Anda di halaman 1dari 4

PROGRAM PEMBANGUNAN SUKAN SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN SELAMA 2017

RASIONAL

Memperkasakan mutu pembelajaran di dalam atau di luar bilik darjah disamping meningkatkan
kualiti dan kuantiti sukan olahraga dan permainan.Selain memberi ruang dan peluang kepada semua
murid untuk menceburkan diri, dapat mengembangkan bakat kepimpinan murid-murid dan
menerapkan nilai-nilai murni di kalangan masyarakat setempat serta menyemai budaya cintakan
sukan.

MATLAMAT

Melalui sukan olahraga dan permainan , semua murid dapat mengambil bahagian dalam acara-acara
yang dipertandingkan .Dapat mencungkil bakat murid-murid serta melahirkan atlit-atlit yang
berdisiplin,berkemahiran,berketrampilan di samping memastikan perkembangan yang seimbang dan
menyeluruh melalui aspek-aspek intelek,rohani, emosi,jasmani dan akhlak,nilai-nilai murni dan social
kea rah Matlamat Pendidikan Negara.

OBJEKTIF

1. Memberi latihan awal agar dapat menceburkan diri dalam bidang kepimpinan dan
kemasyarakatan

2. Melahirkan atlit yang berpotensi di dalam acara sukan olahraga di samping mempunyai
latar belakang akademik yang tinggi.

3. Mempertingkatkan kualiti pengurusan sukan olahraga dan permainan.

KUMPULAN SASARAN

Murid-murid tahun 4,5 dan 6

LATAR BELAKANG MURID

Majoriti murid-murid daripada golongan sederhana

GURU-GURU YANG TERLIBAT

1. Setiausaha Sukan : EN AHMAD ZAIREL B IBRAHIM

2. Penyelaras Sukan & Permainan : CIK FARIZAN BT YAAKUB

3. Guru-guru Sukan & Permainan : SEMUA GURU SKJS

4. Guru Olahraga : EN IZUAN B MOIN


STRATEGI PELAKSANAAN

BIL PERKARA
1 Menubuhkan j/kuasa yang berkaitan serta merancang program untuk mencungkil bakat
murid
2 Menyediakan takwim serta jadual waktu kegiatan sukan dan permainan
3 Membincangkan penyediaan kemudahan peralatan untuk segala aktiviti sukan
4 Menjalankan ujian pemilihan pemain pasukan sekolah:

1. Olahraga
2. Bola Sepak
3. Bola Jaring
4. Bola Baling
5 Mengenal pasti murid yang berpotensi mengikut acara yang bersesuaian dengan bakat
murid tersebut
6 Murid diberi latihan kemahiran mengikut sukan olahraga dan permainan yang bersesuaian
seperti yang telah dirancang dalam program tahunan
7 Memberi kesedaran kepada guru dan masyarakat setempat mengenai peranan mereka
dalam program sukan olahraga dan permainan
8 Menganjurkan dan menggalakkan guru menyertai kursus peningkatan pengetahuan dan
kemahiran

CARTA GANTT PROGRAM PEMBANGUNAN/KECEMERLANGAN SUKAN SEKOLAH

BIL BULAN JAN FEB MAC APR MEI JUN JUL OGO SEPT OKT

AKTIVITI

1 Mesyuarat pelantikan
AJK untuk menetapkan /
matlamat,objektif,
rasional dan sasaran

2 Mengadakan ujian
pemilihan utk pasukan / / / /
sekolah

3 Ujian bakat murid / / /

4 Latihan kecergasan / / / / / / / / / /

5 Latihan teknik / / / / / / / / / /
permainan
JADUAL LATIHAN

WAKTU LATIHAN
BIL HARI/TARIKH 8.30 PG – 9.30 PG REHAT 10.00 PG – 11.00 PG
1 SABTU Latihan kecergasan Latihan kemahiran/Teknik/Undang-
(16 KALI) undang

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PASUKAN MAKAN DAN MINUM JUMLAH


1 BOLA SEPAK 15 X RM 1 X 16 hari RM 224
2 BOLA JARING 15 X RM 1 X 16 hari RM 224
3 BOLA BALING 15 X RM 1 X 16 hari RM 224
4 OLAHRAGA 20 X RM 1 X 16 hari RM 320
JUMLAH RM 992

Disediakan oleh

____________________
(ZAIREL B IBRAHIM)
S/U SUKAN
SEK KEB JALAN SELAMA

Disemak oleh

_____________________
( PN HANA BT ABAS)
PK KOKURIKULUM
SEK KEB JALAN SELAMA

Disahkan oleh

_____________________
( PN ZAHARAH BT RANI)
GURU BESAR
SEK KEB JALAN SELAMA
LAPORAN PROGRAM
PEMBANGUNAN/
KECEMERLANGAN SUKAN
SEK KEB JALAN SELAMA
TAHUN 2017

Anda mungkin juga menyukai