2.0 Tugasan 2.1 Teks Ucapan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Perpaduan
2.0 Tugasan 2.1 Teks Ucapan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Perpaduan
0 TUGASAN
Bismillahirrahmanirrahim.
Ketua-ketua masyarakat.
Warga pendidik, dif-dif jemputan dan seterusnya sidang hadirin yang dihormati
sekalian.
2
tetamu khas serta hadirin dan hadirat yang sudi hadir dalam majlis pelancaran
ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan
kepada seluruh Jawatankuasa Pelaksana Bulan Bahasa dan Sastera yang telah
memberi kerjasama yang padu dan komitmen yang penuh untuk memastikan
kelangsungan program ini. Mudah-mudahan kerjasama ini akan bertambah erat
pada masa akan datang untuk menjadi wadah perjuangan untuk
mengetengahkan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama di negara kita.
Tema Bulan Bahasa dan Sastera pada tahun ini ialah Bahasa Melayu
sebagai Bahasa Perpaduan. Tujuan Bulan Bahasa dan Sastera diadakan adalah
untuk memupuk semangat kecintaan kepada bahasa dan sastera kebangsaan di
samping memupuk dan megukuhkan perpaduan antara kaum melalui bahasa
kebangsaan iaitu Bahasa Melayu menerusi kegiatan kebahasaan da
kesusasteraan. Ini adalah selaras dengan konsep 1 Malaysia yang diuar-uarkan
oleh pihak kerajaan sejak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita yang
keenam dilantik. Menurut YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak : “Kita
berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. Dan kita mengambil
tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara
kita. Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif , dasar untuk menolong
kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan
memberi pertimbangankepda golongan Bumiputera yang layak mendapat
sesuatu pertimbangan daripada kerajaan. Kita keluar daripada cara bertindak
dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama”. Berdasarkan
kenyataan tersebut, konsep 1Malaysia adalah betujuan untuk memperkukuhkan
hubungan dan kerjasama antara rakyat berbilang kaum di Malaysia. Setiap
daripada kita mempunyai peranan masing-masing dalam mengekalkan
perpaduan antara kaum. Konsep 1Malaysia bermatlamat untuk menguatkan lagi
perpaduan yang sedia ada dalam kalangan penduduk di Malaysia. Terdapat 3
3
prinsip di bawah teras perpaduan konsep 1 Malaysia iaitu prinsip penerimaan,
prinsip kenegaraan dan prinsip keadilan sosial yang bermaksud hanya melalui
penerimaan dan bersikap satu barulah dapat menjamin perpaduan. Terdapat 8
nilai dalam konsep 1Malaysia. Salah satunya ialah pendidikan, di mana, sekolah
aliran kebangsaan telah ditakrifkan semula untuk memasukkan sekolah
vernakular. Semua aliran, sama ada Sekolah Kebangsaan, Sekolah Cina dan
Sekolah Tamil hendaklah sentiasa mencari peluang untuk beinteraksi bersama.
Maka untuk mengalakkan interaksi antara kaum ini, satu bahasa yang sama
adalah diperlukan iaitu Bahasa Melayu.
4
mampu berkomunikasi antara satu sama lain, jika begitu, bagaimanakah dengan
mereka yang berpendidikan rendah, adakah mereka harus dipinggirkan dalam
usaha untuk merealisasikan konsep 1Malaysia ini? Tepuk dada, tanya selera.
Biarpun penguasaan Bahasa Melayu tidak sekuat mana dalam kalangan kaum
bukan Melayu, namun penggunaan bahasa pasar juga dapat memungkinkan
interaksi antara kaum. Ini kerana bahasa tersebut senang dipakai dan senang
difahami. Jika menggunakan bahasa pasar untuk menanya, “Bahasa Inggeris
ada boleh ?” Bahkan setiap rakyat di pelosok negara mahir dan mampu
menggunakan Bahasa Melayu untuk berinteraksi antara satu sama lain. Justeru,
Bahasa Melayu perlu kita junjung, bahasa asing perlu dikendung.
5
daripada dasar perpaduan yang kuat dan sentiasa memerlukan. Oleh itu, bahasa
Melayu memainkan peranan yang penting sebagai bahasa perpaduan. 1
Malaysia yang digagaskan oleh Perdana Menteri hanya dapt dicapai apabila
bahasa komunikasi ialah bahasa yang mudah difahami dan digunakan oleh
rakyatberbilang kaum. Kita tidak boleh mempersoalkan Bahasa Melayu sebagai
bahasa perpaduan kerana rata-rata rakyat Malaysia dewasa ini mengunakan
bahasa Melayu sebagai bahasa interaksi dengan rakan-rakan berlainan kaum.
Perbezaan bahasa bukan lagi menjadi kekangan untuk merealisasikan
perpaduan.
6
kasih juga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung dalam menjayakan sambutan ini.