Anda di halaman 1dari 117

Rafizah Nordin

B A B
1
S ABRINA memanjang-man-
jangkan lehernya meman-
dang ke hadapan. Matanya
liar memerhatikan kawasan sekeliling ruang ketibaan
itu. Dia kelihatan mencari-cari seseorang. Tetapi orang
yang dicari tetap tidak ditemui. Sabrina menoleh kiri dan
kanan. Tetapi kemudiannya dia kembali memandang ke arah
kanan. Renungan semakin kejap. Sabrina mengukir senyum.
Semakin lama semakin lebar. Dua beradik itu berpelukan.
Kerinduan yang ditanggung rasa tidak tertahan.
“Danny, apa khabar?” tanya Sabrina sambil
memandang adik lelakinya. “Ke mana tadi? Puas kakak
mengintai kat dalam sana. Rupa-rupanya Danny dah keluar.”
“Oh, Danny pergi jalan-jalan kawasan sekitar ni.
Silap kakak tau… datang lambat.” Danny berkata seakan
merajuk.

1
Cupid Love

“Maaflah. Kakak ada hal sikit tadi.”


Sudah lama mereka tidak bersua muka. Hanya
telefon yang menghubungkan mereka sekali gus untuk
menghilangkan rasa rindu. Kali terakhir mereka bertemu
adalah pada perayaan Krismas tiga tahun lalu apabila Sabrina,
mummy, daddy dan Jannice pergi melawat Danny di luar
negara. Danny memilih untuk bekerja di luar negara setelah
tamat pengajiannya di sana.
“Kakak macam mana?” soal Danny.
“Okeylah….”
“Mummy dan daddy macam mana? Sihat juga?”
Sabrina angguk.
“Kakak beritahu mereka saya nak balik?” Danny
memandang Sabrina.
Sabrina geleng. “Danny yang kata jangan beritahu.
Nak buat surpriselah tu.”
Danny menunjukkan ibu jari tanda bagus.
Sabrina hanya tersenyum. Kalau ikutkan dia tidak
setuju dengan permintaan Danny itu. Mummynya memang
sihat. Walaupun sudah berusia tetapi dia tidak ada masalah
kesihatan seperti penyakit darah tinggi, kencing manis dan
sebagainya. Tetapi daddynya ada sakit jantung. Takut juga
Sabrina kalau-kalau daddynya terkejut kerana terlalu gembira
dengan kepulangan Danny hingga terjadi sesuatu yang tidak
disangka-sangka. Sesungguhnya kedua-dua orang tua mereka
amat berharap kepulangan Danny ke tanah air. Walaupun
Danny anak lelaki tetapi tinggal berjauhan begitu
membuatkan mereka risau dan tidak keruan.
Mereka sudah sampai ke kereta milik Sabrina. Beg
besar itu diletakkan di bahagian tempat duduk belakang.

2
Rafizah Nordin

“Besarnya beg, berat pula tu. Ni bawa baju ke batu?”


soal Sabrina bergurau.
Danny tidak menyahut sebaliknya dia hanya ketawa
mendengar seloroh kakaknya itu.
Sepanjang perjalanan mereka bersembang tentang
banyak perkara. Dari hal keluarga sampailah hal politik serta
perkembangan semasa di Malaysia. Bercakap pasal orang itu
dan orang ini. Saudara itu dan saudara ini. Kisah itu dan
kisah ini. Tidak ketinggalan Sabrina bercerita pasal syarikat
milik keluarga yang diuruskan.
“Berapa lama cuti?” tanya Sabrina. Kereta Toyota
Wish warna putih itu membelah aspal menuju ke arah
Putrajaya. Kemudian nanti barulah disusur keluar ke arah
Puchong dan seterusnya ke Subang Jaya. Rumah orang tua
mereka terletak di Seksyen 19, Subang Jaya.
Danny diam.
“Tak payahlah balik ke sana lagi. Kat sini pun
banyak kerja. Kalau Danny tak nak kerja makan gaji kita
sama-sama uruskan syarikat milik keluarga. Kakak rasa itu
lebih baik. Daddy dan mummy pun mesti setuju dan
gembira.”
Danny mengulum senyum. Keningnya terangkat.
“Yalah…”
“Yalah? Yalah apa?” soal Sabrina yang mahukan
kepastian.
“Yalah…” Danny anggukkan kepalanya seraya
menyambung kata. “Pertama, Danny tak balik ke sana lagi.”
Bulat mata Sabrina mendengar berita itu. Rasa
seperti tidak percaya. Apabila memandang Danny, Danny
menganggukkan kepala tanda mengiakan. Soalannya tadi

3
Cupid Love

sebenarnya hanya sekadar menduga. Dan suruhannya tadi


sebenarnya hanya sekadar cakap kosong. Tetapi kalau Danny
sudah benar-benar hendak terus pulang ke tanah air,
baguslah. Sabrina gembira sekali.
“Okey… kalau macam tu Danny berehatlah
seminggu dua ni. Lepaskan rindu mummy dan daddy. Lepas
tu boleh datang pejabat,” kata Sabrina seraya menoleh sekilas
ke arah adiknya.
Danny angguk. Dia faham apa yang dimaksudkan
oleh Sabrina. Dia tahu apa yang diharapkan oleh kakaknya
itu. Bukan hanya orang tuanya yang selalu memujuknya
pulang ke tanah air, tetapi Sabrina juga selalu merayunya.
Cuma Danny yang tidak bersedia untuk pulang.
“Bila mummy dan daddy dapat tahu pasal ni mesti
dia orang seronok. Mesti punya!” Senyum di wajah Sabrina
terus lekat. “Eh, tadi Danny cakap yang pertama? Ada yang
kedua ke? Apa yang kedua tu?” tanya Sabrina mengerut
kening. Sesekali dia mencuri pandang Danny di sisi.
“Dan yang kedua pula ialah… Danny kesian dengan
kakak.”
“Kesian dengan kakak?” soal Sabrina hairan.
“Kakak sibuk sangat uruskan syarikat keluarga
sampai tak ada masa untuk diri sendiri. Teman lelaki pun tak
ada.”
“Hah, pandailah tu!” Sabrina mendaratkan telapak
tangannya di paha Danny, kuat. Spontan. Geram hatinya bila
dalam diam dia dikenakan oleh adiknya itu.
“Mummy yang cakap.” Danny tidak sempat
melarikan pahanya. Mujurlah dia pakai seluar jean. Tidaklah
terasa perit sangat.
Dua beradik itu ketawa keriangan.

4
Rafizah Nordin

“Mummy tu memang. Kalau boleh dia nak kakak


kahwin sekarang juga. Mana boleh. Bila kakak cakap tak ada
teman lelaki dia pula sibuk nak carikan jodoh untuk kakak.
Eee… lemas betullah.”
“Hah, baguslah tu. Senang kerja. Tak payahlah
sibuk nak pergi cari teman lelaki lagi. Mummy dah tolong
carikan jodoh.”
“Pandailah, Danny! Kakak pun macam orang lain
juga. Nak cari jodoh sendiri.”
“Tapi kakakkan tak ada masa? Asyik sibuk dengan
urusan perniagaan aja. Dalam ramai-ramai teman
seperniagaan tu takkanlah tak ada sorang pun yang sangkut?”
soal Danny terus mengusik Sabrina.
“Amboi… sedapnya bercakap! Ingat senang ke?
Teman biasa tu memanglah ramai. Tak terkira dengan jari.
Tapi kalau nak dijadikan teman hidup ni kena pilih betul-
betul. Kita bersama bukan untuk sehari dua tau? Sampai
mati. Kakak tak nak hubungan separuh jalan. Lagipun bagi
kakak jodoh tu tak payah dicari. Dia akan datang sendiri.
Tunggu ajalah. Masanya akan tiba. Cepat atau lambat aja.
Kalau dah memang jodoh kita, kita lari sampai ke luar negara
sekalipun, orang tu tetap akan terjumpa kita. Cupid love tu
ada kat mana-mana, Danny.”
Danny memandang Sabrina sekilas. Ikhlaskah
Sabrina menuturkan ayat itu atau sebenarnya dalam diam
cuba untuk memperlinya? Menguji hatinya barangkali. Atau
dalam diam cuba mencungkil apa yang ada dalam hatinya
tika ini.
“Kakak ni macam budak-budaklah. Masih percaya
dengan cupid love?” Danny tergelak kecil.
“Terpulang… kakak tak paksa Danny percaya.

5
Cupid Love

Setiap orang ada cara pemikiran dan kepercayaan yang


berbeza. Jadi kita kenalah terima dan hormat antara satu
sama lain.”
“Opps! Kenakan Danny ye?” Danny menekup
mulut. Kata-kata Sabrina dirasakan cukup sinis
mengenakannya. Mungkin Sabrina berasa kecil hati kerana
ditertawakan hanya kerana Sabrina percaya dengan cupid
love.
“Eh, taklah. Terasa ke?”
Dua beradik itu ketawa lagi untuk ke sekian kalinya.
Kereta yang dipandu sudah hampir dengan kawasan Puchong.
Dalam masa kurang lima belas minit lagi, mereka akan
sampai ke destinasi yang dituju.
Danny kagum melihat perubahan di kawasan yang
dilalui. Dia teruja dengan kepesatan pembangunan di tanah
air. Kata Sabrina, kalau pergi ke Kuala Lumpur kemungkinan
besar Danny boleh sesat. Kerana kebanyakan bangunan lama
sudah diruntuhkan. Kalau tidak diruntuhkan pun banyak
bangunan yang sudah dibaik pulih. Begitu juga banyak
bangunan baru telah dinaikkan.
Sabrina berjanji akan bawa Danny pusing-pusing
Kuala Lumpur dalam masa dua tiga hari ini. Danny pun
mengatakan keinginannya untuk ke bangunan mercu tanda
Malaysia iaitu Menara Kuala Lumpur dan Kuala Lumpur City
Center atau bangunan berkembar KLCC. Sebelum ini dia
hanya melihat dua bangunan pencakar langit itu di komputer
melalui Internet. Ada juga dia mendengar cerita melalui
teman-teman yang baru pulang ke tanah air dan teman-
teman yang datang ke Malaysia untuk melancong.
Begitu lama tinggal dan bekerja di luar negara, dia
rasa macam mimpi. Hari ini setelah sekian lama dia kembali

6
Rafizah Nordin

menjejakkan kaki ke tanah air, tempat kelahirannya, tempat


tumpah darahnya.
“Danny sendiri macam mana? Dah ada teman
istimewa?” soal Sabrina memecah kesunyian antara mereka.
Danny menggelengkan kepala. Senyum.
“Ai… begitu lama tinggal kat luar negara, bergaul
dengan orang Inggeris, takkanlah sorang awek mat saleh pun
tak ada yang sangkut?” Giliran Sabrina pula mengusik
Danny.
Danny menggelengkan kepala. Bibirnya dicebikkan.
“Betullah kata kakak tu. Bukan senang nak cari yang sesuai
dengan jiwa kita.”
“Ya ke? Atau Danny sebenarnya masih teringat
kisah lama?” duga Sabrina pula. Wajah adik lelakinya
direnung dalam-dalam dan kembali mengalih pandangan ke
arah jalan raya di hadapannya.
“Teringat juga. Dia cinta pertama Danny,” akui
Danny tanpa berselindung. Tidak ada apa yang hendak
disorokkan. Bukannya Sabrina tidak tahu peristiwa pedih
yang telah dialaminya itu. Malah Sabrinalah yang banyak
membangkitkan semangatnya. Sering memberikan nasihat
dan dorongan padanya untuk menempuhi kehidupan ini.
Sabrina tersenyum nipis. Bahu Danny ditepuk
perlahan bagai menyalurkan semangat ke dalam diri adik
lelakinya itu. Sabrina tahu dan faham, amat sukar melupakan
cinta pertama. Bila dia bertanya tadi bukanlah dia berniat
untuk kembali mengungkap kisah luka semalam. Tetapi
Sabrina sendiri yakin yang Danny tidak pernah melupakan
gadis itu.
Danny melemparkan pandangan jauh-jauh ke
hadapan. Bayangan seorang gadis berambut panjang melepasi

7
Cupid Love

bahu dan ditocang dua seolah-olah muncul tersenyum manis


ke arahnya. Dan dengan spontan juga Danny membalas
senyuman itu.
Itu cinta pertamanya. Itu gadis pertama dan hingga
kini belum ada seorang gadis yang berjaya mengetuk pintu
hatinya. Tidak Jannice, sepupu yang dicadangkan keluarga
untuk dijodohkan apabila mereka telah meningkat dewasa
dan telah bersedia. Tidak juga Beatrice dan beberapa orang
gadis Inggeris yang manja dan rapat dengannya semasa dia
bekerja di luar negara.
Tadi pun ketika kali pertama kaki mencecah bumi
Malaysia, ingatan Danny terus terkenangkan gadis bertocang
dua itu. Dan rasa rindunya terasa begitu membuak-buak.
Tetapi dia tidak boleh terlalu melayan perasaan. Pengalaman
lalu banyak mengajarnya bagaimana untuk menjalani
kehidupan yang sebenar. Syukur, Danny menemui satu jalan
yang dirasakan cukup menenangkan hati dan perasaannya.
Dan sehingga kini dia senang dengan gaya dan cara
hidupnya.
Kata orang, cinta di zaman persekolahan adalah
cinta monyet, tetapi tidak bagi diri Danny. Gadis bertocang
dua itu memang cinta di zaman persekolahannya tetapi
bersama gadis itulah dia menemui cinta yang sebenar.
Sayangnya…
“Danny… dahlah tu. Jangan diingat-ingatkan lagi.”
Danny tersentak. Bayangan gadis yang tidak pernah
dilupakan itu pecah berderai dari ruang ingatannya. Danny
kembali ke alam nyata.
“Kakak pernah jumpa dia?” soal Danny.
Sabrina menggelengkan kepala. Sungguh-sungguh
tidak pernah. Bukan menggeleng untuk menghindar.

8
Rafizah Nordin

“Entah kat mana dia sekarang.”


“Agaknya dia dah kahwin. Orang perempuan tak
sama dengan orang lelaki. Walaupun ada cinta dalam hati
tapi bila ada lelaki yang menunjukkan kebaikan dan dia
berasa yakin dan selamat di samping lelaki tu, dia akan terus
terima. Danny nak cari dia ke?” soal Sabrina.
Kalau Danny tanya pendapatnya, Sabrina memang
tidak bersetuju. Itu kisah lama. Biarkanlah berlalu. Danny
tidak akan mungkin selama-lamanya hidup bersama bayang-
bayang gadis idamannya. Dia harus bangkit dari luka cinta
semalam. Biarpun pedih, biarpun sukar dan biarpun payah.
“Danny pun tak suruh dia tunggu Danny. Kalau dia
betul-betul dah kahwin, eloklah. Semoga dia gembira dan
bahagia dengan kehidupannya, keluarganya.”
“Baguslah kalau Danny boleh terima kenyataan.
Hidup ni mesti diteruskan. Janganlah dikenang-kenangkan
sangat,” nasihat Sabrina. Stereng dipulas memasuki Seksyen
19, Subang Jaya. Sebentar lagi mereka akan sampai ke rumah
orang tua mereka.
“Danny tak takut mummy marah?” tanya Sabrina
tersenyum-senyum memandang adik lelakinya.
“Marah? Marah kenapa pula? Bukan ke mummy
yang beria-ia suruh Danny balik?”
“Yalah. Tapi Danny balik ni tak beritahu dulu. Tiba-
tiba aja muncul. Mummy tu… Danny tahu ajalah. Dia tak
suka surprise. Nanti dengan kakak sekali kena marah.”
“Emp… kalau mummy marah, Danny baliklah
semula ke sana. Ha, kalau mummy marahkan kakak sekali,
kita dua-dua pergi sana.”
Riak di wajah Sabrina berubah. Seriuskah Danny?
Wajah adik lelakinya itu direnung, dia mahukan kepastian.

9
Cupid Love

“Isy, janganlah ingat betul-betul. Kalau mummy


marah sekalipun takkanlah sampai dia tak bagi Danny masuk
rumah. Kalau marah pun sekejap aja. Nanti-nanti baiklah
mummy tu.”
Sabrina menganggukkan kepala. Setuju dengan
kata-kata Danny. Sampai di hadapan rumah teres berkembar
dua tingkat yang besar, cantik dan luas itu, Sabrina
memperlahankan kenderaannya. Dia memandu masuk ke
dalam halaman. Keretanya diparkirkan di sebelah Mercedes
Benz hitam berkilat milik orang tuanya.
Dada Danny berdebar. Perasaannya berbaur.
Sebahagian hatinya gembira. Dia akhirnya pulang ke rumah
yang banyak menyimpan memori semasa kecil hinggalah ke
zaman remaja. Rindunya pada mummy dan daddy sekejap
lagi akan terubat. Namun sebahagian lagi hatinya terasa
cuak, takut dan risau.
“Jom…” ajak Sabrina. Pintu kereta dibuka setelah
enjin dimatikan. Beg tangan disauk ke lengan.
Di muka pintu utama rumah itu sudah berdiri
seorang wanita berkaca mata, berblaus warna hijau pucuk
pisang dan seluar slek warna hitam. Dia tersenyum
memandang anak gadisnya.
Itulah mummynya. Danny memandang wanita itu
dari dalam kereta dengan perasaan yang amat sukar
diluahkan. Rasa kasih dan sayangnya menular ke segenap
urat saraf. Namun ada secebis rasa bersalah menaungi pinggir
hatinya.
“Danny…” panggil Sabrina sambil mengangkat
kening. Dia hairan melihat Danny masih terkaku di dalam
perut kereta. Sedangkan dia sudah rasa serba tidak kena. Rasa
tidak sabar hendak melihat kegembiraan mummynya juga

10
Rafizah Nordin

ada. Dalam marah-marah pun pasti mummynya suka. Anak


yang telah lama pergi jauh tiba-tiba sahaja pulang, hati ibu
mana yang tidak suka.
Danny angguk. Pintu kereta dibuka. Dia berdiri di
tepi kereta sambil membalas pandangan wanita itu.
“Danny anakku!”

11
Cupid Love

B A B
2

K ERETA Honda Civic warna


merah hati itu membelok ke
kiri dan terus mendaki jalan
berbukit di hadapannya membelah malam. Suasana sunyi.
Keadaan kelam. Kedinginan malam semakin terasa. Hanya
lampu jalan yang suram menerangi persekitaran. Suara sang
cengkerik bersimpang-siur di sana sini.
“Kenapa kita ke sini?” tanya Azyan seraya menoleh
memandang tunangnya, Wandy.
Wandy diam tidak menjawab. Menoleh ke arah
Azyan juga tidak. Dia menumpukan perhatian pada
pemanduan.
“Jangan lama-lama sangat ye. Nanti mama dan
Abang Qairul bising pula. Nak keluar ni pun seribu satu

12
Rafizah Nordin

alasan I bagi. Kalau ikutkan mama, dia tak bagi I keluar.


Darah manis katanya,” ujar Azyan tersenyum-senyum.
Wandy diam lagi. Cuma kali ini dia memandang
Azyan sekilas dan kembali menumpukan perhatian pada
pemanduannya.
Sampai di puncak Bukit Gasing, Wandy
memberhentikan kereta yang dipandu. Setelah memastikan
gear di paras bebas, dia menarik brek tangan. Wandy
menyandarkan belakang badan di kerusi. Wajahnya jelas
menunjukkan kesuraman.
“Kenapa ni? Sejak tadi I tengok you macam susah
hati aja. Kenapa? Ada masalah ke?” tanya Azyan. Badannya
terpusing sedikit menghadap Wandy. Wajah lelaki itu
direnung mahukan jawapan.
Azyan memang sudah perasan dengan perubahan
sikap Wandy. Selalunya Wandy ceria. Selalunya Wandy suka
ketawa dan gemar membuat lawak. Selalunya pertemuan
mereka disulami gelak tawa dan gurau senda. Tetapi malam
ini jelas sekali Wandy berubah. Wandy lebih banyak berdiam
diri. Satu yang Azyan tanya, sepatah yang Wandy jawab.
Wandy malam ini tidak seperti Wandy yang Azyan kenali.
Senyum Wandy memang terukir di bibirnya tetapi
senyum itu cukup tawar. Gelak Wandy memang ada
kedengaran tetapi terasa cukup hambar. Perbualan mereka
juga bagai tidak bermaya. Gurau senda mereka bagai tidak
bermakna.
Kenapa dengan Wandy? tanya Azyan dalam hati.
Sepanjang pertemuan ini hanya Azyan yang cuba
menghidupkan suasana walaupun sebenarnya Wandy yang
mengajaknya keluar. Beria-ia Wandy mahukan pertemuan.
Dan beria-ialah Azyan memujuk mamanya agar memberikan
keizinan padanya untuk keluar dan bertemu dengan Wandy.

13
Cupid Love

“Abang…” panggil Azyan perlahan.


Wandy menoleh. Dia tersenyum nipis mendengar
panggilan itu.
Azyan tersengih. Hangat terasa kulit mukanya.
Malu sungguh rasanya. Dia segera menyembunyikan muka
dengan menundukkan kepala. Aduh! Kekoknya.
Sebelum ini Azyan panggil Wandy dengan namanya
sahaja dan menggunakan perkataan ‘I’ dan ‘you’ dalam
perbualan. Dia baru hendak biasa-biasakan diri memanggil
Wandy ‘abang’. Minggu hadapan mereka akan diijabkabulkan.
Minggu hadapan dia akan bergelar isteri Wandy. Minggu
hadapan mereka akan naik pelamin setelah hampir tiga tahun
bercinta dan tiga bulan pula mengikat tali pertunangan.
“Jom kita duduk kat luar,” ajak Wandy. Tanpa
menunggu persetujuan Azyan dia sudah membuka pintu
kereta. Sebelah kakinya mendarat di atas aspal.
Azyan mengikut sahaja. Dia sememangnya tidak
senang dan tidak selesa duduk berdua-duaan di dalam kereta
apalagi di tempat-tempat begini. Takut rasanya walaupun
tidak melakukan perkara-perkara yang tidak elok. Kalau
diserbu pencegah maksiat, tidak pasal-pasal jadi buah mulut
orang. Azyan sudah banyak kali dipesan oleh mama dan
abangnya supaya menjaga tingkah laku. Jaga maruah, jaga air
muka diri dan keluarga. Azyan tidak mahu menconteng arang
ke muka mama dan abangnya. Apalagi di saat-saat akhir
menghitung hari untuk bergelar raja sehari.
Mereka duduk di kerusi batu yang tersedia di situ.
Pemandangan dari kejauhan di bawah bukit memukau
pandangan. Lampu-lampu jalan dan kerdipan lampu-lampu
kenderaan bagaikan hamparan baldu dihiasi permata yang
bertaburan di atasnya.

14
Rafizah Nordin

“Abang nak cakap sikit dengan Yan.”


“Apa? Ha, Yan tahu…” ujar Azyan sambil
menunjukkan jari telunjuknya. Dia tersenyum mesra
memandang tunangnya.
Wandy memandang Azyan. Mulutnya terlopong
sedikit. Dia kelihatan terkejut. Riak wajahnya jelas kelihatan
berubah.
“Abang nak cakap yang abang sayangkan Yan, kan?”
kata Azyan tersenyum bahagia. Wandy memang selalu buat
kejutan begitu. Mula-mula serius tetapi selepas itu berubah
romantis. Sikap Wandy yang begitulah yang membuatkan
Azyan jatuh cinta dengan jejaka ini.
Wandy senyum. Dia menoleh ke hadapan semula.
“Yan pun sayangkan abang juga. Yan tak sabar nak
tunggu minggu depan. Tak sabar nak jadi isteri abang.”
Wandy tundukkan kepalanya sedikit sebelum
menoleh memandang bakal isterinya itu untuk ke sekian
kalinya.
“Abang macam mana? Dah sedia?” tanya Azyan.
Wandy kaku. Mengangguk tidak, menggeleng juga
tidak.
“Yan…” panggil Wandy perlahan.
“Emmm…” Azyan menumpukan perhatian pada
tunangnya. Sedetik hatinya rasa tidak sedap. Perubahan
Wandy nampak begitu ketara sejak sampai di puncak Bukit
Gasing ini. Cuma Azyan yang tidak mahu melayan sangat
cuak hatinya. Dia tidak mahu merosakkan pertemuan yang
sukar ini.
“Kita batalkan majlis tu.”
Azyan terdiam seketika. Lelaki itu direnung.

15
Cupid Love

Berguraukan Wandy? getusnya dalam hati.


“Apa you cakap ni? You jangan bergurau.” Azyan
terkesima. Dia terkejut, terperanjat, terpempan. Wajah lelaki
itu direnung dalam-dalam. Dalam hatinya menyoal kenapa,
kenapa dan kenapa.
“Tak. I tak bergurau.” Wandy menggeleng.
Wajahnya serius menunjukkan dia begitu bersungguh-
sungguh.
“Wandy…”
“I’m sorry. I tak berniat nak permainkan perasaan
you.”
“I tahu you bergurau. Sudahlah…. Jangan main-
main macam ni. I tak sukalah,” ujar Azyan sambil
melemparkan pandangan jauh ke hadapan. Mukanya masam
sedikit. Padanya gurauan seperti itu sungguh melampau. Dia
tidak suka. Benar-benar tidak suka.
Azyan memuncung bibirnya. Merajuk kerana
Wandy bergurau perkara yang tidak sepatutnya. Banyak lagi
perkara lain yang boleh dibuat gurauan. Kenapa hal-hal
begini pula yang dipilih? Ini perkara sensitif. Silap-silap boleh
jadi kenyataan. Silap-silap juga dia boleh merajuk panjang.
Sedangkan Azyan tidak dapat bayangkan bagaimana dia
hendak teruskan hidup ini tanpa Wandy yang amat dicintai.
Azyan pandang wajah Wandy tepat-tepat. Melihat
tiada senyum di wajah itu, debar dalam dada Azyan tidak
terluah dengan kata-kata. Saat itu dia amat berharap bahawa
Wandy hanya bergurau. Berharap sangat-sangat. Azyan
sedapkan hati sendiri dengan berkata yang Wandy sekadar
ingin menduga hatinya. Hendak melihat kesungguhannya.
Hendak lihat sejauh mana kasih dan sayangnya.
Wandy menghembus nafas perlahan. Sambil
menundukkan kepala, dia menggeleng lagi.

16
Rafizah Nordin

Debar dalam dada Azyan semakin menggila. Liur


yang ditelan pun terasa seperti tersekat di kerongkong.
Bagaikan ada pasir yang ditelan bersama. Kesat. Bagai ada
duri, ada hempedu juga. Pahit dan menyakitkan. Nafas yang
ditarik serasa tidak sampai ke kemuncaknya. Otaknya
berserabut. Fikir perkara itu, fikir hal ini. Terbayangkan
wajah orang itu dan bayangan wajah orang ini. Selebihnya
wajah mama dan Abang Qairulnya yang lekat dalam benak.
“Betul, Yan. I tak bergurau. I serius ni. Kita
batalkan majlis ni. Kita mesti batalkan majlis ni,” kata Wandy
bersungguh-sungguh.
Azyan meraup wajah dengan kedua-dua belah
telapak tangannya. Dia jadi tidak keruan. Dia kehilangan
kata-kata. Kali ini dia yakin yang Wandy tidak bergurau.
Wandy memang serius mahukan majlis perkahwinan mereka
yang akan diadakan minggu hadapan dibatalkan.
“You tak cukup duit ke? Berapa tak cukup? Insya-
Allah, I akan bantu setakat yang I mampu. Cakaplah berapa
you nak pakai?” tanya Azyan.
Wandy cepat-cepat gelengkan kepalanya.
“Kalau tak cukup I akan minta tolong dengan
Abang Qairul. Pandai-pandailah I cakap dengan dia nanti.
Lepas tu nanti kita bayarlah sikit-sikit.” Azyan mengatur
rancangan dan membuat usulan. Dia benar-benar ikhlas
hendak membantu tunangnya itu. Lagipun Wandy bukan
orang lain. Lambat-laun Wandy akan jadi suaminya juga
nanti.
“Ini bukan pasal duit, Yan.”
“Habis tu? Pasal apa?” soal Azyan. Dia berkerut
kening tanda tidak faham.
“Soal hati. Soal perasaan.”
“Soal hati? Soal perasaan? Maksud you?” Kerutan di

17
Cupid Love

kening Azyan semakin berlapis-lapis. Perasaan ingin tahunya


terasa begitu meluap-luap. Dengan tiba-tiba sahaja Wandy
mahukan majlis perkahwinan mereka dibatalkan. Tentu ada
hal. Dan tentu hal itu cukup besar hingga tidak boleh dielak
lagi.
“I have got someone else.”
“What?” Bulat mata Azyan. Untuk kali keduanya dia
terkejut. Keindahan malam di puncak Bukit Gasing tidak lagi
menarik perhatiannya. Dia memandang wajah lelaki yang
duduk di sebelahnya itu. Direnung wajah lelaki itu tepat-
tepat.
Adakah aku bermimpi?
“I’m sorry.”
“How could you do that?” soal Azyan dengan
perasaan berbaur.
“As I have said before, I tak berniat nak mainkan
perasaan you. Benda ni terjadi tanpa I sedar. Semakin dekat
majlis pernikahan kita, semakin I rasa tertekan. I tak nak
kecewakan hati you.”
“Habis, you ingat kalau you buat macam ni I tak
kecewa?” soal Azyan. Saat ini dia bukan sahaja kecewa tetapi
juga patah hati, lemah longlai, tidak bermaya dan terasa tidak
mahu hidup lagi.
Adakah ini mimpi? soal hati Azyan lagi untuk ke
sekian kalinya. Adakah ini sekadar khayalan? getus Azyan
dalam hati.
“I tak nak you rasa tertipu yang I… I tak cintakan
you lagi. I’m so sorry.”
“Sampainya hati you, Wandy.” Sebak hati Azyan
tidak terucap dengan sebaris ucapan itu.

18
Rafizah Nordin

“Kita tak boleh teruskan majlis ni dan kita tak boleh


teruskan hubungan kita. I nak majlis pernikahan dan
perkahwinan ni dibatalkan dan hubungan kita… I nak
hubungan kita diputuskan.”
“Apa you cakap ni?”
“I’m sorry, Yan. I tak bergurau. I serius ni.”
“I benci you! Menyesal I bercinta dengan you.
Minggu depan aja kita dah nak bernikah. Minggu depan aja
majlis perkahwinan tu nak diadakan. Macam mana nak
dibatalkan? Mana I nak letak muka? Mana mama dan Abang
Qairul nak sorok muka?” desak Azyan dengan suara tegas.
Geram sungguh dia.
“Masih ada masa untuk batalkan segalanya.”
“Senangnya cakap!”
“Kita tak boleh teruskan. I minta maaf,” ujar Wandy
masih tetap dengan kemahuannya, keputusannya.
“Maaf, maaf! You ingat maaf you tu boleh selesaikan
masalah ni ke?” tengking Azyan.
Kesuraman malam membuatkan suara Azyan
kedengaran nyaring hingga menarik perhatian orang
sekeliling. Berpasang-pasang mata menumpukan perhatian
pada mereka. Azyan sudah hilang malu. Saat ini dia hanya
mahu meluahkan rasa tidak puas hatinya kepada Wandy. Biar
Wandy tahu jiwanya juga tertekan. Biar Wandy sedar hatinya
terluka. Biar Wandy tahu betapa sukar untuk dia berhadapan
dengan hari esok.
“Barang-barang semua dah sedia. Kad jemputan
dah diedar. Saudara-mara dah dipanggil. Jiran-jiran dah
diberitahu. Satu taman dah berjemput, Wandy. Apa kami nak
buat? Apa kami nak cakap? Mana mama dan Abang Qairul nak

19
Cupid Love

letak muka? You ada fikir tak?” Azyan menyoal sekali gus
mengharapkan pertimbangan Wandy dalam perkara itu.
“I tahu salah I. Tapi nak buat macam mana, Yan?
Kalau kita teruskan majlis ni, rumah tangga kita takkan
bahagia. Silap-silap tak sampai seminggu I dah ceraikan you.
You nak ke jadi janda dalam usia muda?” soal Wandy seakan
mengugut pula.
Azyan terdiam. Bukan dia berfikir apa yang Wandy
cakap, tetapi dia terkejut dengan kata-kata Wandy. Begitu
bersungguh-sungguhnya Wandy mahukan perpisahan hingga
sanggup berkata demikian. Serasa Azyan sudah tidak kenal
dengan tunangnya sendiri. Ini bukan Wandy yang dia kenali.
Ini bukan sikap Wandy yang dia cintai.
“I sayangkan you, Wandy. I cintakan you. I nak jadi
isteri you dan I nak you jadi suami I,” luah Azyan tanpa
segan-silu lagi. Kata-kata itu lahir dari dalam hatinya yang
suci dan luhur.
“Tapi I…” ayat Wandy terhenti di situ. Dia menarik
nafas panjang dan dilepaskan berat. “I’m sorry.”
Azyan renung wajah Wandy terus. Bagai hendak
ditelannya lelaki itu. Bagai hendak diterkamnya Wandy dan
dicarik-carik mulut lelaki itu. Begitu senang Wandy
mengucapkan perkataan maaf. Begitu senang Wandy
mengalun kata. Tidakkah ada rasa bersalah dalam hatinya?
Oh, kerana rasa bersalah itulah dia meminta maaf. Tetapi
tidak terfikirkah dia, biar hanya dia mengucap maaf, luka di
hati tidak akan sembuh begitu sahaja. Biar dengan hanya
mengucap maaf sahaja semua perkara tidak akan selesai
dengan sekelip mata.
“You tak sayangkan I lagi. You tak cintakan I lagi.
You tak mahu I jadi isteri you dan you tak mahu jadi suami I.
Itu yang you nak cakap, kan?”

20
Rafizah Nordin

Wandy mengangguk seraya berkata, “I’m so sorry.”


“Stop saying that! Kenapa you buat I macam ni?
Kenapa? Apa salah I? Apa silap I? Apa kekurangan I? Apa
lebihnya dia sampai you sanggup buat I macam ni?” Azyan
menangis. Pilu sungguh hatinya. Pedih sungguh rasanya
dipermainkan perasaan yang benar-benar mencintai. Muak
telinganya mendengar ucapan maaf Wandy.
Suasana suram dan sepi antara mereka. Hanya
bunyi alam yang menghingarkan keadaan. Dalam hati Azyan
berkecamuk resah. Seribu penyesalan bermain dalam
benaknya.
“Jom I hantar you balik,” kata Wandy sambil melirik
jam di pergelangan tangannya. Dia berdiri, bersedia untuk
berlalu dari tempat itu.
“Leave me alone.”
“No. I kena hantar you balik. I yang ambil you kat
rumah tadi.”
“Tinggalkan I. I tahu balik sendiri,” kata Azyan
tanpa menoleh ke arah Wandy. Dia mahu bersendirian.
“Lagipun buat apa you pedulikan I lagi? I bukan siapa-siapa
dengan you. Kalau apa-apa terjadi pada I selepas ni, itu bukan
lagi urusan you.”
“Yan…”
“You yang nakkan perpisahan ni, kan? Kalau terjadi
apa-apa pada I, you jangan peduli.”
“Yan…” panggil Wandy lagi.
“Jangan sebut nama I. Jangan panggil I lagi. I dah
mati dalam hidup you. Pergi!” suruh Azyan separuh menjerit.
Dia geram.
“Jangan macam ni, Yan. Terimalah takdir. Antara
kita tak ada jodoh.”

21
Cupid Love

“Senang aja you cakap, kan? You nak suruh I cakap


dengan semua orang macam tu juga kalau orang tanya
kenapa majlis tu dibatalkan dan kenapa hubungan kita putus?
Oh… dah takdir. Kami tak ada jodoh,” ujar Azyan seakan
mengejek. Dia kemudian tersenyum sinis memandang
Wandy.
Wandy duduk semula di tempat asalnya.
Kedengaran dia melepaskan nafas yang berat. Kemudian
melemparkan pandangan jauh ke hadapan.
“Kenapa you buat macam ni, Wandy? Macam mana
you tengah bertunang dengan I dan dalam masa yang sama
you jatuh cinta pula dengan perempuan lain?” soal Azyan.
Hatinya berbaur. Sebahagiannya inginkan kepastian
dan sebahagian lagi tidak mahu peduli. Kalau orang sudah
tidak suka, biarlah. Dia masih boleh terus hidup walau dalam
keadaan malu dengan masyarakat sekeliling. Dengan teman-
teman. Dengan saudara-mara.
“Benda ni terjadi tanpa I sedar, Yan.”
“Memang betullah cakap mama dan Abang Qairul.
You nampak tak bersungguh-sungguh dalam hubungan kita.
Kenapa I buta? Kenapa I tak nampak kekurangan you tu?”
soal Azyan menyesal.
“Sebelum ni memang I sayang dan cintakan you,
Yan. I tak nafikan itu. Tapi selepas dia muncul dalam hidup
I…”
“Dia? Siapa dia tu?” soal Azyan memintas kata-kata
Wandy dengan spontan.
“Dia… my secretary. My new secretary. Kami
selalu bersama. Meeting, lunch, dinner appointment.
Outstation...”
“And did you sleep with her?” soal Azyan menduga.

22
Rafizah Nordin

Dugaan itu mungkin terlalu kasar tetapi soalan itu keluar


secara spontan. Lelaki ibarat kucing. Kucing mana yang
mampu menolak ikan? Kalau sudah ada di hadapan mata,
tidak ditelan pun, pasti akan dijilat.
Wandy terdiam seketika sebelum menyambung
kata. “Dia sedang mengandungkan anak I.”
Bagai ada batu besar menghempap kepala Azyan,
sakit! Bagai sembilu menusuk hati, pilu dan pedih. Dia
seperti hendak meraung. Dia macam hendak menjerit sambil
menendang terajang lelaki di hadapannya itu. Sebelum
sempat bergelar isteri dia sudah ditipu oleh lelaki itu. Wandy
main gila dengan perempuan lain sampai mengandung anak
luar nikah, padahal selama ini dia memberikan seratus
peratus kepercayaan kepada Wandy. Tidak pernah sekali dia
menaruh syak wasangka terhadap Wandy. Tetapi sekarang
Wandy sendiri mengaku yang dia curang dalam hubungan
cinta mereka.
Inikah balasan yang harus diterima? Inikah harga
yang harus dibayar dari semua pengorbanannya? Azyan
merintih dalam hati.
“You ni memang dasar lelaki tak guna!”
“Kami saling mencintai. I rasa dihargai bila bersama
dengan dia.” Wandy membela.
“Jadi you rasa langsung tak dihargai bila bersama
dengan I?” soal Azyan cepat.
“Dalam hubungan kita, hanya you yang terima I
sedangkan mama dan abang you tak. I rasa tak berguna
langsung. I malu tau….” Kini Wandy sudah berubah. Kalau
tadi dia lebih banyak mendiamkan diri. Kalau bercakap pun
nampak macam tidak bermaya sahaja. Tetapi kali ini dia
nampak begitu bersemangat.

23
Cupid Love

“Jangan nak buat alasan. Kalau dia orang tak boleh


terima you, dia orang takkan beri keizinan pada kita untuk
bertunang. Dan sekarang kita dah nak kahwin pun. You pula
buat hal. You sengaja nak tutup silap you dengan meletakkan
kesalahan atas bahu orang lain.”
“I tahu dia orang terpaksa. Sebab you dah ugut dia
orang. Mama dan abang you tak ikhlas terima I. I ni manusia
biasa. I lelaki. Jatuh air muka I diperlakukan macam tu.”
“Kenapa baru sekarang, Wandy? Kenapa sekarang
baru nak rasa malu? Kenapa setelah jumpa perempuan tu
baru you rasa air muka you jatuh? Kenapa baru sekarang?”
soal Azyan sinis. Ayat terakhir sengaja diucapkan kuat dan
ditekan sebiji-sebiji. Dia benar-benar mahukan penjelasan
atau dia akan menganggap sememangnya Wandy sekadar
mahu mencipta alasan untuk menunjukkan kebenaran
berada di pihaknya. Untuk menunjukkan yang kesalahan itu
tidak ditudingkan ke mukanya seratus peratus.
“Sudahlah. Kalau you nak balik, pergilah balik. I
nak duduk kat sini dulu. I akan balik sendiri nanti.”
“Tak boleh. I mesti hantar you balik.”
“Tak usah. Jangan nak buang masa kat sini. Lebih
baik you pergi tengok bakal ibu pada anak you tu.”
“Yan…” panggil Wandy perlahan.
“Wandy… I terima kenyataan ni yang kita tak ada
jodoh. Tapi… I nak you tahu dan ingat sampai bila-bila. I tak
terima maaf you. You dah lukakan hati I. Hati mama. Hati
Abang Qairul. You dah permainkan perasaan I. You
menyusahkan hidup I. I juga nak you tahu yang I menyesal
mengenali you. I menyesal berkawan dengan you. I menyesal
menerima cinta you. I menyesal bertunang dengan you. Dan
yang paling I kesalkan bila I bersungguh-sungguh, bercita-

24
Rafizah Nordin

cita untuk jadi isteri you. Fine, I am letting you go now and
don’t you ever dare to show up yourself right in front of me
again. Mulai hari ni, saat ini… you dah mati dalam hidup I!”
Azyan pulas cincin pertunangan di jari manisnya.
Dicampakkan ke arah Wandy. Dia bingkas dan berlari
meninggalkan tempat itu. Panggilan Wandy tidak dihiraukan.
Saat ini mahunya hanya satu. Dia mahu lari jauh-jauh
daripada lelaki yang telah menghancurleburkan impiannya.
Azyan terus berlari menuruni bukit. Beg tangan
dipeluk kejap. Perasaan takutnya hilang biarpun sendirian
bertemankan malam yang kelam dan sepi. Dia mahu mencari
tempat persembunyian. Dia pasti Wandy akan mengejarnya
dari belakang dengan kereta. Azyan tidak mahu berjumpa
Wandy lagi. Tidak mahu lagi!

25
Cupid Love

B A B
3
S INAR matahari yang mengintai
di sebalik langsir itu menge-
jutkan Azyan. Kelopak matanya
dibuka sedikit, perlahan-lahan. Dahinya terasa berdenyut-
denyut. Azyan memandang sekeliling. Bilik itu memang
cukup asing buatnya. Kemas, cantik dan teratur. Perabotnya
warna putih bersih. Warna cadarnya lembut sama dengan
warna dindingnya.
Ini bukan biliknya, bukan rumah mamanya. Di
mana dia? Di rumah siapa dia berada? Dada Azyan berdebar
kencang. Matanya melilau memandang sekeliling ruang.
Cantik memang cantik. Tenang rasanya. Sejuk mata
memandang. Diam-diam Azyan rasa selesa berada di rumah
itu. Tetapi persoalan dalam hatinya kembali bertandang. Dia
di rumah siapa? Dia di mana?
Azyan menelan liur. Kesat. Tekaknya terasa kering.

26
Rafizah Nordin

Bajunya sudah ditukar. Sekarang dia memakai baju T warna


kuning dan kain batik. Ketika menundukkan kepala melihat
baju T yang dipakai, bau harum menusuk ke hidungnya. Yang
nyatanya dia tidak lagi memakai baju yang dipakainya
semalam.
Perlahan-lahan Azyan bergerak. Dia mahu bangun.
Denyut di kepala terasa semakin kuat. Kepalanya terasa
sedikit pusing membuatkan pergerakannya terhenti. Hajatnya
hendak ke tingkap berdekatan. Dia mahu lihat di mana dia
berada. Kain putih dan lembap berlipat di atas dahinya
terjatuh di atas perut. Diangkat kain itu dan diletakkan ke
tepi.
Azyan cuba mengimbas semula kejadian semalam.
Kali terakhir yang dia ingat dia menyorok di sebalik pokok
besar dalam kekelaman malam. Dan dia lihat sendiri kereta
yang dipandu oleh Wandy melintasi tempatnya menyorok.
Hatinya lega. Wandy mungkin tidak nampak dia di situ
kerana kereta yang dipandu oleh Wandy tidak berhenti.
Setelah Wandy berlalu, Azyan tidak segera beredar.
Dia terus terduduk di atas tunggul kayu berhampiran tempat
persembunyiannya sambil menangis hiba. Sedihnya kala itu
masih lekat. Selekat kata-kata Wandy yang mengatakan dia
mencintai dan menyayangi perempuan lain. Dan perempuan
itu adalah setiausahanya.
Azyan rasa tertipu. Selama ini dia percayakan lelaki
itu. Sanggup Wandy buatnya begini. Sampainya hati Wandy.
Hancur hati Azyan bila kenangkan yang setiausaha Wandy itu
sedang mengandungkan anaknya. Wah, bangganya Wandy!
Punah harapan dan impian Azyan apabila mendengar
pengakuan Wandy bahawa Wandy sudah tidak ada rasa sayang
dan cinta terhadapnya lagi.

27
Cupid Love

Aduh… sia-sianya menyemai cinta selama lebih tiga


tahun ini. Tidak berbaloi segala pengorbanannya untuk
Wandy. Demi cinta telah diturutkan apa sahaja. Tetapi mujur
kerana kasih dia tidak menyerahkan sesuatu yang begitu
berharga.
Wandy kata dia tidak mahu isterinya bekerja.
Setelah berumah tangga dia mahu isterinya menantinya di
muka pintu dengan senyuman apabila dia pulang dari pejabat.
Dia mahu makan dari air tangan isterinya. Dia mahu isterinya
yang menguruskan segala keperluannya.
Kerana kasih dan cintakan lelaki itu, kerana sayang
dan ingin menjadi isteri yang solehah, Azyan serahkan surat
perletakan jawatan kepada majikannya. Dia dipujuk agar
tidak berbuat demikian. Tetapi Azyan sudah nekad. Rumah
tangga yang bakal dibina itu lebih penting dari wang ringgit.
Dia mahu membahagiakan hati suaminya nanti sekali gus
menyenangkan hati sendiri.
Semalam merupakan hari terakhir dia berkhidmat
untuk syarikat yang telah dinaungi sejak tamat belajar di
kolej swasta lebih tiga tahun lalu. Kakitangan syarikat dan
bosnya mengadakan sedikit majlis perpisahan buatnya. Dalam
sedih, Azyan ketawa. Terasa dirinya cukup dihargai. Tetapi
malamnya… dia menangis!
Alangkah pedih, alangkah sedih! Air mata Azyan
berlinang di pipi. Di mana hendak diletakkan muka?
Bagaimana dia hendak berhadapan dengan mama dan Abang
Qairulnya? Apa dia hendak cakap dengan teman-teman dan
saudara-mara? Bagaimana dia hendak berhadapan dengan
semua orang?
“Eh, udah bangun,” tegur seorang wanita yang agak
berusia dari sebalik daun pintu yang baru terkuak. Dari raut

28
Rafizah Nordin

wajah, cara berpakaian dan gaya percakapannya, Azyan yakin


wanita itu berasal dari Indonesia. Dia pasti pembantu rumah
di rumah ini, getus Azyan dalam hati.
Azyan senyum nipis. “Saya di mana?”
“Oh… enggak usah takut. Tuan muda ketemu cik
di tepi pagar rumah ini. Cik pengsan enggak sedarkan diri.
Jadi tuan muda bawa cik masuk ke dalam rumah. Bibik
yang tukarkan pakaian cik.”
Wanita yang membahasakan dirinya bibik itu
mendekati Azyan. Belakang tangannya diletakkan di atas dahi
Azyan.
“Demamnya udah beransur pulih. Mujurnya tuan
muda lekas-lekas nelefon doktor semalam.”
“Tuan muda?” soal Azyan.
Bibik angguk sekali. Pandangannya tidak lekang
memandang Azyan bersama senyum di bibir.
“Saya… saya demam semalam?”
Bibik anggukkan kepalanya sekali lagi.
“Tuan muda panggilkan doktor?” tanya Azyan
seperti orang sasau.
“Iya, demamnya panas juga. Bibik rasa badan cik
panas sekali.” Berkerut-kerut muka bibik dan bersungguh-
sungguh dia memberitahu.
Azyan diam.
“Tuan muda enggak ada di rumah sekarang. Lagi
di kantor. Mungkin sebentar lagi tuan muda pulang.
Selalunya jam lima empat puluh lima sore dia udah sampai
di rumah.”
“Lima empat puluh lima petang? Sekarang pukul
berapa bibik?” tanya Azyan sedikit terkejut.

29
Cupid Love

Badan Azyan terdorong ke hadapan sedikit.


Kemudian Azyan goyangkan sedikit badannya ke arah cermin
tingkap. Dia memanjangkan lehernya untuk memandang
keluar rumah. Tetapi tidak berjaya kerana langsir dari kain
yang cantik itu menutup keseluruhan bahagian cermin.
Hanya sesekali langsir itu bergerak sedikit ditiup angin dari
luar. Mungkin tingkapnya tidak ditutup rapat. Yang nyata
Azyan tahu keadaan cuaca di luar rumah cerah.
Terpandang jam di dinding bilik yang menunjukkan
pukul empat empat puluh lima minit petang, Azyan menarik
nafas setelah menelan liur sekali. Sejak semalam pengsan
baru sekarang dia tersedar. Panjang juga jangka masa
itu. Benaknya terus teringatkan mama. Teringatkan Abang
Qairulnya. Nak tak nak dia teringatkan Wandy juga. Tentu
mama dan Abang Qairul sedang mencarinya. Dan
mungkinkah Wandy juga sedang mencarinya?
“Saya kena balik, bibik.” Azyan berusaha hendak
bangun.
“Enggak tunggu tuan mudanya dulu?” tanya bibik
sambil menolong Azyan bangun.
Azyan menggeleng. “Mama dan abang saya tentu
sedang risaukan saya.”
“Oh, kok gitu baiklah. Sebentar ya. Nanti bibik
ambilkan barang-barang cik.”
Bibik berjalan ke almari. Beg tangan milik Azyan
dikeluarkan dari dalam perut almari itu dan diserahkan
kepada Azyan.
“Ini barang-barang cik yang tuan muda ketemu
bersama. Biar bibik pergi ambilkan pakaian cik. Bibik udah
basuhkan tadi pagi. Tentu sekarang udah kering. Sebentar
ya.”
“Terima kasih, bibik.”

30
Rafizah Nordin

Bibik menganggukkan kepala.


Sepeninggalan bibik, Azyan keluarkan telefon
bimbit dari dalam beg tangannya. Telefon bimbitnya sudah
tertutup. Seingat Azyan dia tidak menutup telefon bimbitnya
semalam. Ketika dia picit butang warna merah, terdengar
satu bunyi yang menandakan bateri telefon bimbit itu lemah.
Ah, patutlah. Telefon bimbitnya tertutup dengan sendiri
kerana bateri yang lemah. Tidak lama kemudian bertalu-talu
telefon bimbitnya berbunyi menandakan banyak pesanan
ringkas yang masuk.
Butang-butang di muka telefon bimbit ditekan. Ada
lebih sepuluh pesanan ringkas yang telah diterimanya.
Kebanyakannya dari telefon bimbit Abang Qairul. Panggilan
tidak berjawabnya begitu banyak. Nombor yang keluar adalah
nombor telefon rumah. Nombor telefon teman baiknya, Narin
dan Finaz pun ada. Pesanan ringkas daripada mereka juga ada
diterima. Semuanya bertanya soalan yang sama – di mana dia
dan dengan siapa.
Satu per satu pesanan ringkas ditekan. Dibaca sekali
imbas dan dipadamkan terus dari memori telefon. Namun
jantung Azyan berdetak melihat sebaris nama dan nombor
telefon yang tertera di paparan skrin - LOVE.
Love? Azyan tersenyum nipis. Nama singkatan
penuh makna itu digunakan untuk menerima panggilan dan
pesanan ringkas daripada Wandy. Hati Azyan berbelah bahagi.
Hendak buka atau terus padamkan sahaja?
Apalagi yang Wandy mahu daripadanya? Hati ini
terluka. Hati ini sakit dan berdarah. Apa yang telah Wandy
lakukan bukan hanya menyinggung perasaannya. Apa yang
telah Wandy lakukan adalah sesuatu yang tidak mungkin
dapat dimaafkan.
Dalam diam Wandy bermain gila dengan perempuan

31
Cupid Love

lain. Wandy persiakan impian dan harapannya. Wandy


punahkan segala-galanya. Di bibir Wandy kata cinta padanya
dalam hati Wandy hanya ada dusta. Wandy benar-benar telah
menyeksanya. Wandy betul-betul telah mempermainkan
perasaannya walaupun Wandy menafikannya.
Dalam getarnya menahan tangis, jarinya secara
tidak sengaja tertekan butang di muka telefon. Pesanan
ringkas yang diterima daripada Wandy terpapar di skrin.
Dengan mata yang berkaca, Azyan membaca pesanan yang
Wandy hantar padanya.

Di mana pun you berada sekarang, I harap


you selamat. I minta maaf atas apa yang telah
terjadi. Dalam jangka masa terdekat ini I akan
hantar orang untuk merasmikan pembatalan
majlis pernikahan dan perkahwinan kita. Dan
dalam masa yang sama memutuskan
hubungan cinta kita. Maafkan I sekali lagi.

Pintu bilik terkuak lagi. Azyan cepat-cepat mengesat


matanya. Senyumnya diukir untuk melindungi air mata yang
mengalir bersama pedih dan sedih di hati.
“Loh... kok menangis? Kenapa sih? Sakit ya?” soal
bibik yang kelihatan risau. Bahu Azyan dipegang lembut.
Azyan segera menggelengkan kepala. Air mata yang
masih bersisa dikesat terus.
“Kalau sakit tunggulah dulu. Telefon mamanya,
bilang di mana cik berada sekarang. Sebentar lagi juga tuan
mudanya pulang. Nanti tuan muda bisa nelefon doktor.”
“Tak bibik. Saya tak sakit.”

32
Rafizah Nordin

Zahirnya memang tiada yang sakit. Luka yang


sedang berdarah itu memang tidak bisa dilihat dengan mata
kasar. Hanya batin Azyan yang sakit. Hatinya terluka. Hatinya
pedih dan pilu. Pesanan ringkas daripada Wandy menyentak
perasaannya. Senangnya Wandy membuat keputusan. Dan
sukarnya untuk Azyan menerima kenyataan.
“Enggak usah takut cik. Bibik dan tuan muda
enggak buat apa-apa,” kata bibik dengan wajah sedih. Dia
melabuhkan punggung di birai katil.
“Tak… bukan pasal tu bibik.”
“Oh… fikir bibik cik takut. Kenapa ya? Cik ada
masalah?”
Azyan menggelengkan kepala. Dia tidak berniat
hendak menyampaikan perkara sebenar ke pengetahuan
bibik. Malu. Malas pun ada juga. Selebihnya Azyan takut
hatinya terus-terusan terluka. Bercerita tentang Wandy
samalah seperti mengingatkan peristiwa hitam itu kembali.
“Emmm… sebentar tadi tuan mudanya nelefon.
Minta cik tunggu dia pulang. Bilangnya lagi, dia dalam
perjalanan pulang ke rumah sekarang ini.”
Telefon bimbit Azyan berbunyi. Kata-kata bibik
tidak sempat disahut. Azyan segera menekan butang hijau
setelah melihat nama yang terpapar di paparan skrin.
Dadanya berdebar. Abangnya yang menelefon.
“Abang Qairul… Yan… tak… Abang Qairul jangan
risau. Yan tak apa-apa. Cakap dengan mama. Yan okey. Ya….
Betul… yalah. Tak apa. Yan balik sendiri. Sekejap lagi Yan
balik.” Talian dimatikan setelah Azyan mengucapkan salam.
Azyan mengalihkan padangan ke arah bibik.
“Bibik, saya kena balik. Mama dan abang saya dah
tunggu. Mereka risaukan saya.”

33
Cupid Love

“Tapi bagaimana dengan tuan muda?” soal bibik


jelas kelihatan gusar dan tidak senang.
“Tak apalah. Sampaikan ucapan berbanyak terima
kasih pada tuan muda kerana menolong saya.”
Azyan bingkas dari duduknya. Baju yang sudah siap
dibasuh oleh bibik diambil dan berlalu ke dalam bilik mandi
yang memang tersedia dalam bilik itu. Mukanya dibasuh.
Azyan berkumur di sinki putih bersih dan berkilat.
Rambutnya dibetulkan sedikit.
Setelah selesai berpakaian Azyan keluar. Matanya
melilau memandang sekeliling ruang rumah. Mulutnya
terlopong sedikit. Dia terus memandang ke hadapan. Dinding
rumah itu adalah dari jenis cermin yang gelap sedikit. Ada
corak bunga-bungaan dan daun-daun kecil melingkar-lingkar
di atas cermin itu. Berdiri di hadapan pintu bilik yang didiami
semalaman itu, Azyan lihat ada tiga pintu lagi di sebelah
kanannya. Pasu kristal di atas meja konsol berdekatan dihiasi
dengan bunga tulip warna kuning. Nampak hidup. Nampak
cantik bila berlatarkan dinding berwarna putih bersih.
Dari atas koridor itu, dia boleh nampak tingkat
bawah rumah. Dilihatnya bibik sedang menantinya di
hadapan pintu utama. Tangga separuh melingkar itu dilapik
dengan permaidani lembut warna merah hati terus ke bawah.
Rumah itu bukan sahaja besar tetapi juga cantik dan mewah.
Perabotnya dari jenis kayu jati. Perhiasan di dalam almari
cermin bukan calang-calang, nampak begitu cantik dan
eksklusif sekali. Agaknya dibeli di luar negara.
“Betul cik enggak bisa tunggu tuan muda?” soal
bibik yang kelihatan berat hendak membiarkan Azyan pergi.
“Tak mengapalah. Emmm… bibik. Boleh saya
tanya?” soal Azyan. Dia kelihatan sedikit teragak-agak.

34
Rafizah Nordin

“Apa?”
“Tuan muda bibik tu orang Melayu ke, Cina ke atau
orang India?”
Bibik tersenyum. “Orang Islam…”
“Islam… kalau macam tu kirim salam saya pada
dia. Dan ucapkan terima kasih saya pada dia. Insya-Allah,
kalau diizinkan Allah kita jumpa lain kali.”
Bibik angguk bersama senyuman yang masih
bersisa.
Azyan dihantar hingga ke pintu pagar. Halaman
rumah itu besar dan bersih walaupun banyak pokok tumbuh
melata di kawasan sekitar. Di garajnya terdapat sebiji kereta
berselubung dengan kain canvas. Agaknya kereta mahal dan
terkenal. Walaupun berselubung tetapi bentuknya nampak
menarik.
Kebetulan sebaik sahaja Azyan dan bibik berdiri di
luar rumah besar di lereng bukit itu, sebuah teksi melalui
hadapannya. Azyan cepat-cepat lambaikan tangan dan teksi
warna merah putih itu berhenti. Setelah bersalaman dengan
bibik, Azyan masuk ke dalam perut teksi.
Sepanjang perjalanan menuruni Bukit Gasing,
Azyan terus termenung. Pandangannya dilemparkan keluar
tingkap dengan wajah sugul. Selepas ini dia harus berhadapan
dengan mama dan Abang Qairulnya. Mampukah dia? Kuatkah
dia untuk menghadapi mereka? Namun Azyan sedar. Berat
atau ringan, mampu mahupun tidak, perkara ini mesti
diselesaikan. Tidak boleh tidak. Dia tidak boleh dan tidak
mungkin sekali merahsiakan perkara itu dari pengetahuan
dua orang manusia itu.
Nafas ditarik dalam-dalam. Azyan menutup mata.
Dia tenangkan diri. Dia tenangkan hati. Dia kuatkan

35
Cupid Love

semangat. Perasaan tidak enak dibuang jauh-jauh. Kenangan


indah semalam dianggap mimpi. Peristiwa semalam dibuat
tangkal untuk hari esok. Ditanam dalam diri tanpa Wandy
pun dia boleh terus hidup. Tanpa Wandy pun dia masih boleh
berdiri.
Selamat tinggal kenangan…. Selamat tinggal
penderitaan.

36
Rafizah Nordin

B A B
4
“M ACAM mana boleh
jadi macam ni, Yan?”
soal Puan Habsah.
Punggungnya dilabuhkan di tepi anak gadisnya. Wajah
anak gadisnya itu direnung. Puan Habsah mahukan
jawapan.
Semalam Azyan minta izin keluar dengan
tunangnya, Wandy. Puan Habsah dan Qairul agak keberatan
untuk memberi keizinan tetapi Azyan merengek mengalahkan
anak kecil. Nak tak nak Puan Habsah dan anak lelakinya
terpaksa mengalah. Sebelum Azyan keluar, macam-macam
pesanan yang dititipkan. Jangan pulang lewat, jangan itu dan
jangan ini. Pesanan itu diulang berkali-kali.
Puan Habsah bukan berniat hendak mengongkong
anak gadisnya. Tetapi dia hendak menjaga air muka. Azyan
bakal bernikah. Bukannya lama. Minggu hadapan sahaja.

37
Cupid Love

Puan Habsah risau, takut sesuatu yang buruk berlaku pada


anak gadisnya nan seorang itu.
Semalam Azyan tidak pulang ke rumah pun Puan
Habsah sudah kecut perut. Macam-macam yang bermain
dalam kepalanya. Berkali-kalilah dia memanjatkan doa ke
hadrat Ilahi semoga anak gadisnya dijauhkan dari sebarang
kejadian yang tidak diingini. Sepanjang malam semalam
Puan Habsah dan Qairul tidak tidur. Telefon bimbit tidak
lekang di tangan. Nombor telefon bimbit Azyan ditekan
kurang tiga minit sekali. Pesanan ringkas juga tidak
ketinggalan. Dua beranak itu runsing. Tidak tentu hala
rasanya.
“Tak ada jodoh, mama.”
Puan Habsah mencebik bibir. “Tak ada jodoh?
Senangnya jawab.”
“Habis tu mama nak Yan cakap apa?” soal Azyan
semula. Wajahnya kelihatan serius. Apa mamanya ingat dia
suka semua ini terjadi? Dia juga marah. Hati dan perasaannya
tertekan. Tetapi hendak buat macam mana? Ini semua takdir.
Ini semua ketentuan Ilahi.
“Mesti ada sebab. Itu yang mama nak tahu,” ujar
Puan Habsah tegas.
“Ya Yan. Kenapa? Apa dah jadi ni?” soal Qairul.
“Kan Yan dah cakap… tak ada jodoh. Nak Yan cakap
macam mana lagi baru abang dan mama faham?” getus
Azyan. Dia sudah nekad untuk tidak membongkarkan punca
perpisahannya dengan Wandy. Biarlah ianya menjadi rahsia.
Lainlah kalau mama dan abangnya mendapat tahu dari mulut
Wandy sendiri.
“Yan… Yan jangan main-main tau. Minggu depan
majlis dah nak langsung. Minggu depan Yan dah nak nikah.
Esok tuk kadi datang kita nak cakap apa?”

38
Rafizah Nordin

“Batalkan aja. Esok kita pergi pejabat agama


beritahu,” kata Azyan selamba. Air matanya serasa sudah
kering. Selebihnya Azyan kuatkan semangatnya. Dia bertekad
tidak mahu menangis di hadapan mama dan abangnya. Dan
dia tanamkan dalam hatinya juga bahawa tanpa Wandy pun
dia boleh teruskan kehidupan ini.
“Yan!” Puan Habsah menggelengkan kepala. Sesak
nafasnya. Semalam beria-ia Azyan minta keluar bersama
Wandy dan sekarang senang-senang pula Azyan kata yang
hubungannya dengan Wandy sudah putus. Azyan juga mahu
majlis pernikahan dan persandingan yang akan diadakan
minggu hadapan dibatalkan. Ini bukan kerja mudah. Banyak
melibatkan orang ramai dan perkara.
“Yan bergaduh dengan Wandy?” soal Qairul lembut.
Azyan diam tidak berkutik.
“Biasalah Yan. Dalam bercinta mestilah ada
bertikam lidah. Takkanlah nak gembira aja. Tapi janganlah
sampai nak putuskan hubungan pula. Lagi-lagi macam
hubungan Yan dengan Wandy. Korang dah bertunang.
Bukannya lama… minggu depan aja dah nak kahwin,” ujar
Qairul panjang lebar.
Nada suaranya lembut sekali. Dia tidak seperti
mamanya. Sikap dan tingkah laku mereka jelas menunjukkan
perbezaan. Qairul lebih sabar. Mungkin dia mewarisi sikap
dan tingkah laku arwah bapanya. Sedangkan Azyan kasar
sedikit orangnya. Persis mamanya.
Puan Habsah menjeling. Meluat. Sakit hati.
“Nak abang tolong?” tanya Qairul.
“Tolong? Tolong apa?” soal Azyan tidak faham.
“Abang jumpa dengan Wandy.”
“Buat apa abang nak jumpa dia?” Azyan cepat-cepat

39
Cupid Love

gelengkan kepala. Wajahnya berkerut tanda tidak setuju


dengan cadangan itu.
“Mungkin ada salah faham antara Yan dengan
Wandy. Kita rungkaikan. Janganlah sampai nak putus, nak
batalkan majlis.”
“Ya Yan. Betul cakap abang tu. Biar abang pergi
jumpa Wandy. Perkara kecil janganlah dibesar-besarkan.
Bergaduh sikit-sikit takkanlah sampai nak putus hubungan.
Ingatlah sikit Yan… minggu depan dah nak nikah. Semua
benda dah ready. Mana nak letak muka? Apa nak cakap
dengan jiran-jiran? Dengan saudara?” Puan Habsah
memujuk.
Azyan terdiam. Kalaulah mamanya tahu punca
sebenar di sebalik pembatalan majlis itu, alangkah! Kalaulah
mamanya tahu kenapa hubungan itu diputuskan, habislah.
Agaknya mahu diamuk Wandy satu keluarga. Dengan
mamanya jangan buat main-main. Datang anginnya, dia tidak
peduli sesiapa pun.
“Yan minta maaf mama, abang. Yan yang bersalah
sebab tak dengar nasihat mama dan abang dulu. Memang
betullah cakap mama dan abang… Wandy bukan lelaki yang
baik untuk Yan.”
Azyan tunduk menyembunyikan wajahnya. Malu
sungguh rasanya. Dahulu dia yang beria-ia meminta restu
daripada mama dan abangnya sedangkan dua orang manusia
itu tidak berkenan dengan Wandy. Bagi Azyan alasan mereka
dengan mengatakan Wandy nampak tidak bersungguh-
sungguh dalam hubungan cinta mereka adalah alasan yang
tidak munasabah. Bagi Azyan ketika itu, siapalah mereka
untuk menentukan kebahagiaan hidup masa depannya?
Azyan terlalu taasub dengan cintanya terhadap Wandy.

40
Rafizah Nordin

Kata-kata dan nasihat mama dan abangnya


langsung tidak dipedulikan. Pandangan teman-teman
disambut sepi. Percaya atau tidak, Azyan sampai sanggup
hilang kawan. Lebih menyedihkan bila dikenang-kenangkan
semula kini, Azyan pernah mengugut hendak kahwin lari ke
sempadan kalau mama dan abangnya tetap tidak mengizinkan
dia bertunang dengan Wandy.
“Apa yang dia dah buat?” soal Qairul. Wajahnya
serius memandang Azyan.
“Apa dia dah buat, Yan? Beritahu mama. Dia
sakitkan Yan? Dia buat benda tak senonoh dekat Yan?” soal
Puan Habsah menduga.
Azyan menggelengkan kepala. “Yan nak lupakan
dia. Yan tak nak ingat dia lagi.”
“Beritahu abang, apa yang dia dah buat, Yan.
Semalam Yan keluar dengan Wandy, kan? Yan dan Wandy ke
mana? Semalam Yan tak balik, Yan ke mana? Yan tidur kat
mana?” soal Qairul bertubi-tubi.
Azyan diam. Soalan-soalan Qairul tidak mampu
untuk dijawab. Malah Azyan memang tidak mahu
menjawabnya. Biarlah semua itu jadi rahsia. Biarlah!
Qairul tidak puas hati. Sikap berdiam diri dan
berahsia Azyan membuatkan dia terasa macam hilang sabar.
Rasanya hendak diterkam adiknya itu. Qairul mahukan
jawapan. Qairul mahukan kepastian.
“Kalau mama dan abang sayangkan Yan,
tolonglah… jangan tanya pasal dia lagi. Dan anggaplah antara
kami tak ada jodoh. Yan nak lupakan dia. Yan benci dia!”
“Mama nak tahu apa yang dia dah buat. Beritahu
Yan.” Puan Habsah pula mendesak. Lengan Azyan digoyang
beberapa kali.

41
Cupid Love

“Yan jangan takut. Kalau Wandy ada buat apa-apa


Yan beritahu dengan mama. Beritahu dengan abang. Jom kita
pergi balai polis. Kita buat laporan.”
Qairul sudah bingkas berdiri. Kalau benar Wandy
membuat onar pada adiknya, dia tidak akan teragak-agak
mengheret bakal adik iparnya itu ke muka pengadilan.
Biarlah menanggung malu asalkan maruah adiknya terbela.
Biar Wandy menerima hukuman yang setimpal di dunia. Di
akhirat nanti biarlah Wandy tanggung pula balasannya
daripada Allah.
“Nak buat apa sampai ke balai polis? Dia tak buat
apa-apa yang tak senonoh pada Yan. Cuma… cuma hati Yan
yang sakit. Dan Yan tak boleh terima apa yang dia dah
lakukan.”
“Apa yang dia dah buat?” soal Puan Habsah cepat.
Suaranya kedengaran keras.
“Mama…” panggil Azyan dengan suara lirih. Dia
amat berharap agar mamanya tidak terus bertanya. Tidak
terus memaksa. Hatinya sudah cukup sempit. Jiwanya sudah
cukup perit. “Tolonglah… jangan tanya lagi, mama.”
Azyan bingkas. Dia berjalan menuju ke tangga terus
naik ke tingkat atas. Dia tidak sanggup hendak berlama di
situ. Air matanya sudah hendak terburai sedangkan sejak
siang tadi dia sudah bernekad untuk menunjukkan kuat
semangatnya. Kalau dia menangis pun dia tidak mahu
menangis di hadapan mama dan abangnya.
Sepeninggalan Azyan, Puan Habsah tersandar lesu
di sofa. Matanya terpandang ke atas, memandang kipas yang
ligat berputar. Sebegitulah ligat soalan-soalan yang berputar
dalam benaknya. Lemah sendi-sendinya. Semangatnya juga
seakan terbang.

42
Rafizah Nordin

Kenapa dan mengapa dengan tiba-tiba Azyan minta


majlis pernikahan dan perkahwinannya dibatalkan? Kenapa
dan mengapa hubungan cinta anak gadisnya terputus? Apa
yang telah terjadi?
“Macam mana ni, Qairul? Apa kita nak buat?” soal
Puan Habsah meminta buah fikiran anak lelakinya. Serabut
sungguh fikiran Puan Habsah memikirkan hal Azyan.
Semuanya saling bersangkut paut.
Qairul menarik nafas panjang-panjang dan
dilepaskan sederap. “Kalau dah itu permintaan Yan, apalagi
yang kita boleh buat, mama? Terpaksalah kita ikutkan juga.”
“Ya Allah, Qairul… mana nak letak muka ni?
Bukannya sebulan dua lagi… seminggu aja. Masa dah
suntuk.”
Di ruang mata Puan Habsah sudah terbayang bunga
telur yang beratus-ratus cucuk. Telur sudah bertempah.
Kalau diikut-ikutkan hari Khamis ini, datanglah Pak Hassan
menghantar telur yang ditempah itu. Hendak buat apa? Puan
Habsah sudah letak duit pendahuluan. Mahukah agaknya Pak
Hassan memulangkan wang cengkeramnya itu?
Tak mungkin, jawab hatinya sendiri.
Cenderahati untuk tetamu yang hadir berupa sapu
tangan yang dibungkus berbentuk beg tangan dan dihiasi
dengan sekuntum kecil bunga ros reben sudah disediakan
sebanyak seribu lima ratus punjut. Belum dicampur dengan
punjut gula-gula khas untuk kanak-kanak. Dan belum juga
dicampur dengan cenderahati untuk tetamu pihak lelaki,
saudara-mara, teman-teman terdekat Puan Habsah, Qairul
dan Azyan berupa kipas buluh yang diikat dengan tiga
kuntum bunga ros sebanyak lima ratus tangkai. Hendak buat
apa semua itu?

43
Cupid Love

Tiga minggu berturut-turut dia dan Qairul berulang


alik ke Nilai 3. Tempat yang terkenal menjual barangan
cenderamata dan segala kelengkapan untuk majlis
perkahwinan. Nampaknya sia-sia sajalah. Buang masa. Bazir
duit. Menghabiskan tenaga. Apa yang dia dan anak lelakinya
dapat melainkan penat jika ini penyudahnya?
Cadar, kelambu, perhiasan bilik, langsir, jambangan
bunga, andaman pengantin, baju resepsi pernikahan,
persandingan, kad jemputan…. semua itu dibeli
menggunakan duit. Puan Habsah sudah banyak berhabis.
Dan sekarang tidak jadi pula.
Ah, pening kepala Puan Habsah memikirkan semua
itu. Pusing kepalanya mengenangkan segala-galanya itu.
“Mama… janganlah banyak fikir sangat. Nanti naik
pula darah tinggi mama tu.”
“Macam mana mama tak fikir, Qairul? Kita dah
banyak berhabis. Kita guna cash beli semua barang-barang
tu. Kalau kita jual balik pun tak dapat harga tu semula.
Bukan sikit-sikit, Qairul. Beribu-ribu ringgit. Duit telur dah
bayar separuh. Duit khemah pun dah bayar separuh. Mak
andam dah bayar sikit. Gedebak-gedebuk dah habis banyak,
beribu-ribu. Dah tu kena berdepan pula dengan semua orang.
Malu Qairul, malu! Mana nak letak muka? Apa kita nak cakap
sedangkan kita sendiri tak tahu kenapa majlis ni dibatalkan.
Esok orang datang berjeru-jeru, kita nak buat apa? Nak tutup
aja pintu rumah ni?” soal Puan Habsah yang sebenarnya lebih
pada meluahkan isi hatinya.
Qairul menelan liur. Dia tahu. Dia sedar itu. Masa
sangat suntuk dan dia perlu bertindak cepat. Tidak boleh
berlengah-lengah. Tidak boleh banyak berfikir dan bersoal
jawab sendiri. Tidak boleh banyak membuat andaian itu dan

44
Rafizah Nordin

ini. Azyan satu-satunya adik yang dia ada. Sebagai anak


sulung, anak lelaki pula, sememangnya itu sudah menjadi
tanggungjawabnya. Ini hal yang melibatkan masa depan
Azyan.
“Sabarlah mama. Qairul akan pergi jumpa Wandy.
Kalau boleh selesai, kita selesaikanlah masalah ni dengan
cara elok. Mungkin Yan merajuk. Mungkin hatinya tersentuh.
Dipujuk-pujuk nanti baiklah dia.”
Puan Habsah mengangguk. Dia setuju dengan usul
Qairul itu.
Telefon bimbit dalam poket seluar dikeluarkan.
Qairul menekan butang-butang di muka telefon bimbit.
Setelah menekan butang hijau, dia melekapkan telefon
bimbit itu ke telinga. Dahi Qairul berkerut beberapa saat
kemudian. Muka telefon ditekan lagi. Tiga kali dia berbuat
demikian.
“Kenapa?” soal Puan Habsah. Sejak tadi dia menjadi
pemerhati.
“Telefon Wandy tutup. Tak dapat dihubungi.”
Puan Habsah lepas nafas berat. “Nombor telefon
rumah dia, Qairul tak tahu?”
Qairul menggelengkan kepala.
“Kalau tanya dengan Yan tentu dia tak bagi,” kata
Puan Habsah sambil melirik memandang ke tingkat atas.
“Tak apalah, mama. Kejap lagi Qairul cuba lagi.
Kalau tak dapat juga esok pagi-pagi Qairul pergi pejabat
Wandy.”
Puan Habsah cepat-cepat anggukkan kepalanya.
“Mama nak ikut sekali?”
“Tak usahlah. Biar kami bercakap berdua dulu.”

45
Cupid Love

“Mama pun nak tahu juga, Qairul.”


“Qairul akan ceritakan dengan mama nanti. Mama
janganlah risau. Takkanlah Qairul nak rahsiakan dari
pengetahuan mama pula.”
“Tapi…”
“Mama, please…”
Qairul tidak berniat untuk mengetepikan mamanya
dalam hal ini. Tetapi rasanya biarlah dia bercakap dengan
Wandy secara lelaki, dari hati ke hati. Apa-apa pun masalah
mesti ada jalan penyelesaiannya. Tidak semestinya sampai
hendak berpatah arang berkerat rotan seperti sekarang ini.
Lagipun Qairul risau. Kalau bawa mamanya sekali, jalan
selesai tidak muncul tetapi semakin panjang pula
sengketanya. Mamanya kalau sudah marah macam orang
hilang akal.
Mahu tak mahu Puan Habsah terpaksa menurut
walau jauh dalam hatinya memprotes tidak setuju. Bukan dia
tidak percayakan anak lelakinya itu, tetapi Puan Habsah
mahu bersemuka sendiri dengan Wandy. Dia mahu dengar
dari mulut Wandy kenapa dan mengapa sampai Azyan
meminta majlis pernikahan dan perkahwinan mereka
dibatalkan. Kenapa dahulu beria-ia hendakkan Azyan dan
sekarang senang-senang sahaja hubungan ini diputuskan?
Kenapa?

46
Rafizah Nordin

B A B
5

D ANNY menghulurkan tangan set-


elah diperkenalkan dengan
kakitangan syarikat. Bibirnya
tidak lekang dengan senyuman. Dia dibawa oleh Sabrina ke
segenap ruangan pejabat. Awal-awal tadi dia telah ditunjuk-
kan biliknya sendiri. Kini dia balik semula ke biliknya.
“Macam mana dengan bilik ni? Okey?” soal Sabrina.
Danny angguk.
“Kalau ada apa-apa yang Danny nak atau ada
perabot yang Danny nak tukar, cakap dengan kakak. Kakak
akan uruskan.”
“Eh, tak payahlah. Ini pun dah okey,” kata Danny
cepat.
“Emmm… nanti kakak aturkan sesi temu duga

47
Cupid Love

untuk cari setiausaha Danny.”


“Setiausaha? Perlu ke?”
“Mestilah. Danny tu bukan kakitangan biasa. Kalau
ada setiausaha tentu kerja lebih teratur dan tak kelam-
kabut.”
Danny anggukkan kepala. Dia ikut sahaja. Mana
yang Sabrina rasa perlu, dia akan setuju. Lagipun sejak dari
dahulu lagi Sabrina yang uruskan syarikat ini. Tentu dia lebih
arif apa yang perlu dan apa yang tidak perlu.
“Kakak ada sesuatu nak cakap dengan Danny. Tapi
bukan sekarang. Tengah hari ni Danny ada janji dengan
sesiapa?” tanya Sabrina.
Danny geleng. “Kenapa?” soalnya. Dalam benaknya
menyoal. Apa yang Sabrina mahu cakap. Cuak juga hatinya.
Soal apa? Tentang apa?
“Kita makan tengah hari sama, ya.”
“Okey.”
Sabrina meninggalkan Danny sendirian. Hari
pertama di pejabat itu membuatkan dia kekok dan tidak tahu
hendak buat apa. Seperti kata Sabrina tadi, dalam seminggu
dua ini mungkin Danny akan rasa bosan. Tetapi lama-
kelamaan nanti tentu Danny dapat biasakan diri.
Danny sandarkan belakang badan di kerusinya yang
empuk itu. Dia melamun jauh. Sejak pulang ke tanah air, dia
rasa tidak senang duduk. Berada di rumah orang tuanya, dia
rasa kekok. Pergerakannya terasa diperhatikan. Mungkin
kerana rasa bersalah terhadap kedua-dua orang tuanya, pada
kakaknya juga. Itulah yang membuatkan dia rasa tidak
keruan. Namun untuk berterus terang dan memberitahu hal
sebenarnya, Danny rasa belum sampai masanya. Dan dia

48
Rafizah Nordin

sendiri tidak tahu bilakah masa yang sesuai itu akan tiba.
Biarlah… lambat-laun perkara itu perlu juga
diberitahu, getus Danny dalam hati. Cuma buat masa ini
biarlah ianya menjadi rahsia peribadinya. Saat dan kala ini
mummy, daddy dan kakaknya sedang gembira menyambut
kepulangannya. Kegembiraan itu lebih terasa dan bermakna
bila dia mengatakan yang dia akan terus menetap di sini.
Danny tidak mahu kerana hal yang disampaikan itu nanti
akan mengubah suasana ceria yang sedang mereka kecapi.
Sering-seringnya Danny bertanya pada diri sendiri.
Bolehkah mummy, daddy dan kakaknya terima bila mereka
tahu hal sebenarnya nanti? Terima dengan rela hati atau
terima dalam terpaksa? Atau mereka akan memarahi dan
menghalaunya pergi. Mungkinkah mummy dan daddynya
tidak mengaku dia sebagai anak. Kakaknya pula akan
bermasam muka dengannya. Mungkinkah semua itu terjadi?
Soalan-soalan dan kemungkinan-kemungkinan itulah yang
membuatkan Danny masih menyimpan rahsia itu. Buat masa
ini biarlah ianya menjadi rahsia diri sendiri.
Hari pertama di rumah orang tuanya, Danny rasa
tidak betah sungguh. Sedang dia berada di dalam bilik
menunaikan kewajipan, pintu biliknya diketuk bertalu-talu.
Kelam-kabut dia dibuatnya. Habis semuanya disorokkan di
bawah katil. Rupa-rupanya mummynya yang mengetuk pintu
dan mengajaknya turun makan malam.
Sekali lagi Danny tidak keruan. Dia tidak boleh
makan makanan yang dihidangkan. Namun untuk menolak
dia risau mummy dan daddynya akan berkecil hati.
Maklumlah dia baru sahaja pulang ke tanah air setelah lama
tinggal di luar negara. Tentulah kedua-dua orang tuanya
mahu mengadakan makan besar untuk mereka sekeluarga.
Mujur juga mereka tidak menjemput saudara-mara. Bagusnya

49
Cupid Love

pulang secara mengejut begitu.


Akhirnya Danny mendapat akal. Dia kata yang
kepalanya sakit dan badannya rasa tidak sihat. Mummynya
risau. Mummynya mahu bawanya berjumpa doktor tetapi
cepat-cepat Danny menolak. Dia cuma mahu berehat di
dalam bilik. Danny memberi alasan keadaan itu terjadi
mungkin kerana perubahan cuaca dan waktu di Malaysia.
Mujurlah mummynya faham.
Malam itu dia terlepas. Malam keduanya pula Danny
sengaja mengajak Sabrina keluar. Dia tuntut janji Sabrina
untuk membawanya pusing-pusing Kuala Lumpur. Pada
mulanya Sabrina menolak. Dia risau Danny masih penat
tetapi beria-ia Danny mengajaknya keluar. Mereka makan
malam di restoran berputar di Menara Kuala Lumpur sambil
menikmati pemandangan indah waktu malam di sekitar
Kuala Lumpur. Pulang ke rumah perut sudah kenyang. Nasib
baiklah mummynya tidak memaksa makan nasi dan lauk-
pauk yang sudah disimpankan untuknya.
Malam ketiga, dia menumpang tidur di rumah
kawannya yang terletak di Petaling Jaya. Oleh kerana
kawannya sekeluarga menetap di luar negara, rumah itu tidak
berpenghuni. Kawannya menjadikan rumah itu sebagai
rumah persinggahan apabila mereka sekeluarga pulang ke
Malaysia. Pergilah Danny berjumpa dengan kakak kawannya
untuk mengambil kunci rumah. Atas jasa baik kakak
kawannya itu, dia diberikan seorang pembantu rumah untuk
menolong Danny mengemas dan mengelap habuk di rumah
itu.
Masuk malam semalam sudah tiga malam Danny
tidur di rumah itu. Dia hanya pulang sekejap-sekejap ke
rumah orang tuanya. Memang mummy dan daddynya
bertanya ke mana dia pergi hingga tidak pulang ke rumah.
Jelas mereka kelihatan risau. Danny beritahu yang dia tidur

50
Rafizah Nordin

di rumah kawan. Itu sahaja. Mummynya bertanya lebih-lebih


Danny diam sahaja. Selebihnya dia lebih senang tersenyum.
Cepat betul masa berlalu. Diam-diam sudah hampir
seminggu dia pulang ke tanah air. Kelmarin awal-awal pagi
dia sudah keluar dari rumah besar di lereng bukit itu. Dengan
memandu kereta milik kawannya, Danny menyelusuri jalan-
jalan raya berdekatan. Terlalu banyak jalan baru. Terlalu
banyak perubahan kawasan sekitar sehingga Danny beberapa
kali terpaksa membayar tol.
Hendak menelefon Sabrina dan bertanya arah jalan,
dia segan pula. Nanti tahulah Sabrina ke mana hala tujunya
sedangkan sedaya mungkin Danny mahu merahsiakan
perkara itu.
Sebaik sahaja kaki menjejak bumi Malaysia,
ingatannya sudah lekat pada bekas kekasih yang kini berada
entah di mana. Rasa rindunya pada gadis itu datang
bertandang biarpun sekejap datang dan pergi. Kerana rasa
rindu itulah dia menyasau membelah aspal. Namun keadaan
hari ini bukan seperti lebih lima tahun lalu. Terlalu banyak
perubahan hingga terkadang dia tidak tahu di mana dia
berada. Apa nama tempatnya pun dia tidak tahu. Yang nyata
ketika dia berhenti bertanya orang kawasan rumah setinggan
yang hendak dicari itu, orang itu memberitahu kebanyakan
rumah setinggan di sekitar kawasan itu telah lama
dirobohkan. Penduduk-penduduknya pula sudah berhijrah
entah ke mana.
Danny kecewa. Benar-benar kecewa. Harapan untuk
bertemu semula dengan kekasih hati serasa tidak kesampaian.
Biarpun dalam hatinya berat mengatakan gadis yang
bertakhta dalam hatinya sejak dahulu hingga sekarang itu
telah berkahwin. Barangkali sudah beranak pinak.
Kalau begitu untuk apa kau beria-ia mencarinya?
Kalau dia sudah berkahwin macam mana? Mungkin dia sudah

51
Cupid Love

beranak pinak. Tidakkah nanti kehadiran kau akan


menggugat kebahagiaan rumah tangganya? Bagaimana nanti
kalau suaminya cemburu? Sanggupkah kau lihat rumah
tangga orang yang kau cintai hancur musnah kerana
kehadiran kau? Mahukah kau jadi orang ketiga? Sanggupkah
kau lihat anak-anaknya hidup menderita perasaan kerana
penceraian ibu dan ayah mereka? Adakah kau begitu
pentingkan diri sendiri? Adakah kau begitu terdesak sehingga
tidak ada perempuan lain lagi yang boleh menggantikan
tempatnya dalam hati kau itu? Soalan-soalan itu bergelumang
dalam hati Danny.
Aku sekadar ingin bertemu. Sebagai kawan biasa,
apa salahnya? Sungguh! Kalau dia sudah bahagia dengan
kehidupannya, dengan suami, dengan anak-anak dan rumah
tangganya, aku akan tumpang gembira. Aku reda dengan
ketentuan takdir kerana aku sentiasa percaya jodoh
pertemuan itu bukan ditentukan oleh manusia.
Aku tidak berniat hendak mengganggu-gugat
kegembiraan hidupnya. Aku juga tidak berniat untuk
menuntut janji-janji yang pernah dia lafazkan dahulu.
Memang dia pernah berkata dan aku tidak pernah lupa.
Peristiwa dan kenangan malam terakhir kami bertemu itu
tidak pernah luput dalam ingatanku ini hingga kini. Biarpun
bertahun sudah berlalu.
Katanya dia hanya akan berkahwin dengan aku.
Katanya dia hanya akan mencintai aku seorang. Katanya dia
tidak akan pernah melupakan aku. Katanya juga dia tidak
akan bahagia seandainya terpaksa berkahwin dengan pilihan
orang tuanya.
Danny keluarkan beg duitnya. Sekeping gambar
yang masih elok dalam beg duit itu dikeluarkan dari celah-
celah kad yang disimpan bersama. Senyum si gadis direnung

52
Rafizah Nordin

dalam-dalam. Tanpa melihat gambar pun senyum itu


memang sudah lekat dalam benaknya. Tanpa menatap foto
yang telah disimpan sekian lama itu pun, dia sering terbayang
wajah gadis itu. Itu gadis idamannya. Itu cinta pertamanya.
Bukan Danny tidak pernah cuba untuk melupakan
gadis itu. Buktinya dia lari membawa hati yang terluka
hingga ke luar negara atas alasan untuk melanjutkan
pelajaran di sana. Sejak meninggalkan Malaysia dia tidak lagi
mendengar sebarang berita tentang gadisnya itu. Rasa kasih
dan sayangnya diletak ke tepi. Rasa rindu yang membuak
dipendam jauh dalam hati.
Setelah tamat pengajian, Danny tidak terus pulang
ke Malaysia. Hatinya masih kuat teringatkan gadis idaman.
Ketika itu dia seperti tidak sanggup hendak menerima
kenyataan seandainya si gadis telah menjadi milik lelaki
pilihan keluarganya. Danny merasakan tidak cukup kuat
untuk menghadapi dugaan itu. Kerana itulah dia mengambil
keputusan untuk terus menetap di sana. Sementelah dia
mendapat tawaran kerja di sana.
Cinta mereka cinta terhalang. Cinta mereka cinta
yang ditentang. Danny tidak menyalahkan sesiapa dalam hal
ini. Tidak keluarga di pihak si gadis, tidak juga keluarga di
pihaknya. Jauh sekali untuk menyalahkan takdir. Malah
sekarang ini dia percaya, tentu ada hikmah di sebalik setiap
kejadian. Dia juga percaya kalau si gadis memang jodohnya,
lambat-laun mereka akan bersatu juga. Dan kini dia rasa
sudah cukup kuat untuk menghadapi apa juga dugaan,
cabaran dan rintangan di samping menerima apa juga hakikat
dan kenyataan.
Danny melemparkan pandangan jauh ke hadapan.
Dia tersenyum mengenangkan sesuatu.

53
Cupid Love

Cupid love…
Terselit seraut wajah Sabrina bermain di tubir
matanya. Dalam diam Danny dirundung rasa bersalah kerana
mentertawakan kakaknya. Dan dalam diam juga dia setuju
dengan kata-kata kakaknya itu. Benarlah kata Sabrina, kalau
seseorang itu memang sudah ditakdirkan untuknya, lari
sampai ke luar negara pun tetap akan dipertemukan
akhirnya….
Dia renung gambar di tangannya itu untuk kesekian
kalinya.
“Hanum… andai kau memang jodohku, kita akan
tetap bersatu.”
Ayat keramat penuh makna itu pernah dilafazkan
pada malam terakhir mereka bertemu, di hadapan gadis itu
diiringi tangis dan sendu. Hari ini Danny mengulanginya
kembali. Dan kali ini berteman semangat yang jitu.
Dia akan mencari Hanum. Dia akan terus mencari
Hanum. Nekad Danny dalam hati….

JUS OREN dalam gelas tinggi itu disedut sekali. Makanan


yang dipesan belum sampai. Tepat pukul dua belas tiga puluh
minit tengah hari tadi Sabrina menghubungi Danny mela-
lui interkom dan mengajaknya keluar makan bersama. Danny
menurut sahaja sementelah perutnya pun sudah terasa lapar.
Sabrina membawanya ke kompleks membeli-belah
Mid Valley.
“Kakak cakap tadi ada hal nak bagitahu dengan
Danny, apa dia?” soal Danny seraya memandang Sabrina.
Mereka memilih restoran masakan Thailand. Danny

54
Rafizah Nordin

yang memilih sebenarnya. Kebetulan pula Sabrina bertanya


dengannya hendak makan apa. Sabrina nampak tidak setuju
dengan pilihannya tadi tetapi tidak pula membantah. Danny
pun buat tidak tahu sahajalah.
Sabrina angguk sekali dan tersenyum.
Danny menanti penuh sabar. Sejak tadi dia tertanya-
tanya tetapi tidak dihiraukan sangat kerana benak dan
perasaannya lebih senang mengenang Hanum, si gadis
idaman yang kini entah di mana dan apa khabarnya.
Pelayan restoran berkemeja putih, vest dan seluar
slek hitam datang menatang hidangan yang dipesan. Satu per
satu makanan diaturkan di atas meja di hadapan mereka.
Aromanya menyenak hidung. Semakin lapar perut Danny
rasanya. Kebetulan pula pagi tadi dia tidak mengambil
sebarang sarapan.
“Tak apalah. Kita makan dulu. Lepas makan baru
kita cakap,” ujar Sabrina sambil tersengih. Seolah-olah dia
sendiri sudah tidak boleh menahan lapar.
Danny setuju dengan cadangan Sabrina. Sudu dan
garpu diangkat. Dia sedia untuk menyudu makanan ke dalam
pinggan nasi. Kurang tiga minit kemudian pelayan tadi
datang lagi. Kali ini menghantar ikan siakap stim yang
dipesan oleh Sabrina.
Danny sudukan kuah yang berlinangan di sekitar
ikan berdaging putih itu. Ah, sedapnya. Kemudian dia cubit
isi ikan siakap itu dengan menggunakan sudu dan garpunya.
Diletakkan di dalam pinggan Sabrina. Kemudian ke dalam
pinggannya pula.
Sabrina senyum dan menganggukkan kepala tanda
ucapan terima kasih.
Habis nasi sepinggan. Berselera sungguh Danny

55
Cupid Love

makan. Tisu di sebelahnya dicapai lantas mulut dikesat. Dia


menyandar belakang badan di kerusi.
“Okey, sekarang boleh cakap. Apa yang kakak nak
cakap dengan Danny.”
Sabrina anggukkan kepalanya. Air minuman
disedut ditelan. “Pasal Danny.”
“Pasal Danny? Pasal apa?” tanya Danny kembali.
“Mummy… mummy mengadu.”
Danny terkaku sedikit. Dia seperti sudah dapat
mengagak apa yang akan dikatakan oleh Sabrina. Tetapi dia
tidak mahu terus bertanya dan menduga. Dia takut tersilap
sangka. Danny lebih senang kalau Sabrina berterus terang
tanpa berkias-kias.
“Mummy mengadu pasal Danny. Mummy kata
Danny macam nak elak-elakkan diri. Kenapa?” soal Sabrina
seraya memandang tepat ke muka adik lelakinya itu.
“Taklah.”
“Habis tu kenapa setiap kali mummy ajak makan
bersama, Danny banyak bagi alasan. Mummy terasa hati, tau?
Dan sekarang ni mummy cakap Danny tak balik rumah.
Danny ke mana? Danny tidur rumah siapa?” tanya Sabrina
lagi terus memandang muka. Dia mahukan jawapan jujur
daripada si adik.
Danny menarik nafas panjang dan dilepaskan
sederap. Sesekali dia memandang Sabrina dan sesekali pula
matanya melilau memandang sekeliling seperti sedang
mencari-cari sesuatu. Pada hal sebenarnya dia cuba
menghindarkan anak matanya dari terus ditikam oleh
panahan mata Sabrina.
“Beritahu dengan kakak, kenapa. Danny ada

56
Rafizah Nordin

masalah?”
Danny menggeleng.
“Habis tu, kenapa? Atau Danny masih simpan
perasaan marah dengan mummy dan daddy?” duga Sabrina.
“Marah? Danny tak pernah marah dengan mummy
dan daddy. Nak marah kenapa pula?” soal Danny kembali.
Dahinya berkerut.
“Mungkin Danny masih simpan dalam hati pasal
mummy dan daddy tak izinkan Danny terus berkawan
dengan…”
“Oh, tidak. Danny tak pernah marah mummy dan
daddy pasal hal tu.” Dengan pantas Danny memintas kata-
kata Sabrina. Dia jujur dan ikhlas berkata demikian.
Danny pandang wajah Sabrina sekilas. Rasanya
rahsia yang disembunyikan selama ini perlu diberitahu
kepada Sabrina. Sudah sampai masanya untuk Sabrina tahu
kenapa dan mengapa dia seolah-olah melarikan diri daripada
mummy dan daddynya. Danny tidak mahu Sabrina menaruh
syak wasangka terhadapnya.
Bukan dia tidak sudi hendak makan bersama-sama
kedua-dua orang tuanya. Jauh sekali untuk berasa marah
dengan mereka. Danny reda dan terima segalanya dengan
hati yang terbuka. Bila dikenang-kenangkan semula, ada
benarnya tindakan mummy dan daddynya. Larangan mereka
memang berasas.
Ketika itu dia masih muda remaja. Baru habis
sekolah menengah. Baru cuba-cuba hendak cari kerja. Orang
tua mana yang tidak marah apabila diberitahu yang anak
lelaki mereka sudah mahu mengakhiri zaman remaja dengan
ikatan perkahwinan dengan pasangan yang seusia pula.

57
Cupid Love

“Kalau tak marah pasal hal tu, pasal apa?” soal


Sabrina tidak faham.
“Kakak… sebenarnya Danny ada satu rahsia.
Selama ni Danny sembunyikan daripada pengetahuan kakak,
mummy dan daddy. Juga daripada semua orang.”
“Rahsia? Rahsia apa?” Riak wajah Sabrina jelas
menunjukkan rasa ingin tahunya yang membuak-buak.
Belakang badannya terdorong ke hadapan. Wajah Danny
direnung tepat.
“Kakak… Danny dah peluk Islam.”
“Apa?” Mata Sabrina bulat memandang Danny. Dia
kelihatan terkejut yang amat.
Danny anggukkan kepalanya sekali. Kali ini dia
tidak melilau memandang sekeliling sebaliknya dengan
berani menentang panahan mata Sabrina. Bagi Danny tidak
ada apa yang hendak ditakutkan. Dia ada hak untuk
menentukan jalan hidupnya sendiri. Dan bagi Danny juga
tidak ada salahnya dia mengubah kepercayaan dan anutan
agamanya. Walaupun mereka berlainan agama dan
kepercayaan, Danny tetap adik Sabrina. Mummy dan
daddynya tetap orang tuanya. Mummynya telah
melahirkannya ke dunia ini. Daddynya itulah yang telah
berusaha mencari rezeki untuk membesarkannya hingga
dewasa.
“Apa Danny dah buat ni?” soal Sabrina dengan
wajah serius.
“Kenapa? Tak salahkan?” ujar Danny.
“Tak salah Danny cakap? Kalau mummy dan daddy
dapat tahu, macam mana? Apa penjelasan Danny?”
“Sejak dulu Danny memang dah terpikat dengan
Islam. Danny peluk Islam bukan kerana cinta. Bukan juga
semata-mata sebab nak kahwin dengan dia. Danny peluk

58
Rafizah Nordin

Islam pun selepas hubungan kami putus. Masa Danny di luar


negara.”
Sabrina mendengus. Dia nampak tidak puas hati
dengan penjelasan adiknya itu. Wajahnya masam mencuka.
“Kakak marah dengan Danny?” soal Danny seperti
orang dungu. Melihatkan riak wajah Sabrina sesiapa pun
pasti dapat menelah kakaknya sedang marah.
Sabrina menjeling.
“Apa yang kakak marahkan? Kita cuma berbeza
agama sedangkan Danny tetap adik kakak. Hubungan kita
takkan putus, kakak. Sampai bila-bila. Hanya kepercayaan,
agama anutan dan gaya hidup kita saja yang berbeza. Tapi
Danny tetap Danny yang dulu. Danny tetap adik kakak,” ujar
Danny berulang-ulang untuk meyakinkan Sabrina.
Danny amat berharap Sabrina memahami dirinya.
Dia rasa Sabrina tentu mudah faham kerana sebagai ahli
perniagaan Sabrina bergaul dengan ramai orang. Secara tidak
langsung tentulah cara pemikirannya matang. Seorang yang
berpelajaran tinggi seperti Sabrina juga mestilah mempunyai
pemikiran yang terbuka. Usia seperti Sabrina tentulah bisa
menerima kenyataan dan hakikat.
“Percayalah kakak. Danny tak berubah. Dulu kita
berjauhan pun hubungan kita tetap akrab. Inikan pula
sekarang ni. Danny dah balik ke tanah air. Kita dah dekat dan
seharusnya kita semakin rapat,” ujar Danny penuh makna.
Perlahan-lahan Danny memegang tangan Sabrina dan tangan
itu digenggam erat.
Sabrina mengalihkan pandangannya ke arah Danny.
Memandang Danny tepat-tepat. Matanya kelihatan berkaca
dan manik-manik jernih kelihatan turun laju ke pipinya yang
putih licin itu.
“Danny minta maaf.”

59
Cupid Love

Sabrina menggelengkan kepala. Air matanya


semakin laju bercucuran.
Danny berasa lega apabila genggaman tangannya
dibalas oleh Sabrina. Itu menunjukkan yang Sabrina tidak
lagi menyimpan sebarang perasaan tidak puas hati padanya.
Sabrina tidak marah dengannya.
Danny mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi. Satu
beban perasaannya sudah terlerai. Dia bersyukur kerana telah
berjaya melalui situasi ini dengan baik. Dan dia juga
bersyukur kerana Allah telah mempermudahkan jalannya,
membukakan pintu hati Sabrina untuk menerima
penjelasannya.
“Kakak yang sepatutnya minta maaf daripada
Danny. Kakak terlalu terkejut tadi. Kakak terlalu emosional.
Tapi sebenarnya kakak betul-betul terkejut. Kakak tak pernah
sangka yang Danny akan buat macam ni.”
“Tak ada apa yang berbeza, kakak. Yang penting
Danny tetap adik kakak. Hubungan kita ibarat air yang
dicincang takkan putus. Cuma ada sesetengah perkara yang
kita tak boleh buat seperti dulu. Contohnya macam makan.
Sekarang Danny tak bolehlah makan sesuka hati di rumah
mummy. Bukanlah bermakna Danny tak boleh makan
dengan mereka. Kita boleh makan di luar. Tempah restoran.
Macam restoran ni… okey juga. Ikan siakap stim yang kakak
pesan tadi sedap. Mummy mesti suka. Mummykan tak suka
makan makanan yang berminyak?” ujar Danny dengan mimik
muka lucu. Menyelit sedikit gurauan.
Sabrina angguk sambil tersenyum nipis. Tangisannya
sudah tinggal sisa.
“Sekarang ni Danny tumpang rumah kawan. Dia
masih tinggal di luar negara lagi. Buat sementara ni aja.

60
Rafizah Nordin

Lagipun rumah tu kosong. Danny sedang cari rumah, Danny


tak boleh tinggal di rumah mummy dan daddy sebab susah
nak solat. Nak mengaji pun susah.”
“Bila nak beritahu mummy dan daddy?” tanya
Sabrina yang sejak tadi hanya mendiamkan diri.
“Entahlah.” Danny angkat bahu. Dia benar-benar
tidak tahu. Namun dia pasti akan tiba juga harinya.
“Kakak rasa mummy dan daddy marah tak?”
Sabrina angkat bahu.
“Tak apalah. Biarlah masa dan keadaan yang
menentukan.”

61
Cupid Love

B A B
6

S EMUANYA sudah selesai.


Keesokan harinya selepas Azyan
beritahu mama dan abangnya
agar membatalkan majlis pernikahan dan perkahwinan
itu, Qairul pergi menyusul ke pejabat Wandy untuk mendap-
atkan penjelasan. Tetapi Wandy dikatakan bercuti selama dua
minggu sejak dua hari lepas. Setiausaha Wandy juga bercuti
sama. Yang memberitahu tentang ketiadaan Wandy itu pun
penyambut tetamu merangkap penjawab telefon yang
duduk di ruang hadapan pejabat.
Geram sungguh Qairul mendengarnya. Tetapi tiada
apa yang dapat dia lakukan melainkan pulang dengan
kehampaan. Sudah naik lenguh jari Qairul menekan nombor
telefon bimbit Wandy tetapi taliannya tidak dapat
disambungkan. Entah ke mana Wandy pergi. Entah ke mana

62
Rafizah Nordin

Wandy melarikan diri. Berbakul-bakul sumpah seranah


Qairul. Sehingga dia memasang nekad, kalau dia terjumpa
Wandy, pertama sekali dia akan cepuk muka Wandy dengan
penumbuknya.
Maruah mereka sekeluarga dipermainkan oleh
Wandy sewenang-wenangnya. Wandy pula menghilang entah
ke mana tanpa sebarang penjelasan.
Sampai sahaja di rumah mamanya, dilihatnya ada
sebuah kereta yang nampak asing terparkir di halaman. Di
hadapan pintu rumah pula ada empat pasang kasut, dua
pasang kasut lelaki dan dua pasang kasut perempuan. Ketika
dia melangkah masuk ke dalam rumah semua mata
memandang ke arahnya. Dilihat mama sedang mengesat
bawah kelopak mata dengan tisu yang menggumpal di
genggaman.
Rupa-rupanya itu wakil rombongan keluarga
Wandy. Mereka datang untuk meminta maaf kerana terpaksa
membatalkan ikatan pertunangan Wandy dan Azyan. Mereka
juga berasa terkilan kerana majlis perkahwinan yang bakal
diadakan dalam masa terdekat ini tidak dapat dilaksanakan
seperti yang telah dirancang. Mereka membawa wang
saguhati sebagai ganti rugi sebanyak Ringgit Malaysia Lima
Ribu.
Qairul kematian kata. Hendak diamuk pun bukan
Wandy sendiri yang datang. Dia bertanya juga kalau-kalau
wakil pihak keluarga Wandy tahu sebab-musabab kenapa
majlis itu dibatalkan. Tetapi mereka sendiri tidak tahu
mengapa. Mereka menerima arahan itu daripada emak dan
ayah Wandy sahaja. Sedangkan batang hidung Wandy tidak
kelihatan pun di rumah orang tuanya.
Pulangnya rombongan itu, Puan Habsah menangis

63
Cupid Love

tidak henti-henti. Puas Qairul memujuk namun tangisan


Puan Habsah bagaikan empangan pecah. Mulutnya tidak
henti-henti mengatakan kekesalannya memberi izin kepada
Azyan untuk bertunang dengan Wandy dahulu. Dia juga
menyesal kerana mengikut kehendak Azyan sedangkan dia
sudah merasa tidak sedap hati melihat cara dan gaya bakal
menantunya itu. Puan Habsah sangat menyesal.
Azyan yang sedari mula sejak wakil rombongan
keluarga Wandy datang tadi duduk di atas tangga memasang
telinga bersama linangan air mata. Biar cuba ditahan
tangisan yang hendak terburai namun dia kalah juga
sudahnya. Dia tidak berdaya menahan perasaan hiba. Dia
berlari ke tingkat bawah. Azyan peluk mamanya erat-erat.
Kata maaf tidak lekang dari bibirnya. Dia berdosa dengan
mamanya. Dia telah menjadi anak derhaka kerana
menyebabkan mamanya menangis. Hati mamanya terluka
kerananya.
Azyan sedih. Hatinya pedih dan pilu tidak terkata.
Dua beranak itu berpelukan sambil menangis. Nasi sudah
menjadi bubur. Apa yang hendak disesalkan? Masa yang ada
memang singkat tetapi masih ada masa untuk mereka
berbuat sesuatu agar bila tiba harinya, rumah mereka tidak
diserbu dengan tetamu-tetamu yang sudah dijemput.
Qairul yang melihat keadaan itu berasa sangat
kecewa. Dia merasakan Wandy betul-betul mencabar
kelelakiannya. Nekadnya semakin kuat. Mengenang nama
Wandy dan membayangkan lelaki itu sakit hatinya sudah
memuncak. Kalau terjumpa, pasti penumbuk melekat di
muka Wandy. Tengok sahajalah nanti.
Malamnya setelah solat isyak dan berdoa panjang
memohon ketenangan hati dan kekuatan semangat daripada
Allah, Puan Habsah pergi ke rumah ketua kebajikan taman

64
Rafizah Nordin

perumahan, Pak Baharuddin atau lebih mesra dengan


panggilan Pak Baha. Perkara pembatalan majlis pernikahan
dan perkahwinan Azyan dan Wandy dimaklumkan.
Tentulah Pak Baha terkejut dan kesal dengan apa
yang terjadi. Dia ada juga memberi cadangan dan usulan
kalau-kalau hubungan Azyan dan tunangnya bisa dicantum
semula dan majlis itu boleh diteruskan seperti yang telah
dirancang.
Tetapi Puan Habsah sendiri sudah tawar hati. Sekali
dia memberi peluang kepada Wandy apabila dia merelakan
hatinya menerima lelaki itu menjadi tunang anak gadisnya.
Dan sekarang Wandy dengan senang hati ingin memutuskan
majlis itu tanpa memikirkan kesan yang akan ditanggung
oleh mereka. Kalau dia menerima Wandy semula, selepas ini
nanti entah apa pula onar yang akan dilakukan oleh Wandy.
Puan Habsah tidak rela terus-terusan dipermainkan. Dia
tidak mahu pisang berbuah dua kali.
Hal-hal sebegini bukan sahaja membabitkan derita
perasaannya seorang. Tetapi juga melibatkan perjalanan
hidup anak gadisnya. Puan Habsah tidak rela masa depan
Azyan kucar-kacir. Dia tidak akan mungkin dapat memaafkan
diri seandainya terjadi sesuatu kepada Azyan. Dia sudah
berjanji dengan arwah suaminya akan menjaga dan membuat
pilihan terbaik untuk anak-anaknya.
Pak Baha berjanji akan menyelesaikan masalah itu.
Esok dia akan menampalkan memo di dewan serbaguna
mengatakan pembatalan majlis perkahwinan itu. Dia juga
akan ke rumah beberapa orang ahli jawatankuasa taman
perumahan untuk meminta mereka menghebah-hebahkan
hal itu ke pengetahuan penduduk taman.
Di samping itu Pak Baha mengingatkan Puan

65
Cupid Love

Habsah agar pada hari tersebut sediakan juga sedikit


hidangan ringan. Mungkin ada juga tetamu yang akan
datang. Tentu ada yang tidak mendapat berita itu. Nanti kalau
mereka datang, bolehlah dijamu makanan ringan. Tidaklah
mereka pulang dengan perasaan kecewa.
Sementara itu Qairul di rumah sibuk menelefon
saudara-mara memberitahu perkara itu. Soalan-soalan lazim
yang diterima akan dijawab tidak tahu sahaja. Apa lagi yang
hendak dicakapkan? Memang itulah hakikatnya. Sampai
sekarang pun dia tidak tahu kenapa dan apa punca
pembatalan majlis pernikahan dan perkahwinan itu. Hanya
Azyan yang tahu dan Azyan pula tidak sudi berkongsi cerita
dengannya mahupun dengan mama.
Keesokan harinya, Puan Habsah ditemani Qairul ke
rumah Pak Hassan telur. Pak Hassan telur sudah mengetahui
tentang pembatalan majlis tersebut. Katanya kalau Puan
Habsah tidak datang menemuinya pun Pak Hassan telur
sendiri akan datang ke rumah untuk mencari kepastian. Puan
Habsah membatalkan tempahan telur ayam yang sudah
dibuatnya tempoh hari. Dia faham kalau Pak Hassan telur
tidak dapat memulang duit deposit yang telah dibayar.
Memang sudah jadi adat orang berniaga.
Puan Habsah ke rumah Cik Zam pula untuk
membatalkan tempahan pembinaan khemah. Seperti Pak
Hassan, Cik Zam juga sudah tahu. Cik Zam memulangkan
wang deposit yang telah dibayar walaupun berkali-kali Puan
Habsah dan Qairul menolaknya. Katanya sama-sama
penduduk taman. Lagipun khemahnya memang sering
digunakan oleh penduduk taman perumahan itu kalau ada
apa-apa keraian, kenduri-kendara, majlis perkahwinan
mahupun kematian. Kalau penduduk taman lain atau orang
luar, dia tidak akan berbuat demikian. Wang deposit selalunya

66
Rafizah Nordin

dikira hangus kalau tidak jadi menggunakan khidmat


khemahnya.
Seharian itu memang jenuhlah Puan Habsah
ditemani Qairul ke sana ke mari memberitahu pembatalan
majlis pernikahan dan perkahwinan anak gadisnya. Pada
mulanya tebal juga mukanya. Malunya seperti terasa tidak
tahu di mana hendak disorokkan muka. Menitis juga air
matanya tatkala bercerita. Sedih dan pedih hatinya tidak
terkata. Tetapi lama-kelamaan dia seperti sudah jadi terbiasa.
Bak kata pepatah alah bisa tegal biasa.
Sementara itu di rumah, Azyan menerima
kehadiran teman rapatnya, Narin dan Finaz. Kedua-duanya
terkejut dengan berita yang didengar. Kedua-duanya serasa
tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Mereka kasihan
dengan nasib yang menimpa Azyan.
“Kesian aku tengok mama dan Abang Qairul.
Terpaksa ke sana ke mari tebalkan muka. Ini semua salah
aku. Kalau aku dengar cakap mama dan Abang Qairul dulu,
tentu masalah ni takkan timbul. Aku ni memalukan dia orang
aja,” luah Azyan dengan suara sebak.
Narin dan Finaz di sebelah cuba menenangkan
perasaan Azyan. Tidak banyak yang dapat mereka lakukan
selain menyuruh Azyan bersabar, beristighfar dan banyak-
banyak ingatkan Allah selain memberi nasihat agar Azyan
jangan terlalu mengikut perasaan. Mereka juga amat
berharap agar Azyan tabah dan kuatkan semangat
menempuhi dugaan ini.
“Mama aku sampai tak tahu nak cakap apa. Orang
asyik bertanya kenapa, kenapa, kenapa,” ujar Azyan dengan
wajah lemah tidak bermaya.
Beberapa malam ini dia tidak bisa melelapkan mata.

67
Cupid Love

Sendirian di dalam bilik, tangisannya bagai tidak boleh


ditahan-tahan. Kelopak matanya sentiasa merah berair.
Bawah matanya membengkak. Selera makannya hilang.
Menelan nasi terasa bagai menelan pasir. Dia telah cuba
untuk menguatkan semangat dan telah sedaya upaya
mengusir semua kenangan semalam.
Namun semakin diusir kenangan indah semalam
ketika bersama Wandy, terasa memori itu seakan
mengejarnya. Semua gambar yang diabadikan bersama
Wandy telah dibakar. Semua barang pemberian Wandy dan
beberapa helai pakaian yang dibelikan oleh lelaki itu telah
dimasukkan ke dalam sebuah kotak dan dibuang ke dalam
tong sampah.
Harapan Azyan hanya satu. Semoga dia bisa
melupakan lelaki yang telah mengaibkan dia dan keluarganya.
Semoga dengan melupuskan semua barang yang ada sangkut
paut dengan lelaki itu, dia bisa melupakan Wandy. Dan
seandainya bisa, Azyan tidak mahu terus mengenang kisah
semalam. Dia tidak rela dan tidak mahu hidup bersama
bayang-bayang lelaki itu.
“Habis, apa mama kau cakap bila orang tanya?” soal
Narin.
“Nak cakap apa lagi? Cakap tak ada jodoh ajalah.”
Narin memandang Finaz. Pandangan mereka saling
bertemu buat seketika sebelum Finaz bersuara.
“Sebenarnya apa yang dah terjadi, Yan?”
Azyan diam.
“Ceritalah Yan. Kau kena luahkan apa yang ada
dalam hati kau. Kau tak boleh simpan dalam hati. Nanti boleh
makan diri. Kau kena kongsi masalah kau dengan orang lain.
Walaupun orang tu tak boleh bantu kau selesaikan masalah

68
Rafizah Nordin

tu, tapi sekurang-kurangnya kau tak pendam semuanya


sendiri,” ujar Finaz.
“Betul tu, Yan. Itulah gunanya teman. Kami sedia
dengar apa saja masalah kau,” kata Narin pula. Tangan Azyan
dipegang dan digenggam erat. Wajah sayu Azyan direnung
penuh belas.
“Aku malu dengan korang berdua.”
“Malu? Apa yang nak dimalukan, Yan? Kita
berkawan bukan baru sehari dua. Sejak dari zaman sekolah
lagi. Aku rasa hubungan kita ni dah macam adik-beradik.”
Narin menepuk bahu Azyan perlahan.
Terharu sungguh hati Azyan mendengarnya. Saat
ini dia begitu menghargai persahabatan yang terjalin antara
mereka bertiga. Memang dia tahu hubungan mereka bertiga
sudah seperti adik-beradik. Antara mereka tidak pernah ada
rahsia. Seorang susah, kedua-duanya juga akan terasa susah
dan mereka bertiga akan berusaha untuk mencari jalan
penyelesaian. Seorang sedih, dua orang lagi akan turut sama
bersedih. Semua rasa suka duka mereka kongsi bersama.
Tetapi untuk sekali ini, Azyan merasa rendah diri.
Dia berasa amat bersalah dan malu. Bukan hanya dengan
Narin dan Finaz. Tetapi juga dengan mama dan abangnya.
Untuk seketika Azyan rasa ada juga baiknya dia berhenti
kerja. Kalau tidak tentu dia harus berhadapan dengan lebih
tiga puluh orang kakitangan syarikat. Tebalnya muka. Di
mana hendak disorokkan?
“Korang dulu pun tak setuju aku nak bertunang
dengan dia. Aku tak dengar nasihat korang. Aku ketepikan
korang. Kalaulah aku dengar cakap korang, cakap mama dan
Abang Qairul…” kata-kata Azyan terhenti di situ. Dia
menundukkan kepala.

69
Cupid Love

Narin dan Finaz saling berpandangan dan kedua-


duanya memeluk Azyan dengan penuh kasih. Sesungguhnya
jauh di dalam hati kedua-dua orang teman baik itu langsung
tidak menyimpan rasa dendam dan kecil hati. Memang
mereka pernah menasihatkan Azyan supaya berfikir masak-
masak sebelum membuat keputusan sementelah mama dan
abangnya tidak setuju dengan pilihannya itu. Memang
mereka pernah memberikan pandangan bahawa Wandy
nampaknya bukanlah lelaki yang baik untuk Azyan jadikan
teman hidup. Tetapi kalau Azyan berkeras dengan
keputusannya, tetap dengan pendiriannya, Narin dan Finaz
hanya mengikut sahaja. Sebagai teman mereka mendoakan
yang terbaik untuk kehidupan Azyan. Hari ini, esok dan
selamanya.
“Yan, kami tak pernah simpan dalam hati. Kami
hormat keputusan yang kau buat. Sekarang bila dah jadi
macam ni pun, kami takkan sampai hati nak gelakkan kau.
Apalagi nak tuding jari pada kau sebab tak dengar nasihat
kami dulu. Kau janganlah fikir yang bukan-bukan,” luah
Finaz. Pelukan Finaz terasa semakin erat.
“Tak apalah. Aku ucapkan terima kasih pada korang
sebab ambil tahu hal aku. Tapi pasal punca perpisahan aku
dengan dia tu, aku rasa biarlah aku simpan sendiri. Biarlah
jadi rahsia. Anggap sajalah antara aku dan dia tak ada jodoh.”
“Okeylah, Yan. Ikut suka hati kaulah. Kalau kau tak
nak cerita, kami pun tak nak paksa,” ujar Narin pula. Dia
tidak mahu terus mendesak. Narin faham, hati Azyan sudah
cukup terluka. Dia tidak mahu Azyan terus mengenang kisah
luka semalam yang menyakitkan itu. Narin sudah rindu
dengan senyum tawa Azyan. Dia sudah rindu dengan gurau
senda mereka.
Ketiga-tiga teman baik itu saling berpelukan. Kata

70
Rafizah Nordin

Finaz selepas ini dia mahu lihat Azyan senyum semula. Dia
mahu Azyan kuatkan semangat. Azyan mesti berani
berhadapan dengan semua orang. Azyan tidak boleh terus
sendiri melayan perasaan. Azyan mesti berusaha ke arah itu.
Azyan mesti nekad, hatinya mesti cekal, jiwanya mesti kental.
Kata Narin pula, dia dan Finaz akan sentiasa ada di
sisi Azyan walau dalam apa keadaan sekalipun. Susah, senang.
Senyum, tangis. Mereka akan tetap terus bersama.
“Aku ada good news untuk kau, Yan,” kata Narin
setelah pelukan mereka terlerai.
“Apa?” soal Azyan sambil mengesat sisa air mata di
bawah kelopak matanya.
“Bos panggil kau datang kerja semula.”
Narin dan Azyan bekerja satu pejabat. Cuma Finaz
bekerja di syarikat lain. Namun masih di satu kawasan yang
sama.
“Emmm… baguslah tu. Tak payahlah kau nak
susah-susah cari kerja lepas ni.”
Azyan senyum seketika sebelum wajahnya berubah
duka. Seketika dia menggelengkan kepala.
“Kenapa? Bos tak kisah….”
“Tak naklah. Aku malu.”
“Eh… akukan dah cakap dengan kau tadi? Kau kena
kuat. Kena. Kena berdepan dengan semua orang. Kena buang
perasaan malu tu jauh-jauh.” Finaz mengingatkan.
Azyan menggelengkan kepalanya lagi. Bibirnya
tercebik. “Biarlah aku cari kerja lain. Aku nak berubah
angin.”
Narin dan Finaz terdiam. Mereka akur dengan
keputusan Azyan.

71
Cupid Love

B A B
7

“H AI, si kacak!” tegur


Jannice sebaik sahaja
menguak daun pintu
bilik pejabat Danny. Dia tersenyum lebar penuh gembira.
Danny hanya tersenyum menyambut kehadiran
sepupunya itu dan menjemput Jannice masuk. Kedatangan
gadis berkulit putih, bermata sepet dengan baju tidak
berlengan dan berskirt pendek itu memang tidak diduga.
Entah dari mana Jannice dapat tahu kepulangannya ke
Malaysia. Mungkin daripada mummynya. Sejak pulang ke
tanah air, Danny belum lagi bertemu dengan saudara-mara.
“Awak ni… balik Malaysia langsung tak beritahu
kita.” Jannice berkata sambil mencemik muka seolah-olah
merajuk. Dia terus mendekati Danny dan melabuhkan
punggung di hujung meja.

72
Rafizah Nordin

Danny tunduk, konon-kononnya membetulkan baju


kemeja yang dipakainya. Pada hal sebenarnya dia cuba
menghalang pandangan mata dari memandang paha Jannice
yang terdedah betul-betul di hadapan matanya.
Dosa, dosa! Aurat tu! getus Danny dalam hati.
“Wah… bertahun-tahun kita tak jumpa! Awak
nampak semakin kacak dan matang.”
“Terima kasih.”
“Ada cenderamata untuk kita, tak?” soal Jannice
dengan suara manja. Dia mendorongkan badan mendekati
bahu Danny. Bibirnya terasa begitu dekat di tepi cuping
telinga Danny.
“Ada. Ada kat rumah,” ujar Danny. Dia membeli
cenderamata bukanlah semata-mata untuk Jannice tetapi
untuk semua sepupunya.
Danny segera bangun. Perlakuan kurang sopan
Jannice itu sungguh tidak disenangi. Danny berjalan ke sofa
yang terletak di hadapan meja kerjanya. Dia duduk di situ.
Saat itu dia amat berharap kehadiran seseorang di dalam
biliknya. Lebih-lebih lagi kakaknya, Sabrina. Tentulah nanti
Jannice tidak akan mengada-ada dengannya. Jannice tentu
hormatkan Sabrina.
Jannice memandang perlakuan Danny dengan
perasaan meluat. Dia nampak Danny sengaja cuba melarikan
diri daripadanya. Tetapi seketika kemudian dia tersenyum
meleret. Fikirnya mungkin Danny masih malu. Maklumlah,
sudah lama mereka tidak bertemu.
“Mana awak tahu saya dah balik?” soal Danny
sengaja bertanya.
Jannice bukan tidak cantik. Dia anak gadis yang
manis. Tetapi kerana terlalu mengikut fesyen semasa dan

73
Cupid Love

pergaulan terbuka membuatkan sikap dan sifatnya berubah.


Sebagai seorang anak tunggal menjadi faktor pendorong
menjadikan dia begitu. Dia dimanjakan oleh orang tuanya.
Diberikan apa sahaja yang dia minta. Ditunaikan apa sahaja
yang dihajatinya.
“Mummy awak yang telefon saya,” beritahu Jannice
sambil tersenyum manja. Dia berjalan lenggang-lenggok ke
arah lelaki itu dan melabuhkan punggung di sofa. Betul-betul
di sebelah Danny.
Danny membetulkan sedikit duduknya. Rasa tidak
selesa sungguh apabila terasa Jannice semacam sengaja
menghimpitnya.
“Mummy awak ada beritahu yang awak takkan ke
luar negara lagi. Betul ke?” soal Jannice mahukan kepastian.
Danny angkat kening sambil menganggukkan
kepalanya. Memang tidak salah sangkaannya. Pasti
mummynya yang beritahu Jannice akan kepulangannya itu.
Terbayang wajah orang tuanya, terngiang juga leteran
mereka. Sebelum ini hanya mummynya yang banyak cakap.
Sekarang daddynya pun sudah macam tersampuk sama.
Apalagi kalau bukan pasal dia tidak pulang ke rumah. Adu
mummynya kepada Sabrina, Danny telah banyak berubah.
Danny sekarang bukan lagi seperti Danny anak terunanya
yang dahulu.
Mujurlah Sabrina yang faham dengan keadaan
Danny cuba menenangkan suasana. Tenangkan hati mummy
dan daddy mereka dengan mengatakan Danny bukan anak
kecil yang perlu dirisau-risaukan sangat. Danny sudah besar
panjang. Sudah pandai jaga diri sendiri. Sabrina juga bagai
menyedarkan mummy dan daddynya, sebelum ini pun Danny
sudah hidup sendiri jauh di rantau orang. Tetapi kehidupan

74
Rafizah Nordin

Danny elok-elok sahaja. Kenapa sekarang bila Danny sudah


pulang ke tanah air, Danny hendak dilayan bagaikan putera
raja pula? Kenapa hendak dirisaukan sangat?
Sabrina minta mummy dan daddynya membiarkan
Danny menguruskan dirinya sendiri. Sabrina kata Danny
sudah terbiasa hidup berdikari. Sabrina minta mummy dan
daddynya faham dan memberi ruang pada Danny untuk
menjalani hidupnya sendiri.
Tiga empat hari ini Danny sibuk sedikit. Atas
bantuan Sabrina, dia menyewa seunit kondominium yang
terletak di Petaling Jaya. Dia tidak lagi menumpang di rumah
persinggahan kawannya. Tiga empat hari menginap di unit
kondominium yang baru disewa itu, Danny rasa selesa dan
tenang. Dia bercadang untuk membeli unit itu. Tuan rumah
juga nampaknya tidak keberatan untuk menjual seandainya
Danny berminat untuk membeli.
“Ikutkan perancangannya begitulah. Tapi kalau rasa
tak sesuai…” Danny angkat kening lagi. Dia rasa Jannice
faham dengan maksud kata-katanya yang sengaja digantungkan
itu.
“Sesuai… mesti sesuai. Inikan tempat lahir awak.
Tanah air kita. Lagipun awak takkan sunyi sebab saya akan
selalu ada di sisi awak,” ujar Jannice yang tersenyum penuh
makna.
Berdebar dada Danny apabila Jannice dengan tiba-
tiba dan begitu berani memegang tangannya. Tangan Danny
digenggam erat sambil pandangan matanya merenung tepat
ke anak mata Danny.
“Saya rindukan awak. Rindu sangat-sangat.”
Danny tersenyum nipis. Liurnya ditelan. Perlahan-
lahan dia cuba menarik tangan dari dalam genggaman tangan

75
Cupid Love

Jannice. Tetapi Jannice seolah-olah sudah mengunci tangan


Danny dalam genggaman tangannya. Dalam masa yang sama
Jannice mendekatkan mukanya ke muka Danny. Pandangan
mata Jannice pun sudah beralih memandang bibir Danny
pula.
Danny tahu apa yang hendak dilakukan oleh
Jannice. Sebagai seorang lelaki dia juga maklum apa yang
Jannice mahukan. Tetapi Danny tidak cepat tenggelam dalam
nafsu serakah. Dalam hatinya tidak henti-henti beristighfar
dan memohon agar Allah memelihara imannya. Dia
memohon agar Allah tidak membiarkan dia hanyut dengan
keseronokan duniawi.
“Lepaskan tangan saya boleh tak? Sakitlah,” pinta
Danny beralasan sekali gus mengejutkan Jannice yang sudah
sedia menutup kelopak mata.
Jannice terkejut. Badannya terdorong ke belakang
sedikit. Kelopak matanya segera terbuka. Genggaman
tangannya juga segera dilepaskan. Dia memandang Danny
dan kemudiannya tersenyum malu.
Danny sengaja melirik jam di pergelangan tangan.
Dia serba salah. Malu juga pada dirinya sendiri. Namun dia
bersyukur kerana Allah telah menyelamatkannya dari godaan
syaitan, godaan Jannice.
“Awak dah makan? Jom kita pergi makan…” ajak
Jannice, cuba menyembunyikan malunya.
“Baru pukul sebelas setengah. Waktu makan tengah
hari pukul dua belas setengah.” Danny memberi alasan.
“Alah… bolehlah. Apalah yang awak nak berkira
sangat? Awak bukan kerja makan gaji. Syarikat ni daddy awak
yang punya. Bos awak pun bukan orang lain. Kakak awak
juga. Takkanlah kakak awak nak potong gaji awak kalau awak

76
Rafizah Nordin

keluar lunch awal? Lagipun awak bukannya keluar dengan


orang lain. Dengan saya... bakal isteri awak.”
Aduh! Bagai hendak gugur jantung Danny tatkala
mendengar ayat yang terakhir itu. Liurnya ditelan. Sekilas dia
membayangkan kemungkinan itu. Ah, sesaknya nafas kalau
ianya benar-benar jadi kenyataan. Tetapi Danny memang
sedia maklum dengan kenyataan itu. Sejak mereka masih
kecil mummynya dan mummy Jannice telah merancang
untuk menjodohkan mereka apabila sudah meningkat
dewasa. Tetapi hakikatnya sekarang ini sudah berubah.
Sejak dari zaman kanak-kanak Danny tidak begitu
berkenan dengan sikap Jannice. Dia terlalu manja, mengada-
ada. Danny naik meluat. Jannice pantang tersentuh. Mesti
menjerit. Mesti menangis meraung-raung. Barang-barang
permainannya tidak boleh diusik tetapi kalau permainan
orang dia tidak peduli.
Setelah meningkat ke zaman remaja, perlakuan
tidak semenggah Jannice tetap tidak berubah. Malah
bertambah teruk pula nampaknya. Danny semakin meluat
dengan sepupunya itu. Kebanyakan sepupu mereka yang lain
pun tidak suka dan meluat dengan Jannice. Di hadapan
Jannice mereka elok-elok sahaja demi menjaga hati, tetapi
bila di belakang Jannice, macam-macam mereka mengata.
Sampai ada yang gelar-menggelar pula. Secara tidak langsung
tentulah Danny jadi bahan usikan kerana dia merupakan
bakal suami Jannice. Bertambah-tambah meluatlah Danny.
Sangka Danny setelah bertahun-tahun mereka tidak
bertemu dan berjauhan, Jannice kalau tidak berubah sikap
dan tingkah laku pun mungkin akan tawar hati dengannya.
Tetapi nampaknya tidak juga. Jannice masih menyimpan
harapan untuk menjadi isterinya.

77
Cupid Love

“Jomlah Danny…” ajak Jannice lagi. Kali ini lengan


Danny dirangkul dan digoyang-goyang.
Ajakan Jannice itu mengejutkan lamunan Danny.
Dia pandang Jannice sekilas dan hatinya berkata, tidak boleh
dan tidak mungkin. Jannice tidak boleh dan tidak mungkin
jadi isterinya. Pertama sekali tentulah kerana mereka kini
telah berlainan agama. Kalaupun Jannice sanggup menukar
agama hanya untuk bersama dan berkahwin dengannya,
Danny tetap tidak boleh terima.
Kedua kerana Danny merasakan Jannice bukanlah
gadis yang memenuhi kriterianya. Sudah semestinya Danny
mahukan gadis yang seagama dengannya. Danny mahukan
gadis yang lemah lembut. Gadis yang sedap mata dan sejuk
hati bila dipandang. Gadis yang tahu menjaga harga diri,
maruah dan air muka diri dan suami. Dan paling penting
gadis yang menghargai dirinya.
Namun Danny sentiasa ingat ceramah seorang
ustaz di masjid tempatnya selalu berjemaah. Katanya, dalam
dunia yang fana ini tidak ada insan yang dijadikan oleh Allah
itu sempurna. Setiap orang ada kelebihannya mahupun
kekurangannya. Sebagai manusia biasa, kita mestilah
menerima qada dan qadar-Nya dengan hati terbuka, reda,
khusyuk dan tawaduk.
“Danny…” panggil Jannice lagi. Untuk kesekian
kalinya mengejutkan Danny dari lamunan.
Danny beristighfar dalam hati.
“Perut saya ni kenyang lagi.”
“Tapi perut saya ni lapar. Lagipun saya dah lama tak
makan dengan awak. Saya rindukan awak tau…” ujar Jannice
yang bersuara lirih mengharap.
Danny serba salah. Kalau tidak diikutkan dia rasa

78
Rafizah Nordin

kasihan. Meluat-meluat pun Jannice bukan orang lain


dengannya. Sepupunya juga. Tetapi kalau diturutkan, Danny
takut Jannice menggunakan kesempatan seperti ini lagi di
kemudian hari.
“Awak nak makan apa?” tanya Danny. Akhirnya
mengalah juga.
Jannice tersenyum riang. Kemenangan berada di
pihaknya. Danny akhirnya tunduk juga dengan kehendaknya.
“Sekarang ni saya tengah diet. Maklumlah dalam
masa terdekat ni saya akan pakai baju pengantin,” ujar
Jannice penuh perasaan mengharap.
Senyum di bibir Jannice semakin lebar sebaik
sahaja menuturkan ayat terakhir itu. Dia merangkul lengan
Danny dan sengaja membiarkan badannya bergesel dengan
badan Danny. Sengaja menyendeng manja.
Danny pula berusaha menjauhkan diri daripada
Jannice. Entahkan Jannice sedar atau tidak dia sejak tadi
asyik mengengsot.
“Mulai sekarang saya kena makan makanan yang
ringan-ringan aja. Macam sayuran-sayuran, buah-buahan.
Saya tak nak nampak gemuk dalam gambar kahwin kita
nanti,” sambung Jannice lagi. Kali ini dia merangkul Danny
ke dalam pelukannya.
Danny tidak boleh tahan lagi. Dia segera
merungkaikan pelukan Jannice itu.
“Janganlah buat macam ni. Kalau orang nampak
buat malu aja,” tegur Danny.
Riak di wajah Jannice berubah. Direnung wajah
Danny dengan tajam.
“Siapa yang nampak? Cuma kita berdua aja dalam
bilik ni.”

79
Cupid Love

“Yalah. Tapi kalau tiba-tiba kakitangan syarikat ni


masuk. Kan malu saya?”
“Kenapa? Kakitangan syarikat awak ni tak tahu
ketuk pintu dulu sebelum masuk pejabat ke?” soal Jannice
dengan wajah tidak puas hati. Sejak tadi baru sekarang ini dia
menunjukkan rasa tidak senangnya secara terang-terangan.
Danny kehilangan kata-kata. Dia melepaskan satu
keluhan yang berat. Kepalanya tergeleng sedikit tanda cukup
kesal dengan perangai Jannice yang jelas tidak pernah
berubah.
Nak tak nak Danny ikutkan juga kehendak Jannice.
Mereka pergi makan di sebuah restoran makanan segera.
Konon-kononnya Jannice sedang diet tetapi merengek kata
lapar pula. Di restoran itu Jannice hanya pesan salad dan
minum air mineral sahaja. Danny pula memesan air buah-
buahan. Kalau ikutkan perutnya memang lapar. Tetapi
melihatkan perangai dan sikap mengada-ada Jannice,
seleranya seakan terbang hilang entah ke mana.
Jannice tidak sudah-sudah bercakap tentang
perancangannya untuk majlis perkahwinan mereka nanti.
Kata Jannice separuh berbisik dengan pandangan mata penuh
makna, dia sudah bersedia untuk menjadi isteri Danny. Dan
Jannice mengimpikan satu majlis perkahwinan yang gilang-
gemilang. Dia mahu majlis itu diadakan di taman. Dia mahu
majlis itu diadakan secara besar-besaran. Katanya sebagai
anak tunggal, mummy dan daddynya tentu akan mengadakan
apa sahaja yang dia mahukan apalagi pada hari bahagianya
nanti. Wang ringgit bukan menjadi satu masalah, Danny tahu
itu. Mummy dan daddy Jannice orang berada.
Aduh, pening kepala Danny. Dia tidak banyak
bercakap. Apa yang Jannice tanya dijawab. Apa yang patut
diangguk, dia angguk. Apa yang tidak, digeleng. Selebihnya

80
Rafizah Nordin

Danny lebih banyak mendengar dan mengukir senyum nipis.


Dia tidak ada hati hendak melayan kerenah Jannice.
Selepas makan Jannice mengajak Danny jalan-jalan
di kompleks membeli-belah. Hendak beli pakaian katanya.
Tetapi Danny memberi alasan yang dia ada banyak kerja di
pejabat. Danny berjanji akan menemani Jannice lain kali.
“Pening… pening…” getus Danny sebaik sampai ke
pejabat. Dia tidak terus ke biliknya sebaliknya singgah di bilik
Sabrina.
“Kenapa ni? Kata penyambut tetamu tadi Danny
keluar. Keluar dengan siapa?” soal Sabrina sambil
memandang adik lelakinya.
“Jannice.”
“Apa? Jannice?”
Danny angguk, mencebik bibir dan mengangkat
kening.
Sabrina ketawa.
“Keluar dengan tunang… pergi mana?” ujar
Sabrina mengusik.
“Kakak ni… tunang apa?” Danny kerut kening.
Sabrina terus ketawa. Geli hati pula melihat riak
wajah Danny.
“Pergi makan. Tapi bukan makan pun, minum aja.
Katanya dia tengah diet. Takut gemuk. Takut nanti tak cantik
masa ambil gambar. Badan dah kurus melengkung macam
tu, kata gemuk.” Danny mendecit sambil tergelak kecil, sinis.
“Eh, tak baik mengata tunang sendiri, tau!”
“Kakak… tunang apa?” soal Danny sekali lagi,
semakin berasa tidak senang.

81
Cupid Love

“Yalah… mummy dan daddykan suka dengan


Jannice. Takkanlah Danny tak tahu yang mummy dan daddy
nak kahwinkan Danny dengan Jannice?” soal Sabrina.
“Tahu…”
“Hah, itulah yang Jannice sibuk-sibuk nak diet.
Danny dah balik dan korang pun dah cukup dewasa. Mesti dia
sangka Danny balik Malaysia sebab nak kahwin dengan dia,”
terang Sabrina sambil tersenyum-senyum.
Danny gelengkan kepala. “Mana boleh. Sekarang
bukan macam dulu.”
“Kalau dia sanggup peluk Islam macam mana?”
Danny tetap gelengkan kepala.
“Kenapa?”
“Sebab Danny memang tak berniat nak ambil dia
jadi isteri.”
“Eh, Jannice tu cantik apa? Mummy dan daddy dia
pun orang kaya. Anak tunggal lagi. Kalau Danny kahwin
dengan dia dah tentu harta mummy dan daddynya jatuh ke
tangan Danny. Hai… senang hidup tau,” ujar Sabrina panjang
lebar.
“Wah… baru hari ni Danny tahu yang kakak ni
materialistik juga orangnya, ye?” Danny mengenakan
Sabrina. Dia menjeling kakaknya, geram.
Senyum Sabrina mati di situ. Dia menggoyangkan
jari telunjuknya tanda awas pada Danny dengan kata-katanya.
“Tak boleh, kak. Tak boleh… agama kami berbeza.
Kalau Jannice tu nak peluk Islam sebab semata-mata nak
kahwin dengan Danny, Danny lagi tak sudi. Nanti kalau
terjadi apa-apa dalam perkahwinan kami, dia kembali pula ke
agama asal dia siapa yang tanggung dosanya? Danny juga.

82
Rafizah Nordin

Danny tak sanggup.” Danny menggawangkan kedua-dua


belah tangannya sambil membetulkan duduk. Dia sungguh-
sungguh tidak sanggup.
“Kalau macam tu Danny kena cepat-cepat berterus
terang dengan mummy dan daddy. Kena beritahu dia orang
perkara yang sebenarnya supaya mummy dan daddy tak terus
berharap.”
Danny terdiam. Dia memang terfikir untuk beritahu
mummy dan daddynya, tetapi tidak tahu apa ayat hendak
dimulakan. Selebihnya dia merasa tidak ada kekuatan untuk
berhadapan dengan kemungkinan-kemungkinan yang akan
berlaku. Itu bermakna dia belum bersedia. Oleh kerana
itulah, Danny tangguhkan dahulu hingga masanya tiba
dengan sendirinya nanti.

83
Cupid Love

B A B
8
A ZYAN mengadap cermin. D i a
s u d a h s i a p berpakaian. Dia
mengenakan seluar jean biru dan
t-shirt warna biru muda. Wajah yang sudah disapu krim
penghalang uv dan disapu bedak itu direnung lemah.
Hatinya berbelah bahagi. Hendak pergi, tidak mahu pergi.
Hendak pergi, tidak mahu pergi. Tetapi dia sudah berjanji
dengan Finaz dan Narin. Kalau tiba-tiba dia menolak, kecil
pula hati dua teman baiknya itu.
Azyan melepaskan nafas berat untuk ke sekian
kalinya. Lipstik warna merah jambu atas meja almari solek
diambil dan dioleskan ke bibir.
Pintu bilik tidurnya diketuk orang dari luar.
Beberapa saat kemudian daun pintu terbuka. Puan Habsah
berdiri di situ dengan senyum di bibir. Hatinya senang

84
Rafizah Nordin

melihat anak gadisnya sudah bersiap. Tadi Azyan beritahunya


yang dia hendak keluar bersama teman-temannya. Puan
Habsah tidak menghalang. Malah dia rasa senang hati. Sejak
hubungan Azyan dan Wandy putus, Azyan tidak keluar-keluar
dari rumah. Masanya lebih banyak di rumah, dalam biliknya.
“Dah siap?” tanya Puan Habsah seraya melabuhkan
punggung di birai katil. Wajah Azyan direnung melalui
pantulan cermin.
“Dah nak siap.”
“Janji dengan dia orang pukul berapa?”
“Janjinya pukul dua belas tengah hari. Finaz datang
sini. Dia bawa kereta. Tapi dia pergi ambil Narin dulu. Lepas
tu baru datang sini ambil Yan,” beritahu Azyan pada
mamanya tentang perancangan mereka.
Ketiga-tiga mereka ada lesen memandu. Ketiga-
tiganya juga ada kenderaan sendiri. Finaz dengan kereta
Kelisanya. Narin berkongsi dengan adik perempuannya
membeli kereta Kancil. Sementara duit muka untuk kereta
Proton Iswara milik Azyan dibantu oleh abang dan mamanya.
Bayaran bulanannya dibayar sendiri.
Puan Habsah mengangguk, faham dengan
penerangan panjang lebar Azyan. Matanya melirik jam di
dinding bilik. Kalau mengikut kata Azyan tadi, Azyan masih
ada masa lima belas minit untuk bersiap.
“Cadangnya nak ke mana?”
“Tak tahu lagi. Narin ajak tengok wayang. Tapi…”
ayat Azyan tergantung di situ.
“Tapi kenapa?”
“Yan rasa macam malas pula. Nak keluar ni pun
rasa malas sangat.”

85
Cupid Love

“Janganlah macam tu, Yan. Yan kena keluar. Kena


ambil udara luar. Luaskan pandangan. Tak boleh asyik
terperap aja dalam bilik ni,” ujar Puan Habsah. Bahu anak
gadisnya disentuh penuh kasih.
Puan Habsah tahu apa yang dialami oleh Azyan. Dia
faham hati Azyan terluka. Dia tahu perasaan Azyan merana.
Dia juga tahu jiwa Azyan sengsara. Semuanya gara-gara lelaki
durjana itu.
“Yan malu, mama. Bila Yan keluar, Yan rasa semua
orang pandang Yan macam Yan ni, bukan manusia. Dalam
hati dia orang, entah apalah yang dia orang kata. Dia orang
mesti ejek-ejek Yan sebab Yan tak jadi kahwin. Kat luar sana
cerita pasal majlis yang tak jadi tu mesti jadi jajaan dia orang.
Jadi cerita panas. Sana sini orang duduk bercerita,” luah
Azyan dengan wajah sedih dan sugul.
“Tak baik Yan prasangka macam tu. Kita tak kenal
hati orang dan bukan semua orang hatinya busuk. Ada juga
yang baik, yang ikhlas kasihan dengan nasib kita. Yan tak
boleh tuduh-tuduh macam tu. Tak elok,” tegur Puan Habsah.
Azyan menggigit bibir. Teguran mamanya
membuatkan dia kehilangan kata-kata. Rambut yang nampak
sudah disisir rapi itu disikat lagi. Dia sudah siap sebenarnya.
Hanya tunggu kedatangan Finaz dan Narin sahaja.
“Kenapalah Yan ditemukan dengan lelaki macam
tu, mama?” soal Azyan seperti orang tidak sedar.
“Itulah takdir namanya, Yan. Setiap apa pun yang
terjadi pasti ada hikmahnya. Percayalah nak...” pujuk Puan
Habsah. Dia bingkas dari duduknya dan berdiri mendekati
Azyan. Dia mahu menenangkan hati Azyan.
Azyan sandarkan kepalanya di paha mamanya.
Direnung wajah yang tidak bermaya itu di cermin. Dia rasa

86
Rafizah Nordin

dia tidak boleh tersenyum lagi. Kalau ada orang buat kelakar
pun, belum tentu senang-senang dia akan ketawa dan
tergelak. Sikap periangnya telah hilang lenyap entah ke
mana. Hanya kesayuan yang menghuni dalam dirinya.
Dia pasrah. Dia reda dengan nasib dan ketentuan
takdir jodohnya. Azyan pujuk hati. Azyan sematkan dalam
hatinya bahawa Wandy bukan jodohnya. Mereka hanya
ditakdirkan untuk jatuh cinta tetapi bukan untuk bersama
hingga ke hujung nyawa. Namun sesekali kenangan dan
memori semalam bersama Wandy datang jua menjengah
kotak fikirnya. Membuatkan dadanya sesak. Membuatkan
benaknya semak. Sudahnya dia lemas, lemas dalam dirinya
sendiri.
“Agaknya ini balasan untuk Yan. Sebab Yan dah
lukakan hati mama dan Abang Qairul.”
“Yan… jangan cakap macam tu. Mama dan Abang
Qairul tak simpan dalam hati,” ujar Puan Habsah memujuk.
“Kalau Yan ikut cakap mama dan Abang Qairul
dulu, semua ni takkan terjadi,” luah Azyan terus.
“Yan…”
“Yan menyesal, mama. Yan menyesal sebab tak ikut
cakap abang dan mama….” Mata Azyan berkaca. Seketika
kemudian manik-manik jernih berlinangan di pipinya. Azyan
peluk Puan Habsah erat-erat bagai tidak mahu dilepaskan.
“Sudahlah Yan. Mama dan Abang Qairul dah
maafkan. Kalau benda macam ni tak jadi pun, mama dan
Abang Qairul memang dah maafkan Yan. Mulai sekarang Yan
jangan kenang lagi kisah yang dah lepas. Kalau Yan betul-
betul menyesal, eloklah. Lepas ni beringat-ingatlah. Jangan
ulang kesilapan yang sama,” ujar Puan Habsah. Kepala dan
bahu Azyan diusap.

87
Cupid Love

Terdengar bunyi hon kereta di luar rumah. Puan


Habsah memanjangkan lehernya memandang ke luar melalui
cermin tingkap bilik Azyan yang terbuka.
“Hah, sudah tu. Kesat air mata tu. Hon yang
berbunyi tu agaknya Si Finaz dengan Narin. Yan dah siap?
Kalau dah, jom turun,” ajak Puan Habsah sambil mengukir
senyum nipis sambil merenggangkan pelukan Azyan yang
kejap sejak tadi.
Azyan angguk. Tisu di dalam kotak atas meja solek
ditarik dua tiga helai. Dioleskan gumpalan tisu ke bawah
mata dan ditekap pada sisa air mata di pipi. Setelah bangun
dari duduknya, beg tangan di dalam almari dikeluarkan dan
diselimpangkan ke bahu.
“Senyum sikit, sayang…” pujuk Puan Habsah
sambil mengusap rambut Azyan.
Azyan tersenyum nipis. Tangan mamanya diraih ke
dalam pelukan. Dua beranak itu berjalan turun ke tingkat
bawah. Betullah kata mamanya tadi. Yang membunyikan hon
kereta tadi adalah Finaz.
Melihat dua beranak itu di hadapan pintu utama
rumah, Narin keluar dari perut kereta dan bersalaman
dengan Puan Habsah. Finaz terus menanti di dalam kereta.
Cermin tingkap diturunkan. Mereka bertukar-tukar
senyuman dengan Puan Habsah sebagai tanda hormat pada
orang yang lebih tua.
“Dah siap?” soal Narin.
“Dah,” jawab Azyan. Sandal Polo bunga bertindih di
atasnya disarungkan ke kaki. Azyan kucup tangan mamanya.
Kemudian kedua-dua belah pipi dan dahi orang tua itu.
“Elok-elok jalan,” pesan Puan Habsah.

88
Rafizah Nordin

“Kami pergi dulu, mak cik.” Narin sudah berjalan


ke hadapan. Sudah hampir dengan pintu pagar.
“Mama nak apa-apa? Nanti balik boleh Yan belikan,”
ujar Azyan kembali ke belakang mendapatkan mamanya.
Puan Habsah menggelengkan kepalanya. “Mama
cuma nak tengok anak mama balik dengan senyuman. Itu
aja.”
Azyan tersenyum. Namun hakikatnya bersama
senyum itu terselit rasa sayu dan pilu. Dia tahu apa yang
mamanya harapkan. Dia tahu bagaimana perasaan mamanya.
Azyan bukan tidak berusaha untuk bangun dari kekecewaan
ini. Dia bukan tidak berusaha untuk melawan dan
menguatkan semangat menempuh hari ini dan esok yang
akan datang. Tetapi hanya inilah yang termampu dia lakukan.
“Insya-Allah, mama. Insya-Allah….”

89
Cupid Love

B A B
9
A KHBAR The Malay Mail bahagian
iklan jawatan kosong itu sudah
naik lunyai. Ada banyak tulisan
bertulisan tangan di atasnya. Ada iklan yang dibulat tetapi
bertanda pangkah di atasnya. Ada pula iklan yang menarik
anak panah menunjukkan nama syarikat dan alamat penuh-
nya.
Buat seketika Azyan melabuhkan kepalanya di atas
bantal. Nafasnya dilepaskan dengan nada berat. Dia sudah
penat, letih. Seminggu ini dia sibuk ke sana ke mari. Panjat
bangunan sana, turun pejabat sini. Naik bas ke sana ke mari.
Turun naik Komuter. Dan dua kali naik teksi. Ada juga
beberapa kali dia memandu kereta. Semuanya kerana pergi
temu duga untuk mencari kerja. Namun penat lelahnya
masih belum menampakkan hasil. Kerja yang dicari belum
diperolehi juga.

90
Rafizah Nordin

Sesekali Azyan seperti putus asa. Azyan sudah tidak


kuasa hendak menjawab soalan yang sama, kenapa dia
berhenti di tempat kerja lama. Jawabnya, dia ada hal peribadi.
Dia diajukan terus dengan soalan, apa masalah itu. Ah,
takkanlah dia hendak cerita. Malulah. Agaknya kerana hal
peribadi yang cuba dirahsiakan itulah yang membuatkan dia
masih belum mendapat pekerjaan.
Beberapa kali pernah juga dia memberi alasan yang
dia hendak mencuba tempat baru, hendak cari pengalaman
baru. Tetapi dia seakan dipandang serong oleh penemu duga
itu. Serba salah Azyan dibuatnya. Berterus terang salah,
berbohong apatah lagi.
Dia sudah naik bosan menekan butang telefon.
Sudah penat memperkenalkan diri dan mengatakan niatnya
bertelefon itu. Terkadang apabila perasaan putus asanya
datang bertandang, Azyan seperti hendak menerima kembali
tawaran majikan lamanya. Narin tentu gembira dengan
keputusannya itu. Narin tentu seronok dengan kembaliannya
itu. Tetapi bila difikir-fikirkan semula Azyan tarik semula
niatnya. Malunya masih ada. Mukanya masih tebal.
Azyan ambil seekor udang yang baru diangkat dari
dalam kuali. Terus dimasukkan ke dalam mulut. Sebaik
sahaja dia mengatup mulut, Azyan menjerit kecil sambil
mulutnya terkumat-kamit. Mukanya berkerut. Kakinya
melangkah pantas menuju ke sinki berhampiran. Udang
goreng tadi diluahkan.
“Panasnya mama…” adu Azyan dengan suara
manja.
“Itulah… suka sangat curi makan.” Puan Habsah
memulang paku buah keras. Dia tergelak kecil melihat
telatah anak gadisnya. Turun-turun dari tingkat atas terus

91
Cupid Love

sahaja meluru ke pinggan udang. “Itulah akibatnya kalau curi


makan!”
Azyan menjelirkan lidahnya. Terasa perit dan
hangat. Dia membuka peti sejuk di bahagian beku. Ais ketul
dalam bekasnya diambil seketul dan terus dicampakkan ke
dalam mulut. Lega sikit rasanya.
“Hari ni tak ke mana-mana?” soal Puan Habsah. Dia
melirik jam di dinding yang menunjukkan hampir pukul
sebelas pagi.
Azyan menganggukkan kepala.
“Pukul sebelas setengah ni ada interview kat Jalan
Tandang. Hari ni Yan ada empat tempat nak pergi. Tapi tak
jauh. Dekat-dekat sini aja.”
Kuali yang ditenggek di atas dapur sudah panas.
Bawang besar yang sudah sedia dipotong bersama cili merah
dan beberapa biji cili padi dimasukkan ke dalam kuali. Asap
naik menyerbu ke atas. Hari ini Puan Habsah masak ringkas-
ringkas sahaja. Udang goreng digaul dengan bawang besar
dan cili goreng dan sayur pak choy dengan sos tiram. Sos
tiram itu tadi dibuat cair sedikit. Adalah makan berkuah
nanti.
“Habis tu? Tak siap lagi? Ni pun dah pukul
berapa…”
“Sekejap. Yan dah mandi. Cuma nak tukar baju
dengan berbedak aja.”
“Tukar baju pun makan masa. Bersolek apatah lagi.
Anak dara kalau dah mengadap cermin… tak usah cakaplah!”
usik Puan Habsah dengan lirik mata dan senyum nakalnya.
Azyan ketawa. “Alah, Jalan Tandang tu tak jauh
mana. Depan hidung aja.” Azyan pula meloyar buruk.

92
Rafizah Nordin

Dua beranak itu ketawa bersama. Senang hati Puan


Habsah melihat perubahan positif Azyan. Semakin hari
semangat Azyan kelihatan semakin kuat. Itulah yang Puan
Habsah harap-harapkan. Dia mengucap syukur ke hadrat
Ilahi kerana doa yang dipanjatkan setiap hari selepas habis
menunaikan solat telah dimakbulkan oleh-Nya.
“Keluar tu nanti baik-baik. Jangan melangak-
langak. Nanti orang ambil kesempatan pula. Barang kemas
tak payah pakai. Diragut orang, putih mata.”
Azyan angguk. Kata-kata itu bukan baru sekali ini
didengarnya. Sudah banyak kali. Malah sudah dihafal. Dan
selalunya Azyan tidak balas kata-kata mamanya itu. Dia
dengar, angguk dan mana yang dia rasa hendak ikut, dia
ikutlah. Kalau tidak, dia buat tidak tahu sahajalah.
“Beg tangan jangan diayun-ayun. Kepit celah
ketiak. Duit kalau hilang boleh dicari lagi. Tapi kad
pengenalan, kad bank, lesen memandu tu yang penting. Nak
buat balik bukan senang. Banyak kerja, banyak prosedur.
Kena denda lagi. Banyak masa terbuang.”
“Baik cik puan… ada apa-apa lagi nasihat daripada
cik puan?” soal Azyan berseloroh.
“Orang cakap betul-betul dia buat bergurau pula,”
getus Puan Habsah sambil menjeling anak gadisnya.
“Betullah ni. Apa pula berguraunya.”
“Dah, dah, dah. Pergi bersiap. Dah pukul berapa ni.
Nanti lambat pula. Pergi naik apa ni karang?” tanya Puan
Habsah.
“Yan rasa macam nak bawa kereta. Sebab empat-
empat tempat tu nanti kawasan dekat-dekat aja. Tak adalah
susah nak tempuh jam.”

93
Cupid Love

“Ikut suka Yanlah. Buatlah yang mana senang.”


Puan Habsah bukan tidak suka Azyan ada di rumah.
Kalau ikutkan dia juga sunyi tinggal di rumah seorang diri
bila anak-anak keluar pergi bekerja. Hendak jaga anak orang,
untuk buat teman, anak lelakinya pula tidak bagi. Dia suruh
mamanya duduk berehat di rumah. Tiap-tiap bulan dia bagi
duit. Kenapa hendak susah-susahkan diri, ujar Qairul bila
Puan Habsah mengatakan hasrat hatinya itu.
Dalam keadaan sekarang ini, Puan Habsah rasa ada
baiknya Azyan sibuk-sibukkan diri. Kalau Azyan asyik
terperap di dalam bilik, hati Puan Habsah rasa tidak tenteram.
Dia risau. Puan Habsah takut kalau-kalau Azyan hilang
pertimbangan. Macam-macam yang Puan Habsah bayangkan.
Yang tidak-tidak. Yang bukan-bukan. Macamlah anak
gadisnya itu tidak berotak. Macamlah Azyan tidak diberi
pelajaran agama. Tetapi perasaan takut itu tetap juga ada.
Puan Habsah sekadar ingin berwaspada.
Tetapi sekarang ini perasaan risau dan takut itu
semakin berkurangan. Azyan cukup kuat semangat. Dia
seolah-olah cukup bersedia menerima kejadian itu dengan
hati yang terbuka. Dia tampak reda dengan suratan hidupnya.
Sekarang Azyan sudah boleh tersenyum. Kalau bergurau
dengan Qairul, sampai ketawa berdekah-dekah. Sejuk dan
senang hati Puan Habsah melihatnya.
“Mama, Yan nak pergi dah ni.”
Puan Habsah memusingkan badan. Dilihat anak
gadisnya memakai kemeja warna merah hati dengan seluar
slek warna putih. Di tangannya memeluk fail berisi sijil-sijil
akademik. Di bahu kirinya tersandang sebuah beg tangan
warna putih juga. Rambut melepasi bahu itu tersisir rapi.
Wajahnya disolek nipis dan ringkas. Azyan kelihatan manis
apabila tersenyum.

94
Rafizah Nordin

“Nak makan dulu pun masa dah suntuk. Balik


nantilah makan, ye?” kata Puan Habsah yang tersenyum
memandang anak gadisnya.
“Tak apalah, mama. Lagipun Yan dah janji dengan
Finaz dan Narin nak jumpa dia orang masa lunch nanti. Kami
nak makan tengah hari sama-sama.”
“Oh, yelah.” Angguk Puan Habsah. Dia memang
senang dengan dua orang teman baik Azyan itu.
“Mama doakan Yan dapat kerja, ye? Yan dah penat
ke sana ke mari. Dah naik malas nak pergi interview.” Azyan
hulurkan tangan. Dia kemudiannya tunduk mengucup
tangan mamanya.
Puan Habsah tersenyum. Dahi anak gadisnya itu
dikucup sekali. Kalau Azyan tidak minta pun Puan Habsah
memang selalu mendoakan. Bukan hanya untuk Azyan tetapi
juga untuk Qairul dan arwah suaminya. Anaknya bukan
ramai, cuma dua orang. Suaminya pula terlalu awal dipanggil
Ilahi akibat kemalangan jalan raya. Ketika itu Azyan baru
berusia empat tahun.
Puan Habsah menghantar Azyan sampai ke muka
pintu. Beberapa pesanan dan nasihat dititipkan lagi untuk
anak gadisnya. Jangan lupa kunci pintu kereta. Pandu kereta
hati-hati. Tengok cermin pandang belakang dan cermin sisi
kiri dan kanan elok-elok, baik-baik sebelum menukar laluan
dan macam-macam lagi. Puan Habsah tidak mahu pisang
berbuah dua kali. Cukuplah suaminya menjadi mangsa
kemalangan jalan raya. Janganlah anaknya pun sama.
Nauzubillahiminzalik!
Azyan senyum. Dia melambaikan tangan sebelum
menekan pedal minyak dan kereta Iswara Aeroback yang
dipandu bergerak membelah aspal. Lagi lima belas minit jam

95
Cupid Love

akan menunjukkan pukul sebelas tiga puluh minit pagi.


Kalau jalan tidak sesak, Azyan boleh sampai ke tempat yang
hendak dituju tepat pada waktunya.
Azyan sudah berkira-kira dalam hati soalan-soalan
yang mungkin bakal ditanya dan jawapan-jawapan yang akan
dijawab. Sepanjang dia pergi memanjat syarikat-syarikat
untuk ditemu duga, soalan yang ditanya kebanyakannya
soalan yang sama. Habis-habis pun dia akan disuruh
menceritakan tentang latar belakang diri. Dan di penghujung
sesi temu duga itu dia akan disuruh tunggu panggilan telefon
seandainya dia berjaya.
Hah, itulah yang melemahkan Azyan. Kalau ikutkan
hati memang dijeritnya penemu duga itu. Kalau hendak
ambil dia bekerja, beritahu sahaja. Kalau tidak mahu pun
cakap sahaja. Dia boleh terima. Dia berfikiran terbuka.
Janganlah buat dia ternanti-nanti dan terharap-harap. Benci!
Azyan benci betul!
“Sebenarnya jawatan yang awak pohon ni dah diisi.
Baru aja,” kata lelaki berbangsa Cina yang berkaca mata.
“Oh, ye ke?” soal Azyan cukup kecewa. Nampaknya
harapan untuk mendapatkan pekerjaan ini telah tertutup.
“Tapi tak apa… saya akan KIV application awak ni.
Kalau orang tu tak datang pada hari yang ditetapkan, saya
akan terus hubungi awak. Saya tengok pengalaman yang
awak ada memang bagus. Sebelum ni pun nampaknya awak
bekerja di sebuah syarikat besar.”
Azyan angguk. Bibirnya antara senyum dengan
tidak. Kata-kata lelaki itu sebenarnya sedikit pun tidak
melegakan hatinya walaupun semacam peluangnya untuk
mendapatkan pekerjaan itu terbuka sedikit. Sudah banyak
tempat dia pergi temu duga. Dia sudah lali mendengar kata-
kata berupa menaikkan semangat itu.

96
Rafizah Nordin

Lima minit lagi jam menunjukkan pukul dua belas


tiga puluh minit tengah hari, Azyan sudah menanti di
hadapan bangunan tempat kerja Finaz. SMS sudah dihantar
ke telefon bimbit Finaz yang mengatakan dia sudah
menunggu di luar bangunan pejabat. Selepas ini barulah dia
akan ke bangunan tempat kerja Narin yang merupakan
tempat kerja lamanya juga.
Beberapa minit di situ, dia sudah nampak kelibat
Finaz. Panjang lehernya, melilau-lilau matanya mencari
kereta Azyan. Bila ternampak dan pasti, Finaz tersenyum
sambil berjalan mendekati kereta Azyan.
“Cepatnya kau turun. Belum pukul dua belas
tengah hari lagi ni.” Azyan melirik jam di pergelangan
tangannya.
“Okey aje… bos aku dah keluar,” ujar Finaz pula
sambil tergelak kecil.
“Hah, kau SMS perempuan tu. Suruh turun
sekarang juga. Cakap dengan dia, kalau dia lambat, tinggal!”
suruh Azyan bersama gelak-gelak nakalnya. Perempuan yang
dimaksudkan adalah Narin.
“Nangis dia kang… kau nak pujuk? Aku tak lalu…”
Finaz angkat kedua-dua belah tangan tanda surrender.
Kedua-dua mereka ketawa.
Finaz keluarkan telefon bimbit dari dalam beg
baldu sebesar telapak tangan warna merah jambu. Ah, dia
memang peminat warna merah jambu. Sampai Azyan dan
Narin menggelarnya ‘bini Pink Panther’. Dalam beg kecil itu
cuma ada beberapa not merah, duit syiling dan kad
pengenalan. Juga untuk disimpan telefon bimbitnya. Belum
sempat Finaz hantar pesanan ringkas kepada Narin, telefon
bimbitnya sudah mengalun lagu menandakan ada pesanan

97
Cupid Love

ringkas yang diterima. Finaz segera menekan butang mesej.


Dia tersenyum.
“Angau ke senyum sorang-sorang?” tegur Azyan
yang sesekali menoleh memandang Finaz. “Siapa tu?”
soalnya.
Finaz tunjukkan paparan skrin telefon bimbitnya.
Menyuruh Azyan baca sendiri.
“Woi… kau nak kita masuk longkang? Kau bacakan
ajalah. Akukan tengah drive ni.”
“Sorry, sorry.” Finaz cepat-cepat mengalihkan
telefon bimbitnya dari pandangan Azyan. “Daripada Narin.
Dia tanya kita datang ke tidak. Dia dah tunggu kat bawah. Dia
kata lagi dia dah basah kuyup.”
“Basah kuyup?” Azyan kerut kening, hairan. Cuaca
cerah. Macam mana pula Narin boleh cakap dia sudah basah
kuyup?
Finaz tergelak. “Bukan basah kuyup sebab hujan,
tapi basah kuyup bermandi peluh.”
“La… mengalahkan puteri lilin. Tak boleh panas
sikit,” tukas Azyan. Namun akhirnya dia tersenyum.
“Dia cakap lagi…”
“Ada lagi?” pinta Azyan cepat.
“Ada. Ini part yang buat nak tergelak ni.”
“Apa?” soal Azyan tidak sabar hendak mendengarnya.
Kalau bertemu tiga orang ini memang tidak kering gusi
dibuatnya.
“Dia kata kalau bau badan dia ala-ala Bangla, jangan
marah ek!”
“Hah, jangan naik kereta aku!” kata Azyan separuh
menjerit.

98
Rafizah Nordin

Dua sahabat itu ketawa keriangan.


Ketika Azyan memberhentikan keretanya betul-
betul di hadapan Narin, mukanya sudah masam menjeruk.
Matanya separuh terbuka menahan panahan matahari yang
terik di luar sana.
“Pasang air cond tu kuat sikit. Panas ni…. Korang
saja aje kenakan aku. Tak suka tau…” rungut Narin bernada
manja di hujung ayatnya.
“Kenakan apa pula? Tak adalah. Ini pun kira cepat
kita orang sampai. Belum pukul dua belas setengah aku dah
keluar office.”
Azyan anggukkan kepala. “Tak apalah… sesekali
berjemur. Bukannya selalu. Nasib baik tak ada bau Bangla.”
Mereka bertiga meledakan tawa.
Narin mengajak makan di warung benteng
berdekatan sahaja. Katanya dia tidak boleh lewat masuk
pejabat. Azyan dan Finaz pun tidak kisah. Mereka hanya
mengikut sahaja.
Di warung Che’ Minah Tanjung, tempat biasa
mereka bertiga makan semasa Azyan masih bekerja di sana,
ada bermacam-macam pilihan lauk-pauk. Ikan bakarnya pun
sedap.
“Emp... aku cadang nak ajak korang temankan aku.
Tapi kau tak boleh balik lambat, tak apalah. Lain kali aja,”
kata Azyan.
“Pergi mana? Mid Valley?” soal Narin begitu teruja.
Azyan yang duduk di sebelahnya direnung. Narin kalau bab
shopping dan berjalan, memang suka sangat. Kalau tidak
dapat pergi, dengar cerita pun sudah syok gila.
“Kepala otak kau ingat berjalan aja ye? Tadi kata tak
boleh balik pejabat lambat,” getus Finaz pula.

99
Cupid Love

“Entah minah sorang ni. Tengah-tengah hari


macam ni bukan senang nak dapat parking kat Mid Valley tu.
Pusing-pusing kat car park tu aje dah setengah jam. Baru
jalan lima belas minit dah nak kena balik. Menyusahkan diri
aja.”
Narin tersengih-sengih malu. Ikan pari bakar
dicecah dalam kuah asam dan dimasukkan ke dalam mulut.
Sedap dan enak rasanya.
“Nak pergi mana?” soal Finaz memandang Azyan
kemudiannya.
“Pergi Bukit Gasing.”
“Bukit Gasing? Nak buat apa?” tanya Narin cepat.
“Siapa ada kat Bukit Gasing tu? Kau ada saudara
duduk sana ke? Uih… rumah kat atas tu besar-besar tau…
kaya tu…” terjuih mulut Finaz.
Azyan menggaru kepala yang tidak gatal. Dia tidak
tahu bagaimana hendak cerita dengan teman-temannya itu.
Dan kalau dia cerita pada mereka, tentu Narin dan Finaz akan
menyoalnya mengalahkan seorang inspektor polis pula
sedangkan dia sendiri tidak kenal, tidak tahu bagaimana rupa
orang yang telah membantunya itu.
“Kawan aku. Kawan aku ada duduk sana.”
“Kawan siapa? Aku tak tahu pula kau ada kawan
duduk kat Bukit Gasing. Mesti anak orang kaya. Lelaki ke
perempuan?” soal Narin nakal.
“Kau ni… mulut… tak ada insurans!” Finaz
menegur sambil tersenyum-senyum.
“Entah! Aku tonyoh dengan air asam cili api ni
karang… berpinau biji mata,” getus Azyan pula.
“Ops… sorry. Tapi… dulu memanglah kau kena

100
Rafizah Nordin

setia. Sekarang ni dah single. Apa salahnya berkawan dengan


orang lelaki?” ujar Narin meluahkan pendapatnya.
Azyan anggukkan kepala. Dia setuju dengan kata-
kata Narin. “Memanglah… tapi takkanlah secepat ni aku nak
cari pengganti? Ingat aku ni terdesak sangat nak berlaki?”
tukas Azyan.
“Entah engkau ni, Narin. Cakap tak beralas langsung.”
“Alah… macamlah engkau tu baik sangat.” Narin
tidak mahu kalah.
“Hah, gaduh. Kang dua-dua balik jalan kaki,” ujar
Azyan.
Sebenarnya mereka memang begitu. Kalau tidak
Narin dan Finaz bertekak, Azyan dengan Finaz pula. Atau
Narin dengan Azyan pula. Tetapi pertelingkahan mereka tidak
lama. Sekejap sahaja dan selepas itu baik semula setelah salah
seorang buat kelakar. Atau ada kata-kata dan gaya tiga orang
antara mereka yang mencuit hati.
“Eh, Yan… kau perasan lelaki Cina duduk meja
depan kita tadi?” soal Narin.
Dengan spontan Finaz menoleh ke belakang.
Dahinya berkerut. Meja yang dimaksudkan kosong.
“Mana? Yang baru bangun tadi?” soal Azyan pula.
Narin angguk. “Kau perasan tak dia asyik pandang
belakang. Sekejap-sekejap dia pandang belakang. Sekejap dia
toleh belakang.”
“Dia pandang siapa?” soal Finaz pula ingin tahu.
“Entah. Tapi aku rasa dia pandang kaulah,” kata
Narin yang memandang Azyan.
“Dah mulalah tu nak merepek. Baru kejap tadi aku
cakap.”

101
Cupid Love

“Ei, betullah. Kali ni aku tak merepek. Aku serius


ni.” Narin berkata dengan bersungguh-sungguh. Dia pandang
wajah Azyan tepat-tepat. Tiada senyum nakal di wajahnya.
Tiada tanda gurauan di riak wajahnya. “Dia pandang kau. Kau
kenal dia kut?”
“Entah… aku tak berapa perasan muka dia.”
“Agaknya orang yang temu duga kau tak? Kaukan
dah pergi banyak tempat untuk temu duga?” Finaz melakar
kemungkinan.
Azyan menganggukkan kepalanya tanda setuju.
Kemungkinan yang Finaz katakan diterima oleh akalnya. Dia
meneruskan suapan ke mulut. Selepas ini dia ada tiga temu
duga lagi. Jauh dalam hatinya berharap semoga hari ini
adalah hari terakhir dia pergi temu duga. Dia sudah tidak
larat lagi….

102
Rafizah Nordin

B A B
10
“M UMMY… daddy…”
tegur Danny sopan. Dia
segera bangun, berjalan
mendekati mummynya. Kerusi berhampiran ditarik dan
mempersilakan mummynya duduk di kerusi itu.
Madam Chong akur. Mr Chong pula dibantu oleh
Sabrina.
Sekilas pandangan mata Danny bertemu dengan
mata Sabrina, kakaknya itu angkat kening. Bibirnya tercebik
sedikit menandakan ada yang tidak kena dengan situasi itu.
Danny mengerutkan kening. Dalam hatinya
tertanya-tanya apa makna di sebalik perbuatan Sabrina itu.
Apa yang tidak kena? Sambil itu bibirnya terus tersenyum
menyambut kedatangan mummy dan daddynya. Setelah
menarikkan kerusi untuk mummynya duduk, Danny duduk
di sebelah Sabrina.

103
Cupid Love

Mata Mr dan Madam Chong melilau memandang


sekeliling restoran ala Thai itu. Jelas sekali Madam Chong
kelihatan tidak senang.
“Kenapa susah-susah tempah restoran? Makan di
rumah lagi baik,” ujar Madam Chong.
“Biarlah… sekali-sekala…” kata Mr Chong pula.
Madam Chong menjeling suaminya.
Sabrina tersenyum tatkala memandang Danny.
Kepalanya terangguk-angguk sedikit. Antara nampak dengan
tidak.
Fahamlah Danny sekarang. Yang tidak kena adalah
mummynya. Agaknya sepanjang perjalanan ke restoran ini
tadi, hangatlah telinga Sabrina dan Mr Chong mendengar
leteran Madam Chong.
“Biarlah. Danny nak belanja.” Mr Chong menegur
isterinya.
“Makan di restoran macam ni pula. Kenapa tak
tanya dengan mummy dulu? Mummy boleh tempahkan
restoran yang selalu kita pergi tu. Lagipun pengurusnya, Mr
Cheng bukan orang lain. Kawan baik daddy juga.”
Danny tersengih. Hanya itu yang mampu dia
lakukan saat ini. Itulah yang mummynya tidak tahu. Kalau
makan di restoran kawan baik daddynya itu samalah seperti
dia makan di rumah sedangkan dia memang cuba mengelak
untuk berbuat demikian.
Tujuan Danny menjemput mummy dan daddynya
ke restoran itu adalah untuk meleraikan segala yang kusut,
meluahkan segala yang terpendam. Sesuatu perkara yang
telah dirahsiakan sejak sekian lama itu hendak diberitahu
pada mereka. Danny rasa sudah sampai masanya. Dia sudah
tidak sanggup hendak berpura-pura. Dia rasa bersalah dengan

104
Rafizah Nordin

kedua-dua orang tuanya itu. Dia juga sudah tidak kuasa


hendak larikan diri. Sudah jenuh berlakon. Sudah tidak betah
merahsiakan identiti diri sendiri. Dia juga risau apabila
mengenangkan perancangan kedua-dua orang tuanya dengan
orang tua Jannice. Risau juga dengan sikap gadis itu.
Sabrina juga memberikan pendapat yang sama.
Sabrina berikan semangat padanya. Apa pun kesudahannya,
apa juga kemungkinan yang akan berlaku, bagaimana pun
juga penerimaan orang tuanya nanti, mereka harus
mengetahui hal yang sebenar. Danny tidak boleh terus-
terusan merahsiakan hal itu daripada pengetahuan mereka
berdua. Danny tidak bisa menipu mummy dan daddynya
walaupun dia langsung tidak berniat untuk berbuat
demikian.
“Di sini makanannya sedap, mummy. Emp… Danny
dah pesan ikan siakap stim. Nanti mummy rasalah. Mesti
mummy suka,” ujar Danny bersungguh-sungguh.
Danny yang paling awal sampai tadi. Setelah
menghubungi Sabrina dan kakaknya mengatakan yang
mereka dalam perjalanan ke restoran itu, Danny buat pesanan
terlebih dahulu. Nanti tidaklah mereka lama menunggu.
“Masakan-masakan macam tu yang sedapnya di
restoran Cina.” Madam Chong masih tidak mahu kalah.
“Sesekali kita ubah selera, apa salahnya?” Mr Chong
mencelah pula.
Danny senyum lagi untuk ke sekian kalinya.
“Betul kata daddy tu, mummy. Sesekali kita
ubahlah selera. Lain kali kita pergi makan di restoran Mr
Cheng, okey?” Sabrina membuat janji dengan harapan dapat
menghidupkan suasana ceria antara mereka.
Madam Chong tidak memberikan sebarang reaksi.

105
Cupid Love

Mengangguk tidak, menggeleng juga tidak. Tetapi mukanya


masih masam dan nampak tidak puas hati.
“Kakak kata Danny dah sewa kondominium, betul?”
soal Madam Chong memandang Danny tepat sekali gus
mengubah topik perbualan mereka.
Danny angguk.
“Kenapa? Tak selesa tinggal dengan mummy dan
daddy? Tak suka tinggal dengan orang tua?” tanya Madam
Chong. Dia betul-betul menggunakan kesempatan itu untuk
mencari penjelasan.
“Mummy… kan Sabrina dah cakap dengan
mummy? Danny suka hidup berdikari,” celah Sabrina.
“Sabrina diam. Mummy nak dengar dari mulut
Danny sendiri,” ujar Madam Chong seraya menjeling anak
gadisnya. Dia kemudiannya mengalihkan pandangan semula
ke arah Danny.
“Betullah cakap kakak tu. Bukan Danny tak suka
tinggal dengan mummy dan daddy, tapi Danny suka hidup
berdikari. Mummy janganlah risau.”
“Biarlah… dia anak lelaki.” Mr Chong memberikan
pendapat pendeknya.
“Zaman sekarang ni anak lelaki ke, anak perempuan
ke, mesti kena jaga. Anak-anak sekarang bukan macam anak-
anak dulu. Anak-anak sekarang dah besar panjang, dah
pegang duit sendiri bukan ingat nak jaga orang tua. Mereka
suka keluar rumah, tinggal sendiri-sendiri. Orang tua jaga
diri sendiri. Kalau jadi apa-apa tak elok macam mana? Lepas
tu baru nak menyesal. Lepas tu baru nak nangis-nangis.”
“Apa cakap merepek ni?” Mr Chong menegur
isterinya dengan muka berkerut.

106
Rafizah Nordin

“Saya cakap yang betul. Bukan merepek.”


Sabrina tidak tahu hendak cakap apa. Dia hanya
mampu menundukkan kepala dan menadah telinga
mendengar leteran mummynya itu. Secara tidak langsung
kata-kata Madam Chong terkena atas batang hidungnya
sendiri. Dia juga sama seperti Danny, tidak tinggal bersama
kedua-dua orang tuanya. Bezanya dia bukan menyewa.
Rumah teres dua tingkat yang terletak di Damansara itu
dibeli dengan wangnya sendiri.
“Suruh kahwin tak mahu kahwin. Sibuk dengan
kerja saja. Tak ada masa nak cari teman.” Kali ini Madam
Chong melirik pandang ke arah Sabrina.
“Mummy…” panggil Sabrina. Dia rasa tidak senang
sungguh.
“Bila mummy carikan teman, tak mahu pula.
Zaman sekarang tak boleh tunggu jodoh datang. Mesti kena
cari.”
Telefon bimbit Madam Chong berbunyi. Saat
memandang skrin telefon, bibirnya mengukir senyum.
Danny dan Sabrina saling berpandangan. Lega sikit
hati masing-masing. Sekurang-kurangnya buat seketika ini
telinga mereka tidak menadah kata-kata Madam Chong yang
jelas berbau leteran itu.
Wajah Sabrina masam sedikit. Tidak pasal-pasal dia
terkena tempias leteran Madam Chong.
“Sediakan satu lagi kerusi,” arah Madam Chong
pada anak lelakinya setelah dia mematikan perbualan
telefonnya.
“Untuk siapa?” tanya Mr Chong.
Danny masih lekat di tempat duduknya. Dia juga

107
Cupid Love

seperti daddynya. Ingin tahu kerusi yang suruh disediakan


itu untuk siapa.
“Jannice. Dia dalam perjalanan ke sini.”
Mr Chong anggukkan kepala. Dia tersenyum lebar.
“Mummy ajak Jannice makan sekali. Lagipun dia
bukan orang lain dengan kita. Hari tu Jannice ada datang
pejabat, kan? Dia kata Danny tak nak layan dia. Kenapa?
Kenapa buat Jannice macam tu?” soal Madam Chong.
Danny hanya diamkan diri. Dia memandang Sabrina
sekilas.
“Danny tak boleh buat Jannice macam tu. Jannice
tu akan jadi isteri Danny,” ujar Mr Chong pula. Baru kali ini
sejak mereka sampai tadi, dia setuju dengan kata-kata
isterinya.
“Kesian dia. Dah lama dia tunggu Danny balik. Dia
rindukan Danny, tahu tak?”
Danny kaku. Namun dalam hatinya terus berkata
dan menyoal. Betulkah Jannice rindukannya? Betulkah
Jannice menantikan kepulangannya? Kalau betul Jannice
rindukannya, kenapa Jannice tidak pernah sekali pun
menghubunginya? Kenapa Jannice tidak pernah datang
menjenguknya? Alat komunikasi bukan jadi masalah buat
Jannice. Jannice banyak duit. Takkanlah tiket penerbangan ke
luar negara pun tidak boleh beli?
Seorang pelayan restoran yang kebetulan melalui
tepi meja mereka ditahan oleh Madam Chong. Dia minta
pelayan itu ambilkan sebuah kerusi.
Danny berdiri. Dia ingin membantu pelayan
perempuan itu. Tetapi bila dia terpandangkan muka pelayan
perempuan itu, Danny terkaku sebentar. Kalau bukan kerana
mummy, daddy dan kakaknya ada di situ, tidak tahulah apa

108
Rafizah Nordin

yang akan terjadi. Danny jadi tidak keruan. Hatinya tidak


tenang. Terpandangkan pelayan perempuan itu tadi, hatinya
berdetak. Denyut nafasnya seakan terhenti.
Kehadiran Jannice tidak berapa lama kemudian
bagaikan angin lalu baginya. Fikiran Danny masih lekat pada
pelayan perempuan tadi. Kemanjaan Jannice langsung tidak
menarik perhatiannya. Madam Chong pula tidak sudah-sudah
menjegilkan biji mata seolah-olah memberi arahan pada anak
lelakinya itu agar melayan Jannice.
Danny lemas dalam dirinya sendiri. Dia tidak mahu
terus hanyut. Dia tidak sanggup menyoal diri sendiri pada
jawapan yang dia sendiri tidak tahu sedangkan dia ingin
mengetahui jawapannya. Danny bingkas. Dia meminta diri
sebentar. Jegilan mata mummynya dan kerutan di kening
daddynya tidak dihiraukan.
Kebetulan gadis pelayan yang membuatkan
jantungnya berdetak tadi berada dekat dengan kaunter.
Danny berjalan menuju ke arah gadis itu dengan perasaan
berdebar.
“Maafkan saya. Boleh saya tumpang tanya?” soal
Danny.
“Ya encik?”
Mata Danny terpandang tanda nama yang tersemat
di dada sebelah kanan gadis itu – Hanim. Perasaan Danny
semakin bergelojak. Dia rasa dia tidak salah orang. Wajahnya
serupa. Rambutnya yang diikat satu itu juga sama, lurus,
hitam dan berkilat.
“Awak ada kakak?” soal Danny.
Gadis itu menganggukkan kepalanya.
“Nama dia Hanum?”

109
Cupid Love

Gadis itu angguk lagi.


Danny senyum. Semakin lama semakin lebar. Saat
dan ketika ini bayangan wajah Hanum terasa begitu dekat
dalam hatinya.

LAMUNAN Danny terhenti apabila telefon bimbitnya


berbunyi nyaring. Danny menoleh ke belakang tetapi tetap
tidak bergerak dari tempatnya berdiri. Pemandangan indah
waktu malam itu sebenarnya langsung tidak menenangkan
hati dan perasaannya yang sedang bergelojak.
Danny tidak sangka. Sungguh-sungguh tidak
sangka yang berita itu bisa mengubahnya hingga jadi begini.
Sangkanya dia cukup kuat. Sangkanya dia sudah benar-benar
reda dengan ketentuan hidupnya. Tetapi sebenarnya dia
masih lemah. Dia masih belum bersedia menghadapi
kenyataan dan hakikat.
“Danny…” panggil Sabrina sebaik sahaja talian itu
berjawab.
“Kakak… kenapa telefon malam-malam ni?” soal
Danny.
“Kenapa? Danny tanya kakak kenapa? Sepatutnya
kakak yang tanya Danny kenapa. Apa dah jadi ni?” tanya
Sabrina di hujung talian.
“Apa?” Danny menyoal semula persis orang dungu.
Danny labuhkan punggungnya di atas sofa empuk.
Belakang badannya disandarkan. Benaknya letih. Badannya
lesu. Semangatnya terasa terbang melayang entah ke mana.
Dia sudah tiada kekuatan lagi. Khabar yang diterima tadi
terasa begitu menyakitkan. Berita yang didengarnya tadi
memalu pilu hati dan perasaannya.

110
Rafizah Nordin

Danny beristighfar. Danny sudah beberapa kali


memejamkan mata. Danny tenangkan hati dan perasaannya.
Dia beristighfar lagi lantas bibir membaca surah-surah yang
dia tahu dan yang terlintas dalam benaknya. Dia kuatkan hati
dan semangat. Tetapi semua itu masih tidak berjaya. Hatinya
masih tetap meruntun pilu. Semangatnya masih lemah
longlai tidak berdaya.
“Sepatutnya Danny kena buat sesuatu tadi, kan?
Danny kata nak berterus terang dengan mummy dan daddy.
Tapi tak ada pun?” Sabrina mahukan penjelasan.
Danny menarik nafas panjang dan dilepas sekali.
Sebelah tangannya memicit kedua-dua belah biji mata. Dia
mahu tidur dengan harapan berita yang memalu perasaannya
itu bisa terbias tetapi tidak mahu terlena. Sudah puas dia
buang jauh-jauh ingatannya pada pertemuan tidak sengaja
itu tadi, tetapi terasa semakin dekat pula.
“Danny… Danny ada kat situ ke tidak?” panggil
Sabrina.
“Ye, ye… Danny ada ni.”
“Cakaplah dengan kakak, kenapa tadi tu?” soal
Sabrina yang tidak puas hati dengan apa yang telah terjadi.
“Kakak tengok lepas Danny jumpa pelayan restoran tadi tu
Danny terus berubah. Melamun, diam aja. Kenapa? Siapa tu?”
“Hanim. Adik Hanum.”
Sabrina terdiam di hujung talian.
“Kakak ingat nama tu?”
Sabrina masih diam.
“Kakak…”
“Ya.”
“Hanim tu adik Hanum.”

111
Cupid Love

“Oh…” sahut Sabrina sepatah.


“Hanum dah pindah. Dia tinggal di Perak sekarang.
Kakak, betul kata kakak. Hanum dah kahwin. Dia dah ada
keluarga. Dia bahagia dengan keluarga dia. Dia dah ada dua
orang anak.”
Suara Danny jelas kedengaran sayu dan pilu. Patah
seleranya tadi setelah mendengar khabar itu. Nasi yang
ditelan terasa seperti menelan pasir. Satu rasa mencengkam
perasaan membuatkan moodnya turut terbang melayang.
Seperti yang Sabrina kata, dia banyak melamun. Banyak
mendiamkan diri.
“Danny… Danny nak kakak ke sana? Danny nak
kakak temankan Danny?” tanya Sabrina begitu prihatin.
“Danny sangkakan Danny dah cukup kuat. Masa
baru-baru ke luar negara, Danny rindu sangat dengan
Hanum. Tapi Danny kuatkan semangat. Danny selalu cakap
pada diri Danny dan Danny pun pernah cakap pada Hanum.
Kalau memang jodoh kami, kami pasti akan bersama juga
akhirnya. Tapi kalau bukan jodoh kami, Danny takkan kecewa
dan takkan salahkan Hanum juga. Danny pernah kata pada
diri Danny takkan tuntut janji-janji Hanum yang dia hanya
cintakan Danny seorang saja. Hanum kata hanya Danny yang
akan jadi suami dia. Hanum kata dia takkan relakan diri dia
berkahwin dengan orang lain melainkan dengan Danny saja.
Tapi tadi adik Hanum kata Hanum bahagia dengan keluarga
dia. Anak Hanum dah nak masuk tiga. Hanum sekarang
sedang mengandung lima bulan. Tiba-tiba Danny rasa macam
dipermainkan. Hanum tak setia. Hanum dah mungkir janji,”
ujar Danny panjang lebar. Suaranya kedengaran cukup sayu.
“Kan dia kahwin dengan pilihan keluarga. Bagi
kakak, Danny tak boleh salahkan Hanum seratus peratus.”

112
Rafizah Nordin

“Kalau dia kahwin dengan pilihan keluarga pun, dia


tetap dah mungkir janji. Dia kata dulu hanya Danny yang
akan jadi suami dia. Dia kata dulu dia tak rela orang lain jadi
suami dia melainkan Danny. Tapi… tak relakah itu? Anak dia
dah nak masuk tiga kakak! Itu menunjukkan yang dia
memang bahagia dengan kehidupannya. Dia memang bahagia
dengan lelaki yang dikahwininya. Samalah dia merelakan
dirinya digauli oleh lelaki tu,” ujar Danny. Kali ini nada
suaranya kedengaran cukup tegas.
“Danny… lelaki yang Danny kata tu suami dia,
suami Hanum. Bukan orang lain. Dalam apa agama dan
kepercayaan pun, aturannya tetap sama. Seorang suami
memang ada hak mutlak terhadap isterinya. Seorang suami
berhak menggauli isterinya. Dan isterinya tu mestilah
melayan suaminya. Pada mulanya mungkin Hanum tak boleh
terima tapi lama-kelamaan… masa boleh mengubah keadaan,
Danny. Masa juga boleh mengubah hati dan perasaan
manusia. Termasuklah Hanum. Hanum tu manusia biasa,
Danny. Sedarlah.”
Danny terdiam. Kata-kata Sabrina menusuk jauh ke
dalam hatinya. “Danny tak boleh lupakan Hanum, kakak.
Danny tak boleh lupakan dia…”
“Memang. Kakak faham. Kakak tahu. Bukan senang
nak lupakan cinta pertama. Bukan senang nak lupakan orang
yang kita sayang. Jadi… jangan lupakan dia. Kakak cuma nak
Danny belajar terima kenyataan. Danny, inilah hakikat. Inilah
kenyataannya. Hanum, gadis yang Danny cintai, yang Danny
sayang… dah berkahwin. Hanum sekarang jadi isteri orang,
Danny. Sematkan dalam hati. Hanum memang pernah
berjanji untuk hidup hanya dengan Danny tapi jodoh antara
Danny dengan Hanum tak kesampaian. Ingat tu selalu.
Antara Danny dan Hanum tak ada jodoh.”

113
Cupid Love

“Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul,


kakak. Bercakap memang senang. Tapi nak melaksanakannya
bukan mudah. Danny tak sekuat tu.”
“Betul tu. Kakak tak nak nafikan. Jadi kakak nak
Danny tahu. Kita ni adik-beradik, seibu, sebapa tapi sekarang
agama kita berbeza. Kepercayaan kita tentang ketuhanan
juga berbeza. Tapi aturan Tuhan kita tetap sama. Jodoh
pertemuan bukan manusia yang tentukan, Tuhan yang
tentukan. Kita hanya merancang, Tuhan yang tentukan. Kita
bertemu, berkenan, suka kemudian kita bercinta. Tapi cinta
tu tak semestinya bersatu, Tuhan yang tentukan sama ada
kita ada jodoh atau tidak. Walau seribu kali kita suka, walau
segunung rasa cinta, kalau Tuhan tentukan bukan jodoh kita,
ia takkan jadi.”
Danny terdiam. Memang ada benarnya kata-kata
Sabrina itu. Kerana terlalu mengikut perasaan, dia sampai
terlupa dengan ketentuan jodoh. Danny memanjatkan doa.
Dia memohon ampun kepada Allah atas keterlanjuran tutur
katanya.
“Ingat tak kakak pernah cakap pasal cupid love?”
soal Sabrina sedikit ceria.
“Hmmm…”
“Inilah dia. Cupid love itu boleh jadikan bermacam-
macam keadaan, tapi setiap satunya mesti ada kesudahan.
Danny dan Hanum pernah bercinta. Mendapat tentangan
keluarga dan Danny bawa diri jauh ke seberang laut.
Hubungan Danny dan Hanum terpisah. Tapi Danny, walau
sejauh mana pun kita pergi, walau berapa lama pun kita bawa
hati lambat-laun kita akan kembali juga. Kesudahannya buat
Danny dan Hanum duka. Tapi bukan hanya untuk Danny dan
Hanum. Ramai pasangan bercinta kat luar sana yang tak

114
Rafizah Nordin

kesampaian juga cintanya. Hakikatnya hidup ni tetap dan


mesti diteruskan. Jodoh Danny bukan dengan Hanum. Tapi
kalau ada perubahan di kemudian hari, siapa dapat menduga?
Sabarlah Danny… ‘dia’ akan datang juga. Sama ada dalam
keadaan kita sedar atau tidak. Dan selalunya kita tak sedar
yang sebenarnya jodoh kita dah ada depan mata.”
“Maksud kakak, Jannice?” soal Danny. Dia berdiri,
berjalan menuju ke tingkap cermin. Pandangannya
dilemparkan jauh-jauh ke hadapan.
“Tak semestinya Jannice. Siapa saja. Setiap hari kita
bergaul dan jumpa dengan ramai orang. Itu yang buat kita
tak sedar.”
Danny anggukkan kepala. Untuk ke sekian kalinya
dia setuju dengan kata-kata kakaknya itu.

115
No. ISBN:- 978-967-5067-08-2
Jumlah muka surat: 437
Harga Runcit:-
Semenanjung M’sia: RM18, Sabah/Sarawak: RM21
Harga Ahli KKN:-
Semenanjung M’sia: RM14, Sabah/Sarawak: RM17

Sinopsis:-
Betul ke cupid love wujud di kalangan manusia di
muka bumi ini?
Danny sering berada di tempat yang betul dan di
waktu yang tepat untuk membantu Azyan sedangkan Azyan
tidak pernah mengecam wajah Danny. Akhirnya mereka
bertemu jua apabila Azyan menjadi setiausaha Danny. Mereka
menerima kehadiran diri masing-masing setelah luka dengan
cinta pertama.
Tatkala hati berbunga riang, cinta mereka diduga
akibat perbezaan agama dan budaya.
Cupid love perlu muncul untuk menyelamatkan
cinta Azyan dan Danny….

“Dalam hati sudah menguntum cinta. Dalam hati


juga sudah berbunga sayang. Kerinduan pun mula terbit di
celah-celah mekarnya perasaan....”

Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan


CUPID LOVE di rangkaian kedai buku MPH, Popular dan
kedai-kedai berdekatan anda.
Anda juga boleh terus melanggan dengan Kaki
Novel Enterprise melalui online atau pun pos.
Untuk melanggan melalui online, sila layari laman
web kami di:- www.kakinovel.com.
Untuk melanggan melalui pos, anda hanya perlu
tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang
ingin dilanggan dan jumlah naskhah berserta wang pos/
kiriman wang atas nama:- KAKI NOVEL ENTERPRISE dan
poskan ke alamat berikut:-
Kaki Novel Enterprise
No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12,
D’Wangsa, Wangsa Maju,
53000 Kuala Lumpur.
No. Telefon:- 03-4149 0096
No. Faks:- 03-4149 1196