Anda di halaman 1dari 4

TEKS UCAPAN SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PENGAWAS

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BERINGIN, MASJID TANAH, MELAKA

Terima kasih saudari pengacara majlis.

Bismillahirrahmanirrahim, alhamdullilahi rabbil alamin wassolatu wassolamu ala


ashrafil anbiyar iwar mursolin waala alihi wasibihi aj’main.

Yang berusaha Puan Forzisah Binti Ismail, Guru Besar Sk Bukit Beringin,
Yang Dihormati Tuan Haji Nordin Bin Maarof, Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum,
Encik Abd Razak Bin Karim, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Tuan Haji Md
Lazi Bin Md Sani. Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum, Yang dihormati guru-guru,
barisan pengawas sekolah, pengawas pusat sumber sekolah, pengawas skim
pinjaman buku teks dan pembimbing rakan sebaya sekolah serta murid-murid yang
dikasihi sekalian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam satu
malaysia.

Hadirin sekalian yang dirahmati Allah,

Terlebih dahulu izinkan saya memanjatkan rasa kesyukuran kehadrat Allah


Subhanallah Taala kerana dengan izin dan inayahnya dapat saya bersama dengan
guru-guru dan murid-murid Sekolah Kebangsaan Bukit Beringin pada hari ini
sempena majlis perasmian barisan pengawas bagi tahun 2010. Saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru besar dan pihak pentadbir sekolah
yang telah sudi menjemput saya untuk merasmikan majlis ini. Perasaan gembira
saya ini menjadi lebih bermakna lagi kerana saya merupakan anak jati Masjid Tanah,
menerima pendidikan awal di Masjid Tanah English School dan Sekolah Menengah
Masjid Tanah. Saya berjanji akan membantu tempat kelahiran saya sebaik mungkin
dan terus mencurahkan bakti kepada tempat kelahiran yang saya sayangi ini. Pada
masa ini, saya adalah Panglima 3 Divisyen yang bertanggungjawab dengan
pemerintahan selatan negara. Tanggungjawab jajahan keselamatan saya
merangkumi negeri-negeri Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Melaka. Jika kita
mahu membicarakan disiplin, saya seorang yang amat berpengalaman kerana saya
sudah melihat 32 tahun disiplin dalam tentera.
Murid-murid skbb yang dikasihi sekalian,

Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi


tahniah kepada semua pengawas sekolah, pengawas pusat sumber sekolah,
pengawas spbt dan pembimbing rakan sebaya di atas perlantikan mereka pada hari
ini. Saya yakin pengawas-pengawas yang dilantik pada hari ini telah melalui satu
proses pemilihan yang rapi agar mereka yang terpilih memiliki ciri-ciri kepimpinan
untuk membimbing rakan-rakan mereka di sekolah serta dapat membantu guru-guru
melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka memberi pendidikan yang
berkualiti. Hanya dengan pendidikan yang berkualiti sahaja dapat melahirkan
warganegara yang efisen dan menjadi modal insan negara yang produktif.
Sesungguhnya pengawas-pengawas yang dilantik harus berasa bertuah dengan
perlantikan ini. Saya memohon kepada mereka agar berasa syukur kepada allah dan
sentiasa mengingatinya semasa memikul tugas dan tanggungjawab itu nanti.
Sehubungan itu, pada hari yang bersejarah ini mereka patut diraikan.

Apakah peranan pengawas? Pegawas adalah pemimpin kecil yang dipilih


untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab membantu guru dan pentadbir sekolah
agar dapat mewujudkan satu persekitaran sekolah yang kemas dan teratur.
Persekitaran yang dimaksudkan adalah menentukan suasana yang damai, situasi
yang terkawal dan menumpukan kepada fungsi utama sebuah sekolah - melahirkan
murid-murid yang berpotensi menjadi pemimpin negara masa hadapan dan tunggak
pembangunan negara dalam apa jua bidang yang mereka minati. Saya berharap
pengawas-pengawas yang dilantik pada hari ini dapat menjalankan tugas dan
tanggungjawab mereka dengan penuh amanah, jujur, ikhlas dan bertanggungjawab.
Saya ingin mengunjurkan sifat-sifat Asma’ul Husna iaitu 99 sifat Allah perlu sebati
didalam hati sanubari tiap-tiap pengawas agar mereka sentiasa mendapat petunjuk
dan perlindungan dari yang Maha Esa dan sentiasa tenang melaksanakan tugas.
Saya juga ingin memberi ingatan agar mereka memelihara solat dan sentiasa berdoa
kepada Allah serta meminta kepadanya agar urusan harian mereka mendapat
pahala yang amat besar dan diberkati kehidupan mereka. Itu janji Allah. Pada masa
yang sama, saya berharap mereka tidak mengabaikan pelajaran akademik mereka
sendiri di dalam darjah.
Apakah ekspektasi guru-guru dan murid-murid terhadap seorang pengawas?
Pengawas sepatutnya menjadi contoh dan teladan yang baik kepada semua murid
yang lain. Keperipadian seorang pengawas harus memiliki sifat-sifat terpuji seorang
khalifah kecil – bersifat mulia, ketrampilan yang kemas dan bijak mengurus masa
untuk diri sendiri dan tanggungjawab sekolah. Saya juga mahukan pengawas
sentiasa bersifat insaf dan bermuhasabah diri semasa melaksanakan tugas seorang
pengawas. Jadilah seorang pengawas yang disegani.

Bagi murid-murid lain pula, saya ingin berpesan agar sentiasa mesti memberi
kerjasama kepada semua pengawas yang dilantik. Saya ingin menasihati murid-
murid agar mematuhi dan menghayati peraturan sekolah supaya guru-guru dan
pentadbir sekolah dapat menumpukan kepada usaha dalam membangunkan
infrastruktur dan fasilitas sekolah serta pembangunan akademik bagi menentukan
kecemerlangan dan kegemilangan sekolah dapat dipertingkatkan. Murid-murid perlu
menghormati pengawas. Jauhi sikap-sikap negatif seperti perbuatan merosakkan
fasilitas sekolah, perbuatan membuli dan bergaduh serta tidak menghormati guru-
guru dan kawan-kawan sekolah.

Saya juga ingin menasihatkan semua murid skbb agar mengutamakan


pelajaran di sekolah. Hanya dengan memiliki pengetahuan dan kelulusan yang tinggi
sahaja dapat menjamin kehidupan kita pada masa hadapan. Sesungguhnya
‘pengetahuan itu kuasa’ (knowledge is power). Ianya sungguh penting dalam
kehidupan. Pengetahuan membolehkan kita mendekati Allah Subhanallah,
pengetahuan dapat mengubah taraf hidup sesebuah keluarga, pengetahuan dapat
memenuhi apa yang kita cita-citakan, pengetahuan dapat membezakan yang baik
dengan buruk. Untuk memperolehi pengetahuan, murid-murid harus belajar
bersungguh-sungguh, berdisiplin ketika belajar kerana disiplin asas kejayaan,
sentiasa berusaha tanpa mengenal putus asa dan yang penting sekali memohon
kepada allah agar diterangkan hati supaya mudah menerima dan menggunakan
pengetahuan untuk membuat kebaikan di bumi Allah ini.

Murid-murid skbb yang dikasihi sekalian,


Dikesempatan ini, saya berdoa agar skbb sentiasa mendapat kerahmatan
allah dan diberi perlindungan agar sentiasa berupaya melahirkan insan-insan yang
menjadi kebanggaan negara dan dijauhi dari segala bencana atau musibah. Saya
berharap guru-guru dan pentadbir sekolah akan melipatgandakan usaha mereka
dalam membentuk dan memberi pelajaran kepada semua murid sekolah ini. Saya
juga berdoa agar murid-murid sekolah ini sentiasa beroleh kejayaan didalam
pelajaran dan peperiksaan yang mereka bakal hadapi.

Saya juga berjanji akan memberi segala bentuk bantuan kepada keperluan
sekolah ini sebaik mungkin sebagai salah satu sumbangan tentera kepada
masyarakat dalam mengembelingkan kuasa nasional untuk pembangunan negara
yang kita cintai ini. Selain tugas dan tanggungjawab mempertahankan kedaulatan
negara, bangsa dan agama, tentera juga mempunyai tanggungjawab sosial
membela rakyat agar persekitaran keselamatan negara sentiasa terjamin dan
terkawal.

Akhir kata, marilah kita bersama-sama berdoa agar skbb sentiasa cemerlang,
gemilang dan terbilang dalam aktiviti akademik dan ko-kurikulum dan menjadi
sekolah contoh di melaka ini. Saya juga berdoa agar murid-murid sekelian mendapat
kejayaan dalam menghadapi urusan persekolahan. Akhirkata juga, saya ingin
mengungkapkan bait-bait sajak yang saya tulis semasa majlis hari guru 1976 di
smmt, yang sebenarnya menggambarkan perjalanan hidup saya. Begini bunyinya:

Hidup ini merupakan suatu perjuangan


Bukannya perjuangan tanpa merandok korban
Seperti bukannya lautan tanpa gelombang
Itulah hakikat hidup sejati
Menuju perjuangan yang abadi

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya merasmikan majlis perlantikan


pengawas sekolah, pengawas pusat sumber sekolah, pengawas spbt dan
pembimbing rakan sebaya Sekolah Kebangsaan Bukit Beringin bagi tahun 2010.
Sekian, terima kasih. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai