Anda di halaman 1dari 6

LAPORAN PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 (2021)

1. NAMA PROGRAM : PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 2021

2. TARIKH PELAKSANAAN : 20 JANUARI – 26 MAC 2021


3. ANJURAN : UNIT KURIKULUM DAN HAL EHWAL
MURID, SK SUNGAI KELAMBU
4. TEMPAT : SK SUNGAI KELAMBU
5. OBJEKTIF :
5.1. Mengembangkan sosio-emosi dan menyesuaikan diri kepada persekitaran
pembelajaran yang formal.
5.2. Memperoleh pengetahuan dan kemahiran asas mengikut sukatan pelajaran
tahun 1.
5.3. Mencapai tahap pencapaian kognitif yang hampir sama untuk memudahkan
proses pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya.
5.4.Sebagai salah satu inisiatif ke arah penarafan KBAT peringkat sekolah.

6. SASARAN : Murid Tahun 1


7. PERBELANJAAN : Kutipan dari ibu bapa dan Sumbangan PIBG
(Lihat Lampiran 1)
8. PELAKSANAAN :

Program Transisi Tahun Satu 2021 merupakan satu program yang dirangka untuk
menyediakan murid menghadapi perubahan, menyesuaikan diri dan membina
keyakinan diri mereka di sekolah rendah. Program ini dirangka dengan mengambil
kira kandungan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) dengan penekanan terhadap aspek sosioemosi,
kognitif dan fizikal murid. Program ini diharapkan dapat membantu murid dari
pelbagai latar belakang, pengalaman pembelajaran dan perkembangan sosioemosi
untuk memulakan proses pembelajaran di Tahun Satu pada tahap perkembangan
dan pencapaian yang hampir sama. 

Program transisi diorganisasi dalam 3 fasa iaitu: 

Fasa 1: Persediaan Fasa persediaan dilaksanakan sebelum sesi persekolahan


bermula iaitu pada 11 Januari hingga 19 Januari 2021. Fasa ini penekanan terhadap
kesediaan pentadbir, guru, ibu bapa/penjaga, murid dan persekitaran fizikal sebelum
sesi persekolahan bermula. 
Fasa 2: Penyesuaian Fasa penyesuaian bermula pada 20 Januari hingga 29 Januari
2021 menggunakan Modul Orientasi. Fasa ini bertujuan untuk membolehkan murid
menyesuaikan diri dengan situasi dan persekitaran sekolah serta membina
hubungan baik dengan rakan dan guru. 
Fasa 3: Kesediaan Fasa kesediaan bermula pada 1 Februari hingga 25 Mac 2021
menggunakan Modul PdP. Fasa ini bertujuan menyediakan murid dengan
pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk pembelajaran seterusnya. 
Program transisi dapat dilaksanakan dengan laksanakan dengan baik bermula pada
20 Januari 2021 hingga 26 Mac 2021 dengan bantuan dan kerjasama daripada
semua ibu bapa dan guru tahun 1. Program Transisi ini juga turut dilaksanakan
secara PDPR walaupun sekolah tidak buka. Murid telah melaksanakan program
transisi secara online dan offline mengikut jadual transisi yang disediakan
menggunakan Modul PdP terlebih dahulu. Apabila sekolah sudah dibuka program
transisi terus dilaksanakan seperti biasa mengikut jadual transisi yang disediakan
secara bersemuka dengan menggunakan Modul Orientasi pada mulanya dan
disambung Kembali dengan Modul PdP setelah selesai Modul Orientasi dijalankan.
Program ini berakhir dengan Maajlis Penutupan Program Transisi Tahun 1 2021
pada 26 Mac 2021 dengan jayanya.

9. PENILAIAN PROGRAM :

Program telah dirancang dengan teliti dan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Bahan-
bahan yang disediakan sangat sesuai untuk membantu murid tahun 1 menyesuaikan
diri dengan suasana pembelajaran sebenar. Jawatankuasa yang dilantik telah
melaksanakan program dengan kerjasama yang jitu.

10. MASALAH / ISU :

Sebahagian pelaksanaan Program Transisi adalah pada waktu pandemik Covid-19,


murid menjalankan program secara online dan offline. Terdapat sebahagian kecil murid
yang tidak menyertai pdpr dengan jayanya.

11. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :

Tiada

12. DOKUMENTASI BERGAMBAR : (Lihat Lampiran 2)

SK Sungai Kelambu
Disediakan oleh,

...............................................
(NURULFADILLAH BINTI JAIS)
Penyelaras Minggu Transisi Tahun 1

LAMPIRAN 1;
SUMBER KEWANGAN

Kutipan dari Penjaga dan PIBG

BIL PERKARA KUANTITI ANGGARAN CATATAN


HARGA
1 MODUL TRANSISI 51 Set x RM 7 RM 357.00 *Penjaga
JUMLAH RM 357.00
3 HADIAH PERTANDINGAN 10 x RM3 RM 30.00 PIBG
- MEWARNA
- TULISAN CANTIK
4 HADIAH SAGUHATI 51 x RM3 RM 153.00
JUMLAH RM 183.00

LAMPIRAN 2;
LAPORAN BERGAMBAR PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 SESI 2021

A) TAKLIMAT SEBELUM PROGRAM TRANSISI TELAH DIJALANKAN SECARA MAYA


MELALUI PELANTAR GOOGLE MEET.
B) AKTIVITI-AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN OLEH MURID-MURID TAHUN
1 SEI 2021 SEPANJANG PROGRAN TRANSISI TAHUN 1
C) MAJLIS PENUTUP PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 SESI 2021

Anda mungkin juga menyukai