Anda di halaman 1dari 7

2.

3 KONSEP KESANTUNAN BERBAHASA

Yang kurik itu kundi,Yang merah itu saga.


Yang cantik itu budi,Yang indah itu bahasa.
Daripada pantun di atas, kita dapat menyimpulkan bahawa budi bahasa
itu sangat penting dalam kehidupan seharian. Oleh itu, kesantunan berbahasa
haruslah diamalkan dalam kehidupan kita seharian. Kesantunan berbahasa
menurut Amat Juhari Moain (1992) bererti kesopanan dan kehalusan dalam
menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan
kepada orang yang dihormati, orang yang setaraf dengan kita atau orang yang
lebih rendah kedudukannya daripada kita. Dalam konsep kesantunan berbahasa,
bahasa yang digunakan adalah bertata tertib, bersopan santun dan
mengandungi nilai-nilai moral yang tinggi. Kesantunan berbahasa secara umum
merujuk kepada penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan
peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi
teman bicaranya (Awang Sariyan). Oleh itu, kita dapat menyimpulkan bahawa
sebarang bentuk komunikasi sama ada verbal atau tidak verbal haruslah
menggunakan perkataan yang sesuai serta tidak menyingung mana-mana pihak.
Tidak semua orang dapat menerima sebarang bentuk sindiran sama ada terbuka
ataupun lembut dan tidak semua orang juga yang dapat menerima perkataan
yang kasar. Oleh itu, seelok-eloknya kita harus mengelakkan diri kita
menggunakan kata-kata sindiran serta kasar ketika berkomunikasi dengan orang
lain terutamanya kepada mereka yang baru kita kenali. Apabila kita
menggunakan bahasa yang sopan, halus dan beradab, orang akan melihat kita
sebagi orang yang mempunyai kesantunan berbahasa. Hanya dengan itu,
barulah orang senang bergaul dengan kita. Sebarang nada kemarahan, tuduhan,
curiga serta penghinaan adalah harus dielakkan sama sekali. Kerana penutur
yang menggunakan nada tersebut sering dilihat sebagai orang yang kurang ajar
dan biadap. Oleh itu, kita haruslah berhati-hati dalam mengeluarkan kata-kata
agar kita disenangi oleh orang lain.

13
2.3.1 Kata Sapaan dan Gelaran

Penggunaan kata sapaan dan gelaran yang betul dan sesuai dapat menunjukkan
perasaan hormat kita kepada seseorang. Seseorang itu juga harus cekap dalam
memilih kata-kata sapaan dan gelaran yang sesuai semasa berkomunikasi. Hal
ini demikian, pemilihan kata sapaan yang salah akan mewujudkan satu situasi
segan antara kedua-dua pihak terutamanya bagi si penutur. Malahan, mungkin
akan wujud salah faham, pertengkaran antara dua-dua pihak yang berinteraksi
malahan akan menjatuhkan air muka pihak yang dilawan bercakap. Semasa
berkomunikasi, beberapa faktor haruslah dititikberatkan seperti hubungan
peribadi antara si penutur dengan orang yang dilawan bercakap, faktor usia dan
juga status seseorang itu. Menurut Ahmad Juhari Moain (1989), sapaan dan
panggilan adalah berdasarkan sistem-sistem yang tertentu serta mengikut
urutan-urutan yang tertentu iaitu urutan dari segi hubungan persaudaraan dan
pertalian darah, usia, kedudukan dan pangkat, gelaran yang disandang, kuasa
dan kewibawaan yang dimiliki serta jawatan-jawatan yang dipegang. Jika dalam
pergaulan biasa, faktor umur sering menjadi faktor dalam komunikasi. Dalam
masyarakat Melayu, sapaan dan panggilan orang dewasa dengan kanak-kanak
dan kanak-kanak yang diketahui namanya dengan yang tidak adalah berbeza.
Selalunya, kita akan menggunakan perkataan adik kepada kanak-kanak kecil
yang diketahui nama atau tidak.

Kata sapaan dan gelaran diraja

Bagi keturunan diraja, mereka mempunyai bahasa yang tersendiri iaitu bahasa
istana. Bahasa istana adalah bahasa yang halus, sopan dan penuh adab tertib.
Penutur haruslah memilih kata ganti diri yang sesuai untuk mengelakkan
sebarang salah faham dan dianggap kurang ajar dan tidak menghormati kerabat
diraja. Penggunaan kata ganti nama diri bagi kerabat diraja adalah dilarang
sama sekali oleh rakyat jelata kerana itu menunjukkan seseoarang itu kurang
ajar, biadap dan tidak hormat kepada golongan yang mulia itu

14.
Diri Kata Ganti Pengguna Orang yang Orang yang
Nama dilawan Diperkatakan
bercakap
Beta Raja Rakyat -
Pertama Patik Rakyat dan Raja -
keluarga
diraja
Kedua Tuanku Raja dan Raja -
keluarga
diraja
ketiga Baginda Raja dan Sesiapa Raja
keluarga sahaja
diraja
Jadual 2.1 penggunaan kata ganti nama diri dalam bahasa diraja

Pangkat/Gelaran Cara mengalamatkan


Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka  Duli Yang Maha Mulia Seri
Baginda Yang di-Pertuan agong Paduka Baginda Yang di-
Pertuan agong
 Tuanku
Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka  Duli Yang Maha Mulia Seri
Baginda Raja Permaisuri Agong Paduka Baginda Raja
Permaisuri Agong
 Tuanku
Yang Dipertua Negeri Tuan Yang Terutama
Raja Muda Negeri Duli Yang Teramat Mulia Tuanku
Undang Duli Amat Mulia Undang
Raja Di-Hilir Duli Yang Amat Mulia Tuanku
Tengku, Tunku, Tun Syed Yang Mulia
Toh Puan, Tun Yang Amat Mulia
Jadual 2.2 cara untuk mengalamatkan kerabat diraja

Kata sapaan dan gelaran dalam masyarakat

Takrif keluarga dari segi bahasa ialah saudara-mara, kaum kerabat, sanak
saudara yang mempunyai pertalian darah. Penggunaan kata sapaan
menunjukkan kedudukan seseorang itu dalam susunan kekeluargaan. Untuk
membezakan kata ganti nama diri ini juga, konteks keluarga turut dibahagikan

15
kepada keluarga sedarah dan keluarga semenda. Panggilan dalam keluaraga
selalunya megikut urutan seseorang itu dalam keluarganya. Panggilan dalam
keluarga juga berbeza antara satu keluarga dengan keluarga yang lain.
Contohnya, panggilan kepada ketua lelaki berbeza antara satu keluarga dengan
keluarga yang lain seperti ayah, bapa, papa, walid, abah dan pak. Manakala
panggilan yang menunjukkan kedudukan seseorang itu dalam susunan
kekeluargaan adalah seperti, pak long yang menunjukkan pak cik yang tertua di
dalam keluarga, mak su pula menunjukkan mak cik yang termuda dalam
sesebuah keluarga itu. Dalam masyarakat Melayu, terdapat juga kata sapaan
dan gelaran tertentu yang diberikan antara ahli masyarakat yang kebiasaannya
mengikut pangkat, keturunan, keagamaan dan kurniaan hormat. Gelaran
keturunan adalah gelaran yang diwarisi manakala gelaran kurniaan kerajaan
pula adalah gelaran yang dianugerahkan oleh kerajaan kepada inidividu yang
berjasa. Gelaran keagamaan pula ialah gelaran yang diberi kepada mereka yang
mempuyai kedudukan dalam hal keagamaan serta mereka yang telah
menunaikan haji menurut konteks masyarakat Melayu. Gelaran dan sapaan
tertentu turut diberikan kepada mereka yang yang mempunyai pangkat atau
jawatan tertentu dalam masyarakat dan negara.

Panggilan Kedudukan dalam keluarga


Long Anak sulung
Ngah Anak kedua
Lang Anak ketiga
Cik Anak keempat
Andak Anak kelima
Teh Anak keenam
Busu Anak bongsu
Jadual 2.3 panggilan dalam keluarga asas mengikut kedudukan

16

Gelaran Bahasa Sapaan


Tengku Raja Tengku
Syed Tuan Syed
Wan Wan
Nik Nik
Abang Abang
Dayang Dayangku
Megat Megat
Jadual 2.4 bahasa sapaan dalam gelaran keturunan

Kata Sapaan Orang yang Disapa


Ibu, Mak, Bu Emak atau ibu kita
Ayah, Pak, Abah Bapa atau ayah kita
Abang, bang Abang atau lelaki yang lebih tua sedikit
dari kita
Kakak, kak Kakak ataupun perempuan yang lebih
tua sedikit dari kita
Adik, dik Adik ataupun lelaki serta perempuan
yang lebih muda dari kita
Cik Perempuan yang belum berkahwin
Encik Lelaki yang belum dan sudah
berkahwin
Jadual 2.5 contoh bahasa sapaan

Dalam ucapan rasmi individu akan membahasakan diri dengan kata ganti
nama diri saya dan tetamu serta penonton pula sebagai sidang hadirin atau
saudara dan saudari. Dalam upacara rasmi ataupun pengacaraan sesuatu majlis
yang berasaskan gelaran diraja, gelaran turun-temurun, gelaran kurnia darjah
kebesaran dan gelaran kurniaan ikhtisas haruslah dikuatkuasakan
penggunaannya. Kesantunan si penyapa dalam ucapan dapat dilihat melalui
salam yang diberi mengikut kesesuaian majlis serta kata-kata aluan. Si penyapa
hendaklah menyapa orang paling kanan dalam majlis tersebut barulah menyapa
orang lain mengikut protokol.

17

2.3.2 Kesantunan Berbahasa Verbal


Kesantunan berbahasa verbal juga didefinisikan sebagai komunikasi yang
terhasil dalam bentuk lisan atau bertulis dengan menggunakan bahasa yang
sesuai serta lembut dalam berkomunikasi dengan orang lain. Kesantunan
berbahasa verbal haruslah sentiasa ditonjolkan terutamanya semasa bercakap
dengan orang lain, bergurau senda, menyampaikan maklumat, bertanyakan
sesuatu dan membuat perbentangan kepada umum. Secara ringkas, konsep
kesantunan berbahasa verbal merujuk kepada semua aspek komunikasi secara
lisan mahupun bertulis. Contohnya, pengucapan awam dan ceramah, seminar
atau sesi ucapan, semua menuntut penuturnya agar menggunakan bahasa yang
sopan santun semasa menyampaikan setiap maklumat yang ingin disampaikan.
Apabila kita membicarakan tentang kesantunan berbahasa verbal, ini juga
bermaksud, sebarang percakapan dengan nada tinggi dan berbisik semasa
majlis berlangsung bukan kesantunan berbahasa. Ini kerana, perbuatan kita itu
akan menimbulkan ketidakselesaan bagi orang di sekeliling kita dan seterusnya
mewujudkan suasana yang tidak selesa dalam majlis dan merosakkan suasana
majlis tersebut. Selain itu, kesantunan berbahasa verbal juga menujukkan
kehalusan berbahasa dan penggunaan kata-kata yang sopan ketika
berkomunikasi secara lisan. Ini adalah untuk mengelakkan jika ada pihak yang
terasa hati atau tersinggung dengan kata-kata kita. Selain itu, dalam komunikasi
secara bertulis pula, elakkan memasukkan sebarang bentuk kritikan yang boleh
mengaibkan orang lain dalam sebarang jenis penulisan kita. Ini adalah untk
memastikan bahawa hubungan harmoni kita antara orang lain dapat dijamin.
Kritikan yang bernas dan membina adalah digalakkan, kritikan yang mengaibkan
harus dielakkan. Selain itu, penggunaan laras bahasa juga adalah penting untuk
memastikan kelangsungan kesantunan berbahasa. Ini bermaksud yang
penggunaan kata-kata yang sesuai mengikut situasi dan keadaan.

18

2.3.3 Kesantunan Berbahasa Bukan Verbal


Kesantunan berbahasa bukan verbal pula merupakan komunikasi secara verbal
yang bermaksud, komunikasi tanpa berkata, berucap dan bercakap untuk
memberitahu sesuatu perkara. Dalam erti kata lain, konsep ini bermaksud
penggunaan bahasa tubuh dan pergerakan tubuh badan kita untuk memberitahu
sesuatu kepada orang lain. Komunikasi bukan verbal juga menerangkan maksud
konsep verbal secara mendalam menerusi postur badan dan mimik muka.
Isyarat tangan turut digunakan untuk menyampaikan sesuatu maklumat. Konsep
ini dapat menambahkan keberkesanan untuk menyampaikan maklumat dengan
lebih tepat. Komunikasi bukan verbal bukan sahaja merangkumi bahasa tubuh
malahan cara pemakaian seseorang, penampilan dan ketrampilan seseorang
juga termasuk dalam komunikasi bukan verbal. Mimik muka menggambarkan
emosi dalaman seseorang. Oleh itu, untuk menunjukkan kesantunan berbahasa
bukan verbal, kita harus sentiasa senyum walaupun kita mempunyai masalh ada
ketika itu. orang lain akan dapat merasakan keikhlasan dan senang hati jika kita
sentiasa tersenyum. Sebagai contoh, mereka yang bertugas di kaunter
pertanyaan haruslah sentiasa memaniskan muka untuk mengelakkan pelanggan
berkecil hati dengan kita. Kontak mata juga penting dalam konsep ini. Ini kerana,
jika kita berani untuk berkontak mata dengan orang lain bermaksud kita
mempunyai keyakinan diri yang mampu meningkatkan keyakinan orang lain
kepada kita. Namun begitu, pandangan mata haruslah dijaga kerana interaksi
mata yang berlebihan akan dianggap bermain mata dan menggoda. Sebab itulah
masyarakat Melayu sentiasa menyuruh masyarakatnya untuk menjaga
pandangan.

19

Anda mungkin juga menyukai