Anda di halaman 1dari 23

ASPEK MORFOLOGI

Kesalahan Penggunaan Imbuhan

 Antara kesalahan tatabahasa yang dapat dikesan  dan sering dilakukan oleh pelajar kita
ialah dalam penggunaan imbuhan. Kesalahan ini sering dilakukan oleh pelajar ketika
mereka hendak membentuk atau membina ayat dengan kata-kata berimbuhan. Seperti
yang kita ketahui imbuhan bermaksud bentuk terikat yang ditambah pada sesuatu kata.
Selepas membuat penilaian terhadap latihan pelajar berkaitan penggunaan imbuhan ini,
terdapat tiga faktor kesalahan yang dilakukan oleh pelajar  dalam penggunaan imbuhan
tersebut. Faktor kesalahan penggunaan imbuhan tersebut ialah:

    a.)    Menggunakan imbuhan yang tidak tepat atau tidak sesuai pada tempatnya.

Contoh :

Penjenayah itu telah dijatuhkan hukuman penjara selama 20


Salah
tahun  supaya dia tidak  berlaku jenayah lagi
Penjenayah itu telah dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun
Betul
supaya dia tidak melakukan jenayah lagi

   b.)   Menggunakan imbuhan pada kata  atau tempat yang tidak sepatutnya menerima 

 imbuhan.

 Contoh :

Salah Pokok kelapa itu melambai-lambai apabila ditiupi angin.

Pokok kelapa itu melambai-lambai apabila ditiup angin.


Betul

            

    c.)    Menggunakan imbuhan di tempat yang tidak perlu diletakkan imbuhan.


Contoh :

Dahulu saya tinggal di Alor Setar, tetapi sekarang saya meninggal di


Salah
Kuala Kangsar.
Dahulu saya tinggal di Alor Setar, tetapi sekarang saya tinggal di
Betul Kuala
Kangsar

Kesalahan Penggunaan Kata Majmuk

Seterusnya kesalahan tatabahasa yang dikesan ialah kesalahan semasa menggunakan


kata majmuk. Proses pemajmukan kata berlaku apabila dua kata dasar atau lebih
dirangkaikan. Kata majmuk ini terbahagi kepada dua jenis iaitu  kata majmuk bebas iaitu
dieja secara berasingan contohnya seperti  kereta api, alat tulis manakala kata majmuk
mantap pula dieja secara serangkai contohnya warganegara, olahraga dan lain-lain
lagi.Terdapat tiga kesalahan yang dapat dilihat semasa menggunakan kata majmuk ini.
Antara kesalahan tersebut ialah :

a.)    Murid tidak dapat membezakan antara kata majmuk yang ditulis serangkai dengan
kata majmuk yang tidak ditulis secara berasingan.

Contoh 1:

Pemandangan di sekitar bandaraya Ipoh sangat indah.


Salah

Pemandangan di sekitar Bandar raya Ipoh sangat indah


Betul

              

Contoh 2 :
Salah Encik Ahmad ialah warganegara Malaysia.

Betul Encik Ahmad ialah warga negara Malaysia

b.) Kesalahan menggadakan keseluruhan kata majmuk atau mengulang kata nama kedua
dengan menggadakan perkataan kedua.

Contoh ;

Kapal terbang-kapal terbang itu sedang membuat pertunjukkan di


Salah udara

Kapal terbang itu sedang membuat pertunjukkan di udara.


Betul

 Dalam penggandaan kata majmuk, perkataan pertama sahaja yang digandakan   manakala
perkataan kedua dibiarkan kekal.

c.) Murid mengasingkan kata majmuk yang menerima imbuhan apitan.

Contoh :

Usaha kerajaan untuk menyatu padukan rakyat di negara kita


Salah dianggap telah berjaya.
Usaha kerajaan untuk menyatupadukan rakyat di negara kita
Betul dianggap telah berjaya.

·  Kata majmuk yang menerima imbuhan apitan hendaklah ditulis serangkai.

KESALAHAN PENGGUNAANKATA GANTI NAMA


Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk mengganti kata nama orang..

Kata ganti diri tidak boleh digunakan untuk benda atau binatang. Misalnya:

Salah Kucing itu mati. la dilanggar lori.


Betul Kucing itu mati dilanggar lori

 Kata beliau boleh digunakan hanya untuk orang yang dihormati seperti ibu bapa,
guru, menteri atau orang tua-tua, dan bukan kanak-kanak. Misalnya:

Salah Beliau ditangkap kerana mengedarkan dadah.

Betul Dia ditangkap kerana mengedarkan dadah.

 Semua kata ganti tidak boleh digandakan atau diulang menjadi *kamukamu,
*andaanda, *mereka-mereka, dan sebagainya. Misalnya:

Salah Merekamereka yang bersalah akan dihukum.


Betul Mereka yang bersalah akan dihukum.

 Kata ganti ia dan nya tidak boleh digabungkan menjadi "ianya. Misalnya:

Salah Jika tidak dirawat, mungkin ianya akan lumpuh..


Betul Jika tidak dirawat, mungkin ia akan lumpuh.

 Kata ganti diri seperti beta, baginda, dan patik digunakan hanya dalam
hubungan dengan kerabat diraja saja.

KESALAHAN PENGGUNAAN KATA BILANGAN


Terdapat 6 jenis kata bilangan:

Kata bilangan tentu seperti satu, seratus, sejuta dan sebagainya.

Kata bilangan tak tentu seperti beberapa, para, semua, setengah-setengah, dan
sebagainya.

Kata bilangan pecahan seperti setengah, suku, dan sebagainya.

Kata bilangan pisahan seperti masing-masing, dan setiap.

Kata bilangan himpunan seperti berbagai-bagai, kedua-dua, dan sebagainya.

Kata bilangan tingkat seperti pertama, kedua, keenam dan sebagainya.

 Kata bilangan seperti setengah-setengah, tiap-tiap, berbagai-bagai dan kedua-


dua tidak boleh disingkatkan.

Salah Betul
setengah orang Setengah-setengah orang
Tiap murid Tiap-tiap murid
Berbagai warna Berbagai-bagai warna
Kedua mempelai Kedua-dua mempelai

 Kata para tidak boleh diulang.


Salah Betul
Para-para penduduk perlu bekersama Para penduduk perlu bekerjasama.

 Kata bilangan tentu seperti satu, dua, tiga dan seterusnya tidak boleh didekatkan
dengan kata bilangan pecahan seperti suku dan setengah untuk penghitungan.
Salah Betul
dua setengah meter dua meter setengah
dua suku jam dua jam suku
tiga setengah ringgit tiga ringgit setengah

KESALAHAN PENGGUNAAN PENJODOH BILANGAN

Penjodoh bilangan biasanya digunakan dengan kata bilangan.

 Tetapi, ada kalanya penjodoh bilangan tidak perlu digunakan.

SALAH BETUL
setiap orang murid setiap murid
semua orang pekerja semua pekerja
seluruh  buah kampung seluruh kampung
segala ekor binatang segala binatang
sekalian orang peserta sekalian peserta
para orang guru para guru
 Penjodoh bilangan tidak juga diperlukan untuk menghitung kata nama abstrak.

SALAH BETUL
beberapa buah usul beberapa usul
kedua-dua bentuk sifat kedua-dua sifat
setiap buah sumbangan setiap sumbangan
semua buah pendapat semua pendapat
segala butir cadangan segala cadangan
tiap-tiap bentuk kenangan tiap-tiap kenangan
pelbagai bentuk teguran pelbagai teguran

KESALAHAN PENGGUNAAN KATA SENDI

Kata sendi ialah kata yang letaknya di hadapan frasa nama. Kata sendi bertugasuntuk
menghubungkan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa lain dalamayat. Contoh
kata sendi ialah di, ke, dari, pada, kepada, daripada, dalam, akan, bagi,untuk, hingga,
sampai, seperti, oleh, dengan, bagai, demi, tentang, sejak, terhadap,antara.
1) Contoh Kesalahan

Salah Pertunjukan itu dibatalkan oleh kerana tidak mendapat kelulusan..


Betul Pertunjukan itu dibatalkan oleh sebab tidak mendapat kelulusan
Analisis : Kata sendi memerlukan frasa nama sebagai objek untuk membentuk
frasasendi. Kata kerana yang tergolong dalam kelas kata hubung tidak bolehdiletakkan
selepas kata sendi oleh .Jadi gunakan frasa nama sebab.

2) Contoh Kesalahan.

Salah Dia berlari daripada rumah ke kedai.


Betul Dia berlari dari rumah ke kedai.

Analisis :

Kata sendi dari digunakan dalam hal yang ada hubungan dengan masa,tempat dan arah
manakala kata sendi daripada digunakan untuk hal-hal yang lebih umum, seperti untuk
orang, perbandingan, asal kejadian, benda abstrak,pertentangan dan menunjukkan
keanggotaan.

3) Contoh Kesalahan.

Salah Pinggan itu dihempaskannya kepada lantai .


Betul Pinggan itu dihempaskannya ke lantai.

Analisis :

Kata sendi ke digunakan untuk tempat, masa, dan benda konkrit yang tidakbernyawa,
sementara kepada digunakan untuk benda bernyawa dan bendaabstrak kecuali masa.
KESALAHAN PENGGUNAAN KATA KERJA

KATA KERJA TRANSITIF KATA KERJA INTRANSITIF

 Kata kerja transitif terbahagi kepada:

kata kerja yang berawalan men- (melukis, membaca, mencari)


kata kerja yang berapitan men…..kan ( menyanyikan, membesarkan )
kata kerja yang berawalan meng…i ( membanjiri, menghadiahi.)
kata kerja yang berawalan rangkap memper …. ( memperdaya, memperoleh)
kata kerja yang berapitan memper….kan ( memperhatikan, mempergunakan).
kata kerja yang berapitan memper….i ( mempelajari, mempersentai

 Semua kata kerja transitif ( kecuali makan, minum, minta dan mohon) mesti
berawalan men-

SALAH BETUL
buang sampah Membuang sampah
goreng ikan menggoreng ikan

 Kata kerja transitif yang berapitan men…kan dan men…i berbagai-bagai


maknanya dan mesti digunakan dengan berhati-hati.

    Contoh:

SALAH BETUL
Hafizuddin memberikan Seha sekuntum Hafizuddin memberi Seha sekuntum
bunga. bunga.
Hanim mengambilkan segelas air untuk Hanim mengambilkan Ishak segelas air.
Ishak.
Baginda mengurniakan beliau bintang Baginda mengurniai beliau bintang
kebesaran. kebesaran.
Hakim menjatuhkan pencuri itu sebulan Hakim menjatuhi pencuri sebulan penjara.
penjara.
Sampah sarap mengotorkan Taman Tasik Sampah sarap mengotori Taman Tasik
Taiping. Taiping.
Yatie menasihatkan saya agar rajin belajar. Yatie menasihati saya agar rajin belajar. 

Kata kerja intarnsitif terbahagi kepada:

 Kata kerja asal seperti ada, bangun, duduk, dan sebaginya.

 Kata kerja yang berawalan ber- ( beradu, beroda, belajar.)

 Kata kerja yang berapitan ber…an ( berdekatan, berguguran )

 Kata kerja yang berapitan ber…kan ( berpandukan, berlandaskan )

 Kata kerja yang berawalan men- ( melompat, mendarat, membesar )

 Kata kerja yang berawalan ter- ( tertidur, terjatuh, terjumpa )

Kata kerja intransitif yang berawalan ber-, men-, dan ter- tidak boleh ditiadakan
awalannya. Contoh:

Salah Betul
tanya kepada Hamidah bertanya kepada Hamidah
jangan lompat jangan melompat
senyum kepada Kartina tersenyum kepada Kartina

KESALAHAN DALAM PENGGUNAAN KATA HUBUNG

Kata hubung ialah kata yang digunakan untuk menghubungkan kata dengan kata,frasa
dengan frasa, atau klausa dengan klausa dalam ayat gabungan atau ayatpancangan.
Contoh kata hubung ialah kerana, supaya, jika, kalau, asalkan,walaupun, sungguhpun,
sambil, sebelum, semenjak, sampai, apabila, manakala,setelah, dan, serta, lalu, tetapi,
melainkan, dan kecuali.
Contoh Kesalahan:

Salah Siti menangis bila mendengar berita itu.


Betul Siti menangis apabila mendengar berita itu
Analisis :Kata bila merupakan kata tanya. Gunakan kata hubung apabila.

KESALAHAN DARI SEGI PERBENDAHARAAN KATA


Kesalahan umum tatabahasa dari segi penggunaan kata biasanya terjadi kerana
kesalahan ejaan. Hal ini demikian kerana dalam bahasa Melayu, ada beberapa kata
yang seakan-akan sama ejaannya tetapi mempunyai makna yang berlainan. Selain itu,
ada pula kata yang sesuai dan tepat digunakan hanya dalam konteks ayat yang tertentu
saja dengan berdasarkan makna kata tersebut.

Senarai Kata yang Sering Disalahgunakan

1 ) Adakah dan Apakah


Kedua-dua kata tersebut adalah kata tanya.Kata adakah digunakan untuk mendapat
jawapan ya atau tidak.Kata apakah digunakan untuk mendapat jawapan nama binatang,
nama benda,keterangan tentang sesuatu (seperti sebab) dan untuk menanyakan
sesuatuyang tidak khusus.
• Contoh : Adakah benar cerita Ahmad itu ?
Apakah binatang yang berleher panjang itu ?

2) Ahli dan Anggota


Kata ahli bererti orang yang mahir atau faham benar dalam sesuatu bidang.( ahli
bahasa, ahli politik, dan lain-lain lagi.Kata anggota pula bererti bahagian tubuh dan
orang yang masuk dalam sesuatukumpulan atau golongan.

Contoh : Mereka sangat ahli dalam bidang pembedahan


Saya sudah menjadi anggota Persatuan Bulan Sabit Merah

3) Golong dan Gulung


Golong bererti membahagi-bahagi dalam beberapa kumpulan.Gulung bererti barang
yang berhelai-helai atau berutas-utas yang berbentuk panjang bulat sebagai akibat
digulung.
Contoh :
a) Sudah menjadi kebiasaan Pak Mat menggulung rokok daun nipahsebelum tidur.
b) Golongan petani sering tertindas.
c) Mereka tergolong dalam orang yang bernasib baik.d)Tikar mengkuang itu
digulungnya dengan berhati-hati.

4) Penempatan dan Petempatan


Penempatan bererti perihal menempati atau menempatkan.
Petempatan bererti kawasan yang menempatkan.
Contoh :
a) Penempatan orang-orang pelarian Bosnia diurus oleh pihak ABIM.
b) Kawasan petempatan orang-orang Asli di Bukit Lanjan akan dibangunkan.

5) Pedalaman dan Pendalaman


Pedalaman bererti kawasan yang terpencil atau daerah yang jauh dari perhubungan dan
kemudahan.Pendalaman bererti usaha mendalami atau mendalamkan.
Contoh :
a) Pembangunan di kawasan pedalaman akan dilaksanakan segera olehkerajaan.
b) Kebanyakan suku kaum asal negeri itu masih tinggal di kawasan pedalaman.
c) Pendalaman ilmu dalam pelbagai bidang perlu kita lakukan.
d) Pendalaman sungai Kelang perlu dilakukan untuk mengelakkan berlakunya banjir.

6) Dalam dan di dalam


Perkataan dalam yang berfungsi sebagai kata sendi nama hadir di hadapan.Kata nama
atau frasa nama yang membawa pengertian tempat yang tidak mempunyai ruang atau
jarak.Di dalam membawa pengertian mempunyai ruang atau jarak.
Contoh :
a) Kita harus fasih bertutur dalam bahasa kebangsaan.
b) Saya tidak terlibat dalam urusan mereka.
c) Pengembara itu sesat di dalam hutan.
d) Pen itu disimpan di dalam laci.

ASPEK SINTAKSIS
Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat. Sintaksis
bermaksud bidang yang mengkaji rumus tatabahasa yang berdasarkan kaedah
penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk
ayat dalam sesuatu bahasa

Kesalahan Dari Segi Frasa

Frasa Nama (Bentuk Jamak dan Hukum DM)

1. Bentuk jamak dapat dinyatakan melalui:


 Pengulanagn kata nama seperti: guru-guru, murid-murid, dan sebagainya.
 Penggunaan kata bilangan seperti dua biji guli, semua murid, dan sebagainya.
 Pengulangan kata adjektif seperti baik-baik, rajin-rajin dan sebagainya.
 Penggunaan kata yang mendukung makna jamak seperti rakyat.

2.  Jika kata bilangan yang membawa makna jamak digunakan, kata nama yang
menyertai kata bilangan itu tidak perlu diulang. Contoh

SALAH BETUL
Dua biji telur-telur Dua biji telur
Para pendidik-pendidik Para pendidik

3. Oleh sebab kata adjektif yang diulang sudah membawa makna jamak, maka kata
nama tidak perlu diulang. Contoh:

 Lukisan itu cantik-cantik belaka.


 Pakaian di situ mahal-mahal harganya.
 Ayam di situ gemuk-gemuk

4.  Hukum DM pula ialah hukum tentang menyusun kata-kata untuk membentuk frasa
nama dalam ayat.

 D beerti unsur yang diterangkan


 M beerti unsur yang menerangkan
      Contoh kesalahan :
SALAH BETUL
lain-lain hal hal-hal lain
Nani Kedai Roti Kedai Roti Nani
goreng cempedak cempedak goreng
Maggi mi mi Maggi
tomato sos sos tomato
mini bas bas mini
mini taman taman mini

5. Frasa Adjektif
 Frasa adjektif ialah kata adjektif atau sekumpulan kata yang mempunyai kata
adjektif sebagai kata utamanya dan dapat bertugas sebagai predikat dalam ayat.
 Frasa adjektif sebagai predikat ayat boleh disertai kata penguat seperti amat,
sangat, dan paling.
 Kata adjektif yang berawalan ter- boleh bertugas sebagai penerang tetapi tidak
boleh bertugas sebagai predikat.

Contoh;

SALAH BETUL
Bangunan itu tertinggi. Bangunan itu paling tinggi.
Nani terpandai. Nani paling pandai.

 Apabila kata adjektif berawalan ter- digunakan sebagai penerang, kata penguat
tidak diperlukan.
Contoh: 
Salah Betul
Nani mendapat markah yang terbaik sekali di Nani mendapat markah yang tertinggi di
dalam kelas. dalam kelas.
Noralah pemain yang paling terhandal. Noralah pemain yang terhandal.

 Kata penguat tidak boleh diletakkan di depan atau di belakang kata adjektif
sekali gus.
Contoh:

SALAH BETUL
Buah langsat ini sangat manis sekali. Buah langsat ini manis sekali.
Budak itulah yang paling nakal sekali. Budak itulah yang paling nakal.
Sungguh indah nian pemandangan di situ. Sungguh indah pemandangan di situ.

6. Frasa Kerja Intransitif


 Frasa kerja intransitif ialah kata kerja yang dapat bertugas sebagai predikat
tanpa objek.
 Kata kerja intransitif yang berapitan ber….kan mesti diikuti frasa nama untuk
dapat membentuk frasa kerja yang bertugas sebagai predikat.

SALAH BETUL
berlandaskan pada undang-undang berlandaskan undang-undang
berbantalkan dengan lengan berbantalkan lengan
berpandukan pada kamus berpandukan kamus
beratapkan dengan langit beratapkan langit
bertilamkan dengan rumput bertilamkan rumput

7. Frasa Kerja Transitif

 Frasa kerja transitif ialah frasa kerja yang terdiri daripada kata kerja transitif serta
frasa nama sebagai objek kepada kata kerja transitif itu.
 Di antara kata kerja transitif  dengan frasa nama sebagai objek itu, kata-kata lain
tidak boleh disisipkan.

SALAH BETUL
Beliau turut menyentuh tentang perkata itu. Beliau turut menyentuh perkara itu.
Nora tidak mengetahui akan hal itu Nora tidak mengetahui hal itu.
Kami membincangkan tentang masalah itu. Kami membincangkan masalah itu
Mereka melebarkan lagi jalan itu Mereka melebarkan jalan itu lagi
Nani menceritakan tentang Nani menceritakan pengalamannya
pengalamannya semasa menuntut di luar semasa menuntut di luar negara.
negara.
Cerpen ini mengisahkan tentang Cerpen ini mengisahkan perjuangan
perjuangan menentang penjajah. menentang penjajah

KESALAHAN DARI SEGI STRUKTUR AYAT


1. Ayat Gabungan
 Ayat gabungan terbentuk daripada dua atau bebearapa ayat tunggal yang
dihubungkan dengan kata hubung. Contoh:
Nani dan Nora ke perpustakaan.
Nurul bukan saja pandai tetapi juga pemurah.
 Kesalahan dalam pembentukan ayat gabungan berlaku apabila ayat-ayat tunggal
yang membentuk ayat gabungan tidak digabungkan dengan betul. Contoh:
SALAH BETUL
Mereka akan melancong ke Pulau Tioman Mereka akan melancong ke Pulau Tioman
atau Pulau Langkawi? atau ke Pulau Langkawi?
Saya tidak pasti sama ada Nani tinggal di Saya tidak pasti sama ada Nani tinggal di
Relang atau Jelai. Relang atau di Jelai.
2. Ayat Pancangan
 Ayat pancangan ialah ayat yang berasal daripada dua ayat tunggal yang salah
satunya dipancangkan pada ayat yang satu lagi.Contoh:
a. Kereta Pak Leh itu terbabas.
Ayat terbit dia atas daripada dua ayat, iaitu:
i.  Kereta itu terbabas.
ii. Kereta itu kereta Pak Leh.
 Kesalahan dalam pembentukan ayat pancangan berlaku juga apabila unsur
penerang dalam ayat tersebut salah strukturnya. Contoh:
SALAH BETUL
Rumah itu di atas bukit tidak ada Rumah di atas bukit itu tidak ada
penghuninya. penghuninya.
Bangunan itu yang tinggi Menara Bangunan yang tinggi itu Menara
Maybank. Maybank.
       
 Kesalahan dalam pembentukan ayat pancangan berlaku juga kerana tidak ada
kata hubung pancangan yang menghubungkan klausa bawahan dengan klausa
utama. Contoh:
SALAH BETUL
Kami berdoa kamu berjaya. Kami berdoa agar kamu berjaya.
Semua orang tahu dia anak Pak Semua orang tahu bahawa dia
Hamid. anak Pak Hamid.

3. Ayat tergantung
 Ayat mesti terdiri daripada subjek dan predikat.
 Dalam susunan ayat biasa, letak subjek di depan dan letak predikat di belakang.
Contoh:
Budak itu / menangis.
Farhana / jatuh ke dalam longkang.

 Ayat tergantung terjadi apabila ujaran itu bermula dengan kata sendi, kata hubung,
kata kerja dan kerana penggunaan kata yang salah, dan sebagainya.
Contoh :

SALAH BETUL
Di seluruh negara mengalami banjir. Seluruh negara mengalami banjir.
Kerana hal itu akan dibincangkan. Hal itu akan dibincangkan.
Dengan kehadiran tuan akan menyerikan Kehadiran tuan akan menyerikan
majlis ini. majlis ini.

4.      Ayat yang Tidak Betul Susunannya

 Kata-kata sahaja belum beerti bahasa jika kata-kata itu tidak tersusun dalam bentuk ayat.

 Apabila kata-kata tidak betul susunannya, maka bentuk bahasa menjadi salah atau tidak
baku.
Contoh:
SALAH BETUL
Ini hari Azizah tidak datang. Azizah tidak dating hari ini.
Buku ini saya tidak mahu membaca. Saya tidak mahu membaca buku ini.
Yang melukis gambar ini Zainallah. Zainallah yang melukis gambar ini.

Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa


Melayu - Lisan
 Mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa asing (bahasa Inggeris)

Contoh:
SALAH You dah makan? Kalau belum, I nak belanja.
BETUL Awak dah makan ? Kalau belum,saya belanja.

 Mengabaikan peraturan bahasa / ejaan

Contoh:

SALAH BETUL
Terima kasih di atas kesudian tuan-tuan… Terima kasih atas kesudian tuan-tuan..
Hari ini adalah hari yang paling Hari ini adalah hari yang paling
menggembirakan saya yang mana pada menggembirakan saya kerana pada hari ini
hari ini saya menyambut hari jadi saya… saya menyambut hari jadi saya…
Ayah ke XYZ Klinik… Ayah ke Klinik XYZ

 Mengabaikan makna kata

Contoh:

SALAH BETUL
Kerajaan menggalakkan kita Kerajaan menggalakkan kita melancong..
melancung…
Para-para hadirin diminta mengambil Para hadirin diminta mengambil
bahagian….. bahagian..

Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa


Melayu – Penulisan
KESALAHAN EJAAN (Huruf konsonan D menggantikan DH)

SALAH BETUL

Mudharat Mudarat

Fardhu fardu
dhaif Daif

dharurat darurat

KESALAHAN TANDA BACA

a) Kesalahan Tanda Titik/Noktah (.)


Tanda titik atau noktah ialah tanda baca yang penting dan mesti digunakan dengan
betul.  Selain berfungsi sebagai tanda penamat dalam ayat, tanda titik juga digunakan
untuk menyatakan singkatan. Kesalahan berlaku apabila tanda titik tidak digunakan,
seperti berikut:

SALAH BETUL
Hj Hj.
Ak Ali Ak. Ali
Dk Hjh Roslina Dk. Hjh. Roslina
Prof Prof.
Dr Yahya Dr. Yahya

2.       Kesalahan Tanda Sempang (-)


Terdapat banyak tempat dalam penulisan yang memerlukan sempang, tetapi
penggunaannya sering diabaikan.  Tidak menggunakan sempang pada tempat-tempat
yang diperlukan merupakan kesalahan.  Berikut dihuraikan kesalahan-kesalahan dari
segi penggunaan tanda sempang:

 Sebagai Tanda Kata Ganda


Kata ganda ditulis dengan penggunaan tanda sempang.

SALAH BETUL
meja meja meja-meja
jabatan jabatan jabatan-jabatan
berkata kata berkata-kata
bantah membantah bantah-membantah
ipar duai ipar-duai
saudara mara saudara-mara

 Antara Ke dengan Angka


Sempang hendaklah hadir antara ke dengan angka.
SALAH BETUL
ke 21 atau ke21 ke-21
ke 102 atau ke102 Ke-102

 Antara Angka yang Merujuk Tahun dengan Akhiran -an


Sempang perlu hadir antara angka yang merujuk tahun dengan akhiran -an.
SALAH BETUL
tahun 90 an atau tahun 90an tahun 90-an
tahun 20 an atau tahun 20an tahun 20-an

 Antara Huruf Kecil dengan Huruf Besar


Huruf besar digunakan apabila merujuk Tuhan atau nama khas.  Jikalau huruf besar ini
digunakan serangkai dengan perkataan lain, maka sempang digunakan untuk
memisahkan huruf besar dengan huruf kecil.
Contohnya:
1) Merujuk Tuhan

SALAH BETUL
hambaMU atau hamba mu hamba-Mu
rahmatNya atau rahmat Nya rahmat-Nya

2) Huruf besar bagi nama khas

SALAH BETUL
pro Barat atau proBarat pro-Barat
pan Asia atau panAsia pan-Asia
KDN nya atau KDNnya KDN-nya
Punca-Punca Mengapa Berlakunya Kesilapan Umum
Tatabahasa Bahasa Melayu.
Antaranya adalah:

 Sikap individu yang memandang ringan terhadap bahasa Melayu. Ada juga
segelintir masyarakat yang malu untuk bertutur dalam bahasa Melayu dengan
anggapan bahasa Melayu tidak setaraf dengan bahasa Inggeris.
 Selain itu, bahasa yang digunakan oleh ibu bapa di rumah akan memberi kesan
kepada anak-anak. Jika di rumah, bahasa Melayu digunakan secara meluas pasti
anak-anak tidak kekok menggunakan bahasa tersebut di luar rumah.
 Pengaruh bahasa lain juga turut memberikan kesan dalam penggunaan Bahasa
Melayu. Penggunaan bahasa ibunda memberikan pengaruh dalam cara bertutur
bahasa Melayu.
 Pengaruh media massa turut mengganggu penguasaan tatabahasa
murid.Pengaruh menulis secara pesanan ringkas boleh menjejaskan penguasaan
bahasa lisan dan tulisan murid.
 Gangguan dari segi penggunaan bahasa yang menggunakan bahasa ibunda iaitu
dialek pertuturan, bahasa daerah dan bahasa pasar.
 Berlaku kekeliruan yang berpunca daripada penggunaan bahasa yang tidak
seragam.
 Kaedah dan pendekatan yang digunakan oleh guru semasa mengajar tidak
berkesan dan tidak sistematik.
 Kurang kebolehan dan keupayaan menyatakan sesuatu hingga murid terpaksa
menggunakan perkataan pertama bagi lahirkan buah fikiran.
 Berlaku juga kekeliruan yang berpunca daripada kecuaian dan kurang
pengetahuan dan pemahaman antara sebutan dan penglihatan.
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI KESILAPAN UMUM TATABAHASA:

Mengadakan kempen melalui media elektronik dan media cetak seperti televisyen,
radio, risalah, surat khabar dan lain-lain. Dengan ini, ianya akan menimbulkan
kesedaran kepada masyarakat tentang penggunaan bahasa yang betul.

Melalui pendidikan iaitu cikgu dapat dijadikan sebagai idola bagi pelajar. Cikgu perlulah
menggunakan bahasa rasmi atau formal semasa mengajar. Dengan ini, pelajar akan
turut sama menggunakan bahasa formal. Oleh itu, kerancuan bahasa dapat di atasi.

Mengadakan lebih banyak bengkel tentang bahasa. Melalui bengkel ini, pelajar dapat
didedahkan dan diajar dengan lebih mendalam tentang pengunaan bahasa yang betul.
Dengan ini, mereka dapat memperbaiki kesilapan pengunaan bahasa yang salah.
Penutup
Tatabahasa adalah satu peraturan atau sistem dalam sesuatu bahasa. Dalam
bahasa Melayu, bidang kajian tatabahasa dan sistem bahasa dianggap amat penting
kerana sistem bahasa yang mantap akan menjadi sesuatu bahasa itu releven dan
sesuai diguna pakai di sepanjang masa atau zaman. Kini, bahasa Melayu telah banyak
berubah. Bermula dengan penggunaan kata yang pelbagai jenis dan kelompok,
ditambah pula dengaan penggunaan istilah-istilah baru menjadikan penggunaan bahasa
Melayu semakin luas dalam segenap bidang dan lapisan. Oleh itu, adalah menjadi
tanggungjawab semua agar bersama-sama mendukong cita-cita negara untuk
mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmiah

Anda mungkin juga menyukai