-Ra'ei mengeluarkan emas dari
poketnya untuk perbelanjaan beliau ke Mekah. Kemudian Rabiah menadahkan pula
tangannya ke langit, tiba-tiba dalam genggamamnya dipenuhi dengan emas. Dan beliau
berkata," engkau mengambil dari poket akan tetapi aku mengambil nya dari ghaib."
- Beliau tidak pernah berkahwin, seluruh kehidupannya dipergunakan untuk berzikir,
bertilawah dan wirid.
- Meninggal dunia tahun 185 H bersamaan 796 M.

16) MAKAM ZIN AL MASRI

- Beliau ialah Abul Faidh Zin Al-Masri.


- Berasal dari Naubah ( sebuah daerah yang terletak di antara Sudan dan Mesir ).
- Beliau merupakan kemuncak kaum sufi di abad ke-3 H. Beliaulah yang banyak menambah
jalan untuk menuju kepada Allah SWT.
- Meninggal dunia pada tahun 245 H di Jizza.

18) MAKAM SIDI MUHAMMAD BIN AL-HANAFIAH

- Beliau ialah anak kepada Imam Ali r.a dan isterinya yang bernama
Khaulah binti Jaafar bin Qais dari keturunan Bani Hanafiah .
- Beliau telah didakwa oleh segolongan dari puak-puak Syiah sebagai
imam yang maksum.

19) MAKAM SAYYIDAH FATIMAH AL-AINA

- Merupakan Ahli Bait Rasulullah S.A.W..


- Nama penuhnya ialah Fatimah Al-Aina' binti Kasin Attayyib bin Muhammad Al-Makmun bin
Jaafar As-Sadiq.
- Antara keramatnya : Dapat membetulkan bacaan Al-Quran dari dalam kuburnya ketika
terdapat seorang pemuda yang tersilap bacaan semasa membaca surah Al-Kahfi.
- Wafat pada tahun 240 H.
20) MAKAM SIDI UQBAH BIN AMIR AL-JUHNI

- Salah seorang dari kibar sahabat Nabi S.A.W..


- Pernah menjadi Amir Muawiyah di Mesir.
- Wafat pada tahun 58 H.
- Di dalam masjidnya ada serpihan batu ka'bah yang dibawanya semasa beliau datang ke
Mesir.

21) MAKAM ABDULLAH BIN AMRU AL-ASS.

- Beliau ialah Abu Muhammad Abdullah bin Amru Al-Ass Al-Quraisyi


Al-Sahmi. Nasabnya bertemu Rasulullah S.A.W. pada Kaab bin Lu'ai.
- Memeluk Islam sebelum bapanya sendiri (Amru Ibn Al-Ass).Bapanya
lebih tua darinya 13 tahun.
- Menjadi penulis hadis Rasulullah S.A.W. dan beliau menamakan
himpunan hadisnya dengan As-sadiqah.
- Diriwayatkan dari Imam Bukhari, Abu Hurairah pernah berkata:
" Tiada seorang pun yang lebih banyak meriwayatkan hadis dariku
kecuali Abdullah bin Amru.Maka sesungguhnya dia seorang yang pandai menulis
sedangkan aku sebaliknya.
- Hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Amru adalah lebih kuat
kedudukannya jika dibandingkan dengan hadis-hadis Abu Hurairah,akan tetapi
kebanyakannya tidak sampai kepada perawi-perawi hadis .
- Di kalangan para sahabat yang berada di Mesir,maka beliaulah yang
paling banyak sekali meriwayatkan hadis-hadis Nabi S.A.W..

DISEDIAKAN OLEH

UNIT REHLAH, PERKHEMAHAN DAN KESENIAN


HEWI PMRAM 1995

HAK CIPTA TERPELIHARA


TIDAK DIBENARKAN MENERBITKAN SEMULA BAHAN INI DALAM APA JUA BENTUK
SEKALIPUN, MELAINKAN SETELAH MENDAPAT KEIZINAN MANHAL PMRAM. HARGAILAH
PENGORBANAN ORANG LAIN YANG BERTUNGKUS LUMUS MENYIAPKANNYA. MENCETAK
SEMULA DAN MENERBITKANNYA DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN DIANGGAP SEBAGAI
JENAYAH DAN DIKIRA BERCANGGAH DENGAN SYARIAH ISLAM.

©MANHAL PMRAM 2000

Anda mungkin juga menyukai