Anda di halaman 1dari 1

Penggunaan plastik secara bijak adalah amat diperlukan bagi setiap Negara.

Kita sepatutnya menggunakan plastik secara bijak bagi mengelakkan alam ini
tercemar dengan pembuangan plastik merata-rata tempat. Kita sepatutnya boleh
berfikir tentang kebaikan dan keburukan penggunaan plastik.

Selain daripada pencemaran kita juga sepatutnya memikirkan tentang


pembuangan plastik yang semakin menjadi-jadi hari ini. Pembuangan plastik di
merata-rata tempat boleh mengakibatkan bahaya. Plastik boleh digunakan
namun penggunaannya perlulah terhad.

Kita juga patut mengamalkan sikap simpan selepas guna. Sikap ini perlu
diterapkan dalam masyarakat kita pada hari ini. Seperti plastik yang sepatutnya
kita simpan selepas kita menggunakanya. Jika kita mahu pencemaran dan
pembuangan plastik tiada lagi di bumi ini, kita perlulah mengamalkan sikap itu.
Sekaligus dapat mengurangkan kos membeli plastik secara banyak.

Pembakaran plastik amatlah berbahaya untuk diri kita. Asap daripada


pembakaran plastik boleh menyebabkan kita mendapat asma. Karbon-karbon
yang dilepaskan terlalu banyak ke udara boleh membahayakan diri sekaligus
dapat mencemarkan alam dan menipiskan lapisan ozon. Apabila terjadinya
begitu, bermakna kita telah meletakkan bumi kita di dalam bahaya.

Kesimpulannya, kita hendaklah mengamalkan penggunaan plastik secara bijak


bagi mengelakkan bumi kita dicemari. Oleh itu marilah kita sama-sama
menyokong kempen ‘’alam sekitar’’ dan penggunaan beg membeli-belah sendiri
pada hari sabtu.