Anda di halaman 1dari 4

Perang Salib Kelapan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Lompat ke: pandu arah, cari
Perang Salib Kelapan
Sebahagian dari Perang Salib
Tarikh 1270
Tempat Tunisia
Kemenangan mutlak orang Islam.
Kematian Louis IX.
Hasil
Pembukaan perdagangan dengan
Tunis.
Perubahan
Status quo ante bellum
wilayah
Pihak bersengketa
Tentera Salib
 Kerajaan
Muslim
Perancis
 Hafsiyyah

o Anjou
Komander
Louis IX Muhammad I al-
Charles I Mustansir
[sorok]
 
Perang Salib

Pertama – Rakyat – Jerman 1096 – Tahun 1101


– Kedua – Ketiga – Keempat - Albigensian -
Kanak-kanak - Kelima - Keenam - Ketujuh -
Kelapan - Kesembilan - Baltik dan Eropah
Tengah

Perang Salib Kelapan ialah satu Perang Salib yang dilancarkan oleh Raja Perancis
Louis IX pada tahun 1270. Perang Salib Kelapan kadang kala dihitung sebagai Perang
Salib Ketujuh sekiranya Perang Salib Kelima dan Perang Salib Keenam yang
dilancarkan Frederick II dikira sebagai satu perang salib tunggal. Perang Salib
Kesembilan juga kadang kala dikira sebagai sebahagian daripada Perang Salib
Kelapan.

Louis berasa tidak senang duduk dengan peristiwa-peristiwa yang terjadi di Syria
yang di sana sultan Mamluk bernama Baibars telah menyerang saki-baki negeri
tentera salib. Baibars merebut peluang setelah perperangan sesama sendiri antara
bandar-bandar Venice dan Genoa (1256–1260) telah melemahkan pelabuhan-
pelabuhan Syria yang dikuasai kedua-dua buah bandar tersebut. Pada tahun 1265,
Baibars telah menakluki Nazareth, Haifa, Toron, dan Arsuf. Hugh III dari Cyprus,
raja Jerusalem pada nama, telah mendarat di Acre bagi mepertahankan bandar
tersebut manakala Baibars mara ke utara sejauh Armenia yang berada dalam
penguasaan Mongol pada masa itu.

Peristiwa-peristiwa ini memaksa Louis melancarkan satu perang salib baru pada tahun
1267, walaupun hanya menerima sedikit sokongan; Jean de Joinville, pembabad yang
menemani Louis dalam Perang Salib Ketujuh enggan menyertai perang salib baru ini.
Tidak lama kemudian Louis dipujuk oleh saudara lelakinya Charles dari Anjou untuk
menyerang Tunis terlebih dahulu yang dapat memberi pangkalan yang kuat kepada
mereka untuk menyerang Mesir, fokus Louis dalam Perang Salib Keenam dan juga
dalam Perang Salib Kelima sebelumnya, yang menyaksikan kekalahan Tentera Salib.
Sebagai Raja Sicily, Charles juga memiliki kepentingan sendiri di dalam kawasan
Mediterranean. Khalifah Tunis, Muhammad I al-Mustansir juga mempunyai
hubungan dengan Sepanyol dan dianggap sebagai calon yang sesuai untuk kemasukan
ke dalam agama Kristian. Pada tahun 1270, Louis mendarat di atas pantai Afrika
dalam bulan Julai, satu musim yang amat tidak sesuai untuk pendaratan. Ramai
tentera menjadi sakit akibat kekurangan air minuman, anaknya yang dilahirkan di
Damietta John Sorrow meninggal dunia pada 3 Ogos dan pada 25 Ogos[1] Louis
sendiri meninggal dunia akibat "fluks di dalam perut", sehari selepas ketibaan
Charles. Kata-kata terakhirnya ialah "Baitul Maqdis". Charles mengisytiharkan anak
Louis, Philip III sebagai raja yang baru, tetapi disebabkan dia masih muda, Charles
bertindak sebagai pemimpin sebenar perang salib ini.

Akibat penyakit yang berlanjutan, kepungan terhadap Tunis diabaikan pada 30


Oktober melalui satu persetujuan dengan sultan tersebut. Dalam persetujuan ini, orang
Kristian memperolehi kebebasan berdagang dengan Tunis, dan kediaman untuk rahib
dan paderi di dalam bandar tersebut dijamin keselamatannya, jadi perang salib ini
dapat dianggap sebagai kejayaan separa. Setelah mendengar berita kematian Louis
dan pemindahan tentera salib dari Tunis, Sultan Baibars di Mesir membatalkan
rancangannya untuk menghantar pasukan tentera Mesir bagi menentang Louis di
Tunis[2]. Charles kini bersekutu dengan Putera Edward dari England yang tiba
sementara itu. Apabila Charles menarik balik serangan ke atas Tunis, Edward
meneruskan perjalanan ke Acre, kota kara tentera Salib terakhir di Syria. Masanya
yang dihabiskan di situ kerap kali dinamakan Perang Salib Kesembilan.

[sunting] Kesusasteraan Pengiring


Bertran d'Alamanon, seorang diplomat yang berkhidmat dengan Charles dari Anjou,
dan Ricaut Bonomel, seorang Kesatria Kuil di Tanah Suci, kedua-duanya telah
menggubah lagu-lagu sekitar tahun 1265. Bertran mengkritik kejatuhan agama
Kristian di Outremer, manakala Bonomel mengkritik polisi pihak Pope yang mengejar
perang di Itali dengan wang yang sepatutnya dihantar ke seberang laut.

Kegagalan Perang Salib Kelapan, seperti perang-perang salib sebelumnya,


membangkitkan respons yang dipahat dalam puisi Occitan oleh para troubadour.
Kematian Louis dari Perancis terutamanya mencetuskan hasil karya mereka yang
kreatif, ketara memandangkan permusuhan yang ditujukan para troubadour terhadap
institusi pemerintahan beraja Perancis semasa Perang Salib Albigensian. Tiga planh,
lagu-lagu ratapan, digubah sempena kematian Louis IX.
Guilhem d'Autpol telah menggubah Fortz tristors es e salvaj'a retraire bagi Louis.
Raimon Gaucelm de Bezers telah menggubah Qui vol aver complida amistansa untuk
meraikan persediaan perang salib ini pada tahun 1268, tetapi dalam tahun 1270 dia
terpaksa menggubah Ab grans trebalhs et ab grans marrimens untuk memperingati
raja Perancis tersebut. Austorc de Segret telah menggubah No sai quim so, tan sui
desconoissens, sebuah lagu perang salib yang lebih umum, yang meratapi Louis tetapi
juga bahawa samada Tuhan atau syaitan yang menyesatkan orang Kristian. Dia juga
menyerang saudara Louis, Charles yang digelarnya sebagai caps e guitz (kepala dan
pembimbing) orang kafir, kerana dia memujuk Louis untuk menyerang Tunis dan
bukannya Tanah Suci, dan dia dengan segera membuat rundingan damai dengan
orang Islam selepas kematian Louis.

Selepas perang salib ini, troubadour berumur Peire Cardenal telah menulis sebuah
lagu, Totz lo mons es vestitiz et abrazatz yang memberi galakan kepada pewaris
Louis, Philip III untuk pergi ke Tanah Suci bagi membantu Edward Longshanks.

Syair-syair sindiran telah digubah di Tunis tentang rancangan baru Louis untuk
menakluki Tunis : "Wahai Louis, Tunis adalah saudara perempuan Mesir! Maka
tunggulah pengalaman pahitmu! Kamu akan menemui kuburmu di sini dan bukannya
di rumah Ibn Luqman; dan sida-sida Sobih akan digantikan oleh Munkar dan
Nakir."[3].

[sunting] Catatan
1. ↑ John Sorrow (dalam bahasa Perancis sebagai Jean Tristan ) dilahirkan di
Damietta, Mesir pada 8 April 1250 semasa Perang Salib Ketujuh
2. ↑ Al-Maqrizi, p. 69/vol.2
3. ↑ Syair gubahan seorang Tunis sezaman bernama Ahmad ibn Ismail al-Zayat (
Al-Maqrizi, p.462/vol.1 ) - Rumah Ibn Luqman ialah rumah di al-Mansurah
yang menjadi tempat tahanan Louis selepas dia ditawan di Fariskur semasa
Perang Salib Ketujuh berada di bawah pengawasan seorang sida-sida bernama
Sobih. Menurut aqidah orang Islam, Munkar dan Nakir ialah dua malaikat
yang menyoal siasat orang mati.

[sunting] Rujukan
 Al-Maqrizi, Al Selouk Leme'refatt Dewall al-Melouk, Dar al-kotob, Cairo
1997.
 Idem in English: Bohn, Henry G., The Road to Knowledge of the Return of
Kings, Chronicles of the Crusades, AMS Press, 1969.

 Throop, Palmer A. "Criticism of Papal Crusade Policy in Old French and


Provençal." Speculum, Vol. 13, No. 4. (Oct., 1938), pp 379–412.
 Lyric allusions to the crusades and the Holy Land

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_Salib_Kelapan"


Kategori: 1270 | Konflik kurun ke-13 | Perang Salib | Peperangan pada Zaman
Pertengahan
Alatan peribadi

Anda mungkin juga menyukai