Anda di halaman 1dari 11

- segregrasi

Definisi: pemisahan (suatu golongan dari golongan lainnya); pengasingan;


Program perkolahan pendidikan khas di Malaysia mengandungi tiga jenis iaitu:

 program sekolah khas ( Program sekolah khas ialah program persekolahan yang menempatkan
satu kategori (kecacatan) murid berkeperluan khas atau menyamai konsep persekolahan
segregasi. Contohnya murid-murid bermasalah pendengaran di tempatkan belajar di sebuah
sekolah khas untuk mereka (Faridah & Safani, 2000). Sekolah ini di tadbir dan diajar oleh guru-
guru yang dilatih khas dan berasingan dari sekolah biasa yang lain. Kaedah pengajaran dan
aktiviti ko-kurikulum juga disediakan khusus untuk keperluan dan kesesuaian murid berkenaan.)
 program sekolah percantuman
 program sekolah inklusif.

- apa itu guru pendamping / guru resos


Tugas Guru Resos kepada murid khas ini hanyalah sebagai fasilitator dan memberi bantuan apabila perlu

- bagaimana cara utk mebantu kompetensi murid2 khas sama ada d rumah / d sek (dr aspek guru n
aspek ibu bapa)
Guru:
Kemampuan melihat diri sebagai seorang pelajar-(pembelajaran sepanjang hayat).
Bersedia dan berkemampuan untuk berubah.
Pemerhati yang peka.
Tahu tentang komuniti tempat mereka mengajar.
Mereka rela dan bersedia untukmengajar.
Mempunyai banyak tenaga.
Pembuat keputusan yang aktif.

Ibu bapa:

- pelabelan (implikasi proses pnp)


Menurut kamus dewan pelabelan ialah
mengecap seseorang sbg (mempunyai sesuatu sifat yg tidak baik spt jahat, suka menipu, dsb): ~
seseorang sbg pengkhianat. Kamus Dewan Edisi Empat
Satu tanggapan atau penilaian yang dibuat berdasarkan pandangan individu itu sendiri terhadap sesuatu
perkara.

- normalisasi
Thomas and pierson (1996) mendefinisikan normalisasi sebagai konsep yang memberi penekanan
terhadap keinginan individu kurang upaya untuk hidup dalam cara hidup yang hampir sama seperti
norma lingkungan masyarakat.

- Normalisasi bukan menjadikan kanak- kanak dgn keperluan khas itu normal, ataupun memberi rawatan
kpdnya atau menukar indvdu itu. Normalisasi berkenaan cr lynan, memanggil dan berckp dgn mereka
- keadilan dlm mengendalikan kanak2 khas

Memberikan layanan tanpa membezakan tahap kemampuan mereka dengan murid normal.

Memberikan peluang belajar kepada mereka. (FPM pembelajaran seumur hdup)

- penghormatan

- penglibatan ibu bapa

- meningkatkan profesionalisma pguruan

 Peningkatan Kendiri
 Penyelidikan Tindakan
 Muhasabah/Refleksi
 Budaya Ilmu
 e-pembelajaran Latihan Dalam Perkhidmatan
 Kolaborasi

- bil mrd d sek p.khas

- organisasi p.khas

- prinsp2 pendekatan

Masteri

PM suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang memastikan semua murid menguasai hasil
pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit
pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan proses
pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.

koperatif

-belajar bersama dlm kum pelbagai kebolehan

-saling berinteraksi & membantu

-libatkan dri secara aktif & bertanggungjawab terhadap diri dan kum

Kolaboratif

-berusaha bersama mencapai matlamat yg sama


-Kumpulan kecil pelbagai kebolehan

deduktif

 umum-spesifik

induktif

 spesifik-umum

- langkah2 pelaksanaan RPI

RPI “ RPI merupakan satu perjanjian bertulis di antara ibu bapa dan pihak sekolah tentang
keperluan-keperluan kanak-kanak dan cara bagaimana keperluan -keperluan tersebut boleh
dipenuhi. Dari segi pelaksanaan, RPI adalah sebuah kontrak tentang perkhidmatan-
perkhidmatan yang perlu disediakan untuk seseorang murid tersebut.” Hallahan dan Kauffman
(1977)

- ujian saringan, diagnostik, kecerdasan, kesihatan


PKU 3112 - PDK
OBJEKTIF
-sejarah penubuhan PDK
- peranan n tugas2 d PDK (crta organisasi)
- aktvt2 di PDK (mtr ksr/halus/terapi)
- prosedur kemasukan di PDK
- aktvt terapi utk mengubati ketegangan otot (bhn/peralatan)
- NGO (khdimat pelbagai displn)

STRUKTUR
- pelaksanaan PDK :
1)model2 terlibat:-
Program PDK Berteraskan Kepada 3 Model

Home Based.
Centre Based.
Centre-Home Based.

2)proses pelaksanaan model


Pelaksanaan program PDK boleh dilaksanakan dalam tiga kaedah iaitu:

1. PDK di Pusat (Centre Based)


Program pemulihan OKU dijalankan di pusat PDK selama 4 jam sehari
OKU akan datang ke pusat PDK untuk menjalani program pemulihan

2. PDK di Rumah (Home Based)


Program pemulihan dijalankan di rumah OKU yang tidak dapat hadir ke PDK
kerana kecacatan yang dialaminya ataupun masalah pengangkutan
Pekerja PDK akan ke rumah OKU untuk menjalankan latihan pemulihan. Bertugas
4 jam sehari
Pelaksanaan PDK di rumah dapat dilaksanakan sekiranya lebih 15 OKU yang tidak
hadir ke PDK kerana kecacatan atau masalah pengangkutan

3. PDK di Pusat dan di Rumah (Kombinasi)


Dijalankan di pusat PDK selama 4 hari selama 4 jam sehari
Dalam seminggu, satu hari selama 4 jam akan dikhaskan untuk sesi ke rumah
OKU untuk melihat perkembangan OKU setelah menjalani program pemulihan

3) 5 objektif PDK
Objektif PDK
-Mengalakkan sikap prihatin, berdikari dan rasa tanggungjawab masyarakat tempatan dalam program
pemulihan OKU.
-Mengembleng sumber tempatan untuk pemulihan OKU.
-Mengalakkan penggunaan cara yang mudah dan teknik yang diterima, murah dan efektif dan sesuai
dengan keadaan setempat.
-Menggunakan infrastruktur organisasi tempatan yang sedia
ada untuk memberi perkhidmatan.
-Mengambil kira sumber ekonomi negara dan membolehkannya untuk diperluaskan perkhidmatan yang
menyeluruh mengikut keperluan OKU.

Objektif Pelaksanaan Program PDK

-Meningkatkan kualiti hidup golongan orang kurang upaya ke tahap maksimum


-Memberikan kesedaran kepada msyarakat setempat bahawa golongan masyarakat yang tidak berupaya
perlukan bantuan
-Memberi pengetahuan, kesedaran pemulihan kepada golongan orang kurang upaya, ahli keluarga dan
saudara mara terdekat dalam pemulihan
-Membentuk jawatankuasa bertindak di kalangan ahli keluarga, golongan profesional, sukarelawan dan
komuniti tempatan dalam merencanakan program untuk golongan kurang upaya
-Memulihkan OKU supaya boleh berfungsi sebagai orang biasa
-Mendekatkan perkhidmatan pemulihan dan intervensi awal untuk OKU di peringkat komuniti
-Mengurangkan penempatan jangka panjang yang menyebabkan OKU disisih atau dijauhkan dari
keluarga dan masyarakat
-Menyediakan peluang bagi OKU untuk membangunkan kebolehan dan kemahiran mengikut potensi
mereka melalui sumber-sumber yang ada
-Membolehkan integrasi sosial bagi golongan OKU yang mengurangkan sekatan fizikal, sosial,
kebudayaan dan psikologi yang wujud antara ahli masyarakat dan golongan OKU
-Menggalakkan penggunaan kaedah teknik pemulihan yang berkesan yang
diterima masyarakat, sesuai dengan keadaan tempatan dan kemampuan

-5 sebab etika kerja sosial perlu d patuhi

- prosedur penubuhan PDK (syarat2)

- peranan2 jabatan lain

ESEI
1a - Huraikan 5 masalah biasa d alami dalam program pencegahan, pemulihan, pembangunan utk org2
kurang upaya 10mkh

1b- bincangkan 5 cadangan boleh d kemukan utk meningktn lagi perkhdmtn d PDK 10 mkh

2a - jelaskan sebab kerajaan bagi keutamaan dlm belanjawan ngra kpd OKU 5 mkh

2b - bincangkan 3 aspek penting dgn contoh yg sesuai, usaha yg boleh dlakukan uk mabantu kualiti
khidpn OKU d PDK. 15mkh

3- program intervensi awal


 Definisi 

 •          Early intervention refer to services provided for infants and toddlers and their families to address the
special needs of very young who have dissabilities or at risk of developmental delays. (IDEA dlm
Bowe,2004 )

  •          Early intervention represent a consortium of services, not just educational assistance but also health
care,social services,family support, and other benefits.  (Gargiulo,2004)

•          An intervention is an interaction between two people to bring about change and, therefore, early
years practitioners undertake interventions each time they are working with children. Interventions may
be short, medium or long term and will be planned carefully to ensure effectiveness and appropriate.
(Wall, 2003)

•          Sebagai perkhidmatan untuk kanak-kanak dan keluarga bagi mengurangkan kesan daripada
masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak berkenaan. 

•          Sebagai tindakan mencegah atau pemulihan: memulihkan masalah sedia ada dan mencegah
daripada berulang  atau masalah baru. 

•          Dilaksanakan terhadap kanak-kanak dalam umur persekolahan atau lebih muda  

•          Sebaik-baiknya dilaksanakan di peringkat yang paling awal. 

•          Dilaksanakan dalam pelbagai setting sama ada di pusat khusus, di rumah, di hospital atau secara
kombinasi tempat.       

Tujuan 

•          Menggalak dan meningkatkan perkembangan kanak-kanak.

•          Mengurangkan perbelanjaan pendidikan dalam pendidikan khas apabila masalah dapat dikurangkan
melalui intervensi awal.

•          Mengurangkan keperluan kepada pusat penjagaan dan menggalakkan kehidupan berdikari.

•          Meningkatkan kemampuan dan kemahiran keluarga dalam memenuhi keperluan kanak-kanak
berkenaan. (Part C IDEA) 

- peranan pelbgai khdmt disiplin


Objektif:

TEORI EKOLOGI BRONFENBRENNER

PENGENALAN

Teori ekologi telah diperkembangkan oleh Urie Bronfenbrenner (1917). Teori perkembangan
ekologikal adalah teori yang menekankan pengaruh persekitaran ke atas perkembangan individu.
Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979,1989) menjelaskan bahawa perkembangan kanak-kanak
adalah sebagai hasil interaksi antara alam persekitaran dengan kanak-kanak tersebut. Dalam
konteks ini, interaksi antara kanak-kanak dengan persekitaran kanak-kanak itu dipercayai boleh
mempengaruhi proses pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Merujuk kepada konsep di
dalam teori ini, sama ada kita menyedarinya atau tidak kanak-kanak yang merupakan individu
yang berada dalam ruang lingkup mikro (berpusat di tengah) boleh dipengaruhi oleh faktor
persekitaran.

Dalam teori ini menyatakan bahawa proses perkembangan dan pertumbuhan yang terangkum
dalam sistem persekitaran itu mementingkan interaksi antara satu sama lain. Menurut
Bronfenbrenner terdapat 5 sistem yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak
SISTEM PERSEKITARAN TEORI EKOLOGI BRONFENBRENNER

Menurut Bronfenbrenner, persekitaran perkembangan individu terdiri daripada lima sistem,


iaitu :

a) Mikrosistem

Mikrosistem melibatkan persekitaran yang terdekat di mana kanak-kanak mempunyai interaksi


secara dan menghabiskan paling banyak masa. Contohnya interaksi kanak-kanak di dalam
keluarga iaitu dengan ibu bapa dan adik beradik. Interaksi antara rakan, jiran serta guru terlibat
dalam proses perkembangan kanak-kanak.

Keluarga terutamanya ibu bapa merupakan agen sosialisasi paling penting dalam kehidupan
seseorang kanak-kanak itu dan sebagai individu terdekat atau berhampiran dengan kehidupan
seorang kanak-kanak, mereka mempunyai pengaruh besar ke atas tingkah laku kanak-kanak.
Sebagai contoh, kajian di dalam dan di luar negara menunjukkan bahawa faktor persekitaran
seperti penglibatan ibu bapa secara aktif mempunyai kesan langsung ke atas semua aspek
perkembangan kanak-kanak (Mac Naughtori, 2005).

Seorang ahli antropologi, George Peter Murdock menakrifkan bahawa keluarga adalah satu
kelompok sosial yang tinggal di bawah satu bumbung, mempunyai kerjasama dalam kegiatan
ekonomi dan menambah zuriat (Goode, hal. 326). Faktor kepincangan keluarga dan taraf sosio-
ekonomi sesebuah keluarga akan mencorak kehidupan seorang kanak-kanak. Kegagalan ibu bapa
sendiri untuk membetulkan kepincangan anak-anak mereka akan menyebabkan anak-anak ini
tidak lagi menghormati mereka.

Dalam kajian yang Iain pula, Ting (2005) mendapati tahap penglibatan ibu bapa luar bandar
berada pada tahap yang rendah. Tidak hairan jika sebelum ini Berger (1995) melalui kajiannya
menyatakan wujudnya kepelbagaian model peranan ibu bapa untuk membantu proses
pembelajaran kanak-kanak di sekolah.

Maka jelaslah bahawa institusi keluarga memainkan peranan yang penting sebagai pembentuk
sahsiah anak-anak. Ibu bapa haruslah membimbing, memahami dan menyelami kehendak jiwa
remaja serta berfikiran terbuka. Ini akan mendorong kepada kewujudan suasana harmonis.
b) Mesosistem

Mesosistem merupakan perhubungan antara mikrosistem dengan mikrosistem yang lain.


Sebarang perkara yang berlaku dalam satu mikrosistem dapat mempengaruhi interaksi dengan
mikrosistem yang lain. Sebagai contoh, keadaan di rumah dapat mempengaruhi tingkah laku dan
personaliti seseorang individu ketika berada di sekolah. Individu yang mempunyai masalah di
rumah akan membawa masalah tersebut ke sekolah. Hal ini akan menyebabkan emosi mereka
terganggu dan implikasinya ialah masalah tersebut akan menjejaskan pelajaran mereka.

c) Eksosistem

Eksosistem merupakan pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan murid secara
langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan kepada
kanak-kanak atau orang dewasa yang terlibat dengan kanak-kanak tersebut. Maksudnya di sini,
pengalaman individu tersebut akan turut mempengaruhi orang lain. Sebagai contoh, persekitaran
sekolah –pasar raya. Keadaan pengurusan, kemudahan dan peraturan-peraturan yang
dikuatkuasakan di tempat-tempat membeli belah secara tidak langsung akan mempengaruhi
perkembangan sosial kanak-kanak tersebut.

d) Makrosistem

Makrosistem pula melibatkan perkembangan individu yang dipangaruhi oleh norma-norma, nilai
dan amalan masyarakat. Misalnya dalam sesetengah masyarakat, peranan jantina amat
dititikberatkan (Santrock, 2008). Di sesetengah negara pula, kaum lelaki diberi peranan dan
tanggungjawab yang lebih dominan di mana mereka diberi peluang pelajaran dan pekerjaan-
pekerjaan yang penting berbanding kaum perempuan. Hal ini kerana perempuan dianggap
sebagai kaum yang lemah dan tidak layak mendapat pendidikan yang setaraf dengan kaum lelaki.
Bagi ibu bapa yang masih lagi berada dalam pemikiran konservatif, mereka mengganggap
pendidikan tidak penting kepada anak perempuan kerana tugas wanita hanyalah di dapur sahaja.

e) Kronosistem

Kronosistem merupakan perubahan keadaan dalam suatu tempoh masa. Misalnya, kanak-kanak
pada dewasa ini lebih berfokus kepada permainan berteknologi selaras dengan arus perubahan
serta pembangunan sesebuah negara seperti permainan internet, memuat turun maklumat melalui
internet dan sebagainya. Berbeza dengan kanak-kanak pada zaman dahulu, mereka hanya
bermain permainan yang bersumberkan alam sekitar seperti wau, gasing dan sebagainya. Oleh
hal yang demikian, pembangunan sesebuah negara memberi implikasi yang besar kepada
perkembangan kanak-kanak dari banyak aspek. Kanak-kanak akan menjadi lebih maju ke
hadapan serta berpandangan jauh. Namun begitu, setiap benda terdapat juga kesan negatifnya
iaitu kanak-kanak tidak bergaul dengan masyarakat luar kerana hidupnya adalah bersama
komputer. Selain itu, anasir-anasir negatif juga semakin meningkat andainya pembangunan
sesebuah negara semakin maju.

Implikasi Teori Ekologi Brenfenbrenner dalam Proses Pembelajaran Kanak-kanak.

Bronfenbrenner menyatakan persekitaran perkembangan individu terdiri daripada lima sistem


iaitu mikrosistem, mesosistem, eksosistem, makrosistem dan kronosistem. Kelima-lima sistem
persekitaran tersebut memberikan implikasi kepada guru dalam menyediakan diri dengan
selengkapnya semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Tugas guru bukan sahaja mengajar semata-mata, namun berperanan sebagai pembimbing kepada
murid-murid semasa di sekolah. Murid-murid banyak menghabiskan masa bersama guru semasa
di sekolah. Jadi guru bertindak sebagai pembimbing dan penasihat kepada murid-murid. Sebagai
seorang guru, mereka perlu tahu tahap perkembangan setiap anak murid mereka. Jadi pemilihan
aktiviti pengajaran yang sesuai dengan minat, pengetahuan dan pengalaman murid dapat
meningkatkan tahap perkembangan mereka di dalam pelajaran. Guru juga mestilah peka
terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid sebelum memulakan pengajaran.
Jika murid tersebut berada dalam keadaan yang tidak sedia, maka objektif pembelajaran yang
ingin disamapaikan oleh guru pada hari itu tidak akan tercapai.
Implikasi pendidikan dari aspek persekitaran mesosistem pula ialah guru perlu menunjukkan
sikap yang baik kepada murid-murid mereka. Hal ini kerana, murid-murid akan mudah
terpengaruh dengan apa yang diberitahu oleh guru. Jika murid melihat seseorang guru itu
merokok di dalam kelas, maka mereka akan terikut-ikut perangai guru tersebut semasa di rumah.
Oleh itu guru berperanan penting dalam membentuk akhlak murid-murid semasa di sekolah
dengan menerapkan unsur-unsur rohani di dalam P&P . Guru perlulah sentiasa memberi nasihat
yang baik kepada murid-murid agar menjadi orang yang berguna kelak.

Dari aspek persekitaran eksosistem pula, pengalaman seseorang individu akan mempengaruhi
individu yang lain. Sebagai contoh, murid yang pasif akan mempengaruhi penyediaan aktiviti
guru semasa di dalam pengajaran di kelas. Guru perlulah menggunakan pelbagai kaedah
pengajaran semasa P&P untuk menarik minat murid untuk belajar. Guru bukan sahaja perlu
memfokuskan penyediaan aktiviti kepada murid yang aktif sahaja, namun perlu menyediakan
aktiviti yang sesuai untuk murid yang pasif. Hal ini kerana perkembangan kanak-kanak adalah
berbeza di dalam sesebuah kelas.

Aspek persekitaran makrosistem pula menyatakan perkembangan individu dipengaruhi oleh


norma-norma dan amalan masyarakat. Jadi guru berperanan penting dalam menjelaskan dan
membetulkan fahaman-fahaman yang salah kepada murid-murid agar mereka memahami konsep
yang sebenar tentang sesuatu perkara. Sebagai contoh, kepercayaan ibu bapa yang sudah lapuk
terhadap anak mereka juga menjadi sebab terhadap kemunduran pelajaran anak-anak mereka.
Misalnya, mereka lebih mementingkan pembelajaran anak lelaki berbanding dengan anak
perempuan. Kononnya anak lelakilah yang akan bakal menjadi pemimpin keluarga dan
mempunyai tanggungjawab yang besar. Mereka menganggap bahawa walaupun anak perempuan
mereka berpelajaran tinggi sehingga ke menara gading, akhirnya mereka akan pergi ke dapur
juga. Jadi, kepercayaan seperti inilah yang perlu dihapuskan dari pemikiran murid-murid agar
mereka tahu kepentingan pelajaran dalam kehidupan dengan menerangkan bahawa taraf
perempuan adalah sama dengan lelaki dalam mendapat pendidikan.

Dewasa ini, media massa memainkan peranan yang sangat penting dalam mempengaruhi
masyarakat. Melalui teknologi yang semakin canggih ini, murid-murid sekolah rendah juga
sudah pandai menggunakan kemudahan internet tanpa kawalan dari ibu bapa khususnya di
kawasan bandar. Kanak-kanak mudah terpengaruh dengan apa yang berlaku di seleliling mereka.
Paparan adegan-adegan negatif dari filem barat yang banyak memaparkan adegan ganas
menimbulkan perasaan ingin tahu dan ingin cuba sendiri mengikut apa yang mereka tonton dari
video cakera padat dan sesetengah program televisyen. Oleh itu, guru bertanggungjawab dalam
membimbing murid-murid dengan memberi panduan dan tunjuk ajar yang betul supaya mereka
tidak terjebak dengan perkara-perkara negetif yang semakin menular kini.

Anda mungkin juga menyukai