Anda di halaman 1dari 26

EBOOK

PERCUMA

Penyampai:
Ustaz Syaari Ab Rahman

Ditulis oleh:
Usaid Subki
Nik Fatma
Hak cipta terpelihara. ©

E-book ini adalah hak milik penuh Mutiara


Tadabbur. Tiada bahagian daripada
e-book ini boleh diterbitkan semula mahupun
dijual kecuali setelah mendapat kebenaran
daripada Mutiara Tadabbur.
5 perkara penting daripada Surah
Al-Isra`
1- Perjuangan membela Masjidil Aqsa adalah
perjuangan Akidah

2- Allah turunkan Surah Al-Isra` selepas peristiwa


Israk Mikraj iaitu selepas episod kelemahan yang
menandakan akan hadir episod kekuatan.

3- Jangan ulangi kesilapan Bani Israel, jangan ada


perangai ‫اﻟﻤﻐﻀﻮب ﻋﻠﻴﻬﻢ‬

4- Mengapa Allah kaitkan keberkatan dengan Masjidil


Aqsa “baarakna haulah”?

5- Berita gembira Masa Depan Palestin (Ayat 6 & 7


Surah al-Isra`)

3
1- Perjuangan membela
Masjidil Aqsa adalah
perjuangan Akidah
Membantu saudara kita di Palestin bukan kerana
aku muslim, mereka muslim, aku Malaysia, mereka
Palestin.
Tetapi kerana cerita Masjidil Aqsa ada di dalam al-
Quran, maka ia menjadi satu perjuangan Akidah.
Ini bermakna kita tidak boleh berjuang kerana
keprihatinan terhadap isu hak asasi manusia semata-
mata, namun apabila tiada isu hak asasi berkenaan,
maka kita slowdown dan berehat.

Nabi Muhammad SAW pernah sampai ke Masjidil


Aqsa, pasti ada sebabnya.
Maka menjadi tanggungjawab untuk kita fahami apa
yang Allah ingin beritahu daripada ketibaan Nabi ke
Masjidil Aqsa.

4
Surah Al-Isra` ayat 1: Ayat yang menjadi
penyejuk hati saudara kita di Palestin yang
sedang diuji oleh Allah, kerana ayat ini
menyebabkan mereka tidak rasa bersendirian,
kerana ia adalah perjuangan bersusur galur
daripada kedatangan Nabi.

Maha Suci Allah yang telah perjalankan


hambanya dalam satu malam dari Masjidil
Haram ke Masjidil Aqsa. Menjadi rancangan
strategik untuk Allah menjadikan Nabi sampai.
Maka tugas kita adalah berfikir mengapa Nabi
sampai di Masjidil Aqsa? Pasti ada sebabnya.

5
Sebab itulah menyebabkan kita berjuang supaya
Palestin dikembalikan kepada mereka yang berhak
iaitu hamba Allah yang ada karakter seperti
Muhammad SAW, bukannya yang sombong dan
membuat kerosakan seperti yang dilakukan oleh
Zionis.

Surah ini juga bermula dengan tasbih menandakan


ciri-ciri mereka yang berhak kepada tanah ini ialah
mereka yang bertasbih yang merendah diri, ada
sifat kehambaan, maka Allah akan wariskan
tanah suci ini.

6
2- Allah turunkan Surah
Al-Isra` selepas peristiwa Israk
Mikraj iaitu selepas episod
kelemahan yang menandakan
akan hadir episod kekuatan.
Kedatangan Nabi pada malam Israk bukan sekadar
cerita sejarah yang kita kenang semasa menyambut
peristiwa Israk Miskraj, ia satu peristiwa yang
mesti kita renungkan iaitu apakah sebenarnya sebab
Allah memperjalankan Nabi?
Jika ia hanya cerita sejarah yang kita perdebatkan
tarikhnya, maka memadai surah al-Isra' ayat 1
sahaja, tetapi surah ini mengandungi 111 ayat, apa
yang diceritakan dalam surah ini?
Surah ini adanya berita gembira kepada umat Nabi
SAW, surah yang membakar semangat sahabat
Nabi seperti Umar Al-Khattab serta surah ini
menjadi kekuatan Salahuddin Al-Ayyubi. Surah yang
sama sepatutnya membangkitkan ruh kita untuk
lakukan apa yang Nabi lakukan.
7
Kita perlu fahami ia bukan sekadar peristiwa
sejarah tetapi peristiwa yang ada ibrah. Bumi
Baitul Maqdis akan jadi lokasi Allah jadikan
kayu ukur lemah atau kuat umat islam ini.
Apabila umat islam dapat menguasai Baitul
Maqdis itulah titik kekuatan umat islam seluruh
dunia. Baitul Maqdis adalah kayu ukur kepada
kesatuan umat islam.

Mengapa Nabi dibawa ke Baitul Maqdis selepas


hampir 12 tahun berjuang menghadapi tentangan
kafir? Ini kerana apabila Nabi sampai ke Baitul
Maqdis, itulah sebenarnya peralihan daripada
titik kelemahan menuju titik kekuasaan.

8
Apabila Nabi pulang dari Israk Mikraj,
beralihnya daripada titik kelemahan menuju
titik kekuatan, yang menyebabkan Nabi
mendapat kekuasaan di Yathrib.

Kita perlu melihat Masjidil Aqsa sebagai titik


transisi, jika Nabi berjaya sampai, ia
menandakan Nabi beroleh kekuatan dan
kekuasaan.

Apabila umat islam dapat sampai dan


menguasai Baitul Maqdis, maka itulah titik
kekuatan kepada umat ini.

9
Isu Baitul Maqdis bukan isu pinggiran, ia
adalah isu yang menjadi kayu ukur kepada
kekuatan umat islam seluruh dunia, kamu
berpecah atau kamu bersatu?

Apa yang sedang berlaku, ia menjadi ukuran


kuat atau lemah kita umat islam ini.

Mudah-mudahan solidariti, kebersamaan


antara Palestin dengan Malaysia, Indonesia &
umat islam di seluruh dunia, menjadi kayu
ukur, walaupun belum lagi sampai ke tahap
kita bersatu antara negara-negara, tetapi di
media sosial kita lihat ada kebersamaan.

10
Rasulullah SAW menamakan surah ini dengan surah
Bani Israel. Surah ini bukan sekadar kita baca
semasa Israk Mikraj, tetapi untuk kita kenal
karakter Bani Israel.
Surah ini membongkar karakter penyakit hati,
supaya umat islam bertaqwa dan berjaga-jaga
daripada karakter itu supaya tidak hinggap kepada
kita.
Masalah besar Bani Israel ialah bangga dengan
nenek moyang (mereka keturunan Nabi Musa,
Ibrahim, Nuh), tetapi mereka terlupa kualiti yang
ditinggalkan oleh nenek moyang mereka. Mereka
dakwa Palestin milik mereka, kerana nenek moyang
daripada situ.
Masalah Bani Israel juga adalah mereka memang
tidak menyembah berhala tetapi syirik mereka
adalah tidak bersyukur, mereka mudah terpedaya
dengan pemberian yang Allah berikan.
11
Selepas Allah cerita kualiti yang hilang
daripada bani Israel, dengan menyebut kualiti
ada pada nenek moyang mereka iaitu Musa as,
barulah Allah cerita pada ayat 4-7, apa yang
berlaku kepada Bani Israel apabila tidak
bersyukur iaitu melakukan kerosakan dua kali:

- Pertama: Kerosakan berlaku pada zaman


Nabi SAW

- Kedua: Sedang terjadi depan mata kita,


Allah nyatakan pada ayat 6 & 7 itulah
hukuman yang Allah berikan, janji Allah yang
terakhir berlaku di mana kerosakan yang
mereka lakukan akan dibalas oleh Allah.
12
3- Jangan ulangi
kesilapan Bani Israel,
jangan ada perangai
‫اﻟﻤﻐﻀﻮب ﻋﻠﻴﻬﻢ‬
Dalam surah Isra`, dinyatakan mereka ada perasaan
‫(ﻋﻠﻮ‬uluw), sombong, penyakit aku lebih baik daripada
yang lain. Allah bawakan kisah Iblis dan Adam (ayat
61-65) yang mana Iblis tidak mahu sujud.

Penyakit sombong yang ada pada bani Israel diwarisi


daripada jin iaitu iblis, mereka tidak boleh menerima
Rasulullah dan kaum muslimin sebagai khalifah, lalu
mereka ada penyakit, tidak boleh menerima
kenyataan. Penyakit ini yang perlu kita banteras
dalam hati kita.
Semoga Allah pelihara daripada hati kita, rasa
sombong sebagai mana penyakit itu datang kepada
Yahudi Bani Israel, sehingga kerana perasaan
sombong itulah mereka melakukan kerosakan ke atas
tamadun kemanusiaan.
13
Perpecahan umat islam adalah kerana kita rasa
kita lebih baik. Apabila rasa lebih baik daripada
yang lain, kita bercakaran sesama sendiri,
sampai bila boleh ada kesatuan jika penyakit
yang pernah hinggap kepada Yahudi Bani Israel
ada pada kita?

Surah ini bukan sekadar memaparkan penyakit


hati Yahudi Bani Israel yang hari ini nama
zionism, tetapi juga memberi peringatan keras
kepada kaum muslimin agar ingat yang sampai ke
Baitul maqdis hanya hamba kami dan yang
bertasbih (meyakini ada tuhan, mesti patuh apa
yang tuhan larang). Sesama kita adalah adik
beradik sahaja, tidak ada sepatutnya perasaan

14
aku lebih daripada yang lain.
4- Mengapa Allah
kaitkan keberkatan
dengan masjidil aqsa
(baarakna haulah)?
Masjidil Aqsa sebelum Nabi sampai sudah
diberikan keberkatan.

Keberkatan di sekeliling Masjidil Aqsa,


iaitu tanah Syam (tanah tumbuh tin dan
zaitun, timur ke barat)

Siapa sebelum Nabi yang menyebabkan


keberkatan kepada seluruh Syam yang
'centre' nya Masjidil Aqsa?

15
Barakah:
- Munculnya pohon tin dan zaitun (rezeki)-
yang nampak dengan mata. Siapa yang
sebabkan barakah kepada tanah Syam?

Barakah kerana para Anbiya`. Sebab itu


seluruh para Anbiya` hadir ke Baitul
Maqdis semasa malam Israk. Kedatangan
Nabi saw untuk sempurnakan keberkatan,
yang mana para Anbiya` dahulu
menyebarkan tauhid serta menyelamatkan
akidah. Bukan sekadar barakah rezeki yang
nampak, tetapi yang tidak nampak depan
mata, iaitu amalkan ajaran islam.

16
Baarakna:
rujuk surah al-Anbiya`- bumi yang diberkati-
merujuk kepada Nabi Ibrahim. Allah perjalankan
Nabi Ibrahim ke tanah yang diberkati, Allah
berikan barakah untuk al-'Alamin (seluruh
manusia- tanpa mengira agama, ras, bangsa),
bukan lil muttaqin .

Seluruh manusia yang datang ke Baitul Maqdis


akan mendapat keamanan, bukan hanya umat
islam, tetapi juga yang bukan islam. Apabila
umat islam memerintah Baitul maqdis, maka
keberkatan akan Allah berikan seperti keadilan,
kemanusiaan akan kembali dimartabatkan,
sebaliknya zionisme menghapuskan kemanusiaan,
jiwa sangat menguja hawa nafsu dan
kebinatangan.
17
5- Berita gembira Masa
Depan Palestin
(Ayat 6 & 7 Surah al-Isra`)
Ayat 1: Nabi sampai ke Masjidil Aqsa-Allah
izinkan Nabi sampai dengan kekuatan dan
bantuan Allah, tujuannya adalah untuk menjadi
imam kepada seluruh para anbiya`, untuk
menyatakan Baitul Maqdis adalah tanah
harapan yang Allah berikan kepada umat islam
iaitu umat Muhammad saw. Jangan lihat ia
hanya peristiwa sejarah, tetapi ia adalah cerita
masa depan.

Ayat 2 & 3: Allah menyebut kualiti yang hilang


pada Bani Israel iaitu syirik mereka bukan pada
penyembahan berhala, tetapi syirik mereka
kerana tidak bersyukur. Mereka hilang kualiti

18
yang ada pada Nabi Musa dan
Nabi Nuh AS.
Ayat 4: Kerosakan yang dilakukan Yahudi
adalah kerana penyakit hati iaitu susah
bersyukur, yang membawa mereka
melakukan kerosakan. Laporan kerosakan
bukan hanya dalam Al-Quran tetapi juga
ada dalam al-kitab (Taurat).

Ayat 5: Kerosakan pertama berlaku pada


zaman Nabi SAW. Kerosakan ini dihukum
oleh Allah, lalu didatangkan sahabat Nabi
seperti Umar RA yang telah membuka
Baitul Maqdis.

19
Ayat 6: Para ulama` berkata ayat ini
sedang berlaku di depan mata kita
sekarang. Allah berikan kepada Bani Israel
kekuasaan (iaitu harta-ekonomi dunia, anak
pinak- menjadi bala tentera yahudi) dan
dijadikan al-Karrah (negara haram yahudi)
dan negara itu tidak bersendirian kerana
ada banyak yang menyokong seperti
Amerika Syarikat.

20
Ayat 7- Kalau kamu berbuat baik wahai
Bani Israel, kamu buat kebaikan kepada
dirimu, jika kamu buat keburukan kamu
akan ditimpa keburukan iaitu datang janji
kami yang terakhir (tiada kebangkitan
Yahudi- tiada Yahudi akan menang
mengatasi kaum muslimin), di mana akan
berlaku peristiwa Allah berikan kemenangan
kepada kaum muslimin yang berlaku dalam
keadaan:

1- Wajah Bani Israel menjadi masam dan


muram, rasa terhina, mereka hidup untuk
menyaksikan kekalahan dan aib yang
menimpa. 21
2- Untuk umat Muhammad masuk ke
dalam Masjid (Al-Aqsa), Allah berikan
kekuasaan seperti mana mereka masuk
sebelum ini. Ini adalah pembukaan terakhir
(ketiga selepas pembukaan oleh Umar Al-
Khattab dan Salahuddin Al-Ayyubi) yang
berbeza dengan yang sebelum ini iaitu
Yahudi dan Zionis yang sombong dan
kesombongan mereka akan ditonjolkan
dengan binaan kukuh/tinggi yang akan
dihancurkan sehancurnya. Segala kerosakan
yang mereka lakukan kepada dunia
(termasuklah sains, pemikiran, ekonomi)
Allah akan hancurkan.
22
Kesimpulan
1- Allah akhiri dua namaNya dalam ayat
pertama Surah Al-Isra` iaitu As-Sami` & Al-
Basir.
Allah Maha Mendengar Rintihan, Allah Maha
Melihat apa yang berlaku.

Sebelum berita tentang saudara kita di


Palestin di viralkan, Allah terlebih dahulu
mendengar dan melihat. Yakinlah wahai
saudaraku di Palestin. Jangan putus asa,
move on, teruskan pelan bertindak
berdasarkan yang Allah perincikan dalam
Surah Al-Isra` untuk Allah perjalankan
ummah ini sehingga ke Masjidil Aqsa.
23
Kesimpulan

2- Masa depan Palestin dinyatakan


dalam Al-Quran, bukanlah sekadar
pengumuman berita gembira, iaitu kaum
muslimin akan kembali masuk ke Masjidil
Aqsa, tetapi pelan bertindak untuk
kembali ke Palestin juga ada dalam Al-
Quran. Jangan ambil ayat 7 sahaja, lalu
mengenepikan baki ayat lain surah ini.
Jadikan sunnah, kerana Nabi tidak tidur
melainkan dengan Surah Bani Israel
(Surah Al-Isra`).

24
Kesimpulan
3- Dengan surah ini, moga-moga perjuangan
kita tidak bermusim, terus konsisten memerangi
Zionism. Mereka juga menjelma dalam falsafah
dan pemikiran. Disebutkan pelan bertindak
antaranya jangan syirik, jangan membazir,
jangan sombong, jangan bunuh anak, jangan
berzina, jangan ambil harta, jangan menipu
dalam perjanjian dan jangan mengikuti tanpa
ilmu.

Semua ini ada dalam surah Bani Israel. Dengan


kita kembali kepada Al-Quran melalui Surah
Al-Isra`, Allah akan kembalikan Baitul Maqdis
kepada kita Insya Allah.

25
Jom follow kami:

26

Anda mungkin juga menyukai