Anda di halaman 1dari 34

Pendahuluan

Dalam tugasan kali ini iaitu Hadhrami di Malaysia, penulis akan menyentuh tentang

bagaimana orang Arab Hadhrami yang telah datang ke Malaysia menjalankan kehidupan mereka

di tanah Melayu. Di Malaysia, ramai dalam kalangan orang Arab Hadhrami yang berjaya

membina kehidupan baru. Kedatangan orang Arab Hadhrami ini telah membawa kepada satu

perubahan yang besar buat negara Malaysia itu sendiri dari segi sosial, ekonomi dan politik itu

sendiri. Jika dilihat dari segi sosial, penulis akan mendedahkan bagaimana perkahwinan ini telah

membawa kepada lahirnya generasi orang Arab Hadhrami yang dikenali sebagai orang Arab

Hadhrami Peranakan. Seterusnya, penulis juga menyentuh tentang peranan orang Arab

Hadhrami dalam membawa agama Islam ke Tanah Melayu ini. Selain menjadi sebagai saudagar,

orang Arab Hadhrami secara langsung menjadi ustaz disebabkan mereka merupakan golongan

yang dirujuk sekiranya mempunyai persoalan tentang agama Islam. Penulis juga menerangkan

keterlibatan orang Arab Hadhrami ini dalam politik di Malaysia. Kredibiliti mereka sebagai

rujukan agama dan mempunyai hubungan dengan Nabi Muhammad SAW menjadikan Orang

Arab Hadhrami dapat tempat dalam pentadbiran. Di sampig itu, penulis juga menulis tentang

perkembangan pendidikan yang telah dibawa oleh orang Arab Hadrami. Banyak Madrasah

ditubuhkan untuk mendalami ilmu agama Islam itu sendiri. Keterlibatan orang Arab dalam

sektor ekonomi juga telah memberi sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi di Malaysia.

Akhir sekali, penulis juga memyentuh tentang sektor percetakan yang menjadi salah satu aktiviti

utama orang Arab Hadhrami di Malaysia. Untuk melihat secara terperinci, pembaca boleh

melihat topik yang ditulis oleh penulis di subtopic yang telah disediakan.
Agama Islam

Proses penyebaran Islam di Tanah Melayu.

R.B. Serjeant telah menyatakan, sekitar abad ke 12 hingga abad ke 15 di India, koloni

Arab ada yang menetap di beberapa daerah persisiran laut seperti Gujarat, Malabar, Bijapur, dan

Surat. Keadaan ini boleh diterima seperti yang dikatakan oleh Mahayudin Yahaya dan para

ilmuwan yang lain bahawa kedatangan Sayyid ‘Alawi ke asia Tenggara khusunya Malaya dan

Indonesia terdiri daripada beberapa peringkat. Kemungkinan besar frasa pertama sekitar abad ke

16 diikuti dengan fasa kedua pada abad ke 17 atau abad ke 18 dan fasa ketiga pada abad ke 19

dan awal abad ke 201.

Orang Arab Hadhrami dalam kumpulan Sayyid adalah antara orang-orang Arab yang

berhijrah ke Timur dan kebanyakan daripada mereka boleh didapati di Hindia Belanda,

Singapura dan Malaya. Apabila Pulau Pinang dan Singapura telah diambil oleh British pada abad

kelapan belas dan kesembilan belas dan dibuka sebagai Pelabuhan Bebas, orang Arab Hadhrami

adalah antara pendatang terawal untuk menetap di pulau-pulau. Mereka datang sebagai pedagang

dan guru-guru agama. Oleh itu, terjadilah hubungan orang Arab dan orang di Tanah Melayu.2

Pada peringkat awal kedatangan orang Arab ke tanah Melayu, Orang Melayu

memandang tinggi terhadap golongan ulama Arab. Orang Melayu menghormati semua orang

Arab tanpa mengira asal usul mereka sebagai pendakwah menyebarkan Syiar Islam. Orang Arab

yang berketurunan sayyid secara khususnya dianggap sebagai keturunan Nabi Muhammad SAW

dan mereka dipercayai memiliki ilmu pengetahuan yang mendalam tentang agama Islam serta

1
Latifah Abdul Hamid dan Mohammad Redzuan Othman.”Hadhrami Sayyids in Malaya, 1819-1940”, Jurnal
Usuluddin. (Julai-Disember 2013) 38:147-170. Hlm 157
2
Ibid 160.
terkenal dengan kewarakan mereka. Menurutnya lagi, mereka menjadi rujukan orang Melayu

dalam hal berkaitan dengan agama Islam. Dengan ilmu dan pengetahuan agama yang dimiliki

ramai dalam kalangan mereka mendapat kepercayaan masyarakat Melayu dan dilantik

memegang jawatan-jawatan penting dalam pentadbiran agama Islam di negeri-negeri Melayu

seperti syaikh al-Islam, mufti, qadi serta guru-guru agama atau ustaz. Pelantikan para sarjana dan

ilmuwan Islam dalam pentadbiran agama di negeri-negeri Melayu di tanah Melayu pada abad ke-

19 memberi impak besar terhadap perkembangan agama Islam di tanah Melayu dalam

mengukuhkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi Malaysia pada hari ini3 . struktur sosial

masyarakat Hadhrami adalah untuk mempunyai kesan langsung kepada kehidupan beragama di

dunia Melayu.

Hijrahnya para Syarif Hadramaut ke Asia Tenggara mempunyai pengaruh yang besar

dalam penyebaran Islam. Setelah menetap di daerah-daerah yang baru, mualailah da’wah

Islamiyah di antara ummat yang tadinya tidak mempunyai hubungan dengan Islam atau

mempunyai pengetahuan tentangnya. Maka mereka menerima Islam dengan hati yang terbuka.

Setelah mereka mengenal Allah dan pindah pada peradaban Islam yang tinggi, mereka mengakui

kebaikan para da’inya dan mengenang namanya di hati mereka 4. Sejarawan Hadramaut Sholah

Al-Bakri dalam kitabnya “Tarikh Hadramaut” tahun 1936 mengatakan tidak diragukan lagi

bahawa hijrahnya orang Arab Hadramaut ke Jawa dan ke pulau-pulau sekitarnya adalah hijrah

terbesar dalam sejarah mereka. Mereka memasuki Timur jauh pada masa lautan penuh dengan

bahaya. Lalu mereka turun di pulau-pulau yang subur itu. Diantara hasil yang terbesar hijrah ini

adalah lenyapnya agama Buddha dan tegaknya agama Islam.


3
Latifah Abdul Hamid.2016. The Roles And Contributions Of The Hadhrami Arabs In Malaya, 1819-1969. Tesis Phd.
Universiti Malaya. Dimuat turun pada 7/3/2017 di alamat http://studentsrepo.um.edu.my/6582/25/TITLE_PAGE_-
EDITED.pdf
4
Muhammad Hasan Al-Aydrus.1997. Penyebaran Islam di Asia Tenggara, Asyraf Hadramaut dan Peranannya:
penerjemah,Ali Yahya. Jakarta: PT Lentera Basritama. Hlm. 30-31
Kehadiran orang Arab Hadhrami menyampaikan dakwah Islam di Tanah Melayu

sememangnya dinanti-nantikan oleh orang Melayu yang masih tercari-cari model untuk diikuti.

Orang Melayu menghormati orang Arab sebagaimana mereka menghormati golongan

bangsawan dan raja-raja Melayu. Pengiktirafan ini secara tidak langsung memberi impak positif

dalam hubungan orang Arab Hadhrami dengan golongan bangsawan dan pemerintah yang turut

mempengaruhi penglibatan mereka dalam pelbagai aktiviti sosial termasuklah aktiviti dakwah,

pendidikan agama dan politik tempatan. Hubungan mereka dengan orang Melayu dieratkan lagi

dengan ikatan perkahwinan di mana ada antara mereka yang berkahwin dengan kerabat diraja

dan golongan bangsawan Melayu. Melalui ikatan perkahwinan, mereka menjadi sebahagian

daripada keluarga diraja dan ada yang mewarisi tampuk pemerintahan seperti di Perlis,

Terengganu dan Johor Lama5

Walau bagaimanapun, yang penting ialah bahawa kandungan faham keagaaman yang

dibawa oleh mereka itu adalah bersifat Timur Tengah dan bukan India. Lagi pula kandungan dan

cara penguraian akidah-akidah pelbagai madhhab ilmu tawawwuf, peribentuk tulisan “Jawi

beserta corak beberapa hurufnya, nama gelaran bagi hari-hari mingguan, cara melafazkan al-

Quran dan beberapa perkara penting lainnya menyatakan ciri tegas bangsa Arab, bukan India,

sebagai pembawa dan penyebar asli agama Islam di kepulauan Melayu-Indonesia6. Misalnya,

bahawa Ibn Rushd dan Ibn al-Arabi itu adalah orang Arab dan bukan Sepanyol dan karya-karya

mewakili pemikiran Arab-Islam (mungkin juga Yunani) dan bukannya Sepanyol. Begitulah

perihalnya mubaligh- mubaligh Islam di daerah Kepulauan ini dan hasil daya cipta Arab-Islam

dan bukannya India. Selain dari mereka, mubaligh-mubaligh Islam yang kemudianya

5
Latifah Abdul Latif, Siti Nor Baya Yacob, Anita Ismail, Adibah Sulaiman, Mashitah Sulaiman, dan Azmar Mohd.
Nizah. “Arab Peranakan dan Arab Peranakan di Malaysia”, Al-Hikmah 8(2) 2016: 19-37. Hlm 24
6
S.M.Naquib.1999. Islam dan Sejarah Kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur. ABIM. Hlm 34
meneruskan dengan lebih giat lagi tugas penyebaran Islam itu terdiri dari bangsa Melayu sendiri

dan Jawa dan bangsa-bangsa lain dari kalangan bumiputera sendiri7.

Golongan Syed adalah keluarga yang sangat menjaga dan mementingkan pendidikan

agama, keturunan ini mengutamakan pendidikan terhadap anak-anak mereka dalam bidang al-

Quran, bahasa Arab, aqidah, fiqh dan sebagainya. Selepas itu anak-anak mereka dihantar pula

untuk mendalami pendidikan Agama, bahasa Arab dan tradisi kekeluargaan Syed di Hadramaut

seperti Madrasah al-Mukalla dan madrasah-madrasah lain. Setelah menamat pengajian, mereka

terus berkhidmat kepada masyarakat sebagai mewarisi perjuangan orang tuanya seperti

mengajar, berdakwah di Masjid, Surau dan mendirikan sekolah-sekolah Agama. Ada di antara

mereka yang berkhidmat sebagai Mufti di negeri-negeri yang mereka menetap atau sebagai

Mufti di peringkat kebangsaan8 . Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa orang Arab Hadhrami

memberi sumbangan yang besar dari aspek sosial dan mereka sangat mementingkan ilmu

sekaligus mereka mendirikan pusat kegiatan ilmu agama untuk menyebarkan dakwah mereka

kepada masyarakat Islam khususnya.

Melihat kepada peranan Melaka di dalam perkembangan Islam di Nusantara. Ia bukan

sahaja mengembangkan Islam di dalam kawasan yang di bawah takluknya, tetapi ia juga

berusaha mengembangkan Islam ke seluruh Gugusan Pulau-pulau Melayu dengan jalan

mengirim pendakwah/Mubaligh dan juga menerusi saudagar- saudagar yang datang ke Melaka

terutama sekali yang berasal dari Jawa. Hubungan perniagaan antara Melaka dengan Jawa

menyebabkan sebilangan besar dari peniaga-peniaga Jawa senantiasa berulang alik ke Melaka.

Disamping itu, ramai orang Jawa menjadi askar Melaka dan di antara mereka itu ramai yang
7
Ibid 35.
8
Peter G. Riddell.1997. Religious Links Between Hadhramaut and the Malay-Indonesia World,C. 1850 To C. 1950.
Ulrike Freitag, William G. Clarence-Smith BRILL. Hadhrami Traders, Scholars and Statesmen in the Indian Ocean,
1750s to 1960s. Leiden: New York:Koln. Brill. 218.
memeluk Islam. Apabila mereka pulang ke Jawa mereka juga berusaha mengembangkan Islam

di negeri mereka. Begitulah halnya dengan peniaga-peniaga lain yang datang dari pulau-pulau

nusantara dan tempat-tempat lain di Asia Tenggara. Ada di antara mereka itu memeluk Islam di

negeri masing-masing. Ternyatalah bagaimana besarnya peranan Melaka di dalam

perkembangan Islam di Nusantara9.

Kesan Penyebaran agama Islam di tanah Melayu Sepanjang Zaman Penjajahan.

Di sepanjang zaman penjajahan yang tidak kurang dari empat abad lamanya itu Islam

dapat mempertahankan diri dan dapat bergerak perlahan-lahan ke hadapan walaupun dengan

bersusah payah dan melalui pelbagai jalan. Antaranya ialah mengadakan pelajaran membaca Al-

Quran di rumah-rumah untuk anak-anak kecil, mendirikan sekolah-sekolah agama rakyat di

peringkat rendah dan menengah, mendirikan Majlis-majlis Agama Islam di tiap-tiap negeri di

bawah ketuanan Sultan sebagaimana yang dipersetujui oleh perjanjian dengan penjajah.

Membangunkan masjid-masjid dan surau-surau di merata tempat dan kampung, mengadakan

keramaian-keramaian keagamaan pada hari-hari di munasabah seperti keramaian untuk

mengingati hari keputeraan Nabi Muhammad saw. Malam Isra dan Mekraj, malam turun Al-

Quran, dan lain-lain sempena keagamaan di mana diberi syarahan-syarahan agama untuk

mengingatkan muslimin tentang ajaran- ajaran agama mereka.

Dalam zaman pemerintahan Inggeris banyak dibina sekolah-sekolah agama rakyat yang

teratur dan bangunan-bangunan yang baik, di antara sekolah-sekolah itu ada yang diakui oleh

Universiti Azhar,Mesir sebagai sekolah menengah yang mempunyai kedudukan yang

9
Wan Hussein Azmi.1982. Islam di Malaysia: Kedatangan dan Perkembangan (Abad 7-20M). Dalam Khoo Kay Kim
(Ed). Melaka dan sejarahnya. (Hlm 147) Perpustakaan Universiti Malaya: Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan
Melaka.
membolehkan penuntut-penuntut keluarannya menyambung pelajaran ke peringkat universiti,

antara sekolah-sekolah agama menengah yang diakui sebelum kemerdekaan ialah Al Makhad Al

Muhammadi di Kelantan, Madrasah Al Sultan Zainal Abidin di Terengganu, Kuliah Al-Lughah

Waddin di Pahang dan Ma’had Johor di Johor dan terdiri juga sebuah institusi tinggi Islam iaitu

Kolej Islam di Selangor pada 8 April 1955.

Di samping sekolah-sekolah agama ini terdapat tempat-tempat pelajaran agama yang

bercorak secara lama yang dinamakan “Pondok” di mana diajar kitab-kitab agama secara tradisi

di dalam pelajaran-pelajaran Tafsir, Hadis, Feqah, Akidah Islamiah dan lain-lain. Masjid Al-

Haram di Makkah Al-Mukkarramah dan Universiti Al- Azhar di Mesir, kedua-duanya

memainkan peranan penting di dalam kemajuan pelajaran Islam di Tanah Melayu iaitu menerusi

anak-anak tempatan yang belajar di sana yang kemudian pulang ke negeri mereka menyibarkan

ilmu pengetahuan Islam dan di samping ini Universiti Al-Azhar pernah menghantar mahaguru-

mahaguru ke tanah Melayu untuk meninggikan pelajaran agama Islam dan bahasa Arab.

Dengan demikian, Islam dapat hidup di tanah Melayu dan dapat menentang segala

percubaan yang hendak melemahkannya. Walaupun demikian usaha-usaha musuh Islam itu

berjaya juga melemahkan iman dan ruh keislaman di hati sebilangan besar dari generasi yang

mendapat pendidikan pada zaman penjajah Inggeris. Setelah merdeka kerajaan telah berusaha

memperbaiki kedudukan ini10.

Para pendakwah yang awal tiba di sini kebanyakan adalah berbangsa Arab (Hadramaut).

Oleh sebab itu, pengaruh bahasa Arab sangat dominan berbanding dengan bahasa-bahasa lain di

dalam bahasa Melayu. Bagi keperluan dakwah dan pendidikan, para pendakwah terpaksa

10
Wan Hussein Azmi. Islam di Malaysia: Kedatangan dan Perkembangan (Abad 7-20M). Hlm 147
menulis dan menterjemahkan al-Quran dan kitab-kitab agama berbahasa Arab ke dalam bahasa

Melayu. Maka lahirnya manuskrip-manuskrip Melayu-Jawi11.

Dapat kita lihat pengaruh golongan ini amat besar dalam penyebaran agama Islam dan

pendekatan atau strategi yang digunakan mudah diterima oleh masyarakat. Kehadiran mereka

juga turut disenangi oleh masyarakat dengan kemuliaan nasab dan kewarakan yang dimiliki telah

mengangkat darjat kepada tahap yang tinggi. Dalam meneruskan aktiviti dakwah, mereka pandai

menyesuaikan diri di tanah Melayu malahan boleh berkahwin dengan perempuan Melayu dan

menetap dengan baik di sini. Keadaan inilah yang menyebabkan mereka mendapat tempat dalam

masyarakat dan agama Islam mudah disebarkan.

PERANAN GOLONGAN HADRAMI DALAM SISTEM POLITIK TANAH MELAYU

Kemasukan golongan Hadhrami ke Tanah Melayu terbahagi kepada tiga fasa, fasa

pertama sekitar abad ke-16. Fasa kedua pula pada sekitar abad ke-17 dan 18. Akhirnya fasa

ketiga pada abad ke-19 dan 20. Negeri yang mempunyai penglibatan golongan Hadhrami dalam

sistem politik dan pentadbiran adalah seperti Perlis, Johor, Pahang, Terengganu dan Kedah.

Sebelum Perang Dunia Kedua, Malaysia mempunyai sebelas pentadbiran yang berasing dan

sebahagiannya menjelaskan kesan Hadhrami dalam bidang tersebut. 12 Kekuasaan dan

penghormatan yang dimiliki oleh golongan Hadhrami dapat dilihat sejak wujudnya aspek politik

dan pentadbiran di negeri-negeri Melayu. Namun begitu dua negeri yang jelas menonjolkan
11
Mahayudin Haji Yahya. 1998. Islam Di Alam Melayu, Cet.1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm 65.
12
Mohammad Redzuan Othman, “ Hadhramis in the Politics and Administration of the Malay States in the Late
Eighteenth and Nineteenth Centuries”, di Ulrike Freitag dan William G. Clarence-Smith (eds), Hadrami Traders,
Scholars and Statesmen in the Indian Ocean 1750s-1960s, Leiden: Brill, 1997, Hlm. 82-93. (Diambil daripada:
https://books.google.com.my/books/about/Hadhrami_Traders_Scholars_and_Statesmen.html?
id=gBTbS4eNGp8C&redir_esc=y)
peranan golongan Hadhrami ialah Kedah dan Negeri Sembilan, dimana sejarahnya digalurkan

sejak Kesultanan Melayu Melaka. Pecahan golongan Hadhrami di Tanah Melayu mengikut

keluarga walaupun mereka berasal dari keturunan Muhammad S.A.W namun mereka

dibahagikan mengikut keluarga dan taburan mereka mengikut negeri. Antara keluarga golongan

Hadhrami yang begitu ketara penglibatan di Tanah Melayu ialah mereka yang berketurunan
13
Sayyid iaitu al-Attas, al-Saqqaf juga dikenali sebagai al-Saggof, al-Junied dan al-Kaf.

Penglibatan yang banyak oleh golongan Hadhrami dalam politik dan pentadbiran Melayu

menyebabkan British merasa curiga akan keadaan tersebut. Keadaan itu membawa kepada

keputusan British untuk berbaik-baik dengan golongan Hadhrami yang mempunyai pengaruh

kuat dalam masyarakat Melayu terutamanya dari segi politik dan pentadbiran, namun begitu

British masih dalam keadaan berjaga-jaga semasa menjalinkan hubungan dengan mereka. Malah

Francis Light juga menganggap golongan Hadhrami sebagai ‘ Good friends and dangerous

enemy’.14

Peranan golongan Hadhrami yang begitu ketara dalam aspek politik dan pentadbiran di

Tanah Melayu adalah melalui penyelesaian persengketaan antara negeri-negeri di Tanah Melayu

dengan kuasa luar. Peranan tersebut dapat dilihat dengan jelas di Kedah, apabila Kedah

menghadapi masalah dengan kerajaan Siam sehinggakan golongan arab bersatu dengan sultan

untuk melawan kependudukan Siam di Kedah. Selama 21 tahun iaitu dari tahun 1821 sehingga

1842 golongan Hadhrami dan Sultan Kedah memperjuangkan kebebasan negara dari

13
Latifah Abdul Latiff dan Mohammad Redzuan Othman, “Hadhrami Sayyids in Malaya, 1819-1940”, Jurnal
Usuluddin ( Julai-Disember 2013) 38:147-170, Hlm. 147-168. (Diambil daripada: http://e-
journal.um.edu.my/public/article-view.php?id=6734)
14
Mohammad Redzuan Othman, “ Hadhramis in the Politics and Administration of the Malay States in the Late
Eighteenth and Nineteenth Centuries”, di Ulrike Freitag dan William G. Clarence-Smith (eds), Hadrami Traders,
Scholars and Statesmen in the Indian Ocean 1750s-1960s, Leiden: Brill, 1997, Hlm. 82-93. (Diambil daripada:
https://books.google.com.my/books/about/Hadhrami_Traders_Scholars_and_Statesmen.html?
id=gBTbS4eNGp8C&redir_esc=y)
penceroboh.15 Kematian Sayyid Zainal Abidin dan juga Shaykh Abd al-Samad dalam membantu

untuk melawan pendudukan Siam tidak mengoyangkan Kedah. Keadaan itu membuatkan

golongan Hadhrami terus bergiat dengan aktif dalam mendapatkan kembali kedaulatan Kedah.

Akhirnya Kedah mendapat kemerdekaan tetapi bukan melalui peperangan tetapi perundingan

yang dijalankan oleh Sayyid Husayn Jamal al-Layl yang merupakan salah seorang golongan

Hadhrami di Kedah yang setia dengan Sultan.16 Sumbangan Sayyid Husayn al-Layl dalam

menamatkan kependudukan Siam di Kedah telah menyebabkan beliau dihadiahkan oleh sultan

satu negeri baru yang dinamakan Perlis pada tahun 1843 dan keadaan itu secara langsung

membuatkan Sayyid Husayn al-Layl sebagai sultan pertama untuk Perlis. Peristiwa itu

membuatkan keluarga Jamal al-Layl sebagai pemerintah untuk Perlis sehingga hari ini, bahkan

keluarga beliau merupakan satu-satunya keluarga dalam golongan Hadhrami yang memerintah

salah satu negeri di Tanah Melayu.

Selain itu, golongan Hadhrami juga mempunyai peranan dalam sistem pembesar empat

lipatan iaitu terdiri daripada Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana.

Keadaan ini dapat dibuktikan di Perak, dimana tiga daripada empat jawatan pembesar itu pernah

dipegang oleh golongan Hadhrami sekurang-kurangnya sekali dan jawatan yang tidak pernah

diberikan kepada mereka ialah jawatan sebagai Temenggung. Penerimaan golongan Hadhrami

sebagai sebahagian daripada keluarga diraja Perak membuatkan mereka menerima gelaran

Tengku. Sayyid Abu Bakr merupakan individu pertama dari golongan Hadhrami yang menerima

jawatan penting dalam pentadbiran Perak semasa pemerintahan Sultan Iskandar pada tahun 1752

sehingga 1765 dan dilantik sebagai Bendahara. 17 Tambahan lagi individu terawal yang
15
Ibid
16
Ibid
17
Mohammad Redzuan Othman, “ Hadhramis in the Politics and Administration of the Malay States in the Late
Eighteenth and Nineteenth Centuries”, di Ulrike Freitag dan William G. Clarence-Smith (eds), Hadrami Traders,
Scholars and Statesmen in the Indian Ocean 1750s-1960s, Leiden: Brill, 1997, Hlm. 82-93. (Diambil daripada:
memegang jawatan sebagai Orang Kaya Menteri Sri Paduka Tuan di Perak adalah Fakih Yusoff

dan ianya berlaku semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah pada tahun 1728 sehingga 1754,

malah terdapat dua orang lagi golongan Hadhrami yang diberikan jawatan tersebut iaitu dua

orang bersaudara Sharif Husayn dan Sharif Abu Bakar yang kemudiannya dinaikkan jawatan

menjadi Bendahara. Sayyid Ja’far merupakan individu terakhir daripada golongan Hadhrami

yang memegang jawatan sebagai Orang Kaya Besar pada abad ke-19.

Sekiranya di Kedah golongan Hadhrami membantu politik dari sudut kekuasaan Sultan di

Tanah Melayu, manakala di Negeri Sembilan pula golongan Hadhrami campur tangan dalam

aspek politik dan pentadbiran pemerintah Melayu dengan membawa masuk kekuasaan British.

Sayyid Abdul Rahman bin Sayyid Ahmad al-Qadri, Dato Kelana di Sungai Ujong pada tahun

1873 sehingga 1880 merupakan individu yang bertanggungjawab membawa masuk British

dalam politik dan pentadbiran Negeri Sembilan. Ianya berlaku apabila Sayyid Abdul Rahman

bersama dengan Dato Muda Linggi menandatangani satu persetujuan persahabatan dengan

Gabenor Straits Settlement iaitu Andrew Clarke untuk menerima kekuasaan British di Negeri

Sembilan.18 Dimana, perjanjian itu membuatkan wilayah yang terdapat di Negeri Sembilan akan

menerima masuk kekuasaan British. Keputusan yang telah dilakukan itu membuatkan

persengketaan berlaku di antara pembesar melayu di Negeri Sembilan menentang Sayyid

Rahman yang dibantu oleh British pada ketika itu.

Bantuan yang diberikan bukan hanya berfokus kepada orang Melayu sahaja malahan ada

diantara golongan Hadhrami yang membantu British dalam menyelesaikan masalah yang

https://books.google.com.my/books/about/Hadhrami_Traders_Scholars_and_Statesmen.html?
id=gBTbS4eNGp8C&redir_esc=y)
18
Mohammad Redzuan Othman, “The Middle Eastern Influence on the Development of Religious and Political
Thought in Malay Society, 1880-1940”, Ph.D Tesis, University of Edinburgh, Scotland. 1995. Hlm. 94-103. (Diambil
daripada: https://www.era.lib.ed.ac.uk/handle/1842/20078)
dihadapi. Keadaan ini dapat dilihat dengan jelas di Singapura apabila British menghadapi

pemberontakan dan golongan Hadhrami yang berada di Singapura pada ketika itu telah cuba

untuk menghulurkan bantuan kepada British dalam menyelesaikan permasalahan tersebut. R.J

Wilkinson iaitu setiausaha koloni telah menerima bantuan yang dihulurkan oleh Sayyid Umar al-

Saqqaf yang merupakan salah seorang golongan Hadhrami yang mempunyai pengaruh yang kuat

di Singapura pada ketika itu dan juga anak buah kepada Sayyid Muhammad al-Saqqaf yang

memegang jawatan sebagai ketua golongan Arab di Singapura. 19 Bantuan yang dihulurkan itu

telah membantu British untuk meredakan keadaan yang dihadapi dan seteruasnya membina

hubungan yang baik diantara mereka.

Keadaan yang berlaku di Turki iaitu keruntuhan pemerintahan diraja membawa kepada

isu baru di kalangan golongan Hadhrami. Mereka cuba untuk membangunkan balik khalifah

yang dibawa oleh mereka sejak awal namun gagal kerana penyebaran yang cuba untuk mereka

lakukan tidak diendahkan oleh masyarakat Melayu. Selepas Perang Dunia Kedua, langkah

golongan Hadhrami untuk memberikan kesedaran dari segi politik keatas golongan Melayu

mengenai status kuo juga tidak berjaya kerana golongan Melayu yang belum merasakan bahawa

ianya sesuatu yang penting.

Peranan golongan Hadhrami dalam politik dan pentadbiran golongan Melayu

menghadapi zaman kejatuhan selepas British mulai menguasai Tanah Melayu. Tambahan lagi

ada diantara golongan Hadhrami yang membantu British untuk masuk dalam politik di Tanah

Melayu telah menyebabkan peranan golongan Hadhrami semakin kurang. Sebab keadaan itu

juga boleh diperkukuhkan dengan kerisauan British apabila melihat golongan Hadhrami

19
Mohammad Redzuan Othman, “Conflicting Political Loyalties of the Arabs in Malaya Before World War II”, di
Huub de Junge dan Nico Kaptain (eds.), Transending Boarders. Arabs, Politics, Trade and Islam in Southeast Asia,
Leiden: KITLV Press, 2002, Hlm. 37-52.
memainkan peranan penting dalam masyarakat Melayu sehinggakan ada diantara mereka yang

menjadi setaraf dengan Sultan dan zuriat mereka turut mewarisi pemerintahan. Malah dakwah

yang cuba untuk mereka sebarkan itu juga merisaukan British kerana mereka menganggap ianya

hanya akan menyusahkan usaha mereka untuk menyebarkan fahaman mereka sendiri keatas

masyarakat Melayu. Namun begitu, penglibatan mereka dalam politik di Tanah Melayu tidak

terhenti begitu sahaja kerana selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan golongan Hadhrami

telah beralih ke arah bidang parti politik.20

HADRAMI DI MALAYSIA DARI SEGI PENDIDIKAN

Orang Arab Hadrami turut memberikan impak yang besar terhadap pendidikan di Malaysia

terutamanya dalam pembinaan madrasah. Orang Arab Hadrami terutamanya golongan kaya telah

mendirikan madrasah, rumah anak-anak yatim dan masjid bagi kegunaan masyarakat Islam.

Sayyid Hassan al-Attas, Sayyid Shaykh al-Hadi, Sayyid Mohamed al-Saqqaf dan Sayyid Abdul

Rahman al-Junied merupakan orang Arab Hadrami yang berperanan penting dalam pendidikan

madrasah. Pada awal abad ke 20 telah menyaksikan telah terbinanya beberapa buah madrasah di

20
Mohammad Redzuan Othman, “Conflicting Political Loyalties of the Arabs in Malaya Before World War II”, di
Huub de Junge dan Nico Kaptain (eds.), Transending Boarders. Arabs, Politics, Trade and Islam in Southeast Asia,
Leiden: KITLV Press, 2002, Hlm. 37-52.
Tanah Melayu yang diusahakan oleh golongan-golangan ini. Antaranya ialah Madrasah al-Iqbal

al-Islamiyyah (1908), Madrasah al Hadi(1917), Madrasah al-Masyhur(1916),Madrasah Al-Attas

Ketapang di Pekan, Pahang(1923), Madrasah al-Attas al-Arabiyyah(1913) dan Madrasah al-

Junied al-Islamiyyah(1927).21

Orang Arab Hadrami telah bersepakat untuk menubuhkan wakaf di Tanah Melayu.

Wakaf ditubuhkan bertujuan untuk membayar gaji tenaga pengajar dan wang tersebut turut

digunakan untuk penyelenggaran madrasah-madrasah ini.22 Jadinya jika berlaku kerosakan atau

penambahbaikkan untuk madrasah tersebut, maka duit wakaf akan digunakan dalam proses

kerosakan tersebut. Sistem pendidikan yang digunapakai oleh golongan Hadrami dalam

pengajaran di madrasah adalah mengikut pendidikan dari negeri asal mereka. Seterusnya, sistem

pendidikan pondok dan kitab merupakan rujukan yang hampir sama yang digunakan di

Malaysia, Indonesia dan Pattani sehingga sekarang. Madrasah yang dibina oleh golongan ini

mempunyai asas pengajaran ilmu yang hampir sama kerana datangnya dari corak yang sama

iaitu dari masyarakat Arab yang berasal daripada Hadramaut.

Seperti yang diketahui pendakwah yang awal tiba di sini kebanyakan adalah bangsa Arab

(Hadramaut). Makanya Bahasa Arab telah menjadi bahasa yang berpengaruh dan sangat

dominan berbanding bahasa lain di Tanah Melayu. Oleh itu para pendakwah perlu

menterjemahkan al-Quran dan kitab-kitab agama berbahasa Arab ke dalam bahasa Melayu untuk

diajar di madrasah kepada murid-muridnya. Tujuan utamanya adalah untuk masyarakat Melayu

memahami ajaran agama Islam dengan lebih baik. Penghasilan penulisan kitab-kitab ini

21
Latifah Abdul Latiff, Siti Nor Baya Yaacob, Anita Ismail, Adibah Sulaiman (2016),
Arab Hadhrami dan Arab Peranakan di Malaysia, Al-Hikmah 8. Artikal 2 dimuat turun pada 19/3/2017 di alamat
https://www.google.com/search?q=ulama+arab+di+tanah+melayu%3a+satu+analisa+pada+awal+abad+ke
Hlm 29
22
Ibid. hlm 58
dijadikan sebagai bahan rujukan agama di madrasah dan kepada masyarakat Melayu. Orang

Arab Hadrami atau turut dikenali sebagai golongan Syed telah mendapat pengiktirafan yang

tinggi dalam kalangan masyarakat tempatan serta golongan istana. Mereka menganggap bahawa

golongan Syed adalah guru agama dan ulama yang mampu menjadi pencerah kehidupan mereka

dari kegelapan melalui cayaha keimanan.

Sayyid Hassan al-Attas merupakan golongan hadrami yang banyak membina madrasah di

Tanah Melayu. Beliau merupakan anak Sayyid Ahmad Bin Sayyid Hassan al-Attas yang

disanjungi kerana kealimannya dan telah datang ke Pahang untuk berdagang abad 19.23 Beliau

telah dianugerahkan sebanyak 14 000 ekar tanah tapak pertanian daripada Sultan Pahang kerana

keakraban yang baik antara mereka. Seterusnya beliau telah dianugerahkan konsesi tanah seluas

2000 ekar tanah di Johor Bahru kerana hubungannya yang erat dengan Sultan Johor. 24 Makanya

pada tahun 1913 melalui kekayannya, beliau telah menubuhkan madrasah pertama di Johor iaitu

Madrasah al-Attas al-Arrabiyah. Seterusnya sekolah yang dikhususkan untuk pelajar-pelajar

wanita turut ditubuhkan oleh beliau iaitu Madrasah Lil-Bannath (Madarasah Perempuan al-

Attas). Bukan sahaja madarasah, malah beliau turut mengasaskan Kuliah al-Attas iaitu sebuah

maktab pengajian Islam yang terletak di Johor Bahru.

Seterusnya Sayyid Hassan turut menubuhkan madrasah di Pahang pada tahun 1923.

Beliau telah menubuhkan Madrasah al-Attas di Pekan dan sebuah lagi Madrasah di Kuala Tekal,

Termeloh pada tahun 1925.25 Selain Sayyid Al-Hassan, terdapat juga beberapa golongan Arab

Hadrami lain yang telah membina madrasah di Pulau Pinang hasil daripada kekayaan yang

mereka ada. Antara keluarga yang terlibat ialah keluarga al-Mansor memberi sumbangan di
23
Haji Buyong Adil, (1984) Sejarah Pahang, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 336.
24
Aminudin bin Abd. Rashid (1995), “Syed Hassan bin Ahmad al-Attas: Satu Kajian Biografi” (latihan ilmiah sarjana
muda Universiti Malaya. Hlm 55.
25
Mahayudin Haji Yahaya. (1984). Sejarah Orang Syed di Pahang, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pulau Pinang dan keluarga al-Junayd serta al-Saggof pula memberi sumbangan di Singapura. 26

Seterusnya dilihat pula Sekolah Agama Terengganu yang pertama ditubuhkan pada tahun 1925.

Masyarakat di situ memberikan sambutan yang memberangsangkan terhadap pengajaran Islam

dan telah menghantar anak mereka mendapatkan pengajaran asas di rumah-rumah tok guru.

Pendidikan pondok terus mendapat sambutan dan maju sehingga tahun 1940. Pendidikan

pembelajaran di insititusi pondok telah ditukarkan kepada Sekolah Agama yang mepunyai

organisasi dan lebih teratur.

Seterusnya dilihat pula sekolah Arab di Kedah iaitu Madrasah Alawiyyah Arau atau

sekarang dinaik taraf menjadi menjadi IPTIK (Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis) yang

diasaskan pada 1937. Seorang ulama dari Mesir, al-Ustadh Abdul Hamid Mustafa al-Sisi al-

Afendi telah dibawa masuk untuk dijadikan guru besar di madrasah tersebut. Beliau turut

menubuhkan cawangan sekolah di Simpang Empat, Perlis iaitu 12 batu dari Arau. Seterusnya

Ustaz Abdul Haq Hamid al-Jazirah menggantikan Ustaz Abdul Hamid Mustafa pada tahun 1949

sebagai guru besar yang baru. Pembaharuan yang dilakukan, pelajar perempuan dibenarkan

bersekolah di madarasah tersebut. Pada mulanya masyarakat tidak dapat menerima perubahan

tersebut namun mula menerimanya apabila perubahan tersebut membawa banyak kebaikan

Beliau menggalakkan murid bergiat aktif dalam persatuan dan menggalakkan murid berpidato

dan berdebat dalam Bahasa Arab. Bagi mengukuhkan Bahasa Arab, beliau telah menetapkan

murid wajib menggunakan bahasa Arab pada setiap hari khamis.

I. Shaykh Abdullah al-Maghribi al-Ghadamshi

26
Rahim Osman. (1980) “Madrasah al-Sagoff al-Masyhur al-Islamiyyah” dalam Khoo Kay Kim, et al., Islam Di
Malaysia (Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia,), hlm 76-77
Shaykh Abdullah al-Maghribi al-Ghadamshi merupakan seorang ulama daripada Arab

dan telah diundang khas untuk menjadi seorang pendididk di Tanah Melayu. Tujuannya adalah

untuk memberikan ilmu islam kepada masyarakat Melayu di Tanah Melayu. Terdapat tiga tahap

penglibatan al-Maghribi dalam pendidikan iaitu semasa mengajar si al-Mashur (1918-1921),

mudir di Idrisiah Kuala Kangsar. Namun al Maghribi menghadapi konflik yang hebat dengan

masyarakat semasa membangunkan Madrasah Idrisiah. Beliau dituduh menyebarkan ajaran

salafiah kepada para pelajar dan beliau telah dipecat sebagai mudir di madrasah tersebut pada

tahun 1932. Madrasah yang terakhir beliau tubuhkan ialah madrasah al-Hadi ad Diniah di Anson

Road pada tahun 1935.

Kejayaan yang dapat dihasilkan oleh beliau ialah buat pertama kalinya pelajar madrasah

tersebut berjaya dihantar menyambung pengajian di al-Azhar Mesir. Kaedah pengajaran yang

diguna oleh beliau masih baru dalam sistem pendidikan Melayu dan bahasa penghantar yang

digunakan ialah Bahasa Arab.27 Madrasah al-Masyur menjadi medan golongan islah

mengembangkan idea dan meluaskan pengaruh mereka terhadap masyarakat. Al-Hadi bersama

Sheikh Tahir telah mempopularkan pengajian madrasah sehingga menarik minat masyarakat

untuk mengahantar anak mereka ke madrasah.

Pelbagai pembaharuan telah dilaksanakan di dalam kokurikulum pengajian dan pelajaran

agama di madrasah. Beliau turut memperkenalkan bahasa Arab dan buku-buku rujukan bahasa

Arab. Seterusnya beliau turut mengajar sejarah mazhab Maliki, Hanafi, Hanbali dan Shafei.

Kejayaan terbesar madrasah al-Mashur turut menghasikan tokoh pemikir dan pejuang Melayu

yang memainkan peranan penting dalam perjuangan kebangsaan. Graduan al-Azhar yang

dihantar oleh al-Maghribi berperanan penting dalam mengembangkan agama Islam kepada

27
.hlm 33.
masyarakat. Mereka telah berusaha mengubah sikap orang Melayu supaya memahami Islam

dalam bentuk lebih lengkap.

ii. Syed Alwi bin Tahir al-Haddad

Pendekatan dakwah yang digunakan oleh Syed ‘Alwi ialah melalui fatwa dan melalui

pendekatan pendidikan. Beliau memainkan peranan utama dalam berdakwah iaitu berperanan

sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemeriksa kitab-kitab Sekolah Agama dan Pengerusi

Jawatankuasa Penasihat Sekolah-sekolah Arab. Beliau telah menjalankan penyelarasan sistem

pembelajaran di Sekolah Agama bagi mengelakkan ajaran-ajaran palsu menyerap ke dalam

minda masyarakat Melayu. Beliau turut merangka peraturan-peraturan sekolah arab di seluruh

Johor. Antara mata pelajaran yang terdapat di sekolah Arab ialah nahu, sarf, fiqh, tauhid, hisab,

mutalaah wa mahfuzah, Imla’, Mubadi’ akhlak, tarikh, geografi, insya’, mubadi’ al-‘ulum, dan

tadbir al-sikhah.28

Maka setelah melihat dengan secara lebih mendalam, dapat diketahui bahawa orang Arab

Hadrami sangat memberi sumbagan yang sangat besar terhadap masayarakat Islam di Tanah

Melayu. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa sumbangan yang diberikan oleh golongan ini di

dalam bidang pendidikan baik dari segi pembiayaan dan sebagai tenaga pengajar mampu

meningkatkan penghayatan Islam di kalangan masyarakat Melayu, malah mampu memberi

kesedaran yang besar kepada orang Melayu untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Islam

dan agama Islam sebagai Agama Rasmi. Maka jelaslah bahawa pembinaan madrasah membawa

kepada permulaan pendidikan agama di Malaysia dan membawa rakyat Melayu kepada agama

yang dicari mereka.

28
Ibid 59
Peranan dan penglibatan Hadrami dalam industri penerbitan

Sejak abad ke-19 lagi, industri penerbitan di Tanah Melayu sudah bermula yang

dipelopori oleh mubaligh Kristian dari Eropah. Penerbitan dan percetakan bermula apabila satu

kumpulan Jawi Peranakan telah menubuhkan sebuah persatuan di Singapura yang bertujuan

untuk membuka sebuah percetakan dan menerbitkan sebuah akhbar mingguan dalam bahasa

Melayu pada tahun 1876. Akhbar ini dinamakan Jawi Peranakan, yang memuatkan berita-berita

dalam dan luar negeri, membantu memajukan pelajaran anak negeri, dan membantu memberikan

keselarasan Bahasa Melayu.29

Penglibatan Islam dalam industri percetakan bermula di Singapura iaitu sekitar abad ke-

19 apabila sekumpulan Jawi Peranakan yang menjalankan percetakan batu dengan menggunakan

tangan. Percetakan artikel banyak mencetak tulisan mengenai agama dan hal-hal dunia dalam

bahasa Melayu dan juga sedikit bahasa Arab dan bahasa-bahasa Daerah.30 Pada 1876, mereka

menerbitkan Jawi Peranakan iaitu akhbar Mingguan yang merupakan akhbar Melayu yang tertua

di Singapura. Pada akhir tahun 1880-an barulah orang-orang Arab ini mula menunjukkan minat

mereka dalam industri percetakan di Tanah Melayu apabila Sayyid Mahmud b. Sayyid Abdul

Kadir (1865-1913) menubuhkan Alwi Ikhwan Press. Beliau merupakan antara orang-orang Arab

yang terawal yang menghasilkan buku-buku untuk sekolah.

Penglibatan orang-orang Arab Hadhrami dalam industri penerbitan dan percetakan di

Malaya bermula pada awal abad ke-20 menerusi penerbitan majalah yang dinamakan majalah al-
29
William R. Roff. 2003. Nasionalisme Melayu. Ahmad Boestamam (Terj). Kuala Lumpur: Penerbit Universiti
Malaya. Hlm. 50.
30
Ibid. Hlm. 47.
Imam di Singapura pada tahun 1906. Syaykh Tahir Jamaluddin bersama rakan-rakannya iaitu

Syaykh Mohd Salim al;Khalali, Sayyid Syaykh al-Hadi dan Haji Abas Mohd Taha menerbitkan

majalah Al-Imam untuk menyebarkan idea-idea pembaharuan Islam seperti yang tersebar di

Mesir.31 Majalah Al-Imam ini menyerupai al-Manar di Mesir kerana para penulis dan

penyumbang artikel Al-Imam terdiri daripada golongan yang terpengaruh dengan aliran

pembaharuan Islam.32

Perkembangan politik di Timur Tengah mempengaruhi perkembangan dalam industri

percetakan di Malaya. Perkembangan ini melahirkan satu penerbitan majalah yang disebut Al-

Imam di Tanah Melayu pada tahun 1906. Akhbar ini merupakan kesinambungan daripada akhbar

Al-Manar di Mesir. Akhbar ini bertindak sebagai platform untuk mendidik masyarakat mengenai

isu-isu yang berkaitan dengan agama dan ideologi pembaharuan. 33 Dalam industri percetakan ini,

orang-orang Arab Hadhrami menjadi sebahagian daripada Lembaga editor iaitu sebagai penulis

atau pemilik syarikat penerbitan yang menyediakan sokongan dari segi sumber kewangan. Isu-

isu yang dibangkitkan dan dibincangkan dalam majalah ini berkaitan dengan situasi sosio-

ekonomi dan politik Malaya.

Al-Imam yang menyerupai al-Manar merupakan sebuah majalah Arab dari Mesir yang

diterbitkan di Tanah Melayu dalam bahasa Melayu. Antara tokoh penting yang berpengaruh dan

bertanggungjawab dalam penerbitan majalah Al-Imam pada tahun 1906 adalah Sayyid Syaikh al-

Hadi, Syaikh Tahir Jalaluddin, Haji Abbas Muhammad Taha, dan Syaikh Mohd. Salim al-

Khalili. Majalah ini pertama kalinya diterbitkan pada 22 Julai 1906 yang dicetak oleh Matba’ah

Melayu Tanjung Pagar. Pengarang Al-Imam ini adalah Syaikh Mohd Tahir Jalaluddin al-Azhari,

31
Ibid. Hlm. 65.
32
Mustaffa bin Abdullah. 2010. Perjuangan Ulama Islah Tempatan pada Aawal Abad Ke 20 Dalam Usaha
MemurnikanPemikiran orang-orang Melayu di Malaysia. Jurnal Pengajian Melayu Jilid 21. Hlm.201.
33
Ibid. Hlm. 201.
Sayyid Syaikh bin Ahmad al-Hadi dan Haji Abas bin Mohd. Al-Imam memberi kesedaran

kepada orang Melayu mengenai kemunduran mereka dalam pelbagai aspek kehidupan

berbanding kaum-kaum lain di Tanah Melayu.

Jelasnya disini penglibatan dan pendominasian Hadrami dalam perkembangan penerbitan

di Malaya ini sangat jelas. Hal ini demikian kerana hanya seorang sahaja tokoh utama yang

mempunyai hubungan dengan Al-Imam kelahiran Singapura yang mendakwa dirinya seorang

Melayu Semenanjung iaitu Haji Abas. Disamping itu, tulisan yang digunakan dalam penulisan

ini rata-rata menggunakan bahasa Melayu tetapi gaya penulisannya lebih mirip kepada gaya

penulisan Arab. Banyak perkataan dan bahasa Arab yang digunakan dalam akhbar tersebut.

Pembaharuan yang dibawa oleh Majalah Al-Imam ini membawa kepada penubuhan Al-munir

pada tahun 1911.34

Arab Hadrami turut terlibat dalam penerbitan akhbar Al-Ikhwan. Al-Ikhwan adalah

akhbar bulanan yang diterbitkan oleh Sayyid Shaykh al-Hadi di Pulau Pinang pada 16 Sep 1926.

Sayyid Shaykh al-Hadi adalah editor dan penerbit dari 16 September 1926 sehingga edisi yang

terakhir pada Disember 1931 yang ditulis dalam Jawi. Pada awanyal, Al-Ikhwan telah dicetak

oleh British Malaya tetapi kemudiannya diambil alih oleh Jelutong Press yang dimiliki oleh

Sayyid Shaykh Al-Hadi. Al-Ikhwan ini juga menekankan isu mengenai hak wanita. Selain

daripada akhbar ini, Hadrami turut mengawal beberapa penerbitan majalah yang lain seperti

Saudara, Warta, Majlis dan Lembaga.

Satu lagi jurnal yang diterbitkan oleh orang-orang Arab Hadhrami di Singapura dari

tahun 1934 Disember hingga tahun 1938 iaitu Lembaga Malaya dan kemudiannya diterbitkan di

Johor Bahru dari tahun 1938 hingga 1941. Jurnal ini terletak di bawah pimpinan Onn bin Jaafar

34
William R. Roff. 2003. Nasionalisme Melayu. Ahmad Boestamam (Terj). Kuala Lumpur: Penerbit Universiti
Malaya. Hlm. 68-69.
(1934 – 1936), Sayyid Alwi bin Sayyid Syaikh Ahmad al-Hadi (1936-1941) dan Sayyid Jaafar

Albar (1936-1941). Jurnal ini dicetak dalam bahasa Jawi dan diterbitkan setiap minggu iaitu

setiap hari Isnin tetapi kemudiannya ditukar kepada setiap hari jumaat. Penerbitan jurnal ini telah

berhenti pada akhir tahun 1941.

Lembaga juga merupakan salah satu jurnal yang diterbitkan oleh Hadrami di Singapura

dalam tahun 1935 hingga 1938 tetapi kemudiannya ia diterbitkan semula di Johor Bahru pada

tahun 1938 hingga 1941. Antara Lembaga penerbit dalam Bahasa Melayu dan Arab Hadhrami

seperti Onn bin Jaafar, Sayyid Alwi bin Omar Albar dan Sayyid Alwi bin Shaykh Ahmad al-

Hadi. Ia turut dicetak dalam Jawi yang diterbitkan setiap hari kecuali pada hari Ahad. Penerbitan

akhbar ini berhenti pada akhir tahun 1941 dan Onn Jaafar menjadi penyunting akhbar ini

manakala Sayyid Alwi bin Abbas al-Attas menyokong kewangan dalam penerbitan tersebut.

Di Malaya, percetakan dan penerbitan buku-buku agama Islam atau ‘kitab agama’ mula

berkembang pada awal abad ke-20 disebabkan oleh pembangunan pendidikan Islam di

Madrasah. Sayyid Hassan Al Attas merupakan seorang peniaga yang berjaya di Johor yang

terlibat dalam industri penerbitan di Tanah Melayu apabila beliau menubuhkan syarikat

penerbitan sendiri pada tahun 1927 iaitu Al-Attas Press (Matba’ah al-Attas). Al-Attas Press telah

menerbitkan sebuah jurnal bulanan yang pertama iaitu Majalah Jasa pada 29 November 1927.

Sayyid Zain Hassan al-Attas merupakan ketua editor jurnal dan majalah ini dianggap sebagai
35
jurnal pertama yang diterbitkan oleh orang-orang Arab Hadhrami di Johor. Majalah Jasa

membincangkan isu-isu mengenai pengajaran dalam sejarah, perkembangan kotemporari dan

sebagainya.

35
William R. Roff. 2009. Studies on Islam and Society in Southeast Asia. Singapore: National University of Singapore
Press. Hlm. 170.
Seterusnya, penglibatan golongan Hadrami ini turut dilihat melalui peranan yang

dimainkan oleh Sayyid Husayn bin Ali Al-Saqqaf yang mengasaskan akhbar harian Melayu yang

pertama iaitu Warta Malaya dengan Onn Jaafar pada 1 Januari 1930. Selain dari Warta Malaya,

Sayyid Hussein juga menerbitkan pictorial mingguan Melayu iaitu Warta Ahad dan Warta

Jenaka yang mana Malaya mempunyai pengaruh yang kuat di Malaya.36

Jelasnya sekitar tahun 1920-an hingga 1930-an industri penerbitan di Tanah Melayu telah

didominasi oleh orang bukan Melayu; Peranakan Arab dan Jawi Peranakan. Kebanyakan syarikat

suratkhabar yang diterbitkan di Tanah Melayu sebelum perang dunia kedua dimiliki atau

diterbitkan oleh golongan yang kaya dan berpengaruh. Semua surat khabar yang utama seperti

Saudara, Warta dan Lembaga dikongsi dan didominasi oleh orang-orang bukan Melayu-Arab,

Arab-Melayu dan Jawi Peranakan. Hal ini telah menimbulkan kerisauan dalam kalangan orang-

orang Melayu terutamanya di Singapura.37

PERKAHWINAN

Kebiasannya, orang Arab Hadhrami di Malaysia telah mengalami percampuran budaya

iaitu orang Arab dan orang Melayu. Hal ini dapat dilihat melalui integrasi atau penyatuan orang

ke dalam masyarakat Melayu melalui hubungan sosial iaitu perkahwinan campur telah kebiasaan

berlaku di Malaysia.38 Kedatangan orang Arab ke Malaysia ini dengan jumlah yang luas dengan

melibatkan lelaki Arab dan sangat jarang mendengar orang Arab perempuan berhijrah ke tempat

lain. Kebanyakan orang Arab Hadhrami ini tidak membawa keluarga mereka serta meninggalkan
36
Ibid. Hlm. 170.
37
William R. Roff. 2003. Nasionalisme Melayu. Ahmad Boestamam (Terj). Kuala Lumpur: Penerbit Universiti
Malaya. Hlm. 182.
38
Latifah Abdul latif, Siti Nor Baya Yacob, Anita Ismail, Adibah Sulaiman, Mashitah Sulaiman, dan Azmar Mohd.
Nizah, “Arab Hadhrami dan Arab Peranakan di Malaysia”, Al-Hikmah 8(2) 2016: 19-37. Hlm 25
isteri dan anaknya di tanah air mereka untuk mencari keuntungan dan kehidupan yang lebih baik.

Jadinya, perkara sedemikian bukan suatu perkara yang sukar bagi orang Arab Hadhrami untuk

berkahwin dengan orang tempatan. Hal ini dikatakan demikian kerana orang Arab Hadhrami

mudah menyesuaikan diri dengan penduduk tempatan. Ini disebabkan oleh beberapa faktor iaitu

Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa komuniksi dan mudah dipelajari oleh orang Arab

Hadhrami ataupun Arab Peranakan. Di samping Bahasa Melayu, adat resam dan pakaian

masyarakat orang Melayu juga tidak sukar untuk diamalkan. Manakala dari segi agama pula,

mereka turut berkongsi fahaman atau mazhab yang sama iaitu mazhab Shafi’i.39

Kebanyakan orang Arab Hadhrami ini dari Hadhramaut, Yemen berkahwin dengan

golongan pemerintah atau keluarga diraja. Hal ini dikatakan demikian kerana, kredibiliti

mereka dalam agama dan taraf sosial membolehkan mereka berkahwin dengan golongan orang

atasan seperti pemerintah dan bangsawan.40 Hal ini dapat dibuktikan iaitu Sayyid Abdul Rahman

bin Sayyid Muhammad al-Idrus (1817-1917) lebih dikenali sebagai Tukku Palohn pada

pemerintahan Sultan Zainal Abidin III yang telah berkahwin dengan Tengku Mandak, kakak

kepada Sultan Zainal Abidin III.41

Ramai dalam kalangan Arab Hadhrami berkahwin dengan wanita tempatan di perantauan

di sampaing mempunyai keluarga di Yaman. Perkahwinan campur adalah perkara biasa bagi

generasi-generasi awal Arab Hadhrami. Persoalan jodoh tidak menjadi satu isu yang besar bagi

39
Ibid, hlm 26.
40
Latifah Abdul Latif dan Mohammad Redzuan, “Hadhrami Sayyids in Malaya, 1819-140”, Jurnal Usuluddin (Jualai
– Disember 2013) 38: 147-170. Hlm 163
41
Ibid. Hlm 163
orang lelaki Arab yang berketurunan Sayyid kerana mereka boleh mencari calon isteri selain

daripada keturunan Sadah. Ini adalah kerana orang Arab keturunan Sayyid mementingkan nasab

sebelah lelaki. Di samping itu, poligami juga bukanlah perkara asing bagi lelaki Arab.

Berkahwin melebihi seorang isteri adalah perkara biasa. Malah ada yang memiliki empat orang

isteri yang tinggal di bawah satu bumbung. Perkahwinan seperti ini turut melibatkan wanita

bukan Arab iaitu perkahwinan antara etnik di mana selepas mengahwini wanita bukan Arab,

kebanyakan lelaki Arab yang berkemampuan yang terdiri daripada kalangan ahli perniagaan

akan mengahwini wanita lain untuk kali kedua, ketiga dan keempat yang terdiri daripada bangsa

yang berbeza.

Namun, bagi kalangan wanita yang berketurunan Sadah42 iaitu Syarifah, mereka perlu

mengahwini lelaki daripada keturunan Sadah bagi mengekalkan salasilah keturunan keluarga

mereka. Oleh itu, terdapat dalam kalangan keluarga Sadah di perantaun yang menjemput lelaki

Arab dari keturunan Sadah dari Hadhramaut, Yaman datang ke Tanah Melayu untuk menjadi

calon suami kepada anak perempuan mereka. Soal kafaah dalam pemilihan calon suami kepada

wanita keturunan Sadah diamalkan dalam masyarakat Islam di Hadhramaut di mana berdasarkan

kepada prinsip Islam yang menekankan konsep sekufu di mana pasangan bagi seorang wanita

iaitu bakal suami harus sama taraf dengan wanita tersebut dari segi sosialnya iaitu dia tidak boleh

kurang taraf dan kedudukan sosial bakal isterinya.

Generasi awal Arab Hadhrami mempunyai penyelesaian kepada persoalan jodoh anak

gadis mereka. Mereka mengahwinkan anak gadis mereka dengan lelaki Arab yang datang dari

42
Latifah Abdul latif, Siti Nor Baya Yacob, Anita Ismail, Adibah Sulaiman, Mashitah Sulaiman, dan Azmar Mohd.
Nizah, “Arab Hadhrami dan Arab Peranakan di Malaysia”, Al-Hikmah 8(2) 2016: 19-37. Hlm 29
Yaman. Ramai dalam kalangan pemuda Arab Hadhrami berhijrah ke Tanah Melayu untuk

mencuba nasib mencari rezeki sama seperti bapa-bapa mereka yang telah berhijrah lebih awal.

Pemuda-pemuda ini bekerja dengan saudagar Arab Hadhrami di Singapura dan Malaysia.

Kebanyakan pemuda Arab ini tidak hanya datang untuk bekerja, pada masa yang sama mereka

juga datang untuk berkahwin dengan anak-anak gadis keluarga Arab Hadhrami yang kaya raya

dan menjalankan perniagaan keluarga. Orang Arab sangat prihatin mengenai salasilah keturunan

mereka kebiasanya menghadapi masalah sukar untuk mencari calon suami buat anak gadis

mereka. Majlis perkahwinan atau keraian yang dianjurkan oleh golongan Arab Hadhrami

menjadi tempat pertemuan orang Arab Hadhrami bagi mengeratkan hubungan sosial sesama

mereka.

Orang Arab Hadhrami secara umumnya boleh dikategorikan kepada dua kumpulan; Arab

tulen dan Arab Peranakan.43 Perkahwinan campur yang melibatkan lelaki Arab dengan wanita

bukan Arab tidak menjadi satu masalah besar kepada orang Arab Hadhrami keturunan Sayyid.

Ini kerana menjadi tradisi orang Arab untuk memelihara keturunan mereka melalui nasab sebelah

bapa. Anak yang lahir hasil daripada perkahwinan lelaki dan wanita Arab dianggap Arab tulen.

Manakala anak yang lahir daripada perkahwinan seorang lelaki Arab dengan wanita bukan Arab

dikenali sebagai Arab Peranakan. Oleh kerana kebanyakan orang Arab yang berhijrah ke Tanah

Melayu adalah lelaki, ramai dalam kalangan mereka mengahwini wanita tempatan. Hal ini turut

menjelaskan rasional kepada peningkatan bilangan orang Arab di Tanah Melayu pada abad ke-19

dan ke-20 masihi.

43
Latifah Abdul latif, Siti Nor Baya Yacob, Anita Ismail, Adibah Sulaiman, Mashitah Sulaiman, dan Azmar Mohd.
Nizah, “Arab Hadhrami dan Arab Peranakan di Malaysia”, Al-Hikmah 8(2) 2016: 19-37. Hlm 31.
Dalam konteks masyarakat Arab Peranakan Hadhrami di Malaysia, boleh dikatakan

bahawa orang Arab telah mengalami beberapa proses hubungan sosial dengan masyarakat

tempatan khasnya orang Melayu. Proses ini secara tidak langsung telah meMelayukan orang

Arab dan keturunan mereka di mana sedikit demi sedikit mereka kehilangan keAraban mereka

atas beberapa faktor seperti persekitaran iaitu kehidupan dalam suasana Melayu dan cara mereka

dibesarkan. Jadinya, bolah dikatakan bahawa orang Arab Peranakan telah mengalami dan

melalui proses asimilas ialah satu proses sosial yang berlaku secara semulajadi dan bukan

dengan paksaan. Hal ini kerana ia wujud hasil daripada interaksi yang erat antara ahli kumpulan

etnik yang berbeza budaya bagi satu tempoh yang lama. Asimilasi yang bersifat budaya ini

boleh berlaku apabila kumpulan minoriti ini mempelajari ciri kebudayaan masyarakat tuan

rumah, seperti bahasa, pakaian dan adat resam untuk diamalkan dalam kehidupan seharian

masyarakat.

Perkahwinan campur boleh menjadi salah satu sebab orang Arab Hadhrami kehilangan

identiti Arab mereka. Perkahwinan campur dengan wanita-wanita tempatan dan pergaulan

dengan orang tempatan telah secara beransur-ansur mengurangkan dan menghilangkan identiti

budaya dan bahasa asal nenek moyang mereka. Fenomena ini turut dirasai oleh generasi kedua

dan ketiga orang Arab di Tanah Melayu yang lahir daripada perkahwinan campur antara orang

Arab dan wanita yang tidak bertutur dalam bahasa Arab. Walau bagaimanapun, terdapat Arab

Hadrami yang berjaya mengekalkan sebahagian daripada budaya Arab mereka sepeti majlis

perkahwinan dan upacara keagamaan seperti ratib dan doa.


Disebabkan proses asimilasi dengan penduduk tempatan melalui hubungan perkahwinan,

bilangan penduduk Arab Hadhrami di Tanah Melayu yang berdarah tulen semakin berkurangan.

Namun, satu generasi baru Arab Peranakan yang berdarah kacukan antara Arab dan Melayu telah

lahir. Generasi ini tidak banyak beza daripada orang Melayu kebanyakan dari wanita Melayu

tempatan. Mereka bertutur dan belajar bahasa Melayu dan bahasa Inggeris secara tidak langsung

daripada ibu mereka dan juga sekolah. Misalnya, masyarakat Arab di Muar, Johor didapati

bahawa masyarakat di Muar menggunakan bahasa Melayu-Arab dan bahasa Arab pasar dalam

komunikasi harian mereka dengan penduduk tempatan khususnya orang Melayu. 44

Kebanyakannya, orang Arab yang berkahwin dengan wanita Melayu tidak bercakap bahasa Arab

formal atau tidak bertutur dalam bahasa Arab sama sekali. Anak orang Arab Peranakan juga

dihantar bersekolah formal sama ada Melayu dan Inggeris. Bahasa Arab hanya diajar di

Madrasah di Tanah Melayu. Malah, mereka tidak penekanan kepada anak-anak mereka untuk

mempelajari bahasa Arab. Mereka hanya mengajar anak mereka membaca al-Quran di rumah.

Ini merupakan salah satu mengapa generasi muda Arab Peranakan di Malaysia pada hari ini tidak

boleh bertutur dalam bahasa Arab.

44
Latifah Abdul latif, Siti Nor Baya Yacob, Anita Ismail, Adibah Sulaiman, Mashitah Sulaiman, dan Azmar Mohd.
Nizah, “Arab Hadhrami dan Arab Peranakan di Malaysia”, Al-Hikmah 8(2) 2016: 19-37. Hlm 32
Ekonomi

Orang Arab Hadramaut telah memberi banyak sumbangan kepada Malaysia pada awal abad ke-
20. Mereka telah mengembangkan ekonomi dan juga berdakwah ke seluruh Malaysia. Orang
Arab Hadramaut atau lebih dikenali sebagai Hadrami pertama sekali berhijrah ke Gujerat dan
telah mendirikan perkampungan “Arabito”. Setelah itu, mereka meneruskan perjalanan mereka
ke Nusantara dan mendirikan penempatan baharu disitu.45 Tujuan utama penghijrahan yang
mereka lakukan ini semestinya berkaitan dengan keperluan barangan dan juga aktiviti
perdagangan.46

Antara barangan yang diperlukan oleh orang Arab-Parsi ini ialah seperti lada, rempah,
kemenyan dan terutama sekali ialah kapur barus.47 Hal ini kerana kapur barus hanya boleh
didapati di kawasan Nusantara. Oleh itu, perkara inilah yang telah membawa orang Arab datang
ke Nusantara.48 Tambahan lagi barangan ini bukan sahaja dikehendaki oleh orang Arab malahan
orang Barat juga memerlukan barangan yang terdapat di Nusantara contohnya lada, cengkih dan
kapur barus telah dieksport ke Rom sejak abad pertama masihi.

Masyarakat Hadrami telah berhijrah ke Malaysia dari negeri ke negeri untuk tujuan
berdagang dan berdakwah. Negeri yang disinggah adalah seperti Pahang, Selangor, Negeri
Sembilan, Kedah, Melaka dan Perak.49 Kebanyakkan orang Arab Hadrami di Malaysia terlibat
dengan perdagangan. Mereka memastikan mereka mendapat tempat yang penting di Malaysia
dan menjadi usahawan yang berjaya. Nama seperti Al-Kaff, Al-Saqqaf, Al-Junied dan Al-Attas
adalah tokoh yang terkemuka, berpengaruh dan terkaya di antara keluarga Arab Hadrami yang
terdapat di Malaysia.

Salah seorang tokoh Arab Hadrami yang terawal dan paling terkenal ialah Sayyid Abdul
Rahman al-Sagoff. Selepas beliau meninggal dunia, perniagaannya telah diambil oleh anak
45
Sri Mulyono. (1978). Wayang: Asal Usul, Filsafat dan Masa Depannya. Jakarta: Gunung Agung.
Hlm 33-34.
46
Abdul Rahman Abdullah. (2000). Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara: Sebelum dan Sesudah
Pengaruh Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Hlm 218.
47
Ibid. Hlm 218.
48
Ibid. Hlm 218.
49
Latifah Abdul Latif & Mohammad Redzuan Othman. Hadrami Sayyids In Malaya, 1819-1940.
Jurnal Usuluddin (Julai-Disember 2013) 38: 147-170. Hlm 156.
lelakinya iaitu Sayyid Mohamad Al-Sagoff. Mereka memiliki perniagaan iaitu Alsagoff & Co.
yang sangat terkenal dan mempunyai hubungan perniagaan bukan sahaja dengan Nusantara,
malah di Eropah dan juga di Timur Tengah. Perniagaan mereka ini mengeksport barangan
keperluan seperti getah, sagu, kelapa kopi, koko, nanas dan kayu-kayan. 50 Disebabkan oleh
kepimpinan dan kejayaan yang besar oleh Sayyid Mohamad menjadi seorang yang terkenal
bukan sahaja di Singapura tetapi di Johor. Riau, Moluccas, dan Celebes. Beliau juga dipercayai
oleh Kerajaan Uthmaniyyah dan menerima kedudukan Kehormat Jeneral-Konsul di Singapura.

Selain itu, perniagaan yang paling penting dan lumayan yang dijalankan oleh orang Arab
Hadrami ini mereka terlibat secara aktif pada awal abad ke-20 sehingga Perang Dunia ke-2
adalah perdagangan antara pulau di Tanah Melayu.51 Barang yang didagangkan adalah seperti
kain batik, rempah, tembakau, kayu, kelapa dan beberapa jenis pakaian lagi. Selain itu, orang
Arab Hadrami ini ada menjalankan aktiviti perniagaan yang eksklusif iaitu industri haji. Orang
Arab Hadrami amat sesuai menjalankan aktiviti perniagaan ini kerana mereka juga mempunyai
perhubungan yang baik di Hijaz. Kapal-kapal jemaah haji ini berlepas di pelabuhan Penang dan
juga Singapura.52 Malahan mereka sendiri sudah biasa dengan perjalanan untuk menuju ke Tanah
Arab. Orang Arab yang menjalankan industi penghajian ini ialah Sayyid Ibrahim Omar al-
Sagoff.

Lewat abad ke-19 di Tanah Melayu, terdapat beberapa usahawan orang Arab Hadrami
dilaporkan telah meminta lesen daripada Pahang untuk membuka tanah bagi tujuan pertanian,
perlombongan dan juga untuk mendapatkan kayu. Sebagai contoh, pada tahun 1890, Sayyid
Hassan telah dianugerahkan tanah oleh Sultan Pahang untuk tujuan perlombongan emas. 53 Beliau
juga mempunyai hubungan yang baik dengan Sultan Pahang iaitu Sultan Ahmad dan telah
dianugerahkan tanah sebanyak 14000 ekar dari Kuala Pahang hingga Air Hitam untuk tujuan
pertanian. Manakala pada tahun 1921, Sayyid Mohamed Alwi Al-Haddad bersama dengan

50
For the life and activity of Sayyid Mohamad al-Sagoff, see Syed Mohsen Alsagoff, The Alsagoff
Family in Malaysia, p. 11. See also CO 273/126, letter from R.W. Maxwell (Acting Inspector-General
of Police) to the Colonial Office, 12 March 1884.
51
Mohammad Redzuan Othman. 2006. The Arabs Migration and its Importance in the
Historical Development of the late Nineteenth and Early Twentieth Century Malaya. Kuala
Lumpur: Universiti Malaya. Hlm 21.
52
William R. Roff. “The Malayo-Muslim World of Singapore at the Close of the Nineteenth Century”.
The Journal of Asian Studies, Vol. XXIV, No. 1 November 1964. Hlm 80.
53
Aminudin Abd Rashid. 1995. “Syed Hassan Bin Ahamad Al-Attas: Satu Kajian Biografi”. Kuala
Lumpur: University of Malaya. Hlm 48.
pasangannya iaitu Ungku Abdul Rahman Ungku Abdul Majid telah meminta lesen
perlombongan to melombong emas di Daerah Batu Talam, Raub, Pahang.

Selain itu, perniagaan Al-Sagoff and Co. terlibat dalam pengeluaran kertas di Pahang.54
Ini telah menyebabkan lebih ramai lagi orang Arab Hadrami berpindah ke Pahang untuk bekerja
disitu. Disebabkan perkara ini juga telah menyebabkan kependudukan orang Arab Hadrami ini
bertaburan di seluruh Tanah Melayu. Pertanian merupakan industri yang terbesar dijalankan oleh
orang Arab Hadrami di Malaysia. Tokoh yang terkenal dalam industri pertanian ini ialah Sayyid
Mohamad al-Sagoff. Beliau mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Sultan Abu Bakar
dan beliau telah dianugerahkan tanah sebanyak 60000 ekar sepanjang dari Sungai Permas hingga
Sungai Pontian Besar untuk tujuan penanaman.55 Konsesi tanah ini British gelarkan sebagai “The
Alsagoff Cucob Concession” manakala Sayyid Mohamad mengelarkannya sebagai
“Constantinople Estate”.

Ladang Constantinople ini telah menggunakan tenaga buruh daripada Jawa. Dan
kebanyakkannya pekerja daripada Jawa ini bekerja sebagai buruh kontrak. Mereka juga
diberikan perbelanjaan untuk menunaikan haji dengan syarat mereka sanggup bekerja di ladang
berkenaan mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, Ladang Air Masin
mempunyai buruh Jawa seramai 200 orang.56 Di ladang-ladang yang telah didirikan oleh orang
Arab Hadrami ini mereka telah menyediakan penempatan dan juga fasiliti yang baik untuk
pekerjanya.

Selain Sayyid Mohamad al-Saqaff yang menjalankan aktiviti pertanian ini terdapat
seorang lagi orang Arab Hadrami yang menjalankan aktiviti pertanian ini iaitu Sayyid Hassan al-
Attas yang juga sangat disegani di Pahang.57 Sama juga seperti Sayyid Mohamad beliau juga
mempunyai hubungan yang baik dengan Sultan Ahmad iaitu sultan Pahang. Beliau telah
dianugerahkan 14 000 ekar tanah. Beliau telah mendirikan institusi pendidikan dan kemudahan
sosial lain yang boleh digunakan oleh muslim disitu. Manakala di Kedah orang Arab Hadrami ini

54
Latifah Abdul Latif & Mohammad Redzuan Othman. Hadrami Sayyids In Malaya, 1819-1940.
Jurnal Usuluddin (Julai-Disember 2013) 38: 147-170. Hlm 157.
55
Mohammad Redzuan Othman. 2006. The Arabs Migration and its Importance in the
Historical Development of the late Nineteenth and Early Twentieth Century Malaya. Kuala
Lumpur: Universiti Malaya. Hlm 22.
56
Ibid. Hlm 22.
57
Ibid. Hlm 22.
juga dapat memperolehi tanah dan menjalankan aktiviti pertanian dan telah menjadi pemilik
tanah yang utama terutama sekali di daerah Yan dan Kubang Pasu. Keluarga Arab yang memiliki
tanah pertanian yang terbesar adalah Al-Idrus, Al-Baraqabah dan Al-Jamalullail.58

Di daerah Yan merupakan salah satu daerah yang menjalankan aktiviti pertanian padi.
Tanah dan paya yang dahulunya ditinggalkan kini telah digunakan untuk penanaman padi.
Tambahan pula, masyarakat tempatan, pendatang dari Siam dan Indonesia dapat menerima
pembangunan yang telah orang Hadrami ini lakukan. 59 Hal ini dapat dilihat dengan catatan
dimana lawatan daripada Frank Swettenham pada 1889, beliau kagum dengan pembangunan
pertanian padi yang berlaku di Kedah dan berkata :

“The padi fields are of greater extent than any other state that I have seen
elsewhere in the peninsula. The whole country up to Perlis for some distance
from the coast is one vast padi plain”.

Selain itu, dalam usaha untuk memudahkan penanaman padi, Sayyid Osman yang menjadi
Pegawai Daerah Yang telah mengambil langkah dengan menggali Sungai Yan Kecil untuk
disambung dengan Terusan Wan Mat Saman di Guar Cempedak. Tali air ini dilakukan bertujuan
untuk pengairan air di kawasan pertanian. Tali air ini telah siap dibina pada tahun 1914.60

Selain itu, orang Arab Hadrami ini juga ada menjalankan perniagaan gula di antara Pulau
Pinang dan Kedah. Arab Hadrami yang menjalankan perniagaan ini ialah Sayyid Abdullah bin
Mohsin Al-Attas. Manakala, Sayyid Abdul Rahman Al-Junied pula telah menunjukkan minat
beliau terhadap bidang perniagaan petroleum di Kedah. Beliau telah mengemukakan
permohonan kepada kerajaan British untuk membuka sebuah kedai menjual petroleum di Kulim
pada tahun 1914.61 Terdapat juga Arab Hadrami ini yang terlibat dengan industri penerbitan dan
telah bermula lebih awal dan mereka banyak memberi penajaan penerbitan kepada jurnal-jurnal
58
Paridah Romli,.”Orang Syed di Kedah”. B.A, Academic Exercise. Universiti Kebangsaan
Malaysia, 1983/84. Hlm. 74.
59
Teh Koon Hoo, “Sejarah Sosio-Ekonomi Daerah Yan Dari 1909 hingga 1957”, M.A. Dissertation,
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia (USM), 2003. Hlm. 96.
60
Resumption of land for the extension of canal from Guar Chempedak –Yan Road to Wan Mat‟s
Canal, SUK 1270/1333.
61
S. A. Al Junied applies for permission to erect on behalf of the Asiatic Petroleum Co. Ld; Penang
a Kerosine and Petrol store on Lot no 291, Kulim. Kedah 660/1333.
Melayu. Jurnal reformasi Melayu yang pertama ialah Al-Imam yang telah diterbitkan pada tahun
1906 dan pihak yang memainkan peranan utama adalah golongan Arab Hadrami. Manakala di
Johor Sayyid Hassan menubuhkan Matbah Al-Attas pada tahun 1927. Penubuhan akhbar ini
terletak di Wadi Hassan dengan aktiviti utamanya adalah penerbitan buku Melayu, Arab dan
Bahasa Inggeris.62

Kesimpulannya, masyarakat Arab Hadrami ini telah memberikan sumbangan yang


banyak terhadap pembangunan ekonomi di Malaysia. Pembangunan yang dilakukan masih
digunakan dan memberikan impak yang positif terhadap negara dan penduduk tempatan kerana
ekonomi yang dibangunkan masih digunakan sehingga waktu ini. Oleh itu, dapat dikatakan
bahawa sumbangan ekonomi yang dilakukan oleh masyarakat Arab Hadrami ini banyak
membantu dalam pertumbuhan ekonomi di Malaysia.

62
Mohammad Redzuan Othman. 2006. The Arabs Migration and its Importance in the
Historical Development of the late Nineteenth and Early Twentieth Century Malaya. Kuala
Lumpur: Universiti Malaya. Hlm 23.