Anda di halaman 1dari 7

Bagaimana Mengajar Pelajar Untuk Berfikir

Secara KBAT?
Cikgu HailmiJumaat, April 24, 2015
Satu kesulitan dalam menghadapi pembelajaran abad ke 21 adalah mengajarkan pelajar teknik
untuk berfikir secara KBAT. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ini walaupun sebenarnya sudah
lama wujud sejak penciptaan Model Taksonomi Bloom, tetapi barulah kini semakin giat
dipromosikan sebagai kemahiran berfikir yang juga boleh diajar kepada semua aras pelajar,
tanpa perlu lagi melalui KBAR, iaitu Kemahiran Berfikir Aras Rendah. 

Strategi mengajar pelajar berfikir secara KBAT

Jom kita tengok beberapa cara dan strategi yang boleh digunakan oleh rakan guru bagi
menggalakkan pelajar untuk berfikir secara KBAT.

1. Tingkatkan Soalan Aras Tinggi


Bagi membiasakan pelajar dengan soalan sebegini, maka guru hendaklah sentiasa memberikan
soalan berbentuk KBAT. Semakin banyak soalan KBAT, semakin luas tahap pemikiran seseorang
pelajar itu. 

Tapi, bagaimana yang dikatakan dengan soalan KBAT?. Antara ciri-ciri Soalan KBAT adalah
soalan yang menguji kemahiran berfikir pelajar pada tahap Analisa, Sintesis dan juga Penilaian.
Soalan-soalan berbentuk 'Wajarkan', 'Cadangkan', 'Ramalkan' adalah antara beberapa kata tugas
yang memerlukan pelajar menguasai KBAT. Maka perbanyakkan lah soalan-soalan yang
sebegitu. 

2. Mempelbagaikan Aktiviti Penyelesaian


Masalah
Bagi menggalakkan juga pelajar berfikir secara KBAT, maka guru boleh lah memperbanyakkan
lagi aktiviti yang melibatkan penyelesaian masalah. Dalam situasi baru yang diberi, pelajar perlu
lah menggunakan kemahiran menganalisa, mensintesis dan juga menilai apakah konsep yang
bersesuaian dan boleh digunapakai bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Aktiviti penyelesaian masalah

Objektif dalam menyelesaikan masalah juga haruslah diterapkan iaitu bagi membolehkan kita
membuat penyelesaian yang terbaik, meneroka dan mempertimbangkan pelbagai pilihan dengan
sebanyak mungkin, dan membolehkan kita bertindak atas keputusan yang telah diambil kira
semua faktor serta kesan akibatnya. 

Secara ringkas, langkah-langkah menyelesaikan masalah adalah bermula dengan menyedari


apakah permasalahan, memahami masalah, meneroka pilihan-pilihan penyelesaian, meninjau
kesan akibat daripada pilihan-pilihan dan juga memilih pilihan terbaik sebagai penyelesaian. 
3. Teknik Menyoal
Teknik menyoal adalah teknik paling lama dan paling popular dalam bidang pendidikan.
Pemilihan teknik ini dalam pdp dapat melahirkan interaksi antar guru dan pelajar secara
berkesan. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan yang berkaitan
dengan isi pelajar dan dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya. Kejayaan
penggunaan teknik ini dalam pdp bergantung kepada kebolehan guru untuk menguasai teknik
menyoal.

Salah satu perkara penting ketika berkomunikasi adalah aktiviti bertanya dan menyoal.
Kemahiran bertanya dan menyoal bukan sekadar untuk mendapatkan sesuatu maklumat, tetapi
juga membantu kita membina iklim komunikasi yang positif dan memupuk sikap saling
memahami dan bekerjasama.

Teknik menyoal yang betul boleh menggalakkan pelajar berfikir secara KBAT

Tujuan Teknik Penyoalan


- Melihat keupayaan pelajar memahami sesuatu blok informasi
- Mengalih perhatian pelajar daripada satu fakta kepada fakta yang lain
- Menegaskan kepentingan isi
- Mengarah pelajar ke arah membentuk konsep pemahaman yang tersendiri
- Mengesan pengetahuan berbahasa pelajar
- Mengalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatid, logik dan juga kritis
- Mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar
Walaubagaimanapun, penggunaaan teknik penyoalan adalah untuk mencerna pemikiran. Ini
kerana soalan yang dikemukakn untuk menaganalisis, mensintesis dan menilai kemahiran dan
menyediakan latihan untuk pelajar berkomunikasi. 

Di sini juga saya sertakan sedikit Panduan Penyoalan yang betul bagi membantu guru untuk
mengasah pemikiran kreatif dalam kalangan pelajar. 

Prinsip Panduan Penyoalan


- Soalah hendaklah dirancang
- Soalan bersesuaian dengan peringkat kebolehan pelajar
- Aras soalan tidak terlalu senang dan tidak terlalu sukar
- Beri peluang kepada pelajar untuk berfikir mengenai jawapan
- Kemukakan soalan kepada keseluruhan kelas
- Elakkan daripada mengemukakan soalan kepada murid tertentu sahaja
- Kemukakan soalan terlebih dahulu sebelum menentukan nama murid
- Bentuk soalan perlu diubah-ubah untuk menarik perhatian murid
- Soalan dapat didengar dengan jelas oleh pelajar seluruh kelas
- Soalan haruslah mampu mendorong pelajar untuk berfikir
- Elakkan soalan yang mengandungi jawapan di dalamnya
- Soalan hendaklah ringkas dan juga jelas

4. Aktiviti Pemikiran Aras Tinggi Dalam Buku


Teks
Tanpa kebanyakkan daripada kita sedari, buku teks yang disediakan sudah lama mengandungi
aktiviti yang boleh merangsang pemikiran aras tinggi. Perhatikan semula kandungan dalam buku
teks serta aktiviti yang disediakan bagi pembelajaran tertentu. 

Maka gunakanlah sebaiknya aktiviti dalam buku teks tersebut bagi membentuk pelajar yang
mahir dalam menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi, KBAT

5. Pembelajaran Berasaskan Projek


Satu lagi perkara yang boleh menggalakkan pelajar untuk berfikir secara KBAT adalah dengan
memperbanyakkan aktiviti pembelajaran yang berasaskan projek, project-based learning (PBL). 

Pembelajaran berasakan projek merupakan pelaksanaan program atau aktiviti dalam jangka
panjang. Proses pembelajaran ini memerlukan pelajar bekerjasama, misalnya menyediakan
soalan berkaitan projek dan mengimpelementasikan penyelidikan dengan mengumpulkan data,
menganalisis data dan menghasilkan laporan samada secara lisan atau pun bertulis.

Pembelajaran berasaskan projek boleh menggalakkan pemikiran KBAT dalam kalangan


pelajar

Dengan ini pelajar-pelajar dapat didedahkan dengan proses kemahiran berfikir dalam
menyelesaikan tugasan yang diberikan. Maka pelajar perlu dilibatkan dalam proses pengajaran
yang aktif dan menyeronokkan seperti kaedah projek. Pelaksanaan STEM juga mampu menjadi
pemangkin kepada pembelajaran berasaskan projek.

6. Menggunakan Alat Berfikir


Strategi terakhir dalam mengajar pelajar untuk berfikir secara KBAT adalah dengan
menggunakan alat berfikir. Alat berfikir mampu membantu pelajar menggunakan minda dengan
lebih bijak dan berkeesan. Pemikiran menjadi lebih tersusun, luas, jelas dan tidak terburu-buru
dalam melakukan sesuatu.
I Think adalah salah satu alat berfikir yang boleh menggalakkan pelajar berfikir secara
KBAT

Ini adalah antara alat-alat berfikir yang boleh digunakan untuk meningkatkan ketrampilan
dalam berfikir, iaitu:
- Soalan dan penyoalan
- Peta Minda
- Pengurusan Grafik
- CoRT
- i-Think
- 6 Thinking Hat

Alat pengurusan grafik juga dikenali sebagai peta pengetahuan, peta konsep, peta cerita dan alat
pengurusan kognitif. Alat komunikasi yang menggunakan simbol untuk menggambarkan
pengetahuan, konsep, pemikiran, idea-idea dan juga hubungan antara mereka. Tujuan utama
pengurusan grafik adalah untuk menyediakan bantuan visual bagi membantu pelajar berfikir.

Alat CoRT (Cognitive Research Trust) merupakan instrumen kognitif dalam bentuk garis
panduan yang digunakan untuk meningkatakn kualiti pemikiran seseorang. Penggunaan alat ini
dapat memandu pelajar untuk membuat keputusan dengan mengambil kira pelbagai faktor,
menyelesaikan masalah, meluaskan pandangan terhadap sesuatu isu, meneliti kesan terhadap
suatu tindaka, meneroka kepentingan apabila diberi pelbagai pilihan serta melihat sesuatu dari
pelbagai sudut pandangan.

Semoga dengan perkongsian ini mampu memberikan guru sedikit pencerahan mengenai kaedah
dan strategi yang boleh digunapakai dalam menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi, KBAT
dalam kalangan pelajar. Jika rakan guru ada perkongsian yang lain, sila-sila kanlah berkongsi
dalam ruangan komen di bawah bagi digunakan oleh rakan guru yang lain juga. Terima kasih!

Anda mungkin juga menyukai