Anda di halaman 1dari 47

1.

0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan Islam merupakan mata pelajaran yang penting dalam membentuk

generasi beriman, bertaqwa, berakhlak mulia dan berketerampilan pada masa

hadapan. Pendidikan Islam perlu sebagai proses pengisian jiwa atau kerohanian bagi

seseorang individu. Pendidikan ini perlu diterapkan pada peringkat awal lagi sebelum

seseorang individu sampai kepada peringkat yang cukup mencabar bagi

memantapkan pegangan mereka dalam menjalani arus gelombang kehidupan dan

tidak mudah terpengaruh dengan sifat-sifat negatif kesan daripada perubahan zaman.

Dalam menghadapi arus kemodenan dan sebarang arus kemajuan, guru

seharusnya peka serta tidak ketinggalan dalam mengendalikan proses pengajaran dan

pembelajaran bagi memastikan objektif pengajaran tercapai seperti yang dikehendaki

serta ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Kualiti pendidikan yang

dicapai oleh murid-murid sekolah banyak bergantung kepada kualiti guru, kerana

guru merupakan individu yang utama dalam mengimplementasikan kurikulum.

Sejajar dengan pesatnya perkembangan teknologi pada hari ini, negara sering

dikejutkan dengan pelbagai isu berkaitan dengan permasalahan akhlak dan tingkah

laku yang sering dikaitkan dengan tugas guru Pendidikan Islam di sekolah. Ini kerana

pada kaca mata masyarakat, tugas para pengajar agama adalah sangat berat iaitu

untuk membawa masyarakat kembali ke pangkuan agama yang sebenar serta

membina benteng yang kukuh dalam menangkis segala bentuk kebatilan. Oleh itu,

guru haruslah bersungguh-sungguh dalam usaha mendidik supaya matlamat negara

tercapai.
Guru juga harus menyedari bahawa tugas mendidik para pelajar bukan hanya

sekadar memindahkan maklumat, pengetahuan dan ilmu daripada seorang pendidik

kepada seorang pelajar semata-mata, tetapi bagaimana ilmu dan maklumat yang

benar serta pengalaman yang berguna dapat membentuk sikap, nilai dan peribadi

seseorang pelajar. Bagi mencapai matlamat tersebut, para pendidik harus memilih

dan mengaplikasikan pendekatan yang mampu menarik pelajar agar dapat benar-

benar menghayati dan mampu menguasai ilmu yang diajar. Di samping itu, guru

Pendidikan Islam juga perlu bijak dalam memilih dan menentukan pendekatan

pengajaran yang berkesan kerana guru adalah orang yang bertanggungjawab untuk

menyelesaikan masalah pembelajaran.

Terdapat beberapa aspek yang sering dikaitkan dengan kegagalan pelajar

meminati dan menguasai mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah seperti aspek

kurikulum Pendidikan Islam yang sering diubah dan aspek pendekatan pengajaran

Pendidikan Islam yang digunakan oleh guru semasa berlangsungnya proses

pengajaran.

Justeru dengan pembangunan sektor pendidikan ke arah yang lebih global

dengan mengikut acuan Malaysia, tidak dapat dinafikan peranan pendidik sangat

penting sebagai agen yang boleh membawa perubahan positif kepada pembangunan

insan khususnya para pelajar. Pembangunan insan yang bermula dengan pendidikan

kepada para pelajar diharapkan dapat membentuk mereka untuk menguasai ilmu

pengetahuan ke arah menuju pembentukan modal insan yang berkualiti dan

seimbang dalam pelbagai aspek. Sebagaimana memetik kenyataan Y.A.B Dato’ Seri

Abdullah Ahmad Badawi mengenai modal insan ketika membentangkan Rancangan

Malaysia Ke-9 (RMK9) di Parlimen, 31 Mac 2006 iaitu:


Sekiranya kita ingin melangkah ke era ekonomi berpaksikan pengetahuan, jika

kita mahu menjadi negara maju dan kekal pada tahap tersebut, pembangunan modal

insan harus diutamakan. Dalam konteks dunia global, modal insan bermutu tinggi

adalah satu keperluan, bukan lagi satu kemewahan. Usaha membangunkan modal

insan berkualiti akan digiatkan. Pendekatan kepada pembangunan modal insan

haruslah secara holistik, menekankan pembangunan ilmu pengetahuan, kemahiran,

modal intelektual termasuk ilmu sains, teknologi dan keusahawanan, dan juga

pembudayaan sikap progresif serta nilai etika dan moral yang tinggi. Inilah yang

dikatakan modal insan berminda kelas pertama.

Bagi merealisasikan hasrat ini, anjakan paradigma pendidikan sangat penting

agar dapat mendorong para pendidik untuk memainkan peranan mereka dengan lebih

agresif dan progresif. Paradigma pendidikan perlu diubah daripada menerima kepada

mencari atau mencipta, daripada ketaatan kepada komitmen, daripada individu

kepada perkongsian, daripada rutin kepada inovatif dan kreatif, daripada reaktif

kepada proaktif dan daripada pasif kepada progresif. Perubahan ini sememangnya

mempunyai perkaitan rapat dengan pembinan modal insan dan tamadun ummah yang

cemerlang.

Ramai murid yang pergi ke sekolah tetapi hakikat sebenarnya mereka tidak

belajar.Sebaliknya,meraka lebih banyak menghabiskan waktu untuk bermain dengan

rakan-rakan lain dan bergaul sesama mereka dalam setiap masa tidak kira waktu p&p

apatah lagi bukan waktu p&p.Fenomena ini bukanlah menyatakan bahawa semua

murid bersikap sedemikian,ia hanyalah terjadi kepada sebahagian atau segelintir

murid-murid pada sesebuah sekolah yang tertentu.Tambahan pula bagi sesetengah

mata pelajaran seperti pendidikan Islam sebagai contohnya,yang mana merupakan


bukan mata pelajaran yang terdapat di dalam peperiksaan utama iaitu UPSR,murid

kurang memberikan perhatian dan komitmen untuk mata pelajaran ini kerana

dianggap kurang penting atau sekadar mengambil tahu sedikit sahaja.Perspektif ini

yang perlu diubah dari diri pelajar terutamanya dan ibu bapa khususnya.Dorongan

dari ibu bapa sangat penting untuk murid-murid berusaha dengan lebih gigih semasa

mempelajari mata pelajaran pendidikan Islam walaupun terdapat dorongan dari guru

mata pelajaran itu sendiri namun ianya tidak cukup memadai.

1.2 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Sewaktu saya menjalani praktikum kali kedua di Sekolah Kebangsaan (2)

Jalan Bukit,Kajang,saya dapati ramai dikalangan murid agak pasif,tidak melibatkan

diri dan tidak menunjukkan kesungguhan untuk mengikuti proses pengajaran dan

pembelajaran mata pelajaran pendidikan Islam terutamanya dalam bidang Tilawah

Al-Quran.Sepanjang pengalaman saya, melalui pemerhatian ketika berpraktikum dan

mengajar murid tahun 5 amanah, saya berasa agak kecewa dengan cara pembelajaran

yang ditunjukkan oleh mereka.Sebagai contoh dalam kelas tilawah Al-quran,murid-

murid enggan mengikuti aktiviti membaca ayat al-quran secara latih tubi.Hanya 30%

murid sahaja yang mengambil bahagian dengan membaca secara jelas.Seramai 50%

murid tidak membaca dan tidak mengikuti arahan yang diberikan namun masih

memberikan perhatian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.Selebihnya 20%

murid yang lain langsung tidak memberikan perhatian terhadap arahan yang

diberikan.Mereka bergurau senda dengan rakan-rakan, melakukan aktiviti lain yang

tiada kaitan dengan isi pelajaran pada hari itu.Apabila saya bertanyakan kepada

murid-murid tentang perkara ini,jawapan yang diberikan ialah “saya sudah baca
tadi..”Ada juga yang mengatakan, “saya tidak tahu membaca,ustaz…”.Dari jawapan

yang dinyatakan, saya membuat kesimpulan bahawa,murid kurang merasa gembira

dengan aktiviti yang saya jalankan dan murid kurang melibatkan diri dalam aktiviti

yang dijalankan. Merujuk kepada kenyataan Dr. Tengku Asmadi bin Tengku

Mohamad, “ Tahap konsentrasi atau tumpuan belajar adalah berbeza. Ada pelajar

yang boleh tumpu selama 1 jam dan ada pula yang hanya bertahan selama 20

minit” Justeru, perkara inilah yang membuat saya berasa begitu kesal dan tidak

berpuas hati terhadap proses pengajaran saya.

Perlukah saya menukar gaya pengajaran saya selama ini untuk menarik minat

murid dan menimbulkan perasaan gembira dalam diri murid untuk melibatkan diri

sewaktu p&p berlangsung?Adakah cara saya mengajar sebelum ini begitu mendesak

murid-murid?Apakah langkah atau cara yang boleh saya lakukan untuk

meningkatkan penglibatan murid sewaktu p&p berlangsung?Apabila saya

membincangkan isu ini kepada guru pendidikan Islam di sekolah ini,mereka

menyatakan bahawa murid-murid tahun 5 Amanah agak malas dan bersikap pasif di

dalam kelas.Guru-guru di sini hanya menggunakan kaedah tikrar atau latih tubi untuk

ayat bacaan secara paksa dan tegas terhadap murid mereka. Selain itu, penggunaan

bahan bantu mengajar yang hanya menggunakan mashaf Al-Quran semata-mata

mungkin menjadi faktor mereka bosan juga. “ Guru yang cuba mengajar tanpa

menimbulkan dan menyemarakkan keinginan serta semangat belajar pada murid-

muridnya, sama sahaja dengan orang yang menempa besi dingin.”-(Horace Mann)

Saya telah cuba untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran

namun masih terdapat murid yang tidak mampu mengikuti dan melibatkan diri dalam
pengajaran yang saya jalankan.Pada hemat saya,kurangnya penglibatan murid adalah

disebabkan kurangnya penumpuan murid sewaktu pengajaran yang saya lakukan dan

kurangnya penggunaan sumber pengajaran sewaktu p&p berlangsung.

2.0 FOKUS KAJIAN

Gaya pembelajaran merujuk kepada ciri istimewa kepunyaan seseorang

pelajar untuk memperlihat, berinteraksi, dan bergerak balas dalam suatu suasana

pembelajaran (Keefe, 1979).Aspek ini menjadi fokus kajian saya untuk mengkaji

tindak balas murid-murid terhadap pengajaran yang saya jalankan samada murid-

murid terlibat aktif atau sebaliknya.

Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh pelajar

saya,saya hanya akan fokuskan kajian ini kepada masalah penglibatan diri murid

sewaktu pengajaran Tilawah Al-Quran sahaja.Pelajar saya agak lemah untuk

membaca ayat-ayat Al-Quran namun mereka masih tidak melibatkan diri secara

maksimum didalam kelas dan tidak mengikuti pengajaran dengan baik.Kesilapan

yang mereka lakukan adalah dari segi persepsi dan pandangan terhadap diri sendiri

seperti :

• Merasa malu untuk membaca ayat al-quran di hadapan kelas dan

rakan-rakan yang lebih baik bacaannya dari mereka.

• Beranggapan bahawa ayat yang telah dibaca sudah memadai dengan

sekali bacaan sahaja.

• Mudah berasa bosan dengan hanya mengulangi bacaan yang sama

berulangkali daripada teks di dalam buku.


Kajian Ball (1996) berfokus kepada meningkatkan interaksi sosial dengan

menggunakan rakan sebaya.Ball (1996) mendapati, penggunaan rakan sebaya

sebagai model dalam mengajar kemahiran sosial memberikan kesan yang tinggi

dalam mengekalkan integrasi kanak-kanak di dalam bilik darjah.Oleh sebab yang

demikian,saya berpendapat bahawa murid-murid dapat bergiat secara aktif di dalam

kelas antara satu sama lain dengan berbantukan bahan-bahan pengajaran yang

menarik dan aktiviti yang menyeronokkan di dalam kumpulan untuk meningkatkan

penglibatan murid secara aktif di dalam kelas.

Kemahiran sosial amat penting dalam kehidupan manusia dan dipelajari sejak

kecil. Kemahiran asas sosial yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak ialah kemahiran:

menarik perhatian orang lain, berkongsi dan memberi, meminta dan bertanya,

memberi idea dan memuji atau memberi penghargaan. Malangnya terdapat kanak-

kanak yang tidak dapat mempelajari untuk berinteraksi secara positif dengan rakan

sebaya mereka.(Simpson et al. 1991; Sewell 1998). Kanak-kanak ini tidak dapat

mempelajari kemahiran-kemahiran sosial dengan sendiri dan juga dikenali sebagai

kumpulan bermasalah pembelajaran (Kurikulum Program Bermasalah Pembelajaran

Peringkat Rendah 1999).

Dengan menggunakan sumber pengajaran yang sesuai dan aktiviti yang

menyeronokkan,saya yakin bahawa murid-murid akan lebih gembira untuk

memberikan tumpuan di dalam kelas secara tidak langsung melibatkan diri dengan

segala aktiviti yang dijalankan.Perkara ini saya anggap penting kerana tumpuan di

dalam kelas adalah aspek utama dalam menuntut ilmu,lebih-lebih lagi mata pelajaran

Pendidikan Islam dalam bidang Tilawah Al-Quran yang mana seseorang pelajar
tidak mampu berguru dengan buku sahaja tetapi mestilah berguru secara

bersemuka.Aspek penglibatan diri murid amat saya tekankan supaya guru dapat

mengetahui sejauh manakah pengamatan dan perhatian yang diberikan oleh murid

terhadap pengajarannya dan bukannya guru merasa seronok dengan pengajaran

sendiri.

Atas tujuan tersebut,saya telah merancang kaedah pemerhatian yang berkesan

untuk mendapatkan maklumat berkenaan murid yang bermasalah sebagai sampel

bagi kajian ini.Tinjauan awal dilaksanakan adalah untuk memperoleh sampel yang

benar-benar pasif di dalam kelas sewaktu saya mengendalikan kelas dan mengajar

bidang Tilawah Al-Quran.Jadual berikut menerangkan aspek pemerhatian yang

dijalankan serta proses memperolehi sampel terhasil.


2.1 Tinjauan Masalah

Langkah Cara penilaian Tujuan

a) Melaksanakan proses P&P awal dalam kelas.


Pemerhatian
Langkah 1
Awal b) Memerhatikan aspek penglibatan murid secara
keseluruhan kelas.

a) Mengenalpasti murid-murid yang kurang aktif


Pemerhatian semasa proses P&P.
Langkah 2 penglibatan
b) Menilai dari aspek,ingin mencuba,bersikap ingin
(individu)
tahu,suka menyoal,sukarela dan menurut segala
arahan dari guru.

a) Memerhatikan aspek hubungan sosial antara


murid-murid(komunikasi,kerjasama,)
Pemerhatian b) Mengambil bahagian dalam aktiviti atau sekadar
Langkah 3 penglibatan ‘sleeping partner’ dalam kumpulan.
(berkumpulan)
c) Menilai sikap berpasukan,tolong
menolong,bekerjasama,dan sikap kepimpinan
murid.

a) Memerhatikan tingkah laku murid semasa proses


P&P.
Pemerhatian
Langkah 4 Aspek • Postur badan (cara duduk)
Tingkah laku
• Tingkah laku ‘feedback’ dari arahan guru.

• Pandangan mata

Jadual 1 : Kaedah bagi meninjau masalah yang berlaku semasa proses P & P

Tilawah Al-Quran dijalankan.


Jadual 1 menunjukkan tinjauan awal yang saya telah jalankan untuk

memperoleh sampel dari keseluruhan murid dalam kelas 5 amanah.Prosedur ini

adalah perkara yang paling utama dalam menjalankan kajian ini kerana dari sini saya

akan memerhatikan sampel yang sesuai dan menilai sendiri tahap masalah mereka

berkaitan penglibatan diri di dalam kelas.

Saya menggunakan empat langkah untuk tujuan tinjauan masalah ini bagi

mendapatkan sampel.Kesemua langkah tersebut adalah melalui pemerhatian saya ke

atas murid-murid sewaktu proses P&P berjalan.Langkah pertama ialah melalui

pemerhatian awal yang saya jalankan ke atas kelas 5 amanah sewaktu kali pertama

mengajar di dalam kelas ini.Saya hanya melihat gaya pembelajaran murid-murid dan

memerhatikan sikap mereka untuk belajar sahaja.

Pada langkah kedua,aspek pemerhatian saya lebih berfokus terhadap gaya

pembelajaran individu setelah memerhatikan tingkah laku murid sebelum ini pada

langkah yang pertama.Pada langkah ini saya lebih menumpukan kepada beberapa

orang sampel yang telah saya kenal pasti sebelum ini.Saya menilai sampel-sampel

tersebut daripada aktiviti yang melibatkan individu iaitu seperti melibatkan diri

dalam aktiviti P&P secara sukarela,memberikan tumpuan kepada guru,tingkah laku

yang ditunjukkan semasa guru mengajar,interaksi bersama guru dan rakan-rakan.

Langkah seterusnya ialah melalui pemerhatian yang melibatkan aktiviti

berkumpulan.Pengajaran seterusnya saya mewujudkan aktiviti di dalam kumpulan

dan sepanjang aktiviti itu berlaku,saya mencatatkan perubahan tingkah laku serta
sikap sampel yang telah di pilih.Aspek utama ialah cara sampel dan murid-murid lain

interaksi,sikap sampel terhadap aktiviti berkumpulan samada aktif menjalankan

aktiviti atau hanya sekadar ‘sleeping partner’ terhadap kumpulan.Melalui aspek ini

saya dapat memerhatikan keadaan sampel melalui hubungan sosial dengan murid

yang lain bermasalah atau tidak kerana kemungkinan ianya mempengaruhi hasil

dapatan kajian ini kelak jika tidak diutamakan.

Langkah seterusnya ialah,saya memerhatikan sampel menerusi tingkah laku

yang ditunjukkan sampel sewaktu di dalam bilik darjah.Dari aspek pemerhatian dan

fokus terhadap P&P saya dapat menilai melalui cara sampel duduk (postur

badan),tumpuan mata,mimik muka,pergerakan tubuh badan dan sebagainya yang

mempengaruhi serta menunjukkan penglibatan sampel dalam bilik darjah.

Secara keseluruhannya, langkah-langkah yang dijalankan adalah bertujuan

untuk mengenal pasti dan menilai murid-murid yang bermasalah dalam memberikan

tumpuan serta penglibatan secara aktif di dalam kelas.Langkah-langkah tersebut

membantu saya mendapatkan maklumat yang diingini bagi membantu murid-murid

yang kurang aktif di dalam kelas.Murid-murid saya mengalami sikap yang agak pasif

sewaktu mengikuti aktiviti P&P di dalam kelas yang mana mereka tidak mampu

untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan dan tidak langsung memberikan

tumpuan terhadap pembelajaran Mereka akan membuat kerja sendiri jika berasa

bosan semasa belajar. Sebagai guru, saya perlu menganalisa permasalahan ini secara

efektif bagi memastikan tumpuan murid dan penglibatan murid saya berjaya

meningkat semasa belajar. Melalui tumpuan yang baik serta penglibatan yang aktif

akan dapat meningkatkan kualiti pembelajaran murid di dalam bidang al-Quran.


2.2 Analisis tinjauan masalah

Langkah Cara penilaian Masalah yang di fokuskan terhadap sampel kajian

Pemerhatian a) Terdapat sebilanagn murid yang memberikan


Langkah 1 komitmen dalam pembelajaran,sebahagian murid
Awal
yang lain tidak memberikan perhatian.
Kaedah talaqqi musyafahah secara latih tubi dilakukan
oleh guru:

a) Sebahagian sahaja murid yang mengikut bacaan


guru,manakala murid lain melakukan perkara
yang tidak diingini.
Pemerhatian b) Murid menunjukkan sikap yang amat
Langkah 2 penglibatan mengecewakan seperti mengganggu
(individu) rakan,bermain dengan alatan menulis,termenung
serta berangan di dalam kelas.
c) Murid tidak mengikuti arahan dari guru untuk
membaca ayat Al-Quran.
d) Murid tidak memberikan tumpuan kepada guru.
Aktiviti di dalam kumpulan secara bebas oleh murid:

a) Sikap kerjasama murid tidak ditunjukkan.

Pemerhatian b) Tiada persefahaman dan agihan tugas dilakukan di


Langkah 3 penglibatan dalam kumpulan.
(berkumpulan)
c) Sebahagian sahaja murid yang menyelesaikan
tugasan dan sebahagian lagi hanya mengganggu
rakan dan membuat bising.
Tingkah Laku diperhatikan secara spesifik ke atas sampel
yang telah dipilih :

a) Sampel banyak berdiam diri di dalam kelas.


b) Tiada tumpuan terhadap pengajaran guru.
Pemerhatian
Langkah 4 Aspek c) Tidak menunjukkan penglibatan diri semasa
Tingkah laku proses P&P.
d) Pasif,tidak bermaya,mengelak dari sebarang
aktiviti dan kurang berkomunikasi dengan rakan-
rakan serta guru serta memencilkan diri di dalam
kelas.
Jadual 2 : Analisis tinjauan masalah

Merujuk kepada Jadual 2,merupakan suatu analisis daripada tinjauan masalah

yang telah dijalankan untuk mengenal pasti sampel.Saya menggunakan kaedah

pemerhatian untuk menilai dan memilih sampel kerana ia melibatkan penglibatan

murid di dalam kelas dan hanya melalui pemerhatian, saya dapat mengenal pasti

sampel serta menilai kriteria masing-masing.

Saya telah menjalankan empat langkah sewaktu memerhatikan sampel di

dalam kelas,antaranya ialah langkah pertama iaitu pemerhatian awal,langkah

seterusnya ialah pemerhatian ke atas penglibatan diri secara individu,kemudian

pemerhatian ke atas penglibatan berkumpulan dan akhir sekali ialah pemerhatian ke

atas tingkah laku sampel secara lebih berfokus.Langkah –langkah ini dijalankan

adalah supaya saya dapat mengenal pasti sampel yang betul-betul menepati kriteria

yang ditetapkan.Ini adalah penting supaya saya tidak salah dalam memilih sampel

kajian ini.

Sampel-sampel dipilih dari kelas yang diajar oleh saya.Ini adalah bertujuan

supaya saya mudah untuk mentadbir kajian yang dijalankan ke atas sampel yang

dipilih tanpa ada sebarang masalah atau gangguan dari pihak sekolah mahupun dari

murid-murid itu sendiri yang menjadi sampel kajian.Sesungguhnya kajian ini amat

penting ke atas sampel yang dipilih kerana ianya menrupakan inisiatif atau tindakan

awal bagi memperbaiki cara belajar mereka ke arah bermutu dan berkualiti.Sebagai

seorang guru,beberapa kaedah pengajaran akan saya sediakan untuk memastikan

masalah yang di hadapi oleh murid boleh digunakan untuk tempoh masa yang lama

dan kepada murid-murid yang lain.Ianya bukan sahaja tertumpu kepada sampel
kajian sahaja malah juga kepada murid-murid lain.Sistem kawalan yang digunakan

memudahkan guru untuk memantau perubahan yang berlaku ke atas sampel melalui

pemerhatian dan sebagainya.Sampel dan guru mempunyai masa yang banyak untuk

berinteraksi serta membuat kolaborasi antara mereka bagi mendapatkan keputusan

yang memberangsangkan.Kajin ini sememangnya memberikan kelebihan kepada

sekolah selain membudayakan murid-murid memberi tumpuan di dalam kelas serta

cintakan ilmu pengetahuan,malah secara tidak langsung meningkatkan kualiti

pengajaran yang disampaikan oleh guru semasa P&P.

Sepanjang pemerhatian yang telah dijalankan ke atas murid-murid,saya dapati

kebanyakan daripada mereka tidak memberikan komitmen yang baik serta tumpuan

yang sepenuhnya kepada guru di dalam kelas.Terdapat segelintir murid yang

mengganggu rakan,membuat bising,melakukan kerja selain dari pembelajaran atau

arahan guru dan tidak mendengar arahan yang diberikan oleh guru.Jika situasi

sebegini berlarutan saya yakin,bahawa murid-murid ini tidak mendapat faedah dari

ilmu yang disampaikan oleh guru serta mereka akan keciciran dalam pelajaran

terutamanya di bidang Tilawah Al-Quran yang mana mereka tidak mampu untuk

membaca Al-Quran dengan lancar seperti murid-murid yang lain.Menerusi aktiviti

berkumpulan juga saya perhatikan murid-murid kurang melibatkan diri sepenuhnya

terhadap aktiviti yang dijalankan.Wujud suatu kumpulan yang hanya berdiam diri

dan memencilkan diri dari ahli kumpulan dan bersikap pasif semasa aktiviti

dilakukan.Apabila dikenal pasti,murid-murid ini sememangnya tidak mampu

membaca Al-Quran dengan betul dan lancar.Guru selalunya akan terlepas pandang

kepada golongan ini dan menganggap semua murid sudah mencapai aras yang

ditetapkan berdasarkan hasil tugasan yang diberikan.Demikian halnya melalui


pemerhatian terhadap tingkah laku murid,saya dapati murid lebih suka memencilkan

diri dan mengelak dari mengikuti P&P yang dijalankan oleh guru.Dalam erti kata

bidalan iaitu ‘bodoh sombong’ sering menjadikan guru tidak langsung

mempedulikan golongan ini.Menurut Felder (1993) yang menyatakan bahawa guru

yang berhadapan dengan murid yang tidak berminat dalam pembelajaran akan

kehilangan azam untuk mengajar.sebagai seorang guru yang amanah terhadap

tugasnya,perkara ini perlu dipandang serius.Justeru,apa yang ingin saya lakukan

menerusi kajian ini ialah untuk memastikan golongan murid seperti ini bergiat aktif

di dalam kelas dan mengambil bahagian di dalam P&P.Secara tidak langsung mereka

mampu memperolehi ilmu dan pengetahuan sekiranya mereka terlibat sendiri di

dalam proses pembelajaran tersebut. Jean Lightheart ada menyebut bahawa,

pendidikan adalah soal kecintaan,kesabaran dan kebijaksanaan. Kebijaksanaan dan

kesabaran berkembang apabila didukung oleh kecintaan untuk belajar yang tinggi.

Setelah pemerhatian dilakukan,jelas menunjukkan bahawa hanya murid yang

bergiat cergas dan aktif melaksanakan aktivit yang dijalankan oleh guru sahaja yang

dapat menguasai kemahiran membaca Al-Quran dengan baik dan tepat.Menerusi

kaedah talaqqi musyafahah ini,murid dibimbing untuk membaca dan menyebut

huruf-huruf Al-Quran secara langsung berhadapan dengan guru.Kaedah ini

sememangnya amat berkesan kerana melalui kaedah ini murid mampu mengikuti

sebutan yang tepat dari guru.Murid-murid boleh meniru gaya dan cara sebutan yang

sebenar melalui pemerhatian ke atas mimik muka dan cara guru

menyebutnya.Namun,melalui kaedah iniatau mana-mana kaedah yang lain,murid-

murid di peringkat kanak-kanak tidak dapat memberikan tumpuan untuk suatu

tempoh masa yang lama. Bersesuaianlah dengan penyataan Halimah Rahim (2009),

“ Perhatian hanya dapat ditumpukan oleh pelajar dalam beberapa minit sahaja, dan
sukar untuk guru mengekalkan perhatian melainkan dengan mempelbagaikan

rangsangan (Paintal, 1980)”. Justeru dengan menggunakan bahan bantu mengajar

yang sesuai dan melaksanakan aktiviti yang pelbagai mampu menarik minat murid

terhadap pembelajaran serta meningkatkan penglibatan diri murid semasa P&P.

Kajian ini menekankan kepada cara pembelajaran yang berkesan ke atas diri

murid-murid itu sendiri.Ini merupakan anjakan paradigm kepada mereka untuk

memperbaiki gaya pembelajaran yang lebih berkesan.Ianya bukan sahaja untuk

diaplikasikan dan digunakan pada masa ini,tetapi juga merupakan gaya pembelajaran

sepanjang hayat.Peringkat ini,merupakan peringkat awal dan amat sesuai untuk

sesuatu perubahan itu dilakukan.Maka pada pandangan saya murid-murid ini masih

belum terlambat untuk memperbaiki gaya pembelajaran ke arah lebih baik dan

berkesan.Kenyataan tersebut adalah kerana,saya menekankan kepada pengajaran

menggunakan sumber pengajaran yang pelbagai serta menyediakan aktiviti yang

berkesan mampu melibatkan murid-murid yang pasif kepada aktif serta melibatkan

diri dengan maksimum.Inovasi yang saya lakukan ialah selain menggunakan kaedah

yang sedia ada dalam menyampaikan pengajaran untuk bidang Tilawah Al-Quran

seperti kaedah tasmik,kaedah tadarrus,kaedah tikrar,kaedah iqra’ dan

sebagainya,saya mementingkan aspek bahan pengajaran itu sendiri dan aktiviti yang

diwujudkan untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran itu lebih

berkesan.relevannya ialah,sehebat mana pun sesuatu kaedah itu digunakan,tanpa

tumpuan,penglibatan aktif murid dan interaksi dua hala,pengajaran tersebut kurang

berkesan kepada murid.


Saya hanya akan menggunakan beberapa sumber pengajaran serta aktiviti

yang sesuai untuk sesuatu P&P.Sebagai contoh,menggunakan kaedah talaqqi

musyafahah,murid bukan sahaja akan melihat pada mushaf atau buku teks untuk

membaca secara latih tubi bersama guru,tetapi sebaliknya,mereka akan

dipersembahkan dengan video contoh bacaan dari qari yang hebat,membaca dengan

melihat kepada Al-Quran digital,kad imbasan serta beberapa bahan yang mampu

menarik murid memberikan tumpuan dan perhatian dari awal aktiviti sehingga tamat

P&P itu. Menurut kenyataan Dr, Ismail Zain dalam Utusan Malaysia, 2008 ;

Gambar (alat visual) merupakan salah satu media yang dapat memberi rangsangan

yang begitu cepat daripada teks. Gambar juga dapat memberi pelbagai interpretasi

yang dapat mencetuskan pemikiran yang lebih kritis dan kreatif.Selain itu,mereka

juga dikehendaki terlibat dengan aktiviti yang dijalankan oleh guru seperti menyusun

kad-kad kalimah ayat yang dipelajari sebelum membacanya,memilih dan menyusun

dahulu susunan ayat Al-Quran menggunakan komputer semasa latih tubi membaca

dan sebagainya.Ianya merupakan suatu kaedah alternatif yang membantu sesuatu

kaedah yang dijalankan dalam bilik darjah. Penekanan terhadap penggunaan bahan

grafik dalam keadah pengajaran tradisional bertujuan untuk meningkatkan proses

pengajaran dan pembelajaran (Yusup).


2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian ini selesai dijalankan, pelajar-pelajar diharap akan mencapai objektif

berikut:

2.1 Objektif Am

Kajian ini bertujuan meningkatkan penglibatan diri murid di dalam aktiviti

pengajaran semasa proses pengajaran dan pembelajaran bidang Tilawah Al-Quran.

2.2 Objektif Khusus

• Meningkatkan keyakinan diri murid untuk melibatkan diri dengan

aktiviti pengajaran yang dijalankan.

• Meningkatkan kemahiran sosial murid antara rakan-rakan di dalam

aktiviti berkumpulan.

• Meningkatkan penumpuan murid di dalam kelas terhadap pelajaran

yang disampaikan oleh guru.

• Membantu meransang minat murid untuk melibatkan diri secara aktif

dalam proses P&P.

• Membantu murid menguasai kemahiran membaca Al-Quran dengan

betul.
2.3 Soalan Kajian

Berpandukan objektif-objektif kajian yang telah disenaraikan,soala-

soalan kajian dibina bagi memudahkan untuk mencapai objektif dan tujuan kajian

yang dijalankan sebagaimana yang telah digariskan.Soalan-soalan kajian adalah

seperti berikut;

1) Bagaimana meningkatkan fokus belajar Tilawah Al-Quran di

kalangan murid?

2) Bagaimana dapat meransang minat murid untuk melibatkan diri

secara aktif dalam proses P&P Tilawah Al-Quran?

3) Sejauh manakah pemilihan kaedah pengajaran meransang proses P&P

yang efektif?

4) Apakah aktiviti pengajaran yang sesuai untuk menarik minat murid?


3.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan murid-murid tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Taming

Jaya,Balakong,Selangor Darul Ehsan.Sampel terdiri daripada murid-murid di tahap

dua iaitu murid-murid di tahun 5 yang mempunyai sepuluh kelas kesemuanya.Untuk

tujuan kajian ini,saya membuat keputusan untuk mengambil sampel dari kelas tahun

5 Amanah yang merupakan kelas ke 5 daripada 10 kelas tersebut.Ini adalah

kerana,saya diberikan amanah untuk mengajar murid di kelas ini sepanjang sesi

praktikum dan juga internship berlangsung sepanjang tempoh 4 bulan.Ini adalah

faktor bagi saya memilih sampel tersebut agar mudah untuk berurusan dengan pihak

sekolah dan dapat memberikan tumpuan terhadap pengajaran terutamanya kepada

kajian yang dilaksanakan ini.

Kumpulan sasaran bagi kajian ini adalah seramai 10 orang murid dari kelas 5

Amanah yang terdiri daripada 6 orang murid lelaki dan 4 orang murid

perempuan.Sampel terdiri daripada 5 orang murid tidak memegang sebarang

jawatan,2 orang pengawas sekolah manakala 3 lagi merupakan pengawas pusat

sumber sekolah.Prestasi sampel daripada markah peperiksaan sebelum ini

menunjukkan,2 orang sampel mendapat markah yang cemerlang bagi mata pelajaran

Pendidikan Islam,4 orang pelajar berada pada tahap sederhana manakala 4 lagi

berada pada tahap lemah.


5.0 TINDAKAN

5.1 Prosedur Tindakan

a) Sebelum melaksanakan aktiviti pengajaran di dalam bilik

darjah,terlebih dahulu saya telah mencari beberapa sumber pengajaran

yang melibatkan penggunaan ICT seperti klip video,slide

show,gambar, mahupun bahan maujud sebagai bahan bantu mengajar.

b) Setiap kali proses P&P berlangsung,murid-murid dikehendaki untuk

berada di tempat duduk masing-masing dalam keadaan selesa dan

memandang ke hadapan kelas terutama kepada guru yang

mengajar.Saya sering menasihati murid-murid agar tidak melakukan

perkara lain selain memberi tumpuan yang khusus kepada guru yang

mengajar.

c) Kajian menunjukkan bahawa,murid-murid sekolah rendah hanya

mampu memberikan tumpuan yang berfokus dalam masa kurang

daripada 10 minit.Maka,pada setiap selang masa 10-15 minit saya

akan jalankan aktiviti yang melibatkan murid terlibat sepenuhnya di

dalam aktiviti yang menggunakan bahan sumber pengajaran di dalam

aktiviti tersebut.Tujuannya adalah untuk memastikan murid


memberikan tumpuan terhadap pengajaran dan melibatkan diri secara

aktif di dalam kelas.

d) Kaedah pengajaran yang telah dipilih oleh saya adalah kaedah

pembelajaran menggunakan bahan bantu mengajar atau sumber

pengajaran yang berkesan sewaktu proses pembelajaran.Bahan

sumber ini akan menarik minat murid memberikan tumpuan di dalam

kelas manakala daripada bahan sumber tersebut saya akan

menjalankan aktiviti yang menarik.Tujuannya adalah untuk

memastikan murid terlibat secara langsung di dalam pengajaran.

e) Kaedah ini dijalankan secara serentak semasa proses P&P Tilawah

Al-Quran. Kaedah ini adalah secara berperingkat dan berhubung kait

di mana setiap sumber pengajaran yang digunakan mempunyai

aktiviti yang menarik dan bersesuaian supaya murid tidak bosan

dengan sumber pengajaran semata-mata. Dengan adanya aktiviti

seperti ini, mampu merangsang minat murid seterusnya dapat

mengekalkan tumpuan semasa belajar.

f) Bahan bantu mengajar yang digunakan adalah paparan Al-Quran

digital, carta,kad imbasan,”PUZZLE’, bahan maujud,gambar,video,

dan sebagainya.
g) Manakala aktiviti yang dijalankan ialah seperti, “bola hikmah”,”roda

impian”,”kuiz”,”gerabak keretapi”,”dadu aladdin”,”jambatan

roboh”,klu james bond,perbincngan kumpulan dan soal jawab.

5.2 Cara Mengumpul Data

Menurut Mohd. Majid konting (1990),kaedah penyelidikan ialah cara

mendapatkan maklumat yang boleh mencapai objektif sesuatu penyelidikan.Ini

bermakna,cara mengumpul maklumat perlulah dipilih dengan teliti dan terbaik bagi

mencapai sesuatu objektif penyelidikan yang telah dinyatakan.

Kajian ini merupakan kajian tindakan yang menggunakan kaedah kualitatif.

Menurut Prof. Madya Dr. Saat md. Yasin (2006),reka bentuk kajian ialah rancangan

bagaimana sampel kajian dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan,apakah rawatan

yang akan diberikan kepada kumpulan-kumpulan ini serta apakah data dan

bagaimanakah data ini dikutip.

5.2.1 Pemerhatian :

i- Melihat penglibatkan murid-murid semasa proses P&P

dijalankan.

ii- Memerhati tingkah laku murid semasa aktiviti bacaan ayat Al-

Quran.(melakukan kerja sendiri atau memberi tumpuan pada bacaan

tersebut.)
iii- Melihat sikap dan kerjasama murid semasa dalam aktiviti

berkumpulan. ( cara bersosial dengan rakan, interaksi, penglibatan diri

dalam kerja berpasukan).

Dalam kajian ini,aspek pengumpulan data menerusi pemerhatian adalah yang

paling utama.Ini adalah kerana melalui kaedah ini,saya dapat melihat sejauh

manakah respon ataupun tindak balas sampel yang dipilih sewaktu proses pengajaran

dan pembelajaran berlaku. Melalui kaedah ini,sampel dinilai secara terus tanpa ada

halangan dari guru untuk menilai dari semasa ke semasa sepanjang proses P&P

berlangsung.Melalui pemerhatian juga,aspek utama yang telah dilihat adalah dari

segi penglibatan diri murid semasa proses pembelajaran.Dari sini dapat dilihat

samada murid tersebut melibatkan diri secara aktif atau sebaliknya.Antara perkara

yang dinilai dan diperhatikan di sini dari aspek penglibatan diri murid ialah ialah:

a) Adakah murid mendengar dan mengikuti segala arahan yang

diberikan oleh guru samada untuk membaca Al-Quran secara

kelas,berkumpulan,berdua atau individu berjaya diikuti oleh murid.

b) Kekerapan murid melibatkan diri secara sukarela untuk menceburi

sesuatu aktiviti yang sedang dijalankan dengan mengangkat tangan

untuk mencuba atau hanya berdiam diri.

c) Penglibatan murid di dalam aktiviti berkumpulan,samada aktif

bersama ahli kumpulan melaksanakan aktiviti atau bersikap pasif

sewaktu aktiviti berlangsung.


d) Keyakinan diri murid untuk bertanya kepada guru jika terdapat

permasalahan atau perkara yang tidak difahami sewaktu

pembelajaran.

e) Aspek tingkah laku murid sewaktu memberi respon daripada guru

dengan menunjukkan mimik muka,bahasa tubuh postur badan samada

bersesuaian dan bertepatan dengan suasana semasa.

Aspek-aspek di atas adalah ukuran yang menunjukkan bahawa seseorang

murid itu bersikap aktif atau pasif di dalam pembelajaran.Segala tingkah laku murid

dan perubahan yang dipamerkan oleh murid dicatat menerusi borang pemerhatian

setiap kali sesi P&P dijalankan.

Borang Senarai Semak Pemerhatian Penilaian Murid


Ulasan/Tarikh Ulasan/Tarikh Ulasan/Tarikh
Aspek penilaian
1. Murid mendengar dan
mengikuti arahan guru:
• Murid memandang
guru
• Membaca ayat
secara individu atau
berkumpulan

2. Melibatkan diri (mencuba)


dalam aktiviti secara
sukarela:
• Angkat tangan
• Beri pandangan

3. Aktiviti berkumpulan:
• Bekerjasama
• Beri sumbangan
• Interaksi salam
kumpulan

4. Keyakinan Diri :
• Jawab soalan guru
• Bertanya
• Memberi pendapat
5. Tingkah laku :
• Beri perhatian
• Postur duduk yang baik
• Tumpuan mata

Jadual 4 : Senarai Semak Untuk Menilai Tumpuan dan Penglibatan Diri Murid

Semasa Proses P&P

5.2.2 Soal selidik :


Mohd. Majid Konting (1990) menyatakan soal selidik digunakan untuk

mendapatkan maklumat berkenaan fakta-fakta,kepercayaan,perasaan kehendak dan

sebagainya.

i- Pembinaan item soal selidik terdiri daripad 10 soalan.Soalan –soalan

tersebut menjurus ke arah meninjau sejauh manakah kaedah yang

digunakan berjaya menarik minat sampel terhadap pengajaran yang

dijalankan.

ii- Aktiviti soal selidik dijalankan secara berbantu.Setiap sampel akan

diberikan soalan yang perlu mereka jawab dengan pengawasan

daripada saya.

iii- Hasil jawapan soalan tersebut akan saya analisis untuk mengetahui

sampel saya dengan lebih dekat supaya mudah saya untuk menarik

minat mereka terus belajar.

Di dalam item soal selidik ini,aspek utama yang hendak dinilai

ialah,meninjau dan memperoleh komen dari sampel berkenaan kaedah pengajaran

yang telah dijalankan.Tujuan utamanya ialah untuk meninjau sejauh manakah

keberkesanan kaedah yang digunakan terhadap sampel dan adakah sampel bersetuju

dengan kaedah pengajaran yang dijalankan.Kesemua item soalan ini terlebih dahulu

telah di lakukan ‘pilot test’ dan disahkan oleh Ketua Jabatan Pangajian Islam sendiri

iaitu Dr.Ismail Abas untuk mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi

terhadap instrument ini.Proses ini telah ditadbir dengan cermat,di mana setiap item

yang dijawab oleh sampel adalah berbantu.Ini bermakna saya menerangkan dengan

jelas maksud kesemua item tersebut kepada sampel supaya tidak ada tanggapan dan

kefahaman yang bertentangan antara sampel dan pengkaji.


Borang Soal Selidik

1 2 3 4 5
SKALA Sangat Tidak Kurang Setuju Sangat
Tidak setuju Setuju setuju Setuju
Sangat tidak Tidak suka Kurang Suka Sangat suka
suka suka

Bil Skala 1 2 3 4 5
1 Saya suka mempelajari Tilawah Al-Quran
2 Saya suka membaca ayat Al-Quran dengan komputer

(paparan LCD,audio,video,grafik,al-quran digital)


3 Saya suka belajar bersama kawan-kawan

(pembelajaran berkumpulan)
4 Saya lebih suka membaca ayat Al-Quran sendirian.

(pembelajaran individu)
5 Aktiviti di dalam bilik darjah menyeronokkan
6 Saya suka cara guru mengajar
7 Saya cepat bosan semasa belajar Al-Quran di dalam

kelas
8 Membaca Al-Quran banyak kali amat letih
9 Saya yakin untuk bertanya kepada ustaz sekiranya

tidak faham isi pelajaran

10 Saya suka untuk menjadi sukarela di dalam kelas

kepada sebarang aktiviti

Jadual 5 : Borang Soal Selidik

5.2.3 Temubual (sampel):

i. Mengetahui perasaan murid-murid semasa proses P&P Tilawah Al-

Quran (seronok/ tidak seronok ).


ii. Mengambil maklumat terperinci tentang sampel saya mengenai cara

belajar yang di sukai dan perkara yang tidak di sukai semasa belajar

serta tahap penguasaan murid terhadap kemahiran membaca Al-

Quran.

Aspek temubual bersama murid dijalankan dalam pelbagai bentuk.Dapatan

maklumat yang diperolehi adalah menerusi temubual secara formal di mana pada

selang waktu tertentu selepas P&P dijalankan saya meminta sampel murid berkenaan

untuk ditemubual di tempat yang di pilih seperti bilik guru.Saya juga turut

menjalankan aktiviti temubual bersama murid secara tidak formal iaitu sewaktu

bertemu di kantin,perpustakaan,padang,dan di mana-mana dalam kawasan sekolah

bagi memperolehi maklumat.

Melalui cara ini murid lebih santai untuk berinteraksi tanpa ada tekanan

mahupun desakan.Dengan kata lain,maklumat yang saya perolehi adalah dari luahan

hati mereka sendiri dengan penggunaan bahasa yang lebih mudah seolah-olah

interaksi dengan kawan-kawan mereka. Melalui kaedah ini,hasil dapatan yang

diperolehi lebih terperinci.Sewaktu proses temu bual dijalankan,saya dapat menilai


Item Temu Bual (Dialog)
hubung kait daripada jawapan yang diberikan oleh sampel dengan tingkah laku yang

1. Guru : Adakah
ditunjukkan.Jawapan yanganda minat dengan
diberikan lebih pelajaran
‘valid’ Tilawah
terhadap Al-Quran?
gerak balas yang
Murid : ..............................................................
ditunjukkan.Contohnya,sekiranya sampel tersebut menyatakan gembira di dalam

jawapan yang ditanyakan oleh guru,riaksi sampel mestilah menunjukkan raut wajah
2. Guru : Adakah anda gembira mengikuti kelas saya?
Murid
yang gembira dan: ..............................................................
bukan sebaliknya.

3. Guru : Secara jujur,adakah anda bosan di dalam kelas saya?


Murid : ..............................................................

4. Guru : Adakah anda sukarela melibatkan diri dengan aktiviti saya?


Murid : ..............................................................

5. Guru : Jika tidak faham,apakah yang anda akan lakukan?


Murid : ..............................................................
Jadual 6 : Teks temu bual (formal)

7.0 ANALISIS DATA

7.1 Dapatan Pemerhatian P&P Bilik Darjah


Kekerapan Kekerapan
Aspek penilaian (tidak
(tercapai)
tercapai)
1. Murid mendengar dan mengikuti
arahan guru: 10 orang 0 orang
• Murid memandang guru (100%) (0%)
• Membaca ayat secara
individu atau berkumpulan

2. Melibatkan diri (mencuba) dalam


7 orang
aktiviti secara sukarela: 3 orang
(70%)
• Angkat tangan (30%)
• Beri pandangan

3. Aktiviti berkumpulan:
8 orang
• Bekerjasama 2 orang
(80%)
• Beri sumbangan (20%)

• Interaksi salam kumpulan

4. Keyakinan Diri :
6 orang
• Jawab soalan guru 4 orang
(60%)
• Bertanya masalah (40%)

• Memberi pendapat
5. Tingkah laku :
• Beri perhatian
10 orang
• Postur duduk yang baik 0 orang
(10%)
• Tumpuan mata (0%)
Jadual 7 : Dapatan Proses Pemerhatian

Secara keseluruhannya,jadual 7 menunjukkan dapatan berkenaan hasil

daripada proses pemerhatian yang telah saya jalankan ke atas sampel

kajian.Pemerhatian dijalankan pada setiap kali proses P&P berlangsung.Hasil

dapatan tindak balas sampel telah ditunjukkan seperti jadual 7.Menerusi dapatan

kajian ini melalui pemerhatian,saya dapat merumuskan beberapa perkara dari aspek
yang dinilai.Hasil dapatan menunjukkan bahawa kaedah pengajaran yang saya

gunakan banyak menunjukkan perubahan terhadap sampel.

Melalui aspek 1 iaitu dari segi tumpuan terhadap guru dan fokus

pembelajaran,mencatatkan 100% pencapaian (10 kekerapan) yang dicatatkan.Ini

menunjukkan,sampel memberikan komitmen yang penuh terhadap pengajaran yang

disampaikan oleh guru sewaktu proses P&P.

Aspek 2 yang diperhatikan juga turut menunjukkan hasil yang

memberangsangkan.Ini adalah kerana sebanyak 7 kekerapan berjaya yang

ditunjukkan (70%),manakala baki (30%) tidak berjaya dicapai oleh sampel.Sampel

sudah mula bergiat aktif dalam pembelajaran di dalam kelas dengan berani mencuba

mengangkat tangan dan memberikan jawapan.Sampel juga menunjukkan keyakinan

sewaktu memberikan pandangan walaupun tanpa di minta untuk berbuat demikian

oleh guru.

Aspek 3 menunjukkan hasil dapatan kejayaan yang tinggi terhadap aspek

aktiviti berkumpulan iaitu sebanyak 8 kekerapan (80%) berjaya.Hanya 2 kekerapan

(20%) sampel tidak berjaya menunjukkan sikap yang ditetapkan.Ini mnunjukkan

hamper keseluruhan sampel terlibat aktif di dalam aktiviti berkumpulan yang mana

mereka terlibat sebagai ahli aktif di dalam kumpulan dengan memberikan buah

fikiran,sumbangan idea dan tenaga serta berjaya berinteraksi dengan rakan-rakan lain

dengan baik.

Di bahagian aspek penilaian yang ke-4 pula menunjukkan,dapatan hasil

pemerhatian ini berada pada tahap sederhana.Dapatan menunjukkan hanya 6

kekerapan (60%) yang dicatatkan pada bahagian kejayaan dan 4 kekerapan lagi

(40%) tidak berjaya.Aspek yang dinilai ialah dari segi keyakinan diri.Terdapat

sampel yang berasa yakin dengan diri dan terlibat secara aktif dalam P&P manakala
sebahagian yang lainnya kurang yakin untuk bertanya,memberi pandangan dan

sebagainya.

Pada aspek terakhir pula,dapatan menunjukkan 100% kejayaan di mana dari

segi tingkah laku yang ditunjukkan oleh sampel terhadap P&P guru.keseluruhan

sampel memberikan tumpuan yang penuh dan berfokus sepanjang proses

P&P.Sampel tidak lagi melakukan perkara yang tidak diingini seperti mengganggu

rakan,bermain dan sebagainya.Tumpuan mata yang berfokus terhadap

guru,kedudukan postur badan dan cara duduk sampel membantu dalam memberikan

tumpuan yang terbaik.

Secara kesimpulannya,saya amat berpuas hati dengan dapatan dan perubahan

tingkah laku yang ditunjukkan oleh sampel.Perubahan gaya pembelajaran yang

dipersembahkan sewaktu P&P banyak membantu sampel di dalam

pembelajaran.Penglibatan diri yang ditunjukkan banyak membantu sampel untuk

memperoleh ilmu dengan baik.Sampel dapat menguasai bacaan Al-Quran dengan

baik dan berkesan.Saya sebagai guru juga mudah mengenal pasti pada tahap

manakah penajaran itu dikuasai oleh murid dengan cara murid bertanya,memberikan

pandangan,menunjukkan contoh bacaan dan tingkah laku yang ditunjukkan.Melalui

kaedah ini,saya yakin perubahan gaya pembelajaran sangat membantu murid

menguasai isi pelajaran yang disampaikan.

7.2 Dapatan Soal Selidik Pelajar

1) Saya suka mempelajari Tilawah Al-Quran.

Jadual 7(a): Dapatan Soal Selidik Mengikut Minat Murid Terhadap Tilawah

SKALA KEKERAPAN PERATUS (%)


1 0 0
2 0 0
3 1 10
4 3 30
5 6 60

Jadual 7(a) menunjukkan dapatan mengenai minat atau kesukaan sampel terhadap

pelajaran Tilawah Al-Quran.Data menunjukkan kekerapan tertinggi pada skala ke-5

iaitu sebanyak 6 kekerapan (60%) yang sangat suka terhadap pelajaran tilawah Al-

Quran.Sebanyak 3 kekerapan (30%) yang menyatakan suka,manakala 1 sampel yang

mewakili seorang sampel menunjukkan kurang suka belajar tilawah Al-Quran.

MinatMuridTerhadapTilawah
8
6
6
4 3
2 1 60%
00% 00% 10% 30%
0
Skala 1 Skala 2 Skala 3 Skala 4 Skala 5
Kekerapan Peratus(%)

2) Saya suka membaca ayat Al-Quran melalui komputer (paparan LCD).

Jadual 7(b) : Dapatan Soal Selidik Mengikut Minat Terhadap Komputer dalam P&P

SKALA KEKERAPAN PERATUS (%)


1 0 0
2 1 10
3 0 0
4 4 40
5 5 50

Jadual 7(b) menunjukkan data berkenaan minat murid terhadap penggunaan

komputer di dalam P&P.Tiada murid yang menyatakan sangat tidak bersetuju (skala

1) dan kurang setuju (skala 3) terhadap penggunaan komputer.Kekerapan tertinggi

menunjukkan pada skal 5 di mana seramai 5 sampel (50%) yang sangat bersetuju dan

suka pembelajaran menggunakan komputer.Manakala 4 orang sampel menyatakan

setuju dan seorang sampel sahaja yang menyatakan tidak setuju.

3) Saya suka belajar bersama rakan-rakan (pembelajaran berkumpulan)

Jadual 7(c) : Dapatan Soal Selidik Mengikut Pembelajaran Berkumpulan

SKALA KEKERAPAN PERATUS (%)


1 1 10
2 2 20
3 0 0
4 6 60
5 1 10

Jadual 7(c) menunjukkan data yang mengandungi maklumat berkenaan minat sampel

terhadap pembelajaran berkumpulan.Terdapat 1 kekerapan yang mewakili seorang

sampel (10%) yang sangat tidak bersetuju iaitu sangat tidak berminat untuk belajar

secara berkumpulan.Pada skala bacaan 2 pula menunjukkan terdapat dua kekerapan

yang mewakili dua orang sampel (20%).Kekerapan tertinggi adalah pada skala 4 di

mana sebanyak 6 orang sampel (60%) bersetuju dengan pernyataan bahawa suka

belajar bersama rakan-rakan(berkumpulan).Manakal terdapat seorang sampel (10%)

yang sangat menyukai aktivit berkumpulan sewaktu P&P.

4) Saya lebih suka membaca ayat Al-Quran sendirian (pembelajaran individu)

Jadual 7(d) : Dapatan Soal Selidik Mengikut Pembelajaran Secara Individu

SKALA KEKERAPAN PERATUS (%)


1 7 70
2 1 10
3 1 10
4 1 10
5 0 0

Jadual 7 (d) menunjukkan data berkenaan gaya pembelajaran secara individu.Hampir

keseluruhan sampel sangat tidak bersetuju dengan gaya pembelajaran ini yang

menunjukkan bacaan kekerapan sebanyak 7 orang (70%).Pada skala 2,3, dan 4 pula

masing-masing mencatatkan seorang sampel (10%) dan pada skala 5 tidak

menunjukkan bacaan.

5) Aktiviti di dalam bilik darjah menyeronokkan.

Jadual 7 (e) : Dapatan Soal Selidik Mengikut Minat Murid Terhadap Aktiviti P&P
SKALA KEKERAPAN PERATUS (%)
1 0 0
2 0 0
3 0 0
4 2 20
5 8 80

Jadual 7 (e) menunjukkan dapatan mengikut minat murid terhadap Aktiviti P&P

yang dijalankan oleh duru di dalam bilik darjah.Pada aspek ini,dapatan adalah positif

di mana sebanyak 8 kekerapan (80%) yang mencatatkan kekerapan tertinggi pada

skala 5.Ini menunjukkan majority sampel sangat bersetuju dan sangat berminat

dengan aktiviti yang dijalankan di dalam bilik darjah.Selebihnya iaitu 2 orang sampel

menandakan pada skala 4 yang masih juga pada tahap setuju dan berminat terhadap

aktivit P&P.Tiada dapatan yang menunjukkan sampel menyatakan tidak minat

terhadap aktiviti P&P tersebut.

6) Saya suka cara guru mengajar

Jadual 7 (f) : Dapatan Soal Selidik Mengikut Kaedah Pengajaran Guru

SKALA KEKERAPAN PERATUS (%)


1 0 0
2 0 0
3 0 0
4 4 40
5 6 60

Jadual 7 (f) turut mencatatkan dapatan ke arah persetujuan keseluruhan sampel

berkenaan kaedah pengajaran guru.Dapatan ini menunjukkan 100% sampel bersetuju

dan suka kaedah yang digunakan oleh guru semasa proses P&P di dalam

kelas.Cuma,dapatan yang menunjukkan sangat setuju iaitu pada skala lima adalah 6

kekerapan (60%) manakala pada skala empat yang juga membawa maksud setuju

dan suka dengan kaedah pengajaran mencatatkan 4 kekerapan yang mewakili (40%)

sampel.Tiada dapatan yang menunjukkan sampel kurang setuju,setuju dan sangat

tidak setuju berkenaan item ini.

7) Saya cepat bosan semasa belajar Al-Quran di dalam kelas.

Jadual 7 (g) : Dapatan Soal Selidik Mengikut Persepsi Murid Terhadap P&P

SKALA KEKERAPAN PERATUS (%)


1 6 60
2 4 40
3 0 0
4 0 0
5 0 0

Jadual 7 (g) menunjukkan dapatan berkenaan persepsi murid terhadap P&P yang

dijalankan samada menarik,bosan dan sebagainya.dapatan mencatatkan sebanyak 6

kekerapan (60%) sampel menyatakan sangat tidak setuju dengan item yang disoal.Ini

membawa maksud pengajaran Al-Quran sangat tidak membosankan sampel.Manakal

sebanyak 4 kekerapan (40%) daripada sampel tidak setuju dengan pernyataan yang

dinyatakan.Manakala tiada bacaan (0%) pada skala 3,4 dan 5 yang masing-masing

membawa maksud pengajaran membosankan.

8) Membaca Al-Quran banyak kali amat letih

Jadual 7 (h) : Dapatan Soal Selidik Mengikut Kesungguhan Murid latih Tubi Bacaan

SKALA KEKERAPAN PERATUS (%)


1 5 50
2 2 20
3 2 20
4 1 10
5 0 0

Jadual 7 (h) mancatatkan berkenaan dapatan soal selidik berkaitan tingkah laku dan

kesungguhan murid mengikuti arahan dan aktiviti yang dijalankan oleh guru.Item ini

meninjau adakah seseorang sampel itu bersikap bersungguh-sungguh atau

sebaliknya.Kekerapan tertinggi ditunjukkan pada dapatan skala 1 iaitu sebanyak

(50%) yang mewakili 5 kekerapan.Pada skala 2 dan 3 masing-masing menunjukkan

dapatan yang sama iaitu sebanyak 2 kekerapan (20%) manakala pada skala 4 pula

hanya terdapat 1 kekerapan yang mewakili (10%) daripada sampel.

9) Saya yakin untuk bertanya kepada ustaz sekiranya tidak faham isi pelajaran.

Jadual 7 (i) : Dapatan Soal Selidik Mengikut Keyakinan Murid

SKALA KEKERAPAN PERATUS (%)


1 0 0
2 0 0
3 0 0
4 2 20
5 8 80

Jadual 7 (i) menunjukkan dapatan soal selidik mengikut tahap keyakinan murid

berdasarkan perlaksanaan murid untuk berani bersuara dan interaksi di dalam kelas

semasa P&P berlaku.Dapatan ini menunjukkan sebilanngan besar sampel iaitu

sebanyak 8 kekerapan (80%) menyatakan sangat setuju dan yakin untuk bertanya

kepada ustaz atau guru sekiranya tidak memahami pengajaran yang disampaikan

kepadanya.Selebihnya ialah pada skala 4 yang masih dengan pendirian yang sama

iaitu yakin untuk bertanyakan soalan kepada guru yang mengajar sekiranya tidak

memahami isi pelajaran.Tiada sampel menyatakan kurang setuju,tidak setuju dan

sangat tidak setuju terhadap item yang dinyatakan.

10) Saya suka untuk menjadi sukarela di dalam kelas kepada sebarang aktiviti

Jadual 7 (j) : Dapatan Soal Selidik Mengikut Kesungguhan Murid Melibatkan Diri

SKALA KEKERAPAN PERATUS (%)


1 0 0
2 0 0
3 2 20
4 1 10
5 7 70

Jadual 7 (j) memaparkan dapatan berkenaan sikap murid dan kesungguhan mereka

untuk mengambil bahagian secara sukarela di dalam aktivit yang dijalankan oleh

guru di dalam P&P.terdapat tiga bacaan yang diperolehi.Kekerapan yang tertinggi

ialah pada skala 5 iaitu sebanyak 7 sampel (70%),diikuti dengan skala 3 yang

menyatakan dua orang sampel manakal pada skala 4,hanya satu sampel (10%)

menyatakan persetujuannya bagi item soalan ini.

7.3 Dapatan Temu Bual


Bil Temu Bual
Aspek Yang Ingin Diketahui/Dinilai
Kekerapan Kekerapan
(+) (-)
10 orang 0
1 Minat/Tidak pelajaran Tilawah Al-Quran (100%) (0%)

10 orang 0
2 Gembira/Tidak mengikuti kelas (100%) (0%)

1 orang 9 orang
3 Bosan/Tidak semasa P&P dalam bilik darjah (10%) (90%)

6 orang 4 orang
4 Sukarela/Tidak melibatkan diri dalam aktiviti (60%) (40%)

5 orang 5 orang
5 Tindakan(kesungguhan) untuk mengetahui (50%) (50%)

Jadual 8 : Dapatan proses temubual sampel

Jadual 8 menunjukkan dapatan hasil temu bual yang dijalankan ke atas

sampel (murid-murid) selepas kaedah pengajaran disampaikan.Tujuannya ialah

untuk mendapatkan maklumat dan komen dari sampel sendiri tentang kaedah

pengajaran yang digunakan oleh saya di dalam bilik darjah.Hasil dapatan

ditunjukkan seperti jadual di atas.

Dapatan dari temu bual bersama sampel menunjukkan keseluruhan sampel

(100%) menyatakan suka dan sangat berminat terhadap pelajaran Tilawah Al-

Quran.Tiada seorang sampel yang tidak berminat atau kurang suka terhadap

pelajaran Tilawah.

Begitu juga dari aspek pengajaran saya di dalam kelas.Keseluruhan sampel

menyatakan gembira mengikuti kelas yang diajar.Ini menunjukka,kaedah pengajaran


amat sesuai digunakan terhadap sampel tersebut.Walaupun pelajaran Tilawah yang

hanya melibatkan bacaan,namun sampel menyatakan sangat gembira mengikuti P&P

yang dijalankan.

Dari aspek,perasaan dan pandangan sampel,dapatan menunjukkan sebilangan

besar sampel iaitu sebanyak 9 orang (90%) menyatakan tidak bosan dengan proses

P&P di dalam kelas manakala terdapat seorang (10%) sampel yang menyatakan

bosan di dalam kelas.Ini menunjukkan kaedah yang digunakan amat berjaya terhadap

Sembilan orang sampel tersebut dan sampel yang menyatakan bosan di dalam kelas

kemungkinan tidak sesuai dengan kaedah tersebut dan mungkin mempunyai gaya

pembelajaran yang berbeza dari sampel yang lain.

Faktor yang amat menarik perhatian saya ialah di mana,peningkatan sampel

melibatkan diri di dalam aktiviti P&P amat menggalakkan.Walaupun dapatan

menunjukkan hanya 6 orang sampel (60%) yang menyatakan sukarela mengikuti

aktiviti namun ianya suatu jumlah yang cukup besar jika dibandingkan dengan

sebelumnya.Terdapat juga 4 orang sampel (40%) yang menyatakan terpaksa dan

bukannya sukarela dalam aktiviti yang dijalankan.Walau bagaimanapun,ianya suatu

kejayaan apabila sampel terlibat secara aktif dalam proses P&P samada secara

sukarela ataupun tidak.Ada waktunya,seseorang itu perlu di desak untuk membantu

dirinya ke arah yang lebih baik.Saya merasakan desakan di dalam kelas adalah waktu

yang terbaik demi memastikan wujud anjakan paradigma di dalam gaya

pembelajaran mereka yang lebih baik.