Anda di halaman 1dari 21

Re: Kenapa Wujudnya Mahzab?

« Jawab #20 on: 05 June, 2007, 12:40:33 AM »


7 - Jangan Pandai-Pandai Ijtihad

Contoh-contoh yang diberikan dalam bab Kehandalan Para Imam Mujtahid Bahagian 1 dan
2, hanyalah memperlihatkan beberapa metodologi fiqh yang wajib diketahui oleh seseorang
mujtahid untuk memahami dalil-dalil daripada Al-Quran dan hadith, dan seterusnya
menggabungkan dalil-dalil tersebut secara lengkap dan komprehensif bagi mendatangkan
sesuatu hukum.

Dalam bab Kehandalan Para Imam Mujtahid, kita telah berjumpa dengan hadith sahih tentang
Nabi saw mendedahkan pehanya sewaktu pulang dari Khaibar, yang mana ia bertentangan
dengan beberapa hadith lain, yang mana Nabi saw telah menyuruh para Sahabat supaya
menutup peha kerana ia adalah sebahagian dari aurat. Masalah ini telah pun diselesaikan
dengan menggunakan kaedah fiqh "Arahan lisan yang jelas dari Nabi Muhammad saw
diberikan keutamaan daripada amalan/kelakuan/tindak-tanduk Baginda saw."

Prinsip fiqh yang kedua, takhsis atau pun batasan, digunakan untuk membataskan hukum
yang umum, supaya ia menjadi lebih spesifik. Dalam bab Kehandalan Para Imam Mujtahid
II, contoh prinsip takhsis ini telah ditunjukkan dalam hal yang berkaitan tentang makanan
golongan Ahli Kitab. Prinsip yang ketiga ialah nasikh wa mansukh, iaitu "hukum yang awal
dimansuhkan oleh hukum yang terkemudian", seperti mana dalam kes hukum wanita
melawat kubur. Sila rujuk bab yang sama.

3 contoh tersebut hanyalah sebahagian daripada timbunan prinsip dan metodologi fiqh yang
digunakan untuk menggabungkan dua atau lebih teks-teks dari Al-Quran dan hadith.[1]
Seseorang yang ingin bermujtahid wajib mengetahui kesemua prinsip dan metodologi
tersebut.

Setakat ini, masyarakat Islam tidak pernah hidup tanpa didampingi oleh golongan-golongan
yang mampu berijtihad. Golongan ini akan memberikan penyelesaian kepada permasalahan-
permasalahan baru yang tidak pernah ada pada zaman Rasulullah saw. Mereka ini adalah
golongan yang sangat penting kepada umat Islam. Bahkan, para ulama telah memberitahu
kita bahawa apabila tiada seorang pun umat Islam yang boleh berijtihad pada satu-satu
zaman, seluruh komuniti tersebut telah pun melakukan satu dosa yang agak serius.

PINTU IJTIHAD TELAH DITUTUP?


Daripada apa yang telah kita bincangkan setakat ini, kita akan mendapati bahawa pintu ijtihad
tidak pernah ditutup. Kita akan sentiasa memerlukan golongan mujtahid bagi menyelesaikan
masalah-masalah baru yang wujud. Pintu ijtihad tidak pernah ditutup, dan tidak boleh ditutup.

Namun demikian, selepas zaman Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Shafi'i dan Imam
Ahmad Bin Hanbal, institusi ulama tidak menerima dakwaan dari sesiapa pun yang
mendakwa dirinya telah melakukan satu ijtihad mutlak. Jika anda mengkaji bersungguh-
sungguh tentang legasi intelektual mereka, dari mana-mana ulama yang mahir tentang sejarah
empat Imam tersebut, maka anda tidak akan berasa susah untuk memahami mengapa ijtihad
mutlak sudah tidak diterima lagi selepas kematian mereka.

Malangnya, hari ini wujud golongan yang terlalu mengidam untuk berijtihad. Mereka
menujukan istilah "konservatif yang sempit fikiran" kepada golongan yang yang berpegang
kepada fatwa dan pendapat-pendapat para ulama dari mazhab yang empat. Bagi mereka,
mengikut mazhab akan menjumudkan fikiran. Sebenarnya, golongan seperti itu adalah jahil
dan kemungkinan tidak tahu langsung kelayakan yang diperlukan untuk melakukan ijtihad.
Mereka ini dengan sewenang-wenangnya membuka pintu ijtihad untuk diri mereka [2].

Untuk menegaskan bahawa seseorang mujtahid itu tidak maksum, adalah satu perkara yang
remeh jika hendak dibandingkan dengan hasil kerja mereka. Seorang ahli matematik yang
hebat juga tidak terlepas dari kesilapan kecil apabila membuat kiraan kalkulus. Namun
demikian, untuk mencari kesilapan pada seseorang yang sudah sangat mahir lagi handal
dalam bidang mereka, kebarangkaliannya adalah sangat kecil.

Tetapi hari ini mungkin, kelayakan yang paling jarang dijumpai pada diri seseorang yang
ingin berijtihad ialah ilmu yang lengkap tentang Al-Quran dan kitab-kitab hadith muktabar.
Sebagai contoh, hari ini wujud segelintir golongan yang ingin menilai semula beberapa
hukum fiqh yang sudah lama diselesaikan oleh para ulama dari empat mazhab yang ada.
Salah satu caranya adalah dengan mendaifkan hadith sahih yang berkaitan dengan hukum
fiqh yang ingin dinilai semula itu. Cara ini adalah tidak betul sama sekali kerana masih
banyak lagi hadith-hadith lain, yang memiliki sanad-sanad yang berbeza, yang
memperkatakan tentang hukum tersebut.

Di samping itu, proses untuk menentukan sama ada sesuatu hadith itu sahih atau daif, daif
atau maudhuk, dan sebagainya, memerlukan seorang yang hafiz hadith, seperti Imam
Bukhari, Muslim, Dhahabi, Ibnu Kathir, atau Suyuti, yang mana mereka ini telah menghafaz
sekurang-kurangnya 100,000 buah hadith - termasuk sanad, matan, dan sebagainya.

Hari ini, apabila tiada seorang pun penghafaz hadith yang hidup dalam dunia Islam, maka
kita tidak boleh menerima apa-apa penilaian semula hadith dari mana-mana pihak yang ingin
mengelaskan semula status hadith, tidak kira sebesar mana populariti mereka. Melainkan
usaha itu disokong oleh hasil-hasil karya penghafiz hadith yang sebelumnya. Oleh itu, kita
perlu berhati-hati dengan golongan yang sewenang-wenangnya mendaifkan hadith-hadith
sahih, seperti dari Kitab Imam Bukhari dan Muslim. Ini kerana hadith-hadith yang ada di
dalam kitab tersebut telah disahkan sahih oleh kesemua ulama dari empat mazhab yang ada.

Bersambung dalam "Taqlid Kepada Mazhab".

Sila baca bab-bab sebelumnya:


1 - Mengapa Perlu Bermazhab?
2 - Memahami Al-Quran & Sunnah
3 - Kriminal Dalam Ijtihad
4 - Kriminal Dalam Ijtihad II
5 - Kehandalan Para Imam Mujtahid
6 - Kehandalan Para Imam Mujtahid II

NOTA KAKI:
[1] Penulisan ini tidak bertujuan untuk membincangkan kesemua metodologi tersebut. Tiga
metodologi yang dipilih dalam penulisan ini hanya dibincangkan bagi memperlihatkan
kepada kita betapa tinggi tahap keilmuan yang diperlukan untuk menjadi seorang mujtahid,
iaitu seorang yang mengeluarkan hukum, halal atau haram, wajib atau sunat, dan sebagainya.

[2] Antara contoh jelas yang berlaku di Malaysia ialah apabila Astora Jabat membuat fatwa
tiada azab kubur. Padahal, perkara azab kubur ini telah pun diselesaikan oleh para ulama dari
keempat-empat mazhab dan semuanya berijmak bahawa azab kubur itu wujud.

sumber : weblog the forgotten lesson


Logged
I believe in Islam like the sun rising, not because I can see it, but because by it I see
everything else.

zaitihamdan

 Posts: 562
 Suffering from TRUTH decay?Brush up on your Quran!

o
o

Re: Kenapa Wujudnya Mahzab?

« Jawab #21 on: 05 June, 2007, 12:41:22 AM »


8 - Taqlid Kepada Mazhab

Beritahu saya apa yang anda faham dengan kenyataan Imam Shafi'i yang berikut: "Apabila
sesuatu hadith itu sahih, maka itulah mazhab ku." Adakah ia bermaksud apabila anda
berjumpa dengan mana-mana hadith sahih yang kelihatan bertentangan dengan pandangan
ulama dari mazhab Shafi'i, maka anda harus mengabaikan mereka, dan ikut sahaja hadith
tersebut, kerana anda menyangka para ulama mazhab Shafi'i jahil tentang hadith itu? Awas
saudaraku!

Mari kita lihat firman Allah swt di dalam Surah An-Nisa', ayat 83, yang bermaksud:
"....kalaulah mereka merujuknya kepada Rasulullah saw dan kepada orang-orang yang
berkelayakan dari kalangan mereka, maka tentulah orang-orang yang tugasnya mencari
kebenaran dapat mencari (kebenaran itu) ..."

Pertimbangkan ayat "orang yang tugasnya mencari kebenaran", atau di dalam bahasa
Arabnya alladhina yastanbitunahu, merujuk kepada golongan yang mampu membuat inferens
dan kesimpulan daripada dalil-dalil Al-Quran dan hadith. Dalam bahasa Arab, proses ini
dipanggil istinbat. Dari perkataan istinbat inilah terbitnya perkataan yastanbitunahu.

Seseorang yang sudah mencapai tahap ini sudah boleh mengeluarkan kesimpulan dari dalil-
dalil yang ada. Mereka ini adalah golongan yang tidak perlu bertaqlid kepada mana-mana
ulama. Taqlid di sini bermaksud mengikut kesimpulan para ulama lain tanpa mengetahui
dalil-dalil yang digunakan oleh ulama tersebut. Inilah peraturan yang diperjelaskan dalam
kitab-kitab yang menerangkan kaedah-kaedah fiqh - peraturan ini dinamakan Laysa li al-'alim
an yuqallid. Maksudnya, 'Seorang alim (iaitu seorang imam mujtahid yang sudah boleh
beristinbat seperti yang dirujuk dalam ayat Al-Quran di atas) tidak boleh sekadar mengikut
begitu sahaja pandangan para ulama yang lain' [1]. Dengan kata lain, adalah tidak dibenarkan
bagi seseorang mujtahid untuk mengikut imam mujtahid yang lain, melainkan dia tahu dalil-
dalil yang digunakan, dan dia mesti bersetuju dengan dalil-dalil tersebut.

Imam Mujtahid yang utama (iaitu pengasas mazhab yang empat) telah melatih beberapa para
ulama yang sudah sampai tahap mampu beristinbat. Contohnya, Imam Shafi'i melatih Imam
Muzani. Imam Abu Hanifah pula melatih Imam Abu Yusuf dan Imam Muhammad ibnu al-
Hasan al-Shaybani. Pada para pelajar yang seperti inilah Imam Abu Hanifah menujukan kata-
katanya: "Adalah haram bagi mereka yang tidak mengetahui dalil-dalil ku untuk menyatakan
pandanganku sebagai satu fatwa" [2] dan "Haram bagi seseorang untuk memberikan
pendapatku sebagai satu fatwa, melainkan dia tahu dari mana aku mengambil dalil-dalilnya."
[3]

Hari ini telah wujud golongan yang suka mencari masalah, dengan memetik kata-kata Imam
Abu Hanifah tersebut secara sambil lewa, seolah-olah kata-kata Imam Abu Hanifah itu
ditujukan kepada orang awam - padahal ia ditujukan kepada para pelajarnya yang terlatih.
Jika adalah menjadi sesuatu yang haram bagi seorang tukang kayu, nelayan, jurutera, doktor
dan sebagainya, untuk melakukan sebarang amal ibadah, sebelum mereka menguasai
keseluruhan Al-Quran dan ribuan hadith, di samping turut mahir dalam kaedah-kaedah fiqh
untuk memahami Al-Quran dan hadith dan juga untuk menggabungkan dalil-dalil yang ada
secara komprehensif, maka mereka hanya ada 2 pilihan - sama ada meletakkan jawatan
mereka sebagai jurutera, doktor dan sebagainya, atau pun meninggalkan agama mereka.

Imam Abu Hanifah sendiri tahu betapa peritnya mencari ilmu. Maka, oleh kerana itulah
beliau menujukan kata-katanya yang sering disalah faham itu hanya kepada anak-anak
muridnya yang mampu beristinbat. Beliau tidak menujukannya kepada orang awam. Sesiapa
yang memetik kata-kata Imam Abu Hanifah ini kepada orang-orang awam, untuk
meyakinkan mereka bahawa adalah menjadi satu kesalahan bagi orang awam yang sekadar
bertaqlid membabi buta kepada segala rumusan dan kesimpulan yang dibuat oleh para ulama,
patut berhenti dan berfikir buat seketika betapa gila kerja ini!

Apakah mereka ini tidak tahu bagaimana Imam Abu Hanifah menghabiskan seluruh usianya
mencari ilmu, dan kemudian menulis kitab-kitab yang menyimpulkan hukum-hukum fiqh
yang beliau istinbatkan dari Al-Quran dan hadith. Beliau menulisnya supaya orang awam
dapat menjadikannya panduan dan ikutan - iaitu supaya orang awam bertaqlid kepada beliau
yang lebih mahir dalam perkara keagamaan.
Hari ini wujud golongan yang marah tidak tentu fasal kepada orang awam yang bertaklid
kepada mazhab. Ini sesuatu yang tidak wajar. Kita telah bertaqlid kepada mazhab yang empat
dari generasi ke generasi. Apakah menjadi satu dosa bertaqlid kepada manusia yang sudah
benar-benar mahir dalam bidangnya? Kalau benar bertaqlid ini haram mutlak, maka silalah
beritahu saya apakah dalil-dalil dari Al-Quran dan hadith yang mengatakan syarat sah mandi
junub cuma:

   1. Niat; dan


   2. Meratakan air ke seluruh badan.

Boleh anda jawab soalan ini sekarang tanpa perlu terkial-kial nak selak Al-Quran dan kitab-
kitab hadith? Kalau anda diberi masa 24 jam, belum tentu anda mampu mencari kesemua
dalil-dalilnya. Kalau anda tidak boleh menjawab soalan tersebut secara spontan, ini bermakna
anda telah pun bertaqlid dan anda telah pun melakukan sesuatu yang haram (jika anda
berkeras mengatakan bahawa kata-kata Imam Abu Hanifah itu ditujukan kepada semua
orang, dan bukan kepada anak muridnya sahaja). Ini baru bab mandi hadas, tanpa mengira
bab solat, puasa, zakat, haji, pembahagian harta pusaka, dan lain-lain. Bolehkah anda
memberitahu kepada diri anda sendiri semua dalil-dalil tentang ibadat yang anda lakukan
selama ini?

Dunia ini tidak diciptakan supaya semua orang memahami agama ini dengan begitu
mendalam, seperti mana yang dilakukan oleh Imam Shafi'i, Imam Abu Hanifah, dan
sebagainya. Sila baca bab Memahami Al-Quran & Sunnah untuk memahami konsep
pembahagian tugas.

Bersambung dalam bab Taqlid Kepada Mazhab II. Bab ini akan menerangkan satu lagi salah
faham sesetengah umat Islam kepada kata-kata Imam Shafi'i yang disebutkan pada awal tadi.

Sila baca bab-bab yang sebelumnya mengikut urutan:


1 - Mengapa Perlu Bermazhab?
2 - Memahami Al-Quran & Sunnah
3 - Kriminal Dalam Ijtihad
4 - Kriminal Dalam Ijtihad II
5 - Kehandalan Para Imam Mujtahid

6 - Kehandalan Para Imam Mujtahid II


7 - Jangan Pandai-Pandai Ijtihad

NOTA KAKI
[1] Abdul Ma'ali al-Juwayni dan Jalaluddin al-Mahalli, Sharh al-Waraqat fi 'ilm usul al-fiqh
[2] Muhammad al-Hamid, Majmu'a rasa'il al-Shaykh Muhammad al-Hamid
[3] ibid.

sumber : weblog the forgotten lesson


Logged

zaitihamdan

 Posts: 562
 Suffering from TRUTH decay?Brush up on your Quran!

o
o

Re: Kenapa Wujudnya Mahzab?

« Jawab #22 on: 05 June, 2007, 12:42:15 AM »


9 - Taqlid Kepada Mazhab II

Kita telah pun memahami maksud sebenar kata-kata Imam Abu Hanifah, iaitu: "Adalah
haram bagi mereka yang tidak mengetahui dalil-dalil ku untuk menyatakan pandanganku
sebagai satu fatwa". Bab kali ini akan memperjelaskan pula kata-kata Imam Shafi'i: "Apabila
sesuatu hadith itu sahih, maka itulah mazhab ku".

Hari ini, kata-kata Imam Shafi'i sering dimanipulasi oleh sesetengah golongan yang sering
mengkritik mazhab yang empat. Golongan ini cuba menerangkan bahawa apabila seseorang
berjumpa dengan mana-mana hadith sahih yang bertentangan dengan pandangan mazhab
yang diikuti, maka hadith sahih itu mestilah diberikan keutamaan dan mazhab perlu ditolak.
[1]

Sebenarnya, mereka sangat jahil tentang maksud sebenar kata-kata tersebut. Seperti mana
Imam Abu Hanifah, Imam Shafi'i juga tidak menujukan kata-katanya itu kepada orang awam
- sebaliknya hanya kepada para ulama yang setaraf dengannya. Para ulama terbilang
menjelaskan bahawa: "Kata-kata Imam Shafi'i tersebut ditujukan kepada ulama yang
berkemampuan untuk membezakan hadith-hadith yang hasan atau tidak hasan, dan hadith-
hadith yang memansuhkan atau yang dimansuhkan. Malah, mereka juga berkemampuan
untuk mengeluarkan hukum dari dalil-dalil yang ada secara kolektif, mengikut kaedah fiqh
yang ada" [2]. Salah satu sebab mengapa kesimpulan ini dibuat adalah kerana Imam Shafi'i
dikenali sebagai seorang ulama yang tidak memahami sesuatu dalil dari Al-Quran dan hadith
dari sudut luaran sahaja. Rumusan-rumusan oleh Imam Shafi'i seringkali berdasarkan maksud
tersirat dalil-dalil yang diketahuinya.

Oleh itu, jelaslah kini bahawa Imam Shafi'i hanya menujukan kata-katanya itu kepada
seseorang yang mampu berijtihad yang setaraf dengannya. Malah, kalau pun golongan yang
mampu berijtihad ini ingin mendakwa bahawa Imam Shafi'i telah terlepas pandang beberapa
hadith sahih, mereka mestilah benar-benar yakin bahawa Imam Shafi'i memang tidak tahu
hadith sahih tersebut atau pun tidak tahu bahawa taraf sesuatu hadith itu sebenarnya adalah
sahih. Dan hal ini hanya boleh dilakukan dengan mentelaah semua kitab-kitab Imam Shafi'i
dan juga kitab-kitab lain yang dikarang oleh anak-anak murid beliau. Syarat-syarat ini
sebenarnya adalah amat sukar untuk dipenuhi pada hari ini.

Namun demikian, untuk mendakwa bahawa Imam Shafi'i terlepas pandang mana-mana
hadith sahih adalah satu perkara yang agak mustahil. Ia turut diakui mustahil oleh Imam
Nawawi kerana ilmu pengetahuan Imam Shafi'i adalah sangat luas dan dalam [3]. Dalam bab
Kehandalan Para Imam Mujtahid, kita telah pun mengetahui pandangan seorang anak murid
Imam Shafi'i iaitu Imam Ahmad Bin Hanbal, tentang jumlah hadith yang perlu diketahui
sebelum seseorang itu boleh bergelar ulama fiqh. Dalam kes ini, Imam Ahmad Bin Hanbal,
tanpa perlu dipersoalkan lagi, telah mengiktiraf kefaqihan Imam Shafi'i sebagai seorang
ulama memandangkan Imam Shafi'i adalah guru kepadanya. [4]

Ibnu Khuzayma yang dikenali sebagai 'Imam Segala Imam' kerana kehebatannya dalam
jumlah hadith yang dihafaznya, telah ditanyakan soalan: "Apakah engkau tahu sebarang
hadith sahih yang tidak dimuatkan oleh Imam Shafi'i di dalam kitab-kitabnya?" Ibnu
Khuzayma menjawab, "Tidak". [5] Imam Dhahabi pula berkata, "Imam Shafi'i tidak pernah
membuat satu kesilapan dalam ilmu hadith". [6]

Maka jelaslah bahawa kata-kata Imam Shafi'i itu membawa pengertian yang logik dan
bermakna hanya apabila ia ditujukan kepada para ulama yang setaraf dengan beliau.

InsyaAllah bersambung dalam bab Proses Mensahihkan Hadith. Bab ini sebenarnya sangat
panjang, dan ia akan dipecahkan kepada beberapa sub-bab.

Sila baca bab-bab yang lepas supaya anda jadi lebih faham:
1 - Mengapa Perlu Bermazhab?
2 - Memahami Al-Quran & Sunnah
3 - Kriminal Dalam Ijtihad
4 - Kriminal Dalam Ijtihad II
5 - Kehandalan Para Imam Mujtahid

6 - Kehandalan Para Imam Mujtahid II


7 - Jangan Pandai-Pandai Ijtihad
8 - Taqlid Kepada Mazhab

NOTA KAKI:
[1] Kalaulah pendapat golongan ini hendak diterima, maka cuba pertimbangkan hadith sahih
Nabi pulang dari Khaibar yang telah pun diperjelaskan dalam bab Kriminal Dalam Ijtihad II.

[2] Rujuk Sheikh al-Islam Taqi al-Din al-Subki's, Ma'naa Qawl al-Imam al-Muttalibi Idhaa
Sahha al-Hadithu Fahuwa Madhhabi; Ibn al-Salah's Adab al-Mufti wa al-Mustafti; dan jilid
pertama al-Majmu': Sharh al-Muhadhdhab oleh Imam Nawawi.

[3] Rujuk bahagian Nota Al-Maqasid, Nawawi's Manual of Islam yang diterjemahkan oleh
Sheikh Nuh Ha Mim Keller.

[4] ibid.
[5] Abu Zakariya ibnu Yahya ibnu Sharaf An-Nawawi, Abu Ishaq al-Shirazi, dan Taqi al-Din
al-Subki. al-Majmu': Sharh al-muhadhdhab.

[6] Tajuddin al-Subki. Tabaqaat al-Shaafiyya al-Kubra. Diedit oleh Abdul Fattah Muhammad
al-Halu dan Mahmud Muhammad al-Tanahi.

sumber : weblog the forgotten lesson


Logged

zaitihamdan

 Posts: 562
 Suffering from TRUTH decay?Brush up on your Quran!

o
o

Re: Kenapa Wujudnya Mahzab?

« Jawab #23 on: 05 June, 2007, 12:43:15 AM »


10 - Proses Mensahihkan Hadith

Imam mujtahid adalah tidak sama seperti orang awam dari segi tahap penguasaan ilmu Al-
Quran dan hadith, atau pun juga dari aspek mengeluarkan hukum-hakam dalam Islam.
Perbezaan di antara orang awam dan para Imam mujtahid juga dapat dilihat melalui kaedah
yang digunakan dalam menentukan kesahihan sesuatu hadith.

Bagi orang awam yang ingin mencari dan menentukan taraf sesuatu hadith, biasanya mereka
akan meneliti sama ada hadith tersebut wujud dalam kitab Sahih Bukhari, Sahih Muslim, atau
pun kitab-kitab Sunan hadith yang lain seperti Sunan Abu Daud dan Sunan al-Tirmidhi.
Dengan kata lain, orang awam sekadar bertaqlid kepada hadith-hadith yang ada dalam kitab-
kitab hadith tersebut. Atau pun juga, apabila ada ulama hadith yang mengatakan hadith
sekian-sekian adalah sahih, maka orang awam juga akan mengatakan hadith itu sahih - ini
juga taqlid.
Namun demikian, seorang imam mujtahid tidak melakukan perkara ini. Mereka tidak
bertaqlid kepada mana-mana ulama hadith. Mereka menentukan sendiri (berijtihad) apakah
taraf hadith yang digunakan untuk mengeluarkan hukum-hakam dalam Islam. Oleh itu, jika
ada mana-mana hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, atau Imam Muslim dan lain-
lain periwayat hadith, yang kelihatan bertentangan dengan hadith-hadith yang digunakan oleh
imam mujtahid mutlak (sebagai contoh Imam Abu Hanifah dan Imam Shafi'i), sebenarnya ia
tidaklah boleh dijadikan hujah konkrit bagi menolak hadith yang digunakan oleh para imam
mujtahid tersebut. Mengapa?

Seperti mana wujudnya khilaf dalam proses pengeluaran hukum fiqh, begitu jugalah yang
berlaku dalam menentukan taraf sesuatu hadith. Walau bagaimanapun, kita mestilah sedar
bahawa khilaf di antara mazhab secara perbandingannya adalah kecil - tetapi jangan lupa
bahawa khilaf tersebut tetap wujud. Di kalangan para ulama hadith pula, kaedah yang
digunakan bagi menentukan dan menilai isnad sesuatu hadith juga ada sedikit berbeza.
Perbezaan yang sedikit inilah yang menjadi jawapan mengapa para ulama hadith membuat
penilaian yang berbeza pada hadith yang sama.

KEPENTINGAN MEMAHAMI KONSEP INI


Kita mestilah sedar bahawa seorang imam mujtahid tidak boleh bertaqlid kepada ijtihad
ulama lain tentang taraf sesuatu hadith. Oleh itu, ijtihad ulama hadith hari ini - sebagai contoh
mereka mengatakan ada hadith daif di dalam Sahih Bukhari, atau pun mereka memberikan
taraf maudhuk kepada hadith hasan di dalam kitab Sunan al-Tirmidhi - sebenarnya ia tidaklah
boleh dijadikan hujah bagi kita untuk menolak hadith-hadith tersebut. Ulama hadith yang
terdahulu berijtihad mengikut kaedahnya yang tersendiri bagi menentukan taraf sesuatu
hadith.

Konsep ini perlulah difahami dengan sempurna bagi sesiapa yang ingin menjadi ulama
hadith. Zaman kini, para ulama hadith adalah tidak setaraf dengan para ulama hadith zaman
silam - sama ada dari segi penguasaan ilmu sains hadith atau pun tahap hafazan hadith. Oleh
itu, pakar hadith zaman sekarang perlulah lebih berhati-hati dalam usaha menilai semula taraf
sesuatu hadith.

Bab-bab yang berikutnya akan memberikan contoh-contoh khilaf yang wujud dalam proses
menentukan kesahihan sesuatu hadith. Nantikan sambungannya. InsyaAllah. Sila juga baca
bab-bab yang sebelumnya:

1 - Mengapa Perlu Bermazhab?


2 - Memahami Al-Quran & Sunnah
3 - Kriminal Dalam Ijtihad
4 - Kriminal Dalam Ijtihad II
5 - Kehandalan Para Imam Mujtahid

6 - Kehandalan Para Imam Mujtahid II


7 - Jangan Pandai-Pandai Ijtihad
8 - Taqlid Kepada Mazhab
9 - Taqlid Kepada Mazhab II

sumber : weblog the forgotten lesson


Logged
abu atiyah

 Posts: 387

o

Re: Kenapa Wujudnya Mahzab?

« Jawab #24 on: 05 June, 2007, 08:39:31 AM »


syukron ukhti..diatas artikal perkongsian...mudahan kita faham  :-*
Logged
" Berpuluh tahun kita meninggalkan asal usul kita, demi mencari pengertian sebuah
kehidupan. Namun tidak salah untuk kita kembali jatuh cinta pada dunia yang pernah
membesarkan kita, dan di sinilah bermulanya kehidupan sebenar "

alhaudhie

 Posts: 1503



o
o

Re: Kenapa Wujudnya Mahzab?

« Jawab #25 on: 10 July, 2008, 11:58:24 AM »

Mazhab-Mazhab Fiqih dan Pengertiannya

Assalaamualaikum wr. wb.

Ustadz, minta tolong dijelaskan pengertian mazhab, macam-macamnya, dan mengapa yang
berkembang di Indonesia mahzab Syafi'i, dan yang membedakan masing-masing mahzab
tersebut. Syukron

Wassalaamualaikum wr. wb.

Ami Fatoni
amf
Jawaban

Assalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Istilah mazhab merupakan sighat isim makan dari fi'il madli yaitu Dzahaba. Dzahaba artinya
pergi; oleh karena itu mazhab artinya: tempat pergi atau jalan. Kata-kata yang semakna ialah:
maslak, thariiqah dan sabiil, yang kesemuanya berarti jalan atau cara. Demikian pengertian
mazhab menurut bahasa.

Pengertian mazhab menurut istilah dalam kalangan umat Islam ialah, "Sejumlah dari fatwa-
fatwa dan pendapat-pendapat seorang alim besar di dalam urusan agama, baik ibadah maupun
lainnya."

Setiap mazhab punya guru dan tokoh-tokoh yang mengembangkannya. Biasanya mereka
punya lembaga pendididikan yang mengajarkan ilmu-ilmu kepada ribuan muridnya.
Berkembangnya suatu mazhan di sebuah wilayah sangat bergantung dari banyak hal. Salah
satunya dari keberadaan pusat-pusat pengajaran mazhab itu sendiri.

Selain itu sedikit banyak dipengaruhi juga oleh mazhab yang dianut oleh penguasa, di mana
penguasa biasanya mendirikan universitas keagamaan dan mengajarkan mazhab tertentu di
dalamnya. Nanti para mahasiswa yang berdatangan dari berbagai penjuru dunia akan
membuka perguruan tinggi dan akan menyebarkan mazhab trsebut di negeri masing-masing.

Bila pengelilaan perguruan itu berjalan baik dan berhasil, biasanya akan mempengaruhi
ragam mazhab penduduk suatu negeri. Di Mesir misalnya, mazhab As-Syafi'i di sana berhasil
mengajarkan dan mendirikan perguruan tinggi, lalu punya banyakmurid di antaranya dair
Indonesia. Maka di kemudian hari, mazhab As-Syafi;i pun berkembang banyak di Indonesia.

Sekilas tentang 4 Mazhab


1. Mazhab Hanafi

Pendiri mazhab Hanafi ialah: Nu'man bin Tsabit bin Zautha.Diahirkan pada masa sahabat,
yaitu pada tahun 80 H = 699 M. Beliau wafat pada tahun 150 H bertepatan dengan lahirnya
Imam Syafi'i R.A. Beliau lebih dikenal dengan sebutan: Abu Hanifah An Nu'man.

Abu Hanifah adalah seorang mujtahid yang ahli ibadah. Dalam bidang fiqh beliau belajar
kepada Hammad bin Abu Sulaiman pada awal abad kedua hijriah dan banyak belajar pada
ulama-ulama Ttabi'in, seperti Atha bin Abi Rabah dan Nafi' Maula Ibnu Umar.

Mazhab Hanafi adalah sebagai nisbah dari nama imamnya, Abu Hanifah. Jadi mazhab Hanafi
adalah nama dari kumpulan-kumpulan pendapat-pendapat yang berasal dari Imam Abu
Hanifah dan murid-muridnya serta pendapat-pendapat yang berasal dari para pengganti
mereka sebagai perincian dan perluasan pemikiran yang telah digariskan oleh mereka yang
kesemuanya adalah hasil dari pada cara dan metode ijtihad ulama-ulama Irak (Ahlu Ra'yi).
Maka disebut juga mazhab Ahlur Ra'yi masa Tsabi'it Tabi'in.

Dasar-dasar Mazhab Hanafi

Abu Hanifah dalam menetapkan hukum fiqh terdiri dari tujuh pokok, yaitu: Al-Kitab, As
Sunnah, Perkataan para Sahabat, Al-Qiyas, Al-Istihsan, Ijma' dan Uruf.

Murid-murid Abu Hanifah adalah sebagai berikut:


a. Abu Yusuf bin Ibrahim Al-Anshari (113-183 H)
b. Zufar bin Hujail bin Qais al-Kufi (110-158 H)
c. Muhammad bin Hasn bin Farqad as Syaibani (132-189 H)
d. Hasan bin Ziyad Al-Lu'lu Al-Kufi Maulana Al-Anshari (....-204 H).

Daerah-daerah Penganut Mazhab Hanafi

Mazhab Hanafi mulai tumbuh di Kufah (Irak), kemudian tersebar ke negara-negara Islam
bagian Timur. Dan sekarang ini mazhab Hanafi merupakan mazhab resmi di Mesir, Turki,
Syiria dan Libanon.

Dan mazhab ini dianut sebagian besar penduduk Afganistan, Pakistan, Turkistan, Muslimin
India dan Tiongkok.

2. Mazhab Maliki

Mazhab Maliki adalah merupakan kumpulan pendapat-pendapat yang berasal dari Imam
Malik dan para penerusnya di masa sesudah beliau meninggal dunia.

Nama lengkap dari pendiri mazhab ini ialah: Malik bin Anas bin Abu Amir. Lahir pada tahun
93 M = 712 M di Madinah. Selanjutnya dalam kalangan umat Islam beliau lebih dikenal
dengan sebutan Imam Malik. Imam Malik terkenal dengan imam dalam bidang hadis
Rasulullah SAW.

Imam Malik belajar pada ulama-ulama Madinah. Yang menjadi guru pertamanya ialah Abdur
Rahman bin Hurmuz. Beliau juga belajar kepada Nafi' Maula Ibnu Umar dan Ibnu Syihab Az
Zuhri.

Adapun yang menjadi gurunya dalam bidang fiqh ialah Rabi'ah bin Abdur Rahman. Imam
Malik adalah imam (tokoh) negeri Hijaz, bahkan tokohnya semua bidang fiqh dan hadits.

Dasar-dasar Mazhab Maliki

Dasar-dasar mazhab Maliki diperinci dan diperjelas sampai tujuh belas pokok(dasar) yaitu:

    * Nashshul Kitab
    * Dzaahirul Kitab (umum)
    * Dalilul Kitab (mafhum mukhalafah)
    * Mafhum muwafaqah
    * Tanbihul Kitab, terhadap illat
    * Nash-nash Sunnah
    * Dzahirus Sunnah
    * Dalilus Sunnah
    * Mafhum Sunnah
    * Tanbihus Sunnah
    * Ijma'
    * Qiyas
    * Amalu Ahlil Madinah
    * Qaul Shahabi
    * Istihsan
    * Muraa'atul Khilaaf
    * Saddud Dzaraa'i.

Sahabat-sahabat Imam Maliki dan Pengembangan Mazhabnya

Di antara ulama-ulama Mesir yang berkunjung ke Madinah dan belajar pada Imam Malik
ialah:

   1. Abu Muhammad Abdullah bin Wahab bin Muslim.


   2. Abu Abdillah Abdur Rahman bin Qasim al-Utaqy.
   3. Asyhab bin Abdul Aziz al-Qaisi.
   4. Abu Muhammad Abdullah bin Abdul Hakam.
   5. Asbagh bin Farj al-Umawi.
   6. Muhammad bin Abdullah bin Abdul Hakam.
   7. Muhammad bin Ibrahim bin Ziyad al-Iskandari.

Adapun ulama-ulama yang mengembangkan mazhab Maliki di Afrika dan Andalus ialah:

   1. Abu Abdillah Ziyad bin Abdur Rahman al-Qurthubi.


   2. Isa bin Dinar al-Andalusi.
   3. Yahya bin Yahya bin Katsir Al-Laitsi.
   4. Abdul Malik bin Habib bin Sulaiman As Sulami.
   5. Abdul Hasan Ali bin Ziyad At Tunisi.
   6. Asad bin Furat.
   7. Abdus Salam bin Said At Tanukhi.
Sedang Fuqaha-fuqaha Malikiyah yang terkenal sesudah generasi tersebut di atas adalah
sebagai berikut:

   1. Abdul Walid al-Baji


   2. Abdul Hasan Al-Lakhami
   3. Ibnu Rusyd Al-Kabir
   4. Ibnu Rusyd Al-Hafiz
   5. Ibnu 'Arabi
   6. Ibnul Qasim bin Jizzi

Daerah-daerah yang Menganut Mazhab Maliki.

Awal mulanya tersebar di daerah Madinah, kemudian tersebar sampai saat ini di Marokko,
Aljazair, Tunisi, Libia, Bahrain, dan Kuwait.

3.Mazhab Syafi'i.

Mazhab ini dibangun oleh Al-Imam Muhammad bin Idris Asy Syafi'i seorang keturunan
Hasyim bin Abdul Muthalib bin Abdi Manaf. Beliau lahir di Gaza (Palestina) tahun 150 H
bersamaan dengan tahun wafatnya Imam Abu Hanifah yang menjadi Mazhab yang pertama.

Guru Imam Syafi'i yang pertama ialah Muslim bin Khalid, seorang Mufti di Mekah. Imam
Syafi'i sanggup hafal Al-Qur-an pada usia tujuh tahun. Setelah beliau hafal Al-Qur-an
barulah mempelajari bahasa dan syi'ir; kemudian beliau mempelajari hadits dan fiqh.

Mazhab Syafi'i terdiri dari dua macam; berdasarkan atas masa dan tempat beliau mukim.
Yang pertama ialah Qaul Qadim; yaitu mazhab yang dibentuk sewaktu hidupdi Irak. Dan
yang kedua ialah Qul Jadid; yaitu mazhab yang dibentuk sewaktu beliau hidup di Mesir
pindah dari Irak.

Keistimewaan Imam Syafi'i dibanding dengan Imam Mujtahidin yaitu bahwa beliau
merupakan peletak batu pertama ilmu Ushul Fiqh dengan kitabnya Ar Risaalah. Dan kitabnya
dalam bidang fiqh yang menjadi induk dari mazhabnya ialah: Al-Um.

Dasar-dasar Mazhab Syafi'i

Dasar-dasar atau sumber hukum yang dipakai Imam Syafi'i dalam mengistinbat hukum sysra'
adalah:

   1. Al-Kitab.
   2. Sunnah Mutawatirah.
   3. Al-Ijma'.
   4. Khabar Ahad.
   5. Al-Qiyas.
   6. Al-Istishab.

Sahabat-sahabat beliau yang berasal dari Irak antara lain:

   1. Abu Tsaur Ibrahim bin Khalid bin Yaman al-Kalabi al-Bagdadi.
   2. Ahmad bin Hanbal yang menjadi Imam Mazhab keeempat.
   3. Hasan bin Muhammad bin Shabah Az Za'farani al-Bagdadi.
   4. Abu Ali Al-Husain bin Ali Al-Karabisi.
   5. Ahmad bin Yahya bin Abdul Aziz al-Bagdadi.

Adapun sahabat beliau dari Mesir:

   1. Yusuf bin Yahya al-Buwaithi al-Misri.


   2. Abu Ibrahim Ismail bin Yahya al-Muzani al-Misri.
   3. Rabi' bin Abdul Jabbar al-Muradi.
   4. Harmalah bin Tahya bin Abdullah Attayibi
   5. Yunus bin Abdul A'la Asshodafi al-Misri.
   6. Abu Bakar Muhammad bin Ahmad.

Daerah-daerah yang Menganut Mazhab Syafi'i

Mazhab Syafi'i sampai sekarang dianut oleh umat Islam di: Libia, Mesir, Indonesia, Pilipina,
Malaysia, Somalia, Arabia Selatan, Palestina, Yordania, Libanon, Siria, Irak, Hijaz, Pakistan,
India, Jazirah Indo China, Sunni-Rusia dan Yaman.

4. Mazhab Hambali.

Pendiri Mazhab Hambali ialah: Al-Imam Abu Abdillah Ahmad bin Hanbal bin Hilal
Azzdahili Assyaibani. Beliau lahir di Bagdad pada tahun 164 H. dan wafat tahun 241 H.

Ahmad bin Hanbal adalah seorang imam yang banyak berkunjung ke berbagai negara untuk
mencari ilmu pengetahuan, antara lain: Siria, Hijaz, Yaman, Kufah dan Basrsh. Dan beliau
dapat menghimpun sejumlah 40.000 hadis dalam kitab Musnadnya.

Dasar-dasar Mazhabnya.

Adapun dasar-dasar mazhabnya dalam mengistinbatkan hukum adalah:

   1. Nash Al-Qur-an atau nash hadits.


   2. Fatwa sebagian Sahabat.
   3. Pendapat sebagian Sahabat.
   4. Hadits Mursal atau Hadits Doif.
   5. Qiyas.

Dalam menjelaskan dasar-dasar fatwa Ahmad bin Hanbal ini di dalam kitabnya I'laamul
Muwaaqi'in.

Pengembang-pengembang Mazhabnya

Adapun ulama-ulama yang mengembangkan mazhab Ahmad bin Hanbal adalah sebagai
berikut:

   1. Abu Bakar Ahmad bin Muhammad bin Hani yang terkenal dengan nama Al-Atsram; dia
telah mengarang Assunan Fil Fiqhi 'Alaa Mazhabi Ahamd.
   2. Ahmad bin Muhammad bin Hajjaj al-Marwazi yang mengarang kitab As Sunan
Bisyawaahidil Hadis.
   3. Ishaq bin Ibrahim yang terkenal dengan nama Ibnu Ruhawaih al-Marwazi dan termasuk
ashab Ahmad terbesar yang mengarang kitab As Sunan Fil Fiqhi.

Ada beberapa ulama yang mengikuti jejak langkah Imam Ahmad yang menyebarkan mazhab
Hambali, di antaranya:

   1. Muwaquddin Ibnu Qudaamah al-Maqdisi yang mengarang kitab Al-Mughni.


   2. Syamsuddin Ibnu Qudaamah al-Maqdisi pengarang Assyarhul Kabiir.
   3. Syaikhul Islam Taqiuddin Ahmad Ibnu Taimiyah pengarang kitab terkenal Al-Fataawa.
   4. Ibnul Qaiyim al-Jauziyah pengarang kitab I'laamul Muwaaqi'in dan Atturuqul
Hukmiyyah fis Siyaasatis Syar'iyyah.Ibnu Taimiyah dan Ibnul Qaiyim adalah dua tokoh yang
membela dan mengembangkan mazhab Hambali.

Daerah yang Menganut Mazhab Hambali.

Awal perkembangannya, mazhab Hambali berkembang di Bagdad, Irak dan Mesir dalam
waktu yang sangat lama. Pada abad XII mazhab Hambali berkembang terutama pada masa
pemerintahan Raja Abdul Aziz As Su'udi.

Dan masa sekarang ini menjadi mazhab resmi pemerintahan Saudi Arabia dan mempunyai
penganut terbesar di seluruh Jazirah Arab, Palestina, Siria dan Irak.

Demikian sekilas sejarah dan penjelasan dari keempat mazhab yang terkenal.

Wallahu a'lam bishshawab, wassalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Ahmad Sarwat, Lc

http://eramuslim.com/ustadz/dll/5c27123121-mazhab-mazhab-fiqih-dan-pengertiannya.htm
Logged
ISLAM untuk semua
Bakper: Ustaz cakak ganung pekat.
Jawak: Pasal ghama dok pahang biler cakap standark.

hakim114

 Posts: 252

o

Re: Kenapa Wujudnya Mahzab?

« Jawab #26 on: 06 October, 2009, 02:04:58 PM »


Assalamualaikum

Dalam membincangkan perkara ini, kita perlu mengetahui beberapa istilah penting. Iaitu
taklid, talfiq, ittiba’, muqallid, muttabi’

Taklid adalah mengikut sesuatu pendapat mazhab/mujtahid tanpa mengetahui hujah-hujah


mereka. Sebagai contoh mengikut sesuatu pendapat atau fatwa dari Mazhab Syafi’I tanpa
mengetahui hujah dan dalil-dalilnya. Mereka yang bertaklid ini dipanggil muqallid .

Lawan bagi taklid adalah ittiba’. Ittiba’ adalah mengikut atau menerima sesuatu
pendapat/fatwa setelah mengkaji/mengetahui hujah dan dalil-dalilnya. Mereka yang berittiba’
dipanggil muttabi’ .

Manakala mujtahid pula adalah orang yang yang berusaha meneliti dalil-dalil, kemudian
mengeluarkan hukum dari dalil berkenaan. Mereka ini mempunyai ilmu yang tinggi dan
bukannya calang-calang orang boleh sampai ke tahap ini.Contoh-contoh mujtahid yang
terkenal ialah Imam Syafi’I, Imam Malik, Imam Hanbal, Imam Hanafi, Imam Nawawi, Imam
Al-Ghazali dan ramai lagi.

Talfiq adalah mengikut pendapat satu-satu imam dalam satu-satu masalah, kemudian
bertaklid kepada imam lain dalam masalah lain. Contohnya, mengambil wuduk ikut cara
Hanafi dan sembahyang ikut cara Syafi’i.

Moga boleh berkongsi Sumber dari buku "Salah Faham Terhadap Bida'ah" karya Dr.Abduk
Malik Abd Rahman As Sa'adi (Bertaklid kepada salah satu Mazhab daripada yang empat
muka surat 39)

Soalan: Adakah seseorang muslim itu dimestikan mengikut mahzab yang tertentu di antara
mahzab-mahzab Fiqh yang muncul di dalam Islam atau dia hanya perlu mengambil hukum
daripada Al Quran dan Hadith sahaja dan mengenepikan mahzab-mahzab tersebut atau di
sana terdapat sau huraian yang detail?

Jawapan:
1. Sekiranya seorang muslim itu mempunyai kemampuan untuk mengeluarkan hukum
daripada ayat Al Quran dan Hadith seta dapat memahami pengertian yang tersirat daripada
kuda-keduanya, mampu membeza di antara dalil khas dengan am, dalil am yang dikhususkan,
nasikh dan mansukh, mujmal dan mubaiyyin, muhkam dan mutasyabih dan mampu untuk
menyelaraskan di antara dalil yang zahirnya bercanggah, maka dia diharuskan mengambil
hukum terus daripada Al Quran dan Hadith tanpa perlu merujuk kepada pendapat-pendapat
mazhab dan para fuqaha

Selain daripada itu, dia juga mesti memiliki sifat-sifat berikut:


Mahir dalam ilmu bahasa Arab seperti ilmu Nahu dan Sorof, kerana kedua-dua ilmu tersebut
merupakan asas dalam memahami makna lafaz.
Mengetahui pendapat para ulama berhubung dengan ayat atau hadith itu.
Mahir dalam kaedah-kaedah Usul Feqh (Qawa'id Usuliyyah)
Mahir dalam memahami ayat-ayat dan hadith-hadith yang berkait dengan hukum hakam
(Ayat Al-Ahkam dan Hadith Al-Ahkam)
Memilik sifat takwa, amanah dan takut kepada ALlah SWT.

Sekiranya seseorang tidak memiliki sifat-sifat di atas, adalah dikira sebagai satu kezaliman
sekiranya seseorang yang tifak tahu membaca ayat Al Quran dengan baik dan tidak mampu
untuk membaca nas hadith mengikut kaedah Nahu yang betul kemudian, berani pula
mempertikaikan para fuqaha dan mazhab-mahzab yang muncul pada zaman di mana bahasa
Arab fasih menjadi pertuturan harian mereka dan zaman mereka lebih hampir dengan zaman
RasuluLlah SAW.

2. Sekiranya seseorang tidak memiliki sifat-sifat di atas dan dia tidak memiliki kemampuan
seperti mana yang disebut tadi, maka diwajibkannya bertaqlid kepada mana-mana mazhab
daripada mahzab-mahzab yang empat.

Dikira sebagai satu kesalahan juga, sekiranya kita mentafsirkan makna ayat Al Quran, iaitu
Firman ALLah Ta'ala yang ertinya:

"Mereka menjadikan para ulama dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain dari ALlah."
(At-Taubah: 31)

Dengan mengatakan bahawa ia ditujukan kepada para fuqaha

Qias dengan perkara tersebut kurang tepat kerana para ulama Yahudi dan rahib-rahib Nasrani
mereka-reka sendiri hukum-hakam kepada kaum mereka yang bertentangan dengan nas-nas
dalam kitab Taurat dan Injil, lalu kaum mereka mengikut apa yang mereka keluarkan itu
dalam keadaan sedar bahawa hukum-hakam tersebut bercanggah dengan hukum ALlah,
seolah-olah mereka menyamakan ulama dan rahib-rahib mereka itu dengan ALlah dalam
menentukan hukum-hakam.

Sedangkan mahzab-mahzab fiqh dalam Islam, mereka bukanlah yang mencetuskan hukum-
hakam tetapi mereka cuma berperanan untuk menghurai dan menjelaskan kehendak ayat dan
hadith serta pegertiannya. Selain dari itu mereka juga yang meletakkan masalah-masalah
semasa yang baru timbul pada kehendak-kehendak ayat atau hadith dan memasukkan setiap
juzuk peristiwa yang berlaku di bawah 'Qawaid Syar'iyyah'. Ini tidak dapat dilakukan
melainkan mereka yang memiliki sifat-sifat yang telah diterangkan tadi.

Perumpamaan mahzab dengan muqallidnya (pengikut) bagaikan dua orang lelaki yang salah
seorangnya memiliki penglihatan yang tajam yang dapat melihat kedudukan anak bulan
dengan jelas pada awal bulan, manakala seorang lagi mempunyai penglihatan yang kabur
yang tidak dapat melihat kedudukan anak bulan. Lelaki yang pertama tadi dapat melihat anak
bulan manakala yang kedua tidak dapat melihatnya, lalu lelaki yang pertama tadi
menunjukkannya tempat anak bulan itu di langit sehinggalah lelaki kedua dapat melihatnya.
Jadi, rukyahnya berlaku dengan perantaraan lelaki yang tajam penglihatan tadi.
Begitulah keadaannya dengan mahzab-mahzab, kerana mereka mempunyai kemampuan dan
kelayakan untuk membezakan di antara dalil yang zahir (yang jelas) dengan dalil yang perlu
ditakwil, di antara nasikh dan mansukh, memahami nas melalui kaedah-kaedah bahasa, lalu
mereka mengeluarkan hukum.

Setelah itu, hukum yang dikeluarkan itu diterima secara lisan atau tulisan oleh mereka yang
tidak mempunyai kemampuan dan kelayakan untuk memahami dalil-dalil tadi. Jadi, mahzab-
mahzab tadi bukanlah yang mencetuskan hukum-hakam yang bertentangan dengan ajaran
Islam dan tidak ada paksaan pada mengikut mereka, lebih-lebih lagi menganggap mereka
tuhan-tuhan selain daripada ALlah SWT. Apa yang mereka bahaskan tidak lari dari skop
yang dibenarkan oleh ALlah yang Maha Bijaksana.

Dulu…dulu, Allah cipta iblis sebagai ketua malaikat,


iblis@syaitan ni di buat dari api, manakala malaikat di cipta dari cahaya….kemudian Allah
cipta Jin , juga dari api dan telah di amanahkan untuk mentadbir dunia ini,

Pada waktu tu, manusia (aku dan korang) belum ada lagi, pendek cerita jin telah membuat
kerosakkan di muka bumi ini dan telah banyak berlaku pertumpahan darah sehingga Iblis
telah mengetuai malaikat untuk berperang dengan jin dan mengusir makluk jin ke alam lain,
masih di dunia ni tapi satu alam yg lain, maka bumi yg “kosong” ini, Allah telah bercadang
untuk mencipta makhluk manusia yg akan diperbuat dari tanah untuk menjadi khalifah di
muka bumi ini.

Akrian, akan hal tersebut telah di bantah oleh para malaikat dan yg paling kuat membantah
adalah iblis...
Yang paling iblis tak berkenan: kena sujud pulak dekat bapa manusia ini,(nabi Adam as.)
Walaupun iblis telah bagi alasan yg logic,: “apahal pulak nak kena sembah manusia?, sembah
Allah dah le, lagipun dia dari tanah, aku dari api, “(lebih kurang begitu) tapi telah
mengundang kemurkaan Allah dan terus di laknat lalu usir dari syurga….bla bla bla(pendek
cerita sebab korang semua dah tahu dah..)

Kesimpulan:-

Antara Makluk2 Allah:


1.Iblis dari api
2.Jin dari api
3.Malaikat dari cahaya
4.Manusia dari tanah
(ps:aku tak tulis makluk bidadari kerana tak ingat di cipta dari batu permata jenis apa)

Kemudian, di antara semua makhluk, Allah pilih satu makhluk untuk dijadikan sebagai
kekasih Dia, dan korang semua(termasuk aku) patut rasa syukur yg amat, kerana kekasih
Allah adalah seorang manusia, dan Allah telah buat keputusan bahawa kejayaan semua
manusia adalah apabila dapat taat perintah Allah dan ikut cara kekasih Dia(sunnah), iaitu
Nabi Muhammad s.a.w.
Waktu kedatangan kekasih Allah, maka dunia cukup suka, hingga berlaku gerak gempa yg
membuatkan jatuh mahkota raja-raja, padam api majusi, dll.
Allah Taala telah tarbiah Nabi sehingga Nabi juga di kenali sebagai Al-quran bergerak, ini
bermakna, Al-quran adalah kehendak Allah yg di zahirkan dalam bentuk perkataan(Qalam),
manakala Nabi adalah kehendak Allah yg di zahirkan dalam bentuk manusia(cara
hidup@sunnah). Apa sahaja perbuatan Nabi di cintai Allah, apa yg Nabi suka itulah yg Allah
suka, dan apa yg Nabi benci itulah yg Allah benci,

Satu contoh tatkala Nabi naik atas arasy Allah, Allah suruh nabi naik dengan kasut2nya
sekali, berbeza dengan peristiwa Nabi Musa di bukit Tur Sina, yg mana Nabi Musa di
perintah untuk buka kasut, satu org alim tafsir ini bermakna bahawa,: debu2 yg melekat pada
tapak kaki Nabi Muhammad, lebih mulia dari Arash Allah sendiri…korang bayangkanlah
bagaimana hebat cintaNya Allah pada Nabi muhammad saw.

Akhirnya, kerana cintaNya Allah pada Nabi, maka Allah telah buat keputusan bahawa segala
sunnahnya( perbuatan Nabi ) akan diikuti oleh semua umat akhir zaman, maka kerana itulah
muncul pelbagai mazhab yg kita nampak berbeza cara Ibadat mereka, tapi setiap mereka
mempunyai dalil dan hadith tersendiri yg membenarkan amal Ibadat meraka,

Sebagai contoh,: mazhab kita sendiri, waktu tahiyat akhir duduk ‘senget’ macam org sakit,
sebanarnya memang waktu Nabi sakit, Nabi solat camtu, dan Allah kekalkan duduk nabi
sakit tu dalam mazhab Shafee, kalau mazhab lain, duduk tahiyat akhir macam duduk tahiyat
awal.

Banyak lagi contoh, kalau korang gi mekah, korang boleh lihat macam2 cara org solat, ambil
wudhu dll, sebenarnya semua itu adalah dari Nabi sendiri,: ada waktu nabi ambil wudhu
basuh semua kepala, ada waktu hanya menyapu kepala, mungkin Nabi buat camtu sebab
faktor kekurangan air dan sebagainya,(mungkin)

Tapi Allah mahu amal itu kekal, maka sekarang korang boleh lihat sendiri pelbagai mazhab
telah wujud.
Jadi wujudnya mazhab yg berbeza adalah ‘tugu cinta’Nya Allah pada Nabi, dan…

Hanya Allah Pecinta yang mampu mengekalkan seluruh amalan kekasihNYa sepanjang
zaman memlalui 4 mazhab yg besar…..merentasi 4 musim, 4 unsur, seluruh alam, sepanjang
zaman, semua insan…
dan bila korang ikut cara Nabi, maka Allah pun akan suka kat korang, cam sahabat yg 100%
ikut sunnah nabi sehingga Allah bagi title R.A kat sahabat…dan seperkara lagi dalam hadith
kudsi Allah berfirman (lebih kurang begini)bahawa Al-quran akan di jaga oleh Allah
sepanjang zaman, tidak akn hilang, tapi untuk amalan kekasih-Nya(sunnah )Allah bagi
ganjaran 100 pahala mati syahid bagi org yaga amal@hidupkan satu amalan kekasih Dia…
korang bayangkanlah sendiri..betapa hebatnya cinta Allah…

“SELANGKAH AKU RAPAT PADA-MU


SERIBU LANGKAH KAU RAPAT PADAKU….”

Ps: apabila di dunia ini sudah tidak ada lagi amalan kekasih Dia berlaku, sudah tidak ada lagi
org islam, maka Allah akan jadikan semua org yg masih ada sebagai mayat….Allah akn
matizan semua malaikat, Allah akn musnahkan segala-galanya…Masjid, Kaabah, gunung,
langit dan bumi semuanya musnah…HANCUR BERKECAI seperti bulu berhamburan….!!!!

Anda mungkin juga menyukai