Anda di halaman 1dari 3

Refleksi

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah S.W.T kerana


dengan limpah rahmat dan kurnia daripada-Nya, berupaya saya menyelesaikan
portfolio Bina Insan Guru (BIG) ini.

Selama tempoh saya mengikuti program BIG ini, pelbagai pengalaman yang
berharga saya perolehi. Pengalaman-pengalaman ini merupakan antara pengalaman
yang meningalkan kesan yang mendalam dalam kehidupan saya. Dan saya
mengharapkan pengalaman-pengalaman ini boleh menjadikan saya seorang guru yang
berdedikasi suatu hari nanti.

Antara pengalaman yang saya perolehi ialah memasang khemah untuk dijadikan
tempat berteduh sepanjang 4 hari 3 malam di kem. Khemah yang disediakan oleh pihak
pengurusan haruslah dipasang sendiri oleh pelajar. Memasang khemah bukanlah satu
pekara yang mudah. Ia memerlukan ketilitian dan kemahiran yang tinggi. Saya
memasang khemah tersebut bersama-sama rakan-rakan yang lain. Walaupun lebih
bergelak ketawa daripada membuat kerja, namun semangat bekerjasama jelas
kelihatan apabila masing-masing mengambil bahagian dalam pemasangan khemah
tersebut. Bak kata pepatah ringan sama dijinjing, berat sama dipikul.

Selain itu, saya mendapati bahawa diri saya lebih berkeyakinan. Ini semua
haruslah diterima kasih kepada aktiviti yang dijalankan semasa BIG tersebut contohnya
water confident dan berkayak. Setiap aktiviti yang dijalankan mempunyai matlamat
yang igin dicapai. Untuk water confident, matlamat yang igin dicapainya ialah pelajar
mempunyai keyakinan diri. Boleh dikatakan matlamat tersebut tercapai sepenuhnya. Ini
kerana saya merasakan saya lebih bersemangat dalam menempuhi pembelajaran saya
di IPGM untuk persiapan saya menjadi cikgu. Ini kerena saya berkeyakinan bahawa
saya mampu mengalas tugas mendidik anak bangsa untuk menjadi seorang yang
berjaya.

Pengalaman berkayak di lautan juga merupakan antara pengalaman yang amat


berharga yang saya perolehi. Berkayak memerlukan kemahiran dan teknik yang betul.
Oleh yang demikian, jurulatih telah mengajar kami cara-cara untuk berkayak.
Pengajaran-pengajaran yang diberikan oleh jurulatih menyedarkan saya bahawa setiap
sesuatu perbuatan atau kerja yang ingin dilakukan haruslah berlandaskan ilmu
pengetahuan, tanpa ilmu pengetahuan kemalangan boleh berlaku dan perkara yang
ingin dilakukan tidak mungkin akan berjalan dengan lancar. Selain itu juga, saya dapati
komunikasi antara satu sama lain amat diperlukan. Ini kerana untuk menjalankan aktiviti
kayak ini, setiap satu kayak memerlukan dua orang untuk mendayungnya. Oleh yang
demikian, tanpa komunikasi antara satu sama lain kayak tersebut tidak dapat berjalan
dengan lancar.

Aktiviti kembara juga antara aktiviti menarik yang memberi banyak pengalaman
kepada saya. Antara pengalaman-pengalaman yang saya perolehi dalam aktiviti
kembara ialah mendaki bukit dengan membawa barang-barang untuk memasak.
Semasa mendaki bukit, cuaca agak mendung dan dipertengahan pendakian hujan mula
turun renyai-renyai. Hujan tersebut menyukarkan lagi pendakian. Ini kerana permukaan
tanah menjadi licin dan lembut. Ada beberapa kali saya tergelincir ketika meneruni bukit
tersebut. Namun begitu, melihatkan ketabahan rakan-rakan meneruskan aktiviti
tersebut tanpa memberi alasan membuatkan saya bertekad di dalam hati untuk
bersama-sama menghabiskan aktiviti tersebut.

Bukan itu saja, saya juga perolehi pengalaman memasak di dalam hutan dengan
menggunakan sumber yang terhad. Kami sekumpulan hanya dibekalkan beras, sardin
dan telur dan mancis. Kami dikehendaki memasak sendiri untuk makan tengah hari
kami. Kami terpaksa mencari kayu-kayan untuk dijadikan sumber api. Walaupun perit
memasak di dalam hutan namun keriangan dan kepuasan kelihatan apabila kami
sekumpulan menikmati masakan yang telah kami usahakan. Untuk mendapatkan
sesuatu hasil, kerja keras dan berusaha bersungguh-sungguh amat diperlukan.

Aktiviti seperti LDK mengeratkan hubungan saya bersama-sama dengan


kumpulan. Melalui LDK, saya lebih aktif bercakap dan beramah mesra dengan orang
lain. Sejujurnya sebelum ini, boleh dikatakan hampir separuh ahli kumpulan tidak saya
kenali walaupun belajar sama di Institut. Namun setelah beberapa kali menjalankan
aktiviti LDK, saya mula mengenali mereka.

Anda mungkin juga menyukai