Anda di halaman 1dari 170

Diana Derin

bab 1
S
EJAK semalam sampai petang
itu, Zumera hanya menangis.
Berkurung di dalam kamar dan
melayan perasaan amarah serta bencinya terhadap Reza.
Baginya kalaulah bukan kerana Reza yang pandai-pandai
menabur fitnah dan membuat cerita itu, tidak mungkin
semuanya akan berlaku. Tidak mungkin Zahid, lelaki yang
dicintainya sepenuh hati itu menuduhnya yang bukan-bukan.
Dan dia sewenang-wenangnya percayakan lelaki itu hanya
kerana termakan pujuk rayu yang berbisa. Cair serta-merta.
Begitu lemah hati perempuannya apabila bersama lelaki itu.
Ah, tak guna! Zumera memejamkan mata. Sejenak
dia melihat Zahid sedang memeluknya erat. Seerat-eratnya.
Kenapa dia terlalu mengagungkan lelaki itu. Seolah-olah
dialah segala-galanya walaupun dia sendiri mengakui akan
kebenaran kata-kata Reza.
Namun dia amat benci kalau Reza mengata itu dan
ini tentang Zahid. Biar apa pun Zahid dan buruk macam
mana pun Zahid, dia tidak mahu Reza yang pandai-pandai
menegurnya. Buat panas hatinya sahaja.

1
Sangkar Cinta

Memang dasar tidak sedar diri! Tidak tahu


diuntung. Kalau bukan kerana ayahnya, Datuk No’man yang
sudi mengambil mereka tinggal bersama di vila mewah tiga
tingkat itu, entah-entah Reza hidup melarat agaknya.
Zumera menggetap bibir. Matanya sudah bengkak
gara-gara melayan tangisnya sejak semalam. Dendamnya
terhadap Reza bak gunung berapi. Sentiasa panas lohongnya.
Tetapi sikap amarah gadis ini terhadap Reza terlalu sukar
untuk ditafsir. Bila-bila masa dan tidak mengira tempat,
boleh meletus walau dalam apa jua keadaan.
Reza pula bukan tidak tahu perangai anak tunggal
Datuk No’man itu. Tetapi kerana tidak sampai hati melukakan
perasaan Datuk No’man, dia perlu membendung keaiban itu.
Jangan sampai mencorengkan arang ke wajah keluarga
mereka. Nama Datuk No’man yang dikenali oleh masyarakat
daerahnya sebagai seorang yang pemurah, baik hati dan tidak
pernah kedekut dengan hartanya perlu dijaga. Walaupun dia
terpaksa berhadapan dengan kemeluatan setiap hari. Lagipun
dia tidak sampai hati mahu melihat kakak yang satu itu
terjatuh ke dalam pelukan lelaki durjana seperti Zahid. Dia
kenal sangat dengan perangai lelaki itu. Mahu tak mahu,
Reza perlu berterus terang. Terpulanglah pada gadis itu
untuk menilai dan menerimanya. Bukan tidak ada bukti yang
menunjukkan kerakusan Zahid. Lelaki kaki perempuan yang
pandai berpura-pura.
Sudah beratus kali dia terserempak dengan lelaki
itu di pusat membeli-belah. Malah pernah juga secara
kebetulan mereka bertembung di hotel bertaraf lima bintang.
Reza pula kebetulan terlibat dengan kursus dan bengkel yang
diadakan di hotel tersebut. Dengan selamba, Zahid yang asyik
berkepit dengan seorang gadis cantik tersenyum meleret.
Namun Reza tidak pernah membuka hal itu kepada Zumera.

2
Diana Derin

Dia sebenarnya bukanlah seorang yang suka


menjaga tepi kain orang. Hak Zahid sebagai seorang lelaki
yang belum berpunya secara mutlak bukanlah penentu kayu
ukurnya. Zahid boleh lakukan apa sahaja. Teman istimewa
hanya sekadar pada nama. Sedangkan ikatan suami isteri pun
boleh terlerai, inikan pula sekadar kekasih hati.
Seingatnya sekali sahaja dia ada memberitahu
Zumera tentang Zahid yang ditemuinya sedang asyik
berasmara dana dengan seorang gadis cantik di Anjung Senja.
Remang senja itu telah mengejutkannya dengan kelakuan
kurang ajar Zahid mengalahkan pasangan mat salih di
sebelahnya. Sungguh, sesiapa pun yang melihat pasti akan
meluat. Sakit matanya melihat adegan panas sepasang
pasangan Islam di tempat terbuka begitu. Amboi... bukan
main lagi lelaki itu. Macam dunia ini milik mereka berdua.
Zumera sahaja yang terlalu memuja kebaikan dan
kejujuran Zahid.
Harap-harap Zumera akan terima tegurannya dan
menimbangkan perhubungan dengan lelaki kasanova itu.
Namun harapan tinggal harapan. Dengan tegas dan
sombongnya Zumera memberi amaran kepadanya supaya
tidak campur tangan di dalam hubungan mereka. Sudahnya
Reza mendiamkan diri. Tetapi kerana kasihankan Datuk
No’man, terpaksalah juga Reza membuka mulut demi
keselamatan Zumera.
Reza maklum benar dengan perangai buruk Zahid.
Lelaki bermata bulat itu selalu nampak segak. Dengan
pakaian ala model dan muka pun ala-ala Shah Rukh Khan,
gadis mana yang tidak rebah ke dalam pelukannya.
Bohonglah kalau tidak ada yang masuk ke dalam perangkap
samar yang dipasang oleh Zahid. Sekali jentik pasti jatuh
terus. Yang bertudung litup, berhijab pun sudah berpuluh

3
Sangkar Cinta

menjadi mangsa. Gaya Zahid memang macam peragawan


fesyen profesional. Wah, memang hebat! Tetapi perangai... ya
Allah, boleh runtuh bangunan Centre Point.
Gadis-gadis yang selalu berpeleseran dan
bertenggek macam burung di bucu-bucu kompleks itulah
yang selalu lemah melihat lelaki semacho itu. Apalagi yang
kureng sikit cerdiknya. Siaplah....
Dengan mudah Zahid menjalankan jarumnya
dengan menjadikan mereka mangsa nafsu buasnya. Mudah
baginya mempergunakan kelemahan kaum Hawa sebagai
pelempias segala kehendaknya.
Merebahkan gadis-gadis yang suka berpeleseran,
mudah percaya dan lemah dengan pujuk rayunya merupakan
permainan popular Zahid. Dia tidak perlu menggunakan
kekasaran untuk mendapatkan ‘khidmat malam’ mereka.
Entah kenapa Zumera boleh mengatakan Zahid
itulah yang terbaik, Zahid itulah yang hebat. Alah... setakat
muka macam Zahid itu berlambak dan boleh dicari di mana-
mana. Dekat kedai mamak pun bersusun macam tin sardin.
Mujur Si Asnidah bercerita tentang kandungannya.
Kisah Asnidah, teman sekuliah Reza betul-betul merentap
tangkai jantungnya.
Kurang ajar punya jantan! Mahu sahaja ditumbuk
muka Zahid itu dengan buku limanya. Reza memiliki tali
pinggang hitam dalam tae kwan do. Kalau setakat hendak
kenakan Si Zahid tu, boleh saja!
Entah berapa ramai anak dara sudah kehilangan
dara. Lelaki durjana itu betul-betul menggunakan wajah
machonya sebagai tiket untuk mengumpan anak-anak
remaja.
Ah, Reza tak peduli! Mahu atau tidak sekali lagi dia

4
Diana Derin

harus memberitahu Zumera akan perangai Zahid. Dia tidak


mahu Zumera menjadi mangsa nafsu buas Zahid seperti
mana Asnidah yang terpaksa menanggung malu akibat
melayan kerakusan lelaki buaya tembaga itu.
“Kak Mera, Reza cuma nak menegakkan kebenaran.
Apa yang Reza tahu dan nampak. Walau macam mana
anggapan Kak Mera terhadap Reza, Reza tak sampai hati nak
biarkan kakak. Reza....”
“Amboi... banyak cantik muka engkau! Engkau
nikan, dari dulu lagi memang tak suka tengok aku bahagia.
Aku bencilah tengok muka kau! Dahlah apa yang ada dalam
rumah ni kau boleh guna sesuka hati kau. Lepas tu apa yang
aku ada, kau pun nak juga. Sekarang boyfriend aku pun kau
nak rampas juga ke? Nak berkongsi teman lelaki pula! Heh!
Perempuan jenis apa kau ni, hah?” marah Zumera. Matanya
bulat memandang tubuh Reza yang berdiri tegak di
hadapannya.
“Kak, Reza tak terfikir pun nak rampas hak kakak.
Reza beritahu sebab Reza dah banyak kali terserempak
dengan…”
“Sudah! Aku tak mahu dengar lagi. Dasar orang
ulu! Dasar kampungan yang tak tahu malu! Kacang lupakan
kulit. Dahlah menumpang, pandai-pandai nak buat cerita.
Kau ingat aku percaya dengan cerita rekaan kau tu. Hei,
cubalah sedar diri sikit!” potong Zumera.
Reza terlopong. Tidak sangka kebenaran yang
dibawanya menjadi bahang kemarahan gadis itu. Betapa
kecilnya dia di mata gadis itu. Biarlah... Masa dan keadaan
akan menentukan kebenaran. Apa yang penting setiap jasa
dan budi yang ditabur oleh Datuk No’man akan tetap dibalas
walaupun dengan mempertaruhkan nyawanya sendiri. Kerana

5
Sangkar Cinta

itu, sehingga kini dia betah tinggal di vila mewah yang


terletak di pinggir bukit itu. Biarlah hatinya sakit. Yang
penting Zumera takkan jatuh ke tangan lelaki durjana itu.
Dia masih ingat bagaimana peritnya membesar
bersama Zumera. Semuanya bagaikan mimpi ngeri. Dia
sebenarnya tidak pernah menyangka dan tidak pernah pula
berangan untuk menghuni mahligai mewah tersebut.
Semuanya berlaku dengan sekelip mata. Dia masih ingat
bagaimana pujukan ibunya ketika melawatnya di kampung.
Ketika itu arwah neneknya masih kuat untuk membelanya.
“Reza, kalau ibu bawa Reza tinggal dengan ibu di
bandar nak tak?”
Bukan sekali dua dia memujuk si anak agar sudi
menurutnya tinggal di bandar. Tetapi ketenangan dan
kebahagiaan yang jelas terpancar di mata anak itu terlalu
meruntun batinnya. Sudah hampir dua tahun lebih dia
meninggalkan anak tunggal kesayangannya itu. Tinggal
bersama nenek yang telah tua dan sering pula uzur. Hanya
ketika cuti sekolah sahaja dia berkesempatan untuk
membawa anaknya keluar dari kepompong yang penuh
dengan seribu cerita duka. Dia mahu anak itu kenal dan
mesra dengan suami dan anak tirinya itu.
Namun ternyata kedamaian dan ketenangan lebih
mudah diperolehi di kampung tempat kelahirannya. Reza
tidak suka dengan suasana kehidupan di bandar besar. Bising
katanya. Sebenarnya Reza terkesan dengan sikap sombong
Zumera.
Suaminya pula boleh dikatakan setiap hari akan
bertanyakan tentang Reza. Bilakah Reza akan tinggal bersama
mereka? Kenapa anak itu tidak mahu mengikutinya? Adakah
dia benci dengan ayah tirinya itu?

6
Diana Derin

Bagi Datuk No’man, dia tidak mahu kebahagiaan


yang dibina bersama Salmiah akan memisahkan kasih dua
beranak itu. Reza anak yang manis dan manja walaupun
sekadar anak tiri. Namun setelah dia menikahi Salmiah, dia
tahu bukan hanya Salmiah yang perlu diberi perhatian dan
kasih sayang. Itu adalah tanggungjawab dan amanah. Kasih
sayangnya pada Salmiah tidak mungkin dapat dileraikan lagi.
Setelah isterinya menyahut panggilan Ilahi sepuluh
tahun yang lalu kesepian mula menyapa. Saban waktu dia
banyak menghabiskan masa dengan kerja-kerja agar tidak
terlalu mengenang kehilangan itu. Namun dia juga manusia
biasa yang mempunyai perasaan. Apatah lagi anak gadis
tunggalnya sering menanyakan bilakah ibu akan kembali.
Sesungguhnya dia ikhlas menerima kehadiran
Salmiah sebagai pengganti arwah Zainab. Dia juga ikhlas
menerima Reza sebagai anak tirinya. Kerana itu dia mahu
segalanya yang dia sayangi berada di dalam tanggungannya.
Malah dia merasakan tanggungjawab itu lebih terpikul di
bahunya. Dia bukan seorang yang pentingkan diri sendiri.
Dan perkahwinannya dengan Salmiah bukanlah
kerana nafsu semata. Kemampuan hanyalah sebagai syarat.
Malah pernikahan itu adalah kasih sayang yang dia abadikan
bersama Salmiah. Dia cuba membawa Salmiah keluar dari
penderitaan setelah ditinggalkan Sulaiman. Disebabkan itu
Datuk No’man tidak mahu Salmiah terus berduka kerana
terpaksa meninggalkan Reza di kampung. Kerana kasih dan
sayangnya, hampir setiap minggu dia akan membawa Salmiah
pulang ke kampung untuk menjenguk Reza. Sehinggalah
suatu hari dia mendapat khabar yang ibu mertuanya telah
menghembuskan nafas terakhir di ribaan Reza.
Meraung anak itu meratapi pemergian nenek
tersayang. Patahlah dahan tempatnya bergantung dan

7
Sangkar Cinta

menumpang kasih. Namun itulah janji setiap insan terhadap


Allah. Apabila sudah sampai waktunya setiap yang bernyawa
pasti akan menyahut seruan-Nya.
Ketika kali pertama Reza menjejakkan kaki ke vila
mewah itu, dia hanya terpaku. Suasana yang begitu asing
amat terasa seolah-olah dia sedang berada di suatu tempat
yang tidak pernah berpenghuni. Sesungguhnya keadaan di
sini terlalu jauh berbeza. Dia sedar di sini bukan tempatnya.
Dia seperti tetamu yang datang untuk menumpang barang
sehari dua. Namun dia tiada pilihan. Dia harus menerima dan
menyesuaikan diri dengan keadaan semasa yang dihadapinya.
Salmiah memandang Reza dengan sayu. Dia faham
benar perasaan anak kesayangannya itu.
Reza tidak pernah terfikir untuk tinggal di bandar
dan menerima perubahan yang mendadak di dalam hidupnya.
Apalagi untuk berkongsi dengan ayah tiri dan kakak tiri.
Cerita mengenai ayah tiri sering menghantui perasaannya.
Namun kini, semuanya perlu dihadapi. Dia akur kerana itulah
yang telah tersurat untuknya. Ah, susahnya menelan hakikat
kehidupannya kini.
“Reza, jangan bersedih ya. Ayah, ibu dan kakak
semua sayangkan Reza. Sekarang, ini rumah Reza. Reza
boleh buat apa saja. Ayah dah daftarkan Reza di sekolah yang
sama dengan kakak. Reza janganlah malu. Reza dan
Zumerakan adik-beradik. Ayah mahu kamu berdua berbaik-
baik ya.…” Datuk No’man menghampiri Reza. Dia membelai
rambut Reza sambil memandang Salmiah.
Datuk No’man perlu memujuk agar anak itu dapat
menerima situasi baharu. Dia tidak mahu Reza merasa
rendah diri apabila bersama Zumera. Dia tahu Zumera juga
masih janggal menerima kehadiran Reza sebagai adik tirinya.

8
Diana Derin

Sememangnya ibu amat bertuah kerana berkahwin


dengan Datuk No’man. Datuk No’man ternyata baik dan amat
mengambil berat kebajikan ibu dan Reza. Namun sebagai
anak, Reza masih ingat dan merindui ayah kandungnya.
Reza tidak pernah meminta itu dan ini. Setiap yang
diberikan kepadanya akan diterima dan tidak pernah lupa
berdoa agar rezeki itu mendapat rahmat-Nya.
Sikap kesederhanaan dan kelembutan Reza
mengusik jiwa nurani Datuk No’man.
Namun tidak pada anak gadis tunggalnya. Zumera
tidak senang dan dengan keras menyatakan dia tidak dapat
menerima kehadiran Reza.
Reza tidak betah hidup bagaikan puteri raja. Kerja-
kerja di rumah semuanya dilakukan oleh Mak Kasum. Makan
pakainya juga diuruskan oleh Mak Kasum. Kadangkala Reza
menolong Mak Kasum menghidangkan makanan dan
membantu mengemas rumah walaupun dilarang oleh Datuk
No’man dan Mak Kasum. Sebenarnya jauh di sudut hati Reza
tidak sampai hati melihat Mak Kasum melakukan kerja-kerja
rumah seorang diri. Lagipun Reza sudah biasa melakukan
kerja rumah semasa tinggal bersama arwah nenek dahulu.
Ibu pula hanya sekali-sekala turun ke dapur kerana
Datuk No’man melarang ibu melakukan kerja rumah.
Perubahan demi perubahan berlaku di dalam hidup
Reza. Namun kehidupannya tidak ubah seperti seekor
burung. Dia dilimpahi kemewahan tetapi tetap tidak pernah
merasa bahagia sepertimana ketika berada di kampung.
Reza cuba melawan segala resah yang berkocak di
dalam minda dan perasaan. Saat ini dia sebenarnya masih
terlalu mentah untuk memikirkan apakah yang bakal
dilaluinya untuk beberapa tahun akan datang. Sekarang dia

9
Sangkar Cinta

hanya perlu melalui kehidupan dunia kanak-kanak tanpa


perlu untuk memikirkan kehidupan akan datang. Ah, rupa-
rupanya dia sudah matang sebelum usia.

“EEE... bencinya! Menyampah!”


Tengah hari itu Zumera naik angin lagi. Dia
menghempaskan punggungnya ke sofa. Bagaikan anak kecil
dia memuncungkan bibir sambil melemparkan kusyen kecil
ke lantai. Dia cuba menarik perhatian Salmiah agar
memujuknya.
“Kenapa ni Mera? Balik rumah aja buat perangai.
Cuba bawa bertenang. Kenapa dengan Mera ni?” Salmiah
melabuhkan punggung di sebelah Zumera. Dia tahu
kemarahan Zumera pasti berkaitan dengan Reza. Setiap hari
ada sahaja hal yang diadu oleh Zumera. Dan yang pasti Reza
menjadi punca. Namun jauh di sudut hati, Salmiah
sebenarnya simpati dengan Zumera yang telah kehilangan
kasih ibu sejak dari kecil lagi.
“Siapa lagi kalau bukan budak tu! Ada ke boyfriend
Mera pun dia nak rampas, marahlah Mera.” Zumera berterus
terang. Dia tidak peduli dengan siapa dia bercakap. Baginya
wanita itu adalah ibunya juga. Berkahwin dengan ayahnya
bermakna wanita itu harus menjadi ibu yang sanggup
mendengar dan meladeni apa jua kerenahnya.
“Mungkin Mera tersilap orang agaknya. Takkan
Reza sanggup buat macam tu.”
Salmiah cuba berlembut. Dia membelai rambut ikal
gadis itu dengan penuh kasih sayang. Kenapa Zumera suka
memfitnah anak gadisnya? Padahal tiada apa kurangnya pada

10
Diana Derin

diri Zumera itu. Ah, anak remaja. Salmiah terpukul dengan


kata-kata itu. Namun dia tidak mahu meletakkan diri ke
dalam dunia dan perasaan alam remaja seperti Zumera dan
Reza. Dia cuba keluar dari pengaruh Zumera yang
mengheretnya ke dalam permainan emosi mereka.
“Hesy, tak sanggup apa? Hai… Mera dengar sendiri
dari mulut kawan-kawan. Kelmarin Reza keluar dengan
Azwan. Reza tu cemburu dengan Mera. Reza selalu buat Mera
marah dan sakit hati. Eee... bencinya!” Zumera menghentak-
hentak kaki sambil menjeling benci ke arah Reza yang
dengan selamba menutup daun pintu.
“Takkan sampai macam tu, Mera. Emmm... kamu
ni, macam budak-budak. Benda kecil cubalah bawa bertenang,
berbincang. Baru kita tahu apa sebenarnya yang berlaku.”
Salmiah malas mahu melayan kerenah gadis itu.
Terlalu sangat manjanya. Itulah padah kalau kurang
mendapat perhatian dan kasih sayang seorang ibu. Mungkin
anak ini selalu menyimpan keinginan dan protesnya.
Kini sudah lapan belas tahun usia Reza dan Zumera
pula tua setahun sahaja daripada Reza. Tetapi sikap Zumera
ternyata masih keanak-anakan. Sikap manja Zumera
mungkin disebabkan oleh Datuk No’man. Datuk No’man
memanjakan Zumera bagaikan menatang minyak yang
penuh.
Berbeza sungguh dengan Reza. Walaupun dia lebih
muda daripada Zumera, tetapi dia lebih tenang, lebih matang
dan lebih bertoleransi. Mungkin sikap berdikari yang telah
tertanam di dalam dirinya membuatkannya bersifat sebegitu.
Terkadang Salmiah terharu melihat perkembangan
pendewasaan Reza. Baginya Reza telah membentuk
personaliti yang cukup sempurna.

11
Sangkar Cinta

Reza seorang anak remaja yang lemah lembut dan


sesuai dengan penampilannya yang serba-serbi sederhana.
Reza membesar sebagai seorang gadis yang cantik, peramah
dan apa yang lebih membuatkannya terharu adalah
penampilan Reza mengingatkannya pada zaman mudanya
dahulu. Dia memiliki sepasang mata yang ayu. Dan Reza
menyalin mata itu untuk menjadi kebanggaannya kini. Wajah
Reza juga saling tidak tumpah sepertinya. Wajah yang pernah
menjadi rebutan dan kegilaan anak-anak muda di
kampungnya tika itu. Cuma kulit Reza yang putih melepak
itu diwarisi daripada ayahnya yang berketurunan Cina.
Dan jauh sekali bezanya dengan Zumera. Gadis itu
nyata mewarisi kecantikan arwah Zainab yang pernah
mendapat jolokan gadis tercantik di daerahnya. Anak tirinya
itu berjiwa keras yang sukar dilentur.
Namun Salmiah tidak pernah membezakan mereka.
Baginya kedua-dua anak itu perlu diberikan kasih sayang
dengan adil. Sepertimana yang diharapkan oleh Datuk
No’man.
Mendidik hati dan jiwa anak-anak bukanlah mudah.
Dia tahu kadang-kadang Reza berkecil hati dengan kasih
sayang yang dihulurkannya terhadap Zumera. Tetapi sebagai
ibu dia tahu apa yang ada di dalam hati anaknya itu. Mereka
sebenarnya senasib dalam melalui sebuah kehidupan. Cuma
frasa mereka yang berbeza. Begitu juga dengan corak
kehidupan Reza dan Zumera. Kedua-duanya bagaikan langit
dan bumi.
“Reza... sejak dari kecil Reza dengan Mera tak
pernah baik. Ibu sayangkan Mera macam ibu sayangkan Reza.
Ibu tak mahu beza-bezakan antara anak kandung dengan
anak tiri....”

12
Diana Derin

“Ibu... Reza sayangkan ibu, tapi Kak Mera tu masih


bencikan Reza. Reza dah terima dia sebagai kakak, tapi dia
tak.”
“Biarkanlah dia, Reza. Apa salahnya kalau Reza
mengalah aja. Ibu nak kamu berdua saling sayang
menyayangi.”
“Ibu... Reza dah banyak kali bersabar dan mengalah.
Reza tak kisah pun. Tapi sampai bila Reza nak bersabar.
Walaupun Reza menumpang tapi Reza ada maruah, ada harga
diri. Kenapa ibu lebih sayangkan anak Datuk No’man tu
daripada Reza?”
Entah mengapa tiba-tiba Reza meninggikan suara.
“Reza!” tengking Salmiah.
Linangan air mata deras mengalir. Sampainya hati
ibu. Memenangkan Zumera daripada anak kandung sendiri.
Reza diam. Tika itu hatinya panas membara. Dia
benci dengan Zumera, benci yang teramat. Ibu lebih kasihkan
dia rupa-rupanya. Takkan kerana nak menjaga hati Datuk
No’man aku terpaksa menelan semua perkara yang
menyakitkan hati.
Reza menahan sebak. Dia berlari menjaring
kebencian yang memuncak di dadanya. Kerana Zumera dia
pula menjadi mangsa. Dia seperti merasakan kasih sayang ibu
lebih kepada anak Datuk No’man.
Rasanya dia tidak perlu terlalu memanjakan diri
dengan belaian ibu. Kasih sayang ibu kini terbahagi dua.
Tetapi adakah ibu bahagia dengan pilihan itu. Reza
menoktahkan persoalan. Ibu tidak bersalah.
Zumera tersenyum puas. Padan muka, ada hati
konon nak rampas buah hati anak Datuk. Hei, cerminlah diri

13
Sangkar Cinta

tu sikit! Kalau dah tahu diri tu menumpang, tumpang ajalah.


Jangan menyibuk dan berangan, kutuk Zumera di dalam hati.
Senyuman Zumera semakin lebar. Reza baginya
umpama anak ikan bilis, senang dipijak dan mudah dilontar.
Lontarlah ke mana sahaja. Kalau ibunya mudah ditawan
inikan pula anaknya.

14
Diana Derin

bab 2
Y
ANG manis itu bahasa, yang
indah itu budi. Semanis wajah
dan seindah budi yang telah
menawan hatinya. Alangkah sedap peribahasa itu didengar.
Zaman sekarang, anak gadis semuanya garang macam singa.
Kasar mengalahkan lelaki. Nampak lembut, tetapi....
“Hah itulah. Buat lagi. Ini sekolah tau dik, bukan
tempat bercinta. Kalau nak bercinta, berhenti sekolah. Buat
habiskan masa dan duit mak ayah aja. Nampak cantik, tapi
perangai... huh! Woi, siapa suruh dating dalam kawasan
sekolah, hah?”
“Siapa yang dating? Saya cuma nak pulangkan buku
ni aja. Takkan tu pun salah!”
“Salah. Sebab berdua di tempat sunyi begini boleh
menimbulkan fitnah. Sekolah ni ada peraturan, bukan boleh
buat sesuka hati. Takkan kalau setakat nak pulangkan buku
mesti jumpa kat tempat sunyi!” Azwan, Ketua Pengawas
Sekolah Menengah Bistari memandang serius. Diamatinya
wajah comel yang sedang berdiri di hadapannya.

15
Sangkar Cinta

Pelajar baru agaknya. Tak pernah lagi tengok pun,


getus Azwan di dalam hati.
“Saya pelajar baru, tak tahu peraturan sekolah ni
macam mana. Setakat nak pulangkan buku ni takkan nak
kena denda kut.” Gadis itu mencebik. Wajahnya yang putih
berubah warna akibat terkena pancaran mentari pagi.
“Oh… awak pelajar baru. Emmm... patutlah suka-
suka aja buat peraturan sendiri.” Azwan merenung wajah
comel Reza.
“Ya, baru seminggu. Minta maaflah sebab dah
langgar peraturan sekolah ni. Tak tahu pula saya peraturan
Sekolah Bistari ni terlalu ketat sampaikan nak hantar buku
pun tak boleh.” Reza memalingkan wajahnya apabila
menyedari Azwan merenungnya.
“Amboi bunyi macam perli aje, takkan marah kut?”
Azwan tersenyum sehingga menampakkan lesung pipitnya.
Reza terkedu namun sempat mengerling. Emmm...
kacak juga mamat ni. Ada lesung pipit kat pipi.
“Awak ni pun kerap datang lewat. Awak tinggal kat
mana?” Azwan sengaja menyakat gadis itu.
“Indah Permai. Kenapa? Mana ada lambat? Loceng
bunyi pukul tujuh setengah, saya sampai tujuh dua puluh
lapan. Ada dua minit lagi.” Reza mencerlungkan biji matanya.
“Eh, dekat aje tu… kenapa boleh lewat? Saya yang
naik bas pun boleh datang awal.” Azwan mencebik.
“Saya ni tak biasa lagi kat sini. Tak pernah lagi naik
bas sendiri.”
“Sebenarnya awak sampai lambat sebab jumpa
buah hati, kan?”
Azwan sengaja memancing kemarahan gadis itu.

16
Diana Derin

Fariza Ana. Cantik nama tu. Sempat pula dia melihat tag
nama yang melekat di baju gadis itu.
“Suka hati awaklah nak cakap apa pun!” Dengan
pantas Reza berjalan pantas menuju ke kelas Lima
Cemerlang. Dia malas mahu melayan kerenah Azwan.
“Fariza... balik nanti saya hantar awak ya!”
Bayang Azwan menghilang di celah bangunan.
Cuma suaranya sahaja yang bergema di ruang udara.
Reza mengerutkan kening. Dia menggaru kepala
yang tidak gatal. Nak hantar balik pula, tadi baru marahkan
aku. Hai, lantaklah!
Reza tidak pernah menyangka sama sekali bahawa
Azwan itu adalah teman lelaki Zumera. Tidak hairanlah
kenapa Zumera tiba-tiba melenting dan marah bagai nak rak
apabila mengetahui Azwan telah menghantar Reza balik pada
petang itu. Bertambah radangnya apabila melihat Azwan
sempat mencuit tangan Reza.
Ah, pedulikanlah! Lagipun bukannya Reza tak tahu
yang Zumera punya ramai teman lelaki keliling pinggangnya.
Alah... cinta monyet ni, sekejap aja panasnya. Zumera
memang suka berkawan dengan siapa sahaja lelaki yang
disukainya. Tidak hairanlah kalau dia digelar playgirl….

SEJAK peristiwa hari itu Azwan sering menghubungi dan


mengajaknya keluar. Namun Reza menolak kerana takut
Zumera akan naik minyak.
“Kenapa? Tiap kali saya ajak awak keluar, awak
macam tak sudi aje. Apa, saya ni makan orang ke?”
Azwan memecah kebisuan. Dia mencuri kesempatan

17
Sangkar Cinta

sewaktu kelas berakhir tengah hari itu untuk menemui Reza,


gadis yang tiba-tiba mula mengganggu tidurnya. Semalam
wajah gadis itu juga yang dimimpikan. Sehari tidak melihat
wajah itu, dia seperti orang hilang akal pula. Sahlah dia sudah
terkena sampuk cinta.
“Eh, takkan awak tak tahu? Kalau Kak Mera tahu,
habislah saya. Lagipun tak eloklah keluar dengan teman
kakak. Nanti tak pasal-pasal dikatakan perampas pula,” kata
Reza dengan selamba. Dia khuatir dengan sikap Azwan itu
akan menambahkan kebencian Zumera terhadapnya.
Walaupun dia memang maklum akan perangai Zumera.
“Apa salahnya kalau kita keluar. Kitakan kawan satu
sekolah, cuma bezanya saya tingkatan enam dan awak
tingkatan lima. Itu aje.” Azwan cuba memujuk. Dia tidak
mahu terlalu nampak seperti seorang perayu pula. Jatuh
sahamnya nanti. Lelaki yang tinggi egonya mana boleh kalah
dengan perempuan. Tapi kes nak pujuk ni lecehlah....
“He he he... luculah awak ni, Azwan. Kalau awak
nak tahu Kak Mera dah isytiharkan yang awak ni teman lelaki
dia. Faham tak? Saya tak mahu dikatakan perampas,
penggoda atau pun perempuan tak tahu malu. Harap awak
fahamlah, ya Azwan.” Reza menjelaskan kedudukan sebenar.
Kalau Azwan tahu betapa bencinya Zumera terhadap dirinya
tentu jejaka ini tidak akan mengajaknya untuk keluar.
“Ah, jangan bagi macam-macam alasan. Saya ni
cuma nak berkawan aja dengan awak. Takkan tu pun salah.
Tapi kalau kita berkawan dengan ikhlas dan ada jodoh, apa
salahnya. Faham, tuan puteri?”
Suara Azwan sedikit tegas. Namun ada kelembutan
tika dia menyentuh soal jodoh. Kiranya dia sendiri tidak
faham kenapa hatinya berperasaan begitu.

18
Diana Derin

Reza menatap wajah di hadapannya. Nampak


ikhlas. Apa salahnya berkawan dengan dia. Bukannya ada apa-
apa pun. Reza menggeleng menidakkan kata hatinya. Wajah
lelaki itu bersilih ganti dengan wajah Zumera yang begitu
lancang memakinya.
Hesy... apa hal pula panggil tuan puteri? Elok-elok
orang ada nama, suka hati aja nak tukar. Dah buang tabiat ke
Azwan ni? Nak keluar ke tak ni? Hesy... pening la. Alah, keluar
ajelah. Lagipun aku anggap dia macam kawan-kawan yang
lain. Just a friend....
Dan akhirnya hubungan yang pada mulanya sekadar
kawan biasa berubah lantas membuahkan bibit-bibit cinta.
Cinta itu menyemai di hati yang jujur membelainya. Perasaan
halus itu pun mula bersemi. Kelopak bunga mula
berkembang, menjadi hiasan yang amat harum baunya.
Zumera berdendam dengan Reza kerana Azwan
telah meninggalkannya. Zumera seharusnya menerima
hakikat yang dia juga mempunyai Zahid pada masa yang
sama. Azwan pula menganggapnya hanya sekadar teman
biasa.
Kebencian Zumera tidak pernah surut. Seperti
ombak yang sentiasa bergelora pada musim tengkujuh.
Mungkin tahap kebencian itu sudah setinggi gunung
Kinabalu agaknya.
Zumera cuba membuang perasaan bencinya itu,
namun Reza tetap menjadi seterunya yang nombor satu. Dia
tidak tahu apakah yang membuat dia begitu membenci Reza.
Namun Zumera hairan kenapa Reza tidak pernah menyimpan
perasaan benci mahupun dendam kepadanya meskipun tiap-
tiap hari dia melukakan hati gadis itu. Kalaulah dia berada di
tempat Reza, sudah lama dia angkat kaki. Apalagi yang

19
Sangkar Cinta

diharapkan di rumah itu? Reza boleh meninggalkan Zumera


dan Datuk No’man. Lagipun ibu sudah tiada. Tentu Reza
boleh memberikan alasan sebegitu.
Zumera juga terkilan kerana ayahnya mengizinkan
gadis kampung itu tinggal bersama mereka. Bahkan
mendapat sebahagian daripada harta yang sepatutnya menjadi
miliknya. Reza orang luar yang tidak ada apa-apa ikatan darah
daging dengan ayahnya. Tapi kenapa ayah memberikan
hartanya kepada gadis itu?
Sebenarnya harta bukanlah penyebab utama dia
membenci Reza. Tidak sama sekali. Harta boleh dicari di
mana-mana. Tetapi soalnya kenapa dia begitu membenci
gadis itu.
Ah! Pergi mampuslah. Perasaan benci dan dendam
masih membara di hati. Menggelegak dan sentiasa
membahang panasnya. Apalagi dengan sikap panas barannya
tentu sukar untuknya melentur perasaan itu. Dia seorang
yang mudah marah. Itulah sikapnya yang dia sendiri akui.
Enam tahun bukanlah satu masa yang singkat.
Dewasanya Zumera dengan dunia kebencian dan dendam
yang seolah-olah tiada berpenghujung. Ada sahaja kerenah
dan perkara yang membangkitkan kemarahannya. Reza sudah
terlalu masak dengan perangai gila-gila Zumera yang nyata
masih bersikap keanak-anakan. Masa itu terlalu singkat
untuk mendewasakan fikiran gadis itu. Dia sentiasa membajai
perasaan itu dengan amarah sehingga batas kebencian
menjadi sebuah ladang yang subur dengan api dendam yang
hangat membara. Tiada masa yang manis untuk dikecapi
bersama. Apatah lagi mengukir lakaran indah dunia remaja
yang penuh warna-warni. Tiada ruang untuk mengakrabi
sebuah perhubungan. Setiap hari hanyalah keheningan dan
kesepian... sehingga membiarkan waktu berlalu tanpa salam.

20
Diana Derin

Sesungguhnya yang berlalu tidak akan berulang


kembali. Masa itu memungkinkan segalanya berubah serta-
merta. Memungkinkan segalanya berubah seiring dengan
peningkatan usia. Seperti sebuah mimpi. Hakikatnya itulah
realiti yang perlu disedari.
Namun putaran masa seolah-olah tidak pernah
berkompromi. Masa dan saat indah berlalu meninggalkan
segala pahit dan manis dunia remaja. Hubungan yang
dipupuk menjalin satu ikatan tanpa batasan. Namun masih
dibatasi dengan rentangan dan tuntutan ukhrawi.
Indahnya cinta apabila yang hadir adalah manis
sebuah impian. Bersih, suci dan ikhlas. Jauh dari rasa kecewa.
Menyemai rasa percaya dan batas diri. Itulah sempadan yang
memanjangkan sebuah hubungan.
Dia belajar menjadi pengagung cinta. Setia
menemani perjalanan dunia kampus yang penuh seribu liku.
Dia menyimpan anganan itu hingga pada ketika nanti dia
akan kembali menyunting bunga pujaan.

21
Sangkar Cinta

bab 3
M
ENTARI pagi bersinar
lagi, memancarkan ceria
seperti dirinya yang sentiasa
bersemangat. Meskipun terpaksa menghadapi kemelut
kehidupan yang mencabar kekuatannya sebagai seorang
gadis. Namun kecekalan dan keberanian menghadapi segala
kemungkinan membuatkan dia sentiasa tabah.
Dia belajar mengharungi segala kepayahan. Dari
seorang anak kecil yang mentah, meniti alam remaja yang
penuh seribu kisah suka dan duka. Tangis ria semuanya
tersimpan di dalam memori kehidupan seorang gadis. Tiada
siapa yang akan mendengar dan melagukan kisahnya kerana
dia pasti sesuatu yang indah akan hadir menyinari hidupnya
satu hari nanti. Cuma dia tidak pasti bagaimana rupanya
kebahagiaan itu nanti.
“Reza, malam ni kita makan kat luar ya. Ayah
teringin nak makan tomyam kat gerai Mak Dayang tu.
Macam dah terasa kat hujung lidah pula.” Wajah Datuk
No’man yang jernih tiba-tiba muncul di ruang tamu,
menggelegarkan ingatannya seketika.

22
Diana Derin

“Ayah ni... macam mengidam pula. Tiba-tiba aja nak


makan tomyam. Ayah, gerai tomyam Mak Dayang tukan
jauh.” Reza mengusik. Dia ketawa melihat gelagat Datuk
No’man.
“Emmm... agaknya ayah ni mengidam, Reza. Eh,
Mera belum balik lagi?” tanya Datuk No’man.
Wajah Reza direnung. Selalunya anak inilah yang
menghiburkan hatinya. Menenggelamkan kesepian diri yang
kian mencengkam. Rumah ini terlalu sepi setelah pemergian
Salmiah. Keletah dan keceriaan Reza selalu membuatkan
dirinya terhibur.
“Belum ayah, mungkin dia keluar dengan kawan-
kawan dia kut,” jawab Reza sambil dengan berhati-hati
meletakkan secawan teh tarik di atas meja sudut. Dia
memberi laluan kepada Datuk No’man agar duduk di
sampingnya.
“Emmm... kakak kamu ni, sejak dulu tak pernah
nak ubah perangai. Jarang lekat kat rumah, tak tahu duduk
diam. Kalau ayah dah tak ada nanti macam manalah keadaan
dia....”
Sayu suara keluhan Datuk No’man memecah
ketenangan petang itu. Dia membelai perasaan sebak yang
mengusik atmanya dengan tiba-tiba. Dia masih ada untuk
mendengar rajuk Zumera. Tetapi sejak menginjak dewasa, dia
dan Zumera jarang bersama. Ego Zumera kadangkala tiada
kewajaran. Tidak bertempat.
Wajah jernih itu meruntun kalbunya. Kasih sayang
yang tidak pernah luntur meskipun telah bertahun
menyimpan duka berpanjangan. Reza amat menyenangi
ketrampilan Datuk No’man. Walaupun sekadar anak tiri,
namun Reza tidak pernah membataskan perhubungan waima

23
Sangkar Cinta

dia sendiri tahu ayah tirinya itu menyayangi dan memberikan


sepenuh kepercayaan kepadanya. Reza akur pada keadaan
kenapa Datuk No’man tidak mengizinkan Zumera menerajui
perniagaannya. Reza pula tidak pernah meminta untuk
diberikan kedudukan di dalam syarikat. Dia sedar siapa
dirinya. Dia umpama melukut di tepian gantang.
Mungkin kerana kecekapan dan kebolehan Reza
membuatkan Datuk No’man tidak teragak-agak untuk
menyerahkan hal-hal menjaga dan mengendalikan perniagaan
sekali gus menguruskan akaun syarikat kepada Reza.
Kebetulan Reza mempunyai ijazah dalam bidang akaun.
Datuk No’man lebih percaya dan yakin Reza boleh
menguruskannya berbanding Zumera. Ini bukan bermakna
dia tidak yakin dengan kebolehan anak sendiri. Tetapi dia
mahu Zumera belajar untuk mengenal kelemahan diri.
Apalagi sikap acuh tak acuh Zumera yang membuatnya
sedikit terkilan.
Lagipun Zumera tidak pernah membantah, asalkan
ayahnya bijak dan adil dalam urusan pembahagian harta.
Zumera pun tidak pernah menunjukkan minat dalam
perniagaan. Gadis itu lebih suka membawa haluan sendiri.
Katanya lebih baik membina kerjaya sendiri daripada
bergantung pada orang lain. Kata-kata itu memang berbau
sinis, menyindir keupayaan Reza.
Tetapi Datuk No’man bahkan Reza sendiri tahu
gadis itu lebih suka dengan kerja-kerja yang mencabar.
Zumera wanita lasak yang sukakan cabaran. Kini
dia senang mengendalikan resortnya di pinggir gunung dan
di pinggir pantai. Dia mahukan kelainan di dalam
kehidupannya.
Ah, hendak seribu usaha. Tak hendak takkan

24
Diana Derin

nampak hasilnya. Datuk No’man tahu di antara Zumera


mahupun Reza kedua-duanya mempunyai kelebihan
tersendiri. Mereka sebenarnya adalah pesaing yang hebat.
Mengendalikan sebuah butik dan restoran bukanlah
satu bidang yang mudah andainya tidak ada kesabaran dan
keberanian. Kejayaan sekarang pun adalah hasil usaha dan
titik peluh Reza.
Restoran Sri Indah yang terletak di pinggir bandar
raya peranginan semula jadi itu sudah dikenali di seluruh
Malaysia. Mempunyai cawangan dan tentunya di atas usaha
bersama Reza dan Datuk No’man.
Manakala Butik Iman yang membekalkan fesyen
terbaharu dan terkini sentiasa dikunjungi oleh orang ternama
serta mereka yang mengikuti perkembangan semasa dunia
fesyen. Dan tidak terkecuali artis-artis terkenal turut
mengunjungi Butik Iman. Butik Iman sentiasa menjanjikan
kepuasan dan memenuhi cita rasa yang pelbagai untuk
segenap lapisan pengunjungnya. Siapa juruperundingnya?
Tentulah anak gadis Datuk No’man. Keupayaan Reza
mengendalikan dua perniagaan itu begitu cemerlang sekali.
Dia seorang yang berjiwa besar, kental dan tentunya semangat
seorang yang ingin berjaya.
Datuk No’man akui itu. Kini dia dalam perancangan
untuk membuka sebuah lagi restoran masakan tempatan
yang lebih bersifat pribumi dan akan berpusat di Kota
Kinabalu. Dia yakin Reza akan dapat mengendalikannya
nanti. Dalam memberi idea, Reza sebenarnya mempunyai
kreativiti yang cukup hebat. Dia tidak teragak-agak
melahirkan buah fikirannya.
“Wah, berseleranya ayah makan tomyam ni. Tambah
lagilah, yah....” Reza berseloroh, senang hatinya melihat

25
Sangkar Cinta

Datuk No’man begitu berselera menghabiskan semangkuk


tomyam pedas yang penuh dengan udang dan sotong.
“Sedap Reza. Rasanya macam dah bertahun tak
makan tomyam.”
Berpeluh-peluh Datuk No’man menikmati
semangkuk tomyam pedas itu.
“Emmm… tomyam Mak Dayang ni memang sedap,
ayah. Ramai kawan Reza puji. Ayah tahu tak apa rahsianya?”
Reza tekun mengopek kulit udang galah yang agak
besar. Matanya sekali-sekala menjeling ke wajah tua Datuk
No’man yang leka menikmati tomyam. Kalaulah ibu masih
ada....
“Entahlah Reza... ayah pun tak tahu resipi apa yang
Mak Dayang guna. Kenapa, Reza nak belajar masak tomyam
ke?” Datuk No’man tersenyum sambil memerhati anak gadis
itu menyuakan seekor udang galah yang sudah dikopek
kulitnya.
“Siapa pemilik sebenar gerai ni, ayah? Reza tengok
cantik gerai ni dengan motif dua warna, kuning dan biru laut.
Pandai pemiliknya menggabungkan warna dengan lokasi
pinggir laut, cantik ideanya, kan ayah?” Reza mengangkat
muka. Dia tertarik dengan suasana malam yang hidup dengan
alunan tiupan bayu lembut dari pantai. Ditambah lagi dengan
gemeresik dan deru ombak yang sesekali mengusik ruang
hatinya.
“Emmm... panjang kisahnya, Reza. Nantilah, kalau
ada kesempatan ayah akan ceritakan.” Sehelai tisu ditarik
dari dalam bekas. Tisu berwarna merah jambu dilipat dan sisa
makanan yang masih melekat di hujung bibir disapu
perlahan. Datuk No’man melempar pandangan ke arah dua
tiga orang pelangan yang baru sampai. Gerai yang

26
Diana Derin

memuatkan sepuluh meja kecil dan empat kerusi setiap meja


sudah hampir penuh. Dua orang pelanggan yang baru tiba
terpaksa berlalu hampa. Kalau gerai itu ditambah sepuluh
lagi meja, tentu Mak Dayang tidak betah duduk. Rezeki pun
pastinya sentiasa berada di dalam genggaman.

SEDANG asyik membina angan tiba-tiba dia dikejutkan


dengan deringan memanjang di ruang tamu. Bertempiaran
anganannya. Ketika itu dia teringatkan Azwan yang jauh di
perantauan kerana menuntut ilmu.
“Helo.”
“Helo, emmm... boleh saya bercakap dengan Datuk
No’man?” Suara di talian kedengaran agak mendatar.
Hesy, bagilah salam. Tak tau ke adab menjawab
panggilan telefon? Reza menggigit bibir. Dia mengerutkan
dahi seolah-olah geram dengan si pemanggil.
“Dia baru aja keluar. Emmm... ni siapa?” Reza
bertanya perlahan. Itu cara yang betul menjawab panggilan.
“Emmm... tak apalah, nanti saya datang jumpa
dia.”
Tut tut tut. Talian diputuskan.
Aik, siapa pula ni? Orang kata ayah tak ada, nak
datang juga. Tak faham bahasa ke? Dahlah cakap kasar. Hish,
menyampah! Reza melepaskan geram seolah-olah pemanggil
tadi berada di hadapannya.
Reza baru hendak membaringkan diri tatkala
mendengar suara parau memberi salam. Terjengket-jengket
dia menyelak langsir melihat kelibat orang yang memberi
salam.

27
Sangkar Cinta

Seorang lelaki muncul dengan tangan kanannya


dimasukkan ke dalam poket seluar. Manakala tangan kiri pula
memegang beg sandang kecil yang digalas di bahunya.
“Waalaikumussalam....” Reza menarik daun pintu
dan menyambut salam lelaki di hadapannya. Dia cuba
mengingati lelaki itu kalau-kalau dia pernah melihatnya.
“Emmm... maaflah kalau mengganggu. Saya datang
ni sebenarnya nak jumpa Datuk No’man, dia ada tak?” Penuh
sopan lelaki itu bertanya. Tetapi matanya tajam memandang
Reza. Macam nak telan orang lagaknya.
Reza cuba mengingati sesuatu. Mindanya menjurus
kepada lelaki yang memutuskan talian telefon sebentar tadi.
Oh, orang yang telefon tadi rupa-rupanya. Hai, cepatnya dia
sampai. Takkan baru telefon beberapa minit dah muncul pula
di hadapan rumah.
Reza mengerutkan kening. Kan ke tadi dia sudah
menjelaskan Datuk No’man tak ada di rumah. Tak faham
bahasa Melayu ke? Reza melirik ke arah mata lelaki itu.
“Datuk No’man tak ada. Kenapa?” beritahu Reza
sambil mengawasi setiap gerak-geri mata lelaki itu yang
nampak liar memandangnya. Dia rimas tatkala dipandang
sebegitu. Perasaannya mula menjadi cuak. Andai kata lelaki
itu bertindak kasar apa yang perlu dilakukannya?
“Emmm... tak apalah. Errr... agak-agak bila dia
balik?” Lelaki itu menyoal kembali. Mungkin tidak berpuas
hati dengan penjelasan Reza. Atau sengaja mahu
melengahkan masa.
Terbayang di ruang mindanya kalau-kalau lelaki ini
ingin melakukan sesuatu. Ah, ngerinya! Mana Mak Kasum?
Reza menelan liur.
Hesy, kenapa tak faham-faham ni? Tunggu ajalah

28
Diana Derin

kalau dah tak sabar nak jumpa dia. Reza hampir mahu
menempelak lelaki di hadapannya itu. Namun kewarasannya
menghalang. Dia tetamu di sini.
“Kenapa? Selalunya kalau tak sibuk, tengah hari ni
dia balik la.” Suara Reza masih perlahan, namun dia mula
meluat melihat keberanian lelaki itu. Seolah-olah tidak
menghormatinya selaku tuan rumah dengan bertanya itu dan
ini.
“Emmm... tak apalah. Zumera ada tak?” Lelaki itu
bertanya lagi. Dia tampak sudah biasa dengan keluarga Datuk
No’man. Siapa lelaki ini?
Kenapa dengan lelaki ini? Semakin dilayan semakin
banyak dan meleret pula soalannya. Tadi cari Datuk No’man,
sekarang cari anak gadisnya pula. Apa hal lelaki ni? Elok-elok
orang layan dia baik, macam-macam pula nak tanya. Nasib
baik aku tak halau. Aku ni bukannya kaunter pertanyaan, hati
Reza mendengus marah.
“Zumera? Emmm... dia dah keluar. Kenapa awak
banyak tanya? Hah, itu pun Datuk No’man dah balik.
Tanyalah dia.” Suara Reza mula meninggi kerana kehadiran
Datuk No’man memberikannya keberanian.
“Assalamualaikum Datuk No’man.” Lelaki itu
tersenyum. Dia terbongkok bersalaman dengan wajah yang
manis bak madu.
“Waalaikumussalam. Hah Reza, kenapa muncung
aja ni?” tegur Datuk No’man. Kemudian dia memerhatikan
pemuda yang terpacak di hadapannya.
Reza hanya memerhati Datuk No’man tanpa
sepatah kata. Agaknya Datuk No’man masih dalam proses
mengingati lelaki tersebut.
“Emmm... maaflah cik, sebenarnya saya... emmm...

29
Sangkar Cinta

pak cik masih kenal saya lagi?” Lelaki itu tiba-tiba


menundukkan kepala. Dia menggaru kepalanya yang tidak
gatal. Dia seolah-olah cuba mengingatkan sesuatu kepada
Datuk No’man.
Datuk No’man cuba mengingati raut wajah tenang
di hadapnnya. Dia cuba mengimbasnya dalam layar kenangan
melalui seraut wajah itu. Azril! Ah, takkan dia lupa pula. Tiba-
tiba Datuk No’man menghadiahkan segaris senyuman.
“Kamu ni, ya macam kenal. Emmm… ya, anak mak...”
“Ya. Saya Azril, anak Mak Dayang gerai tomyam tu.”
Lelaki itu memperkenalkan dirinya.
“Oh… ya ya… pak cik kenal. Emmm… apa khabar
Azril? Dah lama pak cik tak dengar cerita tentang kamu.”
Datuk No’man tersenyum lebar, wajahnya nampak ceria. Dia
seolah-olah menantikan kehadiran lelaki itu. Didakapnya erat
tubuh sasa pemuda di hadapannya itu. Di bibirnya terukir
senyuman yang hanya dia sahaja yang mengerti.
“Saya baru balik dari London. Baru aja habis belajar,
pak cik.”
“Eh, masuklah. Kenapa Reza tak ajak masuk tadi?
Mari Azril, kita masuk dalam. Sembang-sembang.” Datuk
No’man menarik tangan lelaki itu sambil mengarahkan Mak
Kasum menyediakan minuman.
Jelingan tajam diberikan kepada Azril. Meluat
sungguh melihat adegan di hadapannya itu. Kalau datang nak
berkunjung tu cakaplah awal-awal. Ini tidak, orang pun
teragak-agaklah nak bagi masuk. Manalah tahu dia ni orang
jahat ke, habis dia dan Mak Kasum dijadikan tebusan. Kalau
bukan tebusan pun mungkin dipenggal kepala, kemudian
dipotong kecil-kecil. Lepas tu masuk ke dalam guni. Kusss...
semangat. Simpang malaikat empat puluh empat!

30
Diana Derin

“Dah lama Azril habis belajar?” Suara Datuk


No’man diselangi tawa kecil. Kembang hatinya melihat jejaka
di hadapannya itu. Sudah dewasa dan mempunyai perwatakan
yang menarik.
“Ada la dalam empat lima bulan, pak cik. Tapi masih
menganggur. Emmm... sebenarnya hajat saya datang ni
nak….” Suara lelaki itu tersekat-sekat. Dia seperti mahu
menyatakan sesuatu, namun asyik memandang Reza yang
diam membatu. Dia seolah-olah malu menyatakan hasratnya
itu.
“Pak cik faham, Azril. Tak apa, pak cik tak paksa
Azril. Tapi kalau Azril sanggup dan sudi bekerja dengan pak
cik apa salahnya. Lagipun pak cik dah tua, dan hanya pak cik
dan Reza yang uruskan perniagaan ni.” Sekali lagi Datuk
No’man melenyapkan kegusaran yang memekar di hati anak
muda itu.
“Emmm... Zumera mana pak cik?” Suara segan itu
masih jelas di pendengaran.
“Zumera tu kalau tak keluar bekerja, hah... melepak
dengan kawan-kawannya la. Kamu bukan tak tahu perangai
Zumera tu....” Sayu suara Datuk No’man menjelaskan perihal
anaknya. Dia tahu, anak gadis nan seorang itu amat degil dan
keras kepala orangnya. Entah bolehkah Azril melenturnya
nanti. Besar harapannya agar Azril dapat membentuk
Zumera menjadi seorang gadis yang baik. Dalam diam dia
sudah memasang angan terhadap pemuda di hadapannya itu.
Reza memandang senyuman Datuk No’man dengan
seribu persoalan.
“Hah, jemput minum Azril. Nanti sejuk pula air tu.”
Lembut suara Datuk No’man mengiringi angannya. Dia
sudah jauh meneroka perasaan pemuda itu.

31
Sangkar Cinta

Reza mengalihkan pandangannya dari renungan


lelaki itu. Sengaja dia memandang gambar penyanyi bersuara
buluh perindu - Siti Nurhalizah pada majalah Rapi yang
sengaja diambilnya dari bawah meja. Sesekali mata nakalnya
mencuri pandang wajah lelaki yang nampak tenang itu.
Setenang degupan jantungnya saat ini.
Emmm... kacak juga mamat ni, hati Reza memuji.
Namun ia sekadar mengagumi ciptaan Tuhan.
Errr… tadi ayah kata nak bagi kerja kat dia. Siapa
sebenarnya dia ni? Ahhh… pedulilah, urusan orang buat apa
aku nak campur pula, Reza bermonolog sendiri.
Reza cuba membayangkan bagaimana kalau kata-
kata Datuk No’man sebentar tadi menjadi kenyataan. Lelaki
itu akan bekerja dengannya. Dan lelaki itu walaupun nampak
tenang tetapi ada juga egonya.
Reza mengalihkan pandangan ke arah majalah yang
dipegangnya apabila pemuda itu tiba-tiba memandangnya.
Alamak, malunya!
“Reza, kenapa diam aje ni? Hah Reza, inilah anak
Mak Dayang tempat kita makan tomyam tempoh hari. Dia ni
baru aja balik dari luar negara, baru habis belajar. Tak lama
lagi Azril akan bekerja dengan kita. Jadi ayah harap Reza
dengan Azril akan bekerjasama untuk memajukan perniagaan
kita nanti.”
Reza menampakkan wajahnya di sebalik majalah
Rapi. Dia mengangguk dan secalit senyuman dihadiahkan
kepada lelaki itu. Tiba-tiba hatinya menjadi dangkal semula.
Apa? Bekerjasama? Dengan Azril? Pemuda ini?
Emmm... lantaklah. Lagipun aku ni siapa. Ayahkan bos....
Reza tidak boleh membantah. Menolak jauh sekali.
Dia tidak mahu melukakan hati orang tua itu. Kalau baik

32
Diana Derin

pada pandangannya, dia akan terima tanpa sebarang syak


wasangka.
“Macam mana Reza? Setuju ke?”
Pandangan Datuk No’man penuh dengan harapan.
Dia mahu Azril mempelajari selok-belok perniagaan daripada
Reza. Biar pemuda itu faham bagaimana mengurus dan
mengendalikan sesebuah perniagaan. Pemegang ijazah tidak
semestinya bijak dalam semua hal. Terkadang mereka kalah
dengan pengalaman.
“Reza ikut aja kalau itu yang terbaik.” Jawab Reza
perlahan seperti berbisik.
Dia mengalihkan pandangan ke arah Azril. Mungkin
dia akan menjadi rakan kerja yang baik. Reza tidak kisah
bekerja dengan sesiapa pun. Apalagi kalau Datuk No’man
yang mengarahkan begitu. Dia bukan pemilik syarikat yang
diterajui oleh Datuk No’man. Dia hanya menjalankan amanah
dan tanggungjawab sebagai seorang anak. Reza memerhatikan
kedua-dua lelaki itu sambil tersenyum meleret.

33
Sangkar Cinta

bab 4
D
IA menekan-nekan kepalanya.
Ditarik-tarik anak rambut untuk
meredakan gusar yang sedang
menghimpit fikirannya kini. Sakit kepala dan sakit hati.
Bercampur aduk menjadikannya rojak yang menyakitkan
minda.
“Mera... ayah bukan tak setuju Mera berkawan
dengan Zahid tu. Ayah faham perasaan Mera, tapi cubalah
belajar untuk terima hakikat. Zahid tu dah berkahwin dan itu
tandanya dia tak bertanggungjawab. Dia tak bersungguh-
sungguh cintakan Mera. Banyak lagi lelaki lain yang lebih
baik daripada Zahid. Jangan porak-perandakan keluarga
orang, Mera.” Wajah Datuk No’man berubah tegang. Dia
membelai rambut ikal Zumera.
“Tapi Mera cintakan dia, ayah. Mera tak boleh hidup
tanpa Zahid. Mera hanya cintakan dia sorang, ayah....”
Zumera menahan sendu. Dia tidak boleh melupakan Zahid
walaupun lelaki itu sudah berkahwin. Hatinya telah dibawa
pergi oleh lelaki itu.

34
Diana Derin

“Tapi demi masa depan, kamu harus terima hakikat


yang Zahid bukan lelaki baik. Belum kahwin lagi dia dah
hancurkan kebahagiaan kamu. Mera, belajarlah terima
hakikat. Bukan Zahid seorang aja lelaki dalam dunia ni,” ujar
Datuk No’man seraya menggeleng. Sukar benar memujuk
anak seorang ini. Keras kepala. Keras hati.
Zumera menggetap bibir. Geram sungguh hatinya
saat ini. Zahid yang dicintainya telah berkahwin dengan
perempuan lain atas alasan sudah dijodohkan oleh keluarga.
Ah, dasar lelaki dayus! Dasar jantan kasanova. Celaka punya
jantan. Tak guna!
Dahulu Reza pernah memberitahu yang Zahid itu
lelaki kasanova. Tetapi dia sedikit pun tidak pernah
mempercayai. Cinta membuatkan dia buta. Zumera
sebenarnya sendiri maklum akan perangai Zahid yang suka
bertukar pasangan. Namun hatinya cuba menidakkan perkara
itu. Dia menutup segala kecurangan lelaki itu dengan alasan
dia sekadar bergurau. Dia betul-betul mencintai Zahid. Betul-
betul mengakui Zahid adalah lelaki yang terbaik dan terhebat
baginya.
Kini, dia hampir nanar kerana asyik memikirkan
Zahid. Pada hal dia sebenarnya bukanlah seorang wanita yang
mudah tunduk apatah lagi kalah dengan permainan cinta.
Cinta sejati sewajarnya mendapat tempat yang paling utama
di dalam setiap jiwa insan.
“Kak, makanlah ubat ni. Nanti demam kakak lambat
sembuh pula.”
Zumera mendengus marah. Dia menjeling Reza
dengan hati yang sebal. Dengan kasar Zumera manyambut
segelas air dan ubat yang dihulurkan oleh Reza. Hatinya
semakin sakit tatkala melihat Reza terpacul di hadapannya.

35
Sangkar Cinta

Mahu sahaja ditampar Reza. Biar wajah ayu itu menjadi cacat
dan hilang dari pandangannya.
Reza meninggalkan Zumera sendirian melayani
perasaannya. Gadis itu perlukan ketenangan saat ini. Macam
mana buruknya dia pada pandangan gadis itu, Reza tidak
pernah ambil hati.
Biarlah Mak Kasum yang menguruskan Zumera.
Dia tidak mahu mengeruhkan lagi perhubungan di antara
dirinya dan Zumera.

LAKARAN baru disiapkan. Nampak indah dan cantik apabila


diletakkan ukiran kayu malam dengan empat motif bunga.
Emmm... tentu ayah suka dengan hiasan begini kerana ianya
nampak elegen.
Reza menyudahkan lakaran hiasan untuk restoran
baru yang akan dibuka di Pantai Timur. Pintu kayu berwarna
kuning keemasan akan menghiasi hadapan anjung. Restoran
itu akan dibahagi dua. Satu untuk ruang tempahan khas bagi
mengadakan majlis besar seperti perkahwinan, majlis rasmi
dan untuk tempahan VIP. Manakala satu lagi bahagian untuk
pelanggan harian.
Setiap penjuru bakal diserikan dengan kerlipan
cahaya dari dinding lutsinar. Ia akan nampak mewah dalam
apa jua keadaan. Dia juga mahu ruang yang boleh ditukar
mengikut konsep dan kehendak pelanggan.
Bunyi seperti terlalu serabut. Mungkin akan
menggunakan banyak aksesori. Dan kos juga mungkin akan
melebihi bajet.
“Assalamualaikum.”

36
Diana Derin

Daun pintu diketuk dari luar. Sejurus kemudian


wajah Azril muncul sambil menggalas beg komputer riba di
bahu. Wajahnya nampak serius.
“Waalaikumussalam.” Salam disambut. Reza
melemparkan senyuman, namun lelaki itu tidak membalas
senyumannya.
“Macam mana dengan cawangan restoran baru kita
tu? Bila nak mulakan operasi?” tanya Azril dengan wajah yang
serius. Dia memandang Reza, namun sekilas sahaja. Dia
seolah-olah takut untuk memandang wajah Reza. Atau
sebenarnya takut jatuh cinta....
“Semuanya okey. Cuma tarikh untuk pembukaan
belum dipilih,” balas Reza selamba.
“Emmm... saya nak bercakap dengan Datuk No’man
tentang pembukaan tu. Errr... bagaimana saya nak
menghubungi Datuk?” Lelaki itu meletakkan beg sandangnya
di atas kerusi.
Takkan la tak ada nombor telefon ayah? Kalau tak
dapat call, telefonlah rumah. Kenapa tanya orang, macamlah
kita ini setiausaha dia.
“Cubalah telefon kat rumah. Tadi semasa saya
keluar Datuk No’man masih kat rumah. Katanya badan
kurang sihat.”
Menyampah betul Reza, kalau ya pun tanyalah baik-
baik. Ini tanya macam orang ni robot. Hi, lain macam betul
perangai Azril yang disangkanya boleh bekerjasama. Mujurlah
tidak bekerja satu pejabat. Kalau tidak hari-hari terpaksalah
menghadap muka lelaki ego ni.
Reza perasan perangai Azril berubah apabila
terpandangkan Zumera tempoh hari. Azril seolah-olah
menyimpan seribu rahsia.

37
Sangkar Cinta

“Okey, saya akan call nanti. Emmm... ini lakaran


untuk cawangan baru tu ke?” Lelaki itu menyelak kertas
cadangan di hadapannya.
Reza terkasima. Kerut di wajah lelaki itu
menggambarkan dia tidak bersetuju dengan cadangannya.
Adakah dia akan menolak bulat-bulat kertas cadangan yang
sudah separuh siap itu?
“Kenapa? Tak okey ke? Teruk ke?” Reza menyoal.
Dia khuatir jika lakaran seindah itu tidak akan diterima.
Sudahlah penat lelahnya mencanai idea masih belum hilang.
“Siapa kata teruk? Satu lukisan dan cadangan yang
cukup baik pada saya. Saya tertarik dengan suasana ni.
Lembut dan ada privacy.” Lelaki itu ketawa. Dia nampaknya
suka dengan lakaran itu.
Reza diam, memandang tepat ke anak mata lelaki
yang suka mengecilkan mata itu. Namun hatinya kembang
dengan pujian.
“Emmm... boleh tambah sedikit lagi untuk ruangan
sisi dan belakang. Bagaimana?” Dia masih tersenyum.
Pandangannya masih tertumpu pada lakaran di hadapan.
“Sudah tentu boleh.” Reza memberi laluan. Dia
suka kalau lelaki itu mahu bekerjasama denganya. Tetapi dia
tidak suka kalau lelaki itu terlalu menunjukkan keegoannya.
Nampak macam pentingkan diri sendiri.
“Apa kata kalau kita timbulkan mood yang santai
tapi nampak elegen. Yalah, dinding tiles yang mempunyai
ciri-ciri ketimuran. Lepas tu gantungkan lukisan nada
shading tanpa warna. Nampak klasik, kan? Tapi kenalah pilih
warna-warna senada pada satu ruang. Kita juga boleh
letakkan tumbuhan hijau yang agak rimbun sikit. Sesuai
dengan tema ‘rimba tropika’.” Lelaki itu tersenyum. Dia dapat

38
Diana Derin

membayangkan sebuah restoran yang berlatarbelakangkan


suasana senja. Seperti matahari yang hendak berlabuh di
ufuk timur. Dia cuba mempraktikkan apa yang dipelajarinya
sewaktu belajar dahulu.
Reza mengangguk, setuju dengan cadangan Azril.
Nampak serasi dengan ideanya. Dia melahirkan idea yang
amat bagus. Kalau begitu satu pelan telah siap sepenuhnya.
Nanti bolehlah ditunjukkan pada Datuk No’man.
“Ini satu percubaan yang baik kalau Datuk No’man
setuju. Saya akan minta Haizal berikan satu gambaran yang
jelas sebab dia tu arketik serba boleh. Tentu tiada masalah
untuk menyiapkan kerja ini,” tukas Reza. Dia memandang
lelaki itu sambil tersenyum.
Kalau boleh dia mahu memberikan yang terbaik
untuk pembukaan cawangan restoran mereka nanti. Kali ini
Reza dan Azril telah diamanahkan bukan setakat
mengendalikannya. Tetapi terlibat pula dalam proses
mengubah suai reka bentuk dalaman dan luarannya. Tentang
tapak, Datuk No’man telah membeli dua lot kedai di Taman
Putrajaya, berhampiran Bandar Serra.
Reza tersenyum. Dia bangga kerana Datuk No’man
memberi sepenuh kepercayan terhadapnya.
“Tak mahu tambah lagi? Misalnya penggunaan
bahan mentah yang lain. Perabot, kerusi, meja, pinggan
mangkuk, alas meja. Mungkin reka bentuk yang unik sedikit.
Lain daripada yang lain. Itu pun kita kena sepadankan dengan
latar yang ada.”
Sekali lagi lelaki itu memberikan idea. Mindanya
sarat dengan pelbagai idea yang menarik.
“Okey juga tu. Sebenarnya saya ada juga fikirkan
tentang tu. Apa kata kalau pakaian pekerja pun sama?”

39
Sangkar Cinta

“Okey. Kalau macam tu, kita lakukan secepatnya.


Datuk No’man mesti happy dan berangan nak buka cawangan
lagi kat tempat lain. Dengan percubaan ini, mungkin akan
menarik lebih ramai pelanggan lagi.” Azril memfokuskan
pandangan tepat ke mata Reza.
Reza mengangguk. Dia hampir tidak terfikir
tentang apa yang disebut oleh Azril. Kalau pendapatnya
sebentar tadi direalisasikan, pulangannya di masa akan
datang mungkin lebih daripada yang dijangka. Dia tiba-tiba
mengagumi cara lelaki ini berfikir.

DIA terus meloloskan diri ke kamar peraduan. Usai mandi,


dia melelapkan mata yang keletihan. Teringat akan idea-idea
yang disatukan dengan kreativiti lelaki itu, hatinya berbunga
riang.
Alangkah bagusnya kalau pengubahsuaian itu nanti
mengikuti pelan yang dirancang. Namun ianya akan menelan
kos yang tinggi. Tetapi Reza tidak khuatir. Datuk No’man
mahukan yang terbaik. Semua kerja-kerja pengubahsuaian
itu merangkumi publisiti dalam memperkenalkan restoran
baru itu nanti. Lagipun kebanyakan masyarakat telah
menerima kehadiran mereka.
Reza baru hendak melelapkan mata tatkala Datuk
No’man tiba-tiba mengetuk pintu kamarnya. Dia segera
mencapai sebuah novel yang berada di atas bantal.
“Ayah, ada apa ni? Reza tengah baca buku tadi.”
Reza berbohong. Sebenarnya dia tidak mahu Datuk No’man
tahu yang dia tidur di waktu senja.
Tidak manis, bebel Datuk No’man selalu.

40
Diana Derin

“Reza, sebenarnya ada satu perkara yang ayah nak


tanya dengan Reza.”
Reza memandang tepat ke anak mata tua Datuk
No’man. Wajah yang sentiasa sarat dengan senyuman.
Meskipun dilanda masalah, lelaki itu sentiasa tersenyum.
Kerana itulah wajah Datuk No’man tidak dimamah usia.
Masih nampak tampan meskipun usianya sudah menjangkau
lewat lima puluhan.
“Ada apa, ayah? Cakaplah.” Reza memintal hujung
rambut sambil membetulkan sanggul ala ninjanya. Dia
bergerak mengikut Datuk No’man ke ruang tamu di tingkat
dua rumah itu.
“Sebenarnya ayah ada simpan hasrat, Reza....”
Suara perlahan Datuk No’man, seperti kedengaran
berbisik. Apa yang diperkatakan juga tampak sukar hendak
diluahkan.
Hasrat? Reza cuba menangkap maksud ungkapan
itu. Dengan wajah dan suara yang seperti menyembunyikan
seribu maksud itu Reza cuba meneka.
Hasrat apa yang sedang berlegar di minda orang tua
itu? Adakah hasrat mahu menyuntingnya untuk menjadi
isteri. Oh, tidak! Reza beristighfar berkali-kali. Cuba menolak
kemungkinan dan andaian benaknya. Dia cuba menenangkan
diri walaupun perasaannya tiba-tiba menjadi seram.
“Sebenarnya, ayah nak jodohkan Azril tu dengan…”
Suara Datuk No’man yang tenang seakan bom yang
menghempas dadanya. Reza melopong. Dia memandang
wajah selamba Datuk No’man dengan mata yang tidak
berkelip. Serasanya dia tidak bermimpi. Atau Datuk No’man
sudah merancang sesuatu untuknya?

41
Sangkar Cinta

“Hah?” Reza menelan liur. Terasa pahit di


kerongkongnya. Nafasnya berat untuk bergerak. Kenapa?
Adakah ayah hendak jodohkan dia dengan lelaki itu? Oh
tidak, tidak! Mana mungkin boleh. Belum sampai sebulan dia
mengenali lelaki itu.
Hati Reza bungkam seketika. Dia menunggu butir
bicara seterusnya daripada Datuk No’man. Ketika ini nadinya
seolah-olah terhenti berdenyut.
“Macam mana, apa pendapat Reza?” tanya Datuk
No’man sambil tersenyum.
Reza merasakan senyuman Datuk No’man itu
seperti mengejeknya.
“Errr... arrr... jodoh… jodoh… jodohkan....”
Suara Reza bergetar dan air matanya hampir mahu
menitis. Terbayang wajah Azwan, pemuda yang dicintai sejak
di bangku sekolah lagi. Teman yang sama-sama membesar
dan membina angannya. Menyerikan malam-malam harinya,
yang mengajarnya erti cinta dan rindu.
Selama dia tidak pernah ketahui atau sedar akan
rancangan Datuk No’man mahu menjodohkannya dengan
lelaki lain.
“Kalau Reza setuju, nanti kita boleh buat kenduri
kahwin besar-besaran. Macam mana? Lagipun ayah kenal
sangat dengan Azril tu. Dia baik. Arwah ayah Azril tu sahabat
baik ayah. Lagipun ayah dah biasa dengan Mak Dayang dan
keluarganya. Macam mana, Reza setuju tak?”
Reza bungkam.
Manakala Datuk No’man tersenyum panjang.
Angannya sudah jauh merentasi tujuh benua. Dia mula
membayangkan keriuhan menantu serta cucu-cucunya.

42
Diana Derin

“Errr....” Reza terkedu. Suaranya hilang ditelan


gementar yang membungkus diri. Terasa lemah seluruh
sendi. Dunia terasa berhenti berpusing.
Apa yang ayah cakap ni? Hatinya disiram resah yang
menggunung. Dia ingin menangis. Kalau boleh dia juga ingin
menjerit. Aku tidak mahu kahwin dengan Azril. Aku dah ada
Azwan. Oh ayah, dengarlah rintihan aku ini....
Hati Datuk No’man diketuk hairan. Wajah Reza
pucat bagaikan mayat. Sebut pasal kahwin dia pula yang
gelabah. Kalau sudah sampai waktunya untuk mendirikan
rumah tangga apa salahnya. Kata orang benda yang baik
sewajarnya dilaksanakan dengan cepat. Rancangan dan
niatnya hanyalah mahu memberikan yang terbaik untuk
anak-anak.
“Laaa… budak ni! Kakak dia yang nak kahwin dia
pula yang gelabah. Macam mana, setuju ke kalau kita
jodohkan Zumera dengan Azril?” Datuk No’man membulatkan
mata. Lucu melihat wajah kering Reza yang hampir mahu
menangis itu.
Laaa… ayah! Huh... Reza melepaskan nafas panjang.
Wajah Azwan terbayang di mata. Wajah yang amat
dirinduinya itu. Janji untuk hidup bersama dan janjinya
untuk menanti teruna hatinya itu pulang ke tanah air. Dia
akan menyerahkan seluruh hidup ini kepada Azwan. Cinta itu
adalah hak individu.
“Kenapa pula tak setuju, ayah? Reza la orang
pertama yang akan gembira. Yalah, nak dapat abang ipar.
Lepas tu, anak buah pulak,” Reza meraup muka. Teringat
wajah Azwan membuatkan ingatannya melayang ke kota
London. Tak lama lagi Azwan akan kembali membawa cinta
yang berkurun dimeterai bersama.

43
Sangkar Cinta

“Tapi, Reza kenalah pujuk Zumera kalau dia


berkenan dengan pilihan ayah ni,” kata Datuk No’man sambil
membelai rambut Reza. Dia amat mengharap agar Zumera
dapat menerima rancangannya kali ini.
“Baiklah ayah. Reza rasa Kak Mera mesti setuju.
Lagipun Azril tu ada rupa, ada pelajaran, rajin pula tu. Tentu
Kak Mera sukakan Azril.” Kali ini giliran Reza tersenyum. Dia
riang kalau Zumera setuju menerima lamaran Azril.
“Ayah bukan apa Reza, ayah mahu Mera bahagia.
Ayah mahu dia berkahwin dengan lelaki yang betul-betul
boleh menjaga dan mendidik Mera menjadi manusia yang
baik. Lagipun bukan selamanya ayah boleh jaga Kakak Mera
kamu tu. Reza bukan tak tahu sikap dia tu.”
Keluhan Datuk No’man menghiris tangkai hatinya.
Dia faham perasaan seorang ayah. Dia tahu apa yang tersemat
di dalam hati orang tua itu.
“Insya-Allah, ayah. Reza akan bantu setakat yang
termampu.”
Jawapan Reza membahagiakan Datuk No’man. Dia
begitu yakin impian murninya akan tercapai. Niatnya cuma
satu. Dia mahu melihat masa depan Zumera lebih terjamin.
Padanya bercinta selepas berkahwin adalah lebih
baik. Kata orang cinta itu boleh dipupuk.

ZUMERA tidak membantah apabila Datuk No’man mengajukan


hasratnya hendak bermenantukan Azril. Dengan wajah yang
manis dan tenang, Zumera mengiakan di hadapan Datuk
No’man dan Reza. Gembira bukan kepalang Datuk No’man

44
Diana Derin

apabila anak yang amat disayangi itu akan menjadi isteri


orang. Doanya di dalam hati agar anak tunggalnya itu menjadi
seorang anak dan isteri yang baik.
Bagi Zumera pula, dia mengenali Azril ketika
pemuda itu melanjutkan pengajiannya. Memang Zumera
mengakui akan keluhuran dan budi pekerti Azril. Dia
memang baik, menghormati orang lain dan memiliki paras
rupa yang tampan. Zumera tahu itu, namun hatinya masih
dibayangi wajah Zahid, jejaka yang telah bertakhta sekian
lama di dalam hatinya.
Mana mungkin cinta itu boleh bertukar ganti
dengan sekelip mata. Walaupun dia suka berkawan tetapi di
hatinya tertanam kesetiaannya terhadap Zahid.
Namun dia harus akur atas kehendak Datuk
No’man. Pengorbanan yang dilakukan menuntut penyerahan
jiwa dan raga. Berbaloikah pengorbanannya andai impian dan
harapan yang dikejar diakhiri dengan perkahwinan bersama
insan yang tidak dicintai langsung? Bukan mudah untuk dia
menerima segalanya.
Setahunya lelaki itu hanyalah anak kepada sahabat
baik ayahnya. Dibiayai pengajiannya kerana kurang
berkemampuan. Tetapi janji di antara ayahnya dengan ayah
Azril mungkin satu cerita yang dia tidak pernah tahu. Tetapi
itu bukan pokok persoalannya. Mungkin mahu membalas
budi, dirinya dijadikan sebagai sandaran. Ah, semuanya
terlalu kabur dan samar!
Azril memaklumkan berita baik itu kepada
keluarganya. Baginya tidak sia-sia dia belajar sehingga berjaya
meraih segulung ijazah. Itulah harapan dan impian keluarga
terutama sekali arwah ayahnya, Tahir. Azril tahu kalau bukan
kerana Datuk No’man yang menolongnya, belum tentu dia

45
Sangkar Cinta

menjadi Azril yang sekarang. Belum tentu nasib keluarganya


akan terbela. Semuanya kerana budi baik dan keikhlasan
Datuk No’man. Kini pertolongan itu wajar dibalas walau
dengan apa cara sekalipun. Dia tidak kisah.
Azril telah berjanji dengan arwah ayahnya sekiranya
dia berjaya, dia mesti membalas budi Datuk No’man walau
dengan apa cara sekalipun. Dan janji itu harus ditunaikan.
Dia tidak merasakan itu gadaian untuk dirinya. Apalagi Azril
adalah satu-satunya harapan yang mencorakkan masa depan
keluarga. Terutama sekali kepada adik-adiknya yang masih
kecil dan masih berada di bangku sekolah lagi.
Azril kembali menginsafi diri. Dia sememangnya
mencintai Zumera. Pertama kali dia melihat gadis itu
sewaktu mereka masih remaja. Namun apalah dayanya, ketika
itu dia hanyalah seorang pemuda yang serba kekurangan. Dia
menumpang kesenangan Datuk No’man. Dia sendiri tidak
tahu bagaimana keakraban ayahnya dengan Datuk No’man
terjalin. Yang pasti Datuk No’man tidak pernah jemu
menghulurkan bantuan.
Dia membuang jauh perasaan itu sehinggalah
berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Datuk
No’manlah yang telah membantunya. Dan pertemuan kali
kedua ini setelah masing-masing sudah meningkat dewasa.
Kini segala yang terencana perlu direalisasikan.
Persetujuan kedua-dua belah pihak memudahkan segala
urusan. Cuma dia perlu dekat pada si gadis. Mengenali tidak
semestinya mencintai.

46
Diana Derin

bab 5
M
AJLIS pertunangan Zumera
dan Azril berlangsung dengan
penuh gemilang. Wajah
Zumera berseri-seri, begitu juga dengan Azril. Kedua-duanya
bagaikan pinang dibelah dua. Sama cantik, sama padan.
Pakaian sedondon berwarna ungu merak adalah pilihan
Zumera.
Pertunangan yang akan mengikat Zumera dan Azril
membuatkan Datuk No’man serta Reza gembira. Semoga
jodoh di antara mereka berdua berpanjangan. Begitulah
harapan dan impian Datuk No’man.
Bagi Reza pula, mungkin ini adalah langkah terbaik
atau cara untuk menghapuskan kebencian Zumera terhadap
dirinya.
Namun tidak pada Zumera. Dendamnya terhadap
Reza masih belum berakhir. Pertunangannya dengan Azril
bukan bermakna cinta si jejaka telah diterima. Ada suatu
persembahan paling istimewa untuk Reza. Khusus sempena
hari persandingannya kelak.

47
Sangkar Cinta

“Tahniah, Kak Mera. Reza doakan kakak bahagia.”


Wajah Zumera yang manis tambah berseri di hari
pertunangannya dengan Azril.
Reza mengagumi wajah jelita milik Zumera.
Memang padan digandingkan dengan Azril yang juga
kelihatan macho dengan pakaian serba ungu itu. Amat serasi.
Warna itu senada dengan warna kulit cerah kedua-dua
pasangan. Mereka sebenarnya nampak seiras apabila bersama.
Kata orang wajah yang seiras berkemungkinan itulah
jodohnya. Mudah-mudahan.
“Terima kasih.…” Senyuman dan lirikan mata
Zumera mengiringi langkah Reza.
Reza berasa hairan dengan perubahan diri Zumera
yang tiba-tiba menjadi seorang yang lemah lembut dan boleh
pula bergurau dengannya dengan mesra. Kalau benar
pertunangannya dengan Azril telah merubah Zumera untuk
menjadi seorang gadis yang baik, segunung kesyukuran
dipanjatkan ke hadrat Ilahi. Semoga Zumera akan menemui
kebahagiaan bersama Azril nanti. Itulah doa dan harapan
yang sentiasa dihadiahkan buat seorang kakak.

SEJAK bertunang, Zumera sudah pandai bertanya itu dan ini


dengan Reza. Zumera tidak lagi bangun lewat, malah ringan
tulang membantu Reza dan Mak Kasum di dapur. Walaupun
kekok, namun Zumera tidak malu untuk belajar. Ini satu
perubahan dan permulaan untuk merubah kehidupan.
Kata orang setinggi mana pun seorang perempuan
itu belajar, akhirnya turun juga ke dapur. Ini tanggungjawab
untuk setiap wanita yang akan bergelar isteri dan ibu.

48
Diana Derin

“Hai... orang perempuan kenalah rajin. Nanti dah


jadi isteri orang tak ada la kekok sangat.”
Kata-kata yang meluncur dari mulut Zumera
membuatkan Datuk No’man tersenyum lebar. Gembira
sungguh hatinya dengan perubahan anak gadisnya itu.
“Emmm… tak lama lagi rumah ni riuhlah dengan
suara menantu dan cucu, kan Kak Mera?”
Usikan Reza membuatkan wajah Zumera memerah.
Dia berasa geli-geleman mendengar usikan itu. “Hesy!
Mengadalah kau ni, Reza. Asyik nak usik orang aje.”
Zumera menjeling geram. Terasa panas pula
wajahnya. Azril yang duduk di sampingnya tersenyum
selamba. Dia dapat merasakan cinta yang sedang memekar di
hati lelaki itu.
“Emmm… agaknya kat mana la kakak nak berbulan
madu nanti ya? Tentu kat negara matahari terbit, kan?” Reza
mengaju soalan. Gembira hatinya kerana dapat mengusik
Zumera.
“Emmm… mana-mana pun boleh, Reza. Kakak tak
kisah....” Zumera menguis mi goreng di hadapannya.
Fikirannya menerawang jauh. Usikan Reza bagaikan angin
lalu.
Sebenarnya Zumera telah merancang sesuatu.
Sesuatu yang pasti menarik untuk dijadikan bahan usikan.
Akhirnya dia tersenyum sendiri. Dia tidak sabar menanti
waktu itu.
“Tentu kakak bahagia sekarang, kan? Yalah, ada
orang yang jaga dan sayang....” Reza masih galak mengusik
Zumera. Melihat Zumera gembira dia juga turut merasai
tempias kegembiraan itu.

49
Sangkar Cinta

Zumera tidak membalas usikan Reza itu. Dia


sebenarnya sedikit pun tidak berasa bahagia setelah menjadi
tunangan Azril. Senyumannya hanyalah untuk mengaburi
mata semua orang terutamanya Reza. Ada muslihat yang
disimpan rapi. Sampai masanya akan meranalah kau Reza.
Mencintai lelaki yang tidak pernah dicintai
sebenarnya mengundang kesakitan yang amat. Bukan
Zumera tidak tahu Azril amat mencintai dan menyayangi
dirinya, namun hati dan kasih sayangnya masih utuh untuk
Zahid. Terlalu sukar mengikis perasaan cintanya terhadap
pemuda itu, meskipun Zahid sudah berkahwin.
Kini matlamatnya hanya satu... dia mahu melihat
perempuan bernama Reza menderita seumur hidup!

50
Diana Derin

bab 6
H
ARI bahagia yang dinanti-
nantikan itu tiba juga.
Dalam diam-diam
Zumera telah merancangkan yang perkahwinan ini adalah
‘hadiah istimewa’ untuk Reza.
Datuk No’man adalah orang yang paling sibuk dan
gembira menguruskan segala persiapan bagi memastikan
majlis penuh gilang-gemilang itu berjalan dengan sempurna.
Setiap tetamu yang datang dilayan sebaik mungkin. Dia
cukup bahagia kerana puteri tunggalnya akan mendirikan
rumah tangga. Dan apa yang paling meruntun kalbunya ialah
perubahan diri dan keikhlasan anak gadisnya menerima
jodoh pilihannya.
Hati Datuk No’man tiba-tiba berasa sebak. Sebak
kerana arwah isterinya, Zainab tidak sempat menyaksikan
persandingan puteri tunggal mereka. Kini perasaannya
semakin tidak tenteram. Gemuruh di jiwa bagaikan ingin
berdentum apabila Zumera masih belum keluar dari biliknya.
Rasa cuak mula menyerang jiwanya.

51
Sangkar Cinta

Resah sang pengantin lelaki kian ketara apabila


renik-renik halus mulai tumbuh di wajah.
Reza sudah dua tiga kali mengetuk pintu kamar
Zumera yang sunyi dan sepi seolah-olah tiada penghuni.
Datuk No’man tiba-tiba berasa panas menyimbah di
wajahnya.
Para jemputan ingin menyaksikan pasangan
mempelai bersanding di atas pelamin. Masing-masing mula
tertanya-tanya. Malah, ada pula suara-suara sumbang yang
menyakitkan telinga yang mendengar.
Apakah musibah yang melanda kali ini? Hati Datuk
No’man berkocak deras. Mujur dia tidak menghidap penyakit
jantung. Kalau tidak, sudah tentu dia rebah di tengah orang
ramai yang ingin menyaksikan persandingan anak gadisnya.
“Reza, kenapa Zumera belum turun lagi? Ada yang
tidak kena ke? Takkan mak andam tak siap solek lagi?”
Kebimbangan Mak Kasum memecah suasana. Dia
khuatir melihat kegusaran di wajah Datuk No’man, apalagi
para jemputan yang sudah mula terjenguk-jenguk.
“Entahlah, mak cik. Mungkin Zumera nakkan yang
terbaik, tu disuruhnya mak andam solek betul-betul.” Reza
memujuk diri, menyedapkan hati yang mula berkocak.
Namun jika difikirkan semula takkanlah bersolek memakan
masa sehingga tiga jam. Sepatutnya Zumera sudah turun
untuk mendengar ijab dan kabul yang akan dilafazkan oleh
bakal suaminya.
“Tapi takkan sampai tiga jam? Apa yang dibuat? Ini
mesti ada yang tak kena ni.” Mak Kasum mengerutkan wajah
tuanya. Apa nak jadi anak dara sorang ni? Takkan dia nak
main tarik tali lagi? duga hati Mak Kasum.

52
Diana Derin

Reza merenung wajah sayu Datuk No’man. Kenapa


dengan Zumera? Apa yang telah dilakukannya?
Wajah Azril merona merah. Dia merasakan satu
penghinaan telah tercalit di wajahnya. Satu per satu wajah
tetamu yang hadir direnung.
Akhirnya setelah tiada balasan daripada Zumera,
Datuk No’man mengarahkan agar pintu bilik Zumera
dipecahkan. Dan setelah pintu terkuak luas, ternyata tiada
gadis bernama Zumera yang berpakaian pengantin di situ.
Yang ada hanyalah sehelai kertas yang bisa meleburkan
perasaan Datuk No’man.
Azril bungkam. Orang yang dicintai hilang entah ke
mana. Rasa malu tidak terhingga. Ikutkan hati mahu sahaja
dia menjerit melepaskan apa yang terbuku di dada. Namun
dia lelaki dan sewajarnya menjaga ego seorang lelaki. Dia
harus menerima suratan takdir yang telah tertulis untuknya.
Ini semua adalah percaturan hidup. Bukan dia memaksa dan
bukan juga menginginkan segalanya berlaku.
Dia melepaskan keluhan yang amat berat.
Tumbukan perlahan dihadiahkan pada si permaidani.
Sesungguhnya dia amat malu.
Tiba-tiba Azril bagaikan mendapat kekuatan. Dia
perlu menyelamatkan maruah diri. “Pak cik, demi maruah
saya, keluarga dan pak cik... saya mahu Reza menjadi
pengganti Zumera....”
Seperti sebuah sandiwara yang sedang dipertonton,
keluarga Azril mahupun Datuk No’man terpaku.
“Pak cik, izinkan saya berkahwin dengan Reza andai
ianya boleh menutup aib. Saya sanggup, pak cik….”
Suara sayu Azril bagaikan duri yang menikam
jantung Datuk No’man. Dia sesungguhnya amat marah,

53
Sangkar Cinta

marah dengan perilaku Zumera yang begitu kurang ajar.


Kerana sikap degil dan kebodohan Zumera, semua menjadi
mangsa. Apa salah Azril dan kenapa semuanya menjadi begitu
kalut?
Jawapan yang ditagihkan oleh Azril bukanlah
jawapan yang mudah untuk dilafazkan. Dia perlu mendapat
persetujuan daripada Reza. Anak itu juga punya impian. Ah,
bagaimana di dalam keadaan kalut begini Reza hendak
memberikan keputusan yang melibatkan masa depannya?
Datuk No’man bingung.
Bagaimana pula dengan Azwan yang berada jauh di
perantuan?

REZA dihujani perasaan hiba. Berbelah bahagi hatinya tika


itu. Air mata mula membasahi pipi gebunya. Dia harus
membuat keputusan.
Ah, Mera!!! Mera!!! Kenapa kau buat aku macam ni,
Mera? Sampai hati kau! Aku tak pernah berdendam apatah
lagi memusuhi kau. Kenapa Mera?
Lambat-lambat dia mengangkat kepala. Wajah-
wajah hiba yang pastinya menagih jawapan daripadanya
dipandang satu per satu. Mak Kasum yang dianggap seperti
ibu itu dipeluk erat.
Mak Kasum tahu, di hati Reza hanya ada Azwan.
Namun kini Reza terpaksa beralah. Beralah demi maruah
Datuk No’man.
“Ayah, kalau pengorbanan Reza ni boleh selamatkan
keadaan... Reza rela, ayah.”
Sebuah jawapan yang cukup meruntun hati Datuk

54
Diana Derin

No’man. Diraih si anak lantas dipeluk erat. “Nak, jangan


kerana ayah kamu korbankan hati dan keinginan. Buat
keputusan demi diri dan masa depanmu....”
“Reza rela, ayah. Reza ikhlas, demi ayah. Ayah
restuilah perkahwinan ini….”
Wajah tenang Reza meyakinkan Datuk No’man. Dia
tiada pilihan. Akhirnya dia mengangguk dan merestui
perkahwinan ini. Sesungguhnya dia amat terharu dengan
pengorbanan Reza.
“Reza anak ayah....” Dia memeluk Reza dengan
penuh kasih sayang.
“Reza, betul ke apa yang Reza buat ni? Mak cik.…”
Antara percaya dengan tidak, Mak Kasum
terpempan seketika. Sampai bila anak itu mahu kehidupannya
diatur? Menyerah dan mengalah sahaja. Kalau Azril
mengahwininya hanya kerana mahu menutup mulut orang,
Reza tidak akan bahagia. Apatah lagi lelaki itu tidak
dicintainya.
“Mak cik janganlah risau. Insya-Allah… Reza akan
cuba hadapinya dengan tabah. Yang penting semuanya
berjalan lancar dan ayah gembira,” balas Reza dengan tenang,
walaupun hatinya tergores dengan keputusan sendiri.
“Reza....”
Air mata Mak Kasum bagikan empangan yang
pecah. Meluncur laju membasahi pipi. Dengan hati yang
berat dia memimpin Reza untuk bersiap. Kalaulah semua
anak gadis berhati seperti Reza....

PALUAN kompang bergema setelah selesai majlis akad nikah.

55
Sangkar Cinta

Kini sahlah Reza menjadi isteri Azril. Walaupun disolek ala


kadar namun keayuan dan seri pengantin tetap terserlah di
wajahnya.
Rupa-rupanya dalam diam Azril terpegun dengan
keayuan si isteri. Namun perasaan itu diusir jauh. Di hatinya
hanya ada Zumera walaupun gadis itu telah mengkhianati
cintanya. Di hatinya juga tertanam secebis harapan agar si
gadis kembali ke pangkuannya.
Reza bagaikan bermimpi yang dirinya kini telah
bergelar seorang isteri. Sesungguhnya dia berasa sebak
dengan apa yang telah berlaku. Sampai hati Zumera
memperlakukan dirinya sedemikan rupa. Dirinya dijadikan
bahan permainan Zumera.
Sekonyong-konyong wajah Azwan menari-nari di
minda. Adakah dia mengkhianati cinta si jejaka? Tidak. Dia
terpaksa, terpaksa demi Datuk No’man. Tetapi... kenapa Azril
sudi memperisterikan dirinya? Kalau sekadar untuk menutup
tanggapan masyarakat, adakah perkahwinan ini akan
berkekalan?
Sanggupkah dia dan Azril berpura-pura menjadi
pasangan yang bahagia? Sampai bilakah mereka harus
menjeruk perasaan? Ah, aku buntu! batin Reza merintih hiba.
Semuanya ini tidak sepatutnya berlaku. Alasan Azril
tidak rasional. Mengahwini dirinya demi menutup malu,
kemudian menceraikannya. Ya Allah... tidak ada salahnya jika
aku menolak kehendak Azril. Kenapalah aku tak terfikir tadi?
Ah!!!!

56
Diana Derin

bab 7
S
EGALANYA serba kekok. Kedua-
duanya tidak mahu menerima
kehadiran di antara satu sama
lain. Azril dengan egonya. Manakala Reza pula masih dihujani
dengan kekesalan yang tidak berpenghujung.
Di malam pertama perkahwinan, Azril meluahkan
apa yang terbuku di dada. Pemintaannya agar Reza menjadi
galang ganti adalah untuk menutup aib semata. Dan di
malam itu juga Azril telah melafazkan ikrar yang
membuatkan Reza nanar sendirian.
“Aku berjanji takkan sentuh kau. Sebenarnya aku
tak ada niat langsung nak menikahi kau. Aku terpaksa. Dan
kau harus ingat, kau ni hanya alat untuk padamkan aib yang
Zumera tinggalkan. Walaupun Zumera dah malukan aku, aku
tetap cintakan dia. Dalam hati aku tak ada ruang kosong
untuk kau. Jadi kau jangan nak berangan jadi isteri aku!”
“Aku faham. Semua ni terjadi dengan terlalu
pantas. Aku juga nak kau tahu bahawa aku ni pun tak terniat
nak bersuamikan kau.”

57
Sangkar Cinta

Menyampah! Macamlah aku yang terhegeh-hegeh


kat dia. Reza mencebik. Geram melihat gelagat lelaki itu.
Kalau ikutkan hati, mahu sahaja dia pergi jauh. Tetapi apakan
daya... mereka perlu merahsiakan hal sebenar daripada
pengetahuan semua orang.
Segala keinginan dipendam demi ego masing-
masing. Tetapi adakah ego jika segala kepercayaan, cinta dan
sayang itu tidak wujud di dalam diri? Bagaimana hendak
memaksa perasaan yang halus itu? Azril dan Reza diserang
kebuntuan dek mempertahankan ego masing-masing.
Reza dan Azril tidak akan mampu mengaburi mata
semua orang.
Kedinginan mereka mengundang persoalan di hati
Mak Kasum. Mak Kasum tahu, mereka masih tidak boleh
menerima takdir yang tersurat untuk mereka berdua. Mak
Kasum bukan mahu menjaga tepi kain orang. Tetapi kerana
sayang terhadap Reza yang sudah dianggap seperti anak
sendiri, dia nekad bertanya masalah yang melanda rumah
tangga Reza. “Emmm... Reza, boleh mak cik tanya sesuatu?”
“Apa dia, mak cik? Tanyalah....” kata Reza sambil
menyenduk nasi ke dalam pinggan.
“Emmm… kamu bahagia ke kahwin dengan Azril?
Mak cik tengok macam ada yang tak kena aje. Bila tengah
malam Azril tidur bilik sebelah. Kenapa Reza?” Sambil
bertanya, mata Mak Kasum liar memandang sekeliling. Dia
bimbang kalau ada orang lain yang mendengar. Malu dia
nanti.
“Mak cik… emmm... Reza sebenarnya tak rasa pun
yang Reza ni dah ada suami. Hati Reza belum dapat terima
dia. Mak cik… sebenarnya… errr… kami masih belum
bersama lagi.…” Suara Reza teragak-agak.

58
Diana Derin

“Ya Allah, Reza. Tak baik buat macam tu, Reza…


berdosa. Malaikat laknat seorang isteri yang membelakangi
suami sehingga subuh. Kalau ayah Reza tahu, tentu dia
sedih….”
Bahu Reza dibelai lembut. Dia faham benar akan
sikap anak gadis arwah Salmiah itu. Terlalu banyak berkorban
demi orang lain. Kali ini dia terpaksa mengalah angkara Si
Zumera.
“Mak cik, nak buat macam mana lagi? Perkahwinan
ni macam mimpi. Dia pun tak dapat terima Reza sebagai
isterinya.”
Bersungguh-sungguh Reza menjelaskan keadaan
sebenar. Dia tidak kecewa dengan layanan dingin Azril
terhadapnya. Bukan salah Azril dan bukan juga salahnya.
Mak Kasum faham perasaan Reza. Anak itu tiba-tiba
dikahwinkan dengan seorang lelaki yang tidak dicintai dan
pasti janggal rasanya. Apalagi segalanya berlaku dengan
begitu pantas. Mak Kasum menggeleng.
“Mak cik rasa lebih baik kamu tidur sebilik,” cadang
Mak Kasum. Dia bimbang jika Datuk No’man dapat menghidu
lakonan mereka. Pastinya Datuk No’man akan berasa kecewa,
tertipu dengan lakonan anak menantu.
Dalam diam Mak Kasum merancang sesuatu. Dia
mahu merapatkan suami isteri itu. Baginya cinta itu boleh
dipupuk selepas berkahwin. Seperti dirinya yang tidak pernah
mengenali bakal suaminya dahulu. Malah perasaan kasih itu
lebih hebat berbanding mereka yang berkahwin atas pilihan
sendiri.
“Hah, tidur sebilik? Lagi tak boleh, mak cik.
Cukuplah malam tu aja. Reza tak nak!”
Reza menggeleng kepala. Teringat malam pertama

59
Sangkar Cinta

ketika dia dan Azril tidur sebilik. Ah, terlalu janggal rasanya.
Semalaman dia dan Azril tidak tidur. Masing-masing melayani
perasaan sendiri. Mahu sahaja dia lari dari rumah. Namun
mengenangkan saudara-mara yang masih bertamu di rumah
ayahnya, ditahan sahaja perasaan cuak tersebut.
“Kalau kamu tidur bilik berasingan dan Datuk dapat
tahu, macam mana? Tentu Datuk kecil hati.”
Kata-kata Mak Kasum mengusik hati Reza.
Mungkin sebulan dua ini mereka masih boleh berpura-pura.
Tetapi takkan memakan bertahun pula? Apa pula tanggapan
Datuk No’man? Ah, gila! Ini semua berlaku gara-gara
Zumera.
“Tapi... seganlah, mak cik. Takkan Reza nak minta
dia tidur kat bilik Reza pula,” gumam Reza.
Wajah Reza yang suram mengundang simpati. Hati
kecil Mak Kasum tersentuh melihat riak wajah anak itu.
Lantas dipeluknya Reza yang sudah dianggap seperti anak
sendiri. “Tak apa, mak cik akan tolong.”
Reza tersenyum.
Mak Kasum menjeling sambil mengusik. Tahulah
dia apa yang perlu dilakukannya nanti.
“Emmm... apa yang mak cik nak buat?” duga Reza
sambil merangkul pinggang Mak Kasum dengan penuh kasih
sayang. Terpulanglah pada Mak Kasum yang hendak
dilakukan. Asalkan baik dan tidak akan menimbulkan
masalah.
Mak Kasum tidak menjawab. Dia hanya tersenyum
memanjang.

60
Diana Derin

PAGI esoknya Reza dikejutkan dengan bunyi ketukan di


pintu biliknya. Dia sudah mengagak pasti itu rancangan Mak
Kasum.
“Reza, buka pintu ni cepat....” Suara Azril
kedengaran perlahan.
Reza sengaja membiarkan Azril mengetuk pintu
biliknya. Tetapi lama-kelamaan bunyi ketukan yang bertalu
dan semakin keras itu membingitkan telinganya. Akhirnya
dia bangun membuka pintu dengan wajah selamba.
“Emmm... apa kes ni kacau orang pagi-pagi buta?
Orang nak tidur tau tak!” tukas Reza.
“Saya... saya nak tumpang bilik awak sekejap. Boleh
tak?”
“Kenapa pula dengan bilik awak?”
Reza menyoal kembali Azril sambil menatap wajah
serius lelaki di hadapannya itu.
“Minta maaf, bilik saya tu perlu dibersihkan sebab
ada tikus mati dalam almari. Tempat tikus bersarang agaknya.
Sementara Mak Kasum bersihkan bilik tu boleh saya tumpang
bilik awak?”
Azril menelan liur, Reza di hadapannya bersikap
acuh tak acuh. Geram sungguh hatinya. Ingat aku nak sangat
sebilik dengan kau? Kalau bukan kerana tikus tu, tak ingin
aku nak tumpang tidur kat bilik kau ni.
Ah, lantaklah... yang penting ayah tak nampak.
Sekadar menutup pandangan mata buat sementara ni
bolehlah, hati Azril mendesis.
Tanpa menunggu kebenaran Reza, dengan selamba
Azril terus melangkah masuk ke dalam bilik Reza dengan
kain bajunya.

61
Sangkar Cinta

Reza terkedu melihat Azril mengangkut kain


bajunya.
“Hai... kata tadi sementara aje. Ni apesal angkat
semua kain baju sekali ni?” Reza membentak.
“Hah, dah menumpang bilik orang pandai-
pandailah mengemas dan jaga kebersihan. Nanti tikus tu
bersarang kat sini pula,” sambung Reza sambil menyindir
Azril.
Azril menyepi. Dia tidak mahu melayan Reza.
Kecoh. Lebih baik buat tidak tahu sahaja.

62
Diana Derin

bab 8
M
IMPI ngeri menemani
kehidupan Reza dan Azril.
Sudah enam bulan Reza dan
Azril menjalani kehidupan berumah tangga. Namun hubungan
suami isteri tidak pernah terjalin. Tidak ada kemesraan dan
kasih sayang yang ditunjukkan. Masing-masing dengan dunia
dan kehidupan sendiri. Reza dengan dirinya, Azril dengan
kehidupannya. Namun tidak pula kekalutan itu ditunjukkan
di hadapan Datuk No’man. Seperti sepasang suami isteri,
mereka berlakon di hadapan Datuk No’man.
Masing-masing masih dibayangi kenangan silam.
Reza tidak pernah merelakan ianya terjadi, namun tidak pula
menyesali keadaan. Biarlah... kata hatinya. Biarlah masa dan
keadaan menentukan segalanya.
Wajah Azwan masih setia membayangi dirinya.
Hingga kini Azwan tidak mengetahui bahawa pujaan hatinya
itu sudah menjadi isteri orang.
Mendambakan sebuah rumah tangga yang bahagia
adalah anganan kosong bagi Azril. Azril keliru. Kalaulah

63
Sangkar Cinta

bukan Reza yang menjadi isterinya, sudah tentu dia akan


melangkah keluar. Namun kerana janji dan wasiat arwah
ayahnya, dia terpaksa menerima segala kepahitan itu.
Walaupun sengsara menjalani kehidupan berumah tangga,
Azril tetap meneruskan wasiat arwah ayahnya. Dia tahu
bukan dia sahaja yang berperasaan begitu, malah Reza juga
terluka dengan apa yang berlaku. Terlajak perahu boleh
diundur, terlajak kata badan yang binasa. Hanya perpisahan
sahaja yang boleh melenyapkan segala keresahan. Dengan
perpisahan dia bolehlah keadaan kembali seperti dahulu.
Tetapi wajarkah penceraian itu berlaku? Dia dan
Reza hanyalah mangsa keadaan. Segalanya tidak pernah
diduga. Kalau dia selaku ketua rumah tangga boleh bersikap
lepas tangan, untuk apa mempertahankan perhubungan ini?
Dia boleh mencari kebebasan dari belenggu sebuah perjanjian
atau mencari cinta lain.
Sampai bila mereka harus bergelumang dengan
perasaan dan mencipta dosa? Untuk apa menjadi suami isteri
andai tidak pernah menjalani kehidupan berumah tangga?
Azril cuba membuang jauh perasaan cintanya terhadap
Zumera. Gadis itu ternyata telah mengkhianati diri dan
cintanya. Untuk apa dia harus menyimpan kesetiaan
sedangkan dia telah dipermainkan hidup-hidup oleh
perempuan itu. Kenapa dia tidak melihat keluhuran dan
pengorbanan yang dilakukan oleh Reza? Di mana silapnya,
dia sendiri pun tidak tahu.
Azril serba salah. Dia menyedari betapa bodoh
dirinya membiarkan masa berlalu begitu sahaja. Kenapa tidak
digunakan masa itu untuk belajar mencintai dan menyayangi
Reza? Wanita yang sanggup menjadi lilin demi menyinari
kehidupan orang lain. Kenapa dia tidak melihat kemuliaan
Reza? Azril buntu sendiri.

64
Diana Derin

“Mak cik... mak cik masak apa hari ni? Oh... sambal
tumis udang campur petai. Eh, dah terliur ni, mak cik.”
Aroma sambal udang campur petai yang menjadi
kegemaran Reza menusuk hidungnya.
“Emmm… kan ke hari ini hari Jumaat. Datuk suka
dan Reza pun suka, jadi mak cik masakkan la.” Mak Kasum
tersenyum memandang Reza.
“Reza tolong siapkan meja, nanti kita makan sama-
sama ya.”
Mak Kasum hanya mengangguk. Anak arwah
Salmiah ini memang rajin orangnya. Bertuah Azril dapat
isteri sepertinya. Tapi... Mak Kasum menggeleng. Cepat-cepat
dia mengangkat mangkuk sambal ke atas meja. “Reza, kejap
lagi Datuk balik. Pergilah mandi dulu.”
Reza mengangguk. Arahan Mak Kasum segera
dipatuhi. Kalau tidak bisinglah orang tua itu nanti. Reza
mencium pipi Mak Kasum dengan penuh kasih sayang.
Baginya Mak Kasum seperti ibunya. Dan hanya orang tua
itulah sahaja tempat dia menumpang kasih sayang.
Mencurahkan segala bebanan kehidupan.
“Baiklah, mak cik. Tapi dapur tu biar Reza yang
kemaskan.” Reza mencuit pinggang Mak Kasum, sampai
terjerit orang tua itu kegelian.
Azril terdengar keletah Reza mengusik Mak Kasum.
Ternyata Reza seorang yang peramah dan suka membantu.
Hatinya tergores sayu. Sudah enam bulan mereka berkahwin,
tetapi masih seperti orang asing.
Tiada yang kurang sebenarnya tentang Reza. Tetapi
dia cuba mengusir perasaan yang tiba-tiba menjengah kamar
hatinya. Perasaan itu perlu diusir jauh sebelum bercambah.
Dia belum mahu mewujudkan perasaan itu.

65
Sangkar Cinta

Azril berpura-pura tidur dengan buku yang sengaja


ditutupkan ke muka.
Reza mengambil pakaiannya dan membersihkan
diri di bilik air. Sejak dari malam pertama perkahwinan
mereka, dia tidak pernah membuka mahupun berpakaian di
hadapan Azril. Kalau hendak mandi, Reza akan membawa
pakaiannya sekali ke dalam bilik air.
Azril merenung ke arah pintu bilik air. Dia mencari
bayang-bayang Reza. Kenapa dia harus memikirkan tentang
perempuan itu? Namun hatinya tiba-tiba berlagu riang
apabila sayup-sayup mendengar isterinya menyanyi kecil.
Begitu riang seperti tidak pernah dibebani oleh kesedihan.
Reza melangkah dengan selamba. Azril yang masih
berpura-pura tidur tidak disapa. Kemudian dia menyapu
tangan dan lehernya dengan losen.
Azril berdeham. Sengaja ingin menarik perhatian
Reza. “Ehem… wanginya! Bau menusuk ke hidung.”
Azril cuba bergurau. Kadang-kadang bosan juga
tidak bertegur sapa, macam kera sumbang pula.
“Hai, perli ke? Losen murah, mana ada wangi!”
Reza menjeling tajam, wajahnya masam mencuka.
“Hai, marah pula dia.” Azril terkedu. Dia merenung
wajah Reza.
“Emmm… ayah dah balik tu, jom turun makan.”
Reza cepat-cepat mengemaskan diri apabila terdengar
deruman nyaring Jaguar milik Datuk No’man di garaj. Dia
tidak mahu berlama-lama dengan Azril di dalam bilik. Nanti
lain pula jadinya.
Reza meninggalkan Azril sendirian setelah
mengenakan sedikit solekan ke wajahnya yang putih bersih.

66
Diana Derin

Kalau boleh dia tidak mahu Azril merenungnya ketika sedang


bersolek. Lelaki itu walaupun nampak jujur, namun dia tetap
lelaki. Sekalipun lelaki itu pernah berkata tidak akan
menyentuh dirinya, namun dia sedar, tiada halangan bagi
lelaki itu jika menginginkannya.
“Emmm… hari Ahad ni kita balik kampung. Mak
dah banyak kali telefon suruh balik kampung.” Azril bersuara
ketika mereka sedang menunggu Datuk No’man untuk
makan bersama.
Kata-kata lembut Azril bergema di telinga. Reza
diam. Hendak balik kampung Azril bukan satu masalah,
memang dia teringin sangat hendak ke sana. Dia sebenarnya
khuatir jika ditanya itu ini. Takut nanti pecah tembelang
pula.
“Tengoklah kalau ada masa,” balas Reza acuh tak
acuh. Fikirannya ligat berputar memikirkan sesuatu. Nak
balik kampung Azril? Untuk apa? Mahu diperkenalkan pada
saudara-mara? Ah, buat buang masa aje! Bukan ada faedah
pun.
“Hesy, apa pula tengok-tengok? Mak dah banyak
kali tanya bila nak balik.” Suara Azril sedikit menekan. Dia
malas hendak bertegang urat hanya kerana isu balik
kampung. Lagipun bab pujuk memujuk paling dia tidak suka.
Buang masa.
“Yalah kalau tak ada program,” jawab Reza selamba.
Reza menjeling geram. Dia geram apabila didesak
begitu. Kalau ikutkan hati mahu sahaja dia menjerit. Tetapi
dia masih menghormati Azril. Walau apa pun yang terjadi
Azril tetap suaminya.

67
Sangkar Cinta

DEMI kerana status isteri, akhirnya dia terpaksa juga. Akur


dengan kehendak dan kemahuan lelaki itu.
Sepanjang perjalanan yang memakan masa hampir
dua jam itu Reza hanya mendiamkan diri dengan membaca
novel. Melayari perjalanan tanpa secebis bicara sememangnya
membosankan.
Azril yang tenang memandu mengalihkan
pandangan. Sekilas dia melihat Reza bagaikan teruja melihat
keindahan kampung. Dengan menaiki anak bukit, melalui
kabus tebal dan dingin seolah-olah berada di atas awan.
Cukup mempesonakan.
“Reza, kalau depan mak nanti panggil saya abang.
Ingat tu.” Azril bersuara memecah kebisuan yang
bermaharajalela sejak tadi. Dia mengerling Reza di sisi. Riak
wajah Reza kelihatan selamba. Sedikit pun tidak memandang
ke arahnya. Kenapa? Buruk sangat ke muka aku ni sampai dia
tak ingin langsung nak pandang? getus hati kecil Azril.
“Hey, sejak bila awak jadi abang orang ni?” Reza
berseloroh namun riak wajahnya masih serius.
“Reza... kita nikan suami isteri, walaupun saya
masih tak sentuh awak. Saya tak mahu mereka anggap saya
ni suami yang tak bertanggungjawab.”
Kata-kata Azril menghentak jiwanya. Amboi...
sedapnya bercakap. Tahu pula nak jaga maruah. Emmm...
yalah tu. Nampaknya kita ni jadi pelakon sampai tua la ya.
Reza menggetap bibir. Tak apa. Hidup ini adalah
percaturan. Banyak dugaannya. Tak kisahlah kalau terpaksa
berlakon untuk seumur hidup. Mungkin keluarga Azril
mahupun Datuk No’man boleh dikaburi dengan permainan
mereka.
“Awak nak saya buat apa? Berlakon?”

68
Diana Derin

“Hormatkan saya kerana saya ni suami. Dan kita


buat macam biasa. Dan mulai sekarang Reza kena panggil
saya abang. Yang ini bukan berlakon, ini betul-betul.”
Kalaulah Reza tahu apa yang sedang bermain di
dalam hatinya saat ini. Sebenarnya dia sudah penat berlakon.
Kalau boleh dia mahu menamatkan permainan yang
diciptanya sekarang juga. Sakit kepalanya memikirkan hal
mereka sejak beberapa bulan yang lalu.
Namun dia bukanlah seorang yang mudah melatah
dengan dugaan hidup. Apa yang berlaku mungkin ada hikmah
yang tersembunyi. Apa salahnya belajar menyayangi sesuatu
yang baru. Sama juga keadaannya apabila jatuh cinta kali
pertama. Cuma suasananya sahaja yang berbeza.
Ala... apa susahnya panggil abang kalau itu yang dia
mahu, kata hati kecil Reza.
Reza senyap. Wajah Azril sesekali dikerling dengan
ekor mata.
Azril membelok ke arah sebuah rumah papan
berwarna hijau tua.
Dada Reza berdebar kencang. Tatkala keluar dari
perut kereta bibirnya akan memanggil Azril dengan panggilan
abang. Hati... mampukah aku membohongi ibu Azril? Reza
mengeluh dalam diam....

69
Sangkar Cinta

bab 9
F
IKIRANNYA menerawang
teringatkan arwah nenek dan
arwah ibu. Sudah lama dia tidak
menziarahi pusara dua insan yang amat disayangi itu.
“Reza... inilah rumah abang. Hah, itu mak dan
adik-adik abang.” Azril memarkirkan kereta di bawah pokok
jambu.
Suara Azril menenggelamkan ingatan Reza. Dia
terkebil-kebil memandang semua ahli keluarga Azril yang
memandangnya dengan senyuman manis.
“Assalamualaikum, apa khabar?” Si gadis yang
murah dengan senyuman menyapa Reza.
“Apa khabar, nak? Sampai juga Reza kat teratak
buruk mak. Hah Azril, bawa isteri kamu naik ke atas.”
Begitu peramahnya adik-adik Azril. Mak mertua
yang disangka garang tidak kering gusi ketawa dan bercerita
itu dan ini pada Reza. Sempat bercerita tentang gerai dan
resipi tomyam yang menjadi kegemaran ayahnya. Ternyata
kehadirannya disenangi oleh keluarga Azril. Keramahan dan

70
Diana Derin

kebaikan mereka menyentuh jiwa Reza. Kalaulah nenek dan


mak masih ada, taklah aku rasa terbuang begini.
Setitis air mata membasahi pipi. Begitu damainya
mereka di sini. Dengan ahli keluarga yang ramai segalanya
pasti dapat dikongsi bersama.
Alangkah bertuahnya mempunyai ahli keluarga
yang ramai. Punya abang, kakak dan adik-adik. Tentu seronok
mempunyai teman bergaduh, ketawa dan berhibur.
“Kak… cantiknya baju yang akak bagi ni. Kakak
macam tahu aje Ain suka warna biru.” Becok mulut Aini
bercerita mengenai baju kurung yang dihadiahkan oleh Reza.
Suka benar dia dengan warna biru rona berbunga halus itu.
Reza tersenyum. Adik-adik Azril semuanya peramah
belaka.
“Alahai, terima kasih ya kak, tudung merah jambu
ni cantik. Kat mana akak beli?” Si putih pula sesuai dengan
warna merah jambu. Serasi dengan warna kulitnya yang
cerah berbanding yang lain.
“Akak beli dekat Kompleks Karamunsing. Banyak
pilihan tau, jadi akak cuma agak-agak aje yang Jija suka
warna ni.”
Gadis kecil itu tersenyum meleret.
Reza suka memandang wajah adik Azril yang satu
ini. Sudahlah cantik, ada lesung pipit di kedua-dua belah
pipinya pula. Macam Azril.
“Emmm... jangan manjakan sangat dia orang tu,
Reza. Reza, terima kasihlah hadiahkan mak baju kurung.
Terima kasih juga sebab sudi datang ke rumah buruk mak
ni.”
Reza beralih arah, memandang lembut seraut wajah

71
Sangkar Cinta

milik Mak Dayang. Melihat ibu Azril bagaikan melihat arwah


ibunya sendiri. Reza tersenyum lantas memeluk ibu
mentuanya yang sudah berusia separuh abad itu.
“Isy, janganlah cakap macam tu, mak. Reza pun
orang kampung juga.” Reza merendah diri.
“Kak… seronoknya. Kereta control ni bestlah. Laju
macam F1.”
Suara nyaring si bongsu mencuit hati Reza. Geli
hatinya melihat keletah adik bongsu Azril yang agak tembam
itu.
“Terima kasih, kak.” Anak kecil itu mencium pipi
Reza. Seronok betul hingga lupa akan kehadiran Azril.
Azril yang sejak tadi melayan Ciko, kucing
kesayangannya hanya membuang pandangan. Entah bila pula
Reza membeli benda alah itu semua. Dia cuba mencuri
pandang wajah Reza.
“Abang, kakak ni baiklah. Kakak belikan Ezul kereta
control.” Ezul memuncungkan mulut. Sengaja menyindir
Azril yang berdiam diri sejak tadi. Dia mahu menyakat abang
kesayangannya itu.
“Kakak baik, kan bang? Kakak belikan Jija tudung
ni....” Jija pula menyampuk.
Azril mencebik. Dia meluat kerana asyik mendengar
adik-adiknya memuji Reza. Buah durian yang dibelinya tadi
tidak pula disebut.
“Yalah… kakak kamu tu baik, abang kamu ni tak
baik. Nak ambil hatilah tu. Eleh, mengada betul.” Azril
memuncungkan mulut apabila diusik oleh adik-adiknya.
Emak yang baru keluar sambil menatang seteko teh
panas dan sepiring pisang goreng tersenyum meleret. Lebar

72
Diana Derin

senyumannya melihat menantu yang peramah dan cantik di


hadapannya. Bertuah Azril, bisik hatinya.
“Azril, bertuah kamu dapat isteri yang baik, rajin
dan cantik pula tu. Tak sia-sia kamu kahwin dengan dia,” ujar
Mak Dayang sambil mendekati Azril.
“Mak ni, janganlah puji lebih-lebih sangat. Nanti
naik lemak pula Si Reza tu.” Azril mendengus, naik rimas
apabila emaknya memuji-muji Reza.
“Azril, mak ni dah lebih dulu makan garam. Mak
lebih tahu mana permata, mana kaca. Jangan dah terhantuk
baru engkau sedar mana yang lebih berharga.”
Azril diam, wajah emak ditatap lembut. Kata-kata
emak memang ada benarnya.
“Yalah tu, mak. Reza tu semuanya baik. Azril ni saja
yang tak baik,” tukasnya perlahan.
“Bukan macam tu, Azril. Isteri yang baik jangan
disia-siakan, nanti menyesal di kemudian hari. Jagalah Reza
tu dengan baik. Dengarlah cakap mak ni, Azril.” Panjang
syarahan Mak Dayang.
Azril bungkam. Wajah tenang emaknya dipandang
sepi. Satu-satunya wajah yang begitu dirinduinya. Wajah tua
yang tidak pernah mengenal penat dan lelah mendewasakan
mereka adik-beradik. Kenapa emak beranggapan begitu
terhadap Reza? Kenapa emak mengatakan Reza itu baik dari
segala segi. Ah emak, mungkin itulah penilaian seorang ibu.
Orang tua yang lebih tahu masin tawarnya. Tetapi emak tidak
tahu konflik yang sedang melanda rumah tangga mereka.

BARU semalam bersama keluarga Azril ternyata Reza tidak

73
Sangkar Cinta

kekok bergaul dengan sesiapa pun. Tiada secebis pun rungutan


apabila terpaksa mandi di perigi, digigit nyamuk dan tidur
beralaskan tikar mengkuang. Dia anak kampung yang tidak
pernah lupa asal usul. Dia pernah merasai manisnya tinggal
di kampung.
Reza termenung di beranda rumah beratapkan zink.
Rumah yang sederhana besar namun amat selesa. Dia sengaja
melarikan pandangan dari menjadi renungan lelaki itu. Ah,
kenapa dengan dia? Takkan nak ambil hati atau marah pula.
Lagipun tak ada kena-mengena untuk menjadikan hal
tersebut sebagai alasan sakit hati. Bukankah itu perkara
biasa.
Reza sengaja mengambil kesempatan untuk tidur
bersama mak mertua dan adik-adik Azril. Sesekali dapat
bermanja begitu apa salahnya. Tidur beramai-ramai di ruang
tamu.
Azril terkejut dengan sikap selamba Reza yang
menawarkan diri untuk tidur bersama mereka. Sedangkan
dia cuba berusaha untuk menyembunyikan perkara sebenar
agar tidak dapat dihidu oleh keluarganya. Adakah itu yang
membuatkannya sakit hati?
“Tak apalah, Reza nak tidur dengan mak,” tingkah
Reza membuatkan Mak Dayang tersenyum mengerti. Rawan
betul hatinya tatkala anak itu merangkul pinggangnya.
“Tapi Reza....” Wajah Mak Dayang berubah
mendung.
“Tak apalah, bukannya selalu dapat tidur dengan
mak dan adik-adik. Lagipun Reza rindukan keluarga Reza.
Dapat bersama mak dan adik-adik kira dah terubat rindu
Reza. Bolehlah mak....”
Reza sememangnya pandai memujuk. Pinggang

74
Diana Derin

gemuk Mak Dayang dirangkul erat. Reza seolah-olah tidak


kisah dengan jelingan Azril. Ah, biarkanlah dia!
Melonjak adik-adik perempuan Azril kerana dapat
tidur bersama kakak ipar mereka.
Azril menjeling sinis.
Reza tersenyum mengejek. Ah, kenapa pula dia nak
marah? Selama ini pun mereka tidur sebilik, tetapi sorang
tidur di atas katil dan sorang lagi tidur di lantai.
Entah kenapa sejuk betul hati Azril ketika ini.
Senyuman Reza tiba-tiba menerpa ke mindanya. Apalagi
malam itu terasa amat dingin. Tetapi kerana ego dia terpaksa
mendiamkan diri.
Reza tidak pernah menyangka bahawa
perkampungan di tanah tinggi itu mempunyai pemandangan
yang begitu indah. Suasana yang membangkitkan kerinduan.
Dia membuang pandangan ke luar tingkap kayu yang
menghadap ke arah kaki gunung. Nun jauh di sana dia dapat
mendengar deruan air terjun yang mengalir turun menyusuri
sungai berbatu. Ada kedamaian yang mengusik atmanya.
“Kat sini airnya sejuk, kak. Kalau nak mandi air
terjun, dekat sana ada air terjun. Akak nak pergi ke?” Jija
mengulum senyum. Dia membayangkan kakak iparnya itu
sedang terkial-kial menyeberangi sungai berbatu bersama
Azril.
“Ya ke? Wah, tentulah akak nak pergi. Lagipun
bukan selalu dapat mandi air terjun.” Reza sudah
membayangkan dirinya berendam di dalam sungai.
Keinginan Reza untuk ke air terjun disampaikan
kepada emak mertuanya oleh Jija.
“Pergilah dengan Azril. Ajak sekali Jija dan Aini.

75
Sangkar Cinta

Hah Azril, bawalah Reza jalan-jalan ke sana,” usul Mak


Dayang.
“Hish! Azril malaslah, mak....” Azril menggosok-
gosok bulu Ciko yang lebat dan halus. Dia malas mahu
melayan kehendak Reza. Tak boleh ikutkan sangat kehendak
dia. Kalau kat bandar tak pula minta itu ini. Nak ambil
kesempatanlah tu!
“Kamu ni Ril, bukannya selalu Reza dapat ke mari.
Apa salahnya bawa dia ronda kampung kita ni. Ril pun bukan
selalu dapat balik kampung, kan?”
Dan pujukan emak akhirnya mencairkan juga
keegoan Azril.
Betapa riangnya Reza dapat berendam di dalam
kedinginan air terjun. Sudah lama dia mengimpikan untuk
menjejakkan kaki ke perkampungan indah dengan suasana
air terjun yang nyaman dan tenang itu. Reza seperti
merasakan segala kedamaian dan kenangan lama sewaktu
bersama neneknya terakam semula seperti semuanya baru
semalam berlaku. Kampung ini amat damai, walaupun
situasinya berbeza dengan apa yang ada di kampungnya.
Namun dia adalah pencinta alam yang mengagungi setiap
keindahan ciptaan-Nya.
Kalau emak tak berkahwin dengan Datuk No’man
mungkin dia tidak akan menjejakkan kaki di kampung Azril.
Dan kalau bukan angkara Zumera, dia tidak mungkin dapat
berendam seperti hari ini. Semuanya tidak pernah dirancang.
Tidak pernah terduga.
“Eh... dah nak tengah hari ni, kenapa tak naik lagi?
Tak nak balik ke?” Azril melaung memanggil adik-adiknya.
Reza pula entah berkubu di mana. Azril geram. Perut orang
dah berkeroncong ni, marah Azril di dalam hati.

76
Diana Derin

“Amboi, bukan main seronok berendam! Tak nak


balik ke? Nak bertapa kat sini?” sindir Azril yang berdiri di
atas batu berhampiran air terjun. Dia mengimbangkan diri
apabila terpijak batu-batu yang licin.
Reza yang mendengar sindiran Azril segera bangun
dari berendam dan mula melangkah untuk naik ke tanah.
Azril melihat Reza cuba memanjat sebiji batu besar
di hadapannya. Hatinya mula berlagu resah apabila dilihatnya
Reza terhuyung-hayang mengimbangi badan.
Tiba-tiba...
Azril tergamam tatkala melihat Reza tergelincir lalu
terjatuh ke dalam deruan air terjun yang deras. Tanpa
berlengah Azril terus bertindak untuk menyelamatkan Reza.
Mujur Azril sempat memaut bahu Reza.
Tetapi air yang terlalu deras menghempas tubuh
mereka berdua.
“Reza, pegang tangan abang ni!” Azril menjerit
sambil cuba mencari Reza yang tenggelam timbul.
Reza mencapai lengan Azril.
Azril berpaut pada dahan kayu yang melintang di
antara tebing. Tangan kanannya memaut pinggang Reza.
Silap langkah mereka boleh dihanyutkan oleh air yang deras.
“Reza, pegang abang kuat-kuat.” Azril memberi
arahan. Dahan kayu yang ditariknya mula bergoyang. Dia
perlu cepat naik ke atas tebing.
“Abang! Kak Reza!” Aini dan Jija berlari cemas ke
arah mereka.
Reza menggigil kesejukan.
Mujur Azril cekap, kalau tidak tentu mereka sudah
dihanyutkan oleh arus yang deras.

77
Sangkar Cinta

“Terima kasih sebab selamatkan aku tadi....” Reza


bersuara perlahan. Dia tahu Azril marah. Tetapi bukan
salahnya juga. Semua yang berlaku di luar dugaan.
“Ain, Jija, apa yang berlaku tadi jangan ceritakan
pada mak, faham?”
Azril memandang adik-adiknya. Dia tidak mahu
emaknya berasa cemas.
Aini dan Jija mengangguk faham.

MENIKMATI hidangan makan malam dengan masakan ala


kampung cukup membuka selera Reza. Sewaktu pulang
dari air terjun tengah hari tadi, dia sempat memetik pucuk
ubi. Nangka muda di belakang rumah dimasak gulai lemak
bersama ikan masin. Dan ikan talapia merah yang dipancing
oleh Ezul dimasak asam pedas. Seronok tinggal di kampung,
semuanya boleh diperolehi dengan mudah. Kalau rajin
mencari, macam-macam boleh dijadikan santapan.
Dia memang pakar bab masakan kampung. Ternyata
kepakarannya memasak menyentuh naluri keibuan ibu
mertuanya. Reza sedikit pun tidak mengeluh ketika
melakukan kerja sendirian.
“Emmm… sedaplah masakan kakak. Abang bertuah
la sebab dapat isteri yang pandai masak,” Aini mengusik. Dia
mahu mengembalikan keceriaan di wajah abangnya. Dia tahu
abangnya terkejut dengan kejadian siang tadi. Mujur semunya
selamat.
“Yalah kak, sedap.” Jija pula mencelah.
“Kan kakak ni orang kampung. Masakan macam ni
biasa aje Ain, Jija.”

78
Diana Derin

Reza mengulum senyum, dia gembira kerana air


tangannya mendapat pujian. Tiba-tiba Reza merasakan
kepalanya pening. Wajah-wajah yang dipandangnya seolah-
olah berbalam.
Selesai makan Reza terus merebahkan diri di atas
katil. Badannya menggigil kesejukan, tetapi kepalanya terasa
panas pula. Reza bimbang kalau-kalau dia demam. Namun
dia cuba bertahan. Kalau demam nanti kepada siapa dia
hendak mengadu. Kepada Azril? Tidak mungkin dia akan
mengadu kepada lelaki itu. Azril tentu akan mengejek dan
memarahinya kerana berkeras untuk ke air terjun pagi tadi.
Lihat apa yang telah berlaku.
Reza mula terasa mamai. Pandangannya menjadi
kabur. Selimut tebal kepunyaan Azril seperti tidak mampu
memanaskan tubuhnya yang kedinginan. Dalam keadaan
yang tidak selesa itu, akhirnya Reza terlelap juga.
Azril tidak menyedari Reza masuk ke dalam bilik.
Dia terlelap ketika sedang menonton TV. Dia masuk ke bilik
kerana dikejutkan oleh ibunya supaya menemankan Reza.
Dia hairan melihat Reza bergulung di dalam
selimut. Setahu Azril, Reza tidak suka tidur berselubung.
Alangkah terkejutnya Azril apabila tanpa sengaja tangannya
tersentuh dahi Reza.
“Ya Allah, panasnya. Reza, Reza….” panggil Azril.
Reza membuka kelopak matanya perlahan-lahan
lantas memaksa diri untuk bangun.
“Kenapa… kenapa pandang aku macam tu?” Reza
cuba menggagahkan diri untuk duduk di birai katil.
“Kenapa dengan engkau? Demam ya?” Azril cuba
mencapai tangan Reza, namun Reza cepat-cepat menepis.

79
Sangkar Cinta

“Taklah… tak ada apa-apa. Aku okey. Kenapa?”


Sambil menyilangkan tangan, Reza segera menarik selimut
untuk menutup tangannya. Dia dapat merasakan badannya
menggigil saat itu.
“Jangan bohong. Kau ni demam. Itulah lama sangat
berendam tadi. Ha... kan dah sakit. Siapa yang susah, abang
juga yang susah.” Bisanya mulut Azril berkata-kata.
Eh, sejak bila pula bersusah payah nak jaga orang
ni. Orang punya pasallah nak berendam lama-lama, getus
hati kecil Reza.
“Emmm... kita sakit pun jadi masalah ke?” Reza
bersuara perlahan, takut kalau didengari oleh keluarga Azril
di luar.
“Yalah… Rezakan isteri abang, tanggungjawab
abang. Nanti apa pula mak ingat. Takut nanti tak pasal-pasal
mak report kat ayah.” Suara Azril kedengaran menekan. Dia
bimbangkan keselamatan Reza. Siang tadi betapa cemasnya
dia dengan apa yang berlaku. Masih terbayang bagaimana
kalau dia tidak sempat menyelamatkan Reza. Tentu kini
dialah orang yang akan menderita seumur hidup. Mujurlah
segalanya selamat.
Nampak sangat tak ikhlas. Risaukan aku sebab
takut mak dan ayah marah, desis hati Reza. “Tak ada apalah.
Aku letih ni, nak tidur.”
Kedegilan Reza membuatkan Azril cuak. Dia
merasakan isterinya itu betul-betul tidak mengharapkan apa-
apa pertolongan daripadanya.
Dengan kepala yang sakit Reza cuba bangun,
namun apabila berdiri dia pandangannya menjadi berpinar-
pinar. Segalanya tiba-tiba menjadi kabur. Mujur dia sempat
berpaut pada tiang katil kayu ukiran Melayu lama itu.

80
Diana Derin

Azril menghulurkan tangan namun ditepis oleh


Reza dengan kasar.
“Reza... kenapa ni? Walau apa pun yang terjadi
abang ni tetap suami kau. Abang bertanggungjawab
sepenuhnya terhadap kau. Apa salahnya kalau kita cuba
belajar untuk bina hubungan yang baik daripada mengharap
dan menanti sesuatu yang belum pasti.” Dengan suara yang
tegas Azril memegang tangan Reza. Dia ingin dekat dengan
Reza saat ini. Dia mahu mengeratkan hubungan mereka yang
dingin itu.
“Bukan ke kau yang mulakan semuanya? Aku
terima kau kerana ayah, aku sanggup berkorban biarpun hati
aku hancur lebur. Aku sanggup. Tapi kau menjadikan
pernikahan ini seperti sebuah permainan. Suka datang, tak
suka boleh pergi macam tu aje.”
Reza sebak. Wajah ibu menjelma di dalam ingatan.
Kenapa semua ini harus terjadi? Kenapa dia diuji sedemikian
rupa. Kalau ada ayah pun, dia tidak akan merasa sengsara
sebegini.
Reza merasakan dirinya semakin lemas.
Memandang wajah Azril bagikan berbalam-balam. Dia cuba
bertahan, jangan sampai lelaki itu mengambil kesempatan
atas kelemahannya. Namun cahaya lampu tidur yang
menerbitkan warna biru muda menjadi semakin gelap. Yang
terdengar hanyalah suara Azril melaung memanggil
namanya. Tidak lama selepas itu semuanya menjadi sunyi dan
sepi.
Reza tidak sedar bila dan bagaimana dia boleh
berada semula di atas katil. Sehelai tuala kecil terletak di atas
dahinya. Tentu Azril yang letakkannya.
Tiba-tiba dia merasakan seseorang mengucup

81
Sangkar Cinta

dahinya. Dan apabila tersedar, baru dia menyedari Azril yang


mengucupnya. Dia cuba menepis, namun tangannya
disambar dan digenggam kemas oleh Azril.
“Reza, maafkan abang. Maafkan abang,” pohon Azril.
Azril tunduk. Dia faham. Dalam keadaan sekarang
adalah tidak wajar dia bersikap terlalu pentingkan diri.
Lihatlah. Reza lebih sanggup membiarkan dirinya sakit
bersendirian daripada mengadu atau meminta bantuannya.
Pada isterinya, tiada beza sama ada dia ada atau tiada di situ.
Azril masih menggenggam tangan Reza. Biar dia
merasakan kehangatan daripada cinta yang seakan mula
meresap ke dalam dirinya.
“Kita adalah mangsa keadaan. Aku tahu semua ni
bukan kehendak engkau. Tapi perasaan tu kita tak boleh
paksa.” Suara Reza seakan berbisik.
“Ya, memang bukan kehendak kita. Tapi setelah
fikirkan baik dan buruknya, abang reda terima semua ni.
Mengingati perkara yang lalu hanya mengundang benci dan
sakit hati yang tak berpenghujung, Reza. Abang mahu
lupakan semuanya dan kita mulakan hidup baharu.”
Genggaman tangan Reza dilepaskan. Azril
merenung wajah wanita bermata redup itu. Sungguh ayu.
Tetapi kenapa baru kini dia memuji. Ah, itulah jadinya kalau
perasaan dibajai dengan sifat angkuh. Sikap ego menguasai
hampir separuh daripada dirinya.
“Maksud engkau?”
Reza cuba meneka. Tetapi dia sudah dapat
menangkap maksud Azril. Apakah lelaki itu sudah dapat
melupakan Zumera dan menerimanya sebagai isteri. Oh,
tidak! Belum boleh sepenuhnya. Aku belum kata mahu
terima dia sebagai suami. Masih banyak ruang di dalam

82
Diana Derin

hatinya menyimpan kenangan indah bersama Azwan. Dia


tiba-tiba berasa bimbang.
“Terpulang pada Reza. Abang bersedia untuk hidup
bersama Reza dan bermakna abang dah terima Reza dengan
hati yang ikhlas.” Penerangan Azril ringkas, tetapi
mengandungi maksud yang mendalam.
“Macam mana dengan aku? Macam mana pula
dengan penerimaan aku? Kau fikir aku boleh terima kau?
Kau tak boleh belakangkan hati dan perasaan aku. Yang
hidup bersama kau itu adalah aku.”
Amboi… amboi… Azril anak Pak Tahir ni. Dulu
masa nak nikah dengan kita tak terfikir langsung macam
mana perasaan orang. Hai, tak ada perasaan ke manusia ni?
Ingat aku ni barang mainan. Manusia jenis apa Azril ni?
gumam hati Reza.
“Sekarang ni terpulang pada Reza. Abang tak paksa
Reza selagi Reza tak dapat terima abang. Tapi abang takkan
putuskan ikatan ini. Takkan sekali-kali, Reza. Abang sedar,
abang yang mulakan semuanya.”
Azril tunduk. Cincin pernikahan yang disarungkan
ke jari manis Reza beberapa bulan lalu masih tersarung
kemas. Adakah ketika itu dia memikirkan tentang kehidupan
selepas bernikah? Tidak. Dia hanya tahu melafazkannya. Tahu
keadaan tegang ketika itu perlu diselamatkan tanpa perlu
memikirkan perasaan orang lain.
Azril merapati Reza. Dia mahu berbaik dengan
Reza. Kalau boleh dia mahu belajar mencintai dan
menyayangi Reza yang sudah sah menjadi isterinya itu.
Perkahwinan yang dibina atas dasar paksaan perlu
diselamatkan. Dia akan berusaha sehingga Reza betul-betul
rebah ke dalam pelukannya. Dia harus mengakhiri segala

83
Sangkar Cinta

kepincangan agar tiada yang terluka dengan kehidupan palsu


ciptaannya.
Namun bagi Reza, bukan mudah cinta itu untuk
dibuang. Bukan pula mudah menyingkirkan segala kenangan.
Sesuatu yang baru pastinya memerlukan masa untuk
diterima. Dan percayakah dia akan kata-kata lelaki itu?
Ah, ingat aku ni bodoh? Aku takkan termakan
dengan kata-kata rayuan dia. Suka hati engkaulah. Mulut
engkau yang manis tu ungkaplah apa aja. Sayang, cinta
konon. Ni apa kes?
Kenapa begitu cepat lelaki itu mengalah?
Sesungguhnya Reza terlalu hairan dengan sikap suaminya.
Apakah yang telah mempengaruhi Azril hingga tiba-tiba
menjadi orang baik pula. Hendak mengambil kesempatan
dalam kesempitan?
Kalaulah waktu itu boleh diputar kembali, tentu
apa yang berlaku pada hari ini tidak akan berlaku. Tentu tidak
akan wujud perasaan saling menyalahkan di dalam diri. Tidak
akan wujud rasa kecewa mahupun hambatan pada ikatan
rumah tangga. Kehidupan bagaikan terbatas dengan ikatan
pernikahan yang tidak pernah ikhlas.

84
Diana Derin

bab 10
D
ATUK NO’MAN meletakkan
secawan teh panas di atas meja.
Dari ruang dapur dia beralih
ke sudut ruang tamu. Dia menatang sepinggan cempedak
goreng yang masih panas. Semalam dia sempat singgah di
Pekan Inanam membeli cempedak.
“Emmm... sedapnya bau cempedak. Ayah yang
goreng ke?”
Kehadiran Reza mengejutkan Datuk No’man. Dia
berpaling melihat Reza yang tersenyum memandangnya.
“Taklah, Mak Kasum yang goreng. Ayah teringin
nak makan cempedak. Emmm… Reza, macam mana cuti di
kampung Azril, seronok tak?”
Pertanyaan Datuk No’man menyentuh hatinya. Dia
sebenarnya malas mahu mendengar soalan itu. Reza
merenung secawan teh yang masih panas di atas meja.
Cempedak goreng yang masih berasap dan aroma wanginya
membangkitkan selera, apatah lagi petang itu hujan yang
turun seakan tidak mahu berhenti.

85
Sangkar Cinta

“Seronok ayah, Reza seronok sangat. Kampung


Azril tu cantik. Dekat dengan air terjun. Terkenang pula kat
kampung Reza. Dah lama Reza tak balik kampung, kan yah?”
Sambil mencicip seketul cempedak goreng, Reza
melayangkan pandangan jauh menerobos ke luar jendela.
Kenangan itu sekali lagi menggamit ingatannya pada zaman
kanak-kanak. Tiba-tiba dia teringat akan keletah adik-adik
Azril.
Datuk No’man terdiam. Tak sangka pula
pertanyaannya itu membuatkan Reza menghimbau kenangan
lama. Wajah mulus Reza direnung hiba. Menyesal pula
bertanyakan soalan itu.
“Eh... Azril mana, sejak tadi tak nampak batang
hidungnya?” Datuk No’man mengalih topik. Dia tidak mahu
mengeruhkan ketenangan hati Reza.
“Assalamualaikum.”
Tiba-tiba kedengaran suara Azril memberi salam.
Lelaki itu nampak segak walaupun dengan penampilan yang
ringkas. Dia mencium tangan Datuk No’man.
“Waalaikumussalam, Azril. Panjang umur. Ayah
baru aja sebut nama engkau. Hah... marilah minum sekali.”
Datuk No’man memandang sekilas. Dia menyorong pinggan
berisi cempedak goreng itu ke tengah meja.
“Azril terlelap sekejap, ayah. Emmm... dari jauh dah
bau cempedak ni, Reza yang goreng ke?” Sebuah jelingan
manja dilemparkan kepada Reza.
Reza yang sedang mengunyah cempedak goreng
diam memandang. Nak makan makanlah, tak payah nak puji-
puji. Reza mencebik. Sengaja buat tidak tahu dengan pujian
Azril. Nak mengampulah tu depan ayah.
Datuk No’man tersenyum riang. Berbunga hatinya

86
Diana Derin

melihat kemesraan dan kebahagiaan anak menantunya.


Kalaulah Zumera ada di sini.
“Emmm... Reza, Azril, minggu depan ayah nak ke
Kuching. Nak cari lokasi untuk cawangan baru. Mungkin
sebulan ayah kat sana. Jadi ayah harap Reza dan Azril dapat
jaga business kat sini.” Datuk No’man meneguk sisa air teh di
dalam cawannya. Wajah anak menantu dipandang bersilih
ganti.
“Sebulan? Lama tu, ayah. Ala... sunyilah Reza
nanti.” Reza melongo. Ada sesuatu yang menjerut hatinya.
Namun dia segera mendiamkan diri apabila tiba-tiba Azril
memandangnya dengan tajam. Apa pula kesalahan yang
dilakukannya? Kenapa lelaki ini suka memandangnya dengan
cara begitu?
“Hesy, kenapa pula? Kan Azril ada,” seloroh Datuk
No’man. Dia mengalihkan pandangan ke wajah Reza. Kenapa
gadis itu semacam tidak mengizinkannya pergi pula?
Ops... alamak! Terlepas cakap. Kenapalah lantang
sangat mulut aku ni. Reza terkasima. Dia menggigit bibir
menahan malu yang tiba-tiba meresap ke dalam diri.
Kenapalah gatal benar mulutnya berkata begitu? Kalaulah
ayah dapat mengesan, tentu rahsia besar di antara dia dan
Azril akan terbongkar.
“Reza tu rindukan ayah. Jangankan sebulan,
seminggu pun dia dah tak tahan, ayah.” Renungan mata Azril
tajam menusuk kalbunya.
Reza melarikan wajahnya dari pandangan lelaki itu.
Datuk No’man tersenyum. Dah kahwin pun nak
berkepit dengan aku, habis... suami tu nak letak kat mana?
Reza... Reza. Sikap Reza persis ibunya. Walaupun nampak
tenang, tetapi manja. Datuk No’man menggeleng sayu.

87
Sangkar Cinta

“Insya-Allah, ayah. Kami akan jaga business ayah


dengan baik. Ayah pun berhati-hatilah kat sana nanti.” Suara
Reza memecah keresahan. Dia tidak mahu ayah mahupun
Azril menganggap dia suka bergantung kepada orang tua itu.
Dia juga hampir terlupa akan status Azril kini. Mujur lelaki
itu cepat menyedarkan kesilapannya.
Bagi Datuk No’man pula, dia ke Kuching kerana
mahu memberikan ruang kepada Reza dan Azril agar saling
mengenali dengan lebih dekat lagi.

SEJAK tadi dia masih mundar-mandir di ruang tamu. Macam


mandur mengawasi pekerjanya. Hatinya menjadi dangkal.
Sudah pukul sepuluh malam masih belum balik lagi. Hish, ke
mana pula dia. Selalunya Reza dah tercongok kat depan TV,
tak pun dah buat tahi mata. Hai… buat risau hati orang aje.
Ambil kesempatan bila Datuk No’man tak ada. Atau sengaja
mahu menjauhkan diri daripadanya.
Azril terkedu. Kenapa pula dia menjadi bimbang
begini? Sejak bila dia mula mengambil berat perihal Reza?
Dan sejak bila dia asyik memikirkan Reza? Ah... kalut.
Ketiadaan ayah bukan penyebab keresahannya. Ada penyebab
lain yang mula menerjah ke lubuk hatinya.
Azril mulai resah, secawan teh panas yang tinggal
separuh isinya dihirup hingga habis. Sejak balik dari
kampung tempoh hari dia betul-betul bagaikan orang angau.
Sekejap-sekejap wajah Reza menari-nari di ruang mata,
sekejap-sekejap mata redup Reza bagaikan melekat pula di
dadanya, sekejap pula bibir mungil itu mengusik naluri
lelakinya. Sekarang Azril sudah pandai mencuri pandangan.
Ini tak boleh jadi, mahunya aku yang mengalah. Ah,

88
Diana Derin

jangan. Azril meraup wajahnya. Azril bingung. Ke mana dia?


Reza, di mana kau sayang? Kenapa ni? Dia cuba mengusir
segala perasaan ganjil yang mendatang tetapi...
“Assalamualaikum.”
Tiba-tiba kedengaran suara Reza memberi salam.
Memecah resahnya. Dia buntu seketika. Tetapi perasaannya
sebentar tadi mengajaknya untuk bertenang. Kalau ya dia
sudah jatuh cinta dengan Reza, apa salahnya? Tak ada yang
salah pun. Cuma dia yang mahu mengusir usikan perasaan
itu. Ia tak boleh dilayan.
“Waalaikumussalam.” Salam disambut. Suara Azril
seolah-olah tidak kedengaran. Dia memandang dari tingkat
atas, berhampiran tangga yang menghubungkan laluan ke
tingkat tiga. Dia cuba menatap wajah Reza. Biar Reza naik
rimas.
Dengan selamba Reza berlalu. Seperti biasa, seperti
angin berlalu pergi. Azril memerhati dengan pandangan
penuh makna. Namun jiwa lelaki dan sikap egonya masih
boleh dikawal. Reza dengan dunianya sahaja, seolah-olah
Azril tidak pernah wujud di hadapan mata. Sedikit hatinya
terasa seperti dibuang jauh oleh gadis itu. Dia sememangnya
tidak pernah mendapat tempat di hati Reza.
“Apa hal hari ni lewat balik?” Lembut namun tegas
Azril mengajukan pertanyaan. Dia faham tentu Reza hairan
kerana selama ini dia tidak pernah ambil kisah perihal diri
Reza. Nak balik lambat suka hatilah. Tidak ada yang akan
bertanya dan tidak ada yang melarang. Paling tidak pun Mak
Kasum seorang sahaja yang bertanya.
Reza memandang kosong. Dia tersenyum hambar
sambil mengerutkan keningnya yang lebat, hairan dengan
pertanyaan luar biasa Azril.

89
Sangkar Cinta

Hai, dah pandai menegur. Baguslah. Atau nak buat


rekod baik masa ayah tak ada.
“Hai, sejak bila pula jadi pak sibuk hal orang?”
Jawapan sinis Reza memaksa Azril mengangkat
muka. Melihat gadis itu yang berlalu dengan selamba.
Sengaja tidak mahu melayan pertanyaan Azril. Tunjuk muka
la tu.
“Rezakan isteri abang. Kalau jadi apa-apakan susah.
Dahlah balik lewat malam,” tekan Azril. Dia tidak mahu
menimbulkan ketegangan. Reza bukan anak kecil yang perlu
dibentak. Apalagi ketika hubungan mereka yang masih
sedingin salju.
Yalah tu. Tanggungjawab konon. Selama ni
tunggang terbalik aku, balik ke tak balik sama aje. Aku depan
mata tak pernah tanya pun. Hah, sekarang dah pandai pula
nak tanya macam-macam. Angin apa pula ni? desis hati Reza.
Namun, Reza masih menghormati ikatan
perkahwinan ini. Dia masih ingat yang Azril itu adalah
suaminya, walau tak pernah dibuat macam suami. Ah, bukan
salah aku, siapa yang mulakan dulu? Dah elok orang sanggup
terima, senang aja dibuang macam sampah sarap. Sudahnya
sama-sama jadi pelakon. Sampai bila nak jadi macam ni?
Bertahan ajalah Reza....
“Ada kemalangan tadi, traffic jammed. Sebab tu la
lambat. Bukannya sengaja.”
Perlahan nada suara Reza memecah suasana. Dia
juga tidak mahu mengundang amarah lelaki itu. Dia belum
tahu lagi bagaimana panasnya kalau lelaki itu bertukar
menjadi ‘harimau’ apabila dia naik angin nanti.
Seperti biasa Reza membersihkan diri di kamar,
malas hendak melayan kerenah Azril yang tiba-tiba bertukar

90
Diana Derin

angin. Dah pandai nak menyibuk ambil tahu hal orang. Pelik!
Azril terkedu. Dia memerhatikan bayang-bayang
Reza dari celah pintu. Tergores juga hatinya dengan tingkah
selamba Reza. Sedangkan hatinya telah mula berputik cinta.
Entah... dia sendiri tidak tahu kenapa dia harus berperasaan
begitu. Kenapa cintanya terhadap Zumera mula menjauh,
mula menghilang. Tiada lagi wajah jelita Zumera muncul di
dalam mimpinya, sebaliknya wajah ayu Reza yang sering
menerpa mindanya. Tiada lagi keghairahannya dengan lekuk
tubuh gaya model milik Zumera. Bayangan Reza menjadi
tatapannya di dalam mimpi. Sikap tenang Reza melahirkan
satu perasaan halus di dalam dirinya. Peramah, mudah mesra
dan mudah pula tersenyum. Ah, senyuman itu!
Tentang keayuannya? Ya, Azril akui walaupun
selama ini dia tidak pernah melihat secara dekat, namun
kejadian sewaktu di kampung betul-betul menggetarkan
naluri kelelakiannya. Tetapi perkara itu bukanlah yang
mempengaruhinya untuk jatuh cinta. Bukan kerana nafsu
lelakinya dia beralih arah. Jiwanya lebih tenang dan damai
apabila berada di samping Reza. Wajah Reza menyejukkan
perasaannya. Tetapi salahkah kalau dia mahu menyemai
perasaan indah itu?
Itulah perubahan yang sedang tumbuh di dalam
dirinya kini. Dia ingin menjernihkan hubungan itu. Dia
mahu Reza faham, dia bukan lagi Azril yang memuja Zumera.
Gadis yang tidak pernah menghargai cintanya. Sekarang
peduli apa dengan Zumera. Persetan segala perasaan cinta
yang pernah ada untuk gadis hipokrit itu. Dia mahu
membelai dan membajai perasaan yang tertunas kini.

91
Sangkar Cinta

bab 11
R
EZA meletakkan beberapa biji
batu kristal ke dalam pasu kaca.
Beberapa tangkai bunga dari
daun rimbun hijau diletakkan bersama. Haruman potpuri
yang disimpan di dalam balang berwarna putih diletakkan
bersebelahan. Cahaya dari lampu meja menerbitkan suasana
suram tetapi menarik.
Hatinya kini diburu gelisah. Sudah hampir
seminggu dia tidak tidur lena. Ada sahaja yang tidak kena.
Dah buang tabiat agaknya, Reza mengomel. Malam
tadi dia langsung tidak dapat melelapkan mata. Azril asyik
memandangnya. Selepas itu seakan memancingnya dengan
lagu-lagu romantik. Kenapa dengan Azril?
“Kalau nak menyanyi tu, pergilah kat luar! Kacau
orang nak tidur ajelah.” Reza menjerit. Dia geram kerana
Azril mengganggu tidurnya.
“La... abang nyanyi pun salah? Tu la, Reza tak nak
layan abang, jadi abang boringlah. Apa kata kita nyanyi sama-
sama?”

92
Diana Derin

Aik, ajak orang menyanyi pula. Hesy, dia ni memang


dah tak betul! Mengada-ada! Dah buang tabiat!
Reza semakin tidak faham dengan perangai Azril.
Sejak balik dari kampung dia semacam diserang penyakit
angau. Setiap malam asyik merenung dirinya. Dia jadi serba
salah. Adakalanya Azril berbaring di sebelahnya. Dan pernah
sekali Azril curi-curi mencium pipinya.
Reza tidak ambil peduli namun terselit juga rasa
bimbang di dalam hatinya. Azril itu lelaki dan bukan dia tidak
dapat membaca apa yang ada di dalam fikiran seorang lelaki.
Apa lagi hubungan dan ikatan di antara mereka menghalalkan
segalanya. Kalau hilang pertimbangan dengan kerakusan
nafsu, iman pun bisa tergugat. Aduh, itu yang buat Reza
gementar, lemah seluruh sendi tulangnya.
Adakah lelaki itu sudah mula menyayangi dirinya?
Bagaimana pula dengan cintanya terhadap Zumera? Ah, apa
sudah jadi dengan Azril? Ke mana egonya menghilang?

AZRIL nekad. Walau apa pun yang terjadi dia mesti meluahkan
segalanya pada Reza. Reza mesti tahu akan perasaannya kini.
Mesti!
Azril memandang seraut wajah tenang milik Reza.
Bingkai gambar kristal yang dibelinya sewaktu belajar dahulu
diletakkan di sudut meja komputer. Dahulu bingkai gambar
itu dihiasi dengan gambar Zumera. Gadis pertama yang
dicintai sepenuh hatinya. Tetapi setelah Zumera mengkhianati
cinta dan kasih sayangnya, gambar itu telah dihanyutkan di
sungai, sewaktu pulang ke kampung setelah bernikah dengan
Reza.

93
Sangkar Cinta

Biarlah cinta itu berkubur bersama hancurnya


gambar gadis pujaannya. Lagipun buat apa dia terhegeh-
hegeh menagih cinta Zumera. Macam pengemis. Sedangkan
tiada sekelumit pun cinta Zumera terhadap dirinya.
Macamlah aku ini tiada harga diri. Dia ingat dia tu hebat
sangat. Azril tersenyum. Melihat wajah Reza membuatkan
dirinya macam orang gila. Kalau beginilah setiap hari, aduh
iman setebal mana pun pasti tergugat juga.
“Reza, aku sayang padamu. Reza aku cintakan kau,
Reza aku... aku… aku....”
Azril terdiam. Kemudian menyambung kembali,
“Reza... abang sayangkan Reza. Abang mahu Reza hidup
selamanya di samping abang. Ab… abang… ah!”
Senyap. Boleh pakai ke ni? Tak nampak macam
romeo sangat ke? Ah, tak boleh jadi ni!
Azril melihat wajahnya di cermin. Senyum. Senyum
lagi, senyum lebar-lebar. Oh, tidak boleh over sangat. Nanti
Reza kata dah buang tabiat pula.
Ini langkah pertama. Nak mengurat isteri mesti
kena gayanya. Kalau tak, tak menjadilah nampaknya. Kena
bagi bunga dulu. Bunga ros lengkap dengan kad. Lepas tu
letak atas tempat tidur. Tapi apa pula kata Reza kalau tiba-tiba
ada bunga ros kat atas katil, lain pula anggapannya. Hesy, tak
mau aku. Atau padamkan lampu dan… wahhh! Itu lagi
dahsyat! Lari pula Si Reza nanti. Karang putih mata pula. Eh,
tak boleh jadi ni.
“Hmmm....” Azril mengeluh hampa.
Kring, kring, kring.
“Encik Azril, ada panggilan. Katanya ada hal
penting.”

94
Diana Derin

Suara Maysara, setiausahanya menyentak angannya.


Matanya terkebil-kebil memandang intercom. Kacau daun
betullah! Siapa pula yang mengganggu moodnya tika ini?
Orang baru nak berangan.
“Okey, sambungkan ke line dua,” putusnya.
Tut.
“Helo Azril, apa khabar?”
Azril tergamam. Zumera! Gadis yang telah
melukakan hatinya. Kenapa gadis itu tiba-tiba mencarinya di
saat ini? Di saat hatinya berbunga dengan cinta Reza.
“Apa hal cari aku?” Azril bertanya acuh tak acuh.
“Hey... dah tak boleh bercakap lagi ke? Sombong!”
Suara Zumera kedengaran sinis menyindir Azril.
“Zumera, aku sibuk sekarang ni. Tak ada masa nak
layan kau.” Entah kenapa hatinya tiba-tiba berasa amat benci
dengan Zumera.
“Yalah tu, sibuk sangat. Eh Azril, I nak jumpa you
petang ni, lepas waktu pejabat. Ada hal penting ni, boleh?”
Gadis itu masih seperti dahulu, dengan suara manja
dia merayu.
“Nak minta tolong? Engkau memang hebat, Mera.
Setelah kau malukan aku, sekarang nak minta tolong pula!”
Suara Azril mula meninggi.
“Please Azril... I betul-betul perlukan pertolongan
you....” Zumera merayu dengan suara yang mengada-ada.
“Wah… senangnya nak minta tolong! Kau ingat aku
ni siapa? Hamba kau? Sedarlah diri tu sikit!” Azril menekan
suaranya. Apa punya perempuan, tak tahu malu langsung! dia
menyumpah di dalam hati. Hatinya meluap marah dengan
sikap mengada-ada Zumera.

95
Sangkar Cinta

“Azril, tolonglah. I tahu you takkan hampakan I,


kan? Please Azril... please....”
Suara itu merayu. Mendayu-dayu. Azril cuba untuk
tidak pedulikan pujuk rayu tersebut. Namun mampukah
hatinya menahan dari mendengar pujukan gadis itu. Perasaan
kasihan mula menghimpit, namun hati Azril masih kuat
menidakkan perasaan itu. Tetapi untuk terakhir apa salahnya.
Ah, dia tiba-tiba jadi resah.
“Emmm... baiklah, tapi sekejap aje dan ni yang
terakhir. Aku tak mahu kerana pertemuan ni rumah tangga
aku retak.” Suara Azril bergetar di hujung talian. Dia sengaja
menyebut rumah tangga dengan kuat.
“Terima kasih, Azril. I tunggu you kat Wawasan
Plaza, dekat Api-Api Centre.”
Talian diputuskan.
Aik, apa punya orang. Tiba-tiba telefon, lepas tu
pandai-pandai pula nak tentukan tempat untuk berjumpa.
Dahlah tak tau malu nak minta tolong. Orang baru nak dapat
idea mengurat isteri, dia kacau daun pula. Azril
menghembuskan nafas dengan kasar. Jam di atas meja
menunjukkan pukul dua empat puluh lima minit petang.
Masih awal lagi.
Apa yang Reza buat sekarang ni ya. Selalunya Reza
akan berada di Butik Iman. Menguruskan akaun sambil
meninjau tempahan pakaian daripada pelanggan. Atau
mungkin melawat Restoran Sri Indah. Rangkaian restoran
yang mempunyai banyak cawangan sudah cukup memberi
kesibukan sepanjang hari. Mujur para pekerja yang diupah
semuanya boleh diharapkan.
Azril terkebil-kebil. Termangu-mangu sendirian.
Sudah hampir setahun dia menguruskan perniagaan bersama

96
Diana Derin

Reza. Sudah banyak pengalaman yang ditimba sehingga dia


sudah masak dengan selok-belok perniagaan.
Dan tidak mustahil jika suatu ketika nanti dia akan
membuka perniagaannya sendiri. Sendiri? Ya, sudah tentunya
bersama isteri tersayang. Bersama Reza, wanita yang telah
berjaya mencuri hatinya. Yang telah berjaya mencairkan
keegoannya. Ah, betapa kuatnya penangan Reza. Kalaulah
bukan kerana Zumera yang tiba-tiba beralih arah, sudah
tentu dia kempunan untuk memiliki Reza. Itulah hikmah
yang dia tidak terfikir kenapa semua yang diangankan tidak
menjadi miliknya.
Azril tersedar dari lamunannya. Jam tangan jenama
Neko hadiah arwah ayahnya menunjukkan ke angka empat
tiga puluh minit petang. Lamanya dia berangan-angan. Tiba-
tiba dia teringatkan janjinya untuk bertemu dengan Zumera.
Dia bergegas mencapai kunci kereta. Ah, dia tidak
perlu tergesa-gesa. Kalau gadis itu terpaksa menunggu
kedatangannya pun dia tidak akan minta maaf pada gadis itu.
Peduli apa dengan perasaan gadis itu.
“Terima kasih sebab sudi jumpa I. Ingatkan you dah
tak nak jumpa I lagi.”
Suara manja Zumera berdesing di telinga Azril. Dia
sungguh meluat mendengar suara itu.
Cakap ajelah apa yang orang nak tolong tu, tak
payah nak bermanis bahasa. Bukan orang tak tahu, ini mesti
ada muslihat, hati Azril bertingkah.
“Cakaplah apa yang kau nak aku tolong?” Suara
Azril kedengaran serius.
“Kalau ya pun sabarlah. Kenapa ni sayang, dulu
sayang tak macam ni pun.” Zumera menghampiri Azril lantas
menggeselkan badannya di bahu Azril.

97
Sangkar Cinta

Ewahhh… bersayang-sayang pula. Kalau bab


memujuk Zumera memang hebat. Azril terkejut, jemari halus
dan runcing Zumera sudah menjalar di lehernya. Sentuhan
Zumera menggetarkan dadanya. Seketika dia dibuai dengan
keasyikan.
“Az, I rindukan you. Boleh tak kita bersama seperti
dulu?” Kedengaran suara manja Zumera beralun lembut.
Azril menjadi rimas. Dia cuba menepis, namun
Zumera cekap mengambil peluang.
Zumera memperkemaskan pelukannya, dia
menyembamkan wajah ke dada bidang lelaki itu. Kali ini
engkau mesti rebah di tanganku. Tubuhku ini akan menjadi
saksi kecuranganmu dan Reza... kau tahulah nanti. Aku
takkan biarkan kau bahagia!
Azril semakin lemas. Permainan apa lagi yang akan
diperkenalkan oleh Zumera. Sekejap sahaja dia sudah berada
di dalam pelukan gadis itu. Sekelip mata sahaja Zumera
sudah memeluknya. Dadanya berombak kencang, sekencang
angin puting beliung. Dia tercungap menahan getar di dalam
naluri keinginan yang memuncak. Tubuh ramping Zumera
seakan ingin diratah semahunya. Namun sekilas dia melihat
wajah tenang Reza tersenyum menyaksi kebodohannya.
“Zumera!”
Dengan kasar dia menepis tangan lembut Zumera
yang sudah menjalar ke lehernya. Ikutkan perasaan mahu
sahaja diulit gadis itu habis-habisan. Apalagi kalau sudah
menyerah begitu. Dia lelaki. Namun Azril masih ingat akan
batasan di antara dia dan Zumera. Lainlah kalau Reza, isteri
yang sudah sah dan halal baginya. Azril masih ingat itu. Dan
kerana tidak mahu mengkhianati cinta yang mula bercambah
terhadap Reza, dia cepat-cepat mematikan khayalan cinta

98
Diana Derin

palsu Zumera. Gadis itu ternyata sudah terlalu jauh


bertindak, membuatkannya bertambah benci.
“Kenapa ni, Az? Dulu you tak sedingin ni, dah tak
sayangkan I lagi?”
Lunaknya suara itu. Tetapi Zumera dahulu sudah
hilang seri cintanya. Azril sudah membuang perasaan itu.
Dan Zumera bukan lagi gadis yang menjadi dambaannya. Dia
tidak mengizinkan gadis itu menceroboh kesucian hatinya.
Hatinya kini hanyalah untuk Reza seorang.
Sudah lupa rupa-rupanya gadis ini. Senang-senang
memalukan orang yang ingin memperisterikannya. Sengaja
melarikan diri pada hari perkahwinannya, hanya kerana
hendak membalas dendam terhadap Reza. Hari ini Zumera
muncul semula, menagih kembali cintanya. Ah, Mera...
apalagi yang kau mahukan?
Hatinya semakin benci melihat gelagat Zumera.
Gadis itu tidak pernah mahu berubah, tidak pernah berasa
bersalah dengan onar yang telah ditinggalkan. Setelah
mencemarkan nama Datuk No’man dan menggadai Reza
sebagai galang gantinya, sekarang senang-senang hendak
menuntut kembali haknya. Perempuan apa itu?
“Mera, dengar sini! Aku takkan kembali pada orang
yang telah melukakan hati aku. Cukuplah dengan semua
lakonan kau tu. Dan untuk pengetahuan kau, di hati aku ni
nama Zumera tu dah lama mati!” beritahu Azril dengan
lantangnya sambil menolak kasar tubuh Zumera. Dia tahu
dalam keadaan begitu, Zumera tidak akan berkompromi
dengannya.
“Az... I want you back. I rela jadi isteri kedua you.
Kalau you nak tahu sebenarnya Reza dah lama sukakan you.
Dia rampas you daripada I!”

99
Sangkar Cinta

Zumera tidak akan mengalah. Dia tahu walau benci


mana pun lelaki ini terhadapnya, tentu masih ada ruang
untuk dirinya di hati Azril. Dan dia mesti merebut kasih itu
walau dengan apa cara sekalipun. Walaupun dengan
menghancurkan kehidupan Reza. Ah, itu yang dia harapkan
sejak dari dahulu lagi.
“Cukup Mera! Kau tak sepatutnya menuduh Reza
yang bukan-bukan. Sekarang dia dah jadi isteri aku yang sah.
Sebenarnya engkau tu yang tak layak jadi isteri. Sepatutnya
engkau berterima kasih pada Reza sebab dia sanggup
berkorban demi kau. Dia bukan macam kau, sanggup
malukan ayah!” Azril menuding jari ke arah Zumera. Terasa
seperti mahu menempeleng pipi mulus Zumera. Namun dia
masih rasional. Ini tempat awam.
“Wah… dah pandai memuji nampak. Apa, baik
sangat ke Reza tu? Lagi-lagi Reza, lagi-lagi Reza. I bencilah!
Apa, you pun dah termakan dengan tipu helah dia. Az… you
jangan harap I akan lepaskan you. Kalau you nak tahu, Reza
tu nama aja isteri you. Tapi di belakang you dia curang, dia
tipu you! Dia bercinta dengan orang lain. Dengan Azwan!”
Begitu angkuh nada suara Zumera. Dia sengaja
meninggikan suaranya. Biar bergema di telinga Azril. Dia
tahu Azril tidak pernah tahu akan kehidupan lalu Reza. Dia
mahu meracuni fikiran lelaki itu. Dia akan menjentiknya
perlahan-lahan. Biar dia sakit hati.
Azril terpaku. Bagai terbelah jantungnya apabila
mendengar kata-kata Zumera. Betul ke? Betulkah Reza ada
hubungan dengan lelaki lain? Tetapi selama ini dia tidak
pernah pun tahu akan hal itu.
Ah... bagaimana hendak tahu, bukan dia pernah
bertanyakan soal peribadi Reza. Dia tidak pernah ambil tahu

100
Diana Derin

aktiviti Reza. Jangankan hendak bertanya pasal boyfriend,


bertanya tentang sakit ke, dah makan ke, dah nak tidur ke,
atau nak ke mana. Tidak pernah. Dunia mereka terlalu jauh
dan terasing. Kalau Reza keluar dan balik atau tak balik, itu
Reza punya pasal. Dia peduli apa. Ikatan sebagai suami hanya
termaktub di atas kertas sahaja. Jadi, memang dia tidak tahu
kalau Reza ada hubungan dengan lelaki lain.
Ketika mengahwini Reza pun dia tidak pernah
bertanya sama ada Reza sudah berpunya atau tidak. Mahu
atau tidak mengahwininya. Semua itu dilakukannya gara-
gara untuk menebus malu. Ah, betapa kejamnya dia!
Sedangkan Reza dengan tenang menerima keadaan yang
tidak pernah diduga sama sekali itu. Meskipun kebahagiaan
itu belum pasti akan dapat dikecapi.
Tetapi itu dahulu. Kini dirinya betul-betul
menyayangi gadis itu. Apa pun yang berlaku dia akan
mempertahankan rumah tangga mereka. Dia mesti
menyelamatkan rumah tangganya. Ikatan ini mesti dibajai
semula. Mesti didirikan kembali mengikut ajaran-Nya. Dan
Reza pasti akan menjadi hak miliknya seorang.
“Az, tolonglah... I betul-betul sayangkan you.
Kasihanilah I. Apa salahnya kalau kita bina semula kasih
sayang kita.”
Kata-kata rayuan gadis itu mengejutkan Azril. Azril
diterpa serba salah. Menerima Zumera kembali hanya akan
mengundang kelukaan semalam. Apatah lagi dia kini
berstatus suami orang. Cinta itu walau pahit untuk dibuang,
namun masih bersisa jua. Masih berbekas juga. Segunung
kebencian pun, Zumera adalah gadis pertama yang
dicintainya. Mungkinkah sayang itu masih melingkari
kasihnya yang kini mula tertumpah terhadap Reza.

101
Sangkar Cinta

Wajah itu dipandang sepi. Kalau kau tak


mengkhianati cinta kita… kaulah ratu, kaulah ratna. Tetapi
nyata, luka yang digores belum sembuh, malah kembalinya
engkau ke pangkuanku pun hanya akan menambah nanar
kelukaan di hati ini.
Siapakah yang harus menjadi ratu di hati ini?
Zumera gadis pertama yang mencuit sukma. Yang cantik dan
yang comel. Reza? Entahlah… merenung sekujur tubuh Reza
membuatkan Azril mengagumi anugerah Tuhan. Azril kalah
dengan pendirian Reza. Dia tewas akhirnya. Bersama Reza dia
banyak belajar tentang kehidupan. Dia senang bersama gadis
itu.
“Zumera, dengar sini. Dulu ya, aku cintakan kau,
sayangkan kau. Berbulan-bulan aku cari kau. Masa tu aku
macam nak gila. Semuanya kerana kasih dan cinta aku pada
kau, Zumera. Reza kau jadikan mangsa. Tapi kini, aku nak
kau tahu… dalam hati ni hanya ada seorang gadis yang aku
puja. Tiada lagi Zumera. Dan aku tak mahu kau datang lagi
dan rosakkan kebahagiaan aku. Faham?”
Serentak itu Azril berlalu meninggalkan Zumera
yang terpinga-pinga sendiri. Biar apa pun terjadi Reza adalah
isterinya. Tentang Azwan… tidak mengapa, dia sendiri akan
minta penjelasan daripada Reza. Lagipun memang dia yang
bersalah kerana tidak pernah mengambil tahu akan hal
isterinya.

102
Diana Derin

bab 12
H
UJAN yang turun sejak
petang tadi masih bersisa.
Rintiknya masih kedengaran
membingitkan telinga.
Reza membancuh secawan koko panas. Dia
mengambil sepiring donat kegemarannya. Sejak petang tadi
dia langsung tidak menjamah sebarang makanan.
”Kalau Reza nak makan, mak cik dah hangatkan
lauk dan sayur. Reza makan ya, mak cik pergi dulu,” pesan
Mak Kasum semasa meninggalkannya petang tadi.
Mahu juga dia menemankan Mak Kasum balik ke
kampung. Kasihan orang tua itu. Petang tadi terkocoh-kocoh
menyiapkan kerja kerana hendak balik ke kampung, anak
saudaranya meninggal dunia disebabkan kemalangan.
Reza membelek album gambar lama dari atas rak
bukunya. Entah kenapa sejak dua tiga minggu ini dia terasa
amat sunyi. Rindu pada kenangan lalu, pada semua yang
telah ditinggalkan. Tatkala terkenangkan arwah ibu dan
nenek, terasa damai ketika berada di dalam pelukan mereka.

103
Sangkar Cinta

Kenapa bahagia itu cuma sekejap sahaja? Setelah nenek


pergi, ibu pula menyusul. Kepada siapa lagi tempat dia
mengadu sakit pening. Satu-satunya orang yang disayangi
kini ialah Datuk No’man, ayah tiri yang begitu prihatin
terhadapnya berada jauh di Bumi Kenyalang.
Semua orang yang disayangi semakin menjauh.
Apakah Azwan masih sanggup menerimanya setelah menjadi
isteri orang? Reza keliru. Kasih sayang dan cinta yang sekian
lama dipupuk apakah akan berakhir begitu sahaja? Dan
percayakah Azwan terhadap dirinya? Sanggupkah dia
menghadapinya nanti? Apa pun Azwan mesti tahu akan
kesetiaan cintanya. Kesucian cinta yang belum tercemar oleh
noda perkahwinan itu. Reza sudah tidak sanggup untuk
tinggal sebumbung dengan lelaki yang tidak pernah
menerimanya.
Justeru dia sendiri gagal untuk membahagiakan
dirinya. Sampai bila harus mencipta dosa? Sampai bila dia
harus membohongi ayah, membohongi diri sendiri? Dia
harus keluar dari kemelut ini. Azril juga harus tahu dia tidak
mahu selamanya hidup di dalam keterpaksaan. Semuanya
penuh dengan pembohongan. Apakah perasaan itu harus
dilempar jauh dari aras hakiki kehidupan rumah tangga?
Hidup macam orang tak pernah kenal. Bertegur sapa sekali-
sekala. Pendek kata hubungan mereka umpama langit dengan
bumi.
Kring… kring… kring....
Reza berlari menaiki anak tangga ke ruang atas.
Gagang telefon segera diangkat. “Helo… siapa ni?”
Sayup-sayup terdengar bunyi suara di hujung
talian. Yang terdengar hanya bunyi desahan nafas.
“Helo... siapa ni? Helo.…”

104
Diana Derin

“Ya helo... Reza ke? Reza ke tu?”


“Azwan!”
Reza terpempan. Azwan! Sudah balikkah dia? Oh
Azwan, datanglah padaku segera. Lihatlah getar di dada ini
dan cintaku tak pernah padam untukmu.
“Azwan, kau kat mana ni? Bila nak balik Malaysia?”
Nada suara Reza riang bertanyakan soalan pada
Azwan. Seketika dia terlupa pada Azril. Terlupa pada statusnya
kini yang merupakan isteri orang, isteri Azril.
“Wan sampai sini semalam, Reza....” Suara Azwan
yang jauh terasa bergetar. Ada kelainan pada suara itu.
“Semalam? Kenapa tak call Reza, tak bagitau pun
dekat kita.” Suara Reza bernada merajuk. Kesal sungguh
hatinya kerana tidak dapat menyambut Azwan di lapangan
terbang.
“Wan tak mahu menyusahkan Reza. Wan nak buat
kejutan untuk kekasih Wan yang tersayang. Emmm… Reza,
Wan rindu sangat ni, boleh tak Wan datang jumpa Reza?”
Datang? Boleh. Tapi... Reza terasa longlai seluruh
tubuhnya. Rindu ini tiada bermakna lagi, Azwan. Reza kalut.
Percayakah Azwan yang dirinya kini adalah isteri orang.
Dapatkah pemuda itu menerimanya lagi. Akan adakah kasih
sayang dan cinta itu untuknya lagi? Ah, Azwan! Tapi aku
masih suci sesuci cintaku yang tak pernah mati terhadapmu.
Apa pun Azwan mesti tahu akan hal ini. Azwan mesti tahu.
Tetapi bagaimana hendak memberitahu dia? Tidakkah terluka
hatinya nanti? Akan hilangkah segala kepercayaannya
terhadapku?
“Reza... Reza….” Suara Azwan bergema di hujung
talian.

105
Sangkar Cinta

“Ya... Wan….” Reza menjawab perlahan. Seluruh


rasa menjadi satu. Kalau tadi semangatnya telah terbang ke
tempat Azwan, tetapi kini dia keliru. Dia bimbang untuk
menyatakan hal sebenar.
“Reza… kita keluar ya? Wan tunggu Reza kat
Tanjung Aru Beach. Bye Reza.”
“Bye.”
Haruskah pertemuan ini wujud, Azwan? Akan
adakah lagi cerita indah zaman persekolahan dahulu? Atau
engkau kini telah pun memiliki cinta lain? Tapi benarkah
rindu yang kau bawa pulang itu untukku? Dan sememangnya
aku yang telah mendustai segalanya. Akanku jelaskan padamu
segalanya, Azwan. Biar tiada dusta melingkari hubungan kita.
Alangkah sepi hidup ini. Kasih, rindu, sayang,
segalanya akan hilang. Tetapi setia itu masih teguh untukku
pertahankan.

“ENGKAU masih seperti dulu, Reza... cantik dan makin ayu.”


Azwan terpegun melihat wajah jelita Reza. Sepasang mata
redup milik Reza menggetarkan naluri kelelakiannya. Ah,
bohonglah kalau tidak terlintas keinginan untuk memiliki
keindahan gadis itu.
“Takdelah. Reza macam dulu juga. Emmm... tak ada
minah salih yang tersangkut ke?” Reza cuba menduga.
“Ada juga. Tapi hati Wan tetap pada yang satu. Pada
Reza la.”
Reza tersentak. Bagaimana hendak memulakan
bicara? Wajah Azwan direnung dalam. Sungguh, aku tak
sanggup!

106
Diana Derin

Reza mengumpul kekuatan, mencari bait kata


untuk menjelaskan keadaan dan situasinya kini. Walau apa
pun yang terjadi, Azwan harus mengetahui duduk perkara
sebenar.
“Wan, sebenarnya Reza nak bagitau satu perkara.
Reza harap Wan maafkan Reza. Reza tak ingin semuanya
terjadi, tapi Reza akur kalau Wan anggap Reza yang tak setia
dengan cinta kita.” Reza menelan liur.
Azwan memandang wajah lembut itu. Seraut wajah
yang amat dirinduinya. Dia cuba menggenggam jemari yang
runcing itu, namun dia terkejut apabila Reza menepisnya
perlahan.
“Reza, apa pun yang terjadi, kita tetap akan
bersama. Bertahun Wan tunggu saat nak realisasikan impian
kita. Sekarang Wan rasa dah tiba masanya kita kukuhkan
ikatan kasih sayang kita, Reza. Reza masih sayangkan Wan,
kan?” Azwan melepaskan sebuah persoalan. Dia mula meragui
kesetiaan Reza. Namun dia pasti ada sesuatu yang telah
terjadi. Kalau tidak, masakan Reza menepis tatkala dia cuba
hendak menyentuh tangannya tadi.
“Wan, kita takkan dapat bersama. Reza….”
Walau ditahan namun si air mata tumpah jua. Dia
tidak sanggup menghadapi kehilangan lagi. Cukuplah dia
kehilangan insan-insan yang amat disayanginya.
“Reza, katakanlah apa yang dah terjadi. Wan
sanggup hadapi segalanya. Kita takkan berpisah lagi, kan?”
“Wan, sebenarnya Reza adalah isteri orang.”
Perlahan suara itu menusuk ke pendengarannya.
Azwan kaget. Dia keliru. Kini dia berhadapan dengan masalah
yang terlalu berat. Kenapa dia dilukai dengan perkhabaran
ini? Apa salahnya, Azwan tidak faham apa yang telah berlaku.

107
Sangkar Cinta

“Isteri orang? Reza isteri orang? Betul ke apa yang


Reza katakan ni? Kenapa Reza tergamak mengkhianati cinta
kita? Kenapa?”
Azwan bungkam. Tiba-tiba kebencian menyelinap di
hatinya tatkala merenung seraut wajah yang dicintai separuh
mati itu.
“Wan, maafkan Reza. Reza terpaksa. Reza terpaksa
berkorban demi ayah. Zumera dah malukan ayah. Dia
menghilangkan diri ketika hari pernikahan. Reza terpaksa
gantikan tempat dia. Maafkan Reza, Wan....” Reza menekup
wajahnya. Dia cuba untuk tidak terlalu mengikut emosi. Dia
perlu tabah menghadapi dugaan ini.
“Hai... terpaksa atau diri sendiri yang rela?”
Kata-kata Azwan yang sinis bagaikan menikam
jantungnya. Sememang wajar Azwan berkata begitu. Azwan
berhak memarahi dirinya yang terlalu menurut kata.
Reza menggigit bibir, menahan pilu yang
memuncak. Ditahan air mata agar tidak mengalir.
“Terpulang pada Wan sama ada nak percaya atau
tak. Tapi percayalah, perkahwinan ini tidak pernah Reza
impikan dan Reza tak rela dengan perkahwinan ni. Dan kalau
Wan nak tahu... Azril masih belum sentuh Reza.”
Azwan terlopong. Kata-kata gadis itu ibarat
menagih simpati. Boleh percaya ke? Kalau benar begitu akan
bersinarkah harapannya untuk kembali bersama? Dan kalau
benar dia masih perawan, bolehkah dibuktikan kejujuran itu?
Tetapi dia bukan lelaki yang begitu. Dia cintakan Reza bukan
kerana nafsu semata. Bukan. Dia tidak perlukan semua itu
untuk membuktikan sejauh mana kejujuran Reza
mencintainya.
Sekembali dari London tempoh hari, Azwan sudah

108
Diana Derin

merancang untuk merisik, seterusnya menghantar


rombongan meminang gadis itu. Dia ingin melihat gadis
pujaannya itu menjadi permaisurinya. Itulah lambang cinta
suci nan abadi. Tetapi kini, segala yang terencana sudah
hancur berkecai. Tiada apa untuk dinantikan, segala impian
untuk bersama gadis itu punah bersama hancurnya cinta
yang disemai sejak dari sekolah lagi.
Ah, adakah dia pengkhianat pada cinta sucinya?
Kepercayaan telah dipunahkan dengan sekelip mata. Adakah
Azwan akan menimbangkan segala pengakuannya itu?
“Sudahlah Reza, mungkin antara kita tak ada jodoh.
Terima sajalah apa yang berlaku ini sebagai takdir. Lagipun
Reza dah jadi isteri orang dan belajarlah terima dia sebagai
suami. Wan doakan Reza bahagia....” Suara Azwan berbaur
kecewa. Namun dia cuba menguatkan semangat. Sebenarnya
itulah yang dia takuti selama ini.
“Itu saja Wan? Itu saja yang dapat Wan katakan?”
Reza merungkai sebak. Terasa sebak dan sedih kerana Azwan
begitu mudah merelakan segalanya.
“Apalagi yang dapat Wan lakukan, Reza? Wan
cintakan Reza seorang tapi Reza dah jadi isteri orang.
Semuanya dah musnah. Elergi indah itu sebenarnya hanyalah
harapan yang menjadi idaman yang tak kesampaian, Reza!”
Azwan menggeleng. Dia pasrah menerima ketentuan Ilahi
bahawa gadis pujaannya kini telah menjadi isteri orang.
“Wan ingat Reza bahagia dengan kehidupan
sekarang? Kami tak pernah menjalani kehidupan seperti
pasangan yang lain. Mungkin Reza terlalu berterus terang,
tapi percayalah... Reza dah terlalu lama pendamkan keperitan.
Reza tak harapkan apa-apa, tapi cukuplah kalau Wan
memahaminya.” Reza menekup wajah dengan kedua-dua

109
Sangkar Cinta

belah tangannya. Terasa seperti tidak ada sesiapa yang mahu


mendengar rintihannya. Azwan pun sudah menjadi
sebahagian daripada mereka yang mahu meminggirkannya.
“Reza kalau benar apa yang Reza katakan, kalau
betul Reza nak buktikan kejujuran pada Wan, apa yang Reza
sanggup lakukan?” Azwan menggenggam jemari halus Reza.
Seakan mahu didakapnya Reza. Namun dia masih lagi waras.
“Buktikan? Bukti macam mana, Wan?” Reza
terkesima. Di hatinya diserbu seribu tanda tanya. Dia faham
maksud lelaki itu. Tetapi itu adalah perkara bodoh untuk
dilakukan.
Azwan tersenyum. Mana mungkin kau sanggup
wahai gadisku. Walaupun jauh di sudut hati dia memang
mengakui ketulusan gadis itu, tetapi dia sekadar mahu
menduga. Sekadar mahu melihat reaksi Reza. Dia tahu
sebenarnya Reza tersepit di antara paksaan perasaan dan
keadaan. Dia tahu Reza menjadi mangsa perbuatan Zumera.
Dia kenal Zumera. Dan dia boleh membayangkan apa yang
telah berlaku.
“Reza, apapun kita tak boleh bersama macam dulu.
Sekarang ni jurang kita dah terlalu jauh. Apa Reza tak rasa
bersalah kerana membelakangkan suami? Reza datang jumpa
Wan ni ada beritahu dia?” tanya Azwan perlahan. Dia cuba
mencari kekuatan untuk memandang wajah ayu Reza.
Ah, Reza... kau semakin manis sekarang. Dengan
rambut dibiarkan lepas menyerlahkan lagi kejelitaanmu. Kau
begitu sempurna di mataku. Bodohlah lelaki itu jika menolak
kau, Reza. Dan mustahil Azril tidak berkeinginan untuk
menyentuh keindahanmu. Tapi….
Reza menggeleng.
“Wan, Reza bergelar isteri hanya pada kertas saja.

110
Diana Derin

Reza masih belum dapat terima dia sebagai suami. Wan, cinta
Reza hanya untuk Wan saja. Reza masih menyayangi Wan
sampai ke hari ini.”
Reza meninggalkan Azwan bersama juraian air
mata yang kian deras mengalir. Mungkin ini adalah tangisan
terakhirku untuk mengusir usikan kenangan silam
bersamamu. Pergilah cinta, pergilah kenangan... jangan
datang lagi. Aku tak mahu hati ini dilukai lagi.
Azwan menumbuk pasir di gigi pantai. Kenapa dia
terlalu emosi? Sudah lama dia menyimpan rindu buat Reza.
Namun ia terbang bersama gadis pujaan. Sesungguhnya dia
amat kecewa. Bukan mudah baginya membuang segala yang
indah. Kenangan silam di antara dia dan Reza adalah memori
yang tidak mungkin dapat dilupakan. Dia sudah
merencanakan segalanya untuk gadis itu. Tetapi takdir Tuhan
tidak siapa mampu menolaknya.
Adakah dia akan memiliki lagi cinta seperti yang
dilorek bersama Reza? Entahlah....
Saat ini jiwanya seakan kosong. Semangatnya telah
pergi bersama hancurnya harapan yang dibina. Dia seolah-
olah tidak memiliki kekuatan untuk menempuh hari esok
yang entah bagaimana warnanya.
Mungkin dia perlu menerima qadak dan qadar.
Percintaan tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan.
Biarlah cinta itu pergi. Dia tidak akan menyimpan dendam
buat Reza.
Kini dia berazam mahu membebaskan diri dari
belenggu kekecewaan walaupun tidak pasti adakah dia reda
menerima kehilangan Reza.

111
Sangkar Cinta

DIA menghempas daun pintu kayu ukiran khat berwarna


kuning emas. Berdentum bunyinya. Sekilas jam antik di
ruang tamu dijeling geram. Sudah pukul dua belas setengah,
desis hatinya. Belum balik lagi. Handphone tak aktif. Takkan
kerja sampai larut malam pula. Hai perempuan ni… Azril
mendengus kasar.
Jam di dinding berkali-kali direnung. Tiba-tiba
matanya menangkap cahaya lampu Honda Civic milik Reza
masuk ke pekarangan rumah. Dia mematikan diri di hujung
tangga.
“Hai... shopping ke melilau? Macam esok tak ada
hari lagi ke?” Azril menyindir sinis.
Reza meletakkan sebakul buah manggis yang
sempat dibelinya di gerai tepi jalan petang tadi. Dia tidak
menjawab ataupun memandang wajah Azril. Dia melangkah
untuk naik ke tangga.
“Reza, abang bercakap dengan Reza ni, Reza dari
mana? Dah jauh malam baru balik.” Azril cuba berdiplomasi.
Tangan Reza dipaut lembut, namun Reza menepisnya
perlahan. Moodnya masih belum sembuh.
“Hesy, Reza punya pasallah nak balik cepat atau
lambat.” Reza melarikan wajahnya dari pandangan Azril.
Tetapi suaranya lemah seperti orang tidak bersemangat.
Azwan telah membawa semangat dan kekuatannya petang
tadi.
Menyampah! Sejak bila pula pandai sibukkan hal
orang. Kalau dulu jangankan nak tanya, jeling pun tak
pernah. Hesy, meluat pula aku dengar. Reza mempercepatkan
langkah menuju ke kamar. Mengambil pakaian dan
membersihkan diri di kamar mandi. Dia berendam di dalam
tab mandi.

112
Diana Derin

Setelah puas berendam, Reza bangkit. Kemudian


dia melihat imej wajahnya di cermin berbingkai kayu. Kenapa
aku tak pernah rasa bahagia? Orang-orang yang aku sayangi
semua dah pergi meninggalkan aku... termasuklah Azwan.
Ah, pergilah Azwan. Aku tak mahu mengingatimu lagi.
Air mata tumpah lagi. Reza menekup wajahnya.
Tidak sedar sudah hampir dua jam dia berada di dalam bilik
mandi. Dia tidak mahu mengenang segala kepahitan lantaran
dia sudah menjadi isteri kepada Azril. Lelaki yang tiba-tiba
sahaja menjadi teman tidurnya.
Mandi ke tidur dalam bilik air ni? Hati Azril dipukul
resah. Apa yang dibuat sampai berjam-jam dalam bilik air?
Takkan marah kut?
“Hei... mandi ke tidur? Dah dekat dua jam ni, tak
takut kecut ke?” Azril mengetuk pintu bilik mandi.
“Emmm... ingatkan dah tidur kat dalam tadi,”
sindir Azril tatkala wajah Reza terjengul di muka pintu.
Reza memuncungkan mulut.
Azril mencuri pandang wajah Reza. Dia cuba
menghampiri Reza. Dan apabila dia cuba menghampiri Reza,
dia melihat sepasang mata indah milik Reza merah dan
bengkak. Hatinya bagai ditarik-tarik untuk bertanya.
“Reza, kenapa dengan kau? Kau sakit ya?” Azril
bertanya lembut. Dia tidak mahu bertengkar dengan gadis itu
lagi. Kalau boleh biarlah mulai hari ini dia tidak menyakiti
hati gadis itu lagi. Dia mula merasakan perasaan sayang
tumbuh di dalam dirinya. Aneh sekali kenapa dia tiba-tiba
mengalah kini, meruntuhkan benteng egonya yang
dipertahankan selama ini.
Hatinya geram tatkala melihat Reza masih diam
membatu. Pertanyaannya dibiarkan berlalu pergi.

113
Sangkar Cinta

Gadis itu masih berlagak selamba, tidak


memandang wajahnya.
Reza menutup botol minyak wangi berbentuk hati
jenama Cristian Dior setelah menyembur sedikit ke
tubuhnya.
Aroma wangian itu menusuk dan mengundang
perasaan halus Azril tiba-tiba. Hai perempuan… jangan paksa
aku main kasar. Azril menahan debar, dia mengalih
pandangan lagi, cuba menolak perasaan dalam keinginan
yang tiba-tiba menuntut naluri kejantanannya.
“Reza, kenapa tak jawab soalan abang? Sekarang
abang bercakap dengan Reza? Bukan dengan tunggul!”
Suara Azril yang agak tinggi mengejutkan Reza.
Hatinya semakin terhiris, saat begini dia ingin bersendirian.
Reza berhajat hendak ke ruang tamu. Hatinya amat sarat
dengan bebanan yang baru dilepaskan petang tadi. Sekarang
Azril sudah pandai mengongkong hidupnya.
Azril memaut bahu Reza. Tetapi dengan kasar Reza
menepis. Namun tangannya ditarik semula. Dia terhumban
ke atas katil. “Sakit la! Kenapa ni, tarik-tarik orang.”
Reza mendengus kasar. Dia terkejut dengan sikap
Azril. Tangannya terasa sakit apabila direntap kasar begitu.
Dia cuba melepaskan tangannya dari genggaman Azril.
Kenapa dengan Azril ni, dah naik minyak ke?
“Reza, kenapa tak jawab soalan abang? Reza buat
abang macam kayu. Kalau ada masalah, apa salahnya bagitau
abang. Abang ni suami Reza tau!” Azril cuba bertenang, tetapi
suaranya sengaja ditinggikan. Biar gadis itu tahu, dia masih
ingat akan tanggungjawab dan ikatan mereka.
“Eh, kenapa nak sibuk hal orang? Bukan ke selama
ni kita tak pernah nak ambil tahu. Kenapa sekarang nak sibuk

114
Diana Derin

pula!” Reza geram dengan kelakuan Azril. Selama ini bukan


main sombong dia. Suka hatilah oranglah!
Reza cuba bangun. Perit tangannya menahan sakit.
Namun belum sempat dia berdiri Azril sudah mendepangkan
tangannya. Kedua-dua tangan disilang ke atas. Reza
tergamam. Dia cuba menolak, namun tubuh Azril sudah
berada di atasnya. Tenaga Azril jauh lebih kuat daripadanya.
“Eh, apa ni Azril? Kau dah gila ke? Oi, lepaslah!”
Reza meronta, namun semakin kuat dia meronta semakin
kejap Azril memeluknya. Terlalu erat, seperti tidak mahu
dilepaskan lagi. Reza menahan sendu, Azril sudah melampau.
Air matanya mengalir deras. Dia tidak mampu
melawan lagi, terasa lemah tubuhnya. Dalam diam dia pasrah
dengan segala kemungkinan. Yang terdengar kini ialah
desahan nafas yang berombak perlahan.
Azril merenung wajah isterinya. Penuh kasih
sayang. Untuk pertama kalinya dia melihat wajah itu dari
dekat. Sejuk hatinya. Wajah jernih itu penuh dengan
kelembutan. Dan pertama kali dia memuji keindahan milik
gadis yang tidak pernah disentuh selama bergelar isteri.
“Reza maafkan abang... Abang buat begini kerana
abang sayangkan Reza. Abang dah buang semua janji abang,
Reza. Marilah kita bina kehidupan baharu. Abang sayangkan
Reza. Percayalah.”
Dan untuk kesekian kalinya perasaan itu datang
bukan sekadar gurauan. Sungguh. Azril melerai pelukannya
tatkala melihat Reza teresak menangis. Dia tahu dia sudah
melampau. Namun untuk memastikan Reza menjadi
miliknya dia perlu menakluki Reza. Reza tidak boleh
dilepaskan. Dia mahu Reza menemaninya hingga ke akhir
hayat.

115
Sangkar Cinta

“Kau pentingkan diri sendiri!” Reza menolak kasar.


Dia benci melihat wajah Azril di sampingnya. Namun belum
pun sempat dia bangun sekali lagi Azril menariknya hingga
jatuh semula ke dalam pelukan Azril. Reza kalut. Azril
bagaikan sudah dirasuk syaitan.
“Kau nak ke mana, Reza? Tempat seorang isteri
adalah di samping suaminya. Di sini Reza.”
Azril bertindak terlebih dahulu. Dia sudah nekad
kini. Apa hendak jadi, jadilah. Ah, aku takkan lepaskan kau ke
tangan orang lain. Kali ini kau akan tahu siapa suami kau
yang sebenarnya. Azril memperkemaskan pelukannya.
Reza cuba meronta, tetapi tidak terdaya.
Azril tersenyum. Dia menyilangkan kedua-dua
belah tangan Reza ke atas.
“Abang cintakan kau Reza, abang ikhlas.…” Azril
bersuara perlahan.
Reza cuba meronta lagi, menggunakan seluruh
tenaga yang ada. Tetapi Azril bukan lawannya. Dia tidak
melihat walau sesaat wajah lelaki itu, dia ingin melarikan
wajahnya dari sentuhan Azril.
Alangkah tergamamnya Reza apabila bibirnya
disentuh lembut oleh Azril. Sekujur tubuhnya bergetar. Dia
tidak dapat menampung berat lelaki itu, tangannya tiada daya
untuk bergerak. Azril sudah membuka kancing butang
bajunya.
Eh, gila lelaki ini, apa yang dia hendak buat. Dia
ingin menjerit, tapi siapa akan membantunya. Gila! Tentu
orang akan berprasangka lain pula. Azril pantas
mententeramkannya. Satu ciuman lagi. Reza longlai. Kecut
perutnya ketika melihat Azril tersenyum. Tangan lelaki itu
lebih pantas melepaskan semua pakaiannya.

116
Diana Derin

Reza mati kutu. Air matnya tidak mampu


mengundang simpati. Malunya tidak terkata.
“Azril, tolonglah lepaskan aku. Aku tak rela....” Reza
memujuk lembut kalau-kalau Azril bersimpati akan dirinya.
Reza sedar Azril itu suaminya. Azril berhak memiliki
tubuhnya. Dia tahu itu.
“Relakan saja sayang, abang berjanji akan
menyayangi Reza sepenuh hati. Abang lakukan semuanya
hanya kerana Allah, Reza....” bisik Azril perlahan di telinga
Reza.
Reza sudah tidak mampu bertahan. Dan dia
memejamkan mata apabila Azril melekapkan ciuman hangat
di dadanya. Terasa seluruh tubuhnya dijamah Azril. Tiada lagi
yang bersisa. Azril semakin berani. Reza terkedu tanpa kata.
Menggigit bibir menahan tangis yang semakin memuncak.
Sampai hati Azril.
Kesucian yang dipertahankan demi Azwan kini
sudah hilang. Dia jatuh di tangan suami sendiri. Azril telah
meragut segala yang berharga.

117
Sangkar Cinta

bab 13
A
ZRIL membancuh secawan
Milo panas dan meletakkan
semangkuk bubur ayam yang
masih berasap ke dalam dulang. Dengan penuh hati-hati dia
meletakkan dulang itu di atas meja kecil di sisi Reza. Dia
mahu menunjukkan kasih sayang dan ambil berat terhadap
Reza. Biar isterinya itu tahu kasih sayangnya kini hanya
untuk isterinya sahaja.
Dia merenung wajah bersih isterinya kemudian
beralih ke bibir mongel Reza. Azril tersenyum nakal.
Peristiwa tempoh hari menggetar jantungnya. Sabar, cukup
sekali itu. Jangan tergesa-gesa. Azril memujuk perasaan.
Terasa menyesal membiarkan waktu berlalu begitu lama
untuk mendekati isterinya itu.
Dia menggenggam jemari runcing halus milik
Reza. Terasa hangat dan mendamaikan jiwanya.
Reza terjaga, matanya yang tadinya terkatup kini
terbuntang luas. Dadanya tiba-tiba berombak kencang tatkala
melihat Azril duduk di sisinya, tersenyum memandangnya.

118
Diana Derin

“Reza, abang ada buatkan Milo panas dan bubur


ayam kegemaran Reza. Bubur ni abang yang masak tau! Apa
kata abang suapkan Reza,” usul Azril seraya tersenyum.
Nak tunjuk baik la tu. Kenapa nak suapkan orang
pula, bukannya kita sakit. Mengada betullah lelaki ni.
“Tak payah, saya bukannya sakit. Buat apa susah-
susah.” Reza mengeluh perlahan, dia menyandarkan badan di
kepala katil. Tetapi wajahnya dilarikan jauh dari menjadi
tatapan lelaki itu. Bukan dia tidak sudi tetapi....
“Tak apalah, bukan selalu abang dapat suapkan
Reza. Lagipun hari ni kita tak ke mana-mana.” Azril
mengambil mangkuk yang berisi bubur lantas menyuapkan
ke mulut Reza.
Walaupun teragak-agak, namun Reza membuka
juga mulut kerana Azril sudah pun mengangkat sudu.
“Emmm... sedap tak bubur ayam ni? Abang ni pakar
juga kalau bab masak memasak. Maklumlah anak tukang
masak.” Riang Azril apabila Reza sudah mahu berlembut
dengannya.
Reza hampir tersedak. Hatinya terhibur juga. Tetapi
sengaja tidak ditunjukkan di hadapan lelaki itu.
“Reza, maafkan abang ya? Sekarang ni abang mahu
menjadi suami yang bertanggungjawab dan penyayang pada
seorang bidadari yang cantik. Reza... abang harap Reza dapat
terima abang dengan seadanya. Reza sudi terima abang?”
Azril mengambil tangan isterinya seraya
melekapkannya ke dada. Dia merenung sepasang mata redup
milik Reza. Tersentuh hatinya menatap mata yang indah itu.
Reza tunduk. Terasa berdebar jantungnya apabila
direnung begitu. Entah kenapa hatinya tiba-tiba merasakan

119
Sangkar Cinta

ada suatu getaran yang membahagiakan. Apakah dia juga


sudah mula menyayangi lelaki itu. Ah... usikan perasaan yang
datang terasa sembilu menusuk jantungnya.
Tidak ada kurangnya Azril di matanya. Tetapi....
“Reza maafkan abang tak?” Sikap Reza yang banyak
berdiam membuatkan Azril jauh hati. Pada pengamatannya
Reza lebih suka termenung. Dia lebih banyak bertindak
daripada berbicara. Mungkin itu sikap semula jadi Reza.
“Kita tak pernah menduga segala yang berlaku. Tapi
andai dah ditentukan begitu, kalau itulah suratannya kita tak
boleh mengelak.” Suara Reza perlahan dan mendatar. Sudah
diletakkan lelaki itu di dalam hatinya. Sudah disemat di
dalam impiannya. Cuma dia masih samar, masih enggan
mengakui ketulusan Azril. Resah kalau harapan yang
disandarkan pada yang belum pasti. Nanti dia yang akan
tersungkur bersama harapan.
“Reza masih tak percayakan abang?” Azril berdiri.
Tiba-tiba dia melompat ke atas katil di sebelah Reza.
Reza terkejut, namun apabila melihat Azril melutut
di hadapannya dia jadi kalut. Takkan nak melutut kut.
“Reza isteriku... abang berikrar, abang berjanji
dunia akhirat. Bersaksikan air mata Reza, abang janji akan
menjadi suami yang bertanggungjawab. Mulai saat ni abang
akan jaga Reza. Insya-Allah, jangan ada lagi perasaan
mencurigai dalam diri kita, sayang. Hanya Reza dalam hati
abang sekarang ni, percayalah.”
Azril menarik lembut tangan Reza lantas diletakkan
ke dadanya.
“Di sini Reza, di sinilah kasih sayang abang akan
sentiasa hidup, akan sentiasa mekar sepanjang waktu.” Azril
menghadiahkan satu ciuman ke dahi Reza.

120
Diana Derin

Reza tertunduk. Hangat pipinya dengan air mata


yang mengalir. Membanjiri kolam matanya yang redup.
Pengakuan Azril meruntuhkan benteng keegoannya.
Sesungguhnya, ketika itu dia sudah menerima Azril seadanya.
Tulus dan ikhlas.
Dia tidak mahu lagi mengingati kenangan lalu.
Segalanya kini hanya untuk lelaki itu. Ya, Azril akan
memimpin tangannya menuju ke jalan impian mereka. Dan
dia akan menyerahkan segala ketentuan hidupnya pada lelaki
itu. Itu sandarannya kini.

121
Sangkar Cinta

bab 14
“T
AHNIAH, Reza. Akhirnya
kita berjaya merealisasikan
impian nak bina restoran ni.
Semuanya atas usaha kuat Reza. Ayah tumpang gembira
dengan kerja keras Reza dan Azril.” Datuk No’man tersenyum
bangga. Dia amat berpuas hati dengan reka bentuk dan susun
atur yang begitu unik dan lebih bersifat ketimuran itu.
Dalam diam dia memuji akan kecekapan dan kebolehan anak
menantunya.
Datuk No’man tiba-tiba sayu apabila mengenangkan
Zumera. Anak gadisnya seorang itu entah apalah khabarnya
tika ini.
“Untuk ayah, apa salahnya kalau kami lakukan yang
terbaik. Lagipun ayah tentu suka, kan?” Reza menatap wajah
tua Datuk No’man. Dia tahu, segala usahanya untuk
memajukan perniagaan ayah tirinya itu adalah sebagai hadiah
bagi kasih sayang dan pengorbanan yang tidak terhingga.
Tetapi walaupun segunung emas dihamparkan kepadanya,
dia belum dapat membalas kasih sayang itu.

122
Diana Derin

“Ayah, nampaknya perniagaan kita dah semakin


maju. Dah banyak cawangan ni, kita perlukan ramai pekerja.
Apa kata kalau kita tambah pekerja.” Reza mengutarakan
cadangan.
“Emmm… bagus juga cadangan Reza tu. Ayah
sebenarnya pun baru plan macam tu. Apa kata kalau kita
iklankan di surat khabar, macam mana?”
“Boleh juga, ayah. Nanti Reza tolong uruskan.
Kalau tak pun kita boleh ambil budak remaja kat kampung.
Lepasan SPM yang menganggur pun ramai. Ayah, petang ni
Reza nak ke Butik Iman. Kata Suri ada sorang Datin nak
tempah baju untuk majlis makan malam meraikan anak-anak
yatim hari Ahad depan. Takut pula kalau Datin tu tak
berkenan dengan fesyen kita.”
Suara Reza bernada riang. Sambutan daripada
pelanggan terhadap Butik Iman amat memberangsangkan.
Dia ingin menambah koleksi pakaian untuk tatapan dan
pilihan pelanggan. Cadangan untuk menambah koleksi
pakaian kanak-kanak juga turut menjadi impian Reza.
“Bagus juga cadangan Reza tu. Dapat juga kita
bantu anak-anak kampung. Yalah, daripada melepak, baik
bekerja dan timba pengalaman. Ayah pun nak ke Kompleks
Karamunsing sekejap. Ada temu janji dengan Mr. Lee
berkenaan projek kat Kimanis itu. Kalau ada peluang, ayah
rasa kawasan tu akan maju dengan terbinanya lebuh raya
paling dekat yang menghubungkan Keningau-Papar. Ada
peluang perniagaan yang menanti di sana, Reza.” Datuk
No’man melemparkan sebuah senyuman kepada Reza.
“Ya ayah. Sekarang kita kena rebut peluang yang
ada. Kalaupun bukan untuk kita tapi untuk generasi akan
datang. Reza dengar sekarang dah banyak rancangan diatur

123
Sangkar Cinta

untuk buka perniagaan di sana,” balas Reza sambil melirik ke


wajah ayah tirinya itu.
Datuk No’man sememangnya cekap dalam
mengendalikan sesebuah projek. Lelaki itu memang
mempunyai wawasan yang tinggi untuk memajukan diri.
“Itulah yang tengah ayah fikir sekarang, Reza.
Tanah arwah ayah ada kat sana. Kebetulan berhampiran
dengan lebuh raya utama yang sedang dalam pembinaan
sekarang. Kawan ayah Datuk Saa’die pun dah berangan nak
buka taman rekreasi berhampiran kawasan tanah tinggi dekat
dengan Kampung Ulu. Kawasan tu memang sesuai kerana
selain mempunyai sungai berbatu yang deras dan dalam, ada
pula bukit yang berhampiran dengan Banjaran Croker.
Tempat tu memang sejuk.”
Datuk No’man seolah-olah membayangkan sedang
berada di lembah perbukitan itu. Kalau impiannya yang satu
itu terlaksana dia mahu membuka cawangan restoran di situ,
berhadapan dengan sekolah dan merupakan laluan utama.
Lagipun tanah arwah ayahnya penuh dengan pokok buah-
buahan. Siapa lagi yang akan menjaga dan mengurus tanah
di kampung yang satu-satunya merupakan peninggalan
arwah ayahnya itu. Datuk No’man sudah jauh melayari
anganan. Fikirannya menerawang kepada dusun buah-
buahan yang kini dijaga oleh pekerjanya.
Sebenarnya itu adalah impiannya sejak dari dahulu.
Tetapi memandangkan ketika itu jalan Kimanis-Keningau
masih belum berturap, dia hanya memendamkan anganannya
itu. Kesibukannya mengendalikan perniagaan di bandar
metropolitan membuang hampir separuh usianya dan
waktunya terhadap kampung halaman.
Kini, jalan itu sudah hampir siap sepenuhnya.

124
Diana Derin

Sudah banyak kenderaan melaluinya kerana ia merupakan


jalan yang paling dekat menghubungkan Kota Kinabalu-
Keningau.
Membuka perniagaan di kampung tidak
memerlukan modal yang besar. Segalanya sudah cukup bagi
memulakan sebuah perniagaan, dusun buah-buahan
terutamanya. Tanah yang luas dan kawasan yang strategik.
Di samping restoran, dia mahu membuka sebuah
kedai. Dia mahu membuka kedai komputer bagi kemudahan
pelajar-pelajar sekolah membuat rujukan. Baginya anak-anak
kampung perlu celik komputer. Biar mereka melalui zaman
IT serta mengenali dunia siber.
“Wah, dengar macam seronok rancangan ayah.
Kalaulah anak-anak muda yang ramai menganggur sekarang
punya wawasan seperti ayah, pasti takkan ada kutu-kutu
rayau atau kaki lepak. Emmm... baiklah ayah. Reza ke butik
dulu. Hati-hati bawa kereta tau. Reza jalan dulu, yah.
Assalamualaikum.”
Reza mencium tangan lelaki itu. Mohon restu dan
berkat. Kalau bukan kerana orang tua itu tidak mungkin dia
menjadi Reza yang sekarang. Sesungguhnya dia terlalu
banyak berhutang dengan lelaki itu yang juga merupakan
ayah tirinya.

125
Sangkar Cinta

bab 15
R
EZA cuba menyelit di celah
orang ramai yang berpusu-pusu
memasuki kompleks membeli-
belah itu. Dia mempercepatkan langkah bagi mendahului
seorang gadis yang nampak tergesa-gesa memintasnya apabila
menghampiri tangga eskalator yang sedang bergerak pantas.
Dia berdiri di sebelah gadis tinggi lampai yang memintasnya
tadi.
Petang-petang begini kompleks ini akan dihujani
dengan pengunjung. Tua, muda, kecil dan besar semuanya
bagaikan pelesit yang bercempera mencari habuan. Tujuan
mereka sama sahaja, sama ada membeli-belah atau sekadar
mencuci mata. Dan tidak kurang pula yang hanya mahu
menghiburkan hati sekali gus melepaskan tekanan kerja yang
bertimbun. Para remaja pula bertenggek di tepi koridor dan
di lorong-lorong kecil, melepak sebelum pulang ke rumah.
Reza segera bergerak menuju ke sebuah butik yang
namanya terpampang besar menghiasi ruang hadapan butik
terkemuka itu.

126
Diana Derin

“Hai Kak Reza. Sorang aje?”


Suri, gadis bertubuh agak gempal tersenyum
menyambut kehadirannya. Dia terus merangkul tubuh Reza
sambil berpimpinan masuk.
“Kakak sorang ajelah, Suri. Takkan asyik nak
berkepit dua puluh empat jam. Nanti tak berasaplah dapur.”
Reza berseloroh sambil mencubit pipi tembam gadis itu.
Kalau dahulu, dia masih nampak keanak-anakan. Sekarang
sudah dewasa dan sudah layak bergelar isteri. Ah, sungguh
cepat masa berlalu, desis hati kecilnya.
Reza membelek sepasang gaun satin berwarna hijau
pucuk pisang yang dipadankan dengan kain sifon dari jenis
jarang berbunga halus. Kemudian membelek pula sepasang
kebaya potongan nyonya Sarawak berwarna hitam yang
dihiasi batu putih bersinar. Di setiap bucu kain terdapat
labuci-labuci rumbai yang juga berwarna putih kristal.
Anggun kalau pemakainya bersusuk tinggi lampai.
“Datin yang nak tempah baju tu kata nak baju yang
macam mana, Suri?” Reza bertanya sambil tangannya asyik
membelek beberapa pasang lagi gaun dan baju kurung fesyen
baharu. Semuanya baru sampai minggu lalu. Ada beberapa
gaun daripada sutera halus yang dipadankan dengan kain
jarang berlapis tiga. Tetapi ia tidak sesuai untuk potongan
usia seperti Datin. Gaun seperti itu hanya sesuai untuk
golongan remaja atau mereka yang berusia di pertengahan
dua puluhan.
“Nama Datin tu, Salmah. Dia nak tempah sepasang
kebaya labuh, sepasang jubah ala Wardina, sepasang kurung
potongan Anita Sarawak dan sepasang dress kembang kaki.
Ala... Suri tak tau semua nama pakaian ni, kak. Kak, Datin tu
kata dia nak pakai masa majlis makan malam untuk raikan

127
Sangkar Cinta

anak yatim Ahad depan nanti. Dan selebihnya untuk majlis


rasmi. Tentang kain tu, dia serahkan pada kakak untuk
tentukan jenis dan warnanya.”
Suri menggaru kepala yang tidak gatal. Ingat pula
dia akan nama-nama fesyen yang disebut oleh Datin itu
tempoh hari. Gadis itu tersenyum lucu dengan
penerangannya. Kalau bab mengingati stail dan fesyen
pakaian, dia rasa dialah juaranya. Dia cepat kenal jenis kain
dan fesyen terbaharu. Mujur dia berbadan agak berisi. Kalau
tidak, mahu juga hari-hari dia bergaya dengan pelbagai jenis
fesyen trend terbaharu.
“Suri dah ambil ukurannya?” tanya Reza. Dia
memandang Suri sambil meletakkan beberapa contoh
pakaian di atas meja.
Kenapa Datin itu mahu dia yang pilihkan warna dan
jenis kainnya pula? Kalau tak kena nanti, tak ke parah? Reza
menggeleng.
“Dah kak. Datin tu taklah besar sangat, tapi tinggi
orangnya. Kulitnya putih bersih, macam kakak. Suri agak
dalam lingkungan empat puluhan,” terang Suri.
“Emmm... baiklah. Suri ada minta nombor telefon
dia?” tanya Reza lagi sambil membelek sepasang kurung
moden bersulam tangan halus di dadanya. Tangannya
menyentuh sulaman halus itu. Dia tidak boleh menjadikan
penjelasan Suri tentang personaliti Datin itu sebagai ukuran
untuknya melakukan kerja.
“Ada kak, ini nombornya.”
Suri mengeluarkan sekeping kad dari dalam laci,
kemudian memberikannya kepada Reza sambil tersenyum.
Murah betul Si Suri ini dengan senyuman. Agaknya
sebahagian kerjanya di sini ialah tersenyum. Tapi tak apa. Itu

128
Diana Derin

adalah daya penarik seorang gadis sepertinya. Lagipun


seorang jurujual atau pelayan kedai semestinya pandai
menarik pelanggan.
Reza membaca nama dan alamat yang tertera di
atas kad berwarna kuning cair itu. Datin Salmah Harjaki. Dia
macam biasa mendengar nama itu. Ah, mungkin tak serupa,
desis hatinya. Kalau Datin itu mahu baju-bajunya siap
sebelum Ahad depan, dia perlu cepat menghantar tempahan
itu kepada Anitta. Walaupun profesional, dia harus
memastikan kemahuan dan cita rasa pelanggan diutamakan
dan menepati masa yang dijanjikan.
Dia cuba mendail nombor telefon Datin Salmah
Harjaki. Beberapa saat menunggu panggilannya tidak
berjawab. Dia cuba sekali lagi namun tetap tidak bersambut.
Ke mana pula Datin ni? Dia mencuba lagi. Kali ini terdengar
suara serak kasar di hujung talian. Suara seorang lelaki.
“Helo, boleh saya bercakap dengan Datin Salmah
Harjaki?” tutur Reza perlahan. Dia mendengar suara lelaki
yang menyambut panggilannya seperti mendengus perlahan.
“Datin keluar. Ada hal apa telefon dia?”
Suara serius itu agak menekan.
Reza teragak-agak untuk meneruskan pertanyaan.
Banyak tanya nanti dikatakan penyibuk pula. Kasarnya! Tak
ada adab langsung. Macam ni ke cara layan orang di telefon?
“Emmm... tak apalah, nanti saya call dia balik. Bila
agaknya dia balik ya?” Reza bertanya lagi. Inginkan kepastian.
“Petang kut.” Pendek sahaja jawapannya.
Orang ni malas nak bercakap, sakit gigi kut. Reza
membuat andaian sendiri. Dia meletakkan gagang telefon
selepas berjanji akan menghubungi kembali petang nanti.

129
Sangkar Cinta

“Macam mana kak? Dapat cakap dengan Datin tu?”


Suara Suri tiba-tiba memecah khayalannya. Dia
membuang pandangan kepada gadis tembam itu.
“Tak dapatlah, Suri. Mungkin keluar agaknya.
Emmm... biasalah, dah Datin namanya. Mungkin sibuk
dengan persatuan atau sibuk dengan temu janji. Tak apalah,
nanti akak telefon balik.”
Kedengaran sebuah keluhan kecil diri mulutnya.
Kadang-kadang dia malas mahu mengambil tempahan
daripada golongan seperti ini. Orang besar dan berpangkat
seperti Datin ini hanya menyusahkan sahaja. Golongan ini
biasanya cerewet dengan permintaan yang pelbagai. Nak itu,
nak yang macam ini. Salah sikit mulalah bising. Tahu nak
komplen aja.
Reza menggeleng perlahan. Tetapi begitulah situasi
yang sering dihadapinya. Bukan senang mahu memberikan
kepuasan kepada semua orang. Bukan mudah kalau dia tidak
bijak mengendalikan setiap permintaan pelanggan. Setiap
pelanggan ada sahaja kehendak yang berbeza. Cita rasa yang
pastinya menuntut kesabaran dan menguji keupayaannya.

130
Diana Derin

bab 16
R
EZA membuka kalendar baharu.
Bulan yang baharu di tahun
baharu. Sedar tak sedar sudah
setahun lima bulan mereka hidup sebagai suami isteri. Reza
memerhatikan gambar pernikahannya dengan Azril. Sengaja
gambar itu dibingkaikan oleh Azril dan digantung di atas
kepala katil peraduan. Setahun mereka menjadi orang asing
di dalam rumah sendiri, bahkan di dalam bilik peraduan sang
pengantin yang sepatutnya diserikan dengan belaian dan
manjaan menjadi seperti medan penunjuk perasaan. Masing-
masing mahu mempertahankan ego. Masing-masing tidak
mahu mengaku kalah.
Lima bulan ini, baru Reza merasakan kehangatan
cinta itu di dalam dirinya. Apakah Azril juga begitu? Atau
sekadar mahu melaksanakan tanggungjawab itu? Masih
terlalu sukar untuk mentafsir hati lelaki itu. Walaupun kini
dia telah menjadi suami yang tahu luar dalamnya. Terkadang
Reza seperti bermain dengan perasaan. Adakalanya pula dia
seperti bermimpi Zumera ada bersama mereka. Apakah kini
dia mula menyimpan perasaan cemburu terhadap Zumera?

131
Sangkar Cinta

Kenapa pula dia berperasaan begitu? Kerana Azril pernah


mencintai dan menyayangi Zumera? Tetapi bukankah kini dia
telah menjadi suri kepada lelaki itu. Dan bolehkah Azril
memegang janji yang dilafazkan ketika meluahkan rasa cinta
terhadapnya dahulu?
Zumera gadis pertama yang wujud di dalam hati
lelaki itu. Wajarlah Zumera memperolehi kasih sayang
daripada Azril. Dan dia hanyalah cebisan dan galang ganti
dari serpihan kekecewaan Azril. Dia bukan yang dipilih tetapi
yang terpilih di atas sebuah keterpaksaan. Dan dia akur
menerima segala ketentuan itu.
Kini dia sudah memaktubkan di dalam dirinya.
Biarlah dia menghambakan diri kepada lelaki itu. Azril adalah
sandarannya kini. Kalau lelaki itu jujur dan ikhlas untuk
selamanya, untuk dunia akhirat, dia pun begitu. Tiada
gunanya lagi menyimpan segala rasa yang hanya mengundang
sakit di dalam hati.
Dia sudah bosan mahu memikirkan segala yang
mencelarukan fikiran. Namun kadangkala ia hadir jua.
Kenapa ia mesti hadir? Dia malas asyik memikirkan mengenai
kasih sayang, kejujuran dan keikhlasan lelaki itu dalam
perhubungan mereka kini. Ah, hati perempuan!

SUDAH hampir dua jam dia asyik keluar masuk butik. Setiap
butik yang dimasukinya sudah habis dibelek baju-bajunya.
Tetapi apa yang ingin dicari belum ketemu. Dia tidak berputus
asa. Dia mahu memberikan yang terbaik untuk isterinya.
Warna biru mulus ini sesuai untuk Reza. Dia padan
dengan warna-warna terang seperti ini. Azril tersenyum,

132
Diana Derin

wajah jurujual yang sabar melayan kerenahnya tersengih


menampakkan barisan gigi yang putih bersih. Reza tentu
sukakannya. Azril meminta jurujual itu meletakkan sepasang
gaun sutera lembut berwarna biru mulus itu ke dalam kotak
baldu, dibungkus dengan kertas berbunga kecil dan dihiasi
reben merah bercorak hati.
Dia mahu isterinya kelihatan anggun dan menarik
pada majlis itu nanti. Ya. Sesekali pergi dinner bersama Reza
biarlah sama-sama nampak serasi. Apatah lagi majlis itu nanti
akan dihadiri oleh orang ternama yang mana kebanyakannya
adalah golongan korporat, ahli-ahli perniagaan dan orang
perseorangan yang mempunyai kepentingan di dalam
perniagaan mereka.
Kereta Raf4 hitam diparkirkan bersebelahan Honda
Civic putih kepunyaan Reza.
Pasti dia ada di dalam, bisik hatinya. Dia mahu
segera melihat wajah ayu Reza. Dia amat rindu akan wajah
mulus itu. Azril tersenyum sendiri. Sejak lima bulan ini, dia
sentiasa merindui isterinya itu. Entah penangan apa yang
digunakan oleh Reza hinggakan hatinya kadangkala menjadi
tidak keruan. Dia mahu memberi segala kasih sayangnya
kepada Reza. Dia mahu melihat sejauh mana penerimaan dan
kepercayaan Reza terhadapnya. Dia bimbang kalau Reza
masih menaruh perasaan yang dia masih menyayangi
Zumera. Azril mahu Reza tahu hatinya kini. Lima bulan itu
adalah langkah pertama. Dia seperti ingin bercinta. Dia mahu
menawan hati isterinya. Azril mengintai ke dalam bilik.
Reza terlelap ketika sedang menatap majalah Rapi.
Dia benar-benar keletihan sejak pagi tadi ditambah pula
tengah hari tadi dia hanya sempat menjamah dua keping
sandwic sardin dan segelas teh tarik. Mungkin kerana
keletihan membuatkan dia tidak berselera untuk makan.

133
Sangkar Cinta

Azril membuka daun pintu dengan berhati-hati. Dia


tidak mahu mengejutkan Reza. Kemudian dia duduk di birai
katil sambil memerhati keadaan sekeliling kamar. Ingatannya
kembali mengingati peristiwa setahun yang lalu. Di sinilah
bermulanya segala kenangan. Di kamar itulah dia dan Reza
menjalani hidup bagaikan orang asing. Kerana sebuah
permainan cinta, dia dan Reza menjadi mangsa percaturan
kehidupan orang lain. Berbulan dia cuba melenyapkan
perasaan itu. Menyingkir rasa cinta dan menyemai kasih
terhadap Reza. Akhirnya dia berjaya. Namun bukanlah mudah
menagih kasih yang datang. Umpama memetik bintang di
langit.
Azril tersenyum. Matanya tertancap pada wajah ayu
di hadapannya. Penuh kelembutan. Perasaan sayang meresap
jauh ke dalam jiwanya. Kini dia resah di dalam kerinduan.
Kenapa dia tidak berperasaan begitu sejak pertama kali
menikahi Reza? Ah... perasaan!
Reza membuka kelopak mata tatkala dia merasakan
sentuhan lembut di dahinya. Dia terpisat-pisat melihat Azril
yang sedang duduk menghadapnya sambil tersenyum.
Memandangnya tanpa bicara begitu membuatkan dia merasa
serba tidak kena. Ada kejengkelan yang bertamu. Masih
tersimpan perasaan malu tatkala mata mereka bertembung.
“Kenapa pandang macam tu?” Reza memusingkan
badannya kerana apabila bertentangan dengan Azril, dia
seperti cacing kepanasan. Entahlah....
Tiba-tiba dia merasa amat malu dengan situasi itu.
Ada perasaan lain di dalam hatinya walaupun lelaki itu adalah
suaminya.
“Reza nampak manis,” kata Azril selamba. Dia cuba
mengusik, tetapi lain pula yang dikatakan. Sebenarnya dia

134
Diana Derin

suka melihat wajah Reza merona merah menahan usikannya.


“Ni... abang ni kenapa? Buang tabiat ke?” Reza
memuncungkan mulut. Dia bangun dan pantas menuju ke
bilik air. Dia menjeling sekilas sambil menjelirkan lidah ke
arah Azril.
Azril hanya memandang sambil mengenyitkan
mata.
“Reza, malam ni kita pergi dinner ya?” Azril
menjerit sambil merebahkan tubuhnya di atas katil. Lega
seketika. Dapat dia merasakan kebahagiaannya saat ini.
“Dinner kat mana, bang? Ada function apa lagi?”
suara Reza diselangi curahan air. Dia cuba menangkap suara
Azril yang sayup-sayup kedengaran.
“Kita dinner kat Pacific Sutra. Ala... dinner dengan
kawan-kawan abang aja. Tapi ada juga kawan business, orang
korporat. Dia orang tu semua ada kepentingan pada abang
dan perniagaan kita. Reza cepatlah, abang pula nak mandi
ni.” Sambil itu Azril mengeluarkan kotak baldu yang dibaluti
hiasan reben bercorak hati. Dia meletakkannya di atas katil.
Cahaya lampu sengaja dimalapkan agar nampak lebih
romantis. Biar suasana indah itu dinikmati bersama Reza.
“Kenapa abang tak bagitau awal-awal nak pergi
dinner? Reza tak readykan baju untuk dinner tu,” luah Reza
setelah melangkah keluar dari bilik air. Dia terkejut apabila
melihat suasana romantis di dalam bilik. Hatinya kembang
melihat sesuatu yang berkilau di atas katil. Dan dia amat
terkejut apabila Azril tiba-tiba memeluknya dari belakang.
“Apa ni, bang? Hari jadi Rezakan lama lagi? Takkan
dah lupa pula.” Reza terkedu. Dia turut membalas rangkulan
Azril. Oh, Azril ingin berikan dia kejutan rupa-rupanya.
Tetapi untuk apa pula?

135
Sangkar Cinta

“Ini bukan hadiah hari jadi, sayang. Ha, buka dan


tengoklah,” suruh Azril sambil meleraikan pelukannya.
Reza mula membuka kotak baldu itu. “Agaknya apa
dalam kotak ni, ya?”
“Wah... cantiknya! Bila abang beli?” Reza terpanar
tatkala melihat sepasang gaun sutera lembut yang berwarna
biru mulus. Cantik sungguh, padan dengan tubuhnya yang
langsing.
“Abang belikan untuk isteri abang. Cantik tak?”
Azril tersenyum bangga. Hatinya berbunga kerana isterinya
suka dengan pilihannya.
“Untuk Reza pakai malam ni ke?” Reza
menggayakan gaun pemberian Azril di hadapan cermin.
Tingkahnya itu seolah-olah sengaja memancing keghairahan
Azril.
“Hai... nak goda abang ke ni?” Azril terkecur.
Sekujur tubuhnya terasa merinding. Dia menatap wajah
isterinya penuh makna. Namun dia tidak mahu merosakkan
mood Reza tika ini. Biarlah segala yang dipinta diberikan
secara rela dan kesediaan yang lahir dari ketulusan hati.
“Reza nampak cantik dengan warna ni. Dress ni
betul-betul menaikkan seri wajah Reza. Abang suka tengok
muka Reza!” Azril mendekatkan wajahnya di pipi Reza. Dia
menyentuh pipi gebu Reza sambil mendaratkan sebuah
ciuman sayang.
Reza mengulum senyum. Dia membiarkan dirinya
terbuai oleh kehangatan yang mengasyikkan itu.
Seorang isteri yang menyejukkan pandangan suami
ialah yang datang padanya ketika dia memerlukannya.

136
Diana Derin

bab 17
I
RAMA nostalgia lama itu
berkumandang rancak dan
menandakan ada SMS yang baru
diterima. Reza membelek dan menekan butang baca mesej.

Abang lewat balik hari ini. Ada meeting


dengan supplier binaan dari utara. Reza
makan dulu ya. Jangan tunggu abang. Sayang
Reza. Assalamualaikum.

Reza mengangguk seolah-olah telefon itu sedang


bercakap dengannya. Dia meletakkan telefon bimbit itu di
sebelah sofa buatan Itali. Dia memusing-musingkan kepala
sambil melakukan sedikit senaman meregangkan urat leher
sebelum merebahkan tubuhnya. Tiba-tiba dia teringatkan
tentang tempahan Datin Salmah.

137
Sangkar Cinta

Reza menekan nombor-nombor di telefon


bimbitnya. Mujur dia ingat. Kalau tidak tentu dia akan kelam-
kabut nanti. Tentu Suri akan becok menanyakan itu dan ini.
Reza menantikan panggilannya berjawab. Dia
hampa kerana yang terdengar hanyalah bunyi deringan yang
memanjang. Pasti talian sedang digunakan. Dia mencuba
lagi, kali ini dia mendengar suara seorang perempuan. Ya,
seperti suara anak remaja.
“Helo siapa ni? Mahu bercakap dengan siapa?”
Suara manja itu bergetar di hujung talian.
Reza sempat mendengar suara itu merungut
perlahan kerana dia lambat menjawab. Mungkin sedang
berkejar dengan masa.
“Emmm... boleh saya bercakap dengan Datin
Salmah Harjaki?” Lancar sahaja Reza menyebut nama itu.
“Oh... Datinnya enggak ada, baru keluar sejam
yang lalu. Siapa sih di sana?” Suara manja itu seakan
berbisik dan menggunakan loghat Indonesia. Mungkin
pembantu rumah.
Reza melekapkan gagang telefon di telinganya
dengan kuat. Mahu mendengar suara itu dengan jelas.
“Emmm… tak apalah, nanti saya hubungi dia lagi.”
Reza hampa. Dia betul-betul kecewa kerana sudah
dua kali dia tidak dapat menghubungi Datin Salmah Harjaki.
Dia melepaskan keluhan sambil mengucapkan terima kasih.
Baru sahaja menekan butang merah, telefon bimbitnya
menjerit nyaring. Reza melihat nombor yang tertera di skrin.
Private number. Siapa pula ni? desis hatinya.
“Helo, siapa di sana?”
“Ya helo, emmm… ini Reza ke?”

138
Diana Derin

“Ya, saya bercakap. Siapa ni?”


“Saya Datin Salmah. Saya pernah datang ke butik
Cik… emmm... Puan Reza tempoh hari. Saya nak tanya
tentang baju-baju yang saya tempah tu.”
“Ya Datin, saya pun sebenarnya nak berjumpa
dengan Datin untuk berbincang mengenai baju-baju yang
Datin tempah itu....” Suara Reza beralun perlahan.
“Baiklah, kalau begitu biar saya ke butik Puan Reza
sekarang. Lagipun saya ada di sekitar sini, dekat dengan butik
puan. Bagimana?” Suara wanita itu bernada mesra.
“Datin bagi saya masa sebab sekarang ni saya di
rumah.”
Reza mengangguk tanda setuju apabila Datin
Salmah sanggup menantinya. Selepas mematikan talian dia
segera menyiapkan diri. Dia mengenakan seluar jean biru
gelap dan t-shirt putih berleher bulat. Bibirnya yang mongel
dioles dengan pelembap. Penampilan ringkas itu sudah cukup
bagi Reza.
Dua puluh minit kemudian Reza sudah memarkir
Honda Civicnya di kawasan letak kereta di tingkat tiga. Reza
kemudiannya berlari-lari anak menaiki anak tangga untuk
sampai ke tingkat empat di mana butiknya terletak.
Dari jauh Reza sudah melihat Datin Salmah sedang
bercakap-cakap dengan Suri. Betul kata gadis itu, Datin
Salmah seorang yang peramah dan kelihatan anggun.
Walaupun sudah berusia lewat empat puluhan, namun
kelihatan usianya seperti baru mencecah pertengahan tiga
puluhan. Datin Salmah memang bergaya orangnya.
Reza melemparkan senyuman sambil menghampiri
mereka. “Apa khabar Datin, dah lama tunggu saya?”

139
Sangkar Cinta

Reza berbahasa sambil menghulurkan salam kepada


Datin Salmah yang terkejut dengan kehadiran Reza.
Datin Salmah seperti tidak percaya yang pemilik
butik itu seorang wanita yang masih muda dan cantik pula.
“Khabar baik. Saya pun baru sampai. Cepat betul
awak sampai.” Datin Salmah senyum. Dia memperbetulkan
belahan rambutnya yang terkacau dek tiupan angin di luar
tadi.
Reza hanya memandang sambil tersenyum nipis.
Nampak terlalu teliti orangnya.
“Sebenarnya saya ada hubungi Datin dua tiga hari
yang lalu. Tapi Datin tak ada pula di rumah. Saya nak bagitau
Datin mengenai baju-baju yang Datin tempah tu.” Reza
bersuara.
Dia kemudiannya membuka sebuah kotak dan
mengeluarkan sepuluh pasang kain untuk dipilih oleh Datin
Salmah. Dia mahu Datin Salmah memilih corak dan warna
kain yang dikehendaki.
Dalam hal ini dia tidak mahu mengambil risiko.
Cakap memang mudah, tetapi apabila tempahan itu sudah
siap, dia yang akan menanggung segalanya sekiranya
tempahan tersebut tidak menepati cita rasa pelanggan. Dia
tidak mahu pisang berbuah dua kali.
“Emmm... sebenarnya saya dah serahkan pada Puan
Reza untuk pilihkan warna dan jenis kain yang sesuai untuk
saya. Tapi tak apalah. Kebetulan kain-kain ni pun memang
bagus dan cantik. Rambang mata saya, Puan Reza.” Datin
Salmah ketawa sambil memilih beberapa pasang kain.
Datin Salmah meletakkan empat pasang kain yang
dipilihnya di atas meja. Hatinya merasa puas.

140
Diana Derin

“Emmm... penat juga pilih kain-kain ni, Puan Reza.


Itulah saya dah kata, saya ni memang rambang mata. Ikutkan
hati, semuanya saya nak.”
Datin Salmah menguak rambutnya yang terjatuh
menutup matanya yang galak.
“Tak apalah, Datin. Sekurang-kurangnya Datin puas
hati sebab dapat pilih sendiri, kan? Apa kata saya ambil
ukuran Datin sekali lagi.” Reza menghampiri Datin Salmah
sambil tangannya mencapai tali ukuran yang tergeletak
berhampiran meja pemotong kain.
“Boleh juga. Yalah... manalah tahu berat badan saya
ni naik, nanti tak muat pula.” Datin Salmah bergurau sambil
menjongketkan bahu.
“Cantik ukuran badan Datin. Kebanyakan orang
kalau dah mencecah usia lewat empat puluhan, ukuran badan
macam Datin ni dah jauh berubah. Tapi Datin masih
mantain. Apa rahsia Datin?” Reza berseloroh, sengaja
mengusik Datin Salmah yang asyik memerhatikannya sejak
tadi. Wajah wanita itu seperti pernah dilihatnya. Tetapi di
mana? Dia cuba mencari imbasan itu di dalam kotak
memorinya kalau-kalau dia pernah mengenali wanita itu
sebelum ini.
“Ya ke? Saya ni tak ada pakai apa-apa, Puan Reza.
Biasa aja. Cuma rahsia tu, ada la sikit…” suara Datin Samlah
separuh berbisik. Dia memandang Suri yang memerhatikan
mereka berdua. Ala… cerita orang dah berkeluarga.
“Rahsia? Apa rahsianya, Datin? Kalau tak keberatan
bagitahu la pada saya.” Reza cuba mengorek, ingin
mengambil hati. Dia mengerling seketika wajah wanita itu
sambil tangannya ligat mengukur pinggul montok Datin
Salmah.

141
Sangkar Cinta

Datin Salmah menghadiahkan sejambak senyuman.


Manis menyerlahkan seraut wajah mirip pelakon terkenal
tanah air, Maria Menado. Mungkin dia berketurunan Melayu-
Kadazan atau Cina-Melayu.
Reza menarik kerusi rotan kemuning dan
mempersilakan wanita itu duduk. Ukuran yang diambil
ditulis di dalam buku berwarna hijau.
“Rahsia awet muda, Puan Reza,” suara Datin
Salmah diselangi ketawa kecil. Dia mengambil sesuatu dari
tas tangannya. Penyegar muka Soft Delon disembur sedikit
ke wajahnya. Kemudian dia menekapkan tisu penyerap untuk
mengeringkannya kembali.
Reza hanya memerhati sambil tersenyum. Terlalu
teliti dan pembersih orangnya. Sesuailah dengan
penampilannya yang serba sempurna.
“Kita sebagai wanita mesti sentiasa nampak cantik.
Kecantikan adalah anugerah Tuhan yang perlu dijaga. Tak
semestinya kita berhabis beribu ringgit hanya kerana mahu
memelihara kecantikan kita. Rahsia kecantikan itu adalah
dari dalam diri seorang wanita. Bukan begitu Puan Reza?”
Reza mengangguk setuju.
Tiba-tiba Datin Salmah teringatkan Azwan. Apa
agaknya perancangan anak terunanya itu? Sejak kembali dari
luar negara hampir setahun yang lalu Azwan asyik memerap
di rumah dan pasti menjadi ulat buku. Tak kisahlah kalau nak
jadi ulat buku. Jangan jadi kutu embun sudahlah. Tetapi yang
buat Datin Salmah geram apabila disuruh membantu ayahnya
di pejabat ada sahaja alasannya. Ada sahaja perangai baru
akan muncul.
Hai... apa nak jadi dengan budak sorang ni? Datin
Salmah menggeleng geram. Kalau diturut rasa hati mahu

142
Diana Derin

sahaja dia mengahwinkan anak lelaki tunggalnya itu. Biar dia


rasa bagaimana beratnya memikul tanggungjawab.
Tetapi tidak ada pula tanda-tanda Azwan
mempunyai teman wanita. Dahulu sewaktu Azwan belajar di
sekolah menengah, adalah dia pernah melihat Azwan
bergayut. Azwanlah yang melambungkan bil telefon setiap
bulan. Tetapi setelah Azwan melanjutkan pelajaran ke luar
negara dia tidak tahu setakat mana hubungan mereka.
Azwan terlalu perahsia orangnya. Cinta dan soal
teman adalah sesuatu yang terlalu peribadi. Walaupun Datin
Salmah amat rapat dengan Azwan, dia tidak pernah
menyentuh mengenai soal perhubungan cinta Azwan. Dia
maklum benar perwatakan Azwan.
Namun kini anak terunanya itu seperti orang yang
didatangai penyakit berbahaya. Datin Salmah buntu
memikirkan perangai Azwan itu. Macam orang sakit angau.
Selalu berkhayal dan melamun jauh. Dia risau kalau
puteranya itu sakit .
“Emmm... saya kagum dengan cara Datin berfikir
dan bertindak. Itu rahsia yang perlu kita kongsi bersama ya,
Datin?” Reza berseloroh. Dia ketawa kecil sambil mengekori
langkah Datin Salmah menuju ke pintu.
“Tip orang muda lain, Puan Reza. Orang muda
macam Puan Reza ni cuacanya lain, hangatnya pun lain.”
Suara mereka diselangi dengan tawa kecil.
Kerancakan dan kehangatan bercerita mencuri
perhatian Suri. Dia terjenguk-jenguk sambil tersenyum
sendiri. Cerita orang dah berumah tangga. Dia hanya
memandang tanpa makna. Namun cuba mentafsir kata-kata
yang mungkin dia juga harus menerima dan menghadapinya.
Ah, belum tiba masanya. Dia akhirnya tersenyum sendiri.

143
Sangkar Cinta

Sambil itu, dia menghadiahkan sekuntum senyuman manis


kepada Datin yang amat peramah itu.
“Datin, baju-baju tu saya akan hantar pada designer
saya, Anitta. Sebelum Ahad depan saya akan call Datin, okey?”
beritahu Reza sambil mengukirkan segarit senyuman.
Datin Salmah mengucapkan terima kasih sambil
memeluk Reza penuh makna.
Reza melambaikan tangan apabila Datin Salmah
menghilang di tengah-tengah kesibukan para pengunjung.

144
Diana Derin

bab 18
N
GAUMAN Kembara merah
memenuhi pekarangan banglo
dua tingkat itu. Kehijauan
landskap hasil tangan Datuk Hakim menceriakan perasaan
sesiapa sahaja yang memandang.
Datin Salmah menjinjing bakul plastik yang berisi
ikan dan sayur. Dia memanggil Suhana untuk mengangkat
barang-barang yang dibelinya. Kemudian dia menyusuri
halaman yang luas dan dipenuhi dengan tumbuhan
menghijau. Sungguh subur dan segar. Ada beberapa ekor
anak itik batu yang menghiasi kolam buatan itu. Sebuah
jambatan kayu merentangi kolam ikan sebagai tempat laluan
untuk ke ruang dapur melalui pintu belakang.
Datin Salmah kemudian duduk di tepi kolam ikan.
Di sinilah tempat dia dan Datuk Hakim menghabiskan
waktu-waktu santai mereka. Mereka mempunyai minat dan
cita rasa yang sama. Pendapat dalam memberikan idea dan
kreativiti adalah insipirasi bersama.
Rumahku Syurgaku... begitulah nama yang

145
Sangkar Cinta

diberikan kepada banglo bercirikan kehijauan itu. Datin


Salmah mahu pun Datuk Hakim suka bersantai di halaman
hijau yang menyejukkan pandangan itu. Segar dan
menenangkan fikiran.
Datin Salmah mengutip beberapa helai daun kering
yang melayang jatuh ke permukaan kolam ikan. Tangannya
pantas meranduk daun–daun kering itu dan memasukkannya
ke dalam tong sampah yang disediakan di situ. Kalau tidak
dibersihkan selalu manalah ia secantik begini, desis hatinya.
Dia beralih menyusuri pokok kaktus pula. Pelbagai
jenis pokok kaktus yang segar menghiasi halaman. Bukan
mudah memelihara pokok kaktus. Terlebih air ia akan cepat
mati. Akarnya menjadi buruk dan pokoknya pula menjadi
layu. Memang pokok kaktus jenis tumbuhan gurun yang
tahan dengan cahaya panas dan boleh hidup tanpa air. Tetapi
bukan semua dapat bertahan.
Datin Salmah tersenyum sendirian melihat sepasu
pokok kaktus yang ditanamnya enam bulan lalu sudah
mengeluarkan bunga berwarna jingga. Pokok kaktus itu
dibelinya di Genting Hinglands sewaktu Datuk Hakim
mengikuti seminar hampir setahun yang lalu. Kembang
hatinya melihat pokok kaktus itu berbunga. Dibelek-beleknya
bunga kaktus itu sambil dicium lembut. Dia cukup berhati-
hati menyentuh bunga yang masih muda itu. Bimbang
tercabut pula.
Mata Datin Salmah melilau memandang sekeliling
halaman. Dia berharap pandangannya itu akan terarah kepada
kelibat Azwan. Namun dia hampa. Dia mendongak
memandang ke tingkap bilik anak terunanya. Masih bertutup
dan yang pasti Azwan masih berulit di atas katil.
Sebuah keluhan kecil terluah dari mulutnya. Entah

146
Diana Derin

mengapa sikap anaknya itu berubah selepas pulang dari luar


negara. Azwan yang girang telah lenyap entah ke mana.
Azwan kini lebih suka berkurung dan menyendiri di dalam
bilik.
Pasti ada rahsia di sebalik perubahan Azwan. Dia
akan cuba mencari puncanya. Dia mesti melakukan sesuatu
agar kelakuan aneh Azwan tidak melarat menjadi parah.

AZWAN terjaga tatkala terdengar ngauman Kembara mama.


Dia tahu mama telah pulang. Dia lantas membersihkan
diri dan menyarung seluar pendek paras lutut dan t-shirt
berleher bulat. Sebelum mama masuk ke dalam lebih baik
dia bangun. Dia tidak mahu lagi dileteri oleh orang tua itu.
Sakit telinganya mendengar bebelan dan omelan yang tidak
henti-henti. Tetapi omelan mamanya bersebab. Dia disuruh
membantu ayahnya di pejabat namun dia menjawab belum
bersedia. Hendak berehat dulu.
Hai... mood tengah tak elok, mana ada selera nak
buat apa-apa kerja.
Semangat Azwan seolah-olah telah terbang entah
ke mana. Dia seperti anak itik kehilangan ibu. Padahal semua
rancangan sudah disusun sebelum pulang ke tanah air.
Ini semua Reza punya pasal. Azwan ingat senang
untuk lupakan Reza. Bertahun-tahun memadu kasih.
Bertahun menahan rindu. Jantan mana pula yang jadi
suaminya. Menyampah betul!
Tapi... dia dah jadi isteri orang. Siang malam
berpeluk dengan suaminya, mana aku tau. Azwan menelan
liur.

147
Sangkar Cinta

Tiba-tiba dia terhidu bau masakan sambal tumis


Suhana. Perutnya berkeroncong minta diisi. Sejak pagi tadi
dia hanya meneguk secawan Nescafe panas. Telur goreng
mata kerbau yang dimasak oleh Suhana hanya dijeling
kosong. Kini dia terbayang pula keenakan telur itu.
Semuanya kerana perutnya sudah menjerit-jerit lapar.
Sebelum ke dapur dia harus menjenguk mamanya
di halaman. Dia tahu mamanya merajuk kerana
kedegilannya.
Azwan memerhati halaman indah yang menghijau.
Di sana dia melihat mamanya sedang tekun membersihkan
pokok kaktus yang sedang berbunga.
Azwan berjengket perlahan. Niat di hati mahu
mengejutkan orang tua itu. Namun tiba-tiba kakinya
tersadung seketul batu yang diletak di tepi pagar. Azwan
terdorong ke hadapan dan melanggar punggung Datin
Salmah.
“Mak pocot kau meletup, meletup kau! Ehhh...”
Datin Salmah terperanjat melihat Azwan yang tiba-tiba
macam orang mabuk melanggar punggungnya. Dia cuba
membantu Azwan yang terkial-kial berdiri sambil menepuk-
nepuk belakang seluarnya.
Azwan berdiri sambil ketawa melihat mamanya
melatah. Ehhh... lain yang dirancang lain pula jadinya. Azwan
terkekek lucu.
“Maaflah mama, Wan tak sengaja tadi.” Azwan
memegang tangan Datin Salmah. Dia masih ketawa
mengenangkan adegan yang tidak ingin dilihat tadi.
“Engkau ni Wan, mana perginya mata tu? Kalau
mama terhumban ke dalam kolam, habis mama jadi makanan
ikan.” Datin Salmah merungut perlahan. Memuncung

148
Diana Derin

mulutnya sambil menjeling Azwan yang terkedek-kedek


membuntutinya.
“Ala... maaflah, mama. Wan betul-betul tak
sengaja.” Azwan mengulang maafnya. Kali ini dia memeluk
pinggang Datin Salmah sambil bermanja. Dia mencuit
pinggang mamanya yang masih ramping itu.
Datin Salmah kegelian. Namun akhirnya dia turut
ketawa diselangi tawa Azwan memecah suasana hening
banglo mewah itu.
Kedua-duanya berjalan beriringan sambil bergurau.
“Kamu ni Wan, macam budak-budaklah. Hah, Wan
dari mana tadi, tiba-tiba aja muncul.”
Datin Salmah menjeling putera tunggalnya yang
mirip papanya. Perwatakan dan penampilan persis papanya.
Cuma kening dan sepasang mata diwarisi daripada mamanya.
“Wan tak ke mana-mana, mama. Sehari suntuk
Wan dalam bilik, baca buku.”
Azwan merenung mata mamanya. Dia tahu, pasti
mamanya tidak senang dengan penjelasannya sebentar tadi.
Macam perempuan. Takkan nak berkurung dua puluh empat
jam. Tak boring ke? Tetapi dia betul-betul tidak mahu
membiarkan diri bergelut dengan perasaan yang bergolak.
Jawapannya tadi sekurang-kurangnya adalah yang terbaik
daripada dia melepak tidak tentu hala.
Datin Salmah menggeleng sambil memandang anak
terunanya. Dia faham, pasti ada sesuatu yang sedang
mengusik atma anak muda ini. Kalau tidak masakan Azwan
seperti anak itik kehilangan ibu. Paling tidak, mesti puteranya
itu sedang dilanda kekecewaan. Ahhh... bukan dia tidak tahu
perangai Azwan sejak kecil. Dia yang mengandungkannya
selama sembilan bulan sepuluh hari.

149
Sangkar Cinta

Adakah dia kecewa di dalam percintaan? Perbuatan


dan gaya sahaja sudah menunjukkan Azwan seperti baru
putus cinta. Macam orang sakit. Ah... cinta anak muda.
Kadang-kadang boleh melemahkan segala kekuatan.
Melemahkan semangat. Seolah-olah bunga hanya sekuntum.
Dalam usia sebegitu mereka sebenarnya belum matang untuk
berfikir. Apalagi dalam menentukan keputusan waima untuk
diri sendiri. Ah... tak apa. Mereka akan matang seiring dengan
usia.
Datin Salmah menggeleng. Itulah anak muda
zaman sekarang. Terlalu melayan perasaan.
Cinta datang dan pergi. Ada yang rajuknya
memakan masa berbulan-bulan. Ada pula yang tenang dan
dapat mengawal keadaan.
Semuanya bergantung pada bagaimana caranya
cinta itu datang, bagaimana hati yang meletakkan harapan
dan sandaran itu berharap. Kalau tak kena gaya, akhirnya diri
sendiri yang merana.

150
Diana Derin

bab 19
R
AF4 klasik hitam meluncur
membelah kegelapan malam.
Kedengaran sayup suara
Along dari kumpulan Spin dengan irama lagu Rindu
Serindu Rindunya membelai perjalanan sepi Azril. Dia
memperlahankan kereta apabila melihat deretan kereta
bersusun di hadapan simpang ke jalan Damai-Luyang.
Waktu malam begini jarang berlakunya kesesakan lalu lintas,
kecuali kalau ada kemalangan yang terjadi.
Azril menurunkan cermin tingkap sambil
meninjau-ninjau ke hadapan. Dia cuba melihat dari sisi
namun terhalang kerana gerakan kereta di hadapan semakin
membelok ke arah kanan jalan.
Azril mula diterpa kebosanan. Tiba-tiba ingatannya
melayang teringatkan isteri tersayang.
Apa Reza tengah buat sekarang ni ya? Dia
menyambar telefon bimbitnya yang terletak di kerusi sebelah
lalu menekan menu mesej dan menekan butang-butang di
skrin.

151
Sangkar Cinta

Abang tengah jam kat jalan Damai-Luyang.


Mungkin ada kemalangan kat depan. Sayang
buat apa sekarang?

SMS dihantar dan kaki Azril menekan pedal minyak


dengan perlahan. Dia mengikut rentak kereta yang berderet
di hadapan.
Azril berpaling apabila terdengar telefon bimbitnya
mengalunkan lagu Terhangat Di Pasaran nyanyian kumpulan
KRU. SMS dibaca.

Ada kemalangan kut. Reza baru aja sampai


rumah. Kejap lagi nak mandi lepas tu nak
masak bubur durian. Reza beli dekat pasar
Segama tadi.

Azril senyum sendiri. Seminggu yang lalu Reza ada


memberitahu hendak masak bubur durian. Tentu sedap
dimakan ketika panas, apatah lagi musin tengkujuh sekarang.
Wajah manis isterinya terbayang di mata.
Akhirnya dia berjaya membolosi kesesakan lalu
lintas. Rupa-rupanya sebuah Kancil dan Pajero bertembung
sewaktu membuat pusingan U di simpang hadapan lampu
isyarat. Mujur tidak ada yang maut. Hanya pemandu kereta
Kancil mendapat luka di kepala dan badan manakala
penumpang dan pemandu Pajero tidak mengalami sebarang
kecederaan.

152
Diana Derin

Aku mesti balik cepat sebelum bubur durian sejuk,


detik Azril di dalam hati.

MATANYA mengecil apabila cahaya lampu kereta Raf4 hitam


milik suaminya memasuki pekarangan rumah. Dia baru
sahaja selesai memasak bubur durian tatkala Azril melangkah
ke ruang tamu.
“Assalamualaikum sayang.” Azril melemparkan
sebuah senyuman. Tangannya dikucup lembut tanda hormat
dan kasih sayang seorang isteri. Dia senang diperlakukan
begitu. Kepala Reza diusap lembut.
“Abang tentu penat, kan? Abang mandilah dulu,
lepas tu kita makan sama-sama. Reza juga ada masak sup
ayam cendawan, makanan kegemaran abang tu.” Reza
melentokkan kepala di dada bidang suaminya. Hatinya
merasa lapang dengan belaian manja yang sentiasa membajai
siang malamnya. Azril terlalu memanjainya. Namun dia
bukanlah seorang yang terlalu cepat melatah. Wajah Azril
ditatap seketika.
“Wah, kalau macam ni, tak lama jadi king konglah
abang. Hari-hari makan yang sedap-sedap.” Azril ketawa
sambil memandang isterinya.
Mereka berpimpinan naik ke tingkat atas sambil
ketawa.
Reza mengambil briefcase dan kot suaminya.
Sehelai tuala mandi telah disediakan di dalam bilik mandi.
Reza mencurahkan air suam ke dalam tab mandi. Gel
mandian diletakkan bersama. Pakaian kering untuk salinan
juga sudah diletakkan di atas katil.

153
Sangkar Cinta

Sementara menanti suami mandi, Reza turun ke


dapur untuk memanaskan juadah malam sambil
mendendangkan lagu Cinta nyanyian Amy Mastura. Penyanyi
genit itu yang menjadi idolanya sejak remaja.
Reza senang dan gembira melayan kerenah Azril.
Begini rasanya menjadi seorang isteri. Rutin yang dijalani
sejak enam bulan lalu. Tugas seorang isteri yang berkhidmat
untuk suami dan keluarga. Dan sesungguhnya dia akan
berikan hanya yang terbaik untuk keluarganya. Seperti
janjinya ketika menerima Azril buat kali pertama. Azril yang
menjadi Ainulnya kini.
Tidak lama kemudian Azril muncul sambil
tersengih-sengih.
Dan tanpa berlengah lagi, mereka sudah duduk di
meja makan untuk menikmati hidangan.
Azril merenung wajah ayu Reza yang sibuk
meletakkan ulam raja ke dalam pinggannya. Mentang-
mentang dia raja kepada makanan itu.
“Walaupun sambal ni pedas berapi, tapi sedap,”
suara Azril berdecit menahan pedas. Dia meniup-niup bibir
menahan pedas yang menggigit. Sambal petai udang cili padi
penambat selera. Tetapi kini dia terkinja meminta air. Huh...
pedas!
“Abang ni... makan tu perlahanlah sikit. Sambal
nikan pedas. Abang ni tak senonohlah,” ucap Reza sambil
menghulurkan segelas air sejuk.
Walaupun geram, namun dia berasa lucu apabila
melihat mimik muka Azril yang seperti kera terkena belacan
itu. Rupa-rupanya Azril tergigit sebiji cili padi yang tidak
lumat digiling tadi. Tu la, makan tak pandang pinggan... asyik
merenung wajah Reza sedari tadi. Hah, padan muka!

154
Diana Derin

“Tak kesian kat abang ke? Tengok ni bibir abang dah


merah.” Azril mencebik. Pura-pura merajuk. Wajah
senggangnya sengaja dimonyokkan.
Sesekali gurauan itu penting juga dalam melahirkan
mood dan suasana ceria di dalam rumah tangga. Sama juga
seperti sambal yang menjadi santapannya kini, ada pedas, ada
manis dan masinnya. Begitulah juga dengan rumah tangga.
“Hesy... buat muka kesian pula. Orang tua ni, kalau
sesekali merajuk nampak comel pula.” Reza ketawa kecil,
usikannya mengena.
Tangan nakal Azril hinggap di pipi Reza. Dia meraih
wanita itu ke dalam dakapannya. Sejuk hatinya melihat
keceriaan Reza.
“Emmm... tangan abang ada cili, nanti terkena
mata pula. Silap hari bulan abang tak nampak Reza pula.”
Azril tersenyum melihat telatah lucu isterinya.
Kalau yang ini dikatakan kebahagiaan dia tidak akan mensia-
siakan waktu. Namun dia bukanlah manusia sempurna.
Seorang penyair pernah berkata, sebaik-baik
sesuatu yang diambil seseorang di dunianya adalah untuk
menegakkan agamanya. Iaitu hati yang bersyukur dan lidah
yang berzikir serta isteri solehah yang membantunya.
Itu yang dia inginkan. Kesejahteraan dan
kelangsungan hidup yang harmoni perlu diwujudkan dari
hati yang ikhlas. Sama-sama saling mengerti, menerima dan
memberi. Dan dia ingin memberi kebahagiaan zahir dan
batin kepada Reza selagi ada hayatnya.

NASI beriani berlauk daging pindang itu hanya dipandang

155
Sangkar Cinta

sepi. Dia menguis seketul daging yang empuk itu ke tepi


pinggan, memotongnya menjadi ketulan kecil agar mudah
ditelan bersama nasi. Segelas jus avokado bersusu dihirup
sehingga separuh gelas. Sambil mengacau ketulan-ketulan ais
dia mengalihkan tumpuan ke arah sekumpulan kanak-kanak
yang melintas jalan raya menuju ke Wisma Merdeka. Tiba-tiba
pandangannya tertancap pada seorang pemuda yang berdiri di
seberang jalan berdekatan dengan Kinabalu Emporium.
Pemuda itu masih tampan dengan gaya kasual yang
ringkas. Dia pernah menjadi teman istimewa lelaki itu
walaupun sekejap. Dia bangga kerana pernah wujud dan
menghuni laman cinta pemuda itu. Menyulam dan melakar
cerita indah sewaktu sama-sama mengejar bintang
kecemerlangan di Mutiara Ilmu. Mereka menjadi pesaing
yang sihat.
Namun kisah itu sebenarnya menyimpan sebuah
kenangan dan cerita peribadi yang hanya dia yang tahu. Itu
kisah zaman remaja, kisah sewaktu masih sama-sama
menyandang beg sekolah. Kini wajah itu sudah berubah. Jauh
berubah. Dia telah meninggalkan segala sisa-sisa silam tanpa
membawa walau secebis pun kenangan.
Ketrampilannya kini amat memukau sanubarinya.
Bila lelaki itu balik? Zumera berteka-teki. Dia melangkah
meninggalkan Restoran Seri Malaysia setelah menjelaskan
bayaran. Dia cuba mengejar kelibat lelaki yang tiba-tiba
mengundang memori silamnya. Dia mencelah di tengah
kesesakan lalu lintas yang bergerak perlahan kerana lampu
isyarat di tengah bandar raya itu tidak berfungsi.
Dia tertinjau-tinjau untuk memastikan lelaki itu
masih berada di sana. Namun dia hampa kerana bayang lelaki
itu telah hilang tanpa jejak.

156
Diana Derin

Zumera memperlahankan langkah. Lenguh kakinya


berjalan laju kerana mengejar lelaki itu. Kasut tumit tinggi
jenama Alfio Raldo seperti hendak ditanggalkan kerana kulit
kakinya tiba-tiba melecet. Celaka! Dia menyumpah di dalam
hati. Takkan dah hilang pula.
Zumera masih tertinjau-tinjau kalau-kalau bayang
lelaki itu masih ada di sekitarnya. Dan tiba-tiba dia terkesima
apabila terlihat lelaki berbaju kemeja putih itu sedang
berjalan ke arah Pejabat Pos Besar, berhampiran Wawasan
Plaza yang menjadi tumpuan para remaja. Lega hatinya.
Namun dia terpegun seketika.
Dengan penampilan ringkas begitu, Azwan tetap
kelihatan menarik. Lelaki itu nampak macho sekali. Dia
sudah pandai menyimpan kumis.
Zumera cuba menyaingi rentak langkah lelaki
tinggi lampai itu. Janganlah cepat sangat. Kaki aku sakit ni.
Zumera berusaha menahan ngilu di hujung tumit. Dia takut
kehilangan jejak lelaki itu. Walau apa pun terjadi dia mesti
mendapatkan lelaki itu. Sekurang-kurangnya untuk
mengetahui perkembangan kehidupannya kini. Dan paling
penting dia mesti tahu bagaimana kisah cinta Azwan dengan
Reza. Dia pasti Azwan telah bertemu dengan Reza. Cuma dia
tidak pasti adakah Azwan telah mengetahui perkahwinan
gadis pujaannya itu. Ah… itu bukan masalah yang perlu
difikirkan.
Zumera tersenyum. Kini dia berada di belakang
lelaki itu. Dia sengaja memalingkan wajah apabila lelaki itu
berurusan di kaunter pertanyaan. Dia pura-pura berdiri di
pintu keluar sambil berlagak seperti menanti seseorang. Dan
apabila lelaki itu hendak melangkah keluar, dia memandang
tepat ke arah wajah itu. Seolah-olah pertemuan itu adalah
sesuatu yang tidak dirancang.

157
Sangkar Cinta

Langkah Azwan terhenti. Dia membalas senyuman


gadis itu sambil mengerutkan dahi. Siapa ya? Oh, Zumera....
Azwan merenung anak mata gadis itu dalam-dalam.
Tiba-tiba dia teringatkan Reza. Rindu mengetuk ruang
hatinya. Wajah comel gadis itu begitu mulus di jiwanya.
Namun dia cepat-cepat sedar dan mengusir perasaan itu.
Reza isteri orang. Namun kenapa aura Reza terlalu kuat
membayanginya. Di hadapannya ialah Zumera, kakak Reza
dan teman sekolahnya dahulu.
“Awak Zumera, kan?” duga Azwan sambil tersenyum
nipis.
Dia berdiri di tepi sambil memberi laluan kepada
beberapa orang yang hendak berurusan di pejabat pos.
Tempat awam seperti itu, kenalah bertimbang rasa.
“Yalah. Ingatkan dah lupa kat saya. Bila Wan balik?
Tak tahu pun.” Zumera merenung ke arah wajah lelaki itu.
Tidak banyak perubahan. Namun dia seperti menanti satu
pertanyaan lain dari mulut lelaki itu.
“Baru aja. Saya malas nak heboh. Kiranya nak buat
kejutan la. Tapi....”
Suara Azwan sedikit bergetar. Dia terhenti seketika.
Dia memandang Zumera yang seperti menanti sesuatu
daripadanya. Takkan gadis ini tak tahu. Kenapa dia tidak
memaklumkan akan perkahwinan Reza. Atau... dia memang
sengaja mahu menjarakkan ruang dan perpisahan mereka.
Zumera... Azwan kenal siapa Zumera. Gadis itulah yang
menjadi punca Reza terpaksa berkahwin dengan Azril.
Azwan melihat riak wajah gadis itu yang selamba
mengiringi perjalanannya. Fizikal gadis itu sedikit kurus
berbanding beberapa tahun yang lalu. Namun penampilannya
nampak seperti seorang yang pentingkan gaya. Seimbang

158
Diana Derin

dengan kerjayanya sebagai seorang ahli perniagaan.


Walaupun masih muda, imej gadis berwawasan seperti
Zumera sesuatu yang membanggakan.
Sayang, gadis itu membesar bersama dendam dan
perasaan benci yang sentiasa subur di dalam kemelut
kehidupannya. Itu yang membakar jiwanya dan
mendorongnya tega mengkhianati Reza.
“Nak buat kejutan? Oh, tapi sayangkan gadis pujaan
dah diambil orang. Yalah, orang belajar nak menimba ilmu,
nak cari kehidupan yang baik, tapi orang jauh di mata pula
ambil kesempatan. Emmm... apa boleh buat, dah nasib
badan.”
Zumera bercakap seperti angin lepas. Tiada tapisan.
Dia sengaja mahu memancing rasa ingin tahu lelaki itu. Biar
dia bertanya. Dan biar dia tahu. Baru puas hati aku. Lepas tu,
emmm... tahulah aku nak jalankan misi.
“Kalau awak sayangkan bibir yang cantik tu, jaga
sikit bahasa, bahasa menunjukkan bangsa Zumera!” Tanpa
membuang masa, Azwan mempercepatkan langkah
meninggalkan gadis itu di belakang. Geram dengan sikap
kurang ajar gadis yang memang tidak pernah berlembut itu.
Namun gadis itu cepat pula menyainginya dan kini
mereka berjalan beriringan di lorong sempit menuju ke arah
Centre Point.
“Alah, janganlah marah. Awak ni Azwan, kenapa
emosi sangat? Setahu saya, dulu awak tak macam ni pun.”
Zumera membetulkan kasutnya. Kakinya sudah
lenguh kerana berlari mengejar Azwan. Kini melecet pula.
Aduh, sakitnya!
“Apa yang awak mengarut tadi? Atau awak sengaja
reka cerita?”

159
Sangkar Cinta

Azwan berpaling memandang tepat ke wajah gadis


itu.
Zumera ketawa kecil. Dia menggeleng seraya
merapatkan dirinya ke bahu Azwan. “Kenapa pula saya
mengarut, Azwan? Itu kebenaran. Awak pergilah jumpa Reza.
Atau awak memang dah jumpa dia? Azwan, sebenarnya
memang Reza yang curang dengan awak. Awak aja yang tak
tahu. Ala... awak kat luar negara, apa yang Reza buat awak
nampak ke?”
Zumera menjalankan jarumnya. Dia tahu, perasaan
Azwan sedikit berkocak. Dia tahu sedalam mana perasaan
cinta lelaki itu terhadap Reza. Walaupun Reza telah bergelar
isteri sekalipun, Zumera pasti cinta Azwan terhadap Reza
masih lagi bersisa.
Ala… cinta yang tak kesampaian. Apalagi
perkahwinan Azril dan Reza pun bukan atas dasar cinta sama
cinta. Silap hari bulan, Azril pun boleh lemah lutut kalau dia
menggodanya.
“Sudahlah Zumera, saya tak mahu ganggu rumah
tangga Reza. Jodoh pertemuan ketentuan Tuhan. Apa pun
yang berlaku, dia dah jadi isteri orang. Kami tak ada apa-apa
ikatan lagi. Saya terima dan reda apa yang dah terjadi. Kalau
awak jumpa Reza sampaikan salam persahabatan saya pada
dia.”
Azwan menarik nafas dan melepaskannya perlahan-
lahan. Reza adalah cebisan kenangan. Reza adalah masa
silamnya. Rindu yang datang mungkin akan bertukar menjadi
rindu pada seorang sahabat. Dia perlu akur pada hukum
alam. Dan dia tidak mahu lagi terus dibayangi oleh Reza.
“Tapi sebagai sahabat, takkan tak boleh Azwan. Tak
salah kalau kita berkawan walaupun dah berkahwin, Azwan.”

160
Diana Derin

Kata-kata Zumera bergema di mindanya. Kawan?


Apa salahnya kalau hubungan itu diteruskan? Menjadi
sahabat seumur hidup adalah lebih mulia dan tinggi
martabatnya.
“Terima kasihlah kerana ingatkan saya. Mudah-
mudahan Reza akan bahagia. Emmm... kenapa kita bercerita
tentang Reza? Apa kata cerita pasal awak? Awak dah kahwin,
Zumera?” Azwan cuba mengalih topik cerita. Dia tidak mahu
terlalu banyak menyebut apalagi menyentuh perihal diri
Reza. Zumera pasti sebal mendengar nama itu.
“Emmm... baru awak nak tanya pasal saya. Siapalah
yang nakkan saya, Azwan.” Zumera mengulum senyum.
Jeritan hon dari sebuah kenderaan yang diparkir di
tepi jalan berhadapan Pasar Kraftangan Filipina menarik
perhatian mereka berdua.
Sekumpulan anak-anak remaja pendatang asing
bertempiaran melarikan diri.
Zumera dan Azwan saling berpandangan.
Tingkah laku anak-anak pendatang itu terlalu
berani sehingga sanggup melakukan jenayah walaupun di
tempat terbuka begitu. Mereka seolah-olah tidak ambil
pusing dengan orang ramai yang lalu-lalang di kawasan itu.
“Tempat kita dah dibanjiri orang asing. Di mana-
mana keselamatan dah tak terjamin. Apalagi kalau tempat
yang terlindung sikit dari pandangan. Pembunuhan pun
boleh berlaku.” Zumera menghampiri Azwan apabila
menyedari dua tiga orang daripada kumpulan anak-anak
remaja pendatang itu datang seolah-olah ingin menakutkan
mereka. Kecil-kecil jadi pengacau, sudah besar nanti jadi
penjenayah.
“Nak rokok, bang? Semua jenis ada. Murah saja.”

161
Sangkar Cinta

Azwan menggeleng apabila seorang kanak-kanak


pendatang itu menghulurkan sekotak besar Sagrette jenama
Gudang Garam kepadanya.
Mata kanak-kanak itu liar memerhatikan mereka
berdua. Apalagi apabila terlihat tangan Zumera yang
dilingkari gelang emas yang tentunya bernilai dalam puluhan
ribu ringgit.
Menyedari itu, Zumera menyembunyikan tangannya
di bawah beg sandang yang dibawanya. Pandangan mata
anak-anak pendatang itu amat mengerikan. Tangan itu
bernilai pada pandangan mereka. Dan Zumera sudah
membayangkan kalau tangannya dipotong hanya kerana
mendapatkan gelang emas yang melingkari tangannya itu.
Dia merapatkan diri dengan Azwan yang juga perasan dengan
jelingan tajam kanak-kanak remaja itu.
“Awak nak ke mana? Jom kita tinggalkan tempat ni.
Bahaya!”
Azwan menarik tangan Zumera yang terpinga-pinga
memandangnya.
Zumera terpaksa mengikuti langkah Azwan yang
sudah mendahuluinya. Demi keselamatan, dia berjalan
bergandingan dengan Azwan.
“Zumera, awak nak ke mana? Saya nak ke tingkat
tiga, Kedai Eaton. Awak nak ikut?” Tanpa memandang,
Azwan menuju ke eskalator yang sedang bergerak.
Zumera terkial-kial mengejarnya. Ingatkan Azwan
mengajaknya untuk membasahkan tekak di Sri Sempelang.
Dapat juga melegakan otot kakinya yang lenguh akibat
berjalan pantas tadi. Tumitnya sudah melecet teruk. Tetapi
kerana malu Azwan melihatnya, terpaksa ditahan sahaja.
Ni Azwan nak mengajak naik ke tingkat tiga pula.

162
Diana Derin

Ada apa kat sana? Dia bukannya suka melepak sembarangan.


Atau Azwan nak beli sesuatu di sana. Ah... lantaklah.
“Awak ni, jalan laju sangat. Kaki saya sakitlah.
Errrr... Azwan, tak apalah. Saya nak balik, ada urusan di
Papar malam ni. Okeylah, ini kad saya. Kalau sudi tu,
telefonlah. Okey, bye.”
Zumera meninggalkan Azwan selepas memberikan
kad perniagaannya. Sekarang dia perlu segera pulang ke
rumah. Kakinya betul-betul sakit. Dia perlu rendamkan kaki
dengan air suam bercampur asam jawa. Itulah petua yang
diamalkan oleh ibunya semasa dia berusia sepuluh tahun. Ia
bagus untuk melancarkan peredaran darah. Memberi
kesegaran dan meredakan urat saraf di bahagian kaki.
Untuk kembali ke kawasan parkir di Gaya Street
dengan berjalan kaki tentu dia tidak sanggup. Dengan
keadaan kakinya yang sudah melecet itu mana mungkin dia
mahu menyusahkan diri. Zumera menaiki teksi sambil
melegakan kakinya seketika. Itulah, gara-gara mengejar
Azwan, dia pula yang merana.

163
Sangkar Cinta

bab 20
J
ERITAN jam berbentuk hati
mengejutkan gadis manis berusia
sembilan belas tahun itu. Dia
segera bangun untuk menunaikan perintah Tuhan. Walaupun
terasa sedapnya melayan tidur, apalagi ketika musim hujan
begini namun dia tidak lupa pesanan ibunya di kampung dan
tuntutan agama yang satu itu.
Suhana menadah tangan memohon petunjuk dan
perlindungan daripada Tuhan. Disucikan perasaan dan hati
dari sikap lalai dan alpa. Selepas merapikan diri, dia segera
menjalankan rutin hariannya. Dia perlu cekap dan pantas
untuk mengejar masa yang telah ditetapkan. Itu adalah
jadual harian yang dia sendiri tentukan, bukan atas kehendak
majikannya. Tetapi kalau sudah bekerja makan gaji,
berkhidmat dengan orang, pandai-pandailah membawa diri.
Sarapan pagi untuk ahli rumah itu yang seramai
tiga orang perlu segera disiapkan. Sarapan yang ringkas
namun berkhasiat amat diberatkan. Mula-mula Suhana agak
kekok dengan penyediaan makanan untuk mereka.
Maklumlah, dia pun belum arif dengan selera orang Malaysia.

164
Diana Derin

Tetapi yang biasa didengar daripada kawan-kawannya, orang


Malaysia suka makanan pedas. Sambal dan semua yang
bersumberkan lada. Itu tidak jadi masalah. Suhana sudah
biasa memasak untuk ahli keluarganya. Ibunya memang
pakar dalam masakan. Malah setiap kali kenduri atau majlis
keramaian pasti ibunya akan diundang sebagai tukang masak.
Semua orang di kampungnya suka dengan masakan mereka.
Suhana mengupas beberapa biji telur yang sudah
direbus. Timun juga sudah dihiris nipis. Sambal ikan bilis
yang telah dimasukkan ke dalam mangkuk diletakkan di atas
meja. Nasi lemak kegemaran Azwan sudah siap ditanak. Roti
bakar untuk Datin Salmah juga sudah beres disapu dengan
mentega rendah lemak. Manakala telur dadar dan roti jala
untuk Datuk Hakim sudah menanti di atas meja. Sebentar
lagi mereka bertiga akan turun menjamah hidangan air
tangannya.
Kini dia perlu membancuh seteko air teh. Selesai
meletakkan semua hidangan, Suhana berlalu ke dapur. Dia
memandang hidangan pagi itu teratur di atas meja. Hatinya
puas.
Sementara menanti, dia mengelap beberapa biji
mangkuk dan gelas di tepi sinki. Dia mahu meletakkan gelas
itu di rak yang teratas, namun rak itu ternyata terlalu tinggi
untuk dicapai. Dia ingin menggunakan bangku kayu untuk
memijaknya, namun kehadiran Azwan mematikan hasratnya.
Takkan dia hendak membiarkan Azwan melihatnya memanjat.
Malulah dia.
“Hai Suhana, selamat pagi. Buat apa tu?”
Sapaan Azwan mengejutkan gadis itu. Gelas jenama
Vistana yang berada di tangan hampir terlepas dari pegangan.
Mujur dia sempat menenangkan perasaannya.

165
Sangkar Cinta

“Oh, Abang Azwan. Saya mau simpan gelas ini di


atas rak. Tapi enggak sampai, tinggi sekali,” tutur gadis itu
sambil tersipu.
“Oh, nak simpan gelas tu. Bawa sini, abang tolong
simpankan.” Azwan menghulurkan bantuan.
Suhana tersipu malu apabila Azwan mengambil
gelas itu dan tanpa sengaja tersentuh tangannya. Suhana
memerhatikan perbuatan Azwan mengatur gelas-gelas itu di
atas rak.
“Suhana tak penat ke asyik buat kerja rumah?”
Suara Azwan meresap jauh ke lubuk perasaannya.
Dia segan hendak mendongak. Malu kalau terpandang lelaki
itu. Siapa kata tak penat? Kalau boleh dalam usianya yang
semuda ini dia mahu belajar lagi. Pengajiannya hanya setakat
darjah enam. Tahu membaca dan menulis sahaja.
Sebenarnya dia adalah seorang pelajar yang pintar.
Semasa bersekolah dahulu, dia tidak pernah mendapat
tempat yang tercorot. Dia selalu mendapat tempat pertama di
dalam kelas. Dan hadiah yang diterima merupakan pakaian
sekolah, buku-buku, kasut dan peralatan menulis. Maka, dia
tidak perlu lagi membeli segala keperluan sekolah.
“Suhana masih muda, tapi dah pikul tanggungjawab
besar. Apa, Suhana tak rindu dengan keluarga ke?”
Soalan Azwan sekali lagi membuatkan Suhana
terkejut. Dia bertambah malu apabila Azwan sudah berdiri di
sebelahnya. Sebelum dia sempat menggelengkan kepala,
kedengaran suara Datin Salmah memanggilnya untuk
meminta air suam. Dia terpinga sendiri. Azwan pula sudah
meninggalkannya untuk menyertai keluarganya di meja
makan.
Siapa bilang aku enggak punya hati mau pulang.

166
Diana Derin

Kalo aku punya sayap, udah lama aku terbang melintasi


Laut Cina Selatan ini. Tapi, mana mungkin... Aku perlu
kumpul uang untuk biaya dan membantu keluarga di
kampung. Aku bukannya orang senang, bisa menjalani
kemewahan seperti di dalam rumah ini. Aku hanyalah
mangsa kepada keadaan. Aku juga punya impian untuk
menikmati sebuah kehidupan yang bagus, kehidupan yang
bahagia....
Suhana membiarkan titisan jernih bertakung di
kolam matanya. Dia menadah kedua-dua belah tangannya
memohon hidayah dan kekuatan daripada Yang Maha Esa.
Memang benar kata-kata Azwan, dia terlalu muda
dan mentah untuk memikul beban itu. Usianya baru
menjangkau sembilan belas tahun. Masih anak-anak pada
perkiraan untuk mendapatkan status kebebasan sebenarnya.

167
No. ISBN:- 978-967-5067-23-5
Jumlah muka surat: 370
Harga Runcit:-
Semenanjung M’sia: RM16, Sabah/Sarawak: RM19
Harga Ahli KKN:-
Semenanjung M’sia: RM12, Sabah/Sarawak: RM15

Sinopsis:-
Dek telah termakan budi dengan Dato’ No’man
yang memeliharanya sebagai anak kandung, Reza rela
menggantikan dirinya mengahwini Azril apabila kakak
tirinya, Zumera bertindak melarikan diri pada hari
perkahwinannya. Azril yang beranggapan Reza sebagai
‘pemain simpanan’ telah menetapkan peraturan; bahawa
mereka akan berlakon sebagai pasangan suami isteri di
hadapan Dato’ No’man hingga tiba waktu yang sesuai untuk
berpisah. Reza yang pasrah menerima sahaja ketetapan
peraturan itu.
Sekali bah, sekali pantai berubah. Azril mula
menyayangi isterinya kerana kelembutan dan kesopanan Reza
meladeni kerenahnya.
Badai takdir mula melanda apabila Zumera muncul
semula untuk menghancurkan rumah tangga Reza. Zumera
yang mendendami Reza sejak ayahnya mengahwini ibu Reza
tega menggunakan cara kotor untuk mendapatkan semula
Azril. Dia sanggup berbuat apa sahaja asalkan hati Reza
hancur kerana dia cemburukan gadis itu akibat ayahnya yang
lebih menyayangi Reza berbanding dirinya, anak kandung
Dato’ No’man.
Bagaimana kesudahan pancaroba yang harus
ditanggung oleh Reza? Bagaimana pula dengan nasib Zumera,
wanita cantik berhati busuk itu? Dapatkah dia merebut
semula cinta Azril? Berjayakah dia menghancurkan hati
Reza?

“Biarlah segalanya abadi di sini. Kurelakan


segalanya, walau kutahu cinta itu sudah tiada di hatimu….”

Untuk mengetahui jawapan kepada persoalan yang


timbul, dapatkan SANGKAR CINTA di rangkaian kedai buku
MPH, Popular dan kedai-kedai berdekatan anda.
Anda juga boleh terus melanggan dengan Kaki
Novel Enterprise melalui online atau pun pos.
Untuk melanggan melalui online, sila layari laman
web kami di:- www.kakinovel.com.
Untuk melanggan melalui pos, anda hanya perlu
tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang
ingin dilanggan dan jumlah naskhah berserta wang pos/
kiriman wang atas nama:- KAKI NOVEL ENTERPRISE dan
poskan ke alamat berikut:-

Kaki Novel Enterprise


No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12,
D’Wangsa, Wangsa Maju,
53000 Kuala Lumpur.
No. Telefon:- 03-4149 0096
No. Faks:- 03-4149 1196