Anda di halaman 1dari 1

DOA BULAN BAHASA

Ya Allah , Ya Karim Ya Wadud ,

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami


untuk berada di Majlis Perasmian Bulan Bahasa Peringkat Sekolah pada hari ini.

Ya Allah , Tuhan Yang Berkuasa Melaksanakan apa yang dikehendakki ,

Jadikanlah hari-hari yang kami lalui dimulai dengan rahmat-Mu , pertengahannya


barakah , dan disudahi dengan keampunan-Mu . Dan juga jadikanlah hari-hari
yang kami lalui permulaannya hidayah, pertengahannya kemenangan dan
diakhiri dengan kecemerlangan .

Ya Allah , Tuhan Yang Maha Esa lagi Perkasa

Kami memohon kehadrat-Mu semoga Engkau jadikan majlis ini sebagai satu
wadah untuk kami bersatu-padu , bekerjasama dan bantu-membantu di kalangan
kami demi membangunkan negara dalam menghadapi alaf baru . Jadikanlah
juga majlis ini sebagai usaha murni kami untuk memartabatkan Bahasa Melayu
sebagai Bahasa Rasmi negara kami .

Ya Allah , kurniakanlah kepada kami Iman yang teguh,mantap dan kukuh demi
menghadapi cabaran-cabaran hidup semasa dan dalam mengharungi pancaroba
hidup alaf baru ini .

Ya Allah tunjukkanlah kami taufiq dan hidayah jalan yang benar dan cara-cara
melaksanakan serta menghayatinya.Jadikanlah kami insan yang suka
mendengar kebaikan lantas melakukannya , begitu juga jadikanlah kami insan
yang apabila mengetahui keburukan lantas bersegera meninggalkannya .

Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati


dan dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan
yang Engkau pelihara daripada bahaya dan keburukan.

Anda mungkin juga menyukai